32
Definisi Lukisan Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang minimum. Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan. Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolaj dan montaj. Lukisan juga merupakan hasil karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan diatas permukaan yang rata.

Unsur Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Unsur Seni

Citation preview

Page 1: Unsur Seni

Definisi LukisanLukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang minimum.

Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan.

Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolaj dan montaj.

Lukisan juga merupakan hasil karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan diatas permukaan yang rata.

Page 2: Unsur Seni

CONTOH HASIL KARYA LUKISAN

LUKISAN

LUKISAN PENSEL

LUKISAN MEDIA ARANG

LUKISAN MEDIA PEN

Page 3: Unsur Seni

LUKISAN PEN MENGGUNAKAN TEKNIK TITIK

LUKISAN MEDIA

CONTOH HASIL KARYA LUKISAN

Page 4: Unsur Seni

UNSUR SENI

Garisan

Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu.Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Rupa

Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mulaRupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luarTerdapat 2 jenis rupa iaitu:a - Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.b - Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dan lain-lain.Rupa boleh diolah dalam bentuk:a - Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasanb - Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

Page 5: Unsur Seni

Bentuk

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaanTerdapat 2 jenis bentuk iaitu:a - Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan

dirasai. (bukan berbentuk gambar)b - Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Jalinan

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu bendaJalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Ruang

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

Page 6: Unsur Seni

Jalinan

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu bendaJalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Ruang

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

Warna

Terdapat 3 jenis warna iaitu:a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunderTerdapat 3 gubahan warna iaitu:a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)Terdapat 2 suhu warna iaitu:a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah

b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan

tenang)

Page 7: Unsur Seni

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

Harmoni

Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai.Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang.Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna.Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

Page 8: Unsur Seni

Kontra

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan.Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

Page 9: Unsur Seni

Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

Page 10: Unsur Seni

Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuanTerdapat 2 jenis imbangan iaitu:a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

Page 11: Unsur Seni

 Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar.Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan.

Page 12: Unsur Seni

  Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

Page 13: Unsur Seni

  Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan.Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.

Page 14: Unsur Seni

  

1. Pensel

~ Dibuat daripada arang dan tanah liat.

~ Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau

ton.

~ Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan

pada pensel.

MEDIA DALAM

Page 15: Unsur Seni

2. Arang

~ Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.

~ Media yang tertua sekali.

~ Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam,

lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.

~ Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

Page 16: Unsur Seni

3. Media Pen dan ink~ Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal,

pen marker dan sebagainya

~ Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza~ Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Page 17: Unsur Seni

4. Media Pastel

~ Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan

yang berbeza.

~ Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi

menghalang dari warna tersebut tertanggal

Page 18: Unsur Seni

Mohd Hoessein Enas ( 1924-1995 )

Mohd Hoeissein Enas di lahirkan di Bogor Jawa pada tahun 1914 dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1947. Beliau belajar melukis di bawah tunjuk ajar Encik Koima di Medan dan Profesor Stanley Green di London. Pada tahun 1985 beliau telah menubuhkan Angkatan Pelukis Semenanjung.

Mohd Hoeissein Enas juga dikenali sebagai “Pelukis Potret Diraja” dan dianugerahi bintang kebesaran yang membawa gelaran dato berdasarkan sumbangan beliau dalam bidang seni lukis di Malaysia. Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan Gaya catan yang dipersembahkan oleh beliau ialah secara realistic di mana catan dilukis mengikut subjek dengan tepat dan menyerupai bentuk sebenar. beliau dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik.

Dalam penghasilan karya, Hossein Enas banyak menunjukkan wajah-wajah yang membawa mesej-mesej budaya melalui

penampilan pakaian dan kegiatan sosial masyarakat. Antara karya beliau membawa mesej budaya melalui wajah ialah “Potret Diri”

(1958). Karya ini menggunakan media kapur atau pastel. Tema karya beliau ialah potret diri sendiri. Gaya yang dipersembahkan di

dalam potret bersifat realistic menerusi daya pengamatan yang amat sensitive terhadap subjek, memberi lebih tumpuan kepada wajah

dengan mengabaikan latar belakang serta pakaian yang agak dipermudahkan. Nilai yang terdapat pada karya ini ialah raut wajah model

digambarkan dengan terperici dan halus sehingga Berjaya memancarkan nilai-nilai peribadi Melayu yang lemah-lembut dan bersopan.

Antara karya lain yang dihasilkan oleh Hoessein Enas ialah Nelayan (1966).

