28
1.0 PENGENALAN Isu pemerdagangan manusia bukanlah suatu isu yang baru timbul di negara ini. Kegiatan pemerdagangan manusia bukan sahaja bersalahan dengan ideologi negara Malaysia, malahan ianya adalah bertentangan dengan norma-norma masyarakat antarabangsa, juga undang-undang Islam dan prinsip Syariah. Kegiatan haram ini berlaku di kebanyakan negara maju. Malaysia juga tidak terkecuali daripada aktiviti 'perhambaan alaf baru' ini yang tidak jauh bezanya dengan bentuk perhambaan yang berlaku di zaman Arab Jahiliyah. Fenomena ini dilihat kian berleluasa dan menjadi polemik sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat negara Malaysia sendiri. Malahan, fenomena ini secara tidak langsung memberikan perspektif negatif orang ramai terhadap kawalan keselamatan di pintu-pintu sempadan oleh pihak berkuasa berkaitan. Pemerdagangan manusia melibatkan pergerakan atau migrasi sama ada individu atau kelompok manusia melalui cara yang tidak sah di sisi undang-undang bagi tujuan tertentu seperti aktiviti buruh paksa dan perhambaan seks. Fenomena ini menimbulkan kegusaran kerana ianya merupakan suatu jenayah malahan mempunyai aktanya yang tersendiri yang digunapakai dan menjadi rujukan dalam menangani isu-isu yang timbul, iaitu Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Kewujudan akta ini sekali gus menggambarkan keperluan isu ini untuk ditangani segera. 2.0 DEFINISI PEMERDAGANGAN MANUSIA Takrifan mengenai istilah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Malaysia boleh dilihat daripada peruntukan yang terkandung di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Seksyen menerangkan dengan jelas mengenai pengertian istilah tersebut serta elemen-elemen yang diguna pakai dalam melaksanakan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

ifolio.ukm.my · Web viewHamba abdi mengikut bahasa mempunyai erti, orang belian atau orang tebusan yang disuruh bekerja untuk faedah orang yang membelinya iaitu tuannya dengan bekerja

  • Upload
    duongtu

  • View
    237

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PENGENALAN

Isu pemerdagangan manusia bukanlah suatu isu yang baru timbul di negara ini.

Kegiatan pemerdagangan manusia bukan sahaja bersalahan dengan ideologi negara

Malaysia, malahan ianya adalah bertentangan dengan norma-norma masyarakat

antarabangsa, juga undang-undang Islam dan prinsip Syariah. Kegiatan haram ini

berlaku di kebanyakan negara maju. Malaysia juga tidak terkecuali daripada aktiviti

'perhambaan alaf baru' ini yang tidak jauh bezanya dengan bentuk perhambaan yang

berlaku di zaman Arab Jahiliyah. Fenomena ini dilihat kian berleluasa dan menjadi

polemik sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat negara

Malaysia sendiri. Malahan, fenomena ini secara tidak langsung memberikan

perspektif negatif orang ramai terhadap kawalan keselamatan di pintu-pintu sempadan

oleh pihak berkuasa berkaitan.

Pemerdagangan manusia melibatkan pergerakan atau migrasi sama ada individu atau

kelompok manusia melalui cara yang tidak sah di sisi undang-undang bagi tujuan

tertentu seperti aktiviti buruh paksa dan perhambaan seks. Fenomena ini menimbulkan

kegusaran kerana ianya merupakan suatu jenayah malahan mempunyai aktanya yang

tersendiri yang digunapakai dan menjadi rujukan dalam menangani isu-isu yang

timbul, iaitu Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Kewujudan akta ini sekali gus menggambarkan keperluan isu ini untuk ditangani

segera.

2.0 DEFINISI PEMERDAGANGAN MANUSIA

Takrifan mengenai istilah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di

Malaysia boleh dilihat daripada peruntukan yang terkandung di bawah Akta Anti

Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Seksyen menerangkan

dengan jelas mengenai pengertian istilah tersebut serta elemen-elemen yang diguna

pakai dalam melaksanakan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan

migran.

2

Kamus Fajar memberikan definisi ‘trafficking’ sebagai satu bentuk perdagangan yang

tidak sah di sisi undang-undang dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah ini dianggap telah

melakukan perbuatan yang salah bukan sahaja dari sisi undang-undang, malahan dari

perspektif moral yang membolehkan pesalah dihukum mengikut peruntukan undang-

undang yang ada oleh pemerintah sesebuah negara. (AS Hornby & Asmah Hj. Omar)

Selain itu, pemerdagangan manusia juga didefinisikan sebagai segala

perbuatan yang melibatkan sebarang bentuk perolehan atau mengekalkan tenaga kerja

atau perkhidmatan seseorang individu, sama ada melalui cara paksaan, termasuklah

perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau

menerima seseorang. Peruntukan yang jelas mengenai takrifan pemerdagangan

manusia ini boleh dilihat dibawah Akta AntiPemerdagangan Orang dan

AntiPenyeludupan Migran 2007, iaitu :

Seksyen 12 :

"Mana-mana orang yang memperdagangkan orang yang bukan seorang kanak-kanak,

bagi maksud eksploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila

disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas

tahun, dan boleh juga didenda."

Seksyen 14 :

"Mana-mana orang yang memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-

kanak, bagi maksud eksploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila

disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga

tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahu, dan boleh juga didenda."

Seksyen 15 :

"Mana-mana orang yang mendapatkan keuntungan daripada pengeksploitasian orang

yang diperdagangkan melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,

dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan

boleh juga didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh juga dilucuthakkan

keuntungan daripada kesalahan itu."

