PATRIOTISME MELALUI SUKAN
AHLI KUMPULAN:1. CHAN SIA NGIE 2. ERIC SIAH JUN FENG 3. KELVIN ONN CHYI ZHAO 4. LOOI HONG INN 5. NG ZI CONG
KONSEP/DEFINISI PATRIOTISME
Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes
Maksudnya fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara.
Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni.
Patriotisme melalui sukan bermaksud perasaan cintakan negara melalui sukan
Atlet, pegawai dan organisasi merupakan duta negara semasa terlibat dalam mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa.
Atlet, pegawai, penonton perlu menghayati slogan-slogan atau lagu-lagu yang boleh meningkatkan semangat cintakan negara atau negeri melalui sukan.
PATRIOTISME MELALUI SUKAN
Contoh slogan-slogan :
1. Agi Idup Agi Ngalaban (Sarawak),2. Sabah Tatap (Sabah), 3. Kejor Yob Kejor (Perak), 4. Gomo Kelate Gomo(Kelantan), 5. Tranung Nellang (Terangganu), 6. Hoben Jang Hoben (Negeri Sembilan), 7. Pulun Kedah pulun (Kedah)
dan sebagainya
Lagu-lagu patriotik: Satu Malaysia, Kerana Mu, Malaysia Boleh, Saya Anak Malaysia, Jalur Gemilang dan sebagainya.
Menunjukkan semangat cintakan negara dengan bertanding bersungguh-sungguh.
Tidak meletakkan insentif dan ganjaran sebagai balasan kepada sumbangan dalam bidang yang diceburi.
“Selain peperangan dan hari kemerdekaan, sukan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk
kami membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda.” Penjelasan salah seorang pegawai kanan Kementerian Persamaan
Gender dan Keluarga, Korea Selatan.
“Misalnya, apabila ada perlawanan bola sepak membabitkan skuad kebangsaan Korea, dapat
disaksikan generasi muda Korea dengan bangganya mengibarkan bendera Korea, mengecat muka mereka dengan bendera
Korea, malah menyanyikan lagu kebangsaan Korea dengan penuh semangat,”
SUMBER: http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1071
Bagaimanakah semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sukan?
Pengaplikasian disiplinKesejatian dalam sukanPeraturan yang ditetapkan dalam sukanMempromosi permainan tradisional
Pengaplikasian disiplin
Pengaplikasian disiplin dalam permainan dan sukan dapat membentuk generasi yang lebih berdaya tahan demi mencapai cita-cita negara.
Disiplin semasa kita memainkan suatu permainan atau melakukan aktiviti sukan merupakan platform pembinaan jiwa yang tahan lasak dan cabaran.
Dengan cara ini, kita bukan sahaja bersemangat patriotisme untuk membangunkan negara, malah bangsa dan imej nusa tercinta.
Kesejatian dalam sukan
Kesejatian dalam permainan dan sukan diyakini dapat mendidik kita mengenal pasti sebab kita memainkan suatu sukan
Contohnya, dalam sukan lari 4 X 100 meter, kita dapat memupuk semangat bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memenangi larian.
Kerjasama seperti ini perlulah kita amalkan dalam kehidupan seharian sebagai bakal pemimpin akan datang.
Setiap nilai murni yang kita pelajari dapat mematangkan pemikiran sekali gus menjadikan generasi muda sebagai golongan yang setia akan negara dan bersedia untuk bersaing untuk memartabatkan nama negara di setiap pelosok negara.
Peraturan yang ditetapkan dalam sukan
Setiap peraturan yang ditetapkan dalam sukan dan permainan sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan norma kehidupan kita.
Dengan mematuhi peraturan dalam sukan, kita juga dapat mentaati tiang ketiga dan keempat Rukun Negara, yakin “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan Undang-undang”.
Mempromosi permainan tradisional
Mempromosikan permainan tradisional membuat kita bangga sebagai rakyat Malaysia.
