8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
1/19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
(BAHASA MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
HBLS 3103
KEJUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
_____________________________________________________________________
Nama
NORDIN BIN KASSIM
No. Kad Pengenalan
730926-12-5005
No. Matrik
730926125005001
No. Telefon
014-9560556
Alamat E-mail
SABAH LEARNING CENTRE
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
SEMESTERSEPTEMBER 2013
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
2/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Soalan 1 : Projek Meja Kopi Mini 3
a) Pandangan Ortografik 3
b) Bahan dan Alatan 4
c) Langkah-langkah Kerja Penyedian Bahan Projek, Pemasangan Dan Kemasan 6
Soalan 2 : Sistem Perpaipan Domestik 9
a) Analisis Perbezaan Jenis-jenis Bahan Perpaipan 9
b) Simbol Piawai Pepasang Dan Lekapan 12c) Gabungan Sistem Bekalan Air Terus Dan Tidak Terus 14
Soalan 3 Sistem Dalam Enjin 15
a) Pam Bahan Api Jenis Mekanikal 15
b) Sebab-sebab Pam Api Jenis Mekanikal Gagal Berfungsi 16
c) Perbezaan Sistem Penyejukan Udara Dan Penyejukan Cecair 16
d) Jenis-jenis Bahan Tambahan Bersama Bahan Penyejuk 19
Rujukan 19
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
3/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
3
SOALAN 1 : PROJEK MEJA KOPI MINI
a) Unjuran Ortografik
Proses pertama dalam penghasilan kerja projek membuat pemerhatian awal terhadap reka
bentuk yang hendak dicipta. Ini termasuklah dalam pandangan isometric dan ortografik
projek. Rajah 1 merupakan pandangan ortografik unjuran sudut ketiga bagi projek membina
meja kopi mini yang melibatkan pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi.
Pandangan Atas
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi
Rajah 1: Pandangan Ortografik
* Nota : Lukisan di atas hanyalah lakaran sebagai gambaran projek yang hendak dibina.
Lukisan untuk saiz sebenar boleh rujuk kepada lampiran yang berikan.
220
100
200
55
420
350
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
4/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
4
B) Bahan Dan Peralatan Meja Kopi Mini
i) Bahan (Cutting Li st)
Jadual 1 di bawah menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat mejakopi mini.
Bahagian Nama Bahagian Bahan Dimensi Jumlah
A Kaki / Tiang Beroti 75mm x 100mm x
100mm
4 keping
B Penahan Kaki /
Tiang
Kayu Bentuk
Silinder
100mm x55 mm 2 batang
C Tapak Atas Papan Lapis /Plywood
20mm x 420mm x350mm
1 keping
- - Wood Filler Secukupnya
- - Glu PVA Secukupnya
- - Paku Biasa 2 Secukupnya
- - Paku Penal
Kemasan
1 Secukupnya
Jadual 1ii) Peralatan
Alat-alat yang diperlukan ialah,
1. Tolok penanda
2. Pahat Pelubang
3. Sesiku L
4. Pita Pengukur
5. Tukul Kuku Kambing Dan Tukul Warrington,
6. Gandin
7. Pita Ukur
8. Gergaji Kerat Dan Gergaji Puting
9. Gergaji Mitre
10. Mesin Mudah Alih Gerudi
11. Mesin Gergaji Lengan
12. Pembenam Paku.
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
5/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
5
.
