1
1.0 Pengenalan
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu
difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa
elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas
malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu
banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan
merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.
Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi
membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang
menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja
adalah tidak tepat. Menurut Yusup Hashim (1998), kandungan dan corak pembelajaran
mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorang pendidik akan
merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap
pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti
pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.
2
2.0 Perancangan dan Pengajaran Pembelajaran
Pengajaran terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan menarik.
Begitu juga pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang
rapi. perancangan bererti susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara
berstruktur dan sistematik. Oleh itu, Gagne di dalam Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran oleh Noriati A. Rashid (2009) telah membahagikan penyampaian pengajaran
disusun secara berperingkat. Terdapat Sembilan peringkata penyampaian pengajaran yang
diutarakan
Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE berfokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.
1. Tarik perhatian pelajar
2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran
3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
4. Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran – pembelajaran
5. Bombing pembelajaran pelajar
6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti
7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar
8. Taksir pencapaian pembelajaran
9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.
3
2.1 Model ASSURE
Sesuatu perancangan pengajaran yang berjaya perlu memenuhi beberapa kriteria. Aplikasi
model ASSURE yang mengandungi enam langkah dapat menjamin kejayaan perancangan
pengajaran dengan sistematik dan rapi. Langkah-langkah dalam model ASSURE adalah
seperti berikut :
Analyse learners
(Analisis Pelajar)
State objectives
(Nyatakan objektif)
Select methods,media and materials
(Pilih kaedah,media dan bahan)
Utilize media and materials
(Gunakan media dan bahan sumber)
Evalute and revise
(Nilai dan semak)
Require learner participation
(Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
A
S
E
R
U
S
4
2.1.1 Analyse learners(analisis pelajar)
Menganalisis kumpulan pelajar adalah penting untukk membantu kita merancang
pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka.
Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk mengenalpasti keperluan setiap murid
memandangkan bilangan murid yang ramai. Justeru, garis panduan berikut boleh
digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber,
dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Aspek pelajar yang perlu dilihat adalah :
1. Merangkumi umur,tahun,jantina, taraf sosioekonomi budaya dan seumpanya.
2. Pemilihan bahan, kaedah dan media dapat disesuaikan dengan murid
Ciri - ciri umum pelajar
1. Setiap pelajar mempunyai pengalaman tertentu yang dikenal sebagai entry point.
2. Membantu guru menyediakan pembelajaran yang bermanfaat.
3. Dapat membantu murid membina pengetahuan secara konstruktivisme
Pengalaman sedia ada
1. Trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap,berinteraksi dan bertindak balas secara emosi.
2. Merujuk kepada cara yang paling sesuai.
3. Membantu guru merancang pengajaran - pembelajaran efektif.
Gaya Pembelajaran Pelajar
5
2.1.2 State objectives (nyatakan objektif)
Penyataan objektif penting sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu menyatakan dengan jelas dan
khusus apa bentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh pelajar. Selain
itu, objektif perlulah spesifik. Penyataan objektif dapat membantu guru memilih
media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan cara itu ,guru boleh
menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penentuan objektif
juga membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat
merangdang minat pelajar. Penyataan objektif yang eksplisit dapat membantu
guru membuat penilaian terhadapa pencapaian pembelajaran. Kriteria penyataan
objektif adalah seperti berikut :
1. Sasaran untuk mencapai objektif
Penulisan objektif berfokus kepada pembelajaran bukannya pengajaran.
Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan
berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif.
2. Bentuk tingkah laku baru
Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran
hendaklah yang dapat diukur dan dinilai pencapaianya. Tingkah laku
hendaklah wajar dengan situasi sebenar.
3. Situasi atau syarat perlakuan
Penyataan objektif pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam syarat
pencapaian objektif bagaimana tingkah laku baru dapat diperhatikan.
Penyataan pencapaian objektif ini membantu guru menyediakan suasana,
langkah pengajaran dan pembelajaran dan media yang sesuai.
6
4. Tahap pencapaian minimum perlakuan
Tahap pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti dan kuantiti tingkah
laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.penyataan pengukuran tahap
pencapaian membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu
pelajar yang belum mencapai objektif semasa dalam bentuk pemulihan atau
pengayaan.
2.1.3 Select methods,media and materials (Pilih kaedah,media dan bahan)
Setiap pengajaran yang baik memerlukan pemilihan ,media, kaedah dan bahan sumber
yang dibuat secara sistematis dan terancang. Proses ini mengalami tingkah berikut :
1. Penentuan kaedah
Gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sesuai
dengan latar belakang pelajar. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada ciri-
ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran pelajar dan objektif yang
hendak dicapai.
2. Pemilihan format media
Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan
termasuk kertas, gambar, petikan, slaid, audio, video dan grafik. Guru perlu memilih
beberapa kriteria untuk memilih media iaitu kumpulan sasaran, keupayaan pelajar
dan maklum balas yang bakal diterima.
Penentuan kaedah
Pemlihan format media
Pemilihan bahan sumber
7
3. Pemilihan bahan sumber
Bahan sumber pengajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus
pembelajaran yang berbentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria
pemilihan bahan melibatkan tiga langkah iaitu memilih sumber sedia ada,
mengubahsuai bahan sumber sedia ada dan membentuk bahan sumber yang baru.
