8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
1/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Tugasan 1: Analisis dan Ulasan Cerpen
Tajuk Cerpen : Menanti Fajar Menyingsing
Penulis : Webah Salleh
Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun Terbit : 1987
Sinopsis
Latar belakang era 70an yang digarap oleh Webah Salleh dalam novel
ini mencerminkan kesepakatan hidup dan keharmonian masyarakat pada
masa tersebut. Menanti Fajar Menyingsing menyingkap kisah sebuah
keluarga yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Kim Chong dan kakaknya,
Swee Lan hanya membuat persiapan kecil kecilan kerana ibu mereka
hanya bekerja sebagai tukang cuci pakaian. Oleh kerana desakan hidup, Kim
Chong yang akan mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran turut
membantu ibu dan kakaknya dengan menjual telur ayam kepada seorang
peraih.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Kim Chong dan
keluarganya menjalin hubungan yang baik dengan semua penduduk di
Kampung Ketam Batu. Mereka saling bekerjasama dan bantu membantu
antara satu sama lain. Malah, penduduk kampung juga menunjukkan sikap
yang amat prihatin terhadap kesusahan keluarga Kim Chong lebih lebih lagi
ketika dia mengalami kecederaan pada malam Tahun Baru. Mereka segera
menghantarkannya ke hospital sebaik sahaja mendengar berita tersebut.
1.0 Definisi Gaya Bahasa
Keris Mas (1988), menjelaskan bahawa gaya bahasa bermaksud cara
atau ragam sesuatu bahasa itu digunakan serta diolah, khususnya dalam
tulisan atau karangan. Gaya bahasa merupakan elemen yang sangat penting
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 1
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
2/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
dalam aspek penulisan kerana ia dapat menjadikan sesebuah karya itu lebih
menarik dan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif. Malah, gaya
bahasa yang digunakan dapat membezakan penulisan yang biasa dengan
penulisan luar biasa. Selain itu, ia juga merupakan penentu samada
sesebuah penulisan itu menjadi satu nukilan yang cantik dan indah atau
hanya sekadar bacaan di waktu santai.
1.1 Analisis Gaya Bahasa Dalam Cerpen
Gaya bahasa didalam cerpen adalah salah satu kaedah yang
digunakan oleh penulis untuk menimbulkan mood dalam penceritaan. Contoh
penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis Webah Salleh dalam
cerpen Menanti Fajar Menyingsingadalah seperti berikut:
i) Metafora:Metafora ialah kiasan perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata
perbandingan yang lain daripadamakna biasa atau makna sebenar perkataan
yang berkenaan. Ia juga disebut perumpamaan. Penggunaan dalam cerpen
adalah seperti berikut:
Cahaya yang akan menyuluh jalan yang akan dilaluinya. (halaman 10)
ii) Simile:
Simile ialah bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan
antara suatuobjek atau konsep dengan objek atau konsep lain yang
sebenarnya tidak sama tetapimempunyai aspek-aspek tertentu yang
dianggap sama. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan dianggap
perbandingan peringkat termudah kerana kata-kataperbandingan digunakan.
Contoh di dalam cerpen adalah seperti berikut:
Sewaktu mereka sampai ke pasar, orang ramai kelihatan berpusu
pusu seperti lalat. (halaman 2)
iii) Personifikasi:
Ab. Rahman Ab. Rashid (2003), menjelaskan personifikasi bermaksud
memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda yang bukan manusia
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 2
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
3/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
atau benda-benda yang tidak bernyawa, seolah-olah hidup, boleh bergerak
dan bertindak sebagai manusia. Personifikasi digunakan dalam cerpen
Menanti Fajar Menyingsing agar penceritaannya lebih kukuh dan serta
menyampaikan pesanan dalam imej yang boleh dibayangkan oleh pembaca.
Contoh yang dapat dikesan adalah:
Di sana sini sudah mula berderap bunyi mercun. (halaman 5)
Mata itu bercahaya, cahaya yang memberi harapan. (halaman 9)
Hatinya sentiasa berdoa dan berharap matanya tidak akan cacat.
(halaman 10)
Dan esok fajar akan menyingsing. (halaman 10)
iv) Hiperbola:
Faizah Shuib dan Nozah Jaafar ( 2000 ) memberikan definisi
hiperbolasebagai suatu bentuk gaya bahasa perbandingan yang melampau.
Hiperbola ialah penyataan yang berlebih-lebihan, selalunya untuk tujuan
menekankan sesuatu pandangan atau idea. Hiperbola tidak boleh diterima
secara literal kerana sifatnya yang berlebih-lebihan itu.
