Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    1/15

    1

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER 9/ SEPTEMBER 2013

    HBHE 3103

    GAYA HIDUP SIHAT

    ( REFLEKSI ARTIKEL )

    NAME : FAZILAH BTE SELIMAN

    MATRICULATION NO : 750725016556001

    IDENTITY CARD NO. : 750725-01-6556

    TELEPHONE NO. : 013-6070046

    E-MAIL : [email protected]

    LEARNING CENTRE : SEREMBAN ,NEGERI

    SEMBILAN

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    2/15

    2

    ISI KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKASURAT

    1 BAHAN-BAHAN ARTIKEL BERKAITAN

    JERUBU

    3-12

    2 REFLEKSI TENTANG ARTIKEL 13-14

    3 BIBLIOGRAFI 15

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    3/15

    3

    BAHAN-BAHAN

    & ARTIKAL

    BERKAITAN

    JERUBU

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    4/15

    4

    BAHAN 1 ( ARTIKEL SURAT KHABAR BERNAMA YANG DIPETIK DI INTERNET )

    JULY 25, 2013

    Jambatan Pulau Pinang diselubungi jerebu hari ini.

    Gambar oleh Muhamad Amirul, ( 25 Julai, 2013 ).

    Jerebu beralih ke utara tanah air dengan Ipoh di Perak dan Seberang Jaya di Pulau Pinang

    mencatat kualiti udara tidak sihat dan sederhana petang ini.Menurut laman web Jabatan Alam

    Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkod sehingga 3 petang ini di Ipohmenunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 104 manakala Seberang Jaya mencatat IPU 100.

    Sebanyak 36 kawasan lain mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Seri Manjung di

    Perak yang menghampiri paras tidak sihat dengan IPU 93, selain Cheras (89), Putrajaya dan Batu

    Muda di Kuala Lumpur (60) serta Shah Alam (70).Sebanyak 15 kawasan lagi mencatat kualiti

    udara baik termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.

    Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke

    200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

    - Bernama, 25 Julai, 2013.

    SUMBER : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-

    malaysia-bernama

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernama
  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    5/15

    5

    BAHAN 2 ( ARTIKEL SURAT KHABAR KOSMO YANG DIPETIK DI INTERNET )

    Bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat dua kali ganda

    Pada hari Ahad, 23/06/2013, bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit NOAA-18 di

    Sumatera, Indonesia semalam meningkat hampir dua kali ganda daripada 64 pada Jumaat lepas

    kepada 118 hari ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), laporan Pusat Meteorologi Khas Asean

    (ASMC) di Singapura menunjukkan asap jerebu bertambah tebal dari kawasan kebakaran di

    Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.Katanya, tiupan angin dari arah barat daya telah

    membawa asap jerebu dari Riau ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat SemenanjungMalaysia.Sekumpulan pelajar memakai penutup hidung dan mulut selepas menghadiri kelas

    membaca al-Quran ekoran jerebu tebal di Dumai, wilayah Riau, Indonesia

    "Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya masih dipengaruhi

    pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang

    dialami negara dan dijangka berterusan sehingga September ini, menurut jabatan itu.

    Menurut JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkod pada 11 pagi ini

    mendapati Muar, Johor dan dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai

    berada pada tahap berbahaya, dengan Muar mencatat IPU 690, manakala Bukit Rambai dan

    Bandaraya Melaka, masing-masing dengan bacaan 428 dan 415.

    Sumber: Kosmo ( 23 Jun 2013 )

    KEADAAN jerebu di ibu Negara

    Sumber :http://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.html

    http://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.htmlhttp://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.htmlhttp://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.htmlhttp://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.html
  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    6/15

    6

    BAHAN 3 ( ARTIKEL UTUSAN ONLINE )

    Hanya Seri Manjung catat IPU tidak sihat

    KUALA LUMPUR 24 Julai- Kualiti udara di seluruh negara semakin baik dengan hanya satu

    kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini iaitu di Seri Manjung,

    Perak.

    Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 5 petang ini, Seri Manjung

    mencatat bacaan IPU pada 120 berbanding tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat

    semalam iaitu Bukit Rambai, Tanjung Malim dan Seri Manjung.

    JAS dalam kenyataannya memberitahu, secara keseluruhannya, status kualiti udara

    sehingga pukul 11 pagi ini bertambah baik dan peningkatan bacaan IPU di Seri Manjung adalah

    dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan.