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa dan biaya. Jika bahan
sedia ada tidak menepati kriteria dan objektif, guru perlu mengubahsuai bahan
secara kreatif.
Memilih sumber sedia ada
Mengubahsuai bahan sedia ada
Mereka bentuk bahan sumber baharu
8
2.1.4 Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)
Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan
berikut perlu dilaksanakan.
1. Semak, pratonton, kaji bahan sumber sebelum digunakan. Guru hendaklah
menyemak dan menkaji bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakannya
di dalam kelas. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar
sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran dan tidak mengandungi unsur-
unsur sensitif serta berada dalam keadaan yang baik.
2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas setelah menyemak bahan sumber.
Guru perlu menyediakan dan mengumpul semua kelengkapan yang perlu bagi
kegunaan pelajar. Guru hendaklah meramal masalah yang timbul dan bersedia
dengan bahan tambahan atau alternative penggunaannya.
3. Sediakan persekitaran yang sesuai dengan penggunaan bahan sumber merujuk
kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil dan
dilihat. Selain itu, guru juga perlu pastikan bahan berada dalam keadaan yang baik
dan boleh digunakan.
4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber penting untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Sediakan pengalaman pembelajaran murid. Guru hendaklah menguasai pelbagai
kaedah dan teknik penyampaian agar dapat menjadi pengajar yang baik.
9
2.1.5 Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini dikuatkan lagi oleh semua teori
pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya
pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran.
Lantaran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar
menunjukkan kejayaan dengan memberi peneguhan dan ganjaran. Latihan dalam
bentuk perbincangan, latih tubi, permainan bahasa dan sebagainya. Jika aktiviti yang
dilaksanakan mendapat maklum balas menunjukkan murid berminat dengan pengajaran
dan pembelajaran juga berlaku. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai
sememangnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses
belajar.
2.1.6 Evalute and revise (Nilai dan semak)
Langkah akhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan menyemak semula
perancangan. Kebiasaanya, penilaian sering kali dianggap penilaian murid semata-
mata. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian
pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang
tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media,
keadah sesuai dengan keupayaan dan perkembangan pelajar. Penilaian semasa
pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pemerhatian lakuan pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau
mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian
pembelajaran ke arah pencapaian objektif
Penilaian pembelajaran boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk
formal dan informal. Penilaian normal merujuk kepada ujian. Penilaian informal
dilakukan berdasarkan hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan,
10
pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dilaksanakan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Perlakuan pelajar sebenarnya
memberi maklum balas tentang pencapaian objektif, perancangan pengajaran guru,
pemilihan bahan, kaedah,media dan bahan sumber. Penilaian pelajar boleh dibuat
melalui proses refleksi .
Penilaian pengajaran refleksi akan membuahkan idea untuk penambahbaikan
atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat mengguna dan menganalisi serta
maklum balasa pelajar untuk merancang untuk pengajaran yang aktif. Guru boleh
senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat
penilaian pengajaran, pemilihan bahan, pembentukan objektif datau pemilih media yang
kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.
11
TUGASAN 1:
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BERASASKAN MODEL ASSURE.
3.0
12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN MODEL ASSURE
TAJUK ASPEK YANG DILIHAT
A - ANALYZE
LEARNER
(Analisis pelajar)
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 1 Anggerik
Bil. Murid : 8 orang (lelaki - 4 dan perempuan 4)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi (30 minit)
Tarikh : 12 Julai 2013
Tema : 4 Kemahiran membaca
Tajuk : 4.1 Menyebut huruf vokal (a,e,i,o dan u).
Sub tajuk : 4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal.
Pengetahuan sedia ada :
- Murid telah mempelajari abjad a hingga z
dalam pembelajaran yang sebelumnya.
- Murid boleh memberikan contoh haiwan
yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u.
Gaya pembelajaran : Berpusat kepada guru
S - STATE OBJECTIVE
(nyatakan objektif/hasil
pembelajaran)
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Murid boleh menyebut semula bunyi huruf vokal 3
daripada 5 kali percubaan selepas mendengar
penerangan daripada guru berdasarkan flash card yang
diberi.
2. Murid dapat membunyikan huruf vokal 3 daripada 5 kali
percubaan setelah mendengar bunyi huruf vokal pada
rakaman (audio) yang disediakan.
3. Murid dapat menamakan sekurang-kurangnya dua contoh
haiwan lain yang berkaitan dengan huruf vokal selepas
mendengar penerangan daripada guru.
4. Murid boleh melengkapkan perkataan dengan menyesuai
padan huruf vokal dengan gambar sekurang-kurangnya 3
daripada 5 kali percubaan.
13
S - SELECT METHOD,
MEDIA AND MATERIAL
(pemilihan kaedah media
dan bahan sumber)
Kaedah : Pandang dan sebut
Media :
Media Audio-Visual : Persembahan
Media Audio : Lagu Huruf vokal
Media Video : Video Huruf Vokal
Bahan Cetak : Lirik lagu
Bahan Maujud : lembaran kerja dan
U - UTILIZE MEDIA AND
MATERIAL
(gunakan media dan bahan
sumber)
Set Induksi : Murid menyanyi Lagu ‘ huruf vokal’ dengan iringan
guru.
