Transcript
Page 1: Assignment Natural Law of Justice

Pengenalan

Keadilan asasi secara umumnya dianggap sebagai standard minimum dalam amalan

sistem undang – undang dan proses membuat keputusan yang melibatkan tindakan bersabit

undang – undang. Ini adalah bagi menjamin kelicinan tindakan dan keselamatan bagi hak dan

kepentingan individu atau kumpulan yang membuat keputusan terbabit. Profesor De Smith

dalam bukunya  Constitutional and Administrative Law 2  menyebut:

“Peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam membuat keputusan yang

saksama yang dikenakan oleh undang-undang terdapat orang atau badan yang bertugas

bertindak secara kehakiman ... isi kandungan keadilan asasi boleh berubah-ubah mengikut

kesesuaian dan boleh berbeza-beza ... yang penting ialah kepentingan pihak terlibat perlu

diambilkira dan dicapai tanpa berat sebelah dan selepas peluang yang secukupnva diberikan

kepada pihak yang berkenaan untuk membentangkan kesnya”.

Dalam sistem pengurusan dan tadbir urus yang baik yang mana melibatkan antara lain

pegawai – pegawai dan pengurusan institusi, tanggungjawab terhadap keputusan dan

hukuman yang dibuat secara terancang bukan sahaja memberikan kesan positif kepada

institusi tetati juga pada pandangan umum yang mana terlibat secara langsung mahupun tak

langsung dengan institusi. Ini semestinya melibatkan tentang membuat keputusan yang

berdasarkan merit dan keputusan yang selari dengan undang – undang dan peraturan. Untuk

itu konsep keadilan asasi mestilah diutamakan dan tidak dapat tidak digunakan dalam

membuat keputusan.

Hak untuk perbicaraan yang adil memerlukan individu tidak harus dihukum dengan

keputusan yang melibatkan hak-hak mereka atau jangkaan yang sah melainkan jika ia telah

dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kes itu, peluang yang adil untuk menjawabnya, dan

peluang untuk membentangkan kes mereka sendiri. Fakta semata-mata bahawa keputusan

Page 2: Assignment Natural Law of Justice

yang memberi kesan kepada hak atau kepentingan yang mencukupi untuk tertakluk keputusan

untuk prosedur yang diperlukan oleh keadilan asasi.

Keadilan asasi adalah istilah teknikal bagi peraturan terhadap apa yang dikatakan

sebagai berat sebelah atau lebih dikenali sebagai nemo iudex dalam causa sua dan hak untuk

perbicaraan yang adil ataupun audi alteram partem. Kini konsep keadilan asasi ini merupakan

syarat utama yang perlu dipatuhi dalam membuat sebarang tindakan berupa undang – undang.

1 Peraturan terhadap berat sebelah (nemo iudex dalam causa sua)

Peraturan terhadap berat sebelah diasaskan bagi mengelakkan buruk sangka bagi

tanggapan umum dan juga bagi mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem undang –

undang terhadap institusi terbabit. Peraturan terhadap berat sebelah ini boleh dikategorikan

dalam tiga jenis iaitu berat sebelah berkepentingan, berat sebelah peribadi dan berat sebelah

polisi.

Dalam buku Promotion and Diciplinary Appeals in Government Service yang ditulis oleh

penulis undang-undang, Geoff Cahil, beliau menyatakan  sesuatu pihak dianggap akan berat

sebelah jika pihak yang berkenaan ada kepentingan, sama ada kepentingan kewangan atau

bukan kewangan. Dan didalam kes Leeson lwn General Council of Medical Association and

Registration,1 mahkamah menyebut bahawa jika wujud kepentingan kewangan maka tidak

perlu lagi menimbangkan persoalan apakah "syak yang munasabah" atau "ada kemungkinan

sebenar" akan wujud berat sebelah.

1.1 Berat Sebelah Sebenar

Berat sebelah sebenar adalah dimana pembuat keputusan bagi kes tersebut telah

berprasangka baik dari segi perkataan atau perbuatan yang menampakkan beliau akan berat

Page 3: Assignment Natural Law of Justice

sebelah atau memihak kepada atau terhadap sesuatu pihak.

