18
PENGENALAN Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia , jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera . Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida , sulfur dioksida , kloroflorokarbon , bau- bauan , logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif . Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon , jerebu , hujan asid dan pemanasan bumi . Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. 1

Folio Sains Tingkatan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pencemaran

Citation preview

Page 1: Folio Sains Tingkatan 1

PENGENALANPencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan

sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan

mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta

merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara

adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam

toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus

ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan

gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan

lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin

boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia

ataupun harta benda.

1

Page 2: Folio Sains Tingkatan 1

Objektif-Untuk menimbulkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan udara.

-Untuk mengetahui kesan pencemaran udara dan langkah-langkah pencemaran udara.

-Untuk mengumpul dan merekod maklumat tentang pencemaran alam sekitar.

Kesan pencemaran udara

Kesihatan manusia

2

Page 3: Folio Sains Tingkatan 1

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas

seperti karbon monoksida akan meracuni sistem

pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan

seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah

dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan

pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan

menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap,

kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia

mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi

daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis

(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan

sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain

itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini

disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada

sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

Bahan

3

Page 4: Folio Sains Tingkatan 1

Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara

seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan

sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.

Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran

sulfur dioksida di dalam udara.

Penyusutan lapisan ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada

penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus

cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh

menyebabkan kanser kulit.

Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya

pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami

ketidakseimbangan.

Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen

oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini

akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan

turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.

Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia

juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid

tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta

tidak subur.

4

Page 5: Folio Sains Tingkatan 1

Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara

pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan

rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca

kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu

bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di

dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi

terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.

Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya

adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku

secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA

5

Page 6: Folio Sains Tingkatan 1

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

6

Page 7: Folio Sains Tingkatan 1

Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan

mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam

sekeliling dan  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu

pencemaran  yang membawa  kepada  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung

dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan

biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,

tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  pelbagai  punca  telah  dapat  dikenal  pasti

yang  menyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar.

PENJANAAN KUASA

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti

gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap

kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi

haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya

melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen

janakuasa hidro.

KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,

lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang

7

Page 8: Folio Sains Tingkatan 1

banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang

menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan

setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem

pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga

jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor

adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan

awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun

2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda

berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun

dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan

kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

8

Page 9: Folio Sains Tingkatan 1

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya

elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah

menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan

organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan

cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang

mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang

penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan

hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur

dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida

adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan

perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan

premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan

pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di

kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang

tinggi.

PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula

banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh

angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari

pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga

memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. 

9

Page 10: Folio Sains Tingkatan 1

AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk

mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan

sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara

apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara

seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang

mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

http://smjkp5ps.blogspot.com/2010/04/punca-punca-pencemaran-udara.html

http://smjkp5ps.blogspot.com/2010/04/punca-punca-pencemaran-udara-2.html

10

Page 11: Folio Sains Tingkatan 1

PERBINCANGAN-LANGKAH/AMALAN

MENGEKALKAN UDARA BERSIH

Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:

-Guna semula

Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna

-Rawatan

Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna

-Pengubahsuaian produk

Ubah komposisi produk, Ubah formula,  Ubah kegunaan produk, Reka produk supaya

boleh diguna semula

11

Page 12: Folio Sains Tingkatan 1

-Pertukaran bahan

Guna bahan tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci

-Penukaran teknologi

Ubah proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi

-Perubahan prosedur

Elak kehilangan bahan mentah  melalui kebocoran atau tumpahan, Asingkan

sisa,  Kendalikan sisa dengan baik

Mengurangkan penggunaan CFC

-Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon.

Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan  aerosol

biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon

(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam

peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant),

pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon

dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000

molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan

kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) . ‘

Perundangan

-Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.

Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)

Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan

Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. 

-Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)

Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)

12

Page 13: Folio Sains Tingkatan 1

Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada

1000 meter.

Mengitar semula

-Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan

seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses

yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar

pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

http://syanadayana2.blogspot.com/2012/10/buku-skrap-ting-1.html

Kesimpulan Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan

alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya

tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk

menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan datang.

Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita

memusnahkannya.

http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaran-udara/kesimpulan-pencemaran-udara/

13

Page 14: Folio Sains Tingkatan 1

RUJUKANInternet

-http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

-http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-alam.html

-http://syanadayana2.blogspot.com/2012/10/buku-skrap-ting-1.html

-http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaran-udara/kesimpulan-pencemaran-udara/

14