Rajah 2: Antara Bahan dan Peralatan yang akan digunakan
Tukul
Paku Panel Kemasan Paku Biasa
Penyumbat Lubang
Varni
Kertas
Pita
Glu PVA
Pengiki
Gergaji
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
6/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
6
c) Langkah-Langkah Kerja
1. Mentafsir lukisan projek
Kenal pasti Pelan Projek Meja Kopi Mini dalam Maklumat Rujukan
Senaraikan bahan yang diperlukan untuk membina projek ini
Tentukan kedudukan tanggam dan jenis tanggam yang sesuai
2. Menyediakan kayu mengikut senarai yang diperlukan
Ukur, tanda dan potong kayu beroti dan kayu bentuk silinder mengikut saiz yang
ditentukan
Uji kerataan dan kepersegian kayu dengan sesiku L
Ketam jika perlu kayu yang dipotong tadi
3. Membina Tiang / Kaki Meja dan Tanggam Penetap (Rajah 3.1)
Rancang tanda pada kayu untuk membuat lubang tanggam penetap
Gunakan Gerudi Tangan atau mesin mudah alih menggunakan mata gerudi yang
sesuai dengan saiz penetap
Masukkan penetap ke dalam lubang di hujung kayu berbentuk silinder
Glu pada tepi kayu dan temukan (Rajah 3.2)
Pakukan dengan paku benam untuk menguatkan sambungan tanggam (Jika perlu)
Apitkan kayu dengan menggunakan apit panjang (biarkan hingga kering)
Uji kepersegian sudut tanggam
Tiang/Kaki Meja
Kayu lintang
` Rajah 3.1:Tanggam Penetap
Lubang
penetap
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
7/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
7
Sapu Glu
4. Membina Tapak Atas Meja Kopi
Ukur, tanda dan potong papan lapis mengikut saiz yang ditentukan
Gunakan gergaji mitre (untuk yang pakar) atau gergaji kerat atau gergaji putting
untuk memotong papan lapis.
Uji kerataan dan kepersegian papan lapis dengan sesiku L
Ketam jika perlu tepi papan lapis yang dipotong tadi
5. Memasang projek ( Rajah 4)
Rancang tanda kedudukan semua kaki projek
Sapukan glu pada bahagian yang bertemu antara bahagian kaki dan tapak atas
meja
Pakukan bahagian kaki dan tapak atas meja dengan paku panel kemasan
menggunakan tukul Warrington
Benamkan kepala paku dengan pembenam paku
Uji kedudukan tegak bahagian kaki dengan sesiku L
Rajah 3.3: Kaki Meja siap untuk dipasang
Rajah 3.2: Membina kaki/tiang meja kopi
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
8/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
8
6. Kerja Kemasan
Kemasan adalah merupakan satu proses yang terakhir sebelum sesuatu projek itu
boleh digunakan. Tujuan kemasan dilakukan adalah untuk menjadikan projek itu
kemas dan cantik, tahan lama, mudah dibersihkan dan mempunyai nilai sebelum
dipasarkan atau selesa digunakan. Pelbagai jenis bahan kemasan boleh digunakan
seperti syelek, cat, varnis, kemasan marmar, perekat (pembalut) dan sebagainya.
Sebelum kerja menyapu atau menyembur bahan kemasan dilakukan, projek haruslah
dirawat dan dilicinkan terlebih dahulu.
Benamkan paku yang terdapat pada projek dengan pembenam paku. Kemudian,
sumbatkan lubang yang terdapat pada projek dengan wood filler.
Lelaskan projek dengan mengunakan kertas las atau kertas pasir. Lakukan dengan
mengunakan tangan iaitu bersama bongkah kayu ataupun mesin khas yang
dipanggil mesin pelelas mudah alih atau sander ( Rajah 5.1). Gosok mengikut
urat kayu.
Warnakan projek dengan kemasan warna dan lut sinar seperti varnis
Rajah 5.1: Melelas mengunakan
Temukan mengikut sudutLetakkan Glu
Rajah 4: Memasang projek
Rajah 5.2: Meja Kopi Mini siap
Gunakan paku panel atau skru
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
9/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
9
SOALAN 2 : SISTEM PERPAIPAN DOMESTIK
a) Jenis-jenis Bahan Perpaipan
Bahan-bahan perpaipan merupakan bahan yang sangat penting dalam kerja-kerja
pemasangan sistem bekalan air. Terdapat pelbagai jenis bahan perpaipan di pasaran,yang sering digunakan. Antaranya ialah paip besi bergalvani (Galvanised Iron - GI),
klorida polivinil (PVC), polietilena (PE) dan kuprum.
i) Paip Besi Bergalvani (Galvanised I ron GI)
Paip Besi Bergalvani (Galvanised Iron) BS 1387 atau paip BG dihasilkan daripada
bahan keluli lembut dengan lapisan yang disadur dengan lapisan zink. Paip BG jenis ini
dikelaskan dan mempunyai kod warna tertentu serta mempunyai kegunaan seperti dalam
Jadual 2 di bawah.
