7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
1/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
1
1.0 PENGENALAN
Bayi yang dilahirkan akan sentiasa berkembang mengikut peringkat-
peringkatnya yang tertentu. Hal ini sejajar dengan pendapat Sharifah A. Alsagoff
(1987), menyatakan bahawa psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-
faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti,
motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu dari masa pralahir (dalam
kandungan) sehingga ke dewasa.
Bagi Woolfolk dan Margetts (2007) pula, mentafsirkan perkembangan fizikal
sebagai perubahan tubuh badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan pemikiran,
perkembangan sosial sebagai perubahan hubungan dengan individu yang lain serta
perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta
pengurusan emosi.
Walaupun terdapat pelbagai definisi yang menyatakan maksud perkembangan
ini, ia tetap menyampaikan sebuah maksud yang sama iaitu perkembangan atau
pertumbuhan sebagai satu proses yang mempunyai tahap iaitu bermula dari bahan
yang kecil sehingga menjadi besar mengikut tempoh-tempoh yang tertentu sehingga
menjadi matang. Hal ini selaras apa yang didedahkan dalam Al-Quran iaitu kitab suci
umat Islam. Terdapat beberapa surah yang Allah menceritakan mengenai proses
kejadian dan perkembangan manusia.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)
dari tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang
kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuah darah beku. Lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging. Kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi tulang. Kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah
sempurna kejadian itu, Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian, sesungguhnya
kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
(Surah AlMumin : Ayat 1216)
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
2/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
2
Rentetan daripada ayat-ayat di atas, jelaslah bahawa kejadian manusia yang
bermula daripada tanah sehingga menjadi makhluk yang bernyawa dikenali sebagai
manusia. Ayat-ayat Al-Quran ini juga telah dibuktikan secara saintifik melalui kaedah
sains. Oleh hal yang demikian, dalam tugasan ini teori-teori perkembangan kanak-kanak ini akan diterangkan secara lebih lanjut.
2.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Dalam membincangkan perkembangan kanak-kanak, kita tidak akan lari
daripada membandingkan tahap perkembangan kanak-kanak dengan tahap
pertumbuhan kanak-kanak.
Definisi pertumbuhan menurut Woolfolk dan Margetts (2007), sebagai perubahandalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, pertumbuhan ini meliputi
pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-
saraf ke otak.
Manakala definisi bagi perkembangan menurut Santrock (2008), mentafsirkan
perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi
individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Rajah 2.0.1 : Aspek perkembangan dan pertumbuhan
Berdasarkan rajah 2.0.1 di atas, terdapat empat aspek utama untuk menilai
tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Perkembangan dan pertumbuhan
ini dapat dilihat dan dinilai berdasarkan empat aspek utama iaitu fizikal atau jasmani
EmosiSosialKognitif /Mental
Fizikal /Jasmani
ASPEK YANG MELIPUTI
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
3/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
3
yang terdiri daripada rupa, saiz fizikal serta kemahiran jasmaninya. Aspek yang kedua
adalah kognitif atau mental seperti keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Seterusnya adalah aspek sosial iaitu setiap individu
mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama laintermasuklah individu-individu dalam ahli keluarga. Manakala bagi aspek yang terakhir
untuk menilai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak adalah aspek emosi.
Setiap kanak-kanak menunjukkan respon emosi dan cara menzahirkan emosi yang
berbeza-beza.
3.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan ini bersifat kualitatif iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kasar
namun kesannya boleh dirasai dan dinilai. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
(2009), telah menggariskan lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang
utama mengikut mereka adalah perkembangan berlaku daripada umum kepada
khusus. Misalnya, perkembangan ini terjadi apabila seorang bayi boleh menggengam
objek dengan keseluruhan tapak tangan sebelum menggunakan jari tangan.
Prinsip seterusnya, perkembangan kanak-kanak ini adalah hasil daripada
interaksi antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan ini adalah potensi yang
sedia ada dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti merangkak, duduk, berjalan dan
seterusnya berlari. Umumnya kematangan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik
manakala pembelajaran adalah hasil daripada proses latihan, peniruan, identifikasi dan
memerlukan usaha daripada persekitaran. Sebagai contoh, perkembangan otot dan
saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang kanak-kanak itu menari
tarian Inang. Walaubagaimana pun, kanak-kanak tersebut hanya boleh menari tarian
Inang itu sekiranya dia berlatih atau meniru langkah-langkah tarian yang betul. Hal
inilah yang dimaksudkan perkembangan kanak-kanak hasil daripada interaksikematangan dan pembelajaran.
Selain itu, prinsip ketiga menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula adalah
perkembangan ini berlaku pada kadar yang berbeza. Misalnya, sesetengah kanak-
kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada kanak-kanak yang
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
4/23
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
5/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
5
atau membina ayat. Hal ini menunjukkan bahawa prinsip perkembangan kanak-kanak
berlaku secara berterusan adalah sangat relevan.
Bagi Mok Soon Sang (2009), beliau telah menambah lagi tiga prinsip
perkembangan kanak-kanak. Rajah 3.0.2 di bawah menunjukkan penambahan prinsip-
prinsip perkembangan daripada prinsip yang sedia ada.
