GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 1 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K
Seksyen: Kandungan:
Muka Surat:
A Objektif
2
B Latarbelakang
2
C Rujukan
2
D Panduan Penyemakan dan Penilaian
2
D1 Contoh muka depan Sijil Kalibrasi yang dikeluarkan oleh Makmal yang diakreditasi
3 - 6
D2 Contoh keputusan kalibrasi yang menunjukkan peralatan pengujian berfungsi dengan baik
7 - 8
D3 Contoh keputusan kalibrasi yang menunjukkan peralatan pengujian tidak berfungsi dengan baik
9-10
E Penutup 11
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 2 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K A. OBJEKTIF:
Memberi panduan untuk menyemak dan menilai sijil kalibrasi bagi peralatan pengujian
.
B. LATARBELAKANG:
1. Keperluan menggunakan peralatan yang dikalibrasi telah ditetapkan dalam Dokumen
SPK JKR dan juga spesifikasi jabatan.
2. Definisi Kalibrasi dalam dokumen SPK JKR adalah merupakan ketentukuran bagi
sesuatu peralatan mengikut piawaian atau makmal yang diiktiraf mengikut tempoh sah
dan julat ketepatan yang dibenarkan.
3. Hanya sijil kalibrasi yang dikeluarkan makmal yang diiktiraf dibawah Skim Akreditasi
Makmal Malaysia(SAMM) di bawah kawalan Jabatan Standards Malaysia di dalam
bidang kalibrasi (field of calibration) seperti Electrical, Dimensional, Heat and
Temperature, dll dan di dalam skop berkaitan peralatan pengujian tertentu boleh
diterimapakai.
(Nota: Bagi sijil kalibrasi yang dikeluarkan oleh makmal luar negara, pautan untuk
menyemak status makmal berkenaan boleh didapati pada laman web Jabatan
Standards Malaysia.)
4. Pegawai yang menyemak sijil kalibrasi mesti mengambil kira perkara-perkara penting
lain yang dinyatakan dalam sijil kalibrasi selain daripada maklumat asas peralatan,
tarikh dikalibrasi dan tarikh cadangan dikalibrasi semula (sekiranya ada).
5. Oleh itu, satu kaedah seperti maklumat bergambar dan penerangan lebih terperinci
disediakan kepada pegawai-pegawai JKR yang terlibat dalam aktiviti menyemak dan
menilai mana-mana sijil kalibrasi peralatan yang dikemukakan oleh kontraktor mahu
pun peralatan kepunyaan jabatan.
C. RUJUKAN
1. Malaysia/ International Standard – MS ISO/IEC 17025 :2005 General Requirements For
The Competence of Testing and Calibration Laboratories.
Section 5: :Butiran yang perlu ada pada sijil kalibrasi:
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 3 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K 1.1 Tajuk: Sijil Kalibrasi (Calibration Certificate)
1.2 Nama dan alamat makmal kalibrasi
1.3 Nombor rujukan sijil dan jumlah mukasurat
1.4 Nama dan alamat pelanggan
1.5 Tanda pengenalan dan deskripsi item yang dikalibrasi.
1.6 Deskripsi keadaan peralatan sebelum dan selepas di kalibrasi.
1.7 Tarikh item diterima/dikalibrasi
1.8 Metod kalibrasi
1.9 Reference to any sampling procedure
1.10 Informasi lain yang perlu dinyatakan
2. Laman web Standards Malaysia, www.standardsmalaysia.gov.my
- dokumen SAMM
3. Dokumen SPK MS ISO 9001:2008;
3.1: Manual Kualiti dan
3.2: Prosedur Pembinaan & Penyeliaan Tapak Bina (JKR.PK(O).04.
Cabutan:
Sijil Kalibrasi peralatan perlu disemak semasa pemeriksaaan kerja-kerja awalan
kontrak elektrik.
Prosedur ini juga menetapkan penyenaraian semua peralatan yang telah di
kenalpasti yang perlu dikalibrasi : jenis peralatan, no. siri, no. sijil kalibrasi, tarikh
tamat tempoh sijil kalibrasi dan tarikh kalibrasi peralatan.
(Nota; Pastikan bahawa *tarikh kalibrasi peralatan tersebut berada dalam *tempoh
yang telah ditetapkan. Rujuk spesifikasi bagi julat ketepatan kalibrasi yang
diperlukan / dibenarkan.)
D. PANDUAN PENYEMAKAN DAN PENILAIAN
Nota: Illustrasi sijil kalibrasi ini adalah sebagai contoh sahaja. Nama dan butiran
makmal kalibrasi, jenama peralatan serta model, fungsi, julat pengukuran dan
lain-lain adalah berbeza antara satu peralatan dengan peralatan yang lain.