Kelas Kod Warna Kegunaan
A Perang/Coklat Paip limpah dan pengalihudaraan tangki simpan
B Biru Paip agihan
C Merah Paip perkhidmatan Dan Paip Perhubungan
Jadual 2.1: Pengkelasan Paip BG
Saiz paip besi bergalvani ini ditentukan oleh diameter dalaman dan panjang piawainya
ialah 6 meter bagi sebatang paip. Rajah 7.1 menunjukkan parameter rujukan iaitu tebal
dinding dan diameter dalaman serta maklumat yang diperolehi daripada sebatang paip
besi bergalvani.
JENIS PAIP
Ulir
Paip BG Paip PVC
Rajah 6: Jenis PaipPaip HDPE
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
10/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
10
Rajah 7.1 : Keratan rentas dan maklumat yang terdapat pada paip BG
Jadual 2.2 di bawah menunjukkan perincian bagi tiga kelas paip BG yang biasa.
Saiz Nominal
t- tebal dinding (mm)Benang
Per 25mmKelas paip
mm in A B C
13 2.00 2.65 3.25 14
20 2.35 2.65 3.25 14
25 1 2.65 3.25 4.05 11
32 1 2.65 3.25 4.05 11
40 1 2.99 3.25 4.05 11
Jadual 2.2: Perincian Tiga Kelas Paip BG
1. Kebaikan paip besi bergalvani:
Senang didapati;
Kuat dan dapat menanggung tekanan yang kuat; dan
Saiz yang boleh didapati 6150 mm.
2. Kelemahan paip besi bergalvani:
Mudah berkarat;
Memerlukan kerja yang lebih seperti membenang; dan
Harga agak mahal.
( Diameter dalaman )
Tebal dinding (t)
NamaPengeluar
NORTHERNPIPE
Saiz
15mm()
Kelas
B
Sijil Sirim
SIRIM QASCERT to
SpesifikasiPiawai & Tahun
BS 1387 : 2000
No.
Si il
CERT NO.PS 002369
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
11/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
11
ii) Paip Klorida Polivinil (PVC)
PaipPVCMS 628:1982/BS 4346:PT.2:1970 merupakan sejenis paip plastik berwarnakelabuyang digunakan untuk paip agihan, paip cucidan paip limpah. Paip ini tidak
sesuai digunakan untuk menyalurkan air panas dan paip perkhidmatan. Paip jenis ini
ringan, mudah dikendalikan dan permukaannya licin. Kelas yang biasa digunakan dalam
pemasangan paip domestik ialah kelas E, 7 dan 6 yang mempunyai ketebalan dinding
berlainan mengikut saiz diameter dan kelasnya (rujuk Jadual 6.3).
Saiz Nominal
t- tebal dinding (mm) Panjang/
Warna PaipKelas paip
mm inE 7 6
6 meter dan 4
meter/ Kelabu
Min. Mak. Min. Mak. Min. Mak.
13 1.7 2.1 3.7 4.1 2.8 3.3
20 1.9 2.5 3.9 4.3 2.9 3.4
25 1 2.2 2.7 4.5 5.0 3.4 4.0
32 2.7 3.2 4.8 5.3 4.0 4.3
Jadual 2.3: Perincian PaipPVC
Maklumat yang boleh diperolehi pada batang paipPVCadalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 7.2
Rajah 7.2: Maklumat yang terdapat pada paipPVC
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
12/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
12
iii) Paip Polietilena (PE)
Paip PE MS 1058 PE80 berwarna hitam dan mempunyai ciri-ciri tahan
karat, elastik, liatdan boleh dilentur. Paip ini digunakan untuk mengalirkan air
dari paip induk ke meter air. Saiz paip ini ditentukan mengikut saiz diameter luaran.Saiz yang digunakan dalam pemasangan paip domestik ialah 20 mm hingga 40 mm
dan ukuran ketebalan dindingnya berbeza, seperti dalam Jadual 2.4. Paip PE
dikeluarkan dari kilang dalam bentuk gegelung 100 meter dam 200 meter panjang.
