CASE STUDY COMMUNITY
(UNIT SEKOLAH)
PEDICULOSIS
(KUTU KEPALA)
DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI ZABLI
NO. K/P : 900106-12-5316
NO. MATRIK : DBMA 090 209
T/TANGAN PEMERIKSA
1
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN...........................................................................................................3
2.0 MASALAH KUTU KEPALA.......................................................................................4
3.0 TANDA DAN GEJALA...............................................................................................5
4.0 KITAR HIDUP KUTU.................................................................................................6
5.0 CARA JANGKITAN KUTU........................................................................................6
6.0 RAWATAN..................................................................................................................7
7.0 LANGKAH PENCEGAHAN.......................................................................................8
8.0 KESIMPULAN.............................................................................................................8
9.0 RUJUKAN...................................................................................................................9
2
1.0 PENGENALAN
Pediculosis adalah keadaan yang disebabkan oleh infestasi kutu iaitu sejenis
parasit dari kumpulan pediculosis humanus. Secara amnya, pediculosis berpunca
daripada tiga jenis kutu iaitu pediculosis capitis, pediculosis corporis (kutu badan)
dan pediculosis pubis (kutu kemaluan). Walau bagaimanapun, pediculosis capitis
merupakan parasit yang kerap menyerang bahagian kepala manusia dan ini lebih
dikenali sebagai kutu kepala.
Menurut Shafinaz Sheikh Maznan (2008) di dalam Utusan Online, “kutu
kepala sudah menjangkiti manusia sejak berjuta tahun lamanya tidak kira di negara-
negara membangun mahupun maju. Setiap tahun, dianggarkan antara enam juta
hingga 12 juta orang manusia di seluruh dunia dijangkiti oleh kutu kepala”.
Kutu kepala adalah serangga kecil yang pipih dan tidak mempunyai sayap.
Kutu kepala hidup dan melekat pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah
kira-kira 2 – 4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian
belakang. Kutu kepala menggigit kulit kepala dan menghisap darah manusia.
Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini
menyebabkan rasa gatal pada kulit kepala.
3
2.0 MASALAH KUTU KEPALA
Kutu kepala merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan boleh
menyebabkan rasa tidak selesa yang teramat sangat. Masalah ini selalu berlaku
dengan kanak-kanak. Berikut merupakan jadual tentang masalah kutu kepala yang
dapat dikesan di kalangan murid pra-sekolah, tahun 1, tahun 6 dan pelajar tingkatan
3 semasa membuat pemeriksaan kesihatan di beberapa buah pusat sekolah di
sekitar daerah Yan dari bulan januari hingga jun tahun 2010.
Jadual masalah kutu dikalangan budak sekolah dari bulan januari hingga jun
tahun 2010
Kelas/tahun/peringkatBilangan pusat
sekolah
Bilangan murid yang didaftarkan
(Enrolmen)
Masalah kutu yang dikesan.
Pra 26 618 49
Tahun 1 29 1199 47
Tahun 6 29 1486 69
Tingkatan 3 12 1903 87Sumber: sistem maklumat pengurusan kesihatan PKD Yan.
Berdasarkan jadual di atas, masalah kutu merupakan masalah yang masih ketara
diahadapi oleh kanak-kanak di sekolah. Di sekolah, ia boleh berjangkit dengan begitu
mudah sekali. Jika seorang murid mempunyai kutu, boleh dikatakan seluruh kelas
akan turut dijangkiti olehnya.
Menurut pendapat Mohammad Nik (2010), “jangkitan kutu kepala selalunya
berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 3 hingga 12
tahun dan anak perempuan lebih kerap dijangkiti berbanding perempuan”. Ini dapat
dilihat melalui jadual di mana murid pra-sekolah mempunyai 49 kes, murid tahun 1
mempunyai 47 kes sementara murid tahun 6 mencatatkan 69 kes dari keseluruhan
4
bilangan murid yang di daftarkan. Walau bagaimanapun, masalah kutu bukan sahaja
berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun malah ianya juga
berlaku kepada remaja 15 tahun. Daripada 1903 orang pelajar tingkatan 3 yang telah
menjalani pemeriksaan seramai 87 orang didapati mendapat masalah kutu. Ini
mungkin disebabkan faktor pelajar yang menghuni asrama dimana penyebaran kutu
adalah sungguh mudah apabila terdapat pergaulan antara pelajar yang mempunyai
masalah kutu dengan pelajar yang lain sama ada sentuhan secara langsung antara
rambut ke rambut dan perkongsian barang seperti sikat rambut dan bantal.
3.0 TANDA DAN GEJALA
Antara gejala-gejala yang dialami oleh kanak-kanak tersebut ialah rasa yang
sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher. Mereka sentiasa
menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga. Kelihatan bintik-bintik putih pada rambut iaitu merupakan telur kutu yang
melekat kepada rambut. Telur kutu juga dikenali sebagai nits. Dalam kes-kes yang
teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan kulit yang pecah
akibat digaru dengan kuat.
Diagnosis masalah kutu dikalangan kanak-kanak yang dijangkiti dapat dibuat
berdasarkan inspeksi pada kulit kepala dan helaian rambut mereka dimana
terdapatnya kutu yang masih hidup serta telur kutu yang melekat pada helaian
rambut.