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 4 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K D1 Contoh: Muka depan Sijil Kalibrasi yang dikeluarkan oleh Makmal Akreditasi
Fig. D1-1
Fig. D1-2
Fig. D1-3
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 5 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K
Fig. D1-1
Fig D1-1a. : Logo Makmal Akreditasi Logo ini adalah logo yang digunapakai dalam sijil kalibrasi, laporan ujian dan urusan surat menyurat oleh makmal yang diakreditasi dibawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), Jabatan Standard Malaysia. Nota:
1. Surat Pengarah Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil(5)dlm.JKR(PE)2/5/10 bertarikh 8 Disember 1998 dan memo Bil(30)dlm.JKR(PE)2/3/4 bertarikh 8 Disember 2010 sebagai lampiran A kepada surat tersebut mewajibkan semua peralatan pengujian elektrik yang digunakan untuk projek-projek JKR dikalibrasi oleh makmal yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.
2. Logo ini hanya layak digunakan dibawah skop dan bidang yang diberi akreditasi dibawah Skim ini.
Fig D1-1b. :Nombor Rujukan Standard Standard rujukan bagi tujuan akreditasi samada Makmal Pengujian ataupun Makmal Kalibrasi menggunakan Standard MS ISO/IEC 17025:General requirements for the competence of testing and calibration laboratories. Fig D1-1c.: Bidang Akreditasi Makmal Bidang sesuatu makmal diakreditasi, samada Pengujian(Testing) ataupun Kalibrasi(Calibration). Fig D1-1d.: Nombor Makmal Akreditasi Nombor unik akreditasi (SAMM NO. XXX) untuk makmal yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dibawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).
Fig. D1-1b.
Fig. D1-1a.
Fig. D1-1c.
MS ISO/IEC 17025 TESTING
SAMM NO. 486
MS ISO/IEC 17025 CALIBRATION
SAMM NO. 082
Fig. D1-1d.
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 6 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K
Fig. D1-2
Fig. D1-2a. : Nama dan Alamat Makmal Nama dan alamat berdaftar makmal akreditasi yang membuat kalibrasi untuk peralatan pengujian tersebut. Fig. D1-2b. : Nama dan Alamat Pemilik Peralatan Pengujian Semakan pada bahagian ini dapat memastikan kontraktor berkenaan adalah pemilik kepada peralatan pengujian yang dikalibrasi. (Nota: Terdapat kes dimana sijil kalibrasi yang disertakan di dalam dokumen perolehan/kontrak bukan kepunyaan kontaktor tersebut). Fig. D1-2c. : Nombor Sijil (Certificate Number) Sekiranya pegawai yang menilai dan menyemak sijil kalibrasi mendapati terdapat kekeliruan dalam keputusan kalibrasi ataupun ingin memastikan kesahihan sijil kalibrasi berkenaan, pegawai boleh menghubungi makmal yang mengeluarkan sijil kalibrasi tersebut dan menyatakan nombor sijil yang ingin dibuat semakan pengesahan. (Nota:Sekiranya mana-mana Sijil Kalibrasi tidak mempunyai nombor sijil untuk dibuat rujukan, kesahihan sijil berkenaan boleh dipertikaikan.) Fig. D1-2d.:Jumlah Bilangan Mukasurat Setiap sijil hanya layak digunapakai jika mempunyai bilangan muka surat yang lengkap. Kontraktor mesti mengemukakan setiap mukasurat sijil kalibrasi yang dinyatakan untuk dibuat semakan yang lengkap.
Fig. D1-2d. Fig. D1-2b.
Fig. D1-2a. Fig. D1-2c.
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 7 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K Fig. D1-3
Fig. D1-3a. : Maklumat Peralatan Pengujian yang dikalibrasi Jenama, model dan nombor siri peralatan pengujian yang digunakan di tapak boleh disemak berdasarkan maklumat yang dinyatakan pada sijil kalibrasi. Fig. D1-3b. : Tarikh Luput (yang dipohon oleh pemunya peralatan) Peralatan yang telah luput tarikh kalibrasi tidak boleh diterima sebagai peralatan yang akan digunakan untuk melaksanakan pengujian di projek-projek JKR. (Nota: Jika tarikh luput tidak dinyatakan, sila pastikan peralatan berada dalam tempoh kalibrasi berdasarkan ketetapan kontrak, spesifikasi atau arahan semasa.) Fig. D1-3c.: Nombor Prosedur Kalibrasi Calibration Method dan nombor prosedur yang dinyatakan adalah prosedur skop kalibrasi peralatan yang telah mendapat akreditasi SAMM. Fig. D1-3d.: Nombor Stiker kalibrasi Setiap peralatan yang telah dikalibrasi akan diberi sekeping stiker dengan nombor yang sama yang dilekatkan pada peralatan berkenaan sebagai tanda peralatan tersebut telah dikalibrasi.
