1
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KERJA KURSUS
BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIK NO TELEFON
FAZILLAH BT DIN D20121061504 0175055541
KUMPULAN : UPSI03 (A132PJJ)
PENSYARAH E-LEARNING : Prof. Emeritus Dr. Abdul Hamid Mahmood,
TARIKH SERAH : 25 Mei 2014
TUGASAN :
1. Dengan bantuan gambarajah huraikan,vokal dan konsonan Bahasa Melayu
2. Bincangkan hal mengenai pasangan minimal Bahasa Melayu
3. Bincangkan hal mengenai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu serta contoh-
contoh perkataan dalam 18 jenis keselarasan vokal dalam sistem ejaan
baharu bahasa melayu tersebut
2
Isi kandungan
1.0 Pengenalan....4
Bahagian 1
2.0 Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah.........................5
2.1 Bunyi vokal5
2.1.1 Vokal dalam Bahasa Melayu..........5 - 6
2.1.1.1 Vokal Hadapan 7
2.1.1.2 Vokal Tengah .....8
2.1.1.3 Vokal belakang .8 9
2.2 Cara penghasilan bunyi vokal ( Beserta Rajah )...................................................10
2.2.1 Vokal Hadapan...................10
- Vokal Depan Sempit11
- Vokal Depan Separuh sempit..........................................................................................11
- Vokal Depan Separuh Luas.12
- Vokal Depan Luas..13
2.2.2 Vokal Belakang13
- Vokal Belakang Sempit.....................................................................................................13
- Vokal Belakang Separuh Sempit.......................................................................................14
- Vokal Belakang Separuh Luas..........................................................................................15
2.2.3 Vokal Tengah..16
2.3 Bunyi Konsonan.....................................................................................................17
2.3.1 Bunyi Konsonan Asli Bahasa Melayu 17 - 18
2.3.2 Cara penghasilan bunyi konsonan asli Bahasa Melayu.(Beserta Rajah)........18
- Letupan dua bibir tidak bersuara [p].......................................................................19 - Letupan dua bibir bersuara [b[................................................................................20 - Letupan gusi tidak bersuara [t]...............................................................................21 - Letupan gusi bersuara [d].......................................................................................22 - Letupan lelangit tidak bersuara [k]..........................................................................23 - Letupan lelangit lembut bersuara [g]...............................................................23 - 24
- Hentian glotis[]......................................................................................................24 - Letusan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara -[] .................................................25
3
-Letusan Lelangit Keras Gusi Bersuara []......................................................... 26
- Geseran Gusi Tidak Bersuara [s].........................................................................27
- Geseran Glotis Bersuara [h].................................................................................28 - Getaran Gusi Bersuara [ r ]...................................................................................28 -Sisian Gusi Bersuara [l].........................................................................................29
-Sengau Dua Bibir Bersuara [m]..............................................................................30 -Sengau Gusi Bersuara [n]......................................................................................31 -Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []..............................................................31 -Sengau Lelangit Lembut Bersuara []....................................................................32 -Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]...................................................................33 - Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]............................................................34
Bahagian 2 3.0 Pasangan Minimal Bahasa Melayu 35-36 Bahagian 3 4.0 Sistem Ejaan Baharu Malaysia Indonesia Tahun 1972.........................................36
4.1 Sistem Keselarasan Huruf Vokal..............................................................................37
4.2 Pola keselarasan vokal.............................................................................................38
4.3 Kekecualian kepada keselarasan huruf vokal....................................................38 - 39
5.0 Kesimpulan.............................................................................................................40
6.0 Rujukan....................................................................................................................41
4
1.0 PENGENALAN
Apabila kita berbicara, kita akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan
perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini
penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek
keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi,
pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa
memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan
peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.
Linguistik adalah suatu bidang penganalisisan terhadap sesuatu bahasa. Kajian
tentang sesuatu bahasa berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa itu tanpa
dipengaruhi oleh ramalan atau agakan. (Abd. Rahman Abd. Rashid & Yap Kim Fatt, 1997).