Dalam catan “Nelayan” ini, Hossein Anas menggunakan media cat minyak di atas kanvas. Beliau menggunakan warna-warna panas

dan gelap untuk mesej yang ingin disampaikannya

Karya Nelayan (1966), Hossein Enas menyampaikan kekuatan dalaman dan kearifan warga tua yang telah lama bergantung

hidup kepada laut. Hossein Enas menggunakan sapuan cat minyak atas kanvas bagi menggambarkan kulit muka nelayan dibakar

cahaya matahari. Ianya dapat dilihat melalui penggunaan warna gelap seperti campuran warna kuning dan coklat bagi menunjukkan

kulit nelayan tua ini. Latar catan menggunakan warna panas iaitu kuning bagi menunjukkan suasana panas terik ataupun cahaya

matrahari yang terpaksa dihadapi setiap hari oleh nelayan tersebut.

Page 19: Unsur Seni

Unsur seni reka garisan dan jalinan digunakan untuk memastikan efek yang wujud lebih realistik. Jalinan yang digunakan pada wajah

dan badan nelayan ini menunjukkan kulit nelayan ini kasar kerana terdedah kepada cahaya panas. Unsur seni ruang dapat dilihat melalui

penggunaan warna. Latar kuning yang cerah menunjukkan ruang belakang manakala fokus kepada penceritaan catan ini berada pada

ruang hadapan yang menjadi penegasan kepada karya. Mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis ialah keperitan dan usaha seorang

nelayan tua yang berpenat lelah tanpa mengira kesusahan dalam usahanya mencari rezeki sebagai seorang nelayan.

Karya lain yang dihasilkan oleh beliau ialah “Gadis Melayu” pada tahun 1950. Media yang digunakan ialah cat minyak. Kaya ini

menggambarkan seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memndang ke satu tempat, dan

memakai baju kemeja. Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis melayu yang asli. Baju kemeja pula

membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga

kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu dizaman itu.

Disini beliau cuba menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural.

Di dalam potret ini, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan feyennya dimasa itu

dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada.

Page 20: Unsur Seni

Syed Ahmad Jamal (1929-2011): Bapa Seni Lukis Melayu Moden Malaysia

Syed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di bandar Maharani Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939; Ngee Heng English School, 1940; Bukit Zahra English School dan English College, Johor Bahru hingga tahun 1949.

Beliau mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London. Setahun kemudian beliau belajar pula di Institute of Education, London University. Semasa di Chelsea School of Art, beliau memenangi beberapa hadiah dalam pertandingan dalam seni lukis.

Setelah pulang dari England, beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956 hingga 1957. Pada tahun 1957, beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur. Diantara tahun 1958 hingga 1959, beliau menjadi pensyarah di Malayan Teacher’ College, Kirby, Lancs, United Kingdom dan pulang semula ke Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur pada tahun 1960. Pada tahun 1951 hingga 1963, beliau bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.

Syed Ahmad Jamal merupakan nama yang amat sinonim dengan seni lukis Malaysia. Beliau adalah merupakan pelopor gerakan ekspresionisme abstrak di negara ini. Syed Ahmad Jamal merupakan seorang tokoh di dalam seni lukis yang paling berjaya di negara ini. Beliau mempunyai ketokohan dalam bidang berikut seperti sebagai pelukis, penulis, pereka, pendidik dan pemimpin seni.

Kebolehan yang merentasi pelbagai disiplin yang dimiliki menjadikan beliau sebagai sumber idea dan dalam menjana perkembangan seni lukis tanahair. Ilmu kesarjanaan dalam seni lukis serta falsafah dan estetika Melayu yang dipegang, menjadikan beliau tempat rujukan kepada pelajar, ahli akademik, dan pengiat seni lukis ( pelukis, kurator, galeri dan kolektor) di Malaysia. Di kalangan pelukis tanahair, Syed Ahmad Jamal telah dianggap sebagai pelopor seni lukis abstrak yang bernada nusantara bermula pada tahun-tahun 1960 an dan 1970 an.