3

Persidangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Nombor 49/166) pula menjelaskan

definisi (trafficking) sebagai pergerakan oleh seseorang secara haram dan rahsia bagi

melepasi mana-mana sempadan, sama ada di dalam mahupun luar negara yang

bertujuan untuk menindas dan mengeksploitasi mangsa sama ada dalam bentuk

seksual atau ekonomi demi kepentingan pihak perekrut (agen) semata-mata.(Abdul

Mukti bin Baharudin, Hajah Makiah Tussaripah bt Jamil)

Hakikat pemerdagangan yang sebenarnya berlaku di nagara Malaysia adalah seperti

yang di nyatakan di dalam Akta Pemerdagangan dan Penyeludupan. Antara aspek lain

yang dinyatakan di dalam temu bual bersama Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia

Tuan Zainal ia adalah hakikat dalam kehidupan mereka yang menjadi percaturan

dagangan. Pada asalnya mereka datang ke Malaysia dengan lengkap berdokumen dan

mempunyai niat yang baik untuk mencari sumber mata pencarian di Malaysia yang

mana mereka di janjikan oleh individu mahupun lebih di kenali sebagai Tekong untuk

mendapatkan kerja yang baik seperti kedai makan dan kebanyakannya adalah kerja

kilang. Tapi malangnya ia nya sekadar satu umpan bagi aktiviti perdagangan oleh

pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka dipaksa, didera dan akhirnya

pekerjaan yang teruk terpaksa di lakukan yang mana akhirnya mendjadi paksa rela

melakukannya tanpa mengingkarinya. Ia juga dikenali sebagai ATIP iaitu anti

pemerdagangan orang.

3.0 BENTUK PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN

MIGRAN

Jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran membawa kepada

pengeksploitasian terhadap mangsa dengan cara yang pelbagai. Mangsa terpaksa

hidup dengan cara yang telah ditentukan oleh pemangsa walaupun ianya boleh

dikategorikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

4

3.1 Eksploitasi Seks

Kegiatan pelacuran dan perdagangan seks merupakan agenda utama para agen

atau pemerdagang dalam jenayah yang dilakukan. Kebanyakan mangsa pada

awalnya akan disajikan dengan pelbagai janji manis sehingga mereka

mempercayai apa yang dikatakan. Malahan, mereka dikaburkan dengan angan-

angan palsu mengenai pendapatan yang tinggi yang mampu mengubah cara

hidup mereka selama ini untuk menjadi lebih baik dan menyenangkan.

Hakikatnya, setelah sampai ke negara yang dijadikan sasaran, mereka dipaksa

untuk melakukan perhubungan terlarang dan seterusnya terpaksa menjadi

hamba seks tanpa sebarang bantahan disebabkan oleh ugutan atau ancaman

yang lebih besar. Golongan yang kebiasaannya menjadi mangsa eksploitasi

seks ini ialah wanita.

Lebih menyedihkan, apabila pusat-pusat pengajian tinggi dijadikan

medium jenayah mereka dengan menggunakan visa pelajar asing sebagai akses

untuk membolehkan golongan wanita ini dibawa masuk dan akhirnya dipaksa

untuk menjual diri sekali gus terlibat dalam perdagangan seks tanpa kerelaan

mangsa.

3.2 Pemindahan Organ

Kegiatan pemindahan organ kini dilihat semakin pesat. Aktiviti

perdagangan yang melibatkan jualan organ secara haram dilihat semakin

berleluasa disebabkan permintaan yang tinggi bagi menjalani pembedahan

serta prosedur penggiliran yang memakan masa pihak yang ingin menjalankan

pembedahan melibatkan organ. Kebiasannya kegiatan haram ini mendapatkan

sumber organnya daripada penduduk di negara-negara yang miskin dan

mundur dengan cara penyeludupan haram atau dengan mengeksploitasi

mangsa dari dalam negara.

Aktiviti haram ini sememangnya memberikan keuntungan yang cukup

tinggi di peringkat antarabangsa. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kajian

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menganggarkan bahawa 10 peratus

daripada 70 ribu buah pinggang yang dipindahkan dalam tempoh masa setahun

mungkin berasal daripada pasaran gelap.

5

3.3 Pengedar Dadah

Isu berkaitan dadah ini sememangnya sesuatu yang sering diperkatakan tanpa

ada penghujungnya. Sindiket haram ini mendedahkan bahawa wanita

sememangnya dijadikan mangsa bagi mengedar dan memperdagangkan dadah

bagi kepentingan pihak pemerdagang itu sendiri. Wanita akan dijadikan

sebagai orang perantara yang membawa atau mengedarkan dadah dari satu

tempat ke satu tempat lain yang telah dipersetujui oleh pihak penerima. Dalam

erti kata yang lain, mereka dijadikan 'kambing hitam' oleh penjenayah yang

sebenar. Golongan wanita dipilih oleh penjenayah kerana mereka sangat

mudah diperdayakan dan mudah dikawal memandangkan keadaan fizikal serta

kudrat mereka sendiri yang sememangnya lemah. Antara modus operandi yang

biasa dilakukan bagi melaksanakan kegiatan jual beli dadah ini adalah dengan

menelannya.

3.4 Buruh Paksa

Mangsa yang diseludup oleh penjenayah secara haram juga akan menjadikan

mereka sebagai buruh yang terikat. Oleh yag demikian, mereka terpaksa

melakukan kerja-kerja secara paksaan. Mereka terpaksa melakukannya

disebabkan ugutan penjenayah untuk menyerahkan mereka kepada pihak

berkuasa sekiranya tidak melakukan kerja-kerja sebagaimana yang

dikehendaki oleh penyeludup tersebut. Bukan sahaja berdepan dengan ugutan

dan kerja paksaan, malahan gaji yang diperolehi juga berada dalam kawalan

atau milikan penyeludup tersebut. Hal ini secara jelasnya menggambarkan

tindakan memanipulasi mangsa secara total tanpa ihsan.

Selain itu, mangsa kebiasaannya terdiri daripada migran asing dari

kalangan wanita dan kanak-kanak yang direkrut oleh penjenayah dari negara-

negara yang kurang membangun seperti Asia Tenggara dan Afrika. Selain

dipaksa bekerja sebagai buruh tanpa gaji, golongan wanita kebiasaannya

diarahkan untuk menjadi pembantu rumah. Manakala kanak-kanak akan

dieksploitasi dengan menjadikan mereka pengemis di jalanan.

6

Kebanyakan pendatang asing yang bekerja di Malaysia terdiri daripada

pekerja separa mahir dan tidak mahir. Mereka datang dari negara yang

mengalami lebihan penawaran buruh seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh,

Vietnam dan Kemboja. (Jabatan Penerangan Malaysia)

4.0 ISU SEMASA PEMERDAGANGAN MANUSIA

4.1 Situasi Semasa Di Dunia

Pemerdagangan manusia adalah jenayah terancang yang ketiga terbesar

didunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Malah kini ia menjadi

satu bentuk pemerdagangan hamba abadi moden yang tidak kenal bangsa,

agama, keturunan dan warna kulit. Mengikut laporan Amnesty International,

pada tahun 2004 sahaja dianggarkan seramai 700000 orang diperdagang setiap

tahun bagi tujuan seks. Di Bangladesh umpamanya, sebuah laporan UNICEF

menyatakan kira-kira 400 orang wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa

pemerdagangan setiap bulan yang kebanyakan mereka berusia 12 hingga 16

tahun dan dipaksa bekerja dalam industri seks komersial.

