8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
1/15
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 9/ SEPTEMBER 2013
HBHE 3103
GAYA HIDUP SIHAT
( REFLEKSI ARTIKEL )
NAME : FAZILAH BTE SELIMAN
MATRICULATION NO : 750725016556001
IDENTITY CARD NO. : 750725-01-6556
TELEPHONE NO. : 013-6070046
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTRE : SEREMBAN ,NEGERI
SEMBILAN
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
2/15
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
1 BAHAN-BAHAN ARTIKEL BERKAITAN
JERUBU
3-12
2 REFLEKSI TENTANG ARTIKEL 13-14
3 BIBLIOGRAFI 15
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
3/15
3
BAHAN-BAHAN
& ARTIKAL
BERKAITAN
JERUBU
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
4/15
4
BAHAN 1 ( ARTIKEL SURAT KHABAR BERNAMA YANG DIPETIK DI INTERNET )
JULY 25, 2013
Jambatan Pulau Pinang diselubungi jerebu hari ini.
Gambar oleh Muhamad Amirul, ( 25 Julai, 2013 ).
Jerebu beralih ke utara tanah air dengan Ipoh di Perak dan Seberang Jaya di Pulau Pinang
mencatat kualiti udara tidak sihat dan sederhana petang ini.Menurut laman web Jabatan Alam
Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkod sehingga 3 petang ini di Ipohmenunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 104 manakala Seberang Jaya mencatat IPU 100.
Sebanyak 36 kawasan lain mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Seri Manjung di
Perak yang menghampiri paras tidak sihat dengan IPU 93, selain Cheras (89), Putrajaya dan Batu
Muda di Kuala Lumpur (60) serta Shah Alam (70).Sebanyak 15 kawasan lagi mencatat kualiti
udara baik termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke
200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
- Bernama, 25 Julai, 2013.
SUMBER : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-
malaysia-bernama
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernama8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
5/15
5
BAHAN 2 ( ARTIKEL SURAT KHABAR KOSMO YANG DIPETIK DI INTERNET )
Bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat dua kali ganda
Pada hari Ahad, 23/06/2013, bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit NOAA-18 di
Sumatera, Indonesia semalam meningkat hampir dua kali ganda daripada 64 pada Jumaat lepas
kepada 118 hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), laporan Pusat Meteorologi Khas Asean
(ASMC) di Singapura menunjukkan asap jerebu bertambah tebal dari kawasan kebakaran di
Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.Katanya, tiupan angin dari arah barat daya telah
membawa asap jerebu dari Riau ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat SemenanjungMalaysia.Sekumpulan pelajar memakai penutup hidung dan mulut selepas menghadiri kelas
membaca al-Quran ekoran jerebu tebal di Dumai, wilayah Riau, Indonesia
"Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya masih dipengaruhi
pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang
dialami negara dan dijangka berterusan sehingga September ini, menurut jabatan itu.
Menurut JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkod pada 11 pagi ini
mendapati Muar, Johor dan dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai
berada pada tahap berbahaya, dengan Muar mencatat IPU 690, manakala Bukit Rambai dan
Bandaraya Melaka, masing-masing dengan bacaan 428 dan 415.
Sumber: Kosmo ( 23 Jun 2013 )
KEADAAN jerebu di ibu Negara
Sumber :http://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.html
http://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.htmlhttp://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.htmlhttp://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.htmlhttp://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.html8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
6/15
6
BAHAN 3 ( ARTIKEL UTUSAN ONLINE )
Hanya Seri Manjung catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR 24 Julai- Kualiti udara di seluruh negara semakin baik dengan hanya satu
kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini iaitu di Seri Manjung,
Perak.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 5 petang ini, Seri Manjung
mencatat bacaan IPU pada 120 berbanding tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat
semalam iaitu Bukit Rambai, Tanjung Malim dan Seri Manjung.
JAS dalam kenyataannya memberitahu, secara keseluruhannya, status kualiti udara
sehingga pukul 11 pagi ini bertambah baik dan peningkatan bacaan IPU di Seri Manjung adalah
dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan.
"Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM),
adalah diramalkan pada hari ini, 24 Julai 2013, kawasan di Semenanjung secara amnya cuaca
dijangkakan baik di semua negeri pada waktu pagi.
"Hujan sementara di satu dua tempat dijangka berlaku di bahagian pedalaman negeri
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Terengganu pada waktu
petang manakala di negeri-negeri lain cuaca dijangka baik. Pada waktu malam pula dijangkakan
cuaca baik secara amnya di semua negeri," kata kenyataan itu.
Selain itu, beberapa tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian
pendalaman negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Kelantan,Terengganu dan Pahang akan mula menerima lebih banyak hujan pada waktu petang mulai 25
Julai 2013 untuk tempoh beberapa hari.Ini dijangka dapat membantu memulihkan keadaan
berjerebu yang sedang dialami negara.
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
7/15
7
Sementara itu, laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) menunjukkan bilangan
titik panas di Sumatera, Indonesia pada 23 Julai 2013 adalah sebanyak 292 titik panas iaitu
meningkat berbanding 252 titik panas pada 22 Julai 2013.
Di Malaysia, sebanyak 27 titik panas dikesan melalui satelit NOAA-18 pada 23 Julai 2013 iaitu
di negeri Johor (7), Pahang (7), Negeri Sembilan (2) dan Sarawak (11).Di Perak, bacaan IPU di
stesen pengawasan kualiti udara Seri Manjung mencatatkan tahap tidak sihat sejak pukul 8
malam tadi.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Abdul Razak Abdul Manap berkata, peningkatan
bacaan IPU itu dipengaruhi oleh pencemaran jerebu merentasi sempadan berdasarkan
peningkatan kepada 252 titik panas di Sumatera, Indonesia kelmarin."Di samping itu, negara kini
sedang mengalami musim monsun barat daya dengan cuaca panas dan kering bermula Jun lalu
dan dijangka berterusan sehingga awal Oktober ini.
"Angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia
telah membawa lingkaran jerebu sederhana ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat
Semenanjung Malaysia," katanya.Stesen pengawasan kualiti lain di sekitar Perak seperti di Jalan
Tasek dan SK Jalan Pegoh, Ipoh; Tanjung Malim dan Kampung Air Putih, Taiping, masing-
masing mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, JAS Perak akan terus mengawasi dengan rapi status
kualiti udara di seluruh negeri mengikut tindakan yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan
Jerebu Kebangsaan serta mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka negeri.
Beliau berkata, pihaknya juga akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap
daripada kenderaan bermotor serta industri.
Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-
Manjung-catat-IPU-tidak-sihat
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihat8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
8/15
8
BAHAN 4 ( ARTIKEL SURAT KHABAR BERITA HARIAN )
SUMBER : BERITA HARIAN ( 22 JULAI 2013)
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
9/15
9
BAHAN 5 (ARTIKEL DARI INTERNET )
Jerebu di Singapura kian 'tebal'
SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk dengan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat 11 pagi ini mencecah tahapberbahaya iaitu 400,
kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).
Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100,sederhana; 101
hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada
rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.
"Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama
beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di
Sumatera.Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
10/15
10
kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.
Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia
usaha menyeluruh di peringkat nasional.Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera,
bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat
dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.
Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di
Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.Mesyuarat itu diatur
Kementerian Luar Indonesia melibatkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang
dikeluarkan NEA.
Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja
memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau. Indonesia memberi jaminan kepada
Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.
Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan
keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali
sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
11/15
11
Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.
Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan
menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat
perladangan yang tidak bertanggungjawab.
Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat
Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia
berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan
undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia.
SUMBER :http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html
http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
12/15
12
REFLEKSI
TENTANG
ARTIKEL
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
13/15
13
Jerubu adalah satu fenomena yang kerap terjadi di Malaysia kini. Jerubu sering melanda
ketika cuaca panas dan kering. Keadaan berjerubu pastinya merimaskan kerana jarak penglihatan
menjadi terhad , banyak aktiviti tergendala bahkan ada beberapa tempat seperti di Johor
diisytiharkan darurat kerana bacaan IPUnya melepasi tahap kritikal dan bahaya iaitu IPU 500.