Ahli linguistik berpendapat bahawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan
maksud kepada bunyi, sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. Dengan
andaian bahawa manusia menpunyai beberapa makna yang hendak disampaikan, dia
mengucapkan bunyi-bunyi bahasa dengan tepat. Orang yang mendengar bunyi-bunyi
tersebut akan cuba memberikan makna kepada ujaran yang dilafazkan oleh penutur.
Dalam mengkaji bahasa, yang dikaji ialah bunyi-bunyi yang dituturkan oleh manusia. Bunyi-
bunyi yang terhasil adalah disebabkan oleh keadaan udara yang keluar daripada paru -paru
melalui alat-alat pertuturan. Tidak semua bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu
dikatakan bunyi bahasa seperti batuk, siul, bersin dan sebagainya.
5
BAHAGIAN 1
2.0 Dengan bantuan gambarajah huraikan vokal dan konsonan Bahasa Melayu
2.1 Vokal
Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui ronga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan.Bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan.Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat
didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.Vokal dalam bahasa
Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [], [a], [u], [o], [] dan [].
2.1.1 Vokal dalam Bahasa Melayu
Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu
vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.Vokal dalam bahasa Melayu terdiri
daripada vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan [].
Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian depan
lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang berperanan,
maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan; sekiranya bahagian tengah
lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah dan
seterusnya jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu,
maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang.
Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti
yang berikut:
(i) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau
belakang lidah.
(ii) Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan
separuh rendah.
(iii) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.
(iv) Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan [i], [e],
[a], vokal tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o] seperti dalam rajah 2.1 yang berikut.
6
Rajah1 Kedudukan Vokal Bahasa Melayu
Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan lidah
mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan
lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah
merupakan bahagian tengah lidah.Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang
menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan.Bagi membunyikan bunyi vokal [i] dan vokal
[u] misalnya, lidah dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan vokal [a],
kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Rajah 2.2 menunjukkan keadaan turun-naik bunyi
ketika vokal [a] dan [i] disebutkan pada tona yang sama.
Rajah 2 Vokal [a] dan vokal [i] menunjukkan turun-naik bunyi
(Sumber: P. Ladefoged, 2005:33)
7
Berdasarkan rajah kedudukan vokal bahasa Melayu pada rajah 2.3, maka vokal
bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti yang berikut:
2.1.1.1 Vokal Hadapan
[ i ] Vokal depan sempit Contoh dalam perkataan: [ibu], [ikan], [ite ], [biru], [sila], [kita], [ubi], [bli], [pti].
Rajah:3 Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i]
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47) [ e ] Vokal depan separuh sempit Contoh dalam perkataan: [ekor], [ela], [elo ], [belo ], [sero], [herot], [sate].
Rajah:4 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e]
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)
8
[a] Vokal depan luas Contoh dalam perkataan: [ayu], [aku], [aba], [batu], [lari], [bola], [ba a], [kaja].
Rajah:5 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [a]
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)
2.1.1.2 Vokal Tengah
[ ] Vokal tengah pendek Contoh dalam perkataan: [ma ], [mas], [kau], [lmas], [lma ], [bsar].
Rajah 6 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi []
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)
2.1.1.3 Vokal Belakang
[ u ] Vokal belakang sempit Contoh dalam perkataan: [ular], [unta], [ukor], [kuda], [buro], [hu an], [adu], [ amu], [satu].
Rajah:7 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u]
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)
9
[ o ] Vokal belakang separuh sempit Contoh dalam perkataan: [oleh], [obor], [olah], [boleh], [kota], [tola ], [solo], [foto], [soto]
Rajah:8Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [o]
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)
Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu [] dan [ ] yang tidak digunakan dalam penulisan
tetapi terdapat dalam dialek-dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam
perkataan [mak], [mal], [ r], [kit ]. Dalam bahasa Melayu, bunyi [] dan [e] dilambangkan
dengan huruf e, manakala bunyi [ ] dan [o] dilambangkan dengan huruf o.
Rajah:9Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi []
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)
Rajah:10Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ ]
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)
10
Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis
vokal.Bahagian hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan,
iaitu vokal [i], [e] dan [a].Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah.Begitu
juga dengan bahagian belakang lidah menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang, iaitu [u], [o]
dan [ ].Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada
tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan.Bahagian lidah itu boleh
diangkat setinggi mungkin untuk menghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika
diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o].
Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan
vokal separuh rendah [] dan [ ].
Rajah:11Kedudukan Lidah semasa Menghasilkan Bunyi-bunyi Vokal
Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan
menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas
lagi, berikut diturunkan gambar rajah yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah
semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
2.2 CARA PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Berikut dihuraikan secara terperinci cara bunyi vokal kardinal [i], [e], [], [a], u], [o],
[ ] dan [] dihasilkan oleh alat artikulasi.
11
2.2.1 Vokal Hadapan
Vokal Depan Sempit (Tinggi) [i]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses bermula dengan bibir
dihamparkan,depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi., lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara
ke rongga mulut.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i] (lihat rajah 2.12).Berikut diberikan
contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan.
di awal perkataan:
[ikan], [ikut], [ipar], [ibu], [itu].
di tengah perkataan:
[biru], [bila], [kita], [sila], [silap].
di akhir perkataan:
[tali], [bli], [bri], [bsi] [guli].
Rajah:12
Penghasilan Vokal [i]
Vokal Depan Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [e] Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], bibir dihamparkan separuh
sempit. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi dan lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat rajah 2.13). Contoh
kehadiran bunyi vokal ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
12
di awal perkataan:
[ekor], [ela] , [elo ], [ edah], [ela ].
di tengah perkataan:
[katel], [bera], [heret], [sepet], [leper].
di akhir perkataan:
[sate].
Rajah: 13
Penghasilan Vokal [e]
Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) [] Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, bibir mestilah dihampar separuh luas
dan depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung
manakala pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] (lihat rajah 2.14).
Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan:
di awal perkataan:
[so ], [lo ], [doh], [ ].
di tengah perkataan:
[bso], [gt ], [gl ], [pl ].
di akhir perkataan:
[god], [bul], [ud], [tul].
13
Rajah:14
Penghasilan Vokal []
Vokal Depan Luas (Rendah) [a] Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan.Bibir dalam keadaan hampar.Depan lidah diturunkan
serendah mungkin.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara dirapatkan
supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.Bunyi
yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar seperti yang terdapat dalam perkataan
yang berikut:
di awal perkataan:
[ara], [a ar], [alah], [amal], [asap].
di tengah perkataan:
[dadu], [paku], [bukan], [lampu], [bahu].
di akhir perkataan:
[pita], [rasa], [tiba], [kuda], [klapa].
Rajah 15
Penghasilan Vokal [a]
14
2.2.2 Vokal Belakang
Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah
bahagian belakang lidah.Keadaan bibir adalah bundar.
Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u]
Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang berikut harus
dilakukan bibir dibundarkan.Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah
lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui hidung dan pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar
dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi
vokal belakang bundar [u]. (lihat rajah 2.16). Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah
seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[uli], [usap], [usu], [undur], [unto ].
di tengah perkataan:
[buka], [bubur], [subur], [gandum], [kabur].
di akhir perkataan:
[ba u], [labu], [pasu], [kelambu], [batu].
Raja:16
Penghasilan Vokal [u]
15
Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o] Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut.Bibir dibundarkan.Belakang
lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.Pita suara
dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita
suara.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] (lihat rajah 2.17).
Kehadiran bunyi vokal ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[oleh], [ota ], [obor], [oren].
di tengah perkataan:
[boleh], [soto], [koko], [tolo].
di akhir perkataan:
[solo], [soto], [foto]
Rajah 17
Penghasilan Vokal [o]
Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) [ ] Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas , bibir dibundarkan.Belakang lidah
dinaikkan separuh rendah ke arah lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara
dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ ] (lihat rajah 2.18). Bunyi ini terdapat dalam
dialek Kelantan seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[ bat], [ ta ], [ r], [ peh].
16
di tengah perkataan:
[p k ], [sud h], [p h], [b r h].
di akhir perkataan:
[kit ], [bil ], [blak ], [guan ].
Rajah:18
Penghasilan Vokal [ ]
2.2.3 Vokal Tengah
Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian
tengah lidah.Keadaan bibir adalah hampar.
