21

Click here to load reader

assg. RBT 3117

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi

subjek RBT 3118 Rekabentuk dan Teknologi ini dengan selamat. Biarpun pada peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini saya

menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah, namun akhirnya ianya dapat disempurnakan juga, walaupun tidak sebaik yang

dipinta.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada para pensyarah yang

mengajar saya di IPGM Kampus Darulaman. Terutamanya, khas buat Tuan Haji Khairazmi bin Md. Noor diatas kesudian

membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini, sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan

ini.

Biarpun subjek RBT 3118 ini adalah satu subjek yang agak sukar di mana ianya merupakan satu subjek baru bagi saya,

dimana masa di peringkat diploma dahulu saya tidak pernah mempelajarinya namun dengan teknik dan skill yang gunakan oleh

Tuan Haji Khairazmi seperti teknik pembentangan dan perbincangan dapat membantu saya untuk memahami serba sedikit

mengenai subjek ini. Ianya secara tidak langsung dapat membantu saya untuk mengajar murid- murid di sekolah saya. .

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 1

Page 2: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan buat rakan- rakan sekelas PGSR Pendidikan

Khas 2008 , Guru- guru SKDHZ dan murid- murid PKBP SKDHZ diatas kesudian kalian membantu saya. Bantuan dan sumbangan

kalian amat dihargai. Terima kasih sekali lagi. Sekian, wasallam.

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 2

Page 3: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. PENGENALAN

Carta Aliran

5

2. LATAR BELAKANG

Pengenalpastian masalah

Senarai pelbagai Idea Penyelesaian Masalah

Mengumpul Maklumat dan data

8

3. PENILAIAN IDEA

Menilai idea- idea

Melakar idea

13

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 3

Page 4: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

4. PEMILIHAN REKA BENTUK

Lukisan Ortografik dan mendimensikan objek

15

5. Lampiran 17

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 4

Page 5: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, seperti yang kita semua ketahui subjek Kemahiran Hidup telah di perkenalkan dan diajari untuk

semua murid di Negara kita. Tidak kira murid- murid di sekolah rendah mahupun menengah. Begitu juga dengan murid- murid yang

berada di aliran khas seperti murid- murid OKU. Mereka juga turut di dedahkan dengan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, baik di

sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Semua ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan terutamanya Kementerian

Pendidikan Malaysia mengambil berat mengenai kepentingan subjek ini.

Dewasa kini, kita dapati pihak kerajaan juga turut memperuntukkan berbillion- billion sumber kewangan kepada bidang

pendidikan untuk memajukan bidang kemahiran hidup ini. Hasilnya, kini kita dapat lihat betapa banyak sekolah menengah teknik

dan vokasional, politeknik, kolej komuniti, Institut Kemahiran MARA, IKBN, Giat MARA dan sebagainya lagi dibangunkan dengan

satu matlamat berdasarkan subjek Kemahiran Hidup.

Subjek Kemahiran Hidup ini merupakan satu subjek yang amat penting dimana dengan mempelajari subjek ini murid- murid

akan dapat menggunakan segala ilmu yang di pelajari untuk kehidupan harian baik di rumah mahupun untuk memasuki alam

pekerjaan kelak.Contohnya, di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup setiap murid akan belajar pelbagai benda yang sering

digunakan dalam kehidupan seharian seperti memasak, membasuh, pertukangan, elektrik, bercucuk tanam, penternakan dan

sebagainya. Semua pelajaran ini sudah tentu dapat diaplikasikan di dalam kehidupan harian mereka.

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 5

Page 6: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

Oleh sebab itu, sebagai seorang guru kita perlu menyiapkan diri masing- masing dengan ilmu pengetahuan berkaitan subjek

kemahiran hidup ini. Selain itu juga guru juga perlu bersikap kreatif, inovatif serta lebih proaktif dalam mengharungi arus perubahan

zaman masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, kita dapati murid- murid pada masa kini lebih bijak, berdaya

saing serta maju ke hadapan sehinggakan ada dikalangan murid- murid yang boleh melangkaui kebolehan guru.