LANGKAH :
Langkah 1 : Guru memperkenalkan huruf vokal melalui
flash card serta membunyikan satu per satu
huruf vokal tersebut.
- Murid menyebut semula bunyi huruf vokal
setelah penerangan guru.
- Guru memanggil seorang murid datang ke
hadapan dan memintanya menyebut bunyi
huruf vokal berdasarkan flash card yang
diberikan oleh guru.
- Murid yang lain bersama-sama menyebut
huruf vokal tersebut.
- Guru memanggil murid lain itu membuat
aktiviti seperti di atas.
Langkah 2 : Menunjukkan gambar huruf vokal kepada
berserta contoh.
Powerpoint ‘Huruf Vokal’.
Flash card.
14
murid melalui persembahan powerpoint.
- Menunjukkan cara menyebut huruf vokal
melalui rakaman di dalam persembahan
power point yang sama.
- Memanggil seorang demi seorang murid ke
hadapan dan meminta murid tersebut
membunyikan huruf vokal yang dipaparkan
di dalam persembahan power point.
- Semak semula bunyi yang disebut oleh
murid melalui audio yang disediakan.
Langkah 3 : Menunjukkan video pendek kepada murid.
- Video berkaitan dengan huruf vokal dan
menunjukkan contoh haiwan yang bermula
dengan abjad a,e,i,o dan u.
- Bersoal jawab dengan murid dan meminta
murid menyatakan contoh lain selain contoh
yang diberikan.
Langkah 4 : Murid melengkapkan perkataan dengan
menyesuai padan huruf vokal dengan
gambar.
- Guru akan membimbing murid yang lemah
dalam menyiapkan lembaran kerja.
Penutup: Rumusan Pengajaran
- Murid menyanyi lagu vokal sekali lagi
bersama-sama guru.
- Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam
rumusan pengajaran.
- Guru mengakhiri pengajaran dan
pembelajaran dengan memberi salam.
Pengalaman pembelajaran :
15
- Murid boleh mengenal dan dapat
membunyikan huruf vokal.
R - REQUIRE LEARNER
PARTICIPATION
(libatkan pelajar dalam
pembelajaran)
Penglibatan murid :
- Menyebut huruf vokal, bersoal jawab dengan
guru, aktiviti suai padan gambar dan huruf
vokal.
Peneguhan positif :
- Memberikan pujian kepada murid apabila
berjaya menyebut huruf vokal atau soalan
yang dikemukakan oleh guru.
E - EVALUATE AND
REVISE
(nilai dan semak semula)
Penilaian informal :
- Melalui pemerhatian, hasil kerja, aktiviti
pembelajaran dan soal jawab.
Penilaian pengajaran :
- Guru dapat menilai tahap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
tindak balas/respon dan soal jawab murid.
16
Perancangan pengajaran yang rapi adalah penting dalam satu-satu pengajaran. Perancangan
ini sangat membantu guru menghidupkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Model
ASSURE adalah asas perancangan satu pengajaran yang menarik berdasarkan kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan. Penggunaan model ASSURE dalam rancangan yang telah disediakan
adalah seperti berikut :
Analyse learners (analisis pelajar)
Analisis pelajar dalam rancangan pengajaran juga telah dibuat. Aspek-aspek yang di analisis
seperti ciri – ciri umum pelajar, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran juga tetap
diambil kira dalam perancangan pengajaran ini. Kalau dilihat dalam rancangan pengajaran ciri-
ciri umum pelajar ditulis dengan jelas dalam butiran am. Ciri-ciri yang diambil kira dalam butiran
am ialah tahun atau umur dan bilangan murid. Guru seharusnya menganalisis umur murid-
murid yang akan diajar supaya guru boleh merancang aktiviti sejajar dengan peringkat umur
murid di mana guru harus tahu apa yang murid boleh dan tidak boleh lakukan pada peringkat
itu. Di sini juga, saya telah memilih tajuk menama dan membunyikan huruf vokal kerana tajuk
ini sesuai dengan tahap pembelajaran kanak-kanak pendidikan khas di peringkat rendah. Oleh
itu, dengan adanya analisis pelajar ini ia membantu guru untuk membuat pemilihan kaedah,
media dan bahan sumber pemilihan kaedah,media dan bahan sumber pembelajaran dapat
disesuaikan dengan jenis pelajar yang telah dikenalpasti. Selain itu juga, guru turut dapat
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan sistematik dari segi
kuantiti bahan bantu mengajar yang digunakan berdasarkan bilangan murid serta
kemampuannya dalam pembelajaran.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 1 Anggerik
Bil. Murid : 8 orang (lelaki - 4 dan perempuan 4)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi (30 minit)
Tarikh : 12 Julai 2013
Tema : 4 Kemahiran membaca
Tajuk : 4.1 Menyebut huruf vokal (a,e,i,o dan u).
Sub tajuk : 4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal.
Ciri-ciri umum
pelajar
17
Dari aspek pengalaman sedia ada pula, saya dapati murid telah mempelajari abajad a hingga z
melalui pembelajaran sebelumnya. Pengalaman sedia ada telah ditulis di dalam rancangan
pengajaran adalah seperti berikut:
.
Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai, aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
murid perlu di pelbagaikan agar pembelajaran murid menjadi lebih menarik dan seronok. Oleh
itu, pelbagai jenis media telah diaplikasikan di dalam rancangan pengajaran bahasa melayu ini.
Antara media yang telah saya gunakan ialah media audio-visual, media video, media cetak dan
juga penggunaan bahan maujud untuk memberi pemahaman yang lebih kepada pelajar
mengenai perkara yang diajar. Di samping itu, berdasarkan media yang telah saya gunakan ia
akan meransang minat serta fokus murid terhadap pelajaran yang dipelajari. Hal ini kerana,
pengaplikasian lagu, video pendek, flash card dan seterusnya lembaran kerja pasti lebih
menarik minat murid. Berdasarkan rancangan pengajaran yang telah dilakukan saya telah
mengesan dan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid melalui sukatan pelajaran
tahunan, sesi soal jawab di dalam kelas.
State objectives (nyatakan objektif)
Dalam pengajaran, guru hendaklah menentukan objektif yang ingin dicapai agar pengajaran
dapat disusun dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Di dalam rancangan pengajaran yang saya
sediakan, saya telah menyatakan juga objektif yang ingin murid capai pada hari tersebut.
Objektif ini telah diselitkan di dalam butiran am. Objektif yang di capai dalam pengajaran
tersebut adalah seperti berikut :
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah mempelajar abjad a hingga z dalam pembelajaran yang sebelumnya.
Murid boleh memberikan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u.
Murid suda boleh menyebut huruf-huruf vokal.
18
Oleh itu, dengan adanya pernyataan objektif yang disediakan ia membantu guru untuk
menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penentuan objektif
juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan.
Oleh itu, melalui rancangan pengajaran harian bagi murid pendidikan khas guru perlu lebih
peka dalam menyusun atur langkah akriviti dalam P & P. Di mana, sekiranya guru tidak peka
dalam pengajarannya murid akan sukar untuk dikawal seterusnya akan mengakibatkan murid
tidak berupa menerima ilmu dan sekali gus tidak akan mencapai objektif yang dikehendaki.
Melalui rancangan pengajaran harian ini juga berperanan sebagai satu pencapaian dan
tindakbalas murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Berdasarkan rancangan pengajaran
harian yang telah dilakukan kumpulan sasaran adalah murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran di tahap tahun 1. Oleh itu, objektif pembelajaran yang dinyatakan diatas
merupakan objektif yang perlu dicapai oleh kumpulan sasaran tersebut. Di mana, objektif
pembelajaran yang dinyatakan haruslah yang dapat diukur dan dilihat pencapaiannya.
Pemilihan objektif yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran harian adalah ‘menyebut
OBJEKTIF:
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Murid boleh menyebut semula bunyi huruf vokal 3 daripada 5
kali percubaan selepas mendengar penerangan daripada guru
berdasarkan flash card yang diberi.
2. Murid dapat membunyikan huruf vokal 3 daripada 5 kali
percubaan setelah mendengar bunyi huruf vokal pada rakaman
(audio) yang disediakan.
3. Murid dapat menamakan sekurang-kurangnya dua contoh
haiwan lain yang berkaitan dengan huruf vokal selepas
mendengar penerangan daripada guru.
4. Murid boleh melengkapkan perkataan dengan menyesuai
padan huruf vokal dengan gambar sekurang-kurangnya 3
daripada 5 kali percubaan.
19
semula bunyi huruf vokal, ‘ membunyikan huruf vokal’, ‘menamakan contoh nama haiwan lain’,
serta ‘melengkapkan perkataan’ adalah merupakan istilah tingkah laku yang boleh dilihat serta
diukur.
Oleh itu, untuk mencapai objektif pembelajaran yang hendak dicapai guru hendaklah
menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran dan media yang sesuai untuk
mencapai objektif tersebut. Di mana, melalui langkah 1 dengan menggunakan flash card murid
menyebut semula bunyi huruf vokal yang dilihat dan didengar selepas penerangan yang
diberikan oleh guru. Selain itu juga, dengan menggunakan persembahan power point huruf
vokal murid dapat membunyikan huruf vokal yang dipaparkan di dalam persembahan power
point setelah mendengar bunyi huruf huruf vokal melalui audio yang terdapat dalam
persembahan power point tersebut yang telah dilaksanakan di langkah kedua pada rancangan
pengajaran tersebut. Seterusnya di langkah yang ketiga pula, dengan menggunakan video
pendek yang mempamerkan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i, o dan u yang
turut merupakan huruf vokal. Langkah tersebut turut menggunakan kaedah soal jawab
bersama dengan murid dan seterusnya meminta murid menyatakan contoh haiwan lain selain
yang diberikan. Di akhir aktiviti, dengan menggunakan lembaran kerja murid di minta untuk
melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar dengan
adanya bimbingan daripada guru untuk murid melengkapkan soalan tersebut. Oleh itu, melalui
langkah serta penggunaan media yang digunakan dan dilaksanakan murid dapat meransang
pembelajaran murid untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki untuk mencapai objektif
pembelajaran.