    "Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM),

    adalah diramalkan pada hari ini, 24 Julai 2013, kawasan di Semenanjung secara amnya cuaca

    dijangkakan baik di semua negeri pada waktu pagi.

    "Hujan sementara di satu dua tempat dijangka berlaku di bahagian pedalaman negeri

    Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Terengganu pada waktu

    petang manakala di negeri-negeri lain cuaca dijangka baik. Pada waktu malam pula dijangkakan

    cuaca baik secara amnya di semua negeri," kata kenyataan itu.

    Selain itu, beberapa tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian

    pendalaman negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Kelantan,Terengganu dan Pahang akan mula menerima lebih banyak hujan pada waktu petang mulai 25

    Julai 2013 untuk tempoh beberapa hari.Ini dijangka dapat membantu memulihkan keadaan

    berjerebu yang sedang dialami negara.

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    7/15

    7

    Sementara itu, laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) menunjukkan bilangan

    titik panas di Sumatera, Indonesia pada 23 Julai 2013 adalah sebanyak 292 titik panas iaitu

    meningkat berbanding 252 titik panas pada 22 Julai 2013.

    Di Malaysia, sebanyak 27 titik panas dikesan melalui satelit NOAA-18 pada 23 Julai 2013 iaitu

    di negeri Johor (7), Pahang (7), Negeri Sembilan (2) dan Sarawak (11).Di Perak, bacaan IPU di

    stesen pengawasan kualiti udara Seri Manjung mencatatkan tahap tidak sihat sejak pukul 8

    malam tadi.

    Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Abdul Razak Abdul Manap berkata, peningkatan

    bacaan IPU itu dipengaruhi oleh pencemaran jerebu merentasi sempadan berdasarkan

    peningkatan kepada 252 titik panas di Sumatera, Indonesia kelmarin."Di samping itu, negara kini

    sedang mengalami musim monsun barat daya dengan cuaca panas dan kering bermula Jun lalu

    dan dijangka berterusan sehingga awal Oktober ini.

    "Angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia

    telah membawa lingkaran jerebu sederhana ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat

    Semenanjung Malaysia," katanya.Stesen pengawasan kualiti lain di sekitar Perak seperti di Jalan

    Tasek dan SK Jalan Pegoh, Ipoh; Tanjung Malim dan Kampung Air Putih, Taiping, masing-

    masing mencatatkan bacaan IPU sederhana.

    Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, JAS Perak akan terus mengawasi dengan rapi status

    kualiti udara di seluruh negeri mengikut tindakan yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan

    Jerebu Kebangsaan serta mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka negeri.

    Beliau berkata, pihaknya juga akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap

    daripada kenderaan bermotor serta industri.

    Utusan Melayu (M) Bhd

    Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-

    Manjung-catat-IPU-tidak-sihat

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihat
  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    8/15

    8

    BAHAN 4 ( ARTIKEL SURAT KHABAR BERITA HARIAN )

    SUMBER : BERITA HARIAN ( 22 JULAI 2013)

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    9/15

    9

    BAHAN 5 (ARTIKEL DARI INTERNET )

    Jerebu di Singapura kian 'tebal'

    SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk dengan Indeks

    Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat 11 pagi ini mencecah tahapberbahaya iaitu 400,

    kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

    Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100,sederhana; 101

    hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.

    Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada

    rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.

    "Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama

    beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di

    Sumatera.Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    10/15

    10

    kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.

    Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia

    usaha menyeluruh di peringkat nasional.Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera,

    bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat

    dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

    Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di

    Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.Mesyuarat itu diatur

    Kementerian Luar Indonesia melibatkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang

    dikeluarkan NEA.

    Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja

    memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau. Indonesia memberi jaminan kepada

    Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.

    Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan

    keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali

    sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    11/15

    11

    Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.

    Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan

    menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat

    perladangan yang tidak bertanggungjawab.

    Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat

    Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia

    berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan

    undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia.

    SUMBER :http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html

    http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html
  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    12/15

    12

    REFLEKSI

    TENTANG

    ARTIKEL

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    13/15

    13

    Jerubu adalah satu fenomena yang kerap terjadi di Malaysia kini. Jerubu sering melanda

    ketika cuaca panas dan kering. Keadaan berjerubu pastinya merimaskan kerana jarak penglihatan

    menjadi terhad , banyak aktiviti tergendala bahkan ada beberapa tempat seperti di Johor

    diisytiharkan darurat kerana bacaan IPUnya melepasi tahap kritikal dan bahaya iaitu IPU 500.

