E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 1 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
GARISPANDUAN PELAKSANAAN
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
JABATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA
NEGERI PAHANG
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG
OKTOBER 2016
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 2 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
1.0 PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Syukur ke hadrat Ilahi, di atas limpah nikmat dan kurnia-Nya, Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pahang telah berjaya menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). EKSA merupakan istilah baharu bagi 5S yang telah diterapkan dengan elemen pembaharuan dan penambahbaikan selain penjenamaan semula mengikut keperluan masa kini. Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pahang telah melaksanakan Amalan 5S sejak Tahun 2010. 5S merupakan satu amalan budaya masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. MAMPU telah mengambil inisiatif untuk penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada EKSA. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi cemerlang, berkualiti dan berinovatif di kalangan sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga jabatan. Amalan EKSA di jabatan ini merupakan salah satu inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha menerapkan budaya penambahbaikan, menitikberatkan imej koporat, memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan mengutamakan aspek penjimatan iaitu elemen Go Green telah ditekankan. Akhir kata, saya berharap dengan terbitnya Buku Panduan Pelaksanaan EKSA ini, semua warga jabatan dapat menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menentukan kepatuhan kepada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, saya ingin mengingatkan bahawa amalan EKSA bukan sekadar untuk mendapatkan pensijilan malahan perlu sentiasa diamalkan dan dijadikan budaya kerja harian. HAJAH HAZIZAH BINTI SULAIMAN SMP., AIS., PJK PENGARAH JAB. PERANCANGAN BANDAR & DESA NEGERI PAHANG
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 3 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
2.0 TUJUAN
Tujuan penyediaan Buku Panduan Pelaksanaan EKSA ini adalah untuk :
i. Menerangkan Maksud dan Konsep Pelaksanaan EKSA
ii. Memberi pendedahan dan pengetahuan serta elemen baru dalam EKSA
iii. Sebagai panduan asas dan kaedah dalam pelaksanaan EKSA di setiap
bahagian/zon.
iv. Menerangkan kaedah dan peranan setiap jawatankuasa EKSA
v. Sebagai panduan piawaian tindakan kebersihan, kekemasan, keceriaan
dan keselamatan pelaksanaan EKSA di jabatan.
3.0 LATAR BELAKANG
Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan persekitaran tempat kerja yang
selesa, kemas dan selamat. Matlamat Amalan 5S adalah mewujudkan
persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada
berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara tidak
langsung, kos operasi jabatan dapat dijimatkan.
Elemen Amalan 5S
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Jepun
Sort Sisih Seiri
Mengasingkan barang atau dokumen yang tidak diperlukan di tempat kerja untuk disisihkan dan dilupuskan secara sistematik.
Systemize Susun Seiton
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan sistematik supaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat setelah digunakan.
Sweep Sapu Seiso
Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan menyeluruh supaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai, mesin dan peralatan.
Standardize Seragam Seiketsu
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.
Self-Discipline Sentiasa Amal Shitsuke
Melatih pekerja mematuhi system persekitaran berkualiti secara berterusan supaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 4 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
4.0 PENJENAMAAN SEMULA AMALAN 5S
Januari 2014, EKSA telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula
Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi
mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya
lebih relevan kepada jabatan / agensi sector awam. Langkah penjenamaan
semula difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa
untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping
menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif di kalangan jabatan / agensi
sektor awam.
Pelaksanaan EKSA adlah menambahbaik elemen 5S dengan menyokong
kewujudan persekitaran kerja lebih kondusif. Oleh demikian, komponen utama
dalam pelaksanaan EKSA masih berteruskan Amalan 5S dan ditambahbaik
dengan penambahan lima (5) elemen baharu, iaitu :
✓ Imej Korporat
• Meningkatkan imej korporat.
✓ Kreativiti dan Inovasi
• Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan
tuntutan pihak berkepentingan.
✓ Amalan Hijau
• Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau
melalui pembudayaan amalan hijau.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 5 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
✓ Persekitaran Kondusif
• Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi
mewujudkan persekitaran yang kondusif.
✓ Kepelbagaian Agensi
• Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan
kepelbagaian agensi kerajaan.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 6 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
5.0 PELAKSANAAN EKSA
5.1 POLISI EKSA
Membudayakan kerja ke arah persekitaran yang kondusif, inovatif dan
berkualiti sebagai prinsip utama serta amalan berterusan dalam
mempertingkatkan perkhidmatan dan penyampaian awam.