Selain daripada masalah tersebut jerubu juga boleh mendatangkan kesan tidak sihat seperti
kesukaran bernafas, perit hidung, batuk-batuk, gatal kulit dan sebagainya.
Berdasarkan kisah jerubu ini saya telah mengumpulkan lima artikel yang terdiri daripada
sumber surat khabar seperti Bernama, Kosmo dan Berita Harian, dan bahan-bahan yang dipetik
daripada laman web di internet seperti Utusan online dan blog.
Bahan artikel pertama dipetik daripada surat khabar Bernama bertarikh 25 Julai 2013
dengan mengetengahkan isu Jerubu beralih ke Utara tanah air . Bacaan IPU bagi Ipoh , Perak
dan Seberang Prai , Pulai Pinang menunjukkan bacaan tidak sihat. Artikel ini lebih merujuk
kepada maklumat bacaan IPU di tempat-tempat yang terlibat.
Bagi bacaan artikel ke dua pula dipetik daripada surat khabar Kosmo bertarikh 23 Jun
2013. Artikel ini merujuk kepada punca jerubu terjadi seperti kebakaran di Riau, Sumatera
Tengah , Indonesia telah menyebabkan asap jerubu di bawa oleh angin ke Pantai Barat
Semenanjung Malaysia.
Selain daripada itu bahan artikel 3 pula diabil daripada Utusan Online bertarikh 24 Julai
menyatakan bahawa jerubu yang melanda Malaysia kian pulih. Artikel ini menyatakan Hanya
Seri Manjong sahaja mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat yang dinyatakan oleh Jabatan
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
14/15
14
Alam Sekitar sekitar pukul 11 pai hari tersebut. Laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (
ASMC ) juga menyatakan bilanagan titik-titik panas di Sumatera, Indonesia semakin berkurang.
Walau bagaimana pun, Jerubu Kembali Lagi , tajuk bahan artikel ke 4 yang dipetik
daripada surat khabar Berita Harian bertarikh 22 Julai 2013. Dalam artikel ini menyatakan Ketua
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia ( JMM ), Che Gayah Ismail berkata berkemungkinan
jerebu kembali lagi kerana pergerakan angin Monson Barat Daya yang bertiup sehingga Oktober
boleh membawa asap jerubu ke ke arah malaysia
Akhirnya dalam bahan artikel ke lima yang dipetik daripada internet dengan tajuk
Jerubu di Singapura kian tebal .. Artikel ini menunjukkan bahawa masalah jerubu bukan
terjadi di Malaysia sahaja bahkan di Singapura juga. Keadaan di Singapura bertambah teruk
berikutan bacaan IPU telah mencapai tahap bahaya iaitu 400. Untuk mengatasi masalah tersebut
pihak Singapura telah berbincang dengan pihak Indonesia dan bersetuju untuk mengambil
tindakan kepada individu atau syarikat yang melanggar akta membakar hutan.
Setelah meneliti kelima-lima artikel yang diambil jelaslah bahawa masalah jerubu
bukanlah masalah kecil dan boleh diambil mudah sahaja kerana masalah ini boleh menyebabkan
ekonomi negara menjadi lumpuh dan masyarakat menjadi tidak sihat dan sebgainya. Seharusnya
kita mengambil iktibar dan sentiasa mengambil inisiatif menjaga dan menyayangi alam sekitar.
Buat perkara yang boleh dibuat biarkan sekadar berkongsi kereta ke tempat kerja kerana dengan
itu dapat mengurangkan pengeluaran asap atau jangan melakukan pembakaran secara terbuka .
8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )
15/15
15
BIBILIOGRAFI
Syed Azwan Syed Ali, ( 2013 ) Jerubu Kembali Lagi ; Berita Harian
Berita tentang jerubu [ online], available :
http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlacessed
at ( 2013/11/12)
Jerebu [online], available :http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html
acessed ( 20013/11/13)
Kesan Jerubu dalam sisipan berita ,[online] available :
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-
Manjung-catat-IPU-tidak-sihatacessed at ( 2013/11/10)
Punca-punca Jerubu,[online],available: :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-
bernamaacessed at ( 2013 /11/12)
http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlRecommended