39
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 10 Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon) Teknik Permainan Bahasa Teknik Latih Tubi Teknik Bercerita Sinopsis Teknik pengajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan teknik pengajaran perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Antara teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa adalah: Teknik Drama Teknik Permainan Bahasa Teknik Latih Tubi Teknik Bercerita Teknik Main Peranan Teknik Simulasi Teknik-teknik pengajaran bahasa dapat ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai aktiviti. Dengan 1

bmm3117.webnode.com · Web viewBMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 24 Tajuk 10 Pengaplikasian P elbagai T eknik Pengajaran B ahasa Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi,

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 10

Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa

· Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon)

· Teknik Permainan Bahasa

· Teknik Latih Tubi

· Teknik Bercerita

Sinopsis

Teknik pengajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan teknik pengajaran perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Antara teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa adalah:

· Teknik Drama

· Teknik Permainan Bahasa

· Teknik Latih Tubi

· Teknik Bercerita

· Teknik Main Peranan

· Teknik Simulasi

Teknik-teknik pengajaran bahasa dapat ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai aktiviti. Dengan demikian proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

Hasil Pembelajaran

2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mikro.

Kerangka konsep

(Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa) (Teori Huraian Bahasa:Nahu TradisionalStrukturalTransformasi GeneratifTeori Fungsional)

(Teori Pemerolehan Bahasa:BehaviorismeKognitifMentalisFungsional)

(Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU)

(Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan)

Teknik Pengajaran Bahasa

· Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah

· Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

· Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

· Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

· Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih perlu sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

 Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik drama

2. Teknik permainan bahasa

3. Teknik latih tubi

4. Teknik bercerita

5. Teknik main peranan

6. Teknik simulasi

7. Teknik inkuiri

8. Teknik perbahasan

9. Teknik kuiz

10. Teknik sumbangsaran

11. Teknik soal jawab

12. Teknik perbincangan

13. Teknik forum

14. Teknik dialog

 

Tujuan teknik

1. Menarik Minat murid

2. Mengekalkan perhatian

3. Membangkitkan rasa ingin tahu 

10.1 Teknik Drama

Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.Antara teknik drama ialah mimos,arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon.

· Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

· Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan sebagainya) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

· Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

· Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

· Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

· Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Teknik drama:

1. Mimos 2. Arca3. Improvisasi4. Main peranan5.Simulasi6. Teater bercerita7. Pentomin8. Mestamu9. Dikon

1. Mimos

Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.

Bahan untuk aktiviti :Kisah pendek, bahagian - bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.

Contoh aktivti mimos :

i.Individu

Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar. a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang.b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.

ii. Berpasangan

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)

a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.

2. Arca

Patung yang menyerupai seseorang

Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kameraBayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayalGambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera

3. Improvisasi Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian , keadaan/situasi dalam kehidupanseharian.

Contoh aktiviti :

Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk menjadi askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk perkahwinan anaknya kelak.

4. Main peranan Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi. Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Contoh situasi:a) Situasi menziarahi orang sakitb) Situasi di pejabat sekolah.

5. Simulasi Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah. Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid.

Contoh aktiviti :a) Memandu kapal terbangb) Menerima rawatan di wad kecemasan

6. Teater berceritaTeknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.

7. Pentomin

Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi lakonan tersebut. Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti :Peristiwa malam kemerdekaan negara

8. Mestamu

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau puisi yang dipelajari. Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan

seloka.

9. Dikon

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan

maksud sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk sajak.

10.2 Teknik Permainan Bahasa

· Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

· Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.

· Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

· Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

· merangsang interaksi verbal pelajar

· menambah kefasihan dan keyakinan

· menyediakan konteks pembelajaran

· bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

· bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

 

10.3 Teknik Latih Tubi

· Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

· Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya.

· Teknik latih tubi sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

· Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

· Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

· Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

· Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

i. Sebutan (accent)

Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

ii. Tatabahasa (grammer)

Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum tatabahasa daripada semua aspek.

iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)

Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteks dalam situasi tertentu.

iv. Kefasihan (fluency)

Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

v. Kefahaman (comprehension)

Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

· Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

· Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.

· Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

 

10.4 Teknik Bercerita

· Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

· Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

· Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

· Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

· Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

· Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

· Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

· Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

· Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

· Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

· Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

· Guru boleh bercerita tanpa alat atau dengan menggunakan alat sebagai bahan bantu.