5.2 OBJEKTIF
✓ Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti iaitu
bersih, kemas, selesa dan selamat setiap masa
✓ Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja bagi memenuhi
keperluan piagam jabatan
✓ Memupuk semangat kerjasama dan displin yang tinggi di kalangan
warga jabatan
✓ Meningkatkan kesedaran di kalangan warga jabatan terhadap
kepentingan penjimatan tenaga dan kitar semula (go green) serta
elemen koporat dan kreativiti.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 7 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
5.3 LOGO
5.4 MOTTO
‘ Kondusif, Inovatif, Produktif ’
Hijau - Melambangkan nilai-nilai positif serta harmoni terhadap persekitaran kerja penerapan amalan hijau (go green)
Bulatan - Bulatan - Perancangan yang dibuat perlu mementingkan persekitaran yang kondusif dan mampan
- Bulatan juga melambangkan semangat kerja berpasukan dan mempunyai displin yang tinggi
Putih - Merupakan asas perpaduan, imej koporat dan membawa rasa hormat.
Hitam - Melambangkan komitmen dan keteguhan warga jabatan
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 8 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
6.0 CARTA JAWATANKUASA INDUK EKSA
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 9 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
7.0 PERANAN JAWATANKUASA INDUK EKSA
PERANAN TANGGUNGJAWAB
PENAUNG/PENASIHAT • Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA
• Memastikan semua zon mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan
• Penentukan pembahagian zon
PENGERUSI • Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA
• Menentukan pelan tindakan pelaksanaan EKSA
• Menetapkan dasar, peraturan serta garis panduan
• Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan
• Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator
• Menetapkan sistem pengiktirafan/ penghargaan
• Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan jawatankuasa (Latihan, Promosi, Audit Dalam)
• Memantau Kemajuan Pelaksanaan EKSA melalui amalan terbaik.
PENYELARAS • Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA
• Menyelaraskan program EKSA
• Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA
• Menyimpan rekod utama dan minit berkait dengan pelaksanaan EKSA
• Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit
• Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi.
FASILITATOR
• Memberikan latihan dan panduan kepada ketua zon dan ahli
• Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan
• Menentukan pembahagian zon
• Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksana
• Menyelaras dan memantau aktiviti
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 10 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
• Menjadualkan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan
• Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA
• Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit
• Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada Pengerusi
• Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli kumpulan
SETIAUSAHA • Menyimpan rekod utama dan minit berkaitan dengan pelaksanaan amalan EKSA
• Membantu Penyelaras bagi pengurusan perjalanan mesyuarat, aktiviti promosi, latihan dan audit.
JAWATANKUASA LATIHAN
• Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk amalan EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi
• Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA
• Menyelaraskan dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.
JAWATANKUASA AUDIT DALAM
• Menyediakan kriteria audit dalam EKSA
• Menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA
• Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalam EKSA
• Menyemak kriteria audit dalam EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
JAWATANKUASA PROMOSI
• Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA
• Mengenal pasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan untuk menjayakan EKSA
• Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan
• Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di kalangan warga jabatan.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 11 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
KETUA ZON • Mewujudkan subzone bagi Zon EKSA di bahagian masing-masing
• Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan
• Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan aktiviti EKSA
• Merancang aktiviti Zon
• Member maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk
• Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada ahli kumpulan