Swee Lan terkejut mendengar jeritan adiknya yang luar biasa
bunyinya. (halaman 6)
v) Sinkope:
Ab. Rahman Ab. Rashid (2003) menjelaskan penggunaan sinkope
sebagai singkatan bagi sesuatu perkataan. Dalam penulisan cerpen, sinkope
digunakan untuk menjadikan gaya bahasa didalam penceritaan lebih
bersahaja, kurang formal dan lebih dekat kepada pembaca dari segi struktur
pembinaan ayat dan dialog yang digunakan oleh penulis dalam cerpen.
Webah Salleh dalam cerpen ini menggunakan sinkope dalam situasi berikut:
Aku pun tak ke mana-mana petang ini. (halaman 2)
Cantik tak, mama? (halaman 3)
Ramaikah kawan kamu yang nak datang besok? (halaman 5)
Aduh, tolong kak! (halaman 6)
Kim Chong! Apa kena matamu, Kim Chong! (halaman 6)
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 3
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
4/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
vi) Imejan:
Imejan digunakan oleh Webah Salleh untuk membawa para pembaca
menyelami dengan lebih mendalam akan suasana dan persekitaran yang
dibawanya dalam cerpen Menanti Fajar Menyisingsing. Dalam cerpen ini,
imejan digunakan untuk menunjukkan latar belakang cerita, status ekonomi
serta hubungan kemasyarakatan watak watak dalam plot yang
dipersembahkan. Antara gaya imejan yang dibawa adalah:
... dulu sudah lusuh benar, sudah koyak tapaknya. (halaman 1)
Eh, banyak telur ayam kamu ni Kim Chong... (halaman 1)
... Cuma kuih kering saja. (halaman 2)
... sehelai baju kemeja... (halaman 3) ... tangkap seekor bapak ayam. (halaman 5)
Tentu mata itu tertikam kayu... (halaman 6)
vii) Perulangan:
Dalam bidang penulisan, pengulangan dalam struktur ayat sering
dilakukan oleh penulis untuk mewujudkan efek yang lebih menarik dalam
penceritaan. Gaya pengulangan juga digunakan oleh Webah Salleh dalamcerpen ini untuk memberikan penekanan kepada mesej yang ingin
disampaikan. Antaranya ialah:
.. mereka bercerita, entah apa yang mereka ceritakan.. (halaman 3)
... saya belikan baju. Ha, ini bajunya. (halaman 3)
... habiskan wang itu, siapa hendak mencarikan wang untuk
membayar wang periksa nanti? (halaman 4)
... pada tuhan. Tuhanlah tempat kita berharap. (halaman 9)
Mata itu bercahaya, cahaya yang memberi harapan. (halaman 9)
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 4
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
5/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
2.0 Definisi Kesantunan Bahasa
Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1997 ), kesantunan diertikan sebagai
perihal ( sifat ) santun, kesopanan, kehalusan ( budi bahasa dan budipekerti )
manakala bahasa pula ialah percakapan yang baik, tingkah laku yang baik
dan sopan santun.
Selain definisi diatas, Lakoff (1975) mentafsirkan kesantunan sebagai
perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi,
manakala Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah
kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi
sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan
adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.
Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk
menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan.
Berdasarkan definisi diatas, kesantunan merupakan tatacara, adat,
atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Ia adalah perilaku yang
ditetapkan bersama sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam
kehidupan sehari-hari.
2.1 Analisis Kesantunan Bahasa Dalam Cerpen
Setiap bahasa mempunyai nilai nilai santun yang unik serta berbeza
antara satu dengan yang lain. Nilai nilai kesantunan dalam bahasa khasnya
bahasa melayu merupakan aspek penting yang perlu dipatuhi oleh penutur
untuk menzahirkan rasa hormat kepada orang lain serta merupakan bukti
bahawa bahasa melayu mempunyai ciri ciri estetika yang indah.
Nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat.
Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik
apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 5
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
6/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan
nilai perlakuan dapat digambarkan melalui dua aspek, iaitu verbal (lisan) dan
non verbal (ekspresi dan bahasa tubuh).