Rajah 3.0.2 : Prinsip perkembangan kognitif menurut Mok Soon Sang
Menurut beliau, pertumbuhan dan perkembangan saling berkait rapat. Hal ini
demikian kerana, pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan
perkembangan rohani, emosi dan sosial kanak-kanak. Pertumbuhan yang terbantut
seperti lidah pendek akan memberi impak kepada semua aspek perkembangan kanak-
kanak tersebut seperti menjadikan kanak-kanak tersebut membesar dalam keadaan
yang tidak yakin akan diri sendiri dan berasa malu disebabkan kekurangan yang
dialami.
Seterusnya, proses perkembangan juga berlaku daripada konkrit kepada
abstrak. Misalnya, pada peringkat pra-operasi iaitu kanak-kanak yang berumur antara
dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak peringkat ini perlu melihat, menyentuh dan
merasa pada benda-benda yang konkrit untuk perkembangan kognitifnya. Namun bagi
peringkat operasi konkrit iaitu kanak-kanak yang berumur tujuh hingga 11 tahun ke atas
sudah boleh membayangkan benda-benda yang abstrak kerana perkembangan kognitif
sudah mula mencapai tahap yang optima. Misalnya dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P), seorang guru matematik yang mengajar kanak-kanak yang
berada pada peringkat pra-operasi perlu menunjukkan bahan bantu mengajar yang
konkrit seperti bahan 2D atau 3D untuk meningkatkan lagi kefahaman murid-murid.
PRINSIP PERKEMBANGAN KOGNITIF MOK SOON SANG
Perkembangan daripada
egonsentrik kepada
menerima pandangan orang
lain ada egonsentrik kepada
Pertumbuhan dan
perkembangan saling
berkait ra at.
Proses perkembangan
berlaku daripada konkrit
ke ada abtsrak.ke ada
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
6/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
6
Manakala bagi guru matematik yang mengajar murid-murid peringkat operasi konkrit,
para guru sudah boleh mengajar topik-topik yang abstrak seperti algebra dan
sebagainya kerana mereka sudah boleh membayangkan dan praktikkannya dalam
kehidupan seharian.
Prinsip ketiga yang ditambah oleh Mok Soon Sang pula ialah tahap
perkembangan berlaku daripada egonsentrik kepada menerima pandangan oran lain.
Egonsentrik ini bermaksud kanak-kanak itu bersifat mementingkan diri sendiri dan
menganggap orang-orang disekelilingnya berfikiran yang sama dengannya. Misalnya,
pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan memberontak sekiranya kemahuannya
tidak dituruti, namun apabila usia bertambah mereka akan mula matang dan menerima
pandangan orang lain.
Terdapat perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Haliza
Hamzah dan Joy N. Samuel, perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan boleh
dilihat menerusi empat aspek seperti rajah 3.0.3 di bawah.
PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN
FIZIKAL Peningkatan dalam saiz
seperti perubahan tinggi, berat
badan dan gigi.
Proses individu memperkembangkan
kemahiran psikomotor. Kemahiran
menggunakan anggota badan misalnya bayiyang bermula dengan kebolehan memusing
badan, duduk kemudian merangkak, berdiri,
berjalan dan berlari.
KOGNITIF Keupayaan berfikir. Kemahiran membaca, menulis, mengira dan
berfikir secara kreatif dan kritis.
EMOSI Perasaan gembira, sedih,
sayang, marah dan cemburu.
Kemahiran mengurus dan mengawal emosi.
SOSIAL Menjalin perhubungan dengan
ibu bapa, keluarga, rakan danmasyarakat.
Kemahiran menunjukkan perhubungan sosial
dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuaimengikut norma-norma masyarakat.
Rajah 3.0.3 : Perbezaan perkembangan dan pertumbuhan
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
7/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
7
4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KOGNTIF
KANAK-KANAK
Perkataan kognitif ini merujuk kepada perkembangan minda atau mental kanak-
kanak. Terdapat dua tokoh utama yang mempelopori dan mendalami faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu John Gregor Mendel (1822-1889) dan
Urie Bronfenbrenner (1917). Mereka telah medalami kedua-dua faktor utama yang
mempengaruhi tahap perkembangan kanak-kanak iaitu faktor baka atau genetik
(endogen) dan faktor persekitaran (eksogen).
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa faktor baka adalah lebih kuat
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak namun ada juga pendapat yang
mengatakan sebaliknya. Ada ahli-ahli psikologi yang memberikan definisi baka.
Menurut J.A. Thomson, baka adalah satu istilah yang menyatakan perhubungan genetik
di antara generasi manusia. Selain itu, Amran Schenfield pula mendefinisikan baka
menentukan persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anak dan di kalangan ahli-ahli
dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait fizikal dan mental.
Menurut Nordin Tahir (2011), menyatakan bahawa mereka yang mengatakan
faktor baka lebih banyak mempengaruhi kerana mereka percaya bahawa corakperkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa atau sepenuhnya
oleh kod genetik daripada ibu bapa. Manakala bagi mereka yang menyokong bahawa
faktor persekitaran lebih kuat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak menurut
beliau adalah kerana mereka percaya bahawa perkembangan seseorang individu
adalah hasil daripada pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut beliau lagi, faktor
persekitaran yang terlibat termasuklah latar belakang keluarga, amalan asuhan kanak-
kanak, kesihatan, pemakanan, status sosioekonomi dan kualiti sekolah.