5
4.0 KITAR HIDUP KUTU
Kutu kepala menyerang pada kulit kepala dan membiak sangat cepat.
Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina
menghasilkan 6 - 8 biji telur setiap hari dan akan bertelur lagi dalam masa 16 hari.
Telur kutu biasanya melekat pada bahagian bawah helaian rambut. Telur ini akan
menetas dalam masa 6 - 7 hari dan anak kutu menjadi matang dalam masa 2
minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Telur kutu atau nits kerap ditemui
di belakang telinga dan belakang leher.
5.0 CARA JANGKITAN KUTU
Kutu kepala lebih kerap ditemui pada kepala kanak-kanak perempuan yang
berambut panjang. Kutu mudah berjangkit walaupun tidak boleh melompat atau
terbang. Kutu biasanya berpindah daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-
kanak lain apabila mereka tidur bersama atau bermain bersama dalam kumpulan.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang
bermasalah.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid (2010) “Kutu merupakan
masalah ketara pada rambut apabila kesihatan diri tidak dipentingkan. Kutu
atau nama saintifiknya, Pediculus humanes dapat berpindah daripada
seorang individu kepada individu yang lain apabila peralatan rambut seperti
sikat dikongsi bersama”. Menurut pendapat Hasnan Azlan (2010) pula, kutu
kepala tidak memilih kepala sama ada bersih atau kotor malahan ia lebih suka
6
dengan rambut yang bersih, lurus dan pendek kerana ia memudahkan laluan kutu di
kepala.
6.0 RAWATAN
Memandangkan kutu boleh merebak dengan begitu mudah dan cepat, adalah
penting untuk merawatnya dengan betul dan menyeluruh. Pada masa dahulu,
minyak tanah digunakan untuk membunuh kutu kepala. Namun begitu ia
mengundang bahaya kerana boleh terbakar. Terdapat juga beberapa jenis racun
serangga yang boleh digunakan untuk merawat masalah kutu kepala ini. Gamma
benzene hexachloride dan Malathion merupakan rawatan kutu kepala paling
berkesan. Bagaimanapun, Gamma benzene hexacloride telah diharamkan di
beberapa negara kerana dikaitkan dengan keradangan sistem saraf pusat.
Syampu Malathion didapati berkesan menghapuskan kutu kepala dan telur-
telurnya selepas 10 minit disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan.
Kadar penyembuhan kutu kepala mencapai 95.5 peratus. Cara untuk menggunakan
ubat kutu adalah seperti berikut:
6.0.1 Cara penggunaan syampu Malathion
1. Basahkan rambut terlebih dahulu kemudian sapukan syampu Malathion ke
seluruh rambut sehingga kulit kepala berasa basah. Beri perhatian terhadap
bahagian belakang kepala dan leher.
2. Tutup kepala dengan tuala dan biarkan selama 10 – 15 minit.
3. Basuh dan syampu rambut selepas 24 jam.
4. Selepas rawatan syampu, buangkan telur kutu yang mati dengan sikat bergigi
yang halus.
7
5. Rawatan ini hanya boleh diulang selepas 7 – 9 hari.
Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, hendaklah berjumpa dengan
doktor untuk rawatan lanjut.
7.0 LANGKAH PENCEGAHAN
Adalah amat penting menjaga kebersihan diri terutama rambut untuk
mengelak jangkitan kutu. Elakkan daripada berkongsi berus, sikat, aksesori rambut
dan tuala dan sebagainya. Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah
digunakan pada rambut yang telah dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam,
dicuci dan dikeringkan sepenuhnya. Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci
dengan air panas dan dikeringkan di bawah cahaya matahari. Vakumkan semua
tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain. Jangan
menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah
dirawat dengan sempurna kerana berisiko untukk menjangkiti orang lain.
8.0 KESIMPULAN
Pedikulosis kapitis adalah penyakit pada kulit kepala dan rambut yang
disebabkan oleh parasit Pediculus humanus capitis. Cara penularan penyakit ini
ditularkan melalui sentuhan kepala dengan kepala atau melalui benda-benda seperti
sisir, bantal, dan asesoris rambut. Gejala yang paling sering timbul adalah gatal pada
kulit kepala terutama pada bahagian belakang telinga dan leher yang disebabkan
oleh air liur dari kutu yang mengigit kulit kepala semasa menghisap darah. Rawatan
utama adalah dengan menggunakan ubat syampu seperti Malathion. Pencegahan
dapat dilakukan terutama dengan menjaga kebersihan rambut, pakaian, serta benda-
benda yang dapat menjadi media penularan.
8
9.0 RUJUKAN
1. Graham-Brown R, Savin J, Milner J, editors. Head Lice. In : In Clinical Practice
Series Dermatology. China : Churcill Livingstone, 2004. p 48-51
2. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2010 julai 11]; Maklumat
dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?
ijkey=e9ca60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c
3. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2010 julai 11]; Maklumat
dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?
ijkey=e9ca60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c
4. Kutu kepala [online] [dilayari pada 2010 julai 10]; Maklumat dari:
URL:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kutu_kepala
5. Kutu sukakan kepala bersih [online] [dilayari pada 2010 julai 14]; Maklumat
dari:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hi
ve
9