Dalam cerpen ini, nilai nilai kesantunan dipersembahkan dengan baik
menerusi hubungan kekeluargaan serta latar belakang sosial watak watak
yang terdiri daripada bangsa Cina dan Melayu. Penggunaan kesantunan
berbahasa dalam cerpen ini boleh dihuraikan seperti berikut:
i) Kesantunan Verbal (Lisan)
a) Memberikan kata kata nasihat:
Kamu patut bersyukur kerana ibumu masih ada. (halaman 2)
Kita orang miskin, jadi biarlah (halaman 4)
yang penting, kita mesti belajar bersungguh- sungguh. (halaman 4)
Kalau kamu sudah berjaya, kamu boleh ... (halaman 4)
Kamu jangan susah hati, Kim Chong. (halaman 8)
Tahun ni kamu tak berhari raya dengan gembira, mungkin tahun
depan kamu akan bergembira sepuas-puasnya (halaman 8) Kamu janganlah lekas putus asa, Kim Chong. (halaman 9)
b) Kata kata pujian:
Kamu memang seorang kawan yang baik Fauzi. (halaman 9)
Aku tak akan lupa budi baikmu. (halaman 9)
c) Kata kata panggilan yang sesuai: Pak Samad kiralah lagi. (halaman 1)
Harapkan kasih sayang abangku saja. (halaman 2)
Cantik tak, mama? (halaman 3)
Tapi kakak, saya tak ada baju (halaman 4)
Maafkan kakak kalau menyinggung perasaanmu. (halaman 4)
Minta Pak Dolah tolong sembelihkan. (halaman 5)
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 6
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
7/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
ii) Kesantunan non verbal (Ekspresi dan bahasa tubuh)
a) Empati:
Swee Lan sedar kesedihan yang dirasakan oleh adiknya. (halaman 4) Kata kata kakaknya tersemat di hati Kim Chong. (halaman 4)
Dia berasa menyesal kerana tidak memberitahu (halaman 4)
Dia meluru cemas kearah Kim Chong (halaman 6)
hatinya menjadi tenang dan damai. (halaman 9)
Kata kata Fauzi benar benar meresap ke dalam jiwa Kim Chong.
(halaman 9)
Kim Chong ingin cepat sembuh. (halaman 10)
b) Ekspresi (Air muka):
Kim Chong menyambut wang itu dengan perasaan gembira.
(halaman 2)
kemudian terdengar suara hilai ketawa (halaman 3)
Ibu dan kakaknya murung sahaja sepanjang hari (halaman 8)
c) Perlakuan (Bahasa tubuh):
Dia menghampiri Kim Chong, dan dengan mesra diusap usap
rambut Kim Chong dengan jarinya. (halaman 4)
Masing masing mengarah dan diarah untuk (halaman 6)
Walaupun mereka telah letih, tapi digagahi juga untuk menangkap
ayam itu. (halaman 6)
Sebentar kemudian rumah Kim Chong riuh rendah dengan jiran yang
datang apabila mendengar berita kemalangan itu. (halaman 8)
Beberapa orang menghantarkannya ke hospital (halaman 8)
masing masing pulang menemui ibu bapa dan saudara mara
untuk bersama sama meraikan hari yang besar itu. (halaman 8)
Ramai kawan kawan Kim Chong datang menziarahinya di hospital
(halaman 8)
Fauzi juga tidak ketinggalan datang berziarah. (halaman 8)
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 7
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
8/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Sebelum berpisah, Fauzi menghulurkan tangannya. (halaman 10)
3.0 Definisi Sistem Sapaan
Sistem sapaan merupakan suatu rujukan yang digunakan oleh penuturkepada pendengar dalam sesebuah situasi serta konteks yang sesuai.
Bahasa Melayu mempunyai sapaan dan rujukan yang berbeza daripada
bahasa-bahasa lain. Oleh itu, setiap penuturnya mesti menguasai dan
menggunakannya dengan laras yang betul mengikut konteks yang sesuai
dengan lawan tutur mereka. Kesalahan penggunaan sapaan dan rujukan ini
boleh menimbulkan suasana yang tegang dan tidak harmoni di antara penutur
dan pendengar.
Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua
situasi, iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal,
kebiasaannya penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab
dengan pendengar.
Dalam sistem sapaan, penggunaan bahasa formal adalah lebih mesra
dan tinggi sifatnya berbanding dengan bahasa tidak formal. Secara lazimnya,
penggunaan bahasa tidak formal mempunyai ragam bahasa yang bebas iaitu
tidak mementingkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu, dan sebagainya.
Bahasa tidak formal terdiri daripada bahasa slanga, kolokial, bahasa pasar,
dan sebagainya. Di dalam hubungan formal, bahasa Melayu mempunyai
sistem sapaan dan rujukan tersendiri berbeza daripada situasi tidak formal.
Dalam situasi formal, kebiasaannya pengguna bahasa Melayu menggunakan
perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap pendengar mereka.