Vokal Tengah []
Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses keadaan bibir hampar.Tengah
lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara
dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita
suara.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [] (lihat rajah 2.19). Bunyi ini hadir dalam
perkataan seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan: [ma ], [mbun], [mpat], [nam]. di tengah perkataan: [pnat], [brat], [rgas], [kmas].
17
Rajah 19
Penghasilan Vokal []
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa jumlah vokal kardinal ialah lapan jenis,
iaitu vokal [i,] [e], [], [a], [], [ ] , [o] dan [u]. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam
jenis, iaitu vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan [].Semua vokal adalah bersuara.Kecuali vokal []
yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, vokal-vokal lain adalah nyaring dan lantang.
2.3 BUNYI KONSONAN
Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal.Sekiranya bunyi vokal itu
adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus-menerus tanpa
sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa
menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi.Konsonan boleh
terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.Konsonan bersuara ialah
konsonan yang semasa penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar
dari paru-paru, contohnya [b], [d] dan [g].Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan
yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t] dan [k].
Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu:
i. konsonan asli dan
ii. konsonan pinjaman
18
2.3.1 Konsonan Asli Bahasa Melayu
Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam
bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan.
Menurut Yunus Maris, terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri
daripada:
(i) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p, b]
(ii) 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t, d]
(iii) 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k, g]
(iv) 1 konsonan hentian glotis ()
(v) 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [, ]
(vi) 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan
geseran glotis bersuara [h]
(vii) 1 konsonan getaran bersuara [r]
(viii) 1 konsonan sisian bersuara [l]
(ix) 4 konsonan sengau bersuara [m, n, , ]
(x) 2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w]
dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu
seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan
lain-lain. Berikut diberikan carta konsonan asli bahasa Melayu dan daerah artikulasi dan
cara penyebutannya sekali.
19
Rajah20Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu
2.3.2 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan
1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses dimana dua
bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga
mulut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi
menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung dan pita suara dibuka
(direnggangkan).Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
20
Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta.Bunyi yang
dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] (lihat rajah 2.23).
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[papan], [pasu], [pukul], [putri].
di tengah perkataan:
[lpas], [sepa], [dapur], [dapat].
di akhir perkataan:
[dakap], [atap], [sdap], [santap].
Rajah 21
Penghasilan Konsonan [p] sar hampas perah basah boros pijak hitam bola 2. Letupan Dua Bibir Bersuara [b] Konsonan ini dihasilkan melalui cara dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui
rongga hidung manakala pita suara dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir
mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-merta.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi
konsonan dua bibir bersuara [b] (lihat rajah 2.24).
21
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
(i) di awal perkataan:
[buru], [buku], [buda], [batu].
di tengah perkataan:
[tubuh], [subuh], [tabur], [tiba].
di akhir perkataan:
[sbab], [karib], [kitab], [adab].
Rajah 22
Penghasilan Konsonan [b]
3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]
Cara konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan ialah dengan cara hujung lidah
dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-
paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dibuka (direnggangkan).Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar
tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara
kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan
gusi tidak bersuara [t](lihat rajah 2.25). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah
seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[taan], [tahu], [tolo], [tare].
di tengah perkataan:
[pta], [putus], [satu], [bantu].
di akhir perkataan:
[pnuntut], [patut], [sbut], [lmbut].
22
Rajah:23
Penghasilan Konsonan [t]
4. Letupan Gusi Bersuara [d]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga
mulut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk
menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung dan pita
suara dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan
serta-merta.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d] (lihat
rajah 2.26). Konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:
di awal perkataan:
[dalam], [dahulu], [duka], [dapur].
di tengah perkataan:
[pda], [pada], [sida], [padah].
di akhir perkataan:
[abad], [tekad], [masud], [hasad].
Rajah:24
Penghasilan Konsonan [d]
duri gulai dapur batas desak buruh gitar bilas
23
5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]
Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan dengan cara
belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan
anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar
melalui rongga hidung.Pita suara dibuka (direnggangkan).Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut,
kemudian dilepaskan dengan serta-merta.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan
letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] (lihat rajah 2.27). Bunyi konsonan ini hadir dalam
perkataan yang berikut:
di awal perkataan:
[kawan], [kuda], [kalau], [kita].
di tengah perkataan:
[sukat], [bakat], [dkat], [pukat].
di akhir perkataan:
[buda], [pka], [teo], [ma].
