UKM: Pendaulat Amanah Negara UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara membawa maksud universiti ini akan terus memelihara teras dan asas kewujudannya. Amanah yang diletakkan kepada universiti untuk memperjuangkan kejayaan bangsa dan negara adalah di atas landasan kebangsaan yang berteraskan budaya peribumi dan Islam serta keutuhan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu tinggi. Ini akan terus menjadi agenda perdana UKM. Namun, itu tidak bermaksud UKM mengabaikan kepentingan pelajarnya menguasai bahasa utama dunia yang lain.
Dengan mengambil kira cabaran dan harapan semasa yang semakin besar dan beragam, UKM menggerakkan seluruh sumber dan jentera untuk mencapai misinya menerusi enam bidang keberhasilan utama. Bidang tersebut merangkumi penghasilan Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing dan Inovatif, Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi, Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik, Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang, Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik, serta Prasarana dan Persekitaran Ilmu yang kondusif.
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali Naib Canselor UKM
BULETIN
KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 1
FEBRUARI 2015
“Adalah harapan saya agar semua staf UKM berazam melakukan
sesuatu untuk mencapai matlamat KRA”
Prof. Dato’ Ir. Dr. Marzuki Mustafa
Pusat Strategi UKM
Mesej Pengurusan
Aktiviti dan
Pencapaian
Bicara KRA
Aktiviti Hebahan KRA
kepada Pihak
Berkepentingan
1
KANDUNGAN
13 perjumpaan Naib Canselor dengan Dekan (hujung 2013) 12 lawatan Naib Canselor ke Fakulti (Januari – April 2014) Syarahan Naib Canselor (19 Mei 2014) 18 mesyuarat pemurnian Sub-KRA dengan Pengerusi JK Task Force
(Mei– September 2014) Bengkel Pemurnian KRA bersama Pengurusan F/I/P (18 Ogos 2014) 12 pembentangan strategi dan KPI KRA oleh Pengerusi JK Task Force 26 perbincangan pelan tindakan dengan Pengurusan F/I/P
(Sept – Okt 2014) Pembentangan kepada KSU II (14 September 2014) Pembentangan kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (16 Oktober 2014) 12 Bengkel Pelan Tindakan F/I/P (Nov – Dis 2014) Retreat Keberhasilan Utama bersama Pengurusan Tertinggi UKM
(7 Dis 2014) 2 taklimat Cabaran Perdana F/I/P (16 Dis 2014 dan 7 Januari) Mini Town Hall (Bicara KRA) (19 Dis 2014) Pameran KRA di Foyer Canselori (Dis 2014)
Penasihat
Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa
Ketua Editor Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom
Editor
Prof. Dr. Mohammad Kassim Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
Hj. Zanudin Mohd Daud Puan Zaimi Makhtar
Puan Nor Saribon Ramli
Editor Bersekutu Encik Saipulizam Abd. Ghani
Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar
Reka Bentuk Encik Barudin Baharin
Urus Setia
Encik Ahmad Hazreen Wagiman
Puan Nur Hazimah Abd. Kadir
Pusat Strategi UKM
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89214647
Fax : 03-89214800
www.ukm.my/strategi-ukm
Sekiranya anda mempunyai sebarang
bahan sama ada berbentuk artikel
ataupun gambar (resolusi tinggi),
mohon dapat majukan bahan tersebut
ke alamat emel [email protected]
4
HUBUNGI
SIDANG PENGARANG
AKTIVITI HEBAHAN KRA
KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN
4
Misi Bantuan Banjir UKM ke Pantai Timur telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan lebih seribu sukarelawan UKM. Media Prima Berhad telah menaja misi ini dengan menyumbangkan RM200,000 dan satu kontena barangan keperluan mangsa banjir serta mendapat liputan oleh TV3. (KRA 3)
AKTIVITI & PENCAPAIAN
Pengujudan IND-E-ZONE oleh UKM-Karier dan TalentCorp (Industry Engagement Zone) untuk meningkatkan interaksi pelajar dengan industri sesuai dengan KRA 1 untuk menghasilkan graduan yang kompeten.