Paip PE dikira berdasarkan Tekanan Nominal atauPressure Nominal (PN) iaitu
jumlah tahap tekanan dalaman paip. Kebaikan paip jenis ini adalah ia boleh lentur
(flexible) dan boleh digunakan sama ada di atas ataupun di bawah tanah.
Saiz nominal
luaran (mm)
t- tebal dinding (mm)
Panjang (m)PN (pressure nominal)
PN6 PN8 PN10 PN12. 5 PN16
20 - - - - 2.3
100 meter
dan
200 meter
25 - - 2.3 2.3 2.8
32 2.3 2.4 2.9 3.6
40 2.3 2.4 3.0 3.7 4.5
Jadual 2.4: Perincian Paip Polietilena
b) Simbol piawai bahan pepasang dan lekapan
Bahan pepasang dan lekapan adalah pelengkap kepada sistem perpaipan. Seorang pelukis
pelan penyambungan paip akan mengunakan simbol-simbol piawai tertentu bagi bahan
pepasang dan lekapan. Jadual 2.5 di bawah menunjukkan 10 contoh simbol piawai yang
terdapat dalam sistem perpaipan domestic.
i. Point Keluar (Pili)
ii. Injap (Kunci Paip)
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
13/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
13
iii. Injap Bebola
iv. Pengurang
23 mm 15mm
v. Saiz (Diameter Paip)
20mm
vi. Meter Paip
vii. Besen Cuci Tangan
viii. Tandas Duduk
ix. Sinki atau
x. Paip Air Sejuk
Jadual 2.5: Simbol Piawai Bahan Pepasang dan Lekapan Sistem Perpaipan Domestik
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
14/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
14
c) Gabungan Sistem Bekalan Air Terus Dan Tidak Terus
Sistem bekalan air di rumah-rumah kediaman masa kini terdiri daripada Sistem Bekalan
Air Terusdan Sistem Bekalan Air Tidak Terus.Sistem Terus membekalkan air dari
meter melalui paip perkhidmatan ke semua pili dan pili sinki dapur. Manakala, Sistem
Tidak Terus membekalkan air dari meter melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan
air, bilik air dan tandas. Rajah 8 merupakan lukisan skematik yang memperlihatkan
gabungan sistem bekalan air terus dengan sistem bekalan air tidak terus sebuah rumah
kediaman masa kini.
Rajah 8: Gabungan Sistem Bekalan Air Terus dan Tidak Tterus
Tangki
Simpanan Air
SISTEM
TERUS
SISTEM
TIDAK TERUS
Paip Limpah
Paip Agihan
Paip CuciPaip
Perkhidmatan
Paip AgihanKunci Paip
Kunci Air
Paip
Penghubung
Sinki
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
15/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
15
SOALAN 3 : SISTEM DALAM ENJIN
Fungsi utama sistem bahan api ialah membekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam
ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh
kuasa yang optimum. Kadar campuran berubah mengikut keadaan jalan yang dilalui oleh
kenderaan. Tugas ini dilakukan oleh Pam Bahan Api. Untuk kereta yang lama
kebanyakannya menggunakan Pam Bahan Api Mekanikal.
a) Pam Bahan Api Mekanikal
Rajah 9 menunjukkan pam bahan api jenis mekanikal yang digunakan dalam enjin kereta
yang lama.
Rajah 9: Pam Bahan Api Mekanikal
Injap Keluar
Injap
Masuk
Aci
Sesondol
Lengan
Jumpelang
Pegas
Pembalik
Gegendang
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
16/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
16
b) Sebab-sebab Pam Api Jenis Mekanikal Gagal Berfungsi
Fungsi pam bahan api yang digunakan dalam kenderaan adalah untuk mengepam bahanapi daripada tangki ke enjin. Pam bahan api mekanikal dipasang pada enjin kenderaan
dulu-dulu sering berlaku masalah gagal berfungsi berbanding kenderaan moden yang
mengunakan pam elektrik. Contoh kegagalan berfungsi merujuk kepada kerosakan yang
sering berlaku pada pam bahan api jenis mekanikal tersebut seperti :
i. Kebocoran pada injap masuk atau injap keluar
ii. Lengan jumpelang atau spring patah
iii. Gegendang koyak
Selain itu, kegagalan boleh juga disebabkan hos bahan api yang longgar atau bocor.