Rajah 26
Pengahsilan Konsonan [k]
6.Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]
Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], belakang lidah
dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara yang keluar dari paruparu.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding
tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita
suara dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut.Udara tersebut kemudiannya dilepaskan
dengan serta-merta.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut
24
bersuara [g] (lihat rajah 2.28). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang
berikut:
di awal perkataan:
[guru], [ganti], [gantu], [gambar].
di tengah perkataan:
[aga], [agar], [ uga], [ragu].
di akhir perkataaan:
[beg], [dialog], [monolog].
Rajah 27
Penghasilan Konsonan [g]
7. Hentian Glotis [] Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat
sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar
dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.Bunyi yang dihasilkan
ialah bunyi konsonan hentian glotis [] yang terdapat dalam bahasa Melayu (lihat rajah
2.29). Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah:
di awal perkataan:
[ibu], [ada], [ikan], [ora].
di tengah perkataan:
[saat], [ umaat], [kadaan], [soal].
di akhir perkataan:
[tida], [ana], [ka], [gala].
25
Rajah 28
Penghasilan Konsonan [ ]
elok tamak cucuk kicap bahu semak muka itik 8. Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-
gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat
sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara dibuka
(direnggangkan).Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara
tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta).Walau
bagaimanapun, untuk bunyi konsonan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah
lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan
(afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan church. Bunyi konsonan [] yang
hadir dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[ari], [uti], [uri], [ontoh].
di tengah perkataan:
[sui], [bani], [bni], [kuni].
di akhir perkataan:
[ma], [ko].
26
Rajah 25
Penghasilan Konsonan []
9. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ ] Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan apabila depan lidah dirapatkan pada daerah
lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga
mulut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk
menyekat udara daripada memasuki rongga hidung dan pita suara dirapatkan.Udara dari
paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada
daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan dengan cepat atau
sertamerta).Bagi bunyi kononan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih
cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti
untuk perkataan judge.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [] (lihat rajah 2.31). Bunyi
konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[ aan], [ olo], [ agut], [ uga].
di tengah perkataan:
[ta am], [tr un], [bu a], [hu an].
di akhir perkataan:
[ime ], [kole ].
27
Rajah 26
Penghasilan Konsonan [ ]
jala cukai jambu capal juta celah kipas cuci 10. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], daun lidah
dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan
pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.Pita suara
dibuka (direnggangkan).Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan
pada daerah gusi.Pita suara tidak digetarkan.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi
tidak bersuara [s] (lihat rajah 2.32). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang
berikut:
di awal perkataan:
[saya], [sapu], [suguh], [sdap].
di tengah perkataan:
[basuh], [kasar], [dasar], [pasar].
di akhir perkataan:
[habis], [bilis], [hiris], [bras].
Rajah 27
Penghasilan Konsonan [s]
28
11. Geseran Glotis Bersuara [h]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], pita suara dibuka
(direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis.Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui hidung.Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan
glotis.Pita suara digetarkan.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis
bersuara [h] (lihat rajah 2.33). Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[habis], [hulur], [hantu], [higap].
di tengah perkataan:
[lihat], [tahap], [peha], [sehat].
di akhir perkataan:
[brseh], [lteh], [kaseh], [lbeh].
Rajah28
Penghasilan Konsonan [h]
12. Getaran Gusi Bersuara [r]
Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara hujung lidah dikenakan pada
gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan
pita suara digetarkan.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [r] (lihat rajah
2.34). Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[rasa], [rabun], [runtuh], [rusuh].
di tengah perkataan
29
[bras], [kras], [laras], [karut].
di akhir perkataan:
[bsar], [kasar], [lebar], [edar].