10.5 Teknik Main Peranan

· Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

· Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

· Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

· Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

10.6 Teknik Simulasi

· Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

· Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

· Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

· Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

· Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

· Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Tugasan:

Berdasarkan satu hasil pembelajaran yang dipilih daripada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, jelaskan bagaimana anda dapat melaksanakan pengajaran dengan menggunakan satu teknik pengajaran bahasa di bawah;

· Teknik Drama

· Teknik Permainan Bahasa

· Teknik Latih Tubi

· Teknik Bercerita

Tajuk 11

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

· Kemahiran Belajar Cara Belajar

· Kemahiran Kajian Masa Depan

· Kemahiran Berfikir

Sinopsis

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah, dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. KBT yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pengaplikasian kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat tiga kemahiran bernilai tambah yang dimuatkan dalam tajuk ini:

· Kemahiran Belajar Cara Belajar

· Kemahiran Kajian Masa Depan

· Kemahiran Berfikir

Hasil Pembelajaran

Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

(Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran Kajian Masa DepanKemahiran Berfikir)Kerangka Konsep

(Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu )

Fikirkan:

Fahami maksud Kemahiran Bernilai Tambah dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

(Mengapa Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu? Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebagai guru anda perlu tahu khususnya kemahiran kajian masa depan dan kemahiran berfikir untuk memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Hal ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis. )Kemahiran Bernilai Tambah

Umumnya terdapat tiga kemahiran bernilai tambah dalam tajuk ini, iaitu :

· Kemahiran Belajar.Cara Belajar

· Kemahiran Kajian Masa Depan

· Kemahiran Berfikir

l

11.1Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)

· Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan

· Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

· Proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.

Rasional Belajar Cara Belajar

Diperkenalkan atas beberapa sebab

· Masa di bilik darjah terhad

· Pengetahuan dan maklumat yang diterima di kelas juga terhad

· Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

· Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu

persekolahan

· Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu

· Sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar

seumur hidup dalam kalangan murid

Objektif Belajar Cara Belajar

· Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru

· Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan

lain sebagai sumber pembelajaran

· Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri

· Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi

lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan

Peranan Guru

· Menentukan objektif pembelajaran

· Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid

· Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan

pembelajaran

· Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

· Berbincang dengan murid

· Menilai secara formatif dan sumatif dan merekodkan pencapaian murid

· Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Peranan Murid

· Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran

· Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya

· Menetapkan matlamat dan diharapkan dapat menjayakannya

· Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai

atau tidak

· Merancang pembelajaran secara terperinci

· Melaksanakan perancangan

· Melaporkan kemajuan pencapaian

· Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, dan

penguasaan kosa kata

· Membuat refleksi dan menilai pencapaian

· Memberikan ganjaran atas kejayaan sendiri

Kemahiran Belajar

· Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

· Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran

- Mendengar

- Membaca

- Mencatat nota

- Menulis

- Mengingat

i. Kemahiran Mendengar

· Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia

· Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana melibatkan kefahaman

dan pemprosesan maklumat yang didengar

· Kemahiran mendengar melibatkan

· Perkara yang didengar

· Sebab perlu mendengar

· Penyampai yang didengar

· Cara mendengar dengan berkesan

· Cara meningkatkan kemahiran mendengar

ii. Kemahiran Membaca

· Penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta tentang

sesuatu perkara

· Proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca

dengan penulis melalui tulisan yang dibaca

· Empat jenis gaya bacaan:

1. Skimming / Luncuran

· Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas

tentang sesuatu bahan atau maklumat

· Bertujuan untuk membuat pandangan umum tentang dokumen dengan segera

· Dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen atau membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

2. Scanning / Imbasan

· Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming

· Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai

jawapan kepada sesuatu persoalan

· Membaca pendahuluan, dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.

·

3. Bacaan Intensif

· Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci

· Memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca

· Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi

· Mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna perkara

yang dibaca Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam.