4.2 Situasi Di Malaysia

Aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia diperingkat antarabangsa

semakin berleluasa dan menjadi masalah kepada banyak Negara ternasuklah

dimalaysia. Di Malaysia perkembangan ekonomi dan kemakmuran Negara

menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini

membuka peluang kepada kerancakan landskap aktiviti jenayah yang baru di

Negara ini. Berada di kedudukan ditengah-tengah Negara Asian, Malaysia

merupakan antara lokasi strategik sama ada sebagai Negara destinasi atau

transit bagi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Ditambah

dengan lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut serta

kedatangan pelancong dan pekerja asing ke Malaysia menggalakkan lagi

sendikit pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis dari

China, Indonesia, Thailand, dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Ini terbukti berdasarkan jumlah tangkapanyang dilakukan dalam operasi

7

serbuan oleh polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke tempat-tempat

disyaki sarang pelacuran dan rumah urut di sekitar Bandar besar di Negara ini.

Selain daripada itu, bukan sahaja wanita, malah lelaki dewasa turut

diperdagangan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh

paksa. Kebanyakan mereka yang dating dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan

Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran

lumayan sedangkan semuanya palsu. Malah lebih menyedihkan mereta turut

dipaksa bekerja untuk tempoh yang panjang sehingga lebih 18 jam sehari

tanpa dibayar upah. Disamping itu juga, kanak-kanak dan bayi juga mendapat

permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta

sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai

zuriat sendiri. Menurut statistic Majlis Anti pemerdagangan orang (MAPO).

Sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan

membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit

dalam jenayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 1930 manmgsa mendapat

perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah

perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam

eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan

manusia (24) dan penjualan bayi (11).

4.3 Permasalahan Kes

Dewasa ini, kes pemerdagangan manusia sering digembar-gemburkan oleh

masyarakat mahupun media. Hal ini demikian kerana, kes ini semakin

menjadi-jadi dalam kalangan rakyat Malaysia kini. Oleh itu, terdapat beribu-

ribu kes yang telah direkodkan berkaitan dengan pemerdagangan manusia

yang semakin berleluasa di negara kita. Antara kes-kes penderaan tersebut

adalah seperti berikut :

4.3.1 Kes Pertama

Pada 7 Februari 2014, polis Pulau Pinang menyelamatkan 11 wanita warga

asing iaitu dua dari Kemboja dan selebihnya dari Indonesia, yang dipercayai

8

menjadi mangsa pemerdagangan oleh sebuah syarikat agensi pekerjaan dalam

satu serbuan di Bandar Baru Farlim. Mengikut Ketua Polis Daerah Timur

Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, dalam serbuan yang dijalankan

pukul 6.45 petang, polis menemui warga asing itu dikurung di premis

berkenaan. Mangsa berumur antara 21 hingga 41 tahun. Empat daripadanya

bekerja di negeri itu sebagai pembantu rumah sudah sebulan tetapi tidak

dibayar gaji. Tujuh mangsa lain baru tiba lima hari, setelah dijanjikan kerja

sebagai pembantu rumah di negara ini. Siasatan polis mendedahkan bahawa

mangsa masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial. Mereka

dikurung oleh pemilik agensi pekerjaan dan tidak diberi makan secara teratur.

Polis menemui semua pasport milik mangsa.

Sumber:(http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140305/re_05/

Menyelamat-mangsa-pemerdagangan#ixzz3d0x4Y4iI) 

4.3.2 Kes Kedua

Pada 12 Februari 2014, polis menahan tiga suspek ketika cuba menyeludup

lapan warga Myanmar ke Pantai Timur. Mengikut Ketua Polis Daerah Gerik,

Supritendan Abdul Manab Bahrum, suspek dan warga Myanmar itu ditahan

dalam kereta Proton Saga kira-kira pukul 7 pagi berhampiran Kampung Sira

Panas, dekat Gerik, Perak. Suspek dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan

dan diberkas di Kilometer 8, Jalan Raya Timur Barat. Mengikut Abdul Manab,

modus operandi penjenayah pemerdagangan orang ini ialah menggunakan

Lebuh Raya Timur Barat sebagai laluan untuk menyeludup warga asing

terutamanya warga Myanmar.

Sumber:(http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140305/re_05/

Menyelamat-mangsa-pemerdagangan#ixzz3d0x4Y4iI) 

4.3.3 Kes Ketiga

Pada 21 Februari 2014, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai tindakan

pihak berkuasa kita menyelamatkan empat lelaki Myanmar yang menjadi

mangsa jenayah pemerdagangan orang. Mangsa telah dikurung dan dirantai di

9

sebuah rumah usang di Jalan Pasar, Sungai Petani, Kedah. Ketika

diselamatkan, mereka dalam keadaan lesu kerana dipercayai tidak diberi

makan sudah tiga hari. Mengikut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu

Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, setelah

menerima laporan daripada penduduk setempat, sepasukan polis telah

menyerbu premis berkenaan, yang terletak di belakang sebuah hotel. Hasil

siasatan mendedahkan mangsa telah dikurung untuk maksud memeras wang

tebusan daripada keluarga mereka di Myanmar. Seorang mangsa

memaklumkan bahawa mereka dibawa masuk ke negara ini sudah sembilan

hari sebelum ditempatkan di rumah tersebut. Kesemua mangsa tidak

mempunyai dokumen perjalanan sah.