Satu bentuk berat sebelah sebenar adalah dimana pembuat keputusan dalam kes guaman

atau tatatertib terbabit mempunyai kepentingan kewangan atau kepentingan secara langsung

ataupun tidak langsung dalam membuat keputusan kes itu. Apabila fakta ini yang mana

pembuat keputusan itu mempunyai kepentingan, mengikut prinsip keadilan asasi, berat

sebelah adalah nyata dan hilanglah kelayakan orang tersabit dalam membuat keputusan

secara automatik -. Yang pembuat keputusan akan dihalang dari menghakimi perkara itu

tanpa memerlukan apa-apa penyiasatan kemungkinan atau disyaki berat sebelah.

Dalam kes R lwn Hamond,2 Hakim Blackburn, memberikan peraturan yang tegas

tentang berat sebelah kerana kepentingan kewangan. Menurut beliau, jika wujud kepentingan

kewangan, walaupun sedikit, ianya sudahpun memadai bagi mahkamah untuk mengatakan

yang  dia  berat sebelah.  Walaupun begitu peraturan ini boleh dikecualikan jika;

(i)         Jika kepentingan kewangan itu bukanlah secara peribadi kepada pihak yang

membuat keputusan (yang mengadili kes), maka ini tidak mengapa, iaitu tidak

dianggap berat sebelah.

 (ii)       Jika kepentingan kewangan itu terlalu  jauh, dia masih boleh dianggap tidak

berat sebelah. Jauh atau dekatnya kepentingan kewangan seseorang bergantung

kepada fakta kes dan sudah pasti berbeza antara satu kes dengan kes yang lain.

1.2 Berat Sebelah Peribadi

Berat sebelah peribadi pula adalah di mana seorang hakim atau pembuat keputusan

bukanlah pihak mempunyai kepentingan dalam hasil keputusan yang akan dibuat, tetapi

diketahui kelakuan atau tingkah lakunya boleh menimbulkan syak yang bahawa kemungkinan

berlaku berat sebelah, atau dimana isu peribadi menjadi elemen syak wasangka yang akan

memberikan alasan yang keputusan yang perlu diperuntukkan akan berat sebelah.

Page 4: Assignment Natural Law of Justice

Faktor hubungan kekeluargaan mahupun rangkaian kenalan memungkinkan berat sebelah

terjadi dan ini secara sendirinya menafikan seseorang itu dari menjadi seorang atau salah

seorang yang membuat keputusan kes.

Penentuan sama ada perhubungan atau pertalian kepentingan itu boleh "menimbulkan

syak yang munasabah" ataupun "ada kemungkinan sebenar" akan wujud berat sebelah adalah

bergantung kepada fakta setiap kes.  Dengan perkataan lain, hubung kait antara perkara yang

dibincangkan dengan pembuat keputusan (misalnya ahli lembaga tatatertib) bagi menentukan

sama ada akan wujud berat sebelah atau tidak, adalah berbeza antara satu kes dengan kes yang

lain. Sebagai contoh;

(i)       Ahli pembuat keputusan (pihak berkuasa tatatertib) boleh dianggap akan ada

kemungkinan sebenar atau ada syak yang munasabah bahawa ahli pihak

berkuasa tatatertib itu akan berat sebelah jika beliau dan pekerja yang

dibicarakan atas tuduhan tatatertib itu mempunyai kaitan atau hubungan

kekeluargaan yang hampir seperti hubungan ayah – anak mahupun sepupu.

(ii)         Pekerja yang dibicarakan atas tindakan berkuasa tatatertib dan ahli pihak

berkuasa tatatertib adalah ahli satu pertubuhan yang sama, maka di sini juga

ada kemungkinan sebenar atau akan ada syak yang munasabah bahawa wujud

berat sebelah di pihak pembuat keputusan.

1.3 Berat Sebelah Polisi

Kategori yang ketiga iaitu berat sebelah polisi. Ini disabitkan pada ahli pembuat

keputusan

(pihak berkuasa tatatertib) adalah mereka yang bertanggung jawab dalam membuat satu satu

polisi yang secara langsung mahupun tidak.

Page 5: Assignment Natural Law of Justice

Jika kepentingan itu boleh "menimbulkan syak yang munasabah" atau "ada

kemungkinan sebenar" akan wujudnya berat sebelah, pembuat keputusan hilang kelayakan

untuk mengadili sesuatu kes. Beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan kes diatas

peraturan atau undang – undang yang dibuat oleh beliau sendiri mahupun bersama.