Rajah:29
Penghasilan Konsonan [r]
13. Sisian Gusi Bersuara [l]
Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara hujung lidah dikenakan
pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-
paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.Pita suara dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya
dapat keluar melalui sisian atau tepian dan pita suara digetarkan.Bunyi yang dihasilkan ialah
bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l] (lihat rajah 2.35). Kehadiran konsonan ini dalam
perkataan adalah seperti yang berikut:
di awal perkataan:
[lama], [lambat], [lampu], [lupa].
di tengah perkataan:
[slamat], [klat], [kilat], [bulat].
di akhir perkataan:
[tigal], [bkal], [pegal], [pukul]
30
Rajah 30
Penghasilan Konsonan [l]
14. Sengau Dua Bibir Bersuara [m]
Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan carabibir bawah
dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-
paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat
memasuki rongga hidung dan pita suara dirapatkan.Udara dari paru-paru memasuki rongga
mulut dan keluar melalui rongga hidung.Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan
pita suara digetarkan (lihat rajah 2.36). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti
yang berikut:
di awal perkataan:
[makan], [malam], [mula], [masin].
di tengah perkataan:
[timun], [namun], [timur], [lima].
di akhir perkataan:
[salam], [silam], [dalam], [tilam].
Rajah31
Penghasilan Konsonan [m]
31
15. Sengau Gusi Bersuara [n]
Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara hujung lidah dirapatkan pada
gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga
mulut.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara
dapat keluar melalui rongga hidung dan pita suara dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar
ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung.
Pita suara digetarkan.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n] (lihat rajah
2.37). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[nasi], [nuri], [naka], [naluri].
di tengah perkataan:
[knari], [binasa], [panas], [lontar].
di akhir perkataan:
[papan], [simpan], [lapan], [smbilan]
Rajah 32
Penghasilan Konsonan [n]
16. Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []
Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku ialah depan lidah dirapatkan
pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang
rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.Pita
suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi,
kemudian keluar melalui rongga hidung.Pita suara digetarkan.Bunyi yang dihasilkan ialah
32
bunyi konsonan sengau lelangit kerasgusi bersuara [] (lihat rajah 2.38). Kehadiran bunyi
konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[ai], [ata], [amo], [ao].
di tengah perkataan:
[baa], [mia], [taa], [sui].
Rajah 33
Penghasilan Konsonan [ ]
17. Sengau Lelangit Lembut Bersuara []
Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dihasilkan dengan cara
belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang
keluar dari paru-paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka
rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara
dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit
lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.Bunyi yang dihasilkan
ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [] (lihat rajah 2.39). Kehadiran konsonan ini
dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[aa], [iau].
di tengah perkataan:
[bua], [sia], [baga], [taga].
di akhir perkataan:
[tagu], [bara], [tan u], [gunu].
33
Rajah 34
Penghasilan Konsonan []
18. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]
Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara bibir
dibundarkan.Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit
lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]).Pita suara
dirapatkan dan udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi)
untuk menghasilkan vokal tengah [] (lihat rajah 2.40). Kehadiran konsonan ini adalah
seperti dalam contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[wau], [waris], [waja], [wa].
di tengah perkataan:
[kawan], [lawan], [kawat], [lewat].
di akhir perkataan:
[sepa takraw].
Rajah 35
Penghasilan Separuh Vokal [w]
34
19. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]
Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j],depan
lidah pelu dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i], kemudian
semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan
vokal tengah [].Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding
tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung manakala pita suara perlu
dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara.
Semasa menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke
kedudukan vokal tengah [].Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j]
(lihat rajah 2.41). Kehadiran bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam
contoh yang berikut:
di awal perkataan:
[ja], [jakin], [jatim], [juran].
di tengah perkataan:
[daja], [saja], [baja], [smbahja].
Rajah36
Penghasilan Separuh Vokal [j]
35
BAHAGIAN 2
3.0 PASANGAN MINIMAL BAHASA MELAYU
Menurut Kamus Linguistik (1997), pasangan minimal ialah dua butir linguistik yang
hanya berbeza pada satu unit, seperti batu dan baku. Perbezaan berlaku pada fonem /t/ dan
/k/.Dua fonem berkontras dalam dua perkataan yang membawa makna yang
berbeza.Perbezaan yang wujud hanya melibatkan satu fonem.Namun, perbezaan ini
membawa perbezaan makna. Dengan demikian, pasangan minimal ialah pasangan terkecil
perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara
menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi masih terdapat perbezaan kecil pada bunyi
(fonem) tertentu yang membezakan makna antara perkataan tersebut. Oleh itu, pasangan
minimal ialah pasangan perkataan yang dibezakan oleh satu fonem sahaja.Ringkasnya,
pasangan minimal ialah pasangan kata yang mempunyai perbezaan fonem terbatas pada
satu fonem sahaja (Paitoon, 2006).