4.1 Faktor Baka
Perkataan baka ini berasal daripada perkataan Latin iaitu heres. Menurut
Norman L. Munn, faktor baka atau genetik ini secara saintifik merujuk kepada ciri-ciri
biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Gen-
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
8/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
8
gen ini mempunyai trait daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut. Ciri-ciri seperti saiz
fizikal, warna mata dan warna kulit kebiasaanya mewarisi faktor baka. Selain daripada
mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak, faktor ini juga turut memberi impak
kepada perkembangan kognitif atau juga dikenali sebagai perkembangan mentalkanak-kanak. Menerusi baka, kemampuan mental manusia sama ada pandai atau tidak
juga boleh diwarisi daripada gen ibu dan bapa.
Hal ini disokong oleh Thomas J. Bouchard iaitu kesan baka ke atas trait-trait
psikologi menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait seperti kecerdasan kognitif atau
mental dan kecerdasan emosi. Bukan itu sahaja, hasil kajian yang dijalankan oleh ahli-
ahli psikologi juga mengesahkan bahawa faktor baka juga memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan personaliti selain perkembangan fizikal yang boleh dilihat
dengan mata kasar.
Merujuk kepada buku Psikologi Perkembangan (Tang Chee Yee, 1993), beliau
telah membahagikan faktor-faktor kebakaan kepada empat iaitu kromosom, gen,
kelenjar dan hormon. Dalam badan kita terdapat pusat aktiviti yang dikenali sebagai
nukleus. Dalam nukleus ini pula terdapat kromosom yang mempunyai gen dan gen
inilah yang mengawal sifat kita. Setiap kanak-kanak mempunyai sistem kelenjar yang
lengkap. Kelenjar ini akan mengeluarkan hormon untuk menggalakkan perkembangan
dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
Faktor-faktor kebakaan ini kebiasaannya mempengaruhi perkembangan fizikal
kanak-kanak. Disebabkan faktor kebakaan ini mempengaruhi perkembangan fizikal, ia
juga akan memberi impak kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Taraf
kecerdasan biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi oleh ibu bapa.
Walaubagaimana pun, pengaruh persekitaran juga tidak kurang penting. Kajian-kajian
kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%.
Kecacatan mental juga disebabkan pewarisan gen, misalnya ketololan disebabkan
pewarisan gen yang resesif daripada kedua ibu bapanya. Selain itu, penyakit
phenylketonuria yang disebabkan oleh kekurangan enzim menyebabkan penghasilan
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
9/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
9
kimia beracun di dalam badan, akhirnya akan merosakkan mental kanak-kanak. (Tang
Chee Yee, 1993)
Bukan itu sahaja, kajian-kajian ahli psikologi yang terkenal seperti Galton (1865),
Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap kanak-kanak
mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek iaitu perkembangan kognitif yang
berbeza dengan kanak-kanak yang sebayanya. Faktor baka inilah yang telah
menyebabkan perkembangan kognitif kanak-kanak terjadi pada tahap-tahap yang
berbeza. Misalnya, sesetengah kanak-kanak mudah untuk mengenal huruf dan nombor
pada umur lima tahun namun ada juga perkembangan kognitifnya yang lambat sedikit
iaitu pada umur tujuh mahupun lapan tahun barulah kanak-kanak ini dapat mengenal
huruf dan nombor. Perbezaan perkembangan kognitif kanak-kanak ini boleh dilihat hasil
daripada prestasi kanak-kanak dalam sesebuah kelas. Mereka yang arif dalam bidang
ini juga turut menyatakan bahawa kebiasaannya ibu bapa yang pandai akan melahirkan
anak-anak yang pandai juga iaitu mewarisi faktor baka kedua-dua ibu bapanya.
Tambahan pula, menurut buku Psikologi Kanak-kanak (Mohd Sharani Ahmad.
2005), kemahiran kanak-kanak menggunakan jari juga merupakan contoh yang
dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak
sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan
pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui
tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi
masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan
masalah itu.
4.2 Faktor Persekitaran
Bagi faktor persekitaran pula menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009)
pula merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu yang akan dihadapi di
rumah, sekolah dan masyarakat di mana ia berada. Pengalaman ini termasuklah
pengalaman semasa sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum kelahiran
ini merujuk kepada emosi si ibu semasa mengandungkan si bayi, amalan pemakanan si
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
10/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
10
ibu dan kesihatan kandungan. Manakala bagi keadaan sosioekonomi keluarga, tahap
pendidikan keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah dan dunia akan
mempengaruhi perkembangan selepas kelahiran. Menurut NAEYC (National
Association For the Education of Young Children) lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak akan dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan
sekolah.
Bagi ahli psikologi Amerika yang mengkaji bahawa faktor persekitaran banyak
mempengaruhi tahap perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu Urie Bronfenbrenner,
telah menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak ini adalah hasil daripada
interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Beliau telah
memperkenalkan sebuah teori yang popular iaitu teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner
(1979, 1989).
Mengikut teori ini, faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan
kognitif kanak-kanak ini terdiri daripada satu sistem sosial yang kompleks dan saling
berinteraksi. Bagi beliau, persekitaran kanak-kanak ini terdiri daripada lima lapisan
sistem seperti rajah 4.2.1 di bawah.
Rajah 4.2.1 : Teori faktor persekitaran Bronfenbrenner
Berdasarkan rajah di atas, lapisan yang pertama iaitu mikrosistem merupakan
persekitaran yang paling hampir dengan kanak-kanak. Persekitaran ini merupakan
tempat interaksi yang paling lama dihabiskan masa oleh kanak-kanak. Pada peringkat
awal usia kanak-kanak seperti kosong sehingga enam tahun, kanak-kanak akan banyak
menghabiskan masa di rumah bersama-sama ibu bapa.