            Dalam kes R lwn Sussex Justices; Ex parte Mc Cathy3 mahkamah menyatakan "ada

syak yang munasabah" akan berat sebelah sudah memadai untuk menjadikan orang yang

berkenaan tidak layak mengadili sesuatu kes.

Oleh itu adalah penting bagi institut untuk mempunyai ahli pembuat keputusan (pihak

berkuasa tatatertib) yang terdiri dari ahli yang bukanlah seorang dari pembuat dasar atau

undang – undang dimana kes yang dibicarakan itu adalah berkaitan dengan pembuat

keputusan.

2. Hak untuk perbicaraan yang adil (audi alteram partem)

Adalah perlu sesuatu perbicaraan itu merupakan perbicaraan yang adil dan tidak

menjadi perbicaraan yang berat sebelah. Hak untuk perbicaraan yang adil memerlukan

individu-individu tidak dihukum dengan keputusan yang melibatkan hak-hak mereka atau

jangkaan yang sah melainkan jika mereka telah diberikan notis terlebih dahulu daripada kes

terhadap mereka, yang peluang yang adil untuk menjawab mereka, dan peluang untuk

membentangkan kes mereka sendiri. Ia adalah asas kepada prosedur yang adil bahawa kedua-

dua pihak perlu didengar

Hak untuk perbicaraan yang adil juga telah digunakan oleh mahkamah dan juga

jawatankuasa tatatertib sebagai asas di mana untuk membina prosedur pentadbiran yang adil.

Kini umum mengatahui bahawa setiap individu mempunyai hak dalam mendapatkan

perbicaraan yang adil. Pendapat yang menyatakan bahawa jawatankuasa tatatertib mempunyai

kuasa mutlak dan dilindungi undang – undang kini hanya mitos semata. Keperluan untuk

Page 6: Assignment Natural Law of Justice

memahami aspek perbicaraan adil adalah amat penting bagi membolehkan tindakan yang

diambil memberi kesan seperti yang diharapkan.

Beberapa aspek perbicaraan perlu diikuti selaras dengan hak individu mendapat

perbicaraan yang adil;

2.1 Notis pendengaran

Keadilan asasi membolehkan seseorang untuk menuntut hak untuk pemberitahuan

yang mencukupi yang merangkumi tarikh, masa, tempat pendengaran serta pemberitahuan

terperinci kes itu yang perlu dipenuhi. Kesemua maklumat ini adalah penting dinyatakan

dalam surat pertuduhan dimana ianya membolehkan individu yang dituduh itu mempunyai

masa yang mencukupi untuk menyediakan bahan pembelaan kes nya sendiri dan untuk

menjawab kes terhadapnya.

Notis ini adalah penting bagi menyampaikan tujuan ianya dibuat iaitu bagi

mendapatkan hasil yang baik - memberi notis terlebih dahulu memudahkan prosiding kerana

ia membantu bagi orang – orang yang terbabit mempersiapkan keperluan masing – masing

bagi menghadapi pertuduhan. Kewajipan berkenaan - orang yang terlibat mempunyai hak

untuk mengetahui apa yang dipertaruhkan, dan ia tidak cukup untuk hanya memberitahu dia

atau dia bahawa akan ada suatu pendengaran. Kedaulatan undang-undang - notis isu-isu dan

pendedahan maklumat membuka operasi pihak berkuasa awam untuk penelitian awam.

2.2 Peluang untuk didengar

Tiap-tiap orang mempunyai hak untuk mempunyai pendengaran dan dibenarkan untuk

mengemukakan kesnya sendiri. Sekiranya seseorang tidak menghadiri perbicaraan itu

walaupun dengan notis yang mencukupi diberikan dalam waktu yang munasabah, hakim

Page 7: Assignment Natural Law of Justice

mempunyai budi bicara untuk memutuskan jika pendengaran perlu diteruskan. Dalam kes De

Verteuil  lwn Knagg,4  mahkamah menyebut:

“Dalam melaksanakan sesuatu siasatan, selain dalam keadaan khas, menjadi satu

tanggungjawab untuk membenarkan seseorang yang pengaduan dibuat terhadapnya

(iaitu orang yang dikenakan tuduhan), memperoleh peluang yang adil untuk membuat

sebarang kenyataan yang berkaitan yang dia ingin kemukakan dan peluang yang adil

untuk membetulkan atau menentang sebarang kenyataan yang dikemukakan yang

menimbulkan prasangka terhadapnya”.