Sumber:(http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140305/re_05/

Menyelamat-mangsa-pemerdagangan#ixzz3d0x4Y4iI) 

4.3.4 Kes Keempat

Pada 25 Mei 2015, di Padang Besar, Perlis, Ketua Polis Negara, Tan Sri

Khalid Abu Bakar telah mengesahkan 139 kubur dan 28 kem berkaitan isu

pemerdagangan manusia yang ditinggalkan, ditemui dalam kawasan Malaysia

di Wang Kelian dekat sempadan Malaysia-Thailand. Beliau berkata, penemuan

kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan dan mayat yang reput yang hanya

tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua

minggu. Pendedahan ini membuktikan kerajaan Malaysia bersikap telus dan

tidak menyembunyikan sebarang maklumat membabitkan isu pemerdagangan

manusia. Katanya, reka bentuk kem berkenaan yang dipagar dan sentri

menggambarkan ia dikawal dan orang-orang yang hendak diseludup tidak

bebas bergerak. Kem-kem dipercayai diduduki sejak 2013 dan terbaru dua

kem ditinggalkan antara dua hingga tiga minggu lepas. Operasi itu dilancarkan

susulan penemuan beberapa kubur besar mengandungi mayat manusia

dipercayai pendatang asing membabitkan sindiket pemerdagangan manusia

ditemukan pihak berkuasa Thailand di sekitar Padang Besar dan Songkhla,

baru-baru ini. Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan sindiket

membawa masuk tahanan mereka ke Malaysia melalui jalan yang sah atau

10

lorong-lorong tikus di Padang Besar atau Wang Kelian selepas mendapat

bayaran daripada orang-orang tertentu. Dalam perkembangan berkaitan,

Khalid berkata 90 peratus dari 37 orang yang ditangkap tahun ini kerana

terbabit dengan pemerdagangan manusia adalah penduduk Kedah, Perlis,

Perak dan Kelantan. Katanya, jumlah tangkapan pendatang asing tanpa izin di

sempadan Perlis tahun lepas sebanyak 1,914 orang manakala dari Januari

hingga April lepas berjumlah 1,305 orang. “Tangkapan di sempadan Kedah

pula berjumlah 2,094 tahun lepas, Kelantan (3,462 orang) dan Perak (966

orang) manakala dari Januari hingga April tahun ini sebanyak 853 orang

(Kedah), 498 orang (Perak) dan 88 orang (Kelantan),” katanya. Sementara itu,

Pemerintah Rejimen Ke-9 Thailand Mejar Jeneral Ekaphop Prasitwattanchai

yang turut hadir, berkata pihak berkuasa Thailand akan memberi kerjasama

penuh termasuk pertukaran maklumat dengan Malaysia. “Kami juga seperti

Malaysia berazam membanteras perbuatan tidak berperikemanusiaan dan

pemerdagangan manusia khususnya di kawasan sempadan kedua-dua negara.”

Sumber:(http://www.ismaweb.net/2015/05/139-kubur-28-kem-

pemerdagangan-manusia-ditemui-di-wang-kelian/)

5.0 KESAN

Jenayah pemerdagangan manusia ini menimbulkan pelbagai impak negatif bukan saja

kepada individu tertentu, malahan terhadap masyarakat dan negara secara

keseluruhannya. berbagai-bagai lagi masalah lain yang timbul disebabkan mangsa-

mangsa jenayah ini.

5.1 Ancaman Keselamatan

Kehadiran pendatang asing tanpa izin yang membanjiri tanah air dengan cara

yang tidak sah membawa kepada pelbagai masalah terutama dari sudut

ancamannya terhadap kesejahteraan dan kepentingan awam di negara ini. Hal

ini demikian kerana golongan ini dilihat terlibat dan menjurus kepada aktiviti

atau kegiatan yang membahayakan penduduk tempatan dengan meningkatnya

kadar jenayah seperti merompak, membunuh, pecah rumah dan pelbagai

11

jenayah lain yang semestinya menjadikan penduduk tempatan di negara ini

sebagai sasaran utamanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui statistik yang

dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sendiri iaitu sebanyak 14

809 daripada 37 446 banduan di Malaysia merupakan pendatang asing yang

kebanyakannya terdiri daripada Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI). (Wan

Marzuki, 2008).

5.2 Ancaman Sosial

Selain aspek keselamatan, kehadiran PATI tanpa izin ini dilihat sebagai satu

ancaman berbahaya dari aspek sosial negara, terutama dari sudut kesihatan.

Ancaman ini berlaku disebabkan golongan ini kebiasaannya datang daripada

negara yang mundur dan kurang menitikberatkan aspek kesihatan. Oleh sebab

itu, kemungkinan bahawa mereka tidak menjalani ujian kesihatan sebelum

dibawa masuk secara haram ke negara ini adalah sangat tinggi memandangkan

proses untuk menjalani ujian kesihatan bukan sahaja memakan masa, malahan

melibatkan kos yang tidak mungkin ingin ditanggung oleh pihak yang

merekrut atau pihak yang menguruskan penyeludupan masuk mereka ke

negara ini. Keadaan ini mengakibatkan penanggungan risiko yang tinggi

terhadap rakyat tempatan untuk dijangkiti penyakit berbahaya dan berjangkit

seperti HIV. Hal ini dapat dibuktikan melalui perangkaan kerajaan yang

mengumumkan bahawa sebanyak 30 peratus daripada 337 ribu pekerja asing

telah dijangkiti HIV pada tahun 1992. Di samping itu, Jabatan Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan telah mendedahkan bahawa 80 peratus pekerja asing

di sektor perladangan telah dikesan sebagai pembawa virus HIV berdasarkan

kepada analisis dan pemerhatian yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (AADK). (Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis, Saadon

Awang, 2014)

12

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMERDAGANGAN

MANUSIA

6.1 Penguatkuasaan Undang-Undang

Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan orang telah menaikkan

taraf Malaysia ke tahap (TIER) 2 ( Dalam Pemerhatian) daripada tahap 3

dalam laporan pemerdagangan orang amerika syarikat (TIP) 2010. Laporan

TIP adalah senarai kedudukan Negara-negara dunia berdasarkan tahap

pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan orang.

Pencapaian TIP adalah berdasarkan standard minimum dalam memerangi

pemerdagangan orang. Pencapaian TIP adalah berdasarkan kepatuhan Negara

menerusi akta perlindungan pemerdagangan dan kegansan (TVPA) Amerika

syarikat. Menurut klasifikasi antarabangsa, tahap satu merujuk kepda Negara

yang melakukan pematuhan sepenuhnya dan tahap dua bagi usaha signifikan

untuk memnuhi TVPA. Manakala tahap tiga pula bermaksud sebagai Negara

yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

6.2 Kerjasama Dengan Negara Jiran

Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk

meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia

melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan kepada Negara-

negara jiran seperti singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar

mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamnaya kekuatan

teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Dengan kerjasama yang

dapat dilaksanakan ini kita dapat untuk membanteras segala masalah

pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa ini. Jadi ini sekaligus

menunjukkan bahawa kerjasana sesame Negara serantau ini untuk

membenteras sebarang jenayah akan lebih memudahkan dan mampu untuk

diselesaikan dengan sebaiknya.