    Selain daripada masalah tersebut jerubu juga boleh mendatangkan kesan tidak sihat seperti

    kesukaran bernafas, perit hidung, batuk-batuk, gatal kulit dan sebagainya.

    Berdasarkan kisah jerubu ini saya telah mengumpulkan lima artikel yang terdiri daripada

    sumber surat khabar seperti Bernama, Kosmo dan Berita Harian, dan bahan-bahan yang dipetik

    daripada laman web di internet seperti Utusan online dan blog.

    Bahan artikel pertama dipetik daripada surat khabar Bernama bertarikh 25 Julai 2013

    dengan mengetengahkan isu Jerubu beralih ke Utara tanah air . Bacaan IPU bagi Ipoh , Perak

    dan Seberang Prai , Pulai Pinang menunjukkan bacaan tidak sihat. Artikel ini lebih merujuk

    kepada maklumat bacaan IPU di tempat-tempat yang terlibat.

    Bagi bacaan artikel ke dua pula dipetik daripada surat khabar Kosmo bertarikh 23 Jun

    2013. Artikel ini merujuk kepada punca jerubu terjadi seperti kebakaran di Riau, Sumatera

    Tengah , Indonesia telah menyebabkan asap jerubu di bawa oleh angin ke Pantai Barat

    Semenanjung Malaysia.

    Selain daripada itu bahan artikel 3 pula diabil daripada Utusan Online bertarikh 24 Julai

    menyatakan bahawa jerubu yang melanda Malaysia kian pulih. Artikel ini menyatakan Hanya

    Seri Manjong sahaja mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat yang dinyatakan oleh Jabatan

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    14/15

    14

    Alam Sekitar sekitar pukul 11 pai hari tersebut. Laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (

    ASMC ) juga menyatakan bilanagan titik-titik panas di Sumatera, Indonesia semakin berkurang.

    Walau bagaimana pun, Jerubu Kembali Lagi , tajuk bahan artikel ke 4 yang dipetik

    daripada surat khabar Berita Harian bertarikh 22 Julai 2013. Dalam artikel ini menyatakan Ketua

    Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia ( JMM ), Che Gayah Ismail berkata berkemungkinan

    jerebu kembali lagi kerana pergerakan angin Monson Barat Daya yang bertiup sehingga Oktober

    boleh membawa asap jerubu ke ke arah malaysia

    Akhirnya dalam bahan artikel ke lima yang dipetik daripada internet dengan tajuk

    Jerubu di Singapura kian tebal .. Artikel ini menunjukkan bahawa masalah jerubu bukan

    terjadi di Malaysia sahaja bahkan di Singapura juga. Keadaan di Singapura bertambah teruk

    berikutan bacaan IPU telah mencapai tahap bahaya iaitu 400. Untuk mengatasi masalah tersebut

    pihak Singapura telah berbincang dengan pihak Indonesia dan bersetuju untuk mengambil

    tindakan kepada individu atau syarikat yang melanggar akta membakar hutan.

    Setelah meneliti kelima-lima artikel yang diambil jelaslah bahawa masalah jerubu

    bukanlah masalah kecil dan boleh diambil mudah sahaja kerana masalah ini boleh menyebabkan

    ekonomi negara menjadi lumpuh dan masyarakat menjadi tidak sihat dan sebgainya. Seharusnya

    kita mengambil iktibar dan sentiasa mengambil inisiatif menjaga dan menyayangi alam sekitar.

    Buat perkara yang boleh dibuat biarkan sekadar berkongsi kereta ke tempat kerja kerana dengan

    itu dapat mengurangkan pengeluaran asap atau jangan melakukan pembakaran secara terbuka .

  • 8/13/2019 Assg HBHE Gaya Hidup Sihat ( Refleksi Artikel )

    15/15

    15

    BIBILIOGRAFI

    Syed Azwan Syed Ali, ( 2013 ) Jerubu Kembali Lagi ; Berita Harian

    Berita tentang jerubu [ online], available :

    http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlacessed

    at ( 2013/11/12)

    Jerebu [online], available :http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html

    acessed ( 20013/11/13)

    Kesan Jerubu dalam sisipan berita ,[online] available :

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-

    Manjung-catat-IPU-tidak-sihatacessed at ( 2013/11/10)

    Punca-punca Jerubu,[online],available: :

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-

    bernamaacessed at ( 2013 /11/12)

    http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.htmlhttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysia-bernamahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-Seri-Manjung-catat-IPU-tidak-sihathttp://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.htmlhttp://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html