· Catatan perlu dibuat untuk mengumpul maklumat

4. Bacaan Laju

· Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan

laju dan mampu memahami dengan serentak perkara yang dibaca

· Tumpuan utama pada idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan

bacaan

· Penguasaan bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa

yang terhad secara optimum, dapat menjimatkan masa dan untuk

memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat

iii. Kemahiran Mencatat Nota

· Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca,

dilihat atau didengar

· Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah,

penerangan, temu duga, dan membaca buku

· Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan

iv. Kemahiran Menulis

1. Kemahiran Menulis Laporan

· Perkara-perkara yang berikut perlu diberi pertimbangan

- Memilih topik sekiranya tidak diberikan

- Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

- Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik

-Membuat nota

- Menyediakan kerangka laporan

- Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber

- Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik

- Menyemak draf

- Membuat pemurnian dan menulis draf kedua

- Menerbitkan laporan

2. Kemahiran Menulis Cepat

· Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain

· Kriteria menulis cepat

- Kelajuan menulis

- Tulisan yang boleh dibaca

- Kandungannya difahami

· Kebaikan menulis cepat

- Dapat menulis lebih banyak maklumat

- Dapat menjimatkan masa

- Dapat mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat

v. Kemahiran Mengingat

· Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik

· Satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama

Jenis Ingatan

· Ingatan jangka pendek

- maklumat tersimpan sebentar sahaja

· Ingatan jangka panjang

- maklumat yang kekal dalam ingatan

Proses Ingatan

· Terdapat tiga langkah proses ingatan

1. mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan

(enkoding)

2. menyimpan maklumat

3. mengingat kembali maklumat (decoding)

Cara mengingat

· Mereka cerita

· Mencipta irama atau lagu

· Membuat catatan

· Membuat lakonan

· Membuat senarai semak

· Mencipta akronim

· Membuat rantaian atau berlawan

· Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf, dan peta minda

· Mengingat secara kumpulan ( Contoh: nombor telefon)

· Mengulang

· Melatih tubi

11.2Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)

· Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.

· Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum

· Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan

· Bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan

· Akan membantu generasi akan datang menyedari bahawa masa depan pasti berubah, dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan

· Masa depan sukar diramalkan, justeru kita perlu tahu cara meramalkan masa depan supaya boleh menangani perkara yang akan dihadapi

Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (Empat prinsip)

1. Prinsip Perubahan

· Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang

2. Prinsip Pandangan Jauh

· Pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah

pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku,

seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada krisis

tersebut

.

3. Prinsip Perancangan Strategik

· Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh hal yang demikian, bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini

4. Prinsip Pengupayaan

· Remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

Objektif Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

· Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan

· Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan

· Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan

· Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

· Membina sikap dan nilai tentang masa depan

Faedah kepada murid

· merangsang murid berfikir

· menyemai semangat optimistik tentang masa depan

· menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu

· berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal

· menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan

· menyemai keyakinan diri untuk menghadapi masalah dan membuat keputusan

· murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan

pandangan tentang sesuatu tema

Faedah kepada guru

· pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid

· guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan peranan sebagai peneroka yang aktif

· pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, audio, kinestatik, dan komunikasi berpusatkan murid boleh digunakan.

· iklim dalam bilik darjah seronok, dan menarik dengan suasana kreatif serta persekitaran yang boleh merangsang murid untuk belajar

Perancangan seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa

Depan

Aspek yang perlu diambil kira

· perancangan yang strategik

· isu dan tema yang relevan

· berpusatkan murid

· aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat

· peranan guru sebagai fasilitator

11.3Kemahiran Berfikir (KB)

· Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

· Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis

· Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan

· Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas, manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir

11.3 Kemahiran Berfikir

1. Kemahiran Berfikir secara Kritis

1.1 Menganalisis secara Kritis

Menganalisis Idea

· membandingkan dan membeza

· mengelas

· meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan

· membuat urutan

Menganalisis Hujah

· mencari sebab dan kesimpulan

· mengusul periksa andaian

1.2 Menilai secara Kritis

Menilai Maklumat

· Menentukan kebolehpercayaan sumber

Menilai Inferens

· menerangkan sebab

· membuat ramalan

· membuat generalisasi

· menaakul melalui analogi

· membuat penaakulan bersyarat

·

2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Menjana Idea-Idea Alternatif

· Menjana kemungkinan-kemungkinan

Mencantum Idea-Idea

· Mencipta metafora

Proses Berfikir

(a)Membuat Keputusan

(b)Menyelesaikan Masalah

· Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama, iaitu

1. Kemahiran Berfikir secara Kritis

2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Kemahiran Berfikir secara Kritis

· Didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk

menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,

kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah

· Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas

untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam

· Hanya terhad kepada penghasilan huraian idea-idea yang sedia ada sahaja

dan tidak menghasilkan idea-idea baharu

Kemahiran Berfikir secara Kreatif

· Didefinisikan sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk

menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baharu, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan

· Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas

untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baharu, estetik, dan

membina.

· Ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Cara ini

digunakan untuk menghasilkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan tindakan

Proses Berfikir

· Kemahiran membuat keputusan ialah keupayaan minda untuk memilih satu

pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan untuk mencapai tujuan atau objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.

· Kemahiran menyelesaikan masalah ialah keupayaan minda untuk mencari

idea-idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada bagi mencapai objektif yang dihasratkan

· Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah

berperanan sebagai proses terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

· Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran adalah menuju ke arah membuat keputusan atau menyelesaikan masalah

Model Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

Secara Kritis

- mencirikan

- membanding dan membeza

- mengumpul dan mengelas

- membuat urutan

- menyusun mengikut

keutamaan

- menganalisis

- mengesan kecondongan

- menilai

- membuat kesimpulan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

- menjana idea

- menghubung kait

- membuat inferens

- meramal

- membuat hipotesis

- mensintesis

- mengitlak

- membuat gambaran

mental

- menganalogi

- mereka cipta

Membuat Keputusan

dan

Menyelesaikan Masalah

Objektif Mengajar Kemahiran Berfikir

· Dunia memerlukan manusia yang lebih canggih pemikiran, iaitu manusia yang memiliki kemahiran berfikir pada peringkat tinggi, bijaksana dan berfikiran cemerlang.

· Sebagai usaha membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran kognitif dan metakognitif

· Untuk meningkatkan keupayaan atau kemahiran pelajar-pelajar berfikir pada tahap tinggi, melalui isi-isi pelajaran dalam subjek-subjekyang diajarkan di sekolah-sekolah

· Untuk mencapai kemahiran berfikir dalam proses “broad thinking” seperti penyelesaian masalah, pengkonsepsian dan membuat keputusan.

· Menyediakan pelajar-pelajar yang mahir berfikir secara menyeluruh

· Menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran-kemhairan kognitif tahap tinggi dalam interaksi mereka dengan bahan-bahan pembelajaran, guru dan sebagainya

Arahan:

· Sila baca dan fahami tentang kemahiran bernilai tambah yang dimuatkan dalam tajuk ini.

· Setelah anda menguasai kemahiran bernilai tambah yang dibincangkan, rancang satu pengajaran yang menerapkan kemahiran-kemahiran tersebut, seterusnya di amalikan dalam sesi tutorial.

· Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang kemahiran ini dan buat rujukan lanjutan.

Tajuk 12

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

· Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

· Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:

· Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

· Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

Hasil Pembelajaran

3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Kerangka konsep

(Kemahiran TMKKemahiran Kecerdasan Pelbagai) (Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)

Kemahiran Bernilai Tambah

(Sebagai guru yang berjaya, anda perlu tahu cara menyerapkan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Anda perlu memilih dan menentukan kemahiran bernilai tambah yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar.)

Nota ringkas:

12.1Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

· Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

· Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

Objektif TMK dalam pembelajaran

· Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

· Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan

· Meningkatkan motivasi murid

· Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)

· Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh

· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh

· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar

· Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa

· Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

· Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

· Meningkatkan kemahiran TMK

12.2Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

· Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

· Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza

i. Kecerdasan Verbal- Linguistik

· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan.

· Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada makna yang kompleks

· Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain

· Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan

ii. Kecerdasan Logik- Matematik

· Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.

· Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap

· Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis

iii. Kecerdasan Muzik

· Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran

· Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik

· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah

· Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi dengan iringan muzik

iv. Kecerdasan Kinestetik

· Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah.

· Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan perimbangan tubuh badan

· Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lakonan

v. Kecerdasan Visual-Ruang

· Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik

· Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang

· Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita

vi. Kecerdasan Intrapersonal

· Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu.

· Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan

· Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri sendiri

vii. Kecerdasan Interpersonal

· Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain

· Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah

· Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan

viii. Kecerdasan Naturalis

· Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian

· Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di sekeliling

· Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna

· Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta mengkategorikan flora dan fauna

Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

· Petunjuk kepada potensi murid

· Mempelbagaikan cara penilaian

· Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

· Membangunkan bakat dan kebolehan murid

· Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid

· Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya

· Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan

· Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK

dan keperluan murid

Arahan:

· Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai

· Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas tutorial anda.

· Anda dikehendaki bersedia untuk melaksanakan tugasan tersebut

24