6.3 Kempen Kesedaran

Pihak yang bertanggunjawab harus memainkan peranan mereka dalam

menagani masalah pemerdagangan manusia walaupun dengan pelbagai cara

sekalipun. Contohnya dengan menjalankan kempen kesedaran, ini sekaligus

13

akan meberi kesedaran kepada masyarakat tentang semakin berleluasa masalah

pemerdagangan manusia ini, kempen boleh dijalankan menerusi media massa

yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Dengan adanya kempen sebegini

menyebabkan masyarakat akan mengetahui bahawa banyak kesan yang akan

diterima daripada jenayah pemerdagangan orang ini. Tambahan lagi, dengan

kempen kesedaran ini juga sekaligus dapat menggalakkan masyarakat untuk

membanteras masalah ini daripada terus berleluasa yang boleh memberi impak

bukan sahaja kepada inidvidu itu sendiri malah kepada Negara juga.

7.0 PEMERDAGANGAN MANUSIA MENURUT ISLAM

Definisi perdagangan manusia daripada segi bahasa, perdagangan ialah suatu kata

nama yang terdapat dalamnya proses jual beli antara penjual dan pembeli manakala

manusia pula ialah suatu ciptaan yang terdiri daripada lelaki dan wanita sama ada

sedikit atau banyak. Perdagangan manusia secara kolektif atau keseluruhannya juga

membawa erti penghambaan dan suatu gambaran daripada perdagangan atau

penyeludupan manusia. Perhambaan juga merupakan suatu pecahan atau bahagian

daripada pemilikan atau ubudiyah.

Fenomena perdagangan manusia dari segi istilah hukum fiqh ialah sebuah

fenomena memindahkan manusia ke sesuatu komoditi atau mangsa yang telah

diperdagangkan sama ada secara sah atau tidak melalui pihak perantaraan merentasi

sempadan negara untuk tujuan eksploitasi seperti kerahan tenaga yang diberi ganjaran

yang terlalu rendah, pelacuran atau apa-apa yang seumpamanya yang menghilangkan

kerelaan mangsa dengan paksaan atau apa-apa perbuatan lain yang menggambarkan

unsur penghambaan.

8.0 HUBUNGAN PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN

IMIGRAN DENGAN PERHAMBAAN

Apabila disebut mengenai perdagangan manusia dan penyeludupan migran secara

tidak langsung ia akan dikaitkan dengan hamba abdi atau sistem perhambaan pada

masa dahulu. Aktiviti perhambaan juga merupakan satu fenomena biasa di dalam

14

masyarakat jahiliah. Kedatangan Islam tidak menghapuskan sistem perhambaan ini

terus, tetapi Islam telah menggariskan beberapa ketetapan tentang hukum perhambaan

malah pelbagai istilah hamba juga telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.

Misalnya istilah Ma malakat ayman, abdu, raqabah, amah dan fatayaat. Istilah-istilah

ini membawa maksud hamba atau perhambaan.

Hamba abdi mengikut bahasa mempunyai erti, orang belian atau orang tebusan

yang disuruh bekerja untuk faedah orang yang membelinya iaitu tuannya dengan

bekerja tanpa upah, hanya sekadar mendapat makanan sahaja. Hamba abdi juga

disebut sebagai budak. Namun budak mempunyai pengertian yang lebih luas,

antaranya hamba, ghulam, sahaya, abdi, penolong rumah tangga, orang gaji, khadam,

pengasuh atau anak-anak yang belum matang fikiran.

Mengikut pandangan Prof Dr. Hamka, hamba abdi adalah merupakan seorang

yang tidak lagi merdeka. Nilai mereka sama dengan sebuah barang yang boleh

diperdagangkan, dijual, dihadiahkan. Bagi perempuan pula, dapat dijadikan sebagai

isteri, sedangkan anak dari hasil hubungan dengan tuannya adalah sah hukumnya (

Hamka 1994: 10).

Antara ciri-ciri atau bentuk yang dapat diklasifikasikan sebagai hamba ialah:

1. Hamba abdi yang berasal atau diperoleh hasil daripada perang,

pencurian, pembelian, penangkapan atau dari keturunan (anak dari orang

tuanya yang sejak dari mula merupakan seorang hamba abdi).

2. Hamba abdi tidak diberi kebebasan hak, keinginan, perasaan, fikiran

dan cita-cita. Hamba abdi hanya bertindak atau melakukan sesuatu yang telah

ditetapkan oleh tuannya. Mereka tidak boleh merasa jijik, penat, sedih atau

membantah tugasan dan arahan yang diberikan sama ada baik atau tidak.

3. Hamba abdi menjadi milik tuannya. Seorang tuan boleh memberi

layanan yang buruk dan hamba diperlakukan seperti binatang atau barang.

Mereka boleh disuruh bekerja tanpa diberi upah kecuali sekadar makan,

pakaian, tempat kediaman yang seadanya. Hamba abdi tidak pernah difikirkan

tentang kemanusiaannya, seperti yang pernah terjadi kepada salah seorang

sahabat Nabi S.A.W ketika belum masuk Islam iaitu Bilal bin Rabah. Sewaktu

masih menjadi hamba abdi, Bilal dilakukan sebagai penggembala unta dan

15

kambing yang hanya diberi upah dua genggam kurma. Pemilik hamba boleh

membiarkan hamba hidup terbiar dan tidak dipedulikan nasibnya serta dia

boleh menghadiahkan atau menjualkan hambanya kepada orang lain yang

ingin membelinya, atau dibuang begitu sahaja hatta dibunuh sekalipun dan

perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai zalim. Jika hamba abdi tersebut

seorang perempuan, maka dia boleh disetubuhi tanpa harus menikahinya.

Kebiasaannya juga, tuannya menyuruh hambanya menjadi pelacur dan hasil

tersebut akan diambil oleh tuannya.

4. Hamba abdi mendapat kebebasan dari tuannya dengan cara melarikan

diri atau dengan cara membayar tebusan dengan harga yang telah ditentukan

oleh tuannya atau dibuang oleh tuannya kerana sudah tidak bermanfaat lagi.

Melarikan diri merupakan salah satu jalan yang mungkin dapat dilakukan

namun, hal ini cukup membahayakan keselamatan.