2
Makalah Jurnal bertajuk Struktur dan Sifat Optik Filem Nipis Nanozarah ZnO Terdop Ga (Structural and Optical Properties of Ga-doped ZnO Nanoparticle Thin Films) pengarangnya Dr. Rozidawati Awang, Dr. Siti Nur Haslinda Mohd. Daud, Dr. Chi Chin Yap, Dr. Mohammad Hafizuddin Jumali dan Dr. Zalita Zainuddin telah menerima Anugerah Buku Negara (kategori kaunseling dan psikologi) Anugerah MAPIM-KPM 2013 (kategori makalah jurnal terbaik) adalah contoh kesarjanaan yang diiktiraf (KRA 2).
Projek UKM4Bangi: Keterlibatan Industri dan Komuniti Program Pembersihan Tasik Cempaka pada 21 Dis 2014 bersama UPM, UTM, MPKJ, Persatuan Penduduk BBB dan Bangi Industry Administrative Association adalah merupakan aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan budaya keterlibatan di kalangan warga UKM (KRA 3).
Penajaan Kompleks Kriket UKM bernilai RM1.4 juta oleh Yayasan Sime Darby dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia adalah contoh prasarana UKM yang ditaja oleh entiti yang berwibawa. (KRA 5)
Bicara KRA - Staf Pengurusan & Profesional dan Staf Pelaksana Jabatan Pendaftar, UKM menyahut seruan YBhg. Datuk Naib Canselor untuk melebar luaskan pengetahuan staf mengenai KRA UKM dengan menganjurkan Program Bicara KRA yang telah diadakan pada 19 Disember 2014 di DECTAR, UKM. Program ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada staf dan memastikan staf jelas dan faham dengan KRA UKM. Sebagai makluman kepada YBhg. Datuk, untuk peringkat pertama ini, Seramai 2,000 staf yang terdiri daripada staf Pengurusan dan Profesional (P&P) dan staf Pelaksana yang hadir dalam majlis tersebut.
Tuntas Bicara KRA Sistem Ujian Keselamatan Makmal (SUKeM)
Oleh Kumpulan SUKeM
Sistem ini telah memenangi Anugerah Inovasi Proses Pengurusan dan Pentadbiran pada Anugerah Inovasi UKM ke-8. Sistem ini juga telah berjaya dibangunkan bagi memastikan operasi makmal berjalan lancar dengan mengutamakan keselamatan diri, orang lain dan persekitaran. Peraturan yang disarankan merupakan langkah awal pencegahan kemalangan di dalam makmal. Lambakan Sisa Elektronik Jenis Axial Di Makmal JKEES’
Oleh KIK Kumpulan Charge
Kumpulan ini adalah Juara Keseluruhan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Ke-17 UKM. Kumpulan ini telah berjaya menangani permasalahan berkaitan pengurusan sisa elektronik di jabatan, di samping meningkatkan kesedaran untuk melestarikan alam sekitar kepada semua peringkat masyarakat, prosedur kerja juga menjadi lebih sistematik. Kutipan Bolos Semasa Pesakit Discaj
Oleh Kumpulan One Touch Jabatan Kewangan, PPUKM
Kumpulan ini telah memenangi Anugerah Inovasi ICT (Kategori Kumpulan) pada Majlis Anugerah Inovasi UKM ke-9. Kumpulan ini juga telah berjaya membuat penambahbaikan garis panduan kutipan deposit pesakit sebelum kemasukan dan semasa dalam wad. Pihak Jabatatan Kewangan telah berjaya meningkatkan kutipan hasil pesakit PPUKM dan jumlah bolos dapat dikurangkan sebanyak RM 1.89 juta.
‘KRA KE PERSADA DUNIA’
K.......... R A……….
K.......... R A……….
K.......... R A……….
K.......... R A……….
Keberhasilan Utama UKM
Strategi Ke Arah Kecemerlangan
Disegani Seluruh Dunia
Agenda Negara dan Bangsa
K.......... R A……….
K.......... R A……….
K.......... R A……….
K.......... R A……….
Transformasi Utama UKM
Strategi Ke Persada Dunia
Keunggulan Nusa Tercinta
Pendaulat Amanah Negara
Lirik : Drs. Rafie Hj. Mohammad
Nyanyian : Roy
KIK One Touch PPUKM
Pelancaran Kempen Kesedaran KRA
KIK Kumpulan Charge FKAB
BICARA KRA
LAGU KRA
3
Puan Normala
Puan Siti Zaida
Encik Sazali