SOALAN ISL
EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bil Soalan ISL
1 Jelaskan tentang domain/elemen penting yang terdapat dalam teknologi
pendidikan. Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada setiap
warga guru.
2 Penilaian merupakan satu langkah yang terdapat dalam model ADDIE.
Berdasarkan bacaan dan rujukan di perpustakaan, bincangkan mengenai
bentuk penilaian yang boleh dilaksanakan dan terangkan ciri-ciri setiap
bentuk penilaian dengan memberikan satu contoh yang sesuai.
3 Melayari internet untuk memperoleh maklumat tentang jenis media cetak
dan berikan contoh-contoh yang sesuai bagi media tersebut. Cuba buat
klasifikasi dengan menggunakan pengurusan grafik. Jelaskan bagaimana
media cetak berperanan membantu guru meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
4 Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘instructional planning’ (rancangan
pengajaran). Merujuk kepada model ASSURE bincangkan bagaimana anda
memilih kaedah, media dan bahan sumber yang sesuai untuk sesi
pengajaran berbantukan komputer.
5 1. Nyatakan apakah teknik-teknik yang biasa digunakab untuk mengambil
gambar (foto).
2. Merujuk kepada Bahagian A dalam Smaldino, S.E., Russell, J. D.,
Heinich, R. & Molenda, M.(2005). Instructional technology and media for
learning. (8ͭ7ʰ ed.) . New Jersey : Pearson Educational Inc. , bincang dan
senaraikan langkah-langkah memelihara dan memulihara cetakan fotografi
anda.
6 Berdasarkan kepada Ellington, H. (1996). Using the overhead projector
effectively. Retrieved 4 Dec 2007 from
http://apu.gcal.ac.uk/ciced/Ch.15.html., gariskan prosedur dan teknik
menghasilkan transperansi yang berkesan.
7 Berdasarkan pengalaman anda menggunakan persembahan powerpoint,
berikan lima (5) cadangan untuk menghasilkan slaid yang menarik bagi
pengajaran matapelajaran pengkhususan anda.
8ͭ Akses maklumat dari internet dan pusat sumber, bincangkan
perkembangan teknologi multimedia di dalam internet dari dahulu sehingga
kini.
9 Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut :
Peningkatan dalam penggunaan pangkalan data dalam masyarakat serta
kemudahan internet telah memudahkan maklumat peribadi diakses oleh
sesiapa pun. Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselematan
dan privasi pelajar di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu
keselamatan dan privasi?
10 Dengan mengakses internet, cara bahan dan cuba membentuk satu aktiviti
bilik darjah yang mengintegrasikan fungsi hamparan elektronik dalam
pengajaran.
11 Melayari dan akses maklumat dari internet dan pusat sumber untuk mencari
beberapa jenis media interaktif yang boleh digunakan sebagai sumber bilik
darjah.
12 Berdasarkan Bab 11 dalam Smaldino, S.E., Russell, J. D., Heinich, R. &
Molenda, M.(2005). Instructional technology and media for learning. (8ͭ7h ed.)
. New Jersey : Pearson Educational Inc., dan artikel-artikel lain, banding
beza Akta Hak Cipta yang diguna pakai di Malaysia dan antarabangsa.
13 Sebagai seorang guru yang telah dilatih dengan peraturan dan etika
perguruan, terang dan jelaskan bagaimana anda mengamalkan isu-isu
perundangan, isu-isu media sosial, isu-isu etika dalam menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.