3.1 Analisis dan Ulasan Sistem Sapaan
Sistem sapaan dan pertuturan sehari hari memang tidak dapat
dipisahkan. Hubungan ini juga tidak dapat dikecualikan daripada bidang
penulisan dan penghasilan karya kreatif. Dalam cerpen ini, Webah Saleh
menggunakan sistem sapaan dalam konteks berikut:
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 8
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
9/23
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
10/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
iii) Kata Ganti Diri Pertama dan Kedua
Bil. Watak CerpenKata Ganti
Diri Pertama
Katan Ganti Diri
Kedua (Sapaan oleh
watak lain)
1. Kim Chong Aku / SayaKamu / Kau / Kim
Chong
2. Swee Lan Kakak Kakak / Kak
3. Ibu Mama Mama
4. Fauzi Aku Kamu / Fauzi
Contoh bahasa sapaan berdasarkan watak watak diatas:
Eh, kamu jangan cakap macam itu Kim Chong. (halaman 2)
Boleh kamu (Fauzi) temankan aku pergi ke bandar? (halaman 2)
Jangan lupa datang ke rumah aku (Kim Chong) esok tau!
(halaman 3)
Wangnya sudah saya (Kim Chong) belikan baju. (halaman 3)
Kamu habiskan duit itu, Kim Chong? (halaman 3)
Kamu boleh tolong mama dan kakak (Swee Lan). (halaman 4)
Ya, mama. (halaman 5)
Kamu memang seorang kawan yang baik Fauzi. (halaman 9)
Aku (Kim Chong) tak akan lupakan budi baikmu. (halaman 9)
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 10
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
11/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
4.0 Kepentingan Gaya Bahasa, Kesantunan Bahasa dan Sistem
Sapaan
Konsep gaya bahasa dalam cerpen ini digunakan untuk
menggambarkan suasana perkampungan pada zaman 70an yang di diami
bersama-sama oleh dua bangsa iaitu Melayu dan Cina. Ia juga menceritakan
perihal kehidupan masyarakat berbagai kaum dalam rukun yang harmoni
serta status sosial yang rendah.
Secara keseluruhan penceritaan bertemakan ikatan keluargaan yang
prihatin tentang keselamatan dan kebajikan setiap anggotanya. Kemiskinan
menjadikan mereka lebih menghargai perhubungan sesama mereka dan juga
masyarakat di sekeliling.
Di samping itu, gaya bahasa turut berperanan untuk menimbulkan
kesan yang mendalam kepada pembaca melalui beberapa gabungan gaya
bahasa seperti yang telah dibincangkan diatas. Pelbagai bentuk gaya bahasa
ini digabung dan digunakan agar penceritaan lebih kreatif serta mencipta
mood yang menarik minat pembaca.
Selain menggunakan pelbagai gaya bahasa, cerpen ini juga
memaparkan kesantunan berbahasa melalui pertembungan antara watak
wataknya iaitu Kim Chong, Fauzi, Swee Lan serta penduduk Kampung Ketam
Batu. Seperti yang dibincangkan diatas, kesantunan berbahasa wujud dalam
dua bentuk. Kesantunan verbal merujuk kepada perlakuan lisan iaitu dialog
antara watak dan juga kesantunan non verbal yang merujuk kepada bahasa
tubuh, memek muka serta apa jua ekspresi fizikal yang dizahirkan oleh
penutur kepada pendengar.
Antara kepentingan kesantunan berbahasa seperti yang dinyatakan
oleh Dr. Zaitul Azma (2008) dalam kajiannya adalah keupayaan pertuturan
dalam mewujudkan komunikasi berkesan yang berektika antara penutur serta
pendengar. Melalui komunikasi, masyarakat akan berusaha untuk memahami
konteks perbualan serta menunjukkan rasa hormat kepada individu lain
mengikut kesesuaian konteks dan situasi.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 11
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
12/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Selain itu, kesantunan juga penting untuk memastikan integrasi budaya
dan pemantapan amalan dalam aspek kesopanan dan kelakuan terpuji.
Kesantunan juga merangkumi sebahagian besar aspek kehidupan samada
perhubungan dalam sesebuah komuniti yang kecil sehinggalah ke kelompok
masyarakat yang lebih luas yang mempunyai sosiobudaya yang pelbagai.
Selain gaya bahasa dan kesantunan, penulis Webah Saleh juga turut
memasukkan penggunaan sistem sapaan dalam nukilan beliau. Sistem
sapaan merupakan kaedah yang dipersetujui oleh masyarakat berkenaan
tatacara memanggil pendengar kepada sesebuah perbualan. Ada pelbagai
jenis bahasa sapaan yang diperbincangkan dikalangan pengkaji bahasa.
Setiap bahasa panggilan bertujuan untuk menunjukkan perbezaan taraf, umur
serta perhubungan antara penutur dan pendengarnya.
Dalam Menanti Fajar Menyingsing, sistem sapaan yang digunakan
adalah lebih mudah dan ringkas kerana penceritaan yang berlatar
belakangkan kehidupan sebuah keluarga cina yang daif serta perhubungan
mereka dengan masyarkat setempat. Bahasa sapaan yang digunakan hanya
untuk menunjukkan ikatan perhubungan dalam keluarga Kim Chong seperti
mama dan kakak serta perhubungannya dengan watak watak lain seperti
Fauzi, Pak Dolah dan Pak Samad.