Contoh pasangan minimal adalah seperti yang berikut:
paku/paku/ - baku /baku/
padan /padan/- padam /padam/
tari /tari/ - dari /dari/
laku /laku/- lagu /lagu/
baca /baca/- baja /baja/
sama /sama/- sana /sana/
bawang /bawa/- bayang /baya/
situ /situ/ -satu /satu/
garu/garu/ -guru /guru/
bila /bila/ - bela /bela/
serong /sro/- sorong /soro/
buka/buka/ - buku /buku/
karam /karam/ - garam /garam/
kali /kali/ - gali /gali/
guli /guli/ - kuli /kuli/
Pasangan minimal seperti yang dijelaskan di atas, memberikan bukti akan kewujudan
kontras fonemik dalam bahasa. Pasangan minimal bukan sahaja penting dalam analisis
fonemik,malah penting juga dalam pengajaran bahasa.Dengan memberikan contoh
pasangan minimal, pelajar dapat mengenal pasti perbezaan bunyi (fonem) dan perbezaan
makna dalam pasangan perkataan tersebut. Pelajar juga dapat dilatih untuk membina
perkataan berdasarkan pasangan minimal, seperti dalam contoh yang berikut:
36
a. buku duku, suku, kuku
b. cam dam, pam, tam
c. pas das, tas, cas, bas
d. maki baki, daki, kaki
e. peria ceria, deria
f. wira nira, kira, sira
Latih tubi pasangan minimal bertujuan melatih murid menyebut perkataan yang
hampir sama sebutan bunyinya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Pasangan kata ini
mempunyai perbezaan kata yang kecil sahaja kerana melibatkan dua fonem yang berbeza.
Biasanya perkataan ini mempunyai bilangan suku kata yang sama tetapi perbezaan fonem
ini boleh mengubah maksud perkataan tersebut.
Murid-murid yang dikenal pasti kurang mahir menyebut perbezaan fonem ini perlulah
dilatih untuk menyebut perkataan ini berkali-kali agar sebutannya fasih dan betul. Ini juga
dapat membantu murid-murid yang pendiam, malu atau tidak yakin untuk bertutur. Selain itu
guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bersifat dua hala.
Contoh :
satu - catu
zip - jip
curi - duri
tarik - carik
kari - jari
37
BAHAGIAN 3
4.0 Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu
Sudah 40 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua
bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan
Pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua
negara pada 16 Ogos 1972.Bahasa Melayu mempunyai system tulisannya yang
tersendiri..Sistem tulisan bahasa Melayu juga menerima perubahan sepanjang
perkembangannya, bermula daripada zaman Sriwijaya, Majapahit membawa ke zaman
British dan selepas 1957. Huruf-huruf dalam Bahasa Melayu mempunyai bunyi dan
namanya sendiri. Ianya disusun mengikut prinsipnya dan akan membnetuk bunyi-bunyi
bahasa yang bermakna dinamakan ejaan.Wujudnya sistem ejaan di alam Melayu adalah
bermula sejak zaman huruf Kawai, batu bersurat hingga membawa ke system ejaan yang
kita gunakan sekarang. Sistem ejaan umi Bahasa Melayu yang pertama di Tanah Melayuu
diperkenalkan oleh R.J. Wilkinson pada tahun 1902.Sistem ejaan rumi telah mengalami
perubahan kepada system ejaan Zaaba yang telah diguna pakai di sekolah-sekolah dan
dijadikan sebagai ejaan rasmi kerajaan dalam tempoh yang agak lama.Akhirnya, sistem
ejaan Zaaba telah digantikan dengan system rumi baharu bahasa Malaysia pada 16 Ogos
1972.
4.1 Sistem Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada
kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal
pada suku kata akhir tertutup. Dengan sistem keselarasan huruf vokal bererti sistem atau
aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua sukukata pada kata
dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal dan mengikut syarat-syarat yang berikut iaitu ;
(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup
(iii) .Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem
keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.