Hal ini demikian kerana, menurut kajian yang dijalankan oleh Mac Naughtori
(2005), faktor persekitaran serta penglibatan yang aktif daripada ibu bapa akan
TEORI SISTEM EKOLOGI
BRONFENBRENNER
Mikrosistem Mesosistem Ekosistem Makrosistem Kronosistem
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
11/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
11
memberi kesan yang positif ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak
terutama sekali dalam aspek perkembangan kognitif. Misalnya, kanak-kanak yang
menghabiskan masa bersama-sama ibu bapa dengan mengajar mereka tentang
kemahiran-kemahiran asas seperti mengenal nombor dan huruf serta kaitkannyadengan kehidupan seharian, kelak perkembangan kognitif anak-anaknya akan
berkembang pada tahap yang optimum berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang
lain.
Perkara ini telah dibuktikan oleh Ting (2005), yang mendapati bahawa
penglibatan ibu bapa di luar bandar bersama anak-anaknya yang dalam proses
membesar berada pada tahap yang minimum. Oleh hal yang demikian, kewujudan
kepelbagaian model peranan ibu bapa telah membantu proses pembelajaran kanak-
kanak di sekolah (Berger, 2005).
Lapisan yang kedua pula terdiri daripada perhubungan antara dua mikrosistem
yang dikenali sebagai mesosistem. Misalnya perhubungan ibu bapa dengan sekolah,
hubungan keluarga dengan rakan sebaya anak mereka serta hubungan dengan jiran-
jiran. Contohnya, keadaan persekitaran di rumah akan mempengaruhi tingkah laku
kanak-kanak. Mengikut teori ini, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi
dan berkomunikasi dalam mesosistem ini akan menunjukkan prestasi yang cemerlangiaitu hasil daripada perkembangan kognitif kanak-kanak yang pesat.
Bagi peringkat ketiga pula, kanak-kanak akan dipengaruhi persekitaran peringkat
ekosistem. Peringkat persekitaran ini melibatkan pengalaman dengan persekitaran
yang tidak terlibat secara langsung dengan kanak-kanak tetapi keputusan yang diambil
oleh kanak-kanak dalam persekitaran ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak itu
sendiri atau orang dewasa disekeliling kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa dan
keluarganya. Contoh persekitaran yang akan mempengaruhi kognitif kanak-kanak ini
termasuklah pelaksanaan peraturan-peraturan ibu bapa di rumah dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti yang interaktif di sekolah.
Bagi peringkat yang keempat pula ialah makrosistem. Persekitaran ini akan
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak melalui norma-norma iaitu adat
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
12/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
12
resam, kepercayaan, nilai-nilai dan amalan dalam masyarakat di sekeliling kanak-kanak
tersebut (Santrock, 2008). Antara aspek utama yang terkandung dalam peringkat ini
adalah faktor kemiskinan kerana disebabkan kekurangan sumber kewangan,
perkembangan kognitif kanak-kanak akan terhalang. Hal ini demikian kerana, ibu bapayang kurang bernasib baik tidak akan mampu untuk menyediakan persekitaran yang
kondusif dan medium-medium yang sesuai untuk digunakan kanak-kanak yang dalam
proses pembesaran.
Kronosistem adalah peringkat yang terakhir yang termasuk dalam faktor
persekitaran yang akan mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
Persekitaran ini melibatkan perubahan masa. Misalnya pada abad ke-21 ini,
perkembangan teknologi maklumat seperti komputer, permainan internet dan
kemudahan telekomunikasi akan memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan
kognitif kanak-kanak. Menerusi medium-medium yang ada ini, mental kanak-kanak
akan berkembang secara kreatif dan kritis lagi. Hal ini sangat berbeza dengan kanak-
kanak pada masa dahulu yang tiada kemudahan-kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) ini.
Walauapapun teori dan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi,
kedua-dua faktor ini sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
bukan sahaja dalam perkembangan kognitif, malahan dalam semua peringkat
perkembangan seperti fizikal, sosial dan emosi.
5.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan
memproses maklumat. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses
memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak (Spodek dan
rakan-rakan, 1987).
Terdapat banyak teori yang mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak ini
seperti Jean Piaget, Jerome Brunner dan Lev Vygotsky. Namun teori perkembangan
kognitif yang paling popular adalah dipelopori oleh Jean Piaget. Terdapat empat faktor
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
13/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
13
yang berkait rapat dalam mempengaruhi proses pemikiran individu yang telah dikenal
pasti oleh beliau iaitu seperti rajah 5.0.1 di bawah
Rajah 5.0.1: Faktor yang mempengaruhi pemikiran individu menurut Piaget
Untuk mencapai proses keseimbangan dalam merangsang perkembangankognitif, skema iaitu pengalaman yang sedia ada dalam diri kanak-kanak tersebut perlu
disusun secara teratur dan proses penyusunan skema ini dikenali sebagai organisasi.
Proses untuk menambah atau menukar skema lama kepada skema baru ini pula
dikenali sebagai adaptasi. Dalam proses adaptasi inilah, proses keseimbangan perlu
dicapai iaitu yang melibatkan asimilasi dan akomodasi. Asimilasi bermaksud seseorang
kanak-kanak itu cuba untuk memahami pengalaman baru dan cuba untuk
menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang sedia ada dalam diri
mereka.