Penentuan sesuatu kes yang mengenal "masa yang munasabah" adalah mengikut kes masing-

masing.  Suatu kes yang rumit yang memerlukan pekerja tersebut mencari dan mengumpul

keterangannya dalam membuat representasi tentulah memerlukan masa yang lebih lama

daripada kes yang agak mudah dan tidak memerlukan maklumat yang mendalam.Walau

bagaimanapun, keperluan ini tidak bermakna yang jawatankuasa tatatertib perlu bersemuka

dengan tertuduh secara langsung. -. Individu terbabit boleh menjawab secara penulisan

mahupun lisan.

Pendengaran secara lisan mungkin akan menjadi sia-sia jika orang tertuduh tidak

mempunyai pengetahuan terlebih dahulu tentang kes itu. Tiada peraturan tetap yang

mengatakan bahawa mendengar hujah mestilah dengan cara lisan. Pendengaran secara lisan

hanya diperlukan jika isu-isu berkaitan keperluan asas hak undang-undang atau kepentingan

yang dilindungi oleh undang-undang timbul.

2.3 Perjalanan pendengaran

Apabila membuat keputusan bagaimana pendengaran perlu dijalankan, majlis tatatertib

mempunyai hak untuk bertanya sama ada orang yang dipertuduh itu mempunyai peluang yang

Page 8: Assignment Natural Law of Justice

sempurna untuk mempertimbangkan, mencabar atau bercanggah dengan apa-apa keterangan,

dan sama ada orang itu adalah juga sedar akan sifat tuduhan terhadap dia.

Cara terbaik mendapatkan perbicaraan yang adil adalah dengan memastikan supaya

kedua – dua pihak mempunyai maklumat yang sepenuhnya bagi tuduhan yang dibuat

terhadapnya dan keterangan yang dipercayai menyokong dakwaan. Di mana bukti adalah

dokumentari, beliau perlu mempunyai akses kepada dokumen-dokumen. Di mana bukti itu

terdiri daripada kesaksian lisan, maka hendaklah ia berhak untuk memeriksa balas saksi-saksi

yang memberi keterangan itu, yang identiti perlu didedahkan.

Dalam kes Surinder Singh Kanda v. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (1962),

sebagai anggota perkhidmatan awam, beliau menghadapi prosiding tatatertib namun beliau

tidak dibekalkan dengan salinan laporan memudaratkan oleh lembaga siasatan oleh pegawai

pengadilan yang mempunyai akses kepada bahan tersebut sebelum pendengaran. Majlis Privy

memutuskan bahawa prosiding itu telah gagal menyediakan peluang yang munasabah untuk

didengar.

Walau bagaimanapun, apabila pendengaran seperti keadilan asasi dan perlindungan

maklumat sulit atas sebab-sebab keselamatan negara, kedua-dua kebimbangan keselamatan

awam dan hak untuk perbicaraan yang adil mesti dipenuhi secukupnya. Jika segala makluma

diperlukan dirasakan cukup, pendengaran yang adil boleh dilakukan tanpa pendedahan

terperinci maklumat sulit yang mungkin menjejaskan keselamatan negara.

Jika bukti terhadap pemohon adalah sebahagian besarnya ditutup tetapi dakwaan yang

terkandung dalam bahan terbuka sudah cukup khusus, pemohon harus dapat menyediakan

wakil undang-undang dan peguam bela khas dengan maklumat untuk menyangkalnya (seperti

alibi, jika bahan terbuka mengatakan beliau di suatu tempat yang tertentu dalam tempoh

tertentu) tanpa perlunya untuk mengetahui detail atau sumber bukti yang tertutup. Walau

Page 9: Assignment Natural Law of Justice

bagaimanapun, jika bukti yang diturunkan kepada orang yang hanya terdiri daripada

kenyataan umum dan kes terhadapnya adalah berdasarkan dari cakapan atau andaian semata-

mata, maka peraturan perbicaraan yang adil di bawah keadilan semula jadi tidak akan dapat

dikemukakan.