Contoh: sepak takraw dan sukan badminton yang satu ketika dahulu dianggap permainan kampung, kini permainan ini sudah menjadi acara maslahat dalam Sukan SEA dan Sukan Olimpik
Satu BeliaKementerian Belia dan Sukan yang
memperkenalkan konsep "Satu Belia" bagi membantu mempercepatkan proses pencapaian gagasan Satu Malaysia dan begitu juga pihak lain dengan idea masing-masing.
Secara umumnya, masyarakat lebih melihat sukan sebagai pertandingan, riadah dan tidak kurang yang menganggap sukan tertentu sebagai 'milik' kaum tertentu. Namun persepsi seperti itu perlu diubah.
Aspek yang perlu diperhalusi demi menjadikan sukan sebagai salah
satu mekanisme mencapai gagasan Satu Malaysia.
Pertama, menentukan sejauh manakah bidang sukan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) mampu menyumbang kepada gagasan Satu Malaysia.
◦pelajar perlu dididik agar menghargai sukan sebagai bidang untuk mencipta nama dan menaikkan nama institusi. Pada masa yang sama, ia perlu menjadi alat untuk berinteraksi, menjalinkan perpaduan dan memperluaskan pergaulan antara kaum.
Kedua, kita perlu berpegang kepada prinsip sukan mampu meningkatkan semangat patriotik rakyat. Oleh itu, perlu dilipat gandakan usaha memajukan bidang sukan teras yang popular contohnya bola sepak, hoki dan badminton.
◦Pengalaman beberapa negara asing membuktikan bahawa kejayaan di pentas sukan antarabangsa mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang. Malaysia juga begitu. Semangat patriotik rakyat tanpa mengira kaum dan agama jelas apabila pasukan kita menentang pasukan luar. Ia merupakan satu bentuk perpaduan yang nyata.
Ketiga, sukan massa yang telah diperkenalkan kepada masyarakat sejak beberapa tahun lalu perlu dilihat semula daripada segi keberkesanannya untuk menjana semangat 'kebersamaan' di kalangan rakyat berbilang kaum. Sukan massa atau "sukan untuk semua" adalah kegiatan sukan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.
◦Jadi bagaimana sukan massa mampu menyediakan ruang dan peluang untuk anggota masyarakat berkenalan, memahami budaya kaum lain, melahirkan perasaan saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain perlu diperhalusi.
Keempat, gagasan menyatupadukan rakyat melalui sukan sukar untuk dicapai jika kekurangan kemudahan sukan.
◦Projek-projek prasarana sukan untuk kemudahan rakyat boleh diwujudkan dengan menggabungkan sumber kewangan kerajaan, badan-badan korporat dan sumbangan rakyat. Kaedah ini diyakini dapat mengatasi kekurangan gelanggang badminton, padang bola sepak, gelanggang futsal, bola keranjang serta padang hoki. Jika aktor Shah Rukh Khan boleh menyumbang kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), saya percaya rakyat kita, terutamanya sektor korporat juga mampu berbuat demikian.
PANDANGAN PAKAR SEJARAH TEMPATAN TERHADAP PATRIOTISME
MELALUI SUKAN
Menurut pakar sejarah tempatan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, bagi membentuk semangat patriotisme, beliau berpendapat sistem persekolahan adalah saluran terbaik jika kita mahu melahirkan generasi yang cintakan negara
Beliau berkata sukan membentuk kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang boleh membawa kepada interaksi sosial, menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat
Sukan juga mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik di negara ini
Ketika inilah mereka dapat melupakan perbezaan etnik dan boleh bekerjasama sebagai satu pasukan dengan satu azam
Semangat patriotik akan terpamer dalam usaha atlet negara mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi dan kecemerlangan tersebut perlu dicapai dengan semangat kesukanan yang tulen
SUMBER: http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_Sukanpenyemaraksemangatpatriotik/Article