Kesimpulannya, dengan mempelajari subjek RBT 3118 ini saya berharap ianya dapat menambah sedikit sebanyak ilmu

pengetahuan baru kepada diri saya. Dengan tugasan projek reka cipta ini sedikit sebanyak ianya dapat member pengalaman baru

kepada saya dalam bidang rekacipta, biarpun sekadar satu projek kecil- kecilan seperti projek “ Kotak Barang Hiasan – Permata

HatiKu “. Dengan menghasilkan projek ini, sekaligus ianya dapat menyelesaikan masalahan harian yang di hadapi dalam

menyimpan barang- barang perhiasan diri yang bernilai dan di sayangi. Dalam menyiapkan tugasan ini biarpun ianya sekadar satu

hasilan kecil namun ianyanya memerlukan perancangan yang teliti dan mengambil masa hampir sebulan lama.

CARTA ALIRAN PERANCANGAN PROJEK “ KOTAK BARANG HIASAN- PERMATA HATIKU “

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 6

Page 7: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK - PENGENALPASTIAN MASALAH

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 7

MENGENALPASTI MASALAH

LAKARAN IDEAPENGUMPULAN DATA/

MAKLUMAT

PEMILIHAN IDEA TERBAIKPEMILIHAN BAHAN DAN

PERALATAN YANG SESUAI

PENGUBAHSUAIANPENGUJIAN PROTOTAIP

MEMBUAT ANGGARAN KOS PROJEK

PEMBINAAN PROTOTAIP

Page 8: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

2.1 MENGENALPASTI MASALAH

Golongan wanita masa kini sering kali sibuk dengan tugasan dan agenda masing- masing sehinggakan mereka tidak

mempunyai masa untuk menyimpan dan mengemas terutamanya barangan perhiasan. Barang- barang berharga dan disayangi ini

sering kali di letakkan bertaburan di merata tempat. Contohnya, di atas meja solek, dalam laci almari dan sebagainya. Semua ini

tidak dapat menjamin keselamatan barangan tersebut. Bayangkan jika anak- anak kita yang kecil masuk ke bilik dan mengambil

barangan tersebut dan digunakan sebagai barangan main…. Kemudian di sepahkan merata… bukankah ianya akan membawa

kepada misteri kehilangan barangan tersebut.

Jadi dengan terciptanya “ Kotak Barangan Hiasan – Permata Hatiku” ini diharapkan ianya dapat membantu kaum wanita

dan ibu yang sentiasa sibuk kini untuk menyimpan barangan mereka dengan selamat.

2.2 PELBAGAI CONTOH IDEA BAGI PENYELESAIAN MASALAH TERSEBUT.

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 8

Page 9: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

Masalah yang dinyatakan ini adalah masalah utama yang sering di hadapi oleh ramai rakyat di Negara kita khususnya kaum

wanita. Dan saya sebagai wakil kaum wanita tergerak hati untuk cuba menyelesaikan permasalahan ini. Di bawah ini di nyatakan

beberapa idea yang tercetus selepas berbincangan dengan rakan- rakan bagi menyelesaikan masalah ini.

i) Mereka cipta sebuah peti/ kotak simpanan barangan kemas/ perhiasan yang mempunyai kamera litar tertutup.

ii) Mereka kotak/ peti simpanan barang yang boleh dilekatkan pada dinding dan tempat tinggi serta kekal ( peti besi ) dan

mempunyai kunci serta kod rahsia.

iii) Mereka kotak/ peti simpanan barangan kemas dan perhiasan yang mempunyai kunci dan sensor. Apabila kotak

tersebut di buka, alarm akan berbunyi.

2.3 PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DATA

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 9

Page 10: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

Pada peringkat permulaan, sebelum menghasilkan projek bagi penyelesaian masalah yang telah di pilih, saya telah

membuat beberapa kajian dan pemerhatian terhadap rasionalnya rekaan “ Kotak Barangan Hiasan – Permata

Hatiku “. Proses pengumpulan data dan maklumat ini meliputi pelbagai sumber contohnya :

i) Pengalaman Diri Sendiri

Sebagai seorang, ibu, isteri dan wanita yang berkerjaya saya sering kesuntukan masa untuk berkemas.