AHLI-AHLI
• Memberikan komitmen secara berterusan dalam pelaksanan EKSA
• Menyertai aktiviti EKSA secara aktif
• Bekerjasama dalam kumpulan
• Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan pelaksanaan EKSA
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 12 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
8.0 PEMBAHAGIAN ZON
Jab. Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang telah membahagikan tiga (3)
zon yang melibatkan Tingkat 3 dan Tingkat 4 seperti berikut :
ARAS /
TINGKAT
NAMA ZON TEMA WARNA BAHAGIAN/UNIT
Tingkat 4 Garden City Jingga Bahagian Kawalan
Perancangan & Geospatial
Tingkat 4 Smart City Hijau Bahagian Korporat &
Pentadbiran
Tingkat 3 Liveable City Biru Bahagian Rancangan
Pembangunan & Projek Khas
GARDEN CITY
(Bah. Kawalan Perancangan & Geospatial)
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 13 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
SMART CITY
(Bah. Korporat & Pentadbiran)
LIVEABLE CITY
(Bah. Rancangan Pembangunan & Projek Khas)
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 14 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
9.0 SUDUT INDUK DAN ZON EKSA
Sudut EKSA perlu disediakan bagi memberi maklumat terkini berkaitan
pelaksanaan EKSA kepada warga JPBD Pahang bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan EKSA. Sudut EKSA perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
PENYEDIAAN SUDUT EKSA
BIL SUDUT INDUK SUDUT ZON
1 Polisi, Objektif dan Logo EKSA Polisi, Objektif dan Logo EKSA
2 Carta Organisasi Induk Carta Organisasi Zon
3 Jadual Perancangan (Carta Gantt) Jadual Perancangan (Carta Gantt)
4 Pelan Lantai (Setiap Zon) Pelan Lantai Zon
5 Gambar Aktiviti J/K Induk (Audit, Promosi, Latihan)
Gambar Aktiviti Sebelum & Selepas Zon
7 Informasi dan hebahan Informasi dan hebahan
8 Tarikh Kemaskini Sudut Tarikh Kemaskini Sudut
***Sudut EKSA hendaklah berimej korporat (objek hiasan yang tidak keterlaluan atau
berlebih-lebihan). ***Sudut EKSA boleh disediakan melalui kaedah elektronik seperti TV Informasi / Blog /
Facebook / Portal mengikut kreativiti masing-masing.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 15 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
10.0 DOKUMENTASI EKSA (FAIL)
Dokumentasi EKSA (Fail) perlu disediakan bagi memberi maklumat terkini
berkaitan EKSA kepada warga Jabatan bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan EKSA. Dokumentasi EKSA perlu mengandungi perkara-perkara
berikut:
PENYEDIAAN DOKUMENTASI EKSA (FAIL)
BIL FAIL INDUK FAIL J/K (AUDIT, PROMOSI,
LATIHAN)
FAIL ZON
1 Polisi, Objektif dan Logo EKSA
Polisi, Objektif dan Logo EKSA
Polisi, Objektif dan Logo EKSA
2 Carta Organisasi Induk Carta Organisasi Jawatankuasa
Carta Organisasi Zon
3 Jadual Perancangan Induk Jadual Perancangan J/K
Jadual Perancangan Zon
4 Pelan Lantai (Semua Zon)
Pelan Lantai (Semua Zon)
Pelan Lantai Zon
5 Rekod Mesyuarat / Perbincangan
Rekod Mesyuarat / Perbincangan
Rekod Mesyuarat / Perbincangan Zon
6 Gambar Aktiviti Sebelum & Selepas ( semua J/K Induk)
Gambar Sebelum & Selepas J/K
Gambar Sebelum & Selepas Zon
8 Laporan Jawatankuasa (Audit, Promosi dan Latihan)
Laporan Jawatankuasa
9 Lampiran Lampiran Lampiran
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 16 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.0 PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN EKSA
11.1 KOMPONEN A : KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN
11.1.1 Keperluan utama pelaksanaan EKSA meliputi 20 pecahan
komponen yang merujuk kepada tanggungjawab setiap
jawatankuasa serta aktiviti yang perlu dilakukan.
Sub Komponen
Peranan / Tanggungjawab
Aktiviti
A1 JK Pelaksana (Penyelaras)
• Menyediakan Manual / Garis Panduan EKSA
A2 JK Pelaksana (Penyelaras)
• Menyebarkan Manual / Garis Panduan kepada semua warga jabatan melalui email/portal /poster/memo/hebahan lain.
• Memastikan semua warga jabatan memahaminya
A3 JK Pelaksana (melalui JK Audit)
• Memastikan amalan EKSA dipatuhi dan diamalkan secara berterusan melalui aktiviti harian (cth: kekemasan /kebersihan/langkah penjimatan)
A4 Sekretariat (JK Pelaksana) Setiausaha (JK Latihan, Promosi, Audit dan Zon)
• Memastikan dokumentasi dalam Fail EKSA disusun dengan teratur dan sentiasa dikemaskini
A5 JK Pelaksana • Mewujudkan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti manual / garispanduan yang dibangunkan oleh JPBD
A6 Ketua Zon • Menyedia dan memaparkan Sudut EKSA ditempat yang strategik (secara fizikal atau maya) dan mengandungi beberapa perkara yang wajib dipaparkan