Contoh situasi ini adalah seperti kanak-kanak tersebut sudah mengenali kucing
sebagai binatang yang berbulu dan berkaki empat. Apabila mereka melihat anjing,
mereka juga akan mentafsir binatang tersebut sebagai kucing kerana mempunyai ciri-
Proses kognitifdipengaruhi oleh
faktor baka /genetik
Interaksiindividu dengan
persekitaran
Pengalaman
yang sosial
Proses pemikiran yang dipengaruhioleh faktor baka atau genetik.
Individu berinteraksi dengan
persekitaran untuk memahamiperkara-perkara yang berlaku.
Perkembangan kognitif jugadipengaruhi oleh pergaulan dengan
orang-orang di sekeliling.
KeseimbanganProses keseimbangan merupakan salah satucara yang digunakan oleh individu untukmengadaptasi dengan situasi-situasi baru yangdialami
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
14/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
14
ciri yang sama. Dengan bantuan ibu bapa atau orang sekeliling, mereka akan
membetulkan skema lama kanak-kanak tersebut kepada skema yang baru dan proses
ini dikenali sebagai akomodasi. Dengan itu, kanak-kanak itu akan mencapai
keseimbangan adaptasi dan seterusnya merangsang kognitif kanak-kanak tersebut.
Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif yang diutarakan Jean Piaget
mengikut kategori umur iaitu peringkat deria motor atau sensorimotor (0-2 tahun),
peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat
operasi formal (11 tahun ke atas).
5.1 PIAGETS CONVERSATION TASKS
RESPONDEN PERTAMA
Nama : Muhammad Izzuddin bin Mohd Mazlan
Umur : 5 tahun (Sekolah Tadika TNB JOR)
Jadual 5.1.1
RESPONDEN KEDUA
Nama : Afiq Zubair bin Khir Muzammir
Umur : 6 tahun (Prasekolah Seri Mawar)
Jadual 5.1.2
UJIAN KEPUTUSAN
SEBELUM SELEPAS
Ujian satu : Isipadu air Sama Tidak sama
Ujian dua : Bilangan sumi Sama Tidak sama
Ujian tiga : Panjang straw Sama Tidak sama
UJIAN KEPUTUSAN
SEBELUM SELEPAS
Ujian satu : Isipadu air Sama Tidak sama
Ujian dua : Bilangan sumi Sama Sama
Ujian tiga : Panjang straw Sama Tidak sama
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
15/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
15
RESPONDEN KETIGA
Nama : Nurul Asyikin binti Mohd Mazlan
Umur : 7 tahun (Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana)
Jadual 5.1.3
Berdasarkan jadual 5.1.1, 5.1.2, dan 5.1.3 di atas, saya telah menjalankan satu
kajian (Piagets Conversation Task) terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak yang
berumur antara empat hingga tujuh tahun. Saya telah membuat beberapa kajian
terhadap beberapa orang anak pensyarah di kolej kediaman saya, di beberapa tempat
seperti Giantdan kedai makan serta dua orang adik saya yang berumur lima dan tujuh
tahun. Setelah membuat beberapa pemerhatian dan kajian, saya telah memilih tiga
keputusan yang berbeza iaitu hasil pemerhatian terhadap adik-adik saya dan anak
seorang pensyarah di IPG Ipoh (rujuk lampiran).
Bagi ujian satu iaitu isipadu air, saya telah menyediakan dua bekas yang dilabel
bekas A dan bekas B yang sama dari segi saiz, warna dan isipadunya. Manakala satu
lagi bekas yang berbeza dari segi isipadu iaitu lebih tirus sedikit dan melabelkannya
sebagai bekas C. Pada peringkat permulaan, saya telah mengisi isipadu air yang sama
iaitu sebanyak 400 ml ke dalam kedua-dua bekas A dan B. Saya akan bertanyakan
ketiga-tiga responden ini sama ada isipadu air ke dalam kedua-dua bekas ini adalah
sama atau berbeza. Jika jawapan mereka berbeza saya akan Tanya pada mereka airdalam bekas manakah yang lebih banyak. Seterusnya, saya akan tuangkan isipadu air
daripada bekas B kepada bekas C yang lebih tirus itu. Kemudian saya akan bertanya
kembali kepada ketiga-tiga responden ini sama ada isipadu air bekas A dan C adalah
sama atau bekas A lagi mempunyai air yang lebih banyak atau bekas C mempunyai air
yang lebih banyak. Hasil kajian seterusnya saya catatkan.
UJIAN KEPUTUSAN
SEBELUM SELEPAS
Ujian satu : Isipadu air Sama Sama
Ujian dua : Bilangan sumi Sama Sama
Ujian tiga : Panjang straw Sama Sama
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
16/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
16
Manakala bagi ujian dua iaitu bilangan sumi, saya telah menyediakan 10 biji
sumi yang mempunyai sama saiz dan bentuk. Kemudian saya telah membahagikan 10
sumi ini kepada dua barisan yang sama panjang serta sama bilangan sumi iaitu lima
bagi setiap baris dan dilabelkan kepada barisan A dan barisan B. Proses seterusnya,saya akan bertanya kepada ketiga-tiga responden sama ada bilangan barisan A dan B
mempunyai bilangan sumi yang sama atau salah satu daripada barisan tersebut
mempunyai lebih. Setelah mendapat jawapan, saya seterusnya menjarakkan
kedudukan sumi di barisan B sedikit dan terus bertanya kepada ketiga-tiga responden
itu sama ada kedua-dua barisan sumi itu mempunyai bilangan yang sama atau barisan
mana yang lebih banyak.