Kata ganti diri seperti aku, saya, kamu dan kau digunakan untuk
memberikan mood bersahaja dalam cerpen dan agar bahasa yang digunakan
lebih dekat kepada pembaca. Manakala panggilan untuk orang yang lebih tua
seperti Pak Samad dan Pak Dolah digunakan untuk menunjukkan rasa
hormat Kim Chong dan keluarganya kepada masyarakat.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 12
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
13/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Tugasan 2:
1. Pemerhatian dan Bahan Sumber Kesantunan Berbahasa
(Rujuk Lampiran)
2. Konsep Kesantunan Berbahasa, Verbal dan Non Verbal
Bahasa membentuk keperibadian sesebuah kaum. Kamus Dewan:
Edisi Keempat, 2006 mendefinisikan bahasa sebagai erti percakapan yang
baik, tingkah laku yang baik dan bersopan santun. Asmah Hj. Omar, 2002
menyatakan bahawa bahasa adalah petunjuk kehidupandan gambaran dunia
kita. Maka bahasa boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal
usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak lagi hal yang
berkaitan dengan kita, samada ia sesuatu hal yang baik mahupun
sebaliknya.
Bahasa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa kerana ia
melambangkan identiti, adat resam serta norma norma kehidupan
masyarakat berbilang kaum. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan
keindahan lenggok dan santun kerana seing diperlihatkan dalam pertuturan.
Kesantunan penutur kepada pendengar lebih terserlah melalui komunikasi
yang beretika, kecekapan dalam pragmatik bahasa, pemahaman tentang
konteks dan situasi perbualan serta praktikaliti terhadap kandungan budaya
setempat.
Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam
berbahasa. Kesantunan bahasa sering dilihat dalam interaksi antara individu
individu yang berkomunikasi. Asmah Hj. Omar, 2002 sekali lagi menyatakan
kesantunan itu khusus. Apa yang dianggap sopan dalam sesuatu masyarakat
mungkin dianggap sebaliknya oleh bahasa atau masyarakat lain. Ini kerana
bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama
kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal
kesopanan.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 13
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
14/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Seperti yang telah dibincangkan diatas, kesantunan berbahasa
dipecahkan kepada dua konsep. Kedua dua konsep ini memberikan
tanggapan positif atau negatif kepada pihak pihak yang terlibat dalam
perbualan. Ini kerana kedua dua konsep berperanan besar dalam
menunjukkan samada pendengar benar benar mendengar dan samada
penutur benar benar memahami apa yang diujarkan serta makna tersirat
yang disampaikannya.
i) Konsep Kesantunan Berbahasa Verbal
Istilah verbal merujuk kepada komunikasi lisan yang belaku antara dua
atau lebih penutur. Kesantunan berbahasa juga meliputi bahasa sapaan iaitu
cara bagaimana penutur memanggil pendengar mengikut kesesuaian umur,
taraf atau perhubungan. Kesilapan dalam memanggil pendengar mungkin
mengakibatkan konflik yang tidak diduga oleh penutur. Dalam aspek ini,
kesantunan verbal bukan sahaja berfungsi untuk merujuk seseorang tetapi
juga mendukung fungsi yang mempamerkan kesopanan penutur kepada
pendengarnya. Sebagai contoh, seorang pelajar univerisiti memanggil
pensyarahnya sebagai makcik atau pakcik. Sungguhpun benar mengikut
tingkatan umur, tetapi panggilan yang digunakan tidak sesuai mengikut situasi
dan konteks pada ketika itu.
Kesantunan verbal akan menjadikan proses komunikasi lebih menarik
serta lancar bahkan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat.
Kesantunan verbal berkait rapat dengan sistem sapaan dan protokol. Berikut
adalah situasi kesantunan verbal bagi seorang pelajar dan persekitarannya:
Kesantunan kepada Pensyarah
- Menggunakan kata sapaan yang bersesuaian ketika membuat
rujukan kepada pensyarah.
- Menggunakan nada suara yang sopan dan ramah ketika
berkomunikasi supaya maklumat yang disampaikan dan diterima
tepat.
- Contoh:
Assalamualaikum tuan haji. Bole saya tahu ...
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 14
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
15/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Selamat pagi encik. Boleh saya bantu?
Selamat pagi puan. Apa khabar?
Terima kasih encik.
Kesantunan kepada rakan
- Menggunakan kata sapaan yang sesuai mengikut perbezaan umur.
- Berkongsi maklumat dengan rakan.