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 17 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
A7 JK Pelaksana
• Membentuk dan melantik Jawatankuasa Eksa yang terdiri sekurang-kurangnya 3 jawatankuasa seperti berikut
i. JK Latihan ii. JK Promosi iii. JK Audit
A8 JK Pelaksana JK Latihan, Promosi dan Audit JK Zon
• Merancang dan melaksana program/aktiviti EKSA secara berkala seperti:
i. Menyedia dan kemaskini Carta Gantt
ii. Menyebar Maklumat Latihan, Promosi dan Audit
iii. Melaksana Program EKSA
A9 JK Pelaksana • Penglibatan Pengurusan Atasan sebagai Penaung/Penasihat EKSA
A10 JK Pelaksana • Penglibatan Pengurusan Atasan dalam aktiviti EKSA seperti program kesedaran dan lawatan
A11 JK Pelaksana Penyelaras Ketua JK Latihan Ketua JK Promosi Ketua JK Audit Ketua Zon
• Membentang dan melaporkan pelaksanaan aktiviti EKSA dalam Mesyuarat Pengurusan jabatan / Mesyuarat JK Pelaksana EKSA / Mesyuarat lain yang berkaitan
A12 JK Audit • Melaksanakan Audit dalaman/ pematuhan sama ada oleh JK Audit dalaman atau agensi luar secara berterusan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
A13 JK Audit • Menyebarkan hasil/ laporan Audit dalaman untuk makluman dan tindakan susulan warga kerja
A14 JK Audit • Mengemukakan laporan penilaian kendiri kepada
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 18 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
MAMPU selepas setahun menerima persijilan (hanya untuk persijilan semula)
A15 JK Promosi (Pelaksana) dengan bantuan JK Audit
• Melaksanakan Program Pengiktirafan di peringkat Jabatan seperti berikut
i. Anugerah Zon terbaik ii. Anugerah meja terbaik iii. Anugerah Go Green
terbaik (individu) iv. Anugerah Go Green
Terbaik (zon)
• Lain-lain pengiktirafan yang difikirkan sesuai
A16 JK Pelaksana dengan bantuan Fasilitator
• Menerima pengiktirafan dan ditanda aras sama ada pada peringkat jabatan, daerah, negeri, kebangsaan atau lain-lain
A17 JK Promosi (Pelaksana)
• Menyebar dan memaklumkan mengenai program pengiktirafan kepada semua warga jabatan i. Hebahan secara media
cetak – Buletin ii. Hebahan secara media
elektronik – infoblast, portal
A18 JK Pelaksana JK Zon
• Melaksanakan inovasi yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja warga jabatan
A19 JK Zon dan dipantau oleh JK Promosi (Pelaksana)
• Melaksanakan program kreativiti dan inovasi Contoh: Kreativiti mengguna bahan terpakai
A20 JK Zon • Melaksanakan program penjimatan tenaga secara menyeluruh seperti contoh berikut i. Notis/ arahan penjimatan
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 19 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
tenaga ii. Penggunaan
lampu/peralatan elektrik save energy
iii. Penetapan suhu optimum iv. Penjimatan kertas v. Penjimatan air vi. Kempen Hijau dan kitar
semula
• Menyediakan analisis perbelanjaan (penjimatan)
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 20 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.2 KOMPONEN B : RUANG TEMPAT KERJA / PEJABAT
11.2.1 Lantai
i. Pastikan lantai sentiasa dalam keadaan yang bersih dari
sebarang kotoran. (tiada kesan celloptape, tidak berdebu
dan tidak basah).
ii. Tong sampah disediakan dan tiada sampah sarap di sudut
atau di bawah peralatan, perabot dan hiasan.
iii. Pastikan lantai tidak pecah dan tidak berlubang yang boleh
mendatangkan bahaya.
iv. Terdapat jadual pembersihan.
11.2.2 Dinding dan Siling
i. Tiada kekotoran pada dinding dan siling.
ii. Hiasan pada dinding perlulah yang bersesuaian.
a) Hiasan hendaklah berada dalam keadaan yang
tersusun, seragam dan kemas.
b) Mestilah bersesuaian dengan imej jabatan dan
korporat dan tidak keterlaluan dari segi kuantiti.
c) Berada dalam keadaan yang bersih dan tidak berdebu.
d) Semua hiasan yang berbentuk maklumat hendaklah
sentiasa dikemaskini dan diselenggara dengan baik.
11.2.3 Lampu dan Soket
i. Semua lampu dalam keadaan bersih, berfungsi dan dalam
keadaan yang baik.
ii. Semua soket elektrik berfungsi dan dalam keadaan baik.
iii. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan melalui
memo/borang aduan kerosakan dan sebagainya.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 21 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.2.4 Susun Atur Peralatan
i. Laci pada meja/mobile pedestal dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu;
a) Tingkat 1 = Alat Tulis (atas)
b) Tingkat 2 = Bahan Rujukan (tengah)
c) Tingkat 3 = Peribadi (bawah)
ii. Kedudukan laci meja/mobile pedestal mengikut
keselesaan pegawai.