Selain itu, bagi ujian tiga iaitu ujian yang terakhir dalam Piagets Conversation
Taskini adalah panjang straw. Saya telah menyediakan dua straw yang sama panjang
dan sama warna yang saya label straw A dan straw B. Bagi ujian ini, saya telah
bertanya kepada responden sama ada staw A dan B mempunyai panjang yang sama
atau berbeza. Setelah mendapat jawapan daripada responden, saya telah
menggerakkan straw B ke hadapan sedikit berbanding straw A dan bertanya kepada
responden sama ada straw-straw ini mempunyai panjang yang sama atau straw A atau
straw B yang lebih panjang. Hasil kajian saya telah rekod dan jadual-jadual di atas
adalah dapatan kajian ini.
Merujuk kepada responden pertama yang berumur lima tahun dan enam tahun,
kanak-kanak ini berada pada peringkat awal dan pertengahan praoperasi yang berumur
di antara empat hingga tujuh tahun. Berdasarkan ujikaji yang dijalankan, responden
pertama dan kedua ini masih tidak menguasai konsep pengekalan yang diutarakan
Jean Piaget. Merujuk kepada ujian satu, pada ujian awal kanak-kanak ini dapat
memberikan jawapan yang betul iaitu kedua-dua isipadu air di dalam bekas A dan
bekas B adalah sama. Namun, apabila air daripada bekas B dituangkan kepada bekas
C yang lebih tinggi dan tirus, responden pertama dan kedua ini telah menukar jawapan
kepada air yang berada di bekas C mempunyai isipadu air yang lebih banyak
berbanding air di dalam bekas A. Hal ini membuktikan bahawa teori perkembangan
kognitif kanak-kanak Jean Piaget yang mengatakan bahawa pemikiran kanak-kanak
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
17/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
17
pada peringkat awal praoperasi ini lebih bersifat intuitif adalah benar. Intuitif ini
bermaksud pemahaman kanak-kanak mengenai sesuatu objek bergantung kepada ciri-
ciri yang nampak dan jelas (Mok Soon Sang, 2009).
Walaupun air yang disediakan di dalam kedua-dua bekas ini mempunyai isipadu
yang sama, namun apabila air daripada salah satu bekas tersebut dituangkan ke dalam
bekas yang mempunyai saiz yang lebih tirus, kedua-dua responden ini telah menukar
jawapan mereka iaitu air yang berada di dalam bekas tirus ini yang lebih banyak. Faktor
saiz bekas yang tinggi dan tirus ini telah mempengaruhi jawapan kedua-dua responden
ini kerana pada pandangan dan pemerhatian mereka, air yang lebih tinggi mempunyai
isipadu yang lebih banyak.
Jika dibandingkan dengan responden ketiga iaitu kanak-kanak yang berada pada
peringkat akhir praoperasi yang berumur tujuh tahun, responden ini telah dapat
membezakan dan menggunakan prinsip pengekalan. Hal ini demikian kerana,
walaupun air daripada bekas B telah dipindahkan ke dalam bekas C yang mempunyai
saiz yang tirus dan hasilnya paras air di bekas ini kelihatan lebih tinggi berbanding air di
bekas A, responden ini tetap mengatakan bahawa isipadu air dalam kedua-dua bekas
adalah sama dan langsung tidak berubah. Bukan itu sahaja, responden ini juga mampu
memberikan alasan yang logik iaitu pada peringkat awal isipadu air adalah sama sahaja
cuma saiz bekas air sahaja yang berubah. Bukan itu sahaja, kognitif kanak-kanak ini
juga telah dapat menguasai prinsip identiti iaitu tiada bilangan atau kuantiti yang
bertambah atau berkurang walaupun bentuk bekas berubah. Merujuk kepada teori Jean
Piaget, prinsip identiti ini kebiasaannya dapat dikuasai oleh kanak-kanak yang berumur
tujuh hingga dua belas tahun yang berada di peringkat operasi konkrit. Hasil daripada
ujikaji yang telah dijalankan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak ini sudah mula berkembang dengan pesat memasuki peringkat
operasi konkrit.
Disamping itu, bagi ujian dua iaitu bilangan sumi, responden pertama telah
memberikan jawapan yang tidak sama setelah kedudukan sumi itu dijarakkan sedikit
walaupun bilangan sumi kedua-dua baris itu adalah sama. Hal ini menunjukkan bahawa
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
18/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
18
faktor kedudukan sumi itu telah mempengaruhi jawapan responden ini kerana
responden ini lebih melihat kepada aspek fizikal iaitu panjang baris sumi yang telah
dijarakkan itu berbanding konsep abstrak iaitu bilangan sumi yang ada. Responden ini
lebih menumpukan konsep pemusatan yang diutarakan Piaget. Pemusatan inibermaksud kecenderungan perhatian kepada satu ciri masalah sahaja tanpa
menghiraukan aspek lain (Jas Laile Suzana Jafar, 2008). Dengan kata lain, responden
satu hanya menumpukan hasil keputusan akhir sahaja iaitu apabila responden ini
melihat barisan sumi B lagi panjang daripada sumi A, kanak-kanak itu terus
menyatakan bahawa sumi-sumi di barisan B lagi banyak daripada barisan A.
