Buletin Bulanan Tranformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Februari 2014
Dari Meja Pengarang Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau pelaksanaan PPPM 2013-2025. Dalam usaha menyebar luas maklumat berkaitan PPPM, PADU telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buletin bulanan dengan nama ANJAKAN. Ia memuatkan petikan amanat penting daripada pengurusan tertinggi, aktiviti PADU dalam pelaksanaan PPPM serta memaparkan pandangan para pendidik berkaitan PPPM. Semoga buletin ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Ketua Editor
Sarana Ibu Bapa
Cerita Kejayaan
Sarana Ibu Bapa
ISU BULAN INI:
9 BERKERJASAMA
DENGAN IBU BAPA,
KOMUNITI DAN
SEKTOR SWASTA
SECARA MELUAS
Melengkapi ibu bapa bagi
membantu pembelajaran
anak mereka melalui
sarana penglibatan ibu
bapa dan akses atas talian
kepada kemajuan anak di
sekolah.
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
Menambah bilangan
Sekolah Amanah kepada
500 buah sekolah
menjelang 2025 dengan
melibatkan kumpulan
alumni dan NGO yang
berpotensi sebagai
penganjur.
Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyentuh tentang sokongan penting bagi pendidikan murid iaitu kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
ANJAKAN
Anjakan ke-11 Februari 2014
“Dalam dunia globalisasi masa kini, ibu bapa tidak boleh melepaskan
tanggungjawab kerana setiap sumbangan akan memberi nilai tambah
kepada kecemerlangan sekolah dan pelajarnya”
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan
“Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mendidik kepada
Kementerian semata-mata tetapi melaksanakan peranan mereka
membantu kejayaan dasar Kementerian”
YB Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan
“Persepsi bahawa tugas mendidik anak-anak ini hanya terletak di bahu
guru harus dikikis kerana hakikatnya masa murid hanya terbatas di
sekolah dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan di luar sekolah
atau di rumah. PIBG merupakan mekanisma paling utama untuk
menggerakkan usaha melahirkan murid yang berkualiti serta memiliki
sahsiah tinggi seterusnya mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah”
Dato’ Haji Sufa’at Bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Teach for Malaysia dan Sekolah Amanah Dua program melibatkan pihak swasta
dalam pendidikan ialah Teach For
Malaysia dan Sekolah Amanah. Kedua-
dua program ini memberi impak yang
besar kepada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.
Teach for Malaysia Mula diperkenalkan pada 24 Disember
2010 dengan melibatkan kerjasama
KPM dan Yayasan Teach for Malaysia
(YTFM). Teach for Malaysia
bermatlamat untuk mengatasi
ketidaksamaan ekuiti dalam pendidikan.
Peserta Program TFM (Fellows TFM)
terdiri daripada golongan muda
berwibawa dalam kalangan graduan
baru dan professional muda dari
pelbagai latar belakang. Fellow TFM
akan berkhidmat selama dua tahun
sebagai guru. Dalam tempoh berkenaan
fello memperoleh pengalaman untuk
membangunkan kompetensi dari diri
sebagai pemimpin di bilik darjah dan
pemimpin dalam komuniti. Selepas
berkhidmat selama dua tahun sebagai
guru, rangkaian fellow TFM akan terus
menyumbang kepada penambahbaikan
pendidikan negara.
KPM dan Yayasan AMIR
telah berkerjasama dalam pelaksanaan
Sekolah Amanah yang yelah dimulakan
di Johor dan Sarawak. Sebanyak 10
buah sekolah telah dirintis dengan
penekanan diberikan kepada
pembelajaran berasaskan murid.
Melalui pendekatan ini, penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran semakin aktif serta dapat
memupuk keyakinan diri. Dalam kajian
persepsi yang dijalankan, 85% murid
didapati gembira datang ke sekolah,
manakala 95% murid menyatakan
setuju pembelajaran mencabar mereka
mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran berfikir aras tinggi.
Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan
kepada kami.
Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Malaysia (PADU)
Aras 3, Block E9,Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
Putrajaya
[email protected] [email protected]
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat
banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dan komuniti
dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada
kejayaannya. Berbanding 52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam
komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu
bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang
bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan
pendidikannya.
Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?