iii. Barang-barang yang dibenarkan diletakkan di atas atau
berada di sekitar meja hendaklah disusun dengan kemas,
teratur dan seragam mengikut kesesuaian di zon masing-
masing. Barang-barang tersebut ialah;
a) Komputer dan pekakasan
b) Tanda nama pegawai
c) Tray in/out/kiv hendaklah dilabel dan dikemaskan (jika
ada)
d) Fail Kerja
11.2.5 Keadaan Peralatan
i. Alatulis hendaklah diletakkan di dalam laci meja ATAU alatulis
juga boleh diletakkan di dalam pen stand dalam kuantiti yang
munasabah dan kemas.
ii. Semua peralatan pejabat dalam keadaan baik dan boleh
digunakan. Peralatan yang telah rosak hendaklah dibaiki atau
dicadangkan untuk dilupuskan.
iii. Peralatan yang disimpan dilabel mengikut kesesuaian kecuali
peralatan yang berharga seperti komputer riba dan LCD
Projektor.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 22 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
iv. Semua peralatan tidak berdebu, bersih dan kemas.
v. Peralatan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan
mudah digunakan.
vi. Setiap peralatan gunasama perlu ada PIC beserta nombor
telefon/sambungan.
vii. Manual penggunaan bagi peralatan gunasama disediakan
mengikut kesesuaian.
viii. Semua peralatan gunasama yang boleh dialihkan mesti
mempunyai arahan/notis agar diletakkan atau disusun semula
dengan kemas.
11.2.6 Perlabelan dan Papan Tanda/Tanda Arah
i. Tanda nama pegawai/kakitangan yang seragam disediakan
pada bilik/kubikel/meja dan dipamerkan secara seragam
mengikut kesesuian di zon/bahagian.
ii. Tanda nama bahagian disediakan mengikut kesesuaian dan
seragam.
iii. Papan tanda/tanda arah disediakan mengikut kesesuaian
dan seragam.
iv. Kedudukan papan tanda/tanda arah adalah strategik dan
mudah dilihat.
v. Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan
seperti plug (contoh; SILA PADAM LAMPU SELEPAS
DIGUNAKAN / LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN )
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 23 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.2.7 Perhiasan
i. Perhiasan hendaklah berada dalam keadaan yang tersusun,
terkawal dan menyenangkan pergerakan.
ii. Mestilah bersesuaian dengan imej jabatan dan korporat dan
tidak keterlaluan dari segi kuantiti.
iii. Berada dalam keadaan yang bersih dan tidak berdebu.
iv. Dapat memberikan kesan persekitaran dalaman yang selesa,
kemas dan ceria.
11.2.8 Keperluan Umum
i. Pelan lantai disediakan di setiap ruang/bilik dan
dipamerkan.
ii. Pelan lampu disediakan di setiap bilik dan ruang sekiranya
lebih dari satu (1) suis. Pelan lampu dipamerkan, jelas dan
mudah difahami.
iii. Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW. PA-7) dipamerkan dan
dikemaskini.
iv. Setiap ruang/bilik mempunyai PIC berserta nombor
telefon/sambungan.
v. Etika penggunaan ruang/bilik perlu dipamerkan.
vi. Borang aduan kerosakan/memo dalaman digunakan bagi
melaporkan sebarang kerosakan.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 24 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.2.9 Meja Kerja Kakitangan / Kubikel Kerja
i. Meja kemas dan peralatan disusun dengan baik. (Rujuk
11.2.4)
a) Bakul sampah hendaklah diletakkan ditempat yang
sesuai dan teratur. Penggunaan visual hendaklah
seragam mengikut zon sekiranya ada.
b) Kasut/selipar hendaklah diletakkan di dalam keadaan
teratur dan kemas mengikut kretiviti di zon masing-
masing. (Cth; berada dalam bekas/kotak dan tidak perlu
dilabel).
c) Fail-fail aktif yang berada di atas meja pegawai pada
satu tempoh tugasan hendaklah disusun dengan kemas
dan teratur pada setiap masa.
11.2.10 Bilik Pegawai
i. Meja kemas dan peralatan disusun dengan baik. (Rujuk
11.2.4)
ii. Perabot disusun dengan kemas.
iii. Hiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 25 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.2.11 Stor Peralatan Pejabat
i. Stor hendaklah dalam keadaan kemas, bersih dan tidak
berdebu. Bahan-bahan dalam rak hendaklah dalam
keadaan bersih dan tersusun.
ii. Terdapat sistem rekod inventori yang baik.
iii. Semua item dilabel mengikut kesesuaian dan terdapat
ruang/garisan untuk membezakan barang-barang
simpanan.
iv. Etika, nama PIC, nombor telefon/sambungan dan pelan
lantai yang bersesuaian perlu disediakan.
v. Kad rekod (kew-PS) digunakan untuk merekod pergerakan
stok.
vi. Bahan yang rosak dan yang boleh diguna perlu diasingkan.
vii. Terdapat penanda aras untuk tambahan stok disediakan
bagi bahan yang bersesuaian.