Page 21: Unsur Seni

Beliau mengetuai Wednesday Art Group dan Art Council Malaysia pada awal tahun 1960 an. Beliau juga pernah menjadi pensyarah tamu Universiti Malaya pada 1975 hingga 1979, kewibawaan dan kepimpinan beliau mula terserlah dimana beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Malaya yang pertama daripada 1979 hingga 1983 dengan mengasaskan kepada penubuhan Muzium Seni Asia di Universiti Malaya sebelum menerajui sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara pada 1983 hingga 1991. Kepimpinan dan kewibawaan Syed Ahmad Jamal di dalam bidang seni lukis sememangnya telah terbukti. Beliau telah di beri kepercayaan dan penghormatan untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Penasihat dan Pengerusi kepada pertubuhan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan bidang seni visual ini.

Sebagai budayawan yang mempunyai cara pandangan dan falsafah kesenian Melayu yang halus, beliau menterjemahkan pengalaman ini melalui bukunya yang bertajuk ‘Rupa dan Jiwa’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa menjadi karyawan tamu dan penyelidik di DBP pada 1991-1992, beliau telah melukiskan pengamatannya terhadap unsur-unsur kesenian dalam nilai-nilai dan kebudayaan Melayu. Beliau juga cuba menggarapkan semula aspek rupa dan bentuk sesuatu unsur kepada seni rupa Melayu ini diolah dengan pengalaman bahasa seni yang bersifat sejagat melalui bentuk, gaya, gerak dan corak.

Bakat Syed Ahmad Jamal terserlah, beliau adalah pelukis yang terkenal serta mendapat sanjungan masyarakat seni dalam dan luar negeri. Antara kebolehan beliau ialah melukis dengan menggunakan pemikiran ilmu dan pengalaman berasaskan falsafah serta nilai-nilai Melayu. Beliau juga terlibat dalam membuat ‘Dasar dan Pemikiran’ tentang program dan pentadbiran kepada masyarakat umum. Selain daripada itu beliau juga terlibat dalam kritikan seni dan menulis berbagai kertas kerja, katalog pameran, majalah dan media massa.

Page 22: Unsur Seni

Menyentuh tentang pengkaryaan beliau, ketika di London aliran ekspressionis dan ekspressinisme abstrak sedang melanda England itu. Gerakan tadi merupakan satu yang amat baru bagi beliau dan benar-benar memikat cara beliau berkarya. Beliau meminati ekspressionisme kerana ia menyedarkan satu landasan baru bagi menentukan arah dan tujuan arah seni secara perseorangan atau individu yang berbeza sedikit dengan seni tradisional yang bekerja secara berkelompok.

Untuk mengetahui perkembangan seseorang seniman atau artis rasanya tidak lengkap jika tidak melihat sentuhan-sentuhan awal penerokaanya iaitu di sekitar tahun 1950 an. Lukisan-lukisan berwajah herot dan abstrak yang bertunjangkan unsur tanahair cuba dihasilkan ketika masih menuntut di sana. Perubahan awal menggunakan kaedah tersebut melihatkan kejayaan awalnya apabila berjaya menghasilkan karya penting di awal karier iaitu ‘Mandi Laut’ (1957). Karya ini merupakan titik permulaan bagi Syed Ahmad Jamal untuk menempuh sejarah yang lebih gemilang dalam bidang seni lukis dengan pameran solo pertamanya di British Council, Kuala Lumpur pada tahun 1960.

Dekad 1960 an memperlihatkan fenomena abstrak ekspresionistik yang sangat dominan. Karya-karyanya mula menampilkan imej-imej abstrak dalam latar budaya setempat. Karya ‘Starry Night’ (1961), ‘Relationship’ (1964), ‘Lost’ (1965) ‘19.9.65’(1965) memperlihatkan ledakan tenaga abstrak ekspressionistik yang lincah, kental, padu dalam sapuan berus yang agresif dalam warna-warna ekspresif yang meninggalkan impak visual yang mempersonakan. Warna dan imej yang digunakan dalam beberapa karya-karya pada tahun 1960 an menganggu ketenteramana psikologi seolah –olah beliau sedang bergelut dengan dirinya sendiri.

Tahun 1970an menampilkan karya-karya kreatif dan memperlihatkan transformasi dalam kebebasan berkarya contohnya karya ‘Conference of Soul’ (1970) bertolak dari puisi ‘Sidang Roh’ karya penyair Kassim Ahmad yang pernah menjadi polimik dunia kesusasteraan pada ketika itu. Karya ini dihasilkan selepas tragedi 1969 berkenaan dengan pengertian terhadap kebenaran yang sentiasa berubah mengikut kehendak dan selera semasa.