Kadang- kadang pulang dari kerja, tidak sempat menyalin pakaian kerja yang dipakaian saya terus ke dapur

untuk menyediakan hidangan makan tengahari hari untuk keluarga. Jadi segala barangan perhiasan seperti

cincin, gelang, broach dan sebagainya saya lemparkan di atas almari solek sahaja. Hal ini sering menimbulkan

masalah kepada saya, bila ingin memakai semula perhiasan tersebut. Kadang- kadang barangan tersebut

hilang dan tidak ditemui, almaklumlah dengan anak kecil yang tidak memahami erti barangan mahal atau dan

murah. Saya juga pernah kehilangan sebelah subang telinga dalam simpanan….. pengalaman ini saya

gunakan untuk mencari penyelesaian masalah ini.

ii) Pemerhatian

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 10

Page 11: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

Saya membuat pemerhatian dari pelbagai sudut yang mana ianya memungkinkan sesuatu masalah berlaku

dan bagaimana cara ianya dapat diselesaikan. Malah, saya juga membuat penelitian terhadap kotak- kotak

simpanan barangan perhiasan yang terdapat dipasaran masa kini. Pada pandangan saya semua kotak

barangan hiasan yang terdapat di pasaran lazimnya tidak mempunyai pelindungan dari aspek keselamatan.

Kotak simpanan barangan perhiasan yang mempunyai perlindungan dari aspek keselamatan lazimnya

ditawarkan dengan harga yang tinggi dan mahal.

3. Lawatan

Saya telah mengadakan lawatan ke Pasaraya dan Hypermarket seperti TESCO, GAINT, PARKSON dan kedai- kedai hardware

untuk mengenalpasti bahan- bahan yang sesuai untuk menyiapkan tugasan / projek ini. Selain itu, lawatan ini juga perlu bagi

menjana minda serta idea bagi menghasilkan projek ini supaya hasil projek yang dihasilkan lebih berkualiti dan dengan kos yang

lebih murah.

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 11

Page 12: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

4. Soal Selidik

Bagi mendapatkan idea- idea yang bernas dan baik yang dapat membantu penghasilan projek rekacipta ini, saya telah membuat

soal selidik secara tidak formal terhadap rakan- rakan sekerja dan jiran-jiran berhampiran rumah. Di dapati hampir semua kaum

wanita dan kaum ibu tidak kira yang berkerjaya ataupun yang tidak bekerja, masing- masing sering menghadapi masalah dalam

penyimpanan barangan perhiasan diri. Mereka juga mengadu bahawa mereka sering ditegur oleh suami masing- masing dan kaum

suami juga sering mengadu tidak mampu untuk membeli barangan perhiasan untuk isteri masing- masing kerana sering tercicir dan

hilang.

3.0 PENILAIAN IDEA

3.1 PENILAIAN IDEA- IDEA

Di bawah ini disenarai beberapa perbandingan yang dapat di buat ( kebaikan/ kelebihan dan keburukan/ kekurangan ) idea- idea

yang dinyatakan.

Kotak Barang Perhiasan dengan sensor Kotak Barang Hiasan dengan Kamera Litar Tertutup

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 12

Page 13: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

Kebaikan/

kelebihan

Memerlukan kos yang lebih rendah/ lebih effective

Mudah direka dan bina Lebih mudah untuk digunakan/

kurang kos penyelenggaraan. Peralatan yang digunakan

mudah di perolehi.

Lebih canggih/ menggunakan teknologi terkini.

Keburukan/

kekurangan

Tidak dapat merakam kejadian

tidak diingini seperti kecurian.

Memerlukan budget yang tinggi.

Kesukaran untuk membina serta memerlukan

kepakaran yang hebat.

Tidak sesuai untuk semua situasi.

Susah untuk di selenggarakan.