Mungkin juga disebabkan oleh masalah lain seperti kadar udara dan bahan api yang
tidak seimbang dan palam pencucuh rosak atau tidak menghasilkan haba yang cukup
untuk melakukan proses pembakaran. Semua ini boleh menyebabkan pam tersebut tidak
boleh berfungsi.
c) Perbezaan sistem penyejukan udara dengan sistem penyejukan cecair
Enjin pembakaran dalam perlu disejukkan semasa kendalian. Kegagalannya boleh
menyebabkan bahagian-bahagiannya terlebur akibat suhu yang tinggi. Sistem
penyejukan berfungsi untuk menyejukkan enjin agar dapat beroperasi pada suhu yang
sesuai. Hal yang demikian kerana, enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan
manakala enjin terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.
Sistem penyejukan enjin terbahagi kepada dua, iaitu sistem penyejukan udara
dan sistem penyejukan air.
i) Sistem Penyejukan Udara
Selalu digunakan pada enjin satu silinder sahaja, contohnya motosikal. Berfungsi dengan
membebaskan haba melalui sirip penyejuk, sirip penyejuk menyerap haba pada enjin
hasil daripada pembakaran bahan api dan membebaskannya ke udara. semakin lebar luas
permukaan sirip, semakin cepat proses penyejukan berlaku.
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
17/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
17
Sirip penyejuk - Melepaskan haba ke atmosfera dengan permukaannya yang nipis dan
luas. rekabentuknya yang berkeping-keping seakan mirip sirip ikan dan disusun secara
teratur bagi memberi laluan kepada angin yang akan melintasi antara sirip tersebut. hal
yang demikian, bertujuan mempermudahkan hada dari kepuk pembakaran tersebar kebahagian sirip dan udara sejuk dapat melalui sirip tersebut untuk menyerap haba keluar
ke udara. Semakin luas permukaan sirip, semakin baik fungsi penyejukan.
Roda Tenaga - Sistem penyejukan udara mempunyai kelemahan, iaitu ia tidak mampu
memberikan pemindahan haba yang seragam pada keseluruhan bahagian enjin. oleh yang
demikian, kipas digunakan untuk menolak aliran udara supaya melalui seluruh
permukaan enjin. Tugas kipas ini dibantu lagi dengan perumah penghembus untukmejadikan tugas kipas lebih efisien.
ii) Sistem Penyejukan Air
Sistem ini juga dikenali sebagai sistem radiator, kebanyakan digunakan pada enjin yang
mempunyai banyak silinder seperti kereta, lori dan sebagainya. Sistem ini berfungsi
membebaskan haba melalui jaket air dan radiator. Ia menggunakan bahan penyejuk iaitu
campuran air dn etilena glikol, campuran ini mempunyai ciri takat beku yang lebih
rendah dan anti karat. Selain itu, cecair ini dikenakan sedikit tekanan bagi mengurangkan
sejatan bahan penyejuk.
Jaket air - Ruang terbuka diantara bahagian luar dnding silinder dan bahagian blok
sera kepala silinder, ruang kosong ini dipenuhi oeleh cecair penyejuk.
Pam air - Pam ini dipacu oleh tali sawat enjin dan berfungsi mengedarkan cecair
penyejuk ke seluruh sistem penyejukan. Pam akan mengepam air dari tangki bawah
radiator masuk kedalam jaket air yang mengelilingi bahagian enjin dan kemudian
menyalurkannya kembali ke tangki atas radiator.
Kipas enjin- Menyalurkan udara sejuk melalui radiator untuk mempercepatkan proses
penyejukan cecair penyejuk dalam radiator.