11.2.12 Bilik Fail
i. Bilik fail/ruang simpanan fail hendaklah dalam keadaan
tersusun, kemas, bersih dan tidak berdebu.
ii. Peralatan, kabinet dan rak dalam keadaan teratur, baik
dan kemas.
iii. Fail disusun kemas dengan teknik yang bersesuaian bagi
capaian kurang dari 30 saat.
iv. Senarai indeks fail disediakan dan fail bernombor.
v. Fail dilabel dengan jelas dan mudah dilihat serta
mempunyai tajuk fail dan nombor yang berturutan.
vi. Sistem Kawalan Fail disediakan
Rak (fail yang berdaftar sahaja)
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 26 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
a) Mengikut kabinet/rak fail yang sedia ada di zon
masing-masing.
b) Semua fail disetiap unit diletakkan secara berpusat dan
dikawalselia oleh seorang PIC mengikut bahagian.
c) Menggunakan kod lokasi kedudukan fail bagi
memudahkan capaian (dalam kiraan masa 30 saat
dalam keadaan yang sesuai dan munasabah).
d) Mewujudkan sistem pergerakan fail dengan
menggunakan salah satu atau kombinasi kaedah
dummy file, buku rekod pergerakan fail, borang
pergerakan fail atau senarai nama pegawai.
e) Penulisan pada fail mestilah kemas dan mudah dilihat
(tulisan tangan yang kemas).
f) Mengikut turutan siri nombor.
Kabinet Fail Besi Bertingkat
a) Guna pocket fail
b) Kedudukan fail ‘tetulang fail disusun ke bawah dan
selari (muka depan fail menghala ke depan)
c) Setiap pocket fail dalam kabinet perlu dilabelkan
dengan font dan saiz yang bersesuaian.
Mobile Rack
a) Gunakan kotak fail
b) Letakkan label pada setiap kotak
c) Susunan menegak
d) Letakkan label pada setiap fail
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 27 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
Kabinet Kayu
a) Dokumen Kewangan/Dokumen Kontrak
1. Letakkan label pada setiap bundle dokumen/fail
2. Susunan dokumen / fail hendaklah sentiasa kemas.
(contoh; mengikut PTJ dan tahun)
b) Fail Rasmi
1. Gunakan kotak kertas
2. Letakkan label pada setiap kotak
3. Susunan menegak
4. Letakkan label pada setiap fail
11.2.13 Sudut / Bilik Cetak / Dokumentasi
i. Sudut/bilik cetak/dokumentasi dalam keadaan bersih, tidak
berdebu, tersusun, kemas dan selamat.
ii. Peralatan-peralatan dan kabinet atau rak berada dalam
keadaan teratur, baik dan kemas. (Rujuk 11.2.5).
11.2.14 Bilik Server / Terperingkat
i. Bilik server/terperingkat dalam keadaan bersih, tidak
berdebu, tersusun, baik dan kemas.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 28 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.3 KOMPONEN C : TEMPAT UMUM
11.3.1 Ruangan Hadapan
i. Persekitaran adalah bersih, kemas, ceria dan selaras
dengan imej korporat.
ii. Terdapat sudut informasi di setiap bahagian.
11.3.2 Kaunter Utama
i. Kaunter utama berimej korporat dan mempunyai kriteria
berikut;
a) Maklumbalas kepuasan pelanggan
b) Direktori kakitangan
c) Borang-borang dan brosur berkaitan
d) Bahan bacaan/informasi
e) Piagam pelanggan
ii. Persekitaran adalah bersih, kemas, ceria dan selaras
dengan imej korporat.
iii. Persekitaran kaunter yang menyenangkan pelanggan.
iv. Kerusi disediakan.
v. Ada nama kakitangan bertugas.
vi. Terdapat loceng bagi pelanggan untuk mendapatkan
layanan di kaunter.
vii. Carta alir perkhidmatan disediakan dan dikemaskini.
11.3.3 Ruang Menunggu
i. Sofa atau tempat duduk disediakan.
ii. Peralatan, perabut dan perhiasan sentiasa dalam keadaan
kemas, bersih, teratur dan boleh digunakan.
iii. Terdapat tong sampah yang bersesuaian.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 29 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.3.4 Laluan Utama / Koridor
i. Peralatan dan hiasan disusun kemas, bersih dan teratur.
ii. Tiada halangan disemua laluan dan pintu kecemasan.