Namun hal ini tidak berlaku pada responden yang kedua dan ketiga. Mereka
telah memberikan kedua-dua jawapan yang sama iaitu bilangan sumi kedua-dua
barisan adalah sama walaupun kedudukan dijarakkan. Sebelum memberikan jawapan,
responden kedua dan ketiga ini telah mengira terlebih dahulu bilangan kedua-dua
barisan sumi selepas dijarakkan. Hal ini membuktikan, bahawa tahap pemikiran kanak-
kanak ini telah mencapai tahap optimum mengikut peringkat perkembangannya.
Mereka sudah boleh menguasai konsep transformasi iaitu melihat pemanjangan baris
hasil daripada menjarakkan kedudukan sumi sebagai bukan baris yang baru. Kedua-
dua responden ini mungkin terdiri daripada kanak-kanak yang pintar dan tahap
perkembangan kognitifnya lebih cepat berbanding kanak-kanak lain yang sebaya.
Bagi ujian tiga yang merupakan ujian terakhir iaitu panjang straw. Respoden
pertama dan kedua telah memberikan jawapan yang tidak sama setelah proses
transformasi dilakukan iaitu selepas salah satu straw itu digerakkan sedikit ke depan. Ini
bertepatan dengan konsep perkembangan kognitif Piaget, kanak-kanak pada peringkat
praoperasi terutama pada peringkat awal ini bersikap egonsentrik. Egonsentrik ini
bermaksud mereka melihat dan memahami keadaan di sekeliling mereka mengikut
pemahaman mereka. Merujuk kepada situasi, straw yang digerakkan tersebut telah
mempengaruhi pemikiran responden-responden ini iaitu straw yang digerakkan lebih
panjang berbanding straw yang statik. Mereka membuat anggapan mereka sendiri
tanpa berfikir secara matang dan logik
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
19/23
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
20/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
20
ini adalah seperti batang aiskrim, guli dan bola. Hal ini demikian kerana, Jean Piaget
menegaskan bahawa kanak-kanak peringkat ini tidak boleh memahami benda-benda
yang bukan abstrak. Mereka memerlukan benda-benda yang boleh dilihat, dipegang,
dihidu atau dirasai. Misalnya, saya bakal seorang guru matematik yang akan mengajarbab isipadu akan menyediakan bentuk-bentuk seperti silinder, sfera dan segi empat
dalam bahan 2D dan 3D. Hal ini akan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada
kanak-kanak ini.
Selain itu, para guru perlulah bijak dalam menyusun P&P mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Seterusnya,
guru perlu memberikan arahan yang pendek dan disertai dengan contoh. Hal ini
demikian kerana, menurut teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak ini berlaku
pada tahap yang berbeza-beza bergantung kepada individu.
Selain itu, pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Jerome Bruner pada
tahun 1966, adalah model kognitif yang paling berpengaruh kerana ia mempunyai
banyak aplikasi kepada sains dan bidang berkaitan. Menurut beliau, kanak-kanak akan
membentuk konsep mengikut ciri persamaan dan perbezaan (Mok Soon Sang, 2009).
Pembelajaran penemuan menggalakkan pelajar untuk menemui sendiri prinsip-prinsip
untuk diri mereka melalui percubaan-percubaan dan penjelajahan. Tugas guru adalah
memberi panduan selepas pelajar menjelajah mencari penyelesaian terhadap sesuatu
masalah menggunakan pengetahuan dan pengalaman lalu, motivasi personal dan
eksperimen. Misalnya sebagai cikgu Sains, untuk menjalankan eksperimen tentang
sesuatu kajian, guru perlulah terlebih dahulu menunjukkan contoh untuk menjalankan
ujikaji. Dengan cara ini, barulah kanak-kanak akan memahami konsep P&P.
Disamping itu, Jean Piaget juga ada menggalakan murid-murid untuk terlibat
secara langsung dalam proses P&P berlangsung. Hal ini demikian kerana, setiap
kanak-kanak mempunyai pengalaman-pengalaman yang tersendiri. Para guru perlu
memberi ruang kepada murid-murid untuk menunjukkan kemahiran-kemahirannya.
Jangan sesekali memandang rendah pandangan dan idea mereka walaupun secara
kasarnya nampak remeh, leceh dan tidak logik. Sebagai seorang guru, kita perlu
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
21/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
21
menggalakan dan memberi galakan serta pujian sekiranya mereka berjaya memberikan
sesuatu yang bernas. Secara tidak langsung proses bimbingan daripada orang-orang
yang lebih mahir seperti cikgu akan menjana lagi perkembangan pemikiran dan kognitif
kanak-kanak.
Tidak cukup dengan itu, model konstruktivisme menerangkan bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada bagaimana guru membina
pengetahuan sebagai bimbingan kepada muridnya supaya murid tersebut dapat
mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman seterusnya membentuk konsep dan
pengetahuan baru. Di dalam model ini guru bertindak sebagai pembina pengetahuan
dan pembimbing kepada muridnya dalam menggalakkan proses berfikir. Dalam konsep
konstruktivisme (Mayer, 1996) menerangkan guru sebagai pemandu dan pelajar
sebagai pemberi makna sense makers manakala menurut pandangan Gergen (1995)
pula guru sebagai penyelaras, fasilitator, penasihat sumber, tutor dan coaches. (Ng Kim
Choy 2004).