Faedah Kepada Anak Faedah Kepada Ibu Bapa
Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik
Mempunyai nilai kendiri dan
motivasi yang lebih tinggi
Kehadiran ke sekolah lebih bagus
Kadar pelanggaran disiplin
sekolah berkurangan
Keciciran persekolahan dapat dielakan
Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah
Ibu bapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah
Dapat berkongsi ilmu
keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain
Lebih mudah untuk
menyediakan suasana rumah yang sihat
14%
33% 53%
Penggunaan Masa Murid
Sekolah Tidur Rumah dan Komuniti
Anjakan ke-11 Februari 2014
Penglibatan Sektor Swasta
Sekolah Amanah
Teach For Malaysia
Kegunaan masa murid
berumur 7-16 tahun,
berdasarkan 42 minggu
di sekolah dan purata
5.5 jam di sekolah setiap
hari (sekolah rendah
dan menegah), 2 jam
masa kokurikulum wajib
seminggu dan masa
tidur 8 jam sehari.
Sumber: KPM, sampel jadual waktu
murid 2013
Meraikan kejayaan sekolah bersama Guru Besar & YDP PIBG SK Lelaki Jalan Batu setelah mendapat Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2013 Ketegori Sekolah Kebangsaan, PPW Sentul Kuala Lumpur
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Lelaki Jalan Batu Sesi 2013-2014
Kejayaan Sarana Ibu Bapa di SK Lelaki Jalan Batu Kuala Lumpur
En. Rashdan Bin Abd Rashid, YDP PIBG
SK (L) Jalan Batu
Kerjasama dari pihak luar membantu kejayaan sekolah
Pihak sekolah dan PIBG turut meminta kerjasama dari pihak luar yang
bekepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan
WPKL, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Starbucks Malaysia Sdn Bhd, The
Big Education Group Sdn Bhd, VADS Sdn Bhd, Astro dan Shangri-La Hotel
untuk memberi sumbangan bagi penganjuran program khas sekolah seperti
Larian Amal Antarabangsa Ice Run, Kempen Hijau CCAM, English Summer
Camp serta Majlis Kurban.
SK Lelaki Jalan Batu telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar melalui pelaksanaan Sarana Ibu Bapa.
Selepas pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sekolah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24 Februari 2013. Pihak PIBG dan Pengurusan SK Lelaki Jalan Batu saling berkerjasama mengatur strategi bagi menjayakan inisiatif tersebut.
Hasil kerjasama yang erat dan komitmen yang tinggi antara ibu bapa dan sekolah, SK Lelaki Jalan Batu telah dianugerahkan Anjakan Saujana pada tahun 2013 di peringkat Pejabat Pelanjaran Wilayah Sentul dan Gred Purata Sekolah meningkat sebanyak 12 peratus.
Menurut En. Rashdan Bin Abd Rashid, YDP
PIBG Sekolah, faktor utama yang
menyumbang kepada kejayaan Sarana Ibu
Bapa ialah melalui strategi komunikasi
yang berkesan. Ini terbukti apabila beliau
menggunakan media sosial dan khidmat
pesanan ringkas (SMS) dalam usaha
menarik ibu bapa untuk hadir bersama-
sama untuk turut serta bagi menjayakan
lagi temasya sukan, aktiviti yang
dianjurkan sekolah.
Sumber : Utusan Malaysia
Para peserta English Summer Camp
Majlis Korban – Sambutan Hari Raya Aidil-Adha
Anjakan ke-11 Februari 2014
Anjakan ke-11 Februari 2014
Contoh SMS yang dihantar kepada ibu bapa
Apa Kata Mereka?
Majlis Perjumpaan Menteri Pendidikan Bersama Warga Pendidikan dan Komuniti Parlimen Pagoh, Johor
Pada 8 Februari 2014, satu majlis perjumpaan antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin bersama warga pendidik dan komuniti parlimen Pagoh 2014 telah diadakan di Dewan Seri Pekembar, Pagoh, Johor. PADU telah melakukan temubual serta kajian maklumbalas bersama lebih 200 orang yang terdiri dari warga pendidik serta peduduk Pagoh. Hasilnya didapati 96% telah memberikan komen dan ulasan yang positif terhadap pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
En Kow Yee Long SJKC Pei Chan, Gambang, Pagoh 2 tahun pengalaman mengajar
Pn Rosniza Abdullah (Sains & Matematik) & Pn Nora Separi (Perdagangan) SMK Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh, 17 tahun pengalaman mengajar
0 20 40 60
1
2
3
4
5
6
Pada pendapat anda, apakah amalan semasa yang menjejaskan perlaksanaan PPPM?
TEMURAMAH BERSAMA GURU-GURU
Anjakan ke-11 Februari 2014
Anjakan ke-11 Februari 2014
1. Penyampaian Dasar
2. Perjawatan
3. Keupayaan Sumber Manusia
4. Prosedur dan Pengurusan
Kewangan
5. Kerjasama Antara Bahagian dan
Jabatan
6. Perubahan Dasar
Peratus
Implikasi Kajian: Keupayaan sumber manusia perlu dipertingkatkan bagi melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.