Walaupun pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menyediakan suasana,
langkah pengajaran serta media yang sesuai terhadap pembelajaran namun tahap pencapaian
murid untuk menerima ilmu yang diajar tidak berlaku secara maksimum. Oleh itu, tahap
pencapaian murid adalah dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Di mana, dalam rancangan
pengajaran harian yang dilakukan penulisan kriteria kuantitatif adalah dalam bentuk nilai angka
dan skor mentah. Penulisan tahap pencapaian murid adalah seperti ‘menyebut semula bunyi
huruf vokal 3 daripada 5 kali percubaan’, ‘membunyikan huruf vokal 3 daripada 5 kali
percubaan’, ‘menamakan sekurang-kurangnya dua contoh haiwan lain’, ‘melengkapkan
perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar sekurang-kurangnya 3
daripada 5 kali percubaan’. Dalam masa yang sama, obejektif pembelajaran dapat
diklasifikasikan kepada tiga domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan domain psikomotor
serta domain interpersonal.
20
Select methods,media and materials (Pilih kaedah,media dan bahan)
Dalam pengajaran ini juga, beberapa media yang sesuai dan menarik untuk pelajar telah
digunakan dalam pelbagai bentuk. Antara media yang digunakan adalah dalam bentuk
elektronik slaid, flash card,dan lagu huruf vokal. Selain itu juga, penggunaan bahan bercetak
turut diguna pakai seperti mencetak teks lirik lagu dan lembaran kerja. Bahan-bahan ini adalah
untuk menarik minat pelajar di samping menjimatkan belanja dan masa dalam menghasilkan
bahan bantu mengajar dalam pembelajaran.
Pemilihan kaedah,media dan bahan yang dibuat adalah bersesuaian dengan tajuk serta
langkah aktiviti yang dibuat. Di samping itu, melalui pemerhatian saya pengaplikasian lagu
huruf vokal membantu murid pendidikan khas cepat belajar menamakan dan membunyikan
huruf vokal. Tambahan pula, dengan adanya persembahan Powerpoint ia lebih menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih aktif di dalam kelas. Di samping itu, kaedah tunjuk cara
sesuai untuk menyampaikan maklumat kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran
agar murid mudah faham terhadap pengajaran yang diberikan. Sememangnya kaedah,media
dan bahan yang di pilih penting dalam pengajaran agar murid tidak cepat bosan malah akan
lebih aktif dalam kelas.
Pemilihan video dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran adalah disebabkan adanya penerapan atau unsur-unsur muzik yang
berupaya menarik serta meransang minat dan tumpuan murid dalam pengajaran yang hendak
dilaksanakan. Manakala penggunaan elektronik slaid adalah bertujuan untuk meransang
kefahaman serta memperkukuhkan daya ingatan murid dalam pengajaran yang dilaksanakan.
Hal ini kerana dengan adanya unsur-unsur grafik serta animasi yang terdapat pada
persembahan power point turut dapat mengjadikan pengajaran dan pembelajaran yang
seronok. Penggunaan bahan bantu mengajar flash card turut sesuai digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran bersama dengan murid pendidikan khas kerana ianya ringgan,
dan dapat dilihat dengan jelas oleh murid. Di mana, murid pendidikan khas yang mempunyai
pelbagai masalah fizikal turut mempengaruhi pemilihan bahan bantu mengajar, oleh itu murid
yang mengalami masalah celebral palsy turut dapat menyentuh dan mengangkat flash card
yang disediakan dalam pengajaran ini.
21
Selain itu, pemilihan bahan sumber pembelajaran yang dipilih adalah menepati tahap
serta kesesuaian pembelajaran murid. Tambahan pula, video, flash card serta persembahan
power point yang digunakan adalah sumber yang tepat serta laras bahasa yang digunakan jelas
dan mudah difahami oleh murid yang diajar. Keseluruhan aktiviti yang menggunakan video,
flash card serta persembahan power point dapat menarik penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bahan serta media yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa dan biaya.
Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)
Bahan yang disediakan bukanlah untuk disimpan tetapi digunakan. Oleh itu, guru telah
mengambil kira beberapa faktor seperti kejelasan pada teks, kejelasan gambar, kejelasan audio
yang digunakan. Pada masa yang sama bahan tayangan dan lembaran kerja adalah sesuai
digunakan memandangkan persekitarannya adalah di dalam kelas. Bahan – bahan yang
disediakan juga bermanfaat kepada kepada pelajar misalnya lembaran kerja di mana murid
boleh menggunakannya semaksimum yang boleh. Murid boleh menjawab soalan-soalan yang
ada di dalam lembaran kerja tersebut.