- Mengadakan perbincangan dalam menyelesaikan tugasan dalam
situasi yang baik agar kreativiti lebih menonjol.
- Contoh:
Apa khabar .... ? Bagaimana dengan tugasan kumpulan?
Maafkan saya .... Saya rasa lebih baik sekiranya ...
Terima kasih ...
Kesantunan semasa berada di kantin
- Menggunakan bahasa sapaan yang sesuai.
- Beratur ketika membeli makanan agar tidak menimbulkan
kemarahan pelajar pelajar lain.
- Bercakap dengan suara yang sopan dan ramah supaya servis yang
diberikan dapat lebih dipertingkatkan.
- Contoh:
Assalamualaikum Pak Abu. Apa menu ...?
Apa khabar ... Saya nak ...
Terima kasih ...
ii) Konsep Kesantunan Berbahasa Non Verbal
Kesantunan berkait rapat dengan cara seseorang menggunakan
bahasa, dan penggunaannya mencerminkan keperibadian penuturnya.
Kesantunan berbahasa non verbal ialah perkara yang tidak melibatkan
pertuturan tetapi melibatkan gerak tubuh, memek muka mahupun apa jua
pergerakan fizikal yang boleh mencerminkan pandangan pendengar terhadap
penutur ataupun sebaliknya. Kesantunan non verbal merupakan antara ciriestetika bahasa yang menjadikannya unik. Contohnya, ketika seseorang
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 15
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
16/23
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
17/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Gerakan mata
Gerakan mata dapat mencerminkan emosi dengan baik. Gerakan mata
membantu menyampaikan mesej tersirat sebagai tambahan kepada mesej
lisan yang disampaikan seperti:
o Mata yang bergrak ke sana ke mari menunjukkan rasa tidak
berminat.
o Mata dan dahi berkerut untuk menunjukkan minat tetapi masih
memerlukan kepastian.
o Berkelip lebih cepat dari biasa tanda berbohong.
o
Mengalihkan pandangan atau tidak memandang mata penutursebagai tanda berminat, malu atau tidak selesa.
Gerakan tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud universal dan diterima oleh hampir
semua masyarakat didunia. Gerakan tangan yang disertakan bersama lisan
mengukuhkan pemahaman dan menjadikan komunikasi lebih berkesan.
Contohnya:o Bersalaman sebagai tanda menghormati orang lain.
o Melambaikan tangan sebagai ucapan selamat tinggal.
o Meletakkan jari telunjuk di bibir sebagi tanda diam.
o Penggunaan tangan sebagai isyarat tambahan dalam
penceritaan penutur.
Memek mukaMemek muka atau ekspresi wajah mempunyai maksud yang subjektif
dalam perbualan. Walaupun begitu, kesantunan non verbal ini dapat
menyuarakan emosi, kehendak dan harapan penutur. Melalui riak wajah yang
disertakan emosi, pendengar akan lebih responsif dan berminat untuk
meneruskan perbualan. Contohnya:
o Memek muka dapat menyampaikan samada maksud tersirat
atau tersurat penutur.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 17
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
18/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
o Menggambarkan keperibadiaan seseorang samada seorang
yang penyayang, pemarah atau lemah lembut.
o Memek muka memberikan ruang kepada pendengar untuk
memahami emosi sebenar penutur samada sedih, gembira,marah dan sebagainya.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 18
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
19/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
3. Fenomena Kesantunan Berbahasa Di Kalangan Generasi Muda
dan Faktor yang Mempengaruhi
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, satu pepatah melayu yang
selayaknya menggambarkan isu yang diperkatakan. George Yule, 1985
dalam satu kajian mengatakan bahawa bahasa membentuk identiti sesebuah
kaum secara sedar ataupun tidak. Petikan daripada Majalah Dewan Bahasa,
sedar atau tidak, tahap budi bahasa dan kesantunan berbahasa dalam
kalangan rakyat Malaysia dalam keadaan yang amat membimbangkan.
Malah, Akhbar Utusan tulisan Nurul Izzah Sidek pada 17 Februari 2011
pernah membuat laporan tentang isu remaja dan kesantunan. Kesantunan
dalam konteks remaja bermakna sifat dan pekerti yang tinggi, berbudi bahasa
dan tabiat yang beradab. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan
yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam interaksi antara dua
atau lebih pihak yang berkomunikasi.
Berita Harian, 14 Mei 2011 melaporkan bahawa remaja yang berusia
15 tahun kebawah mewakili 30% daripada keseluruhan 28 juta rakyat
Malaysia. Ditambah dengan remaja 18 tahun dan kebwah, secara kasarnya
remaja mewakili hampir 9 juta daripada populasi rakyat Malaysia. Justeru,
tidak hairan lah sekiranya fenomena kesantunan berbahasa dikalangan
remaja merupakan isu panas kerana ia menggambarkan status akhlak
sebahagian besar daripada rakyat Malaysia serta cara asuhan yang diterima
mereka semasa membesar.
