BAB 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIANUR ZUBAIDAH BINTI MUSA (02DGU15F1004)NUR HANIS NADIRAH BINTI RAHAIZEK (02DGU15F1030)ANIS FAZLEEHANA BINTI DZULKAFI (02DGU15F1070)SYED ADLI AFIF BIN SYED AHMAD RUSLAN (02DGU151078)
4.1 DEFINISI PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan merupakan satu konsep yang amat penting dalam sebuah kerajaan pada hari ini.
• Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengangdungi semua undang-undang asas negara.
• Tujuan : Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara. Menjadi garis panduan pembentukan undang-
undang. Mewujudkan kestabilan negara. Menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Memberikan jaminan dan perlindungan kepada
rakyat.
4.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu. Kemudian nama itu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia selepas pembentukan Malaysia.
• British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan pemerintahan baharu iaitu Malayan Union. Pemerintahan tersebut mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.
• Daripada penentangan ini, British memperkenalkan pentadbiran baru iaitu Perjanjian Persekutuan.
• Kerajaan Pusat terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Majlis Mesyuarat dan Majlis Perundangan.
• Majlis Perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini lahir satu perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasa sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan. Pindaan yang dibuat ialah Akta Malaysia.
• Perkara (1) dan (2) – kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.
4.2.1 PERANAN PERLEMBAGAAN
• Antara peranan Perlembagaan :
- Mewujudkan pemerintahan yang adil. - Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerja dan rakyat. - Alat penyelesaian masalah.
4.2.2 BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
• Secara umumnya Perlembagaan Terbahagi kepada dua iaitu :
- Perlembagaan bertulis iaitu merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen. - Perlembagaan tidak bertulis iaitu merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.
4.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• Keluhuran perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam rukun negara kita.
4.3.1 UNDANG –UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
• Perlembagaan ialah undang-undang utama persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan adalah tidak sah .
• Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa
• Undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubung dengan perkara-perkara yang disebut dalam perkara itu.
• Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen.
4.3.2 KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
• Kuasa yang paling tinggi di Malaysia ialah Perlembagaan.
• Malaysia mempunyai sebuah persekutuan yang mempunyai perlembagaan bertulis.
KONSEP
PARLIMEN• Peroleh kuasa dari perlembagaan.PERLEMBAGAAN• Menentukan perkara bersama yang membolehkan parlimen atau Dewan Undangan
Negeri buat undang-undang mengenainya.KEDUDUKAN YDPA• Sebagai : - ketua negara - lambang taat setia - lambang negara - ketua parlimen - ketua pemerintahKUASA PERUNDANGAN• Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan.
KEBEBASAN ASAS • Eleman penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen.
4.3.3 PINDAAN PERLEMBAGAAN
• Telah dipinda sebanyak 22 kali.
• Dipinda oleh parlimen Perkara 159 (4) boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3. Perkara 161 (E) perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak. Boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen.
PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
PEMISAHAN SINGAPURA• Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia dilarang oleh
perlembagaan.• Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.
MENGENAI GENDER• Dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi
sebarang undang-undang.
KEKEBALAN RAJA• Mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang
ramai.
KEDUDUKAN YDPA • YDP hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong.• Dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsi, seorang pemangku
raja dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk jalankan fungsi raja negeri berkenaan.
PENGURUSAN BEKALAN AIR• Membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan
bekalan air pada peringkat negeri.
KES ROGOL• Untuk tingkatkan lagi keberkesananya serta tingkatkan tahap keadilan.
TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN
RANG UNDANG-UNDANG DIBAHASKAN DI DEWAN PARLIMEN
BACAAN PERTAMA
BACAAN KEDUA PERINGKAT JAWATANKUASA
BACAAN KETIGA
PERKENAN YDPA
4.3.4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
• Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.• Mempunyai raja berperlembagaan.• Sebagai negara demokrasi berparlimen.• Memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi tetapi Malaysia bukan
sebuah negara teokrasi dan menjamin kebebasan agama kepada semua rakyat berbilang agama.
• Memperuntukkan ketertinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.
• Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman.
PERLEMBAGAAN NEGERI
• Perlembagaan Malaysia juga merupakan satu perjanjian perkongsian antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.