Page 23: Unsur Seni

Dalam karier sebagai pelukis siri ‘Gunung Ledang memuncakkan nama Syed Ahmad Jamal dalam menghasilkan karya-karya besar kepada khazanah negara seperti dalam ‘Semangat Ledang’. Pada tahap ini lukisannya amat bertenaga melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang didokongnya selama ini. Siri ‘Gunung Ledang’ mempertemukan dunia mistik kisah Puteri Gunung Ledang yang terdapat di dalam teks Sejarah Melayu yang berwajah tempatan kepada aspek penceritaan berkonsepkan barat iaitu dalam format catan.

Walaupun mendapat pendidikan Barat dalam bidang seni halus namun seniman Syed Ahmad Jamal tetap mengkagumi akar tradisi budaya Melayu untuk turut sama berada dalam setiap pengkaryaanya . Pada sekitar 1980 an maka lahirlah “Siri Songket” imej dari seni kraftangan anyaman tikar mengkuang mula tercipta seperti ‘Energy Mat’ (1980), ‘Terengganu’ (1986), ‘Siri Gunung Ledang’ (1987) dalam memaparkan keindahan tenunan tekstil Melayu tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.

Bentuk segitiga begitu dominan pada era ini, boleh dikatakan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang begitu banyak dalam rekabentuk tradisional masyarakat Melayu. Ia dianggap sebagai simbol kepada kesuburan, satu penyataan yang bersesuaian dengan kenyataan mengenai Gunung Ledang. Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif segitiga tersebut menyerupai pohon hayat dan bunga semangat sebagai manifestasi alam semulajadi yang begitu dekat dengan rantau Asia Tenggara ini.

Tahun awal tahun 1990 an, Syed Ahmad Jamal bersara dari perkhidmatan awam. Hal ini memberikan beliau begitu banyak masa untuk terus bergerak aktif secara sepenuh masa dalam seni lukis pada pertengahan karier . Penglibatan yang tidak mengenal jemu selama enam puluh tahun berkarier dengan seni ini telah memberi peluang kepada beliau untuk menyumbangkan ke arah pembinaan dan perkembangan seni lukis moden Malaysia. Berdasarkan sumbangan penting beliau itulah kerajaan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau pada 1995 iaitu anugerah seni tertinggi Malaysia yang membawa gelaran Seniman Negara. Era ini memperlihatkan pula satu pendekatan yang berlainan pada karya-karya Syed Ahmad Jamal sebelumnya. Karya-karya beliau sangat mesra menyentuh isu sosial politik negara dan dunia luar di akhir tahun 1990 an.

Page 24: Unsur Seni

Selepas itu beliau terus menaburkan baktinya kepada keseniaan negara dan pengorbanannya dihargai apabila dianugerahkan pingat Paglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada 1996. Pada tahun 2005 beliau menerima pengiktirafan sebagai Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni oleh Universiti Sultan Idris (UPSI). Pengkaryaan Syed Ahmad Jamal mula berarah kepada manifestasi ketuhanan di akhir-akhir kariernya. Penghormatan institusi seni utama negara untuk mengadakan pameran retrospektif yang mempamerkan semula hasil karya beliau selama berkarier selama enam puluh tahun bertajuk ‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’ adalah pameran solo terbesar dan terakhir oleh beliau pada tahun 2009 di Balai Seni Visual Negara .

Page 25: Unsur Seni

DZULKIFLI BUYONG (1948-2004)

Dzulkifli Buyong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1948 dan menerima pendidikan seni di Institut Victoria dari 1961 hingga 1965. Beliau belajar di Institut Victoria dan mengenali pelukis yang juga guru seni iaitu Patrick Ng yang merupakan ahli kumpulan seni “Wednesday Art Group”.

Sebelum beliau berumur 19 tahun, beliau telah pun mempamerkan karyanya kepada umum dan telah memenangi banyak pertandingan. Beliau diangkat sebagai seorang yang luar biasa dan telah dianggap sebagai ‘Remaja Sensasi Dunia Seni Malaysia’ kerana beliau telah menghasilkan beberapa lukisannya yang terkenal pada usia yang sangat muda. Pada usia 16 tahun, beliau telah memenangi pelbagai anugerah termasuk pingat emas dari Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah Tengku Ismail dan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Semasa dia berusia 17 tahun, beliau memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Melukis Poster Negara. Beliau adalah seorang tokoh yang biasa di Bilik Seni VI (kini Muzium Sekolah) dan terdapat mural di dinding bertahun-tahun dahulu di mana sebagai simbol mengingati beliau.