11.3.5 Bilik Mesyuarat
i. Sediakan pelan lantai, etika & nama PIC beserta nombor
telefon/sambungan bagi setiap bilik mesyuarat.
ii. Pastikan kawasan, peralatan dan perabot berada dalam
keadaan baik, kemas, bersih dan teratur.
iii. Pamerkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) di
tempat yang boleh dilihat.
iv. Sediakan makluman penggunaan bilik mesyuarat di luar
bilik mesyuarat – tindakan oleh setiausaha mesyuarat.
11.3.6 Surau / Bilik Solat
i. Sediakan etika dan nama PIC beserta nombor
telefon/extention.
ii. Pamerkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) di
tempat yang boleh dilihat.
iii. Pastikan lantai/karpet di surau dalam keadaan yang bersih,
teratur, kemas dan selesa.
iv. Terdapat air freshner dan tiada bau yang kurang
menyenangkan.
v. Telekung dan sejadah hendaklah disusun dengan kemas
dan teratur.
vi. Tuala/barang peribadi dilarang digantung di dinding atau
pada tempat sangkut/penyidai.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 30 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
vii. Bahan bacaan seperti Al-Quran dan Yassin disusun kemas
dan dalam keadaan baik.
viii. Arah Kiblat dipamerkan dengan jelas.
ix. Terdapat rak kasut dan selipar untuk kegunaan umum.
11.3.7 Pantri / Tempat Istirehat
i. Sediakan etika dan nama PIC beserta nombor
telefon/sambungan.
ii. Pamerkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) di
tempat yang dilihat.
iii. Peralatan/kemudahan bersih dan tidak berhabuk, dalam
keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan baik.
Panduan/manual penggunaan peralatan yang memenuhi
ciri keselamatan perlu disediakan.
iv. Tiada pinggan mangkuk/cawan/gelas kotor diletak di atas
meja dan sinki.
v. Kain lap sentiasa bersih dan disangkut kemas. (jika ada)
vi. Sinki bersih tidak tersumbat dan tiada sisa makanan.
vii. Meja makan perlu sentiasa berkeadaan bersih.
viii. Kabinet dilabel mengikut kesesuaian.
ix. Bahan makanan/minuman hendaklah diletakkan dalam
bekas bertutup.
x. Pantri sentiasa bersih, kemas, tersusun dan bebas
daripada sebarang serangga, makhluk perosak, kekotoran
dan bau yang tidak menyenangkan.
xi. Peralatan elektrik ditutup setelah digunakan.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 31 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
11.3.8 Tandas
i. Sediakan etika dan nama PIC beserta nombor
telefon/sambungan.
ii. Semua peralatan dan kelengkapan berada dalam keadaan
baik dan berfungsi dengan baik.
iii. Bekas sampah berkeadaan bersih.
iv. Terdapat air freshner dan tiada bau yang kurang
menyenangkan.
v. Terdapat sabun dan tisu/pengering tangan
vi. Permukaan lantai sentiasa bersih dan kering.
vii. Senarai semak/jadual kerja-kerja penyelenggaraan dan
pembersihan tandas dilekatkan di dalam bilik air.
viii. Meja sinki sentiasa bersih dan kering.
ix. Cermin muka berkeadaan bersih.
x. Tempat mengambil wuduk bersih dan tidak tersumbat dan
semua paip air berfungsi dengan baik.
11.4
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 32 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
KOMPONEN D : KESELAMATAN PERSEKITARAN
11.4.1 Pelan Tindakan Kecemasan
i. Peralatan keselamatan (alat pemadam api, first aids dan
sebagainya) diletakkan di tempat yang betul, mudah
dilihat dan terdapat tatacara penggunaan.
ii. Peralatan berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta
tidak luput jangka hayat pemakaian.
iii. Terdapat ubat-ubatan yang bersesuaian dalam first aids
box dan tarikh luput disemak.
iv. Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan
dengan jelas (contoh: Dilarang Merokok, Di Larang MASUK
dan tanda KELUAR) di kawasan yang bersesuaian.
v. Kakitangan diwajibkan menyertai latihan keselamatan
bangunan yang dilaksanakan oleh pihak jabatan.
vi. Kakitangan diberi pengetahuan tentang pelan laluan
kecemasan dan tempat berkumpul.
vii. Tanda arah laluan kecemasan diletakkan di tempat yang
bersesuaian.