Misalnya, apabila kanak-kanak ini mula mengutarakan berbagai-bagai persoalan
mengenai topik yang sedang dipelajari, hal ini menunjukkan bahawa mereka
mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak dan tahap kognitifnya sedang
menjalani proses perkembangan. Sebagai seorang guru yang bijak, para guru perlulah
memberi jawapan yang betul, tepat dan besertakan contoh yang menarik. Hal ini
demikian kerana, kanak-kanak ini sedang merangsang minda mereka untuk berfikir
secara kritis. Para guru tidak boleh sesekali menganggap persoalan-persoalan yang
diutarakan murid-murid sesuatu yang merimaskan. Hal ini kerana akan memberi impak
negatif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak terutama pada peringkat
praoperasi dan operasi konkrit.
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Terdapat pelbagai lagi teori perkembangan kognitif yang popular seperti teori
Robert Havighturst, teori Jerome Brunne dan teori Lev Vygotsky. Berdasarkan teori
pembelajaran perkembangan kognitif kanak-kanak, secara keseluruhannya dapat
dirumuskan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak ini berlaku secara
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
22/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
22
berperingkat-peringkat mengikut teori Jean Piaget. Piaget telah mengkelaskan teori
perkembangan mengikut peringkat umur dan empat kategori utama iaitu peringkat
sensorimotor atau deriamotor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat
operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas).
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kritikan yang mempertikaikan
kaedah klinikal yang digunakannya dalam kajian. Pengkritik juga menyatakan bahawa
teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas
dan tepat. Ada juga yang mempertikaikan kewujudan empat peringkat perkembangan
kognitif yang diutarakan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka
menyatakan bahawa sekiranya wujud peringkat perkembangan kognitif dan pemikiran
kanak-kanak pada setiap peringkat berasaskan set operasi yang khusus seperti konsep
pengekalan dan konsep identiti, maka apabila kanak-kanak itu dapat mahir dalam set
operasi tertentu, sepatutnya mereka sudah boleh menyelesaikan semua masalah yang
menggunakan set operasi yang sama. Hal ini terbukti berdasarkan hasil ujikaji yang
telah saya jalankan iaitu responden kedua yang berada pada peringkat praoperasi,
responden ini berjaya menjawab ujian dua iaitu bilangan kedua-dua baris sumi itu
adalah sama iaitu menggunakan set operasi pengekalan. Namun kanak-kanak itu tidak
berjaya bagi ujian satu dan ujian tiga.
Namun begitu, Teori Piaget tetap memberi inspirasi dan panduan berguna
kepada para pendidik dan pencetus kepada pelbagai lagi teori perkembangan kognitif
kanak-kanak. Teori-teori yang dipelopori oleh pelbagai ahli psikologi ini telah memberi
impak kepada proses P&P di sekolah. Setiap kanak-kanak berbeza perkembangan
kognitifnya. Oleh hal yang demikian, para guru perlulah mengenal pasti terlebih dahulu
tahap keupayaan anak muridnya sebelum memulakan sesi P&P di dalam kelas. Setelah
mengenal pasti keupayaan murid, guru perlulah merancang P&P yang efektif supaya
tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan kepada kanak-kanak. Disamping itu, guru
yang menguasai kemahiran merancang akan menjadikan kanak-kanak pada setiap
peringkat mengikut Piaget seronok dan ingin terus belajar. Kemahiran-kemahiran
merancang ini termasuklah menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian,
menunjukkan set iduksi yang kreatif, merancang kemudahan dan suasana persekitaran
7/27/2019 Assignment Perkembangan Kanak-kanak
23/23
Oleh: Nur Fatin binti Mohd Mazlan |
bilik darjah dan merancang aktiviti berkumpulan yang interaktif. Guru juga perlulah
mengawal kelasnya supaya anak-anak murid didalamnya tidak menjadi terlalu pasif dan
juga tidaklah sehingga menjadi tidak terkawal.
Konsep pengajaran menggunakan interaksi satu hala iaitu berpusatkan guru
sahaja hendaklah dielakkan oleh para guru pada masa ini. Hal ini demikian kerana,
kanak-kanak yang dalam proses pembesaran dan perkembangan kognitif perlu
melaksanakan dan mempraktikkan sendiri setiap ilmu dan maklumat baru yang
diperolehinya. Bukan itu sahaja, dengan kaedah praktikal akan lebih berkesan
berbanding kaedah pengajaran teori semata-mata daripada guru. Elakkan memberi
arahan yang terlalu panjang dan rumit kerana sesetengah kanak-kanak tidak mampu
menafsir arahan dan soalan guru yang terlalu kompleks. Gunakan ayat-ayat yang
sesuai dan mudah dengan tahap perkembangan kognitifnya. Disamping itu, para guru
perlulah mahir dan sentiasa menambahkan ilmu mengenai kemajuan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT). Hal ini demikian kerana, kanak-kanak pada proses
perkembangan kognitif khususnya peringkat praoperasi dan operasi konkrit sangat
memerlukan bahan rangsangan yang sesuai mengikut peredaran masa. Kanak-kanak
yang lahir pada zaman yang serba canggih ini memerlukan media-media yang canggih
juga bagi melahirkan modal insan kelas pertama.
Yang terakhir sekali sebagai rumusan dan cadangan perkembangan kognitif
kanak-kanak ini, semua pihak perlulah bekerjasama bagi melancarkan lagi proses
perkembangan kanak-kanak ini. Hal ini demikian kerana, jika mengharapkan satu pihak
sahaja iaitu para guru, kognitif kanak-kanak ini tidak akan berkembang dengan pesat.
Oleh hal yang demikian. Dengan usaha sama daripada para ibu bapa dan masyarakat
akan menjayakan lagi proses perkembangan kognitif kanak-kanak ini.
Recommended