Elemen 1
Mengumpul Fakta Sejarah
Senarai Sumber
1. Orang SumberNama :
2. InternetLaman Sesawang : http://en.wikipedia.org/wiki/SMK_Ibrahim
3. MajalahNama Majalah : Majalah Aliran 2011Muka Surat :Tahun Terbit : 2011
4. Melawat Tapak KajianNama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan IbrahimAlamat Sekolah : Jalan Kolam Air, 08000, Sungai Petani, Kedah
1. Orang Sumber
2. Internet
3. Majalah
4. Melawat Tapak Kajian
Gambar di atas menunjukkan Dewan Tunku Ibrahim. Dewan ini merupakan dewan kedua yang dibina di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Dewan ini digunakan untuk majlis – majlis yang rasmi seperti Hari Anugerah Cemerlang.
Gambar di atas pula menunjukkan salah satu infrastruktur yang terawal di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Banggunan ini merupakan bangggunan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Terdapat sebuah muzium yang terdapat di banggunan ini.
Elemen 2
Merekod Fakta Sejarah
Senarai Kandungan
Bil Perkara Halaman1 Tajuk Kajian2 Senarai Kandungan3 Penghargaan4 Objektif Kajian5 Kaedah Kajian6 Hasil Kajian
6.1. Latar Belakang Sekolah 6.2. Lambang-lambang kemegahan sekolah 6.3. Infrastruktur dan kemudahan asas 6.4. Alumni Sekolah
7 Rumusan8 Lampiran9 Rujukan
Penghargaan
Terlebih dahulu saya Izzul Hafiy Bin Rashid dari tingkatan 2A2 ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam
membantu saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.
Pertamanya, saya ingin menggucapkan terima kasih kepada bapa saya iaitu Rashid Bin Abdul
Razak dan ibu saya iaitu Nor Azlishaliza Binti Ahmad kerana telah memberi saya dorongan dan
bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini.
Selain itu, terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu Pn. Suriati bt Saad yang telah
memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang sumber saya iaitu
sepupu saya iaitu Izyan Syamimi kerana memberi maklumat secukupnya kepada saya.
Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan saya kerana telah memberi bantuan
dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan.
IZZUL HAFIY BIN RASHID
2A2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM
Objektif Kajian
Objektif saya melakukan kerja khusus ini adalah untuk mengenali dan memahami sejarah
perkembangan sekolah dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah sekarang. Saya berharap agar
kerja khusus ini diteruskan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang sejarah
sekolah.
Dengan menjalani aktiviti kerja khusus ini, saya juga dapat mengenali nama, lambang, logo,
lagu, visi, misi, dan sebagainya yang ada kaitan dengan sekolah. Lambang – lambang
kemegahan sekolah penting kerana ianya merupakan satu tanda untuk mengenali sesebuah
sekolah.
Selain itu, saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan
menganalisis maklumat mengenai sekolah. Dengan mengusai kemahiran tersebut, saya pasti
maklumat sekolah akan lebih tepat dan berfaedah.
Melalui kajian ini, dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah. Ini kerana saya
boleh mengetahui peristiwa manis dan pahit sejak penubuhan sekolah.
Akhir sekali, melalui kajian ini dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga
sekolah yang lain.
Kaedah Kajian
Beberapa kaedah telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat. Antaranya, kaedah lisan, melawat tempat
kajian, melayari laman web, membuat rujukan dan menganalisis dokumen.Saya telah menggunakan kaedah lisan
di mana saya telah menemu-ramah sepupu saya yang merupakan salah seorang pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Ibrahim. Saya juga telah menyediakan soalan-soalan temu-ramah terlebih dahulu sebagai panduan.
Selain itu, saya juga telah melawat beberapa tempat kajian. Saya telah melawat kawasan Sekolah Menengah
Kebangsaan Ibrahim. Saya juga telah mengambil beberapa gambar sebagai bukti saya telah melawat tempat
tersebut.
Di samping itu, saya juga melayari laman web untuk mengetahui tentang pentadbiran sekolah dan perkembangan
sekolah. Saya telah menyediakan salinan laman web yang saya layari sebagai bukti.