Oleh itu, bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber dapat
digunakan dengan baik guru perlu mengambil tindakan-tindakan seperti menyemak dan
membuat pratonton bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Hal ini bertujuan agar
proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu oleh masalah-masalah yang melibatkan
bahan yang hendak digunakan. Selain itu, berdasarkan rancangan pengajaran harian yang
telah dihasilkan segala bahan dan sumber media iaitu penggunaan video, flash card serta
persembahan power point telah disusun mengikut langkah-langkah dalam pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula, dengan adanya induksi yang terancang dan memotivasikan
iaitu dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Oleh itu, penggunaan
nyanyian lagu huruf vokal pada induksi dapat memberikan gambaran menyeluruh berkaitan
dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, guru harus memberitahu murid akan
objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dalam masa yang sama
penggunaan video, flash card serta persembahan power point dapat menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
22
Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada penglibatan pelajar yang aktif. Di sini, guru
hanya sebagai fasilitator atau penunjuk cara sahaja untuk membantu murid mengkonstruk
pengetahuan mereka. Di dalam pengajaran ini, guru telah merancang aktiviti-aktiviti yang
dapat melibatkan murid contohnya aktiviti menyanyi lagu, sesi soal jawab dan dalam aktiviti suai
padan gambar dengan huruf vokal. Dengan cara ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif di
dalam kelas. Selain itu juga, berdasarkan persembahan powerpoint yang dibuat, terdapat
beberapa aktiviti uji minda yang memerlukan murid untuk menjawabnya sekali gus guru dapat
menilai kefahaman pengajaran yang disampaikan.
Tambahan pula, penggunaan video, flash card serta persembahan power point turut
dapat membantu mengekalkan penglibatan murid dalam proses belajar serta dapat
mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
Di mana, melalui aktiviti yang dilaksanakan turut banyak melibatkan penglibatan murid untuk
menyelesaikan masalah serta menjana idea sendiri contohnya dalam aktiviti menyanyi lagu
huruf vokal yang dilakukan bersama murid dengan guru dan aktiviti soal jawab mengenai
memberi contoh nama haiwan lain yang bermula dengan huruf vokal dalam aktiviti yang
dilaksanakan.
Evalute and revise (Nilai dan semak)
Sebelum melaksanakan pengajaran, kita perlu menyemak rancangan yang telah disediakan.
Penilaian pembelajaran yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti adalah bagaimana murid
menjawab soalan-soalan dengan betul. Selain itu, hasil kerja seperti menjawab soalan dan
aktiviti suai padan adalah salah satu penilaian untuk memastikan murid memahami apa yang
dipelajari. Selain itu, di akhir pembelajaran aktiviti menyanyikan lagu huruf vokal diulang
semula untuk melihat pemahaman dan juga memperkukuhkan daya ingatan pelajar. Di mana,
melalui pelaksanaan rancangan pengajaran harian ini dapat dilihat pada setiap aktiviti yang
dilaksanakan daripada set induksi sehingga penutup. Di sini, guru dapat menilai secara
informal melalui pemerhatian, soal jawab serta hasil kerja murid terhadap lembaran kerja yang
diberikan. Tambahan pula, guru dapat membuat penilaian sepanjang pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
23
TUGASAN 1:
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN KHAS
4.0
24
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS
TARIKH : 14 JULAI 2013
TAHUN : 1 DINAMIK
MASA : 7.45 – 8.15 (30 MINIT)
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
BIL.MURID : 8 ORANG (4 LELAKI DAN 4 PEREMPUAN )
FOKUS/TEMA : KEMAHIRAN MEMBACA
TUNJANG UTAMA : KOMUNIKASI
STANDARD KANDUNGAN : 4.1 Menyebut Huruf Vokal (a,e,i,o dan u)
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.3.1 Memberi tindak balas arah bunyi yang didengar
2.5.1 Mengajuk bunyi huruf (vokal)
4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
25
Murid telah mempelajar abjad a hingga z dalam pembelajaran yang sebelumnya.
Murid boleh memberikan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u.
Murid suda boleh menyebut huruf-huruf vokal.
TUNJANG LAIN YANG DISEPADUKAN: Kerohanian, Sikap dan Nilai, Sains dan Teknologi, perkembangan Fizikal dan Estetika.
ELELMEN MERENTASI KURIKULUM : Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN : Kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan
kemahiran mendengar.PENYERAPAN NILAI : Menghormati guru dan rakan-rakan, mendengar arahan.BBM / RESOS : Video, Lagu huruf vokal, Flash card, lirik lagu dan lembaran
kerja
LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN ALATAN/STRATEGI/NI
LAI /EMK
SET INDUKSI(3 MINIT)
Nyanyian Lagu
Aplikasi lagu ‘ Mengenal huruf vokal’.
Guru memberi salam kepada murid.
Murid didengarkan dengan lagu ‘mengenal huruf vokal’.
Murid menyanyi bersama-sama dengan iringan guru.
Guru mengaitkan nyanyian dengan aktiviti terhadap pembelajaran pada hari ini (huruf vokal).
ALATAN: Komputer riba Speaker
STRATEGI: Belajar cara
Belajar
EMK: Komunikasi dan
inovasi Kreativiti
NILAI MURNI: Mendengar
penerangan guru.
LANGKAH 1(10 MINIT)
Flash card huruf vokal
Huruf a Huruf e Huruf i Huruf o
Guru memperkenalkan huruf vokal melalui flash card serta membunyikan satu per satu huruf vokal tersebut.
