12
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7 TEMA 3: Penerokaan Unsur Dalam Alam Tema ini bertujuan untuk memperkenalkan unsur alam yang terdiri daripada jirim. Fokus diberikan kepada sifat fizik dan sifat kimia dan rupa bentuk tiga keadaan jirim. Pengelasan unsur dalam jadual berkala diperkenalkan. Kewujudan sumber alam dalam bentuk unsur, sebatian dan campuran dikaji dengan memberi tumpuan kepada perbandingan sifat-sifatnya dan penggunaannya dalam kehidupan harian. Tajuk udara dipelajari dari aspek komposisi, tindak balas pembakaran dan juga isu pencemaran udara. Bidang pembelajaran: 7. Udara 7.1 Komposisi udara 7.2 Pembakaran 7.3 Pencemaran udara Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1 Mengingat kembali jirim/ jadual berkala/ udara Contoh soalan: 1

skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

TEMA 3: Penerokaan Unsur Dalam Alam

Tema ini bertujuan untuk memperkenalkan unsur alam yang terdiri daripada jirim. Fokus diberikan kepada sifat fizik dan sifat kimia dan rupa bentuk tiga keadaan jirim. Pengelasan unsur dalam jadual berkala diperkenalkan. Kewujudan sumber alam dalam bentuk unsur, sebatian dan campuran dikaji dengan memberi tumpuan kepada perbandingan sifat-sifatnya dan penggunaannya dalam kehidupan harian. Tajuk udara dipelajari dari aspek komposisi, tindak balas pembakaran dan juga isu pencemaran udara.

Bidang pembelajaran: 7. Udara

7.1 Komposisi udara 7.2 Pembakaran 7.3 Pencemaran udara

Standard Prestasi

TahapPenguasaan

Tafsiran

1 Mengingat kembali jirim/ jadual berkala/ udara

Contoh soalan:

Sekumpulan murid Tingkatan 1 Alfa sedang mengkaji mengenai komposisi udara yang terdiri daripada campuran beberapa jenis gas. Bantu mereka untuk mengenalpasti gas tersebut.

P Nitrogen

1

Page 2: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Q Oksigen

R Karbon dioksida

S Gas lengai

2

Page 3: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

TahapPenguasaan

Tafsiran

2 Memahami jirim/ jadual berkala/ udara

Contoh soalan:

1) Namakan kepentingan gas yang berlabel Q kepada benda hidup.

Untuk pernafasan

2) Gas manakah yang boleh diuji dengan air kapur? Karbon dioksida

3) Namakan satu proses yang menggunakan gas yang dinyatakan di (2).

Fotosintesis

3

Page 4: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

TahapPenguasaan

Tafsiran

3 Mengaplikasikan pengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan aktiviti/ tugasan mudah

Contoh soalan:

Kereta yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api banyak menghasilkan pencemaran udara. Huraikan dua perkara yang patut dilakukan oleh syarikat pembuat kereta untuk mengurangkan jumlah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kereta.

Jawapan:

Menghuraikan dua perkara berbeza yang dilakukan oleh syarikat pembuat kereta untuk mengurangkan pencemaran udara.

Pembuat kereta menggunakan bahan api yang berbeza (sumber tenaga) yang tidak mencemarkan udara atau kurang mencemarkan udara

Pembuat kereta menggunakan kurang bahan api untuk membolehkan kereta berfungsi (lebih cekap tenaga atau meningkatkan keupayaan prestasi enjin, bentuk aerodinamik) akan menghasilkan kurang pencemaran

Pembuat kereta menambah alat untuk memerangkap pencemaran yang dihasilkan sebelum dibebaskan ke udara

Contoh jawapan

1.Pembuat kereta menghasilkan kereta yang menggunakan kurang petrol

2.Pembuat kereta menghasilkan kereta yang berfungsi tanpa mencemarkan udara

1.Pembuat kereta menghasilkan kereta mengunakan petrol yang lebih perbatuannya

2.Pembuat kereta menyingkirkan pencemaran sebelum dibebaskan melalui ekzos

4

Page 5: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

TahapPenguasaan

Tafsiran

4 Menganalisis pengetahuan tentang jirim/ jadual berkala/ udara dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam

Contoh soalan:

Hazwan dan rakan-rakannya sedang menjalankan penyiasatan untuk mengkaji hubungan udara dengan pembakaran. Dua lilin yang serupa dinyalakan. Kemudian dua balang gas diterlangkupkan ke atas kedua-dua lilin itu seperti dalam rajah di atas.

a) Apakah yang dapat diperhatikan berlaku pada lilin yang menyala di dalam balang gas A dan B?

Api lilin dalam balang gas A padam tetapi api lilin dalam balang gas B terus menyala.

b) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada pemerhatian di (a)?

Udara diperlukan untuk pembakaran

c) Gas apakah dalam udara yang menyokong pembakaran lilin?

Gas oksigen

5

Page 6: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

d) Di makmal sekolah terdapat banyak alat yang boleh membantu untuk memadam kebakaran seperti alat pemadam api, pasir dan pili air bomba yang boleh digunakan mengikut jenis kebakaran. Semasa Amin dan kawan-kawannya menjalankan eksperimen di makmal sains, buku Amin telah terkena api penunu Bunsen lalu terbakar. Terangkan bagaimana fire blanket dapat menghalang api dari terus marak dan merebak.

Untuk satu proses pembakaran berlaku mesti mempunyai bahan bakar, haba dan udara/oksigen. Fire blanket berfungsi bagi menghalang punca api mendapat bekalan udara/oksigen seterusnya akan menyebabkan api terpadam

6

Page 7: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

TahapPenguasaan

Tafsiran

5 Menilai pengetahuan jirim/ jadual berkala/ udara dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan aktiviti/ tugasan

JITRA - Setiap kali selepas musim menuai padi, pesawah khususnya di kawasan Kubang Pasu, di sini, akan membakar petak sawah mereka bagi melupuskan jerami padi.

Keadaan itu dilihat memberi impak kepada pencemaran udara kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran terbuka berkenaan.

Bagaimanapun, bagi mereka, proses membakar jerami itu merupakan satu proses biasa yang dilakukan sebagai langkah untuk memastikan tanah sawah mereka kekal subur.

Pesawah, Md Nor Hamzah, 59, berkata, proses pembakaran jerami itu merupakan perkara wajib yang dilakukan oleh mereka untuk memastikan bakteria yang terdapat pada tanah sawah mereka mati.

Menurutnya, selain itu sisa pembakaran iaitu abu jerami akan bersifat sebagai baja organik untuk kesuburan tanah tersebut.

“Ini juga sebagai langkah persediaan kita untuk musim penanaman seterusnya