Banyak faktor yang mempengaruhi remaja dalam kepincangan ini.
Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh
menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini. Seseorang yang sering
melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan
gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Hal ini boleh
jadi disengajakan untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran,
dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau
lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Secara tidak langsung, ia menaikkan
ego mereka dan menunjukkan percubaan untuk menguasai emosi orang yang
dimarahi.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 19
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
20/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga menyumbang
kepada masalah ini. Sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa
yang kesat apabila bersama rakan - rakannya. Sebagai contoh, perkataan
seperti sial sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi
mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu.
Namun, perkataan sedemikian dan banyak lagi yang berbaur kesat, makian
serta mencarut adalah amat tidak elok didengar walaupun diungkapkan
antara sesama rakan sebaya. Ia mencacatkan kesantunan berbahasa dan
menghilangkan kesopanan dalam budaya kemelayuan.
Pertuturan seharian kita juga mampu mempengaruhi minda separa
sedar lalu mewujudkan tabiat berfikir yang menjurus samada ke arah
pemikiran yang positif atau negatif. Apabila kita sentiasa bertutur dengan
perkataan yang kasar atau negatif, kita sebenarnya secara tidak langsung
memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya, kita bakal
membentuk tingkah laku dan emosi yang negatif pula.Hal ini seterusnya akan
mencorakkan sikap dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di
sekeliling. Sekiranya, asuhan minda remaja telah mendapat pengaruh negatif,
ia sekaligus menyumbang kearah kepincangan dalam kesopanan pertuturan
dan kesantunan berbahasa. Sejajar dengan itu, Dr. Zaitul Azma, 2008
menggariskan tatacara dalam pergaulan supaya kita dapat mempraktikkan
kandungan budaya dan menyesuaikan diri mengikut konteks dan situasi.
Selain daripada dua faktor yang dibincangkan diatas, keruntuhan
dalam kesantunan berbahasa remaja juga dipengaruhi oleh penggunaan
bahasa kasar serta tidak berlapik di dalam SMS dan blog. Kadang kala,
akibat terlalu mengambil mudah serta terlalu lantang menyuarakan pendapat,
sensitiviti orang lain dianggap kecil dan tidak dijaga. Secara keseluruhannya,
kita tidak dapat menfikan penglibatan media massa dalam perkara ini.
Penggunaan perkataan yang tidak sopan dan sesuai yang ditonjolkan di
dalam drama, filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan
remaja masa kini. Akibatnya, remaja terbawa-bawa dalam kehidupan
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 20
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
21/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
seharian, bahkan kelakuan dan penampilan turut diubah semata mata
kerana ingin kelihatan seperti idola mereka.
Sikap serta gerak geri ketika berbicara juga merupakan salah satu
aspek fenomena kesantunan berbahasa. Riak wajah, bahasa badan serta
apa jua gerakan fizikal semasa berkomunikasi semuanya mempengaruhi
kesantunan berbahasa. Apabila berbicara, kita seharusnya menunjukkan
muka yang manis dan menerima kritikan orang dengan hati yang terbuka.
Ramai dalam kalangan generasi muda hari ini menunjukkan muka yang
masam apabila dimarahi atau dikritik dan ada sesetengahnya yang membalas
dendam. Hal ini mungkin disebabkan pemikiran yang tidak matang, selain
daripada asuhan di rumah. Mereka seharusnya belajar menerima kritikan
orang lain, bukan hanya tahu mengkritik sahaja. Remaja seharusnya belajar
untuk bertoleransi dan berfikiran matang. Generasi muda ini haruslan diajar
sejak kecil supaya mereka dapat hidup dalam komuniti dalam keadaan yang
harmoni dan bukannya huru-hara
Secara keseluruhannya, kesantunan berbahasa dikalangan remaja
khasnya di Malaysia mencerminkan kebudayaan yang bukan hanya
dianjurkan oleh adat resam bangsa Melayu tetapi juga merupakan suruhan
agama. Sabda Rasulullah S.A.W, Sesungguhnya Allah menyukai sikap
berlemah lembut dalam semua perkara. Justeru, dengan berpegang kepada
ajaran Islam, seluruh lapisan masyarakat khasnya remaja perlu
mempraktikkan kesantunan dan adab yang sopan setiap masa. Kemelut ini
memerlukan ketrampilan generasi muda yang berpotensi untuk mendukung
kewibawaan Bahasa Melayu sebagai warisan seluruh rakyat Malaysia.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 21
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
22/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
4. Refleksi
Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan
kesempatan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan
jayanya. Membuat analisis dan ulasan cerpen merupakan perkara yang amat
baru kepada saya, kerana kesusasteraan melayu sememangnya merupakan
subjek yang asing semenjak di sekolah menengah lagi. Namun, berkat
dorongan dan bantuan keluarga serta rakan rakan akhirnya tugasan ini
berjaya juga disiapkan.