• Setiap negeri mempunyai hak, kuasa dan tanggunggjawab tersendiri menurut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
• Peruntukan tertentu tentang Perlembagaan Negeri diistilahkan sebagai perlu.
• Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukan bahawa setiap Perlembagaan Negeri hendaklah mempunyai peruntukan tersebut.
• Dalam Jadual Kelapan, terdapat dua peruntukan utama iaitu:
a) Bahagian i - Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan b) Bahagian ii - Peruntukan sementara
• Kebanyakan negeri Melayu mengikut peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini mengariskan sesuatu negeri itu harus mengandungi:
a) Raja/Yang Dipertua Negeri b) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri c) Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
d) Dewan Undangan Negeri
• Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Terdapat tujuh bab iaitu:
a) Pembahagian kuasa-kuasa perundangan b) Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah c) Pembahagian beban kewangan d) Tanah e) Pembangunan negara f) Agihan persekutuan kepada negeri g) Majlis Negara bagi kerajaan tempatan
4.4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagan.
Peruntukan Utama Perlembagaan
Bahasa Melayu Kedudukan
Keistimewaan Raja-raja
Agama Islam Kewarganegaraan Hak
Kebebasan Asasi
4.4.1 BAHASA MELAYU
• Kedudukan bahasa Melayu telah ditetapkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menentukan bahawa bahasa Melayu hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Dengan maksud lain, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.
• Bahasa-bahasa lain adalah dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tidak menghalang sesiapapun dalam kalangan warganegara untuk menggunakannya.
• Sesiapa yang mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
4.4.2 KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA MELAYU
• Secara amnya , Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896.
• Mesyuarat pertama DURBAR diadakan pada 13-17 julai 1897 di Istana Negara.
• Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, keahliannya ditambah dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor,Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu.
• Namanya dipendekkan sebagai Majls Raja-Raja.• Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan
mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat untuk Raja dan Dipertua Negeri bertemu dan berbincang.
• Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja.
• Majlis ini juga merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama islam dia Malaysia.
• Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang Dipertua Negeri di Malaysia.
FUNGSI UTAMA MAJLIS RAJA-RAJA
• Memilih Yang Dipertuan Agong Dan Timbalan Yang Dipertuan Agong.
• Merpersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa pebuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
• Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
• Memberi ampun,reprief dan respit atau meremitkan dan meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42 , dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara.
KUASA BUDI BICARA
Raja-raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka untuk :
• Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan• Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa
undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri.
• Memilih atau memecat Yang Dipertuan Agong daripada jawatannya.
• Bersetuju atau tidak bersetuju supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan di seluruh Persekutuan.
• Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (10) Perkara 182.
4.4.3 ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN DAN AGAMA-AGAMA LAIN
• Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama islam sebagai agama bagi Persekutuan.
• Raja atau Sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negerinya.• YDPA berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya
sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak.
• Majlis Raja-Raja juga bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
• Pada 17 Oktober 1968, bagi menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama islam pada peringkat Persekutuan, sebuah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majls Raja-Raja.
• Antara bidang tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah menasihati apa-apa perkara yang diajukan oleh Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri dan Majlis Agama Negeri.
• Setiap negeri mempunyai sebuah Majlis Agama Islam yang berperanan menasihati raja mengenai hal ehwal gama islam.
• Penubuhan majlis ini adalah berdasarkan undang-undang negeri.
PERKARA-PERKARA DI BAWAH KUASA PERUNDANGAN NEGERI MENGENAI AGAMA ISLAM
• Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga• Adat istiadat Melayu• Wakaf• Fitrah• Zakat• Baitulmal• Masjid• Mahkamah Syariah
4.4.4 KEWARGANEGARAAN
KEWARGANEGARAAN SECARA KUATKUASA UNDANG-UNDANG
Dua golongan yang yang memperoleh kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang iaitu :a) Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan
menjadi warganegara Persekutuan.b) Individu yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan
menjadi warganegara atas peruntukan kelayakan yang ditetapkan dalam bahagian 1.
KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN
• Isteri dan anak warganegara• Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun• Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di
Persekutuan sebelum Hari Merdeka• Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di
Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia
KEWARGANEGARAAN SECARA KEMASUKAN NATURALISASI
Antara syarat untuk warganegara asing yang berumur 21 tahun ke atas untuk menjadi warganegara Malaysia ialah :
• Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
• Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan Malaysia
• Tingkah laku baik• Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu
• KEHILANGAN KEWARGANEGARAANSeseorang itu boleh kehilangan kewarganegaraannya melalui dua cara iaitu :a) Individu tersebut menolak kewarganegaraannyab) Kerajaan negara tersebut melucutkan
kewarganegaraan individu tersebut atas sebab-sebab tersebut :
~ Seseorang individu telah menjadi warganegara asing~ Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakannya~ Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melebihi lima tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan
4.4.5 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA
DAN HAK KAUM-KAUM LAIN
• Orang melayu merupakan penduduk asal negara ini dari sinilah nama Tanah Melayu terbentuk.Orang melayu pada zaman dahulu merupakan bangsa yang terkenal dari segi pelayaran, seni bina dan seni halus. Kebanyakan orang melayu zaman dahulu terlibat dalam sektor pertanian, perikanan dan pelautan.
• Orang Melayu ditakrifkan sebagai : (a) seorang yang beragama islam (b) betutur bahasa melayu (c) mangamalkan adat istiadat melayu (d) lahir sebelum hari merdeka
• Bumiputra di sabah dan sarawak (termasuk bukan melayu ) tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang melayu di Tanah Melayu :
(a) Perkhidmatan awam (b) Ekonomi (c) Pendidikan
PERKHIDMATAN AWAM • Ketika tanah melayu di bawah penjajahan british ,kebanyakan jawatan2
rendah dalam pentadbiran dipegang oleh golongan kaum lain, terutama orang India dan Sri Lanka yang boleh bertutur bahasa Inggeris.
EKONOMI• Semenjak penjajahan british sehinggalah kemerdekaan,orang melayu masih
kurang menceburkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.• Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut
pekerjaan, terutama bidang perniagaan yang kebanyakan didominasi oleh bangsa asing.
PENDIDIKAN• Pada zaman penjajahan british, orang melayu tidak ramai yang pendidikan
sama ada sekolah rendah atau menengah.• Orang Melayu ketinggalan sama ada dalam pendidikan melayu atau
pendidikan Inggeris. Kebanyakan mereka adalah buta huruf.• Orang Melayu tidak boleh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Justeru,
kemudahan khas perlu diadakan agar orang Melayu dapat bersaing dengan kaum lain dalam sektor pendidikan.
4.4.6 HAK ASASI INDIVIDU DI SISI PERLEMBAGAAN
• Individu mempunyai hak dan kebebasan masing-masing.
PRINSIP MALAYSIA
• Komitmen penuh mengikut prinsip-prinsip asas.• Berpegang bahawa kesemua hak asasi manusia adalah bersifat
sejagat.• Mematuhi dan menghormati sepenuhnya kedaulatan negara.• Menyokong hak-hak untuk pembangunan sebagai hak sejagat.
BAHAGIAN 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN KEBEBASAN ASASI
• Hak kepada kehidupan• Hak kepada kebebasan peribadi• Kebebasan beragama• Hak-hak berkaitan pelajaran• Hak memilih harta• Kebebasan bergerak
APA ITU KEBEBASAN DIRI ?
• Fasal 1 - Perkara 5 memperuntukkan tidak seseorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya melainkan menurut undang-undang.• Fasal 2 - Jika pengaduan dibuat kepadad hakim, mahkamah hendaklah menjalankan penyiasatan.• Fasal 3 - Jika seseorang ditangkap, dia hendaklah diberitahu segera punca dia ditangkap.
KEBEBASAN DIRI
Tiada keabdian dan kerja paksa
Sama rata di sisi undang-undang
Larangan buang negeri
Kebebasan bercakap
Kebebasan beragama
Samarata dalam pelajaran
Hak untuk harta
4.5 KESIMPULAN
• Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara.
• Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.
• Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.
• Peruntukan-peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas yang menjadi tulang belakang kepada sistem pemerintahan di Malaysia