9
HP KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN NAMA : FARAH NADIA BINTI ABD HALIM FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI PENSYARAH : PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI NAMA PROGRAM : MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT JAWATAN : PENGARAH PUBLISITI DAN MEDIA Minggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan program ini diadakan bagi membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah di pusat tersebut yang semakin berkurangan. Berikut merupakan pembuktian kertas kerja dan surat kelulusan program sebagai pembuktian. Sebelum program ini dijalankan beberapa perkara telah dilaksanakan. Antara perkara berikut adalah, sebagai pengarah publisiti dan media saya bertanggungjawab dalam mereka poster dan banner program ini. Setelah rekaan poster siap dan dipersetujui oleh semua AJK, saya bersama ketua pengarah dan AJK publisiti dan media telah menempah poster dan banner program. Dua hari sebelum program diadakan saya bersama AJK telah menggantungkan banner tersebut di Pusanika dimana program tersebut diadakan. Selain poster dan banner, kami juga mengedarkan flyers kepada pelajar UKM. Selain itu, saya juga

ifolio.ukm.my · Web viewMinggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewMinggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan

HP KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

NAMA : FARAH NADIA BINTI ABD HALIM

FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI

PENSYARAH : PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI

NAMA PROGRAM : MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT

JAWATAN : PENGARAH PUBLISITI DAN MEDIA

Minggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan

Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan program

ini diadakan bagi membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah di pusat tersebut yang

semakin berkurangan. Berikut merupakan pembuktian kertas kerja dan surat kelulusan

program sebagai pembuktian.

Sebelum program ini dijalankan beberapa perkara telah dilaksanakan. Antara perkara berikut

adalah, sebagai pengarah publisiti dan media saya bertanggungjawab dalam mereka poster

dan banner program ini. Setelah rekaan poster siap dan dipersetujui oleh semua AJK, saya

bersama ketua pengarah dan AJK publisiti dan media telah menempah poster dan banner

program. Dua hari sebelum program diadakan saya bersama AJK telah menggantungkan

banner tersebut di Pusanika dimana program tersebut diadakan. Selain poster dan banner,

kami juga mengedarkan flyers kepada pelajar UKM. Selain itu, saya juga mengambil langkah

mengiklankan program ini di digital board UKM yang terletak di pintu masuk utama UKM.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewMinggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan

Gambar di atas merupakan banner program MMD.

Gambar di atas pula merupakan poster dan flyers bagi program MMD.

Bagi memastikan program berjalan dengan lancar, beberapa mesyuarat telah diadakan untuk

memastikan setiap gerak kerja dilakukan bersesuaian dengan masa yang telah ditetapkan.

Melalui mesyuarat, nilai sosial dan kebertanggungjawaban juga dapat dipupuk.

Program Minggu Menderma Darah bersama Komuniti Sihat telah berlangsung pada 13, 14

dan 16 Oktober 2014 dan bertempat di aras 5, pusanika. Target bagi penderma darah setiap

hari adalah 100 orang tetapi pada hari pertama program, jumlah yang ingin menderma

seramai 127 orang tetapi yang berjaya menderma seramai 93 orang sahaja. Bagi hari kedua

dan ketiga program, melebihi target iaitu seramai 118 dan 115 penderma yang berjaya.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewMinggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan

Bagi menghangatkan sambutan program pada hari terakhir, satu poster telah direka untuk

menarik minat warga UKM menderma darah. Berikut dilampirkan gambar poster.

Saya juga melampirkan gambar sebagai pembuktian program dan gambar yang

menunjukkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewMinggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan
Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewMinggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan

Selain banner, poster, flyers dan iklan pada digital board saya dan AJK publisiti dan media

juga telah membuat pameran bagi menggalakan warga UKM menderma darah di samping

dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang menderma darah. Di sini saya sertakan

gambar membuat persediaan pameran dan pameran tersebut.

Sepanjang program ini berlangsung, nilai sosial dan kebertanggungjawaban yang dapat

ditonjolkan ialah melalui kesedaran dan tanggungjawab saya terhadap masyarakat terutama

kepada mereka yang tidak sihat dan memerlukan darah bagi meneruskan hidup dan

megharapkan segera sembuh dari penyakit. Ramai yang tidak tahu bahawa setiap hari,

hospital kekurangan bekalan darah terutamanya darah jenis O kerana darah jenis O

merupakan darah yang boleh diterima oleh semua jenis darah. Justeru, saya merasakan

program MMD ini serba sedikit dapat membantu komuniti yang memerlukan dan ianya dapat

memupuk rasa tanggungjawab saya terhadap masyarakat. Semasa program berlangsung, saya

juga telah berkomunikasi dengan para penderma bagi mengetahui serba sedikit tentang

pengetahuan penderma terhadap program ini selain nilai sosial dalam diri. Setelah

berkomunikasi dengan penderma, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tangunggjawab

penderma terhadap masyarakat.

Secara keseluruhan, sepanjang pembabitan saya dalam program ini, nilai sosial dan

kebertanggungjawaban berjaya dilaksanakan melalui perkara yang telah disebutkan diatas.