Jika kita lihat, terdapat persamaan antara perdagangan manusia dengan sistem

perhambaan dahulu yang merupakan satu fenomena biasa di dalam masyarakat

jahiliah. Apabila Islam datang, ia tidak terus menghapuskan sistem perhambaan ini,

tetapi Islam telah menggariskan beberapa ketetapan tentang hukum perhambaan.

Islam memandang bahawa hamba adalah seorang manusia yang sifat dan

fitrahnya adalah sama seperti orang yang merdeka. Allah s.w.t telah mengharamkan

hamba dari dieksploitasi oleh tuannya. Allah s.w.t telah meletakkan kedudukan hamba

jauh dari segala kehinaan, kekejaman atau sebarang pengeksploitasian.

Walaupun Islam tidak terus menghapuskan sistem perhambaan kerana ia telah

menjadi adat masyarakat ketika itu, tetapi Allah telah memerintahkan agar hamba

diberi layanan yang baik. Malah pensyariatan yang telah ditetapkan secara tidak

langsung sebenarnya telah menghapuskan sistem perhambaan.

Pemilik hamba boleh membebaskan hambanya tanpa syarat atau ditebus oleh

seorang mukmin yang membayar kafarahnya disebabkan melanggar hukum syariat

yang tertentu. Perlanggaran hukum syariat itu adakalanya berbentuk pelanggaran

sumpah, zihar, pembunuhan terhadap seseorang mukmin atau orang kafir yang terikat

dengan perjanjian damai, pembunuhan secara tidak sengaja atau tersalah bunuh. Di

dalam al-Quran, Surah An-Nisa’ ayat 92 dijelaskan sebagaimana berikut:

16

� �ا خطأ � ومن� قتل مؤ�من �ا إال خطأ وما كان لمؤ�من أن� يق�تل مؤ�منمة إلى أه�له إال أن� يصدقوا فإن� فتح�رير رقبة مؤ�منة ودية مسل

كان من� قو�م عدو لكم� وهو مؤ�من فتح�رير رقبة مؤ�منة وإن� كانمة إلى أه�له وتح�رير رقبة �نهم� ميثاق فدية مسل �نكم� وبي من� قو�م بيه وكان �ن تو�بة� من الل �ن متتابعي مؤ�منة فمن� لم� يجد� فصيام شه�ري

ه عليم�ا حكيم�ا ) ( ٩٢الل“Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang

mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh

seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kafarah)

dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah"

(denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), …”

(al-Nisa’: 92)

Islam mengatasi masalah perhambaan secara bertahap dengan cara

menyempitkan sumber-sumber yang menyebabkan kelahiran hamba dan membuka

peluang pembebasan dengan seluas-luasnya.

Jika dahulu, istilah yang digunakan adalah perhambaan, kini bentuk

perhambaan moden ini juga turut dikenali dengan pemerdagangan manusia kerana

terdapat persamaan antara kedua-duanya. Bagi perhambaan, unsur yang paling

penting ialah “ mulukiah” atau pemilikan iaitu pemilikan tuan atas hambanya. Namun

asas utama bagi takrif pemerdagangan manusia ialah eksploitasi. Manakala,

penyeludupan migran berkait rapat dengan kerelaan mangsa seludup dan tujuan

penyeludupan tersebut. Maka, kedua-dua unsur ini berkait rapat dengan kesalahan

perhambaan.

9.0 HUKUM PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN

MIGRAN

Hukum perdagangan manusia dan penyeludupan migran tidak dinyatakan secara terus

atau jelas dalam al-Quran mahupun hadis namun terdapat dalil-dalil yang

menunjukkan larangan perbuatan tersebut secara tidak langsung. Jika diteliti

perbuatan memperdagangkan manusia secara paksa adalah sesuatu yang sangat

bertentangan dengan prinsip Islam walaupun pada dasarnya hukum perdagangan

17

adalah mubah (harus). Begitu juga dengan perbuatan menyeludup masuk migran sama

ada rela atau tanpa rela adalah bersalahan dengan undang-undang Islam. Islam sangat

menekankan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk hidup secara aman. Dalam

perdagangan manusia, ada dua kategori manusia iaitu merdeka dan hamba. Dalam

pembahasan hukum ini, perkara yang menjadi fokus adalah hukum perdagangan

manusia merdeka. Hal ini kerana, pada masa kini hamba sudah tidak wujud lagi.

Hujah-hujah diambil daripada al-Quran dan Sunnah serta beberapa pandangan fatwa

yang telah dibuat

9.1 Dalil Al-Qur’an:

Cهم� �ن Cت وفضل ب ل�طي Cهم� من �بح�ر ورزق�ن ل Cهم� فى �ن ٱولقد� كرم�نا بنى ءادم وحمل ٱ( � (٧٠علىC كثير ممن� حلق�نا تف�ضيال

Maksudnya :

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah

beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan

Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-

baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak

makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

(al-Israk 17:70)

Pengambilan hukum dari ayat ini adalah berdasarkan kemuliaan

manusia yang Allah berikan kepada manusia iaitu dengan dikhususkan

beberapa nikmat yang tidak diberikan kepada makhluk yang lain sebagai

penghormatan bagi manusia. Dengan nikmat itu manusia memperoleh bebanan

atau taklif (tugas) syariah seperti yang telah dijelaskan oleh mufasirin dalam

pentafsiran ayat tersebut.

Oleh itu, kedudukan seseorang manusia tidak boleh direndahkan

dengan disamakan kedudukannya dengan barang dagangan seperti haiwan atau

sesuatu yang dapat dijual-belikan. Imam al-Qurthubi berkata mengenai tafsir

ayat ini “...dan juga manusia dimuliakan disebabkan mereka mencari harta

untuk dimiliki secara peribadi tidak seperti haiwan..”.

18

Selain itu, Islam juga amat menekankan konsep hak keselamatan diri

(haq al-amn) kepada setiap manusia sama ada seseorang itu beragama Islam

mahupun tidak sebagaimana firman Allah Taala:

ه مع كالم الل ى يس� ه حت تجارك فأجر� ركين اس� �مش� وإن� أحد من الMaksudnya :

“Bila salah seorang dari orang-orang musyrik itu datang kepada kamu untuk

meminta perlindungan maka berilah dia perlindungan sampai dia mendengar

firman Allah…”

Oleh itu, jika datang seorang musyrik harbi meminta jaminan

keamanan, maka Allah telah memerintahkan kaum Muslimin untuk

memberikan jaminan keamanan kepadanya. Ia bermaksud setiap orang berhak

mendapat perlindungan dan keselamatan nyawa serta penghormatan hak

hidupnya. Hak ini tidak hanya pada fizikal sahaja, tetapi termasuk harta dan

kehormatan (Mohammad Monib, Islah Bahrawi 2011 :217)

9.2 Dalil Al-Sunah

Isu jual beli manusia juga telah terdapat dalam hadis atau sunah Rasul Allah

S.A.W. Disebutkan dalam sebuah hadis Qudsi, Allah Taala telah memberi

ancaman yang keras kepada orang yang menjual manusia ini dengan ancaman

di hari Kiamat kelak.