Dzulkifli menerangkan dirinya sendiri: " Saya suka melukis kanak-kanak, permainan berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling saya. Kecantikan tidak penting yang lebih baik adalah perkara biasa bahawa orang lain tidak melihat. Setiap hari yang berlaku, khususnya kanak-kanak adalah keriangan mereka dan kegembiraan mereka."

Page 26: Unsur Seni

SEJARAH DAN ASAL USUL GASING

Asal Usul Perkataan Gasing

Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat (sonneratia alba).

Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap sebagai pemenang.

Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘gah berpusing’. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.

Gasing Berasal Daripada Permainan Laga Telur

Sumber dari Kedah ada menyatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan ‘laga telur ayam’. Permainan memusing dan melagakan telur ayam ini menjadi permainan kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. Kemudian barulah timbul idea untuk menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur. Paksi ditambah agar gasing berputar dengan laju dan tegak. Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan pusingannya tidak tahan lama. Oleh itu tali digunakan supaya dapat memusingkan gasing dengan lebih ligat dan lama.

Page 27: Unsur Seni

Gasing Berasal Daripada Peralatan Memburu Binatang

Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing dahulunya merupakan senjata untuk memburu binatang. Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang buruan. Idea permainan gasing dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya bertujuan menguji kecekapan melempar gasing ke sasaran.

Jenis-jenis GasingJenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing

telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Page 28: Unsur Seni

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau

keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,

penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam

jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum

kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat

dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi

agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah

indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini

terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Page 29: Unsur Seni

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Page 30: Unsur Seni

Fungsi Permainan Tradisional Gasing Dalam Masyarakat Zaman Dahulu 

Permainan tradisional gasing memang hanyalah merupakan sebuah permainan sederhana di kalangan anak-anak. Namun menilik latar belakang sejarahnya, permainan tradisional gasing banyak dimainkan pada saat-saat tertentu oleh beberapa kelompok suku.

Terutama di kalangan orang Melayu, permainan tradisional gasing mendapat tempat yang cukup penting. Keberadaan permainan tradisional gasing tidak lepas dari sejarah dan keyakinan masyarakat Melayu kuno yang meyakini adanya hubungan tertentu antara permainan tradisional gasing dengan pertanian.

 Pada zaman dahulu beberapa kalangan masyarakat Melayu menggunakan permainan tradisional gasing sebagai media untuk meramal dan menghitung dalam hal bercocok tanam. Pada upacara adat tertentu gasing digunakan untuk meramal berbagai hal. Tidak jarang perputaran gasing menjadi patokan hasil ramalan

. Namun selain sebagai media dalam beberapa upacara adat, namun fungsi utama dari permainan tradisional gasing adalah sebagai wahana bersosialisasi. Dengan bersama-sama bermain gasing di waktu senggang, masyarakat secara tidak langsung bersosialisasi dan saling mempererat hubungan persaudaraan. 

Hal ini terjadi antara lain karena permainan tradisional gasing tidak hanya dimainkan oleh anak-anak semata, namun kalangan orang dewasa pun banyak yang memainkan permainan tradisional ini, terutama para laki-laki dewasa. 

Page 31: Unsur Seni

Berbagai Bentuk Gasing Dalam Permainan Tradisional Gasing 

Tentunya dengan meluasnya permainan tradisional gasing di kalangan masyarakat, membuat gasing pun memiliki berbagai bentuk yang berbeda di setiap daerah. Ada yang berbentuk bulat, kerucut, lonjong, oval, pipih, dan lain sebagainya. 

Selain bentuknya yang bervariasi, begitu pula bahan dasar yang digunakan untuk membuat gasing juga tentu sangat beraneka ragam. Sebagian besar menggunakan kayu sebagai bahan utamanya. Hal ini dikarenakan kayu merupakan bahan yang cukup kuat. Sedangkan dalam permainan tradisional adu gasing, para peserta akan saling mengadu gasing mereka dengan cara menabrakkannya. Maka dalam hal ini bahan yang kuat merupakan syarat yang mutlak.