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
18/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
18
Radiator - Tempat pertukaran haba dimana bahan penyejuk yang panas melalui
bahagian enjin akan disejukkan semula disini melalui bantuan aliran udara daripada
kipas penyejuk. Binaan tangki atas dan tangki bawah dihubungkan melalui teras yangdiperbuat daripada tiub logam yang nipis.
Tangki takungan - Tangki ini disambungkan dari tiub limpah di bahagian leher
radiator untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah kaluar dari radiator.
Apabila enjin telah sejuk, bahan penyejuk akan mengecut dan disedut semula dari
tangki takungan ke sistem penyejukan.
Termostat - Terletak dalam laluan alur keluar bahan penyejuk dari enjin, digunakan
untuk menutup laluan bahan penyejuk ke radiator apabila enjin sejuk. Selepas enjin
dipanaskan, termostat akan mengawal kuantiti pengaliran bahan penyejuk bergantung
kepada tahap operasi dan suhu enjin. Komponen ini penting untuk mengawal
keseimbangan suhu kendalian enjin.
Jadual 2.6 berikut merupakan perbezaan antara sistem penyejuk udara dan SistemPenyejukan mengunakan cecair.
Sistem Penyejuk Udara Sistem Penyejuk Cecair
Tidak mengunakan air Mengunakan air
Berfungsi dengan membebaskan haba
melalui sirip penyejuk
Sistem ini berfungsi membebaskan haba
melalui jaket air dan radiator
Mempunyai sirip dikeliling silinder enjin Penyejuk mengalir di sekeliling silinder dandisejukkan apabila mengalir melalui radiator
Dibantu oleh penghembus yang mengarahkan
udara dikeliling silinderDibantu oleh pam air
Selalu digunakan pada enjin satu silinder
sahaja seperti motosikal
Digunakan pada enjin yang mempunyai
banyak silinder seperti kereta, lori dan
sebagainya.
8/13/2019 Asignment HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam & Mekanikal
19/19
HBLS3103 NORDIN BIN KASSIM730926125005001
19
d) Jenis-jenis Bahan Tambahan Bersama Bahan Penyejuk
Seperti yang diterangkan di atas, bahan penyejuk yang kita digunakan mempunyai campuran
bahan tambahan yang yang tertentu. Bahan ini memberi kebaikan kepada enjin kereta kita.
Berikut merupakan dua jenis bahan tambahan yang sering digunakan bersama bahan penyejuk
iaitu ;
i) Bahan Anti Sejuk Beku
ii) Bahan Anti Karat
Bahan-bahan ini adalah bahan penyejuk iaitu campuran air dan etilena glikol. Campuran
ini mempunyai ciri takat beku yang lebih rendah dan anti karat. Selain itu, cecair ini
dikenakan sedikit tekanan bagi mengurangkan sejatan bahan penyejuk.
RUJUKAN
Abu Bakar Md Jelas, Periasamy, & Md Sukri Yasin. (2005).Automotif kenderaan. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Istillah Kejuruteraan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Bahaman Rajuli. (1989). Teknologi automotif. Petaling Jaya: International Bok
service.
Perodua service manual. (1996). Kuala Lumpur. Perodua Sales Sdn. Bhd.
Proton wira workshop manual. (1993). Perusahaan Otomobil Nasional Bhd.
Hj. Kadar Selamat, et al, (2011). HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam Dan
Mekanikal.Selangor Darul Ehsan.Open University Malaysia
Zasni (2009) KH Bab Satu. Diperoleh pada 24 Oktober, 2013, daripada
http://www.freewebs.com/khbsatu/paip.htm
Norafizah Mat Rani. (2013). Kerja Paip. Diperoleh pada 23 Oktober, 2013, daripadahttp://www.slideshare.net/RozianaJusoh/f2-kh-1-rekabentuk-15646606
Zasni (2009) Bab 4 Kerja Paip. Diperoleh pada 24 Oktober, 2013, daripada
http://www.slideshare.net/zaxx/bab-4-kerja-paip
Kamaruddin Mohd Saad. (2010). Kerja Paip. Diperoleh pada 24 Oktober, 2013, daripada
http://www.slideshare.net/kamaruddinmohdsaad/kerja-paip-14990335
Recommended