Murid menyebut semula bunyi huruf vokal setelah
ALATAN: Flash card
STRATEGI: Belajar cara
Belajar
26
Huruf u penerangan guru. Guru memanggil seorang
murid datang ke hadapan dan memintanya menyebut bunyi huruf vokal berdasarkan flash card yang diberikan oleh guru.
Murid yang lain bersama-sama menyebut huruf vokal tersebut.
Guru memanggil murid lain itu membuat aktiviti seperti di atas.
EMK: Komunikasi dan
inovasi
NILAI MURNI: Mendengar
penerangan guru.
LANGKAH 2(5 MINIT)
Persembahan Power Point Huruf Vokal.
- Uji Minda
(MEDIA AUDIO & VISUAL)
Menunjukkan gambar huruf vokal kepada murid melalui persembahan powerpoint.
Mendengarkan bunyi huruf vokal melalui audio di dalam persembahan power point yang sama.
Memanggil seorang demi seorang murid ke hadapan dan meminta murid tersebut membunyikan huruf vokal yang dipaparkan di dalam persembahan power point.
Semak semula bunyi yang disebut oleh murid melalui audio yang disediakan.
Berikan peneguhan atau pujian kepada murid.
ALATAN: Persembahan
Power point. Speaker
STRATEGI: Belajar cara
Belajar
EMK: Komunikasi dan
inovasi
NILAI MURNI: Mendengar
penerangan guru.
LANGKAH 3(10 MINIT)
Video Pendek (VIDEO) Huruf Vokal berserta
contoh.
1. A – Ayam2. E – Enggang3. I – Ikan4. O – Orang Hutan5. U – Ular
Menunjukkan video pendek kepada murid.
Video berkaitan dengan huruf vokal dan menunjukkan contoh haiwan yang bermula dengan abjad a,e,i,o dan u.
Bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyatakan contoh lain selain contoh yang diberikan.
ALATAN: Komputer riba Speaker
STRATEGI: Belajar cara
Belajar
EMK: Komunikasi dan
inovasi
27
Beri peneguhan dan pujian kepada murid. NILAI MURNI:
Menumpukan perhatian.
LANGKAH 4(10 MINIT)
LEMBARAN KERJA Melengkapkan
perkataan dengan huruf vokal berdasarkan gambar yang diberi.
Murid di minta melengkapkan perkataan dengan menyesuai padan huruf vokal dengan gambar.
Guru akan membimbing murid yang lemah dalam menyiapkan lembaran kerja.
ALATAN: Lembaran Kerja
STRATEGI: Belajar cara
Belajar
EMK: Komunikasi dan
inovasi
NILAI MURNI:Menumpukan perhatian.
PENUTUP(5 MINIT)
Rumusan Pengajaran
Menyanyi semula lagu ‘huruf vokal’.
Mengimbas semula perkara yang telah dilaksanakan.
Murid menyanyi lagu vokal sekali lagi bersama-sama guru.
Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam rumusan pengajaran.
Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan memberi salam.
ALATAN: Komputer riba Speaker
STRATEGI: Belajar cara
Belajar
EMK: Komunikasi dan
inovasi
NILAI MURNI: Menumpukan
perhatian.
CATATAN : 6 orang murid berjaya membunyikan huruf vokal dengan baik. Manakala 2 orang
murid pula tidak dapat membunyikan dengan lancar sebaliknya memerlukan
bimbingan lebih daripada guru.
28
5.0 REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya masih diberi peluang untuk
menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing bagi subjek EDU 3105 (Teknologi Dalam Pendidikan) Cik
Asnizah Binti Musa kerana telah banyak memberi tunjuk ajar.
Teknologi pendidikan adalah satu cara pemikiran dan juga menentukan matlamat-
matlamat pendidikan yang boleh dicapai oleh pelajar. Ia adalah satu proses yang
menggalakkan guru membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi pengajaran dan media.
Teknologi pendidikan juga merupakan satu proses bersepadu yang melibatkan manusia iaitu
guru dan pelajar, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-
masalah, mereka bentuk, melaksana, menilai dan menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan aspek-aspek pembelajaran manusia.
Berdasarkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak input baru mengenai seni dalam
pendidikan. Salah satunya mengenai penyediaan folio yang meliputi seluruh tajuk. Bukan
mudah untuk menyediakan satu folio yang lengkap. Hal ini kerana ia, memerlukan ketelitian
yang tinggi. Sebenarnya, penghasilan folio ini serba sedikit membantu saya memahami tajuk
yang dipelajari dengan lebih baik serta meningkatkan pemahaman dalam hasil daripada
pencarian maklumat yang dikehendaki. Malah secara tidak langsung juga, tugasan ini
merupakan salah satu pendedahan awal dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan
yang akan datang kelak.
29
Tugasan yang kedua ialah tugasan yang melibatkan rancangan pengajaran harian
berdasarkan model ASSURE. Sebagai bakal guru, perancangan pengajaran yang rapi amat
diperlukan bagi melaksanakan sesi pengajaran yang berkesan serta mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang aktif. Oleh itu, model ASSURE ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk
merancang sesuatu pengajaran. Begitu juga, rancangan pengajaran yang telah saya hasilkan
adalah berpandukan model ASSURE. Menyediakan rancangan pengajaran dengan
menggunakan model ASSURE ini membantu lebih mudah sebenarnya. Oleh itu, saya telah
mengetahui bagaimana untuk menyediakan satu rancangan pengajaran yang mencakupi
kriteria-kriteria yang ditetapkan. Sebenarnya, kejayaan murid itu bergantung sepenuhnya
kepada pembelajaran yang diterima. Manakala pembelajaran pula diperoleh daripada guru.