2.4 Hak untuk perwakilan undang-undang

Individu yang dikenakan tuduhan boleh mendapatkan khidmat guaman bagi

membantunya dalam pendengaran yang dibuat. Apabila menilai sama ada pihak yang perlu

ditawarkan bantuan undang-undang, hakim itu hendaklah terlebih dahulu bertanya sama ada

hak untuk didengar terpakai, dan, kedua, sama ada bantuan peguam diperlukan untuk

pendengaran berkesan

Apabila seseorang enggan perwakilan undang-undang, kita tidak boleh mengharapkan

untuk menerima "standard" yang lebih tinggi daripada keadilan asasi. Ini telah dinyatakan

dengan jelas di Singapura di Ho Paul v. Majlis Perubatan Singapura (2008). Dr. Ho, yang

telah didakwa dengan salah laku profesional, memilih untuk hadir di hadapan Majlis sendiri

dan enggan memeriksa balas saksi utama Majlis . Selepas itu, beliau berhujah bahawa dia

sepatutnya memberi amaran mengenai implikasi undang-undang yang tidak diwakili secara

sah. Mahkamah Tinggi menolak hujah ini dan dipegang beliau telah mengalami tidak

menjejaskan. Dr Ho telah diberi peluang yang adil untuk mengemukakan kes sendiri dan yang

paling penting, tidak pernah dinafikan hak untuk memeriksa balas saksi-saksi.

Ia juga bukan kewajipan mahkamah untuk memberikan bantuan apabila pihak

membentangkan kes masing-masing yang tidak mempunyai peguam. Dalam Rajeevan

Edakalavan v. Pendakwa Raya (1998), tertuduh telah muncul sendiri di hadapan majistret dan

telah menandatangani satu pengakuan bersalah. Beliau kemudiannya mengemukakan petisyen

Page 10: Assignment Natural Law of Justice

di Mahkamah Tinggi untuk semakan jenayah, dengan alasan bahawa sebagai majistret itu

tidak memaklumkan kepadanya mengenai pembelaan yang ada kepadanya, pengakuan telah

samar-samar. Mahkamah memutuskan: beban [memaklumkan tertuduh opsyen membela diri

atau apa yang boleh menjadi lebih menguntungkan dengan keadaannya] tidak beralih kepada

hakim (atau Pendakwaan, untuk perkara itu) hanya kerana tertuduh tidak diwakili peguam.

2.5 Keputusan dan sebab baginya

Hak untuk diberitahu keputusan juga perlu ada. Jika pihak berkuasa tatatertib mendapati pekerja itu bersalah dan dikenakan tindakan tatatertib, dia hendaklah diberitahu kerana: 

 (i)      Tindakan tatatertib itu akan berkait dengan perkhidmatannya; dan (ii)      Untuk membolehkan pekerja itu menggunakan haknya membuat rayuan.

 Selain itu keputusan juga melibatkan banyak pihak yang terbabit didalam prosiding.

Pembabitan orang-orang yang terjejas oleh keputusan ini akan menggalakkan kedaulatan

undang-undang dimana ianya akan membuat ia lebih sukar bagi pihak berkuasa awam untuk

bertindak sewenang-wenangnya tanpa alasan penghakiman yang munasabah. Pihak berkaitan

juga dapat menjadikan ianya satu lagi kes rujukan penghakiman untuk disimpan sebagai

rekod. Dan yang paling utama imej dan integriti pihak terbabit dapat dijaga dan ditingkatkan.

2.6 Hak untuk merayu

Mahkamah dalam kes Doresamy lwn. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan

bahawa penjawat awam berhak merayu.  Isu yang ditimbulkan ialah di bawah Peraturan

Tatatertib, bolehkah seseorang yang terlibat dalam tindakan tatatertib membuat rayuan kepada

Lembaga Rayuan Tatatertib secara bertulis?  

Page 11: Assignment Natural Law of Justice

Dalam kes ini, rayuan telah dibuat oleh D melalui peguamnya dan bukan olehnya

sendiri. Lembaga Rayuan Tatatertib telah menolak rayuan tersebut dengan alasan rayuan itu

bukan dibuat oleh penjawat awam (D) itu sendiri.  Mahkamah telah mengenepikan penolakan

oleh Lembaga Rayuan Tatatertib itu dan menyatakan bahawa penjawat awam yang

berkenaan, iaitu D, berhak merayu.Rayuan juga boleh dibuat terus kepada pihak mahkamah

yang lebih tinggi kerana sesuatu ketidakadilan yang berlaku dalam mahkamah di bawahnya

Page 12: Assignment Natural Law of Justice

1. (1898) 43 Ch.  Di 366.

2. (1863) L.T. (N.S.) 423 hlm. 424.

3. (1924) 1 K.B. 256 hlm. 259

4. (1918) 1 WLR 137 1.


Recommended