Akhir sekali, saya juga telah membuat rujukan dan menganalisis dokumen. Antara dokumen-dokumen yang
dianalisis adalah majalah SMK Ibrahim Aliran 2011 dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Sebagai bukti, saya
telah mencetak muka hadapan majalah sekolah dan salinan dokumen- dokumen yang telah dianalisis.
Hasil Kajian
6.1 : Latar belakang sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim pada asalnya ditubuhkan sebagai salah sebuah Government English
School pada bulan Ogos 1919 yang terletak di tengah-tengah bandar Sungai Petani, di mana terletaknya Pejabat
Telekom Sungai Petani sekarang.Semasa penubuhannya, ia hanya ditadbir dan diurus oleh dua orang guru iaitu
Tuan Syed Jan Al-Jafree sebagai guru besar dan En.Mohamed bin Man sebagai guru penolong.
Pada tahun 1935, sekolah ini dipindahkan ke premis baru di Jalan Kolam Air. Bangunan di premis baru ini telah
dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu iaitu En..E.La.M. Stowell dengan nama baru, Sultan Hamid
School.
Pada tahun 1936, nama Sultan Hamid School ditukar kepada nama Sekolah MenengahIbrahim ( Ibrahim
Secondary School) sempena nama Almarhum Yang Teramat MuliaTengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah yang menjadi Pemangku Sultan Kedah dari tahun 1913 hingga 1914. Pada ketika itu,
tenaga pengajarnya sudah bertambah menjadi lapan orang.
Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup bagi menjadi markas tenteraJepun, tetapi ianya dibuka
semula pada Oktober 1945 selepas peperangan dunia kedua tamat. Pada tahun 1950, sekolah ini mendapat
bangunan tambahan bagi membolehkan kelas English 1 dan IV dibuka. Bagaimanapun, bangunan ini
kemudiannya dipisah untuk diwujudkan dua sekolah rendah yang baru iaitu Father Barre’s Convent
dan SekolahRendah Ibrahim. Pada tahun 1960, sekolah ini telah mendapat bangunan makmal kaji hayat, sebuah
bangunan tiga tingkat (bersebelahan padang sekolah) dan sebuah dewan yang telah dirasmikan pada 27
September 1963
.Sekolah ini bukan sahaja telah menunjukkan prestasi cemerlangnya dalam bidang kurikulum tetapi juga dalam
bidang kokurikulum sejak di tahun 1950-an. Hingga kini,motto sekolah ini, “Finis Coronut Opus” yang
bermaksud “Penamat MenentukanMahkota” merupakan motto yang dibanggakan oleh semua
warga sekolah ini, yangmemberi semangat dan motivasi ke arah kecermelangan Sekolah Menengah
Kebangsaan Ibrahim.
6.2 : Lambang – lambang kemegahan sekolah.
Logo Sekolah
Diperkenalkan pada tahun 1946. Ianya berbentuk perisai dan di bahagian kiri terdapat segemal
padi melambangkan negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Malaysia.Sebelah kanan terdapat obor
yang melambangkan ilmu pengetahuan.Bahagian bawah pula dilingkari oleh dua pelepah kelapa
melambangkan aspirasi. Cogan kata “Finis Coronat Opus” membawa maksud “Penamat
Menentukan Mahkota”. Warna hijau pada lencana melambangkan keagamaan, kuning
melambangkan kesetiaan manakala merah melambangkan keberanian.
Lagu Sekolah
Sekolah Menengah Ibrahim
Harum semerbak namamu
Mendidik membimbing kami
Putera-puteri berakhlak berilmu
Cekal tabah semangat waja
Cita-cita murni tanpa kecewa
Demi agama bangsa dan negara
Ilmu di dada warisan kita
Sekolah Menengah Ibrahim
Lahirkan insan sempurna
Maju jaya setiap lapangan
Usaha tangga kejayaan
Lagu: En. Abdul Rahman bin Zainol
Lirik : En. Mohamad bin Abdullah
Visi & Misi Sekolah
VISI SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM MENJADI
SEKOLAH MENENGAH HARIAN NOMBOR SATU DI MALAYSIA MENJELANG 2015
MISI SEKOLAH
MENJANA SELURUH WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM
AKAN BERUSAHA UNTUK :
1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah.
2. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum.
3. Melahirkan pelajar yang hebat dalam kokurikulum.
4. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah mulia.
5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria.
6. Menjalin hubungan baik dan mesra dengan ibu bapa dan komuniti.
6.4 : Alumni Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim telah menghasilkan bilangan alumni cemerlang, ramai
daripada mereka telah mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam kedua-dua sektor awam dan
swasta. Tan Sri Hassan Merican, CEO Petronas (1995-Januari 2010) yang secara meluas
dikreditkan dengan pengembangan global yang berjaya Petronas, mendapat pendidikan awal di
sekolah ini. Terdapat ramai lagi yang telah berjaya, termasuk;
1. Tan Sri Sanusi bin Junid (bekas Menteri Besar Kedah)
2. Tan Sri Hassan Marican (bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas)
3. Datuk A. Kadir Jasin (Kumpulan bekas Editor-in-Chief NST dan Pengerusi
BERNAMA)
4. Tan Sri Murad bin Hj.Md.Noor (bekas Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan)
5. Prof.Dr.Samuel John Augustin (Bersara Profesor, Universiti Malaya)
6. Prof.Dr.T.Marimuthu (Bersara Profesor, Universiti Malaya)
7. Dato 'Hussein Ibrahim (artis / pengasas terkenal Ibrahim Hussein Museum &
Cultural Foundation)
8. Prof.Dr.Ir. Mohammad Noor bin Haji Salleh (Bekas Naib Canselor Universiti
Utara Malaysia dan UPSI)
9. Prof. Profesor KS Maniam (Penulis / Novelis dan bekas Profesor Madya,
Universiti Malaya)
10. Drs. Haniff Hassan (kini Pengarah Maklumat Negeri Kedah)
11. Dato 'Paul Mony Samuel (kini Pegawai Pembangunan FIFA dari 2000)
Rumusan
Alhamdulillah , akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus sejarah tingkatan 2 dalam
tempoh yang ditetapkan. Banyak pengetahuan dan nilai yang dapat saya pelajari sepanjang
proses pembikinan kerja kursus ini.
Melalui temu bual dengan guru dan tokoh bekas pelajar , banyak maklumat yang saya
dapat berkaitan SMK Ibrahim terutamanya mengenai peranan guru dan pelajar dalam
meningkatkan prestasi sekolah. Oleh itu, timbul kesedaran dalam diri untuk berusaha bersungguh
– sunguh bagi meningkat nama sekolah.
Melalui kerja kusus ini, saya juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Ini
secara tak langsung telah meningkatkan keyakinan diri saya unutk bersuara di hadapan umum.
Melalui proses penyiapan kerja kursus ini, saya dapat menghayati nilai ketabahan dan kesabaran
sewaktu pembikinan kerja kursus ini
Lampiran
1. Infrastruktur Sekolah
2. Peta Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Rujukan
1. Majalah Majalah Aliran 2011
2. Melawat tapak kajian Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
3. Internet http://en.wikipedia.org/wiki/SMK_Ibrahim
4. Orang Sumber Izyan Syamimi
Elemen 3
Nilai Patriotisme
Soalan : Salah satu misi SMKI ialah menghasilkan pelajar yang terbilang dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum . Bagaimanakah misi tersebut dapat dicapai ?
Kurikulum dan kokurikulum adalah satu aspek penting bagi pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Ibrahim. Pencapaian kurikulum dan kokurikulum penting untuk memupuk semangat
jati diri yang berjaya.
Untuk mencapai misi tersebut, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim sentiasa
mengcungkil bakat para pelajar dengan program – program yang menarik seperti Program
Mentor – Mentee, Pameran Sains dan Karnival Relay. Ini dapat memupuk pelajar semangat
bekerjasama dan saling bantu – membantu.
Di samping itu, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim turut mengambil berat hal ehwal
pelajar. Antaranya, perjumpaan waris secara profesionalisme telah diadakan. Dengan ini pelajar
akan lebih berdisiplin dan jujur.
Akhir sekali, Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim sentiasa melakukan pemantauan tentang
kebersihan dan kerohanian pelajar. Secara tidak lansung, pelajar akan lebih selesa dan akan lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Recommended