38
4.2 Pola keselarasan vokal.
Menurut sumber dalam Modul BML 3043 yang ditulis oleh Prof. Dr. Abdul Hamid
Mahmood , terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu.
Pola keselarasan vokal dapat dilihat dari jadual di bawah :
Bil. Suku kata praakhir Suku kata Akhir Tertutup
Contoh Penggunaan
1. a a asal talak halaman
2. a i alih tarik parit
3. a u asuh datuk basuh
4. e (pepet) a emas kelam selam
5. e (pepet) i petik ketil lebih
6. e (pepet) u belut telur perut
7. e (taling) a elak dewan perang
8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh
9. e (taling) o elok belok telor
10. i a bilah kilang selinap
11. i i intip pilih sisih
12. i u pikul ribut tidur
13. o a otak borang sekolah
14. o e (taling) oleh boleh celoteh
15. o o obor borong kelompok
16. u a ulat bulat ketupat
17. u i ulit kulit putih
18. u u untuk buluh seluruh
4.3 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal Selain dari pola keselarasan vokal dalam sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat po;a
;ain seperti pola kekecualian yang digunakan untuk mengeja kata-kata asing/ pinjaman,
khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal
sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Menurut sumber dari Modul BML 3043 yang
ditulis oleh Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:
39
Bil Pola Vokal
Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris
1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel
2. a-o calon lapor perabot atom faktor
3. e pepet e taling gembleng 4. e pepet o bendok jempol gabenor interkom 5. i-e taling imlek simen tiket
6. i-o ijon pilon diftong transistor
7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen
8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor
9. a-e pepet pakem teater
10. e taling hipotesis objektif
11. e taling-u petroleum spektrum
12. e pepet e pepet demdem pepet 13. i-e pepet iseng artikel filem
14. o-i fosil hipokrit
15. o-u bonus forum
16. u-e pepet lumer skuter
17. e taling e pepet meter 18. o-e pepet Oktober
40
5.0 Penutup/kesimpulan
Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang
terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.Bidang yang disebut sebagai bidang fonetik meliputi
seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun non-verbal.Tugasan ini telah
mempertingkatkan lagi pemahaman dalam Bahasa Malayu yang berkaitan dengan alat-alat
artikulasi serta menambah pemahaman tentang fonetik dan fonologi bahasa Melayu
menerusi organ pertuturan manusia. Perbincangan tentang perkembangan Bahasa Melayu
tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak disentuh. Badan
ini merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan Bahasa
Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memajukan bahasa
amat penting dalam memperkembangkan Bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa yang
digunakan dalam semua urusan samada rasmi atau tidak rasmi dan juga sebagai bahasa
ilmu dalam pendidikan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan tentang alat-alat artikulasi,kita dapat mentafsirkan
bahawa bahasa mempunyai suatu sifat yang dikatakan sebagai bahasa sebagai simbol
bunyi.Dengan hanya menggunakan bahagian-bahagian tubuh manusia,kita dapat
berbahasa dengan menggunakan pelbagai bunyi yang dapat dihasilkanTerdapat banyak
bahagian tubuh manusia yang mendukung peranan sebagai alat artikulasi seperti
bibir,gigi,gusi,lidah,tulang rahang dan anak tekak.Berdasarkam alat-alat artikulasi inilah
manusia dapat bertutur dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan
konsonan.
Konklusi keseluruhannya,pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi adalah
penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar bahawa alat-alat artikulasi atau organ-
organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai pefungsi yang
sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara
individu.Tambahan pula,penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan
pelajar untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-
alat artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat
penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung
kepada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang digunakan.
41
6.0 Rujukan
Abdul Hamid Mahmoood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik Fonetik dan
Fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood. Suhaina Abdullah (2012) ,Modul BML 3043 , Fonetik &
Fonologi Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI.
Ali, M. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
Aziz, S. H. (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. (2012). Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.
Jalaludin, N. (2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://jumro.blogspot.com/2013/03/cabang-cabang-ilmu-linguistik.html
Recommended