EDU 3105TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
SOALAN
Jelaskan prinsip-prinsip asas grafik. Nyatakan apa jenis-jenis grafik (ciri-ciri grafik) yang dapat memberi maksud yang hendak disampaikan dengan lebih baik. Huraikan bagaimana sesuatu grafik itu memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALAN
“Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang , simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi satu konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat ”
KONSEP GRAFIK
PRINSIP ASAS GRAFIK
Prinsip Seimbang
Prinsip Mudah
Prinsip Penyatuan
Prinsip Penegasan
PRINSIP MUDAH
Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan
Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal.
Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah dilihat.
PRINSIP PENYATUAN
Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan.
Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
PRINSIP SEIMBANG
Kesemua elemen-elemen dalam sesuatu visual dari elemen penghurufan hingga ke elemen gambar dan garisan haruslah seimbang pada keseluruhanya dan tidak berat sebelah.
Dengan kata lain, semua elemen visual itu adalah dalam kedaan yang sama berat.
PRINSIP PENEGASAN
Tegaskan satu elemen atau satu idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian
Gunakan warna, penghurufan tertentu, saiz, ruang dan sebagainya untuk menegaskan idea tersebut.
JENIS JENIS GRAFIK
LUKISAN
KARTUN
GRAF/CARTA
IKON, SIMBOL, GARIS & BUTANG
FOTOGRAF
FOTOGRAF
Paparan imej yang paling realistik.
Boleh menyampaikan mesej dengan berkesan.
Misalnya, foto mangsa bencana alam atau peperangan.
Foto juga boleh dijadikan latar belakang bagi sesuatu skrin persembahan.
LUKISAN
Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan gambar foto.
Banyak digunakan bagi tangani masalah ketiadaan gambar.
Wujud dalam pelbagai bentuk seperti lukisan mudah kepada lukisan abstrak.
KARTUN
Merujuk kepada sejenis lukisan atau ilustrasi yang berada dalam kelasnya sendiri.
Kartun boleh wujud dalam pelbagai bentuk.
Mewakili benda hidup seperti manusia dan haiwan atau objek lain seperti perabot,tumbuh-tumbuhan dll.
Kartun sesuai digunakan jika kumpulan sasaran ialah kanak-kanak.
GRAF/CARTA
Menyampaikan sesuatu mesej berbentuk numerik atau angka dalam bentuk yang ringkas dan mudah.
Penggunaan graf atau carta membolehkan satu maklumat yang kompleks boleh dipermudahkan untuk difahami.
Jualan Kereta Toyota
Januari Februari Mac April0
1
2
3
4
5
6
HiluxViosSeries 3
IKON, SIMBOL, GARIS & BUTANG
Grafik ringkas yang sering digunakan dalam sebuah aplikasi multimedia atau laman web.
Digunakan untuk pelbagai tujuan dan antara tujuan utamanya adalah untuk menyediakan interaksi antara sistem dengan pengguna.
Boleh digunakan dalm bentuk sistem navigasi atau sistem penerokaan.