Fig. D1-3d
Fig. D1-3a
Fig. D1-3b
Fig. D1-3c
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 8 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K
D2 : Contoh: Keputusan kalibrasi yang menunjukkan peralatan pengujian BERFUNGSI DENGAN BAIK.
Fig.D2-2 Fig.D2-1
Fig.D2-3 Fig.D2-4
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 9 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K
Fig.D2-1. : Function/Range Menunjukkan parameter serta julat-julat yang terdapat pada peralatan pengujian yang dikalibrasi. Parameter dan julat-julatnya berbeza mengikut jenis peralatan pengujian. Fig.D2-1. : Applied Value Nilai rujukan bacaan untuk parameter yang dikalibrasi yang telah diukur dan diperolehi bacaannya menggunakan peralatan pengujian yang menjadi rujukan (Standard Instruments) seperti yang dinyatakan dalam muka depan sijil kalibrasi. Fig.D2-3. : Test Limits Had nilai bacaan minima-maksima berdasarkan kadar peratus ketepatan (percentage of accuracy) peralatan sebagaimana dinyatakan oleh pengilang peralatan berkenaan di dalam spesifikasi / data sheet. Fig.D2-4.: Meter Display Nilai bacaan yang diperolehi setelah pengukuran dibuat menggunakan peralatan pengujian yang menjadi subjek untuk dikalibrasi. Di dalam contoh ini, kesemua nilai bacaan pada kesemua julat menunjukkan bacaan yang baik iaitu tidak melebihi had minima-maksima sebagaimana ditetapkan oleh pengilang/pengeluar peralatan tersebut. Keputusan kalibrasi seumpama ini menunjukkan peralatan pengujian tersebut berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 10 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K
D3 : Contoh: Keputusan kalibrasi yang menunjukkan peralatan pengujian TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK
Fig.D3-1
Fig. D3-2
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 11 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K
Fig.D3-1 dan Fig.D3-2: Keputusan kalibrasi seperti yang ditunjukkan pada Fig.D3-1 dan Fig.D3-2 adalah contoh bacaan
dan output sebenar sebuah peralatan yang terkeluar dari had bacaan yang boleh diterima (test
limit) . Dalam erti kata yang lain, peralatan tidak berfungsi dengan baik dan tidak memberikan
bacaan yang toleransinya boleh diterima seperti yang diisytiharkan oleh pengilang.
Sekiranya, bacaan diambil secara terus tanpa mengambil kira error yang dinyatakan pada
keputusan kalibrasi , ini mengakibatkan data-data dan keputusan pengujian yang tidak tepat dan
tidak mencerminkan keadaan sebenar peralatan ataupun pemasangan yang dibuat ujian ke
atasnya.
Nota:
Terdapat proses dan method yang perlu diambil kira sekiranya peralatan pengujian berkenaan
terpaksa juga digunakan atas-atas sebab-sebab tertentu. Namun, ianya merupakan satu metod
pengiraan rumit dan tidak sesuai untuk diterangkan di dalam panduan ringkas ini.
Adalah dicadangkan peralatan pengujian yang memberikan error bacaan sebegini TIDAK
DITERIMA untuk digunakan.
GARIS PANDUAN
CKE.GP.08.05.(00).2013
Tarikh: Julai 2013
SIJIL KALIBRASI PERALATAN
PENGUJIAN:- PANDUAN
MENYEMAK DAN MENILAI
Pindaan: 0
Tarikh: -
Muka Surat : 12 dari 12
Garis Panduan Unit Standard, Pengujian & Makmal Akreditasi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia
CAWANGAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
K E. PENUTUP Adalah diharapkan maklumat ringkas berhubung dengan garis panduan ini akan memberikan
pemahaman dan membetul salah tanggapan tentang cara sebenar menyemak serta menilai sijil
dan keputusan kalibrasi peralatan pengujian yang digunakan untuk projek-projek JKR.
Data dan keputusan pengujian yang tepat ke atas pemasangan adalah sangat penting demi
keselamatan samada kepada pengguna mahupun peralatan-peralatan di dalam sesuatu premis
berkenaan.