Seperti pelajar pelajar lain dalam mod PJJ ini, saya juga masih lagi
terkapai kapai dalam menyesuaikan diri lebih lebih lagi dengan perubahan
besar dalam pengisian jadual harian. Pembahagian masa merupakan
halangan utama yang perlu saya atasi rentetan bebanan tugas yang tidak
pernah berkurangan, malah kini ditambah pula dengan pelbagai bentuk
tugasan yang sememangnya suatu bentuk cabaran dan pengalaman baru.
Perkara pertama yang saya lakukan sebelum menyiapkan tugasan ini ialah
merangka jadual semak tugasan. Ia amat membantu dalam aspek
pembahagian masa yang lebih efektif. Berpandukan jadual inilah saya
mencari bahan, menjalankan kolaborasi serta berusaha menyiapkan tugasan
ini dengan sebaiknya.
Mencari cerpen mengikut kehendak soalan bukanlah perkara yang
mudah. Saya terpaksa bergerak ke beberapa buah perpustakaan
termasuklah perpustakaan sekolah sekolah berhampiran untuk mencari
material daripada era 70an 90an. Bukan itu sahaja, cerpen yang dipilih pula
mestilah cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Carian
melalui Google dan Yahoo hanya memberikan senarai cerpen daripada
Sasterawan Negara. Usaha mencari cerpen yang sesuai seolah olah
mencari sebatang jarum di lantai. Alhamdulillah, setelah hampir 1 minggu
mencari, akhirnya saya bertemu cerpen nukilan Webah Saleh yang berjudul
Menanti Fajar Menyingsing. Bertitik tolak dari itu, bermula usaha saya untuk
mengumpulkan bahan - bahan bacaan ilmiah untuk dijadikan rujukan dalam
pembinaan tugasan seterusnya.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA821225-12-6041 22
8/3/2019 Assignment Bahasa Pn Idawati)
23/23
WAJ 3115: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
Selesai tugas mencari bahan, saya menemui tiga orang guru Bahasa
Melayu yang amat berpengalaman di sekolah. Sungguhpun semua guru pada
masa tersebut sibuk dengan tugas masing masing, namun atas budi bicara
mereka telah melapangkan hampir 30 minit bersama saya bagi setiap sesi
kolaborasi. Semoga Allah membalasa jasa dan budi baik yang mereka
hulurkan. Kolaborasi ini saya manfaatkan sebaik mungkin untuk meneliti
kehendak soalan, khususnya aspek gaya bahasa. Oleh kerana cerpen yang
saya pilih terbitan tahun 70an, saya mempunyai masalah untuk mengenal
jenis gaya bahasa terutamanya perbezaan antara simile dan metafora.
Apabila tiba masa untuk menyiapkan tugasan, saya berpeluang untuk
mengamati bentuk kesantunan bahasa dan sistem sapaan yang digunakan
pada era tersebut. Melalui pengamatan, saya berpendapat penulis mencipta
karyanya mengikut apa yang berlaku di sekelilingnya. Dari cerpen ini, dapat
dilihat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum serta sikap prihatin
dalam masyarakat yang tidak pernah saya alami. Watak watak dalam cerita
ini hidup dalam kesepakatan dan harmoni sungguhpun tahap ekonomi yang
rendah dan sosiobudaya yang berlainan. Hal ini sedikit sebanyak berbeza
dengan apa yang dialami oleh kita sekarang. Kesantunan dan sapaan dalam
berbahasa semakin dipandang sepi dan hanya dipraktikkan semasa kelas
Bahasa Melayu berjalan.
Sungguhpun saya hanya membuat analisis dan ulasan tentang sebuah
cerpen, banyak juga saya pelajari khususnya daripada pembacaan tentang
kepincangan dalam berbahasa khususnya di era moden ini. Kesantunan yang
menjadi adat resam kita semakin hilang malah bahasa sapaan juga semakin
kasar dan tidak menunjukkan ciri ciri kemelayuan yang unik. Tidak dapat
dinafikan, bahawa penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi
setiap hari amat penting untuk membentuk generasi muda yang berkualiti dan
berkeperibadian tinggi. Justeru itu, berbekalkan pengetahuan serta kemahiran
pragmatik dalam berbahasa, nilai nilai ini perlu dipupuk dari semasa ke
semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber
serta selari dengan cabaran globalisasi negara.