11.4.2 Pendawaian / Kabel
i. Pendawaian elektrik/telefon/komputer/mesin/peralatan
hendaklah dalam keadaan baik, sempurna, teratur, tidak
berserabut dan selamat.
ii. Setiap kepala plug hendaklah dilabel dengan kemas dan
seragam mengikut zon.
iii. Extention yang digunakan di meja bertugas hendaklah di
letakkan dalam keadaan kemas dan tersusun samada
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 33 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
tergantung menggunakan skru @ double tape dan dalam
keadaan yang paling selamat.
iv. Pelan lampu dan suis disediakan bagi kawasan/bilik yang
mempunyai lebih dari satu (1) suis.
11.4.3 Peralatan Pencegahan Kebakaran
i. Alat pemadam api diletakkan di tempat yang sesuai,
mudah dilihat dan terdapat tatacara penggunaan.
ii. Peralatan berada dalam keadaan bersih dan berfungsi
serta tidak luput jangka hayat pemakaian.
iii. Tarikh luput bagi alat pemadam api dipamerkan dengan
jelas bagi tujuan penyelenggaraan.
iv. Gelung hos disediakan dan boleh digunakan.
11.4.4 Laluan / Tangga Kecemasan
i. Tanda arah keluar dipaparkan dengan jelas.
ii. Pintu rintangan api sentiasa berfungsi, tidak dihalang dan
tidak terbuka.
iii. Tiada halangan di laluan/ tangga/ pintu kecemasan.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 34 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
12.0 PENSIJILAN EKSA
Pensijilan akan dikeluarkan kepada jabatan yang berjaya memperoleh markah
purata 80% dan ke atas. Pecahan markah bagi pensijilan adalah seperti berikut:
Markah Kategori Sijil
90.0% - 100.0% CEMERLANG
80.0% - 89.9% BAIK
Sijil EKSA dikeluarkan berdasarkan kepada entiti sesebuah jabatan yang diaudit
oleh MAMPU. Entiti ini merujuk kepada jabatan yang mempunyai kewujudan
tersendiri dari segi bangunan, ruang persekitaran atau lokasi. Pihak pengurusan
memandang serius perkara ini dan berharap semua warga JPBD Pahang
memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan program ini.
12.1 Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku sijil EKSA adalah selama dua (2) tahun dan tarikh ini
dipaparkan dalam sijil EKSA.
Permohonan pembaharuan sijil EKSA perlu dimohon daripada MAMPU
satu (1) bulan sebelum tarikh tamat sah laku sijil.
Sekiranya jabatan berpindah lokasi bangunan atau penempatan asal
tempat sesi pengauditan dibuat, jabatan boleh membuat permohonan
bagi sesi pengauditan semula mengikut lokasi agensi di bangunan atau
penempatan yang baru. Sijil EKSA yang terdahulu ditamatkan dan perlu
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 35 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
dikembalikan kepada MAMPU. Sijil EKSA yang baharu dikeluarkan
berdasarkan kepada hasil pengauditan di lokasi baharu.
12.2 Permohonan Rasmi Jabatan yang minat dan bersedia untuk mendapatkan pensijilan EKSA
perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada MAMPU, bersama-
sama laporan audit dalam yang dibuat sebanyak 2 kali serta mencapai
purata markah 80.0% ke atas selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh
pengauditan yang dicadangkan.
13.0 PENUTUP
Panduan EKSA Jab. Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang yang di
sediakan ini di harap dapat memberi panduan dan rujukan kepada warga jabatan
dalam pengurusan persekitaran kerja yang lebih bersih, selesa, kemas, tersusun
dan selamat
Melalui EKSA, warga jabatan secara bersama-sama memberikan komitmen,
displin yang tinggi serta etika kerja yang baik dapat menghasilkan prestasi kerja
yang berkualiti. EKSA juga memupuk semangat kerja berpasukan dan tolong
menolong yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian setiap
bahagian kepada para pelanggan dan seterusnya membawa kepada peningkatan
imej JPBD Pahang secara amnya. Amalan Go Green yang menitikberatkan
penjimatan dan teknologi hijau diharap dapat diamalkan.
Oleh itu, diharapkan buku panduan ini dapat membantu warga JPBD Pahang
untuk melaksanakan pengurusan persekitaran kerja yang berkualiti melalui EKSA
dan membudayakannya secara berterusan sehingga menjadi amalan yang baik.
E k o s i s t e m K o n d u s i f S e k t o r A w a m ( E K S A )
- 36 -
J a b a t a n P e r a n c a n g a n B a n d a r & D e s a
N e g e r i P a h a n g
P L A N M a l a y s i a @ P a h a n g
14.0 LAMPIRAN