3.2 KESIMPULAN PENILAIAN IDEA- IDEA

Kesimpulannya, setelah dinilai dan dibincangkan dengan beberapa orang rakan dan guru- guru kemahiran hidup di sekolah

dari segala sudut dan perspektif saya dapati projek mereka cipta “ Kotak Barang Perhiasan – Permata Hatiku “ yang dilengkapi

dengan sensor adalah lebih praktikal untuk dibina.

Ini adalah berdasarkan penilaian yang saya buat berdasarkan beberapa aspek tertentu seperti factor yang paling penting

sekali iaitu kosnya yang lebih murah, ianya tidak memerlukan kemahiran dan teknologi yang terlalu tinggi dan canggih, mudah

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 13

Page 14: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

dibina, mudah digunakan serta diselenggarakan oleh sesiapa sahaja dan sebagainya. Selain itu, kotak ini jika menghadapi

masalah ataupun kerosakan lebih mudah dibaiki kerana tidak menggunakan peralatan yang terlalu canggih dan sukar untuk di

baiki.

Di samping itu juga, jika saya membina kotak barang perhiasan yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup kosnya adalah

tinggi dan ianya sukar untuk di komersialkan serta dimiliki oleh kaum wanita dan ibu yang berpendapatan rendah dan kurang

berkemampuan.oleh itu pembinaan projek dengan kamera litar tertutup ini adalah kurang fleksibel. Kerisauaan juga timbul dimana

dengan kemahiran dan kebolehan saya ini dikhuatiri projek ini akan menemui kegagalan kerana kesukaran pembinaannya.

4.0 PEMILIHAN REKABENTUK – KOTAK BARANG PERHIASAN “ PERMATA HATIKU “

Kotak barang hiasan yang biasa dan terdapat dipasaran lazimnya pelbagai bentuk. Contohnya ada yang berbentuk bulat, “

love”, segi empat sama sisi, segi empat tepat dan sebagainya. Strukturnya juga terdiri daripada pelbagai material seperti kaca,

besi, aluminium, kayu dan sebagainya. Setelah berbincang dengan rakan – rakan saya telah mengambil keputusan untuk membina

kotak yang mempunyai ciri dan fungsi seperti berikut :

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 14

Page 15: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

Fungsi

- Kotak Barang Perhiasan “ Permata Hatiku “ dapat berfungsi untuk membantu kaum wanita dan ibu bagi mengatasi

masalah sering keciciran barangan perhiasan mereka serta barangan tersebut diletakkan bertaburan di merata

tempat.

- Selain itu, ia juga dapat menjamin keselamatan barangan perhiasan yang di simpan di dalamnya kerana signal/ alarm

akan berbunyi jika kotak tersebut dibuka.

Rupa bentuk

- Rupa bentuk kotak ini adalah simple dan biasa sahaja iaitu berbentuk segi empat tepat. Bentuk ini dipilih adalah

kerana ianya mudah dibina dan agak mudah disimpan dengan cara, disusun ataupun dimasukkan ke dalam laci

almari atau sebagainya.

- Untuk mencantikkan kotak tersebut saya merancang untuk meletakkan kain renda dan sedikit hiasan untuk

menambahkan seri kotak tersebut.

Kaedah Pembinaan

- Kaedah pembinaan kotak ini tidak terlalu rumit, kerana ianya menggunakan kayu dan berbentuk segi empat tepat.

- Anggaran ukurannya ialah 21cm x 21 cm.

- Manakala dari segi “ Alarm “ pula, saya membeli papan litar yang telah siap di kedai dan dipasang pada kotak

tersebut.

Kos Pembuatan

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 15

Page 16: assg. RBT 3117

ZUNAIDA BINTI ZAINOL 770710025546

- Kos pembuatan dan pemasangannya tidaklah terlalu mahal, kerana ianya menggunakan peralatan yang mudah

diperolehi dan tidak terlalu canggih.

- Kotak ini mudah untuk digunakan dan diselenggarakan, serta disimpan yakni boleh di simpan di mana- mana lokasi

sahaja.

PGSR/ PK- KOHORT 1( 2008)/ RBT 3118Page 16