Imam al-Bukhari dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada hadis Abu

Hurairah :

“Dari Abu Hurairah, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda: Allah berfirman: “

Tiga golongan yang Aku akan menjadi musuh mereka di hari Kiamat;

pertama: seorang yang bersumpah atas nama-Ku lalu dia tidak menepatinya,

kedua: seseorang yang menjual manusia merdeka dan memakan hasil

penjualannya, dan ketiga: seseorang yang menyewa tenaga seorang pekerja

yang telah menyelesaikan pekerjaan itu akan tetapi dia tidak membayar upah

nya.”

19

Rasulullah SAW turut bersabda di dalam hadis baginda yang diriwayatkan

oleh Imam Muslim:

إن الله يعذب الذين يعذبون الناس في الدنيا“Sesungguhnya Allah akan mengazab mereka yang mengazab atau menzalimi

manusia di dunia”

Perdagangan manusia dan penyeludupan migran merupakan suatu

perbuatan yang menzalimi dan merampas hak manusia yang lain. Perbuatan

tersebut telah diberi kecaman oleh Allah dengan balasan azab yang seksa.

Maka ia suatu perbuatan yang mesti ditinggalkan.

Syariah dan perundangan Islam digariskan dan ditetapkan oleh Allah di

atas dasar menjaga lima kepentingan utama atau maslahat dalam kehidupan

manusia. Lima matlamat ini juga dikenali sebagai dhoruriyatul khomsah atau

maqasid al-syar’iyyah. Lima jenis maslahah yang dimaksudkan itu ialah untuk

menjaga kepentingan agama, nyawa, akal, maruah atau nasab, dan harta

manusia. Jenayah pemerdagangan manusia jelas telah mencabuli harta dan hak

orang lain untuk hidup dengan aman. Maqasid syariah yang ditetapkan bagi

mencapai kebaikan di dunia dan akhirat menjadi kayu ukur dalam menilai

sesuatu hukum (Mohd Fikri 2012:20).

10.0 FATWA PENGHARAMAN PEMERDAGANGAN MANUSIA

Bersumberkan Portal Rasmi Fatwa Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada

16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai hukum pemerdagangan manusia.

Muzakarah tersebut telah membuat keputusan bahawa ;

i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,

Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat

dimuliakan oleh Allah s.w.t dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada

manusia yang lain.

20

ii. Oleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai

eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah

dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

iii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum

memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang

menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.

11.0 HUKUM PENGAMBILAN ORGAN MANUSIA SECARA

PERDAGANGAN

Begitu jugalah jika dilihat hukum pengeksploitasian manusia bagi mendapatkan

organ-organnya juga adalah haram yang berbeza dengan keharusan pendermaan dan

pemindahan organ. Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 23 dan 24 Jun

1970 telah memutuskan hukum keharusan menderma dan memindahkan organ yang

berdasarkan kehendak syariat Islam dan bukan berlaku dengan cara yang mencabul

kehormatan manusia seperti melibatkan urusan jual beli (JAKIM 2011:15).

Begitu jugalah dengan fatwa-fatwa dari negara Islam yang lain seperti Fatwa

Majma’ al-Fiqh bergantung pada penerimaan organ tersebut dengan syarat mendapat

keizinan daripada penderma sebelum dia mati atau keizinan daripada waris selepas dia

meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali

atau tidak mempunyai waris. Fatwa ini juga menegaskan pengharaman perdagangan

dan penyeludupan organ.

Fatwa Dr.Yusuf al-Qaradawi, menyatakan bahawa pendermaan dan

pemindahan organ daripada orang hidup atau yang meninggal dunia adalah harus pada

saat darurat dengan syarat tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma atau

orang yang mempunyai hak ke atas dirinya. Beliau juga menegaskan dalam fatwanya

bahawa haram memperdagangkan organ.

Kesemua autoriti di atas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang

memberikan pengiktirafan terhadap keselamatan manusia dan sangat melarang

sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan kepada manusia lain.

21

12.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Secara umumnya, jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran tidak

pernah dinyatakan secara khusus dalam al-Quran mahupun hadis dan tiada dalil

khusus yang menyatakan bentuk hukumannya di dalam Islam. Maka jenayah tersebut

tidak termaktub di bawah jenayah hudud mahupun qisas. Oleh itu, hukuman bagi

kesalahan ini termasuk di bawah kategori takzir.

Takzir dari segi bahasa bermaksud penolakan dan pencegahan, atau

pertolongan. Hukuman bagi jenayah di bawah takzir tidak ditetapkan secara khusus

dan hukumannya adalah berdasarkan budi bicara pemerintah. Pihak hakim atau

pemerintah mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan pelbagai jenis hukuman

yang boleh dipilih sesuai dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Namun

begitu, Islam memberikan garisan dasar menentukan kesalahan yang berkait dengan

kepentingan umum dan segala tindakan yang diambil haruslah tidak bertentangan

dengan nas-nas syarak dan dasar umum syariat Islam.

Hakim mempunyai kebebasan dalam menjatuhkan hukuman namun semasa

menjatuhkan hukuman, para hakim mestilah menggunakan budi bicara yang baik

berdasarkan tujuan untuk mendidik pesalah daripada mengulang kesalahan yang sama

dan menjamin kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Ini bermakna para hakim

bebas mengenakan hukuman yang paling lembut atau paling keras, asalkan pada budi

bicaranya ia lebih berkesan untuk mencapai matlamat tersebut.

Jenis-jenis hukuman takzir di dalam Islam terdiri daripada pelbagai bentuk.

Sesetengah daripadanya adalah hukuman melibatkan tubuh badan, seperti hukuman

bunuh atau sebat atau hukuman dalam bentuk menyekat kebebasan seperti penjara,

buang negeri atau daerah, dan ada yang dalam bentuk harta dan sebagainya. Sebagai

contoh dengan bayaran denda atau ganti rugi serta rampasan harta seperti Rasulullah

SAW :

“Sesiapa yang mengambil sesuatu maka wajib di atasnya membayar ganti

rugi dan hukuman.”

22

Bagi jenis hukuman yang seterusnya, antaranya ialah hukuman sebat, mati,

buang negeri atau diberikan peringatan. Sesetengah hukuman ini yang mungkin

sampai ke tahap yang berat seperti hudud dan qisas, pihak pemerintah diberikan kuasa

menentukan hukuman tersebut berdasarkan faktor-faktor tertentu Malahan diharuskan

juga menjatuhkan hukuman yang walaupun melebihi peringkat hudud dan qisas

sekiranya dirasakan sangat perlu dan tidak dapat dielakkan bagi menjaga

kemaslahatan ummah walaupun jenayah pemerdagangan manusia adalah di bawah

kesalahan takzir.

Misalnya dalam keadaan kes-kes yang tertentu, di mana penjenayah ini bukan

sahaja memperdagangkan manusia, tetapi juga terlibat dengan kes zina, pembunuhan

atau kecederaan, maka hukumannya pasti berbeza. Jika menurut undang-undang

syariah, mereka ini bukan sahaja dikenakan hukuman takzir, tetapi layak dikenakan

hudud atau qisas berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan.

Dari segi tempoh penahanan juga, tidak terhad pada suatu tempoh tertentu.

Para fuqaha sepakat bahawa hukuman penahanan sebegini dikenakan kepada

penjenayah-penjenayah yang berbahaya dan melakukan jenayah berat. Mereka ini

dianggap tidak memadai dengan hanya dikenakan hukuman yang biasa dan mengikut

pandangan pihak hakim, tidak boleh dipulihkan akhlak mereka dengan mengenakan

hukuman biasa. Penjenayah-penjenayah tersebut hendaklah ditahan sehingga mereka

bertaubat. Tempoh penahanannya tidak ditentukan kerana ia tidak mempunyai tempoh

yang ditetapkan. Ia boleh menjadi penahanan sehingga mati atau sehingga penjenayah

benar-benar bertaubat (Md Akhir Hj Yaakob 1999: 264).

Secara umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa jenis hukuman denda dan

penjara yang diguna pakai di kebanyakan negara berdasarkan peruntukan akta yang

ada bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Sebaliknya jenis hukuman

bolehlah dikategorikan sebagai hukuman untuk jenayah takzir.

13.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kebanyakan peruntukan undang-undang yang wujud seperti di Malaysia, menetapkan

hukuman penjara dan denda bagi jenayah ini. Walaupun tiada hukuman khusus yang

ditetapkan oleh Islam, hukuman yang digariskan oleh pihak pemerintah tidaklah

bercanggah dengan syariat Islam malah boleh dikategorikan sebagai hukuman takzir.

23

Walau bagaimanapun, hukuman yang berat seperti hukuman mati dan

dipenjarakan dalam tempoh masa yang panjang perlu dikenakan terutamanya apabila

ia melibatkan penjenayah yang tegar atau kesalahan yang berat. Hal ini kerana,

terdapat aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang melibatkan nyawa

dan tubuh badan seperti penjualan organ-organ mangsa atau penderaan yang

melampau sehingga menyebabkan kematian. Kesalahan sebegini seharusnya

dijatuhkan hukuman yang berat walaupun melebihi peringkat hudud dan qisas.

Begitu juga dengan hukuman denda yang dikenakan juga kadang kala tidak

setimpal kerana jumlah keuntungan yang penjenayah peroleh daripada aktiviti

penyeludupan dan pemerdagangan manusia ada kalanya jauh lebih besar dari denda

yang dikenakan. Jadi, denda yang dikenakan seolah-olah tidak memberi kesan kepada

mereka. Manfaatnya bayaran denda juga mungkin hanya terhad kepada pemerintah

dan negara sahaja. Sepatutnya, hukuman ganti rugi juga wajib diberikan kepada para

mangsa bagi menggantikan kesengsaraan dan kerugian yang telah mereka alami

sekian lama.

Selain daripada itu, hukuman yang dikenakan juga sepatutnya tidak hanya

terhad kepada pihak yang menjalankan jenayah pemerdagangan ini sahaja, malahan

pihak yang melanggan atau mendapatkan perkhidmatan juga patut dikenakan

tindakan. Sebagai contoh, mereka yang melanggan pelacur yang diperdagangkan ini

sepatutnya dikenakan hukuman had zina jika sabit kesalahan seperti hukuman sebat.

Secara tidak langsung, hukuman sebegini akan menimbulkan perasaan takut dan gerun

di kalangan pihak-pihak yang mengambil kesempatan dan manfaat di atas jenayah ini.

RUJUKAN

Al-Quran

Abdul Mukti bin Baharudin, Hajah Makiah Tussaripah bt Jamil, Pendekatan Syariah

dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Manusia, KUIS, UiTM Negeri

Sembilan.

24

Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 607)

Http://Jenayah2013.Blogspot.Com/2013/10/Pemerdagangan-Manusia.Html.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2011. Pemindahan Organ dari

Perspektif Islam. Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Penerangan Malaysia http://www.penerangan.govmy/

Jamal A. Badawi. 2008. Kedudukan Wanita dalam Islam. Terj. Ummu Abdullah.

Jakarta: Maktabah raudahtul muhibbin

Kementerian dalam Negeri http://www.moha.gov.my/

Md Akhir Hj Yaakob. 1996. Undang-Undang Sivil Islam. Selangor : Dewan Pustaka

Islam.

Mohammad Monib, Islah Bahrawi. 2011. Islam dan Hak Asasi Manusia. Jakarta:

Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

Mohd Fikri Che Hussain. 2012. Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah. Johor: Perniagaan

Jahabersa.

UNODC. 2010. PBB Bahagian Dadah Dan Jenayah : Pemerdagangan Manusia

Berdasarkan Prinsip Syariah Islam. Anjuran Persatuan Bangsa- Bangsa

Bersatu. New York.

Wan Marzuki. “Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin Perlu Kawalan Drastik” Utusan

Malaysia, 8 Julai, 2008.

Zafirah Najmi Abdul Rahman. Banteras Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan

Migran, Bahagian Penerbitan Dasar Dalam Negara.