Oleh yang demikian guru perlu menyediakan rancangan pengajaran rapi dan berkesan.
Kejayaan murid kita adalah di tangan kita, kejayaan murid kita adalah kejayaan kita dan
balasan baik sentiasa menunggu kita di masa hadapan dalam bentuk yang tidak pernah kita
duga. Jadi, perancangan yang sistematik perlu ada sebelum dan semasa melaksanakan
pengajaran dengan mengambil kira setiap aspek yang melibatkan pelajar dan juga persekitaran
pembelajaran untuk menjadikan suasana bilik darjah yang selesa dan kondusif.
Dalam penyediaan media pula, saya telah memilih pelbagai media. Di sini, saya
mendapati murid-murid pendidikan khas amat tertarik dengan bahan-bahan bantu mengajar
yang pelbagai, menarik serta bersifat maujud. Pandangan ini, dapat dikuatkan lagi dengan
teori Jean Piaget yang menyediakan bahan konkrit kepada abstrak. Pelbagai kriteria yang perlu
di ambil kira dalam penyediaan bahan agar sejajar dengan keupayaan dan keperluan murid.
Penggabungjalinan bahan pengajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Di
mana, suasana pembelajaran yang aktif bergantung kepada perancangan guru mengenai apa
aktiviti yang ingin dilaksanakan. Jika guru merancang pengajaran dengan menitikberatkan
kriteria-kriteria yang disarankan dalam model ASSURE, maka persekitaran pembelajaran akan
menjadi menarik dan aktif. Seperti yang kita ketahui, model ASSURE merupakan aspek
penting untuk mendapat maklumat murid yang diajar sebelum melaksanakan pengajaran.
Semasa proses penghasilan media pengajaran yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa masalah yang saya hadapi. Antara masalah
yang saya hadapi adalah kurang arif dalam penggunaan perisian-perisian dalam komputer
untuk menghasilkan hasil kerja yang baik. Oleh itu, langkah yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah ini adalah dengan berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Ternyata, sebelum
penghantaran tugasan ini banyak aspek yang dapat saya menambahbaik. Bukan sahaja dapat
30
menghasilkan bahan media dengan baik tetapi tugasan yang bakal dihantar menjadi lebih
sistematik dan kemas berbanding sebelum adanya bimbingan daripada pensyarah.
Selain itu juga, masalah yang saya turut alami adalah masalah dalam penulisan
rancangan pengajaran harian berdasarkan model ASSURE dan KSSR. Ini kerana, ia
merupakan kaedah baharu dan belum dapat dipelajari dengan lebih terperinci. Oleh itu,
kolaborasi antara pensyarah opsyen turut dapat membantu saya dalam memehami dengan
lebih dalam mengenai rancangan pengajaran harian berasaskan KSSR dan sekaligus
membantu dalam penghasilan RPH yang lebih teratur dan lengkap sejajar dengan kehendak
soalan.
Berdasarkan hasil tugasan ini, saya turut mendapati sikap bekerjasama amat diperlukan
dalam penyelesaian tugasan ini. Bukan mudah untuk menyelesaikan tugasan ini tanpa sikap
kerjasama dan komitmen daripada rakan-rakan. Oleh itu, saya telah berkolaborasi dengan
rakan-rakan bertujuan untuk bertukar pendapat dan maklumat mengenai tugasan yang diberi.
Kesannya, saya boleh menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan dapat mengatasi segala
halangan dengan adanya kerjasama daripada rakan-rakan. Malah melalui bantuan daripada
rakan-rakan sekelas juga, saya dapat mempelajari cara menghasilkan media terutama sekali
dalam penghasilan video serta persembahan slaid yang kreatif dan menarik. Bukan itu sahaja,
saya juga berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing untuk mengatasi masalah yang tidak
difahami dengan kehendak soalan. Dengan ini, saya sedar bahawa kita tidak boleh melakukan
sesuatu perkara itu tanpa bimbingan daripada seorang guru.
Konklusinya, proses menyelesaikan kerja kursus ini bukan sahaja menambahkan ilmu
pengetahuan, malahan mengajar saya bagaimana untuk bekerja dalam satu organisasi.
Pengalaman kecil ini, akan saya aplikasikan apabila menjadi seorang pendidik kelak.
31
6.0 RUJUKAN
Baharuddin Aris. 2002. Reka Bentuk Perisian Multimedia. Sekudai: Penerbit UTM
Chin Yoon Poh. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: UG Prss
Sdn.Bhd
Mohd. Zaki Hj. Awang. 2001. Penilaian dan pemilihan Bahan Sumber di Internet. Serdang:
http://www.geocoties.com/ikaz3/nilaiweb.htm. diakses pada 30 Julai 2013
Noriati A.Rashid. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd
Rokiah Ismail. 1999. Bahan Pelbagai Media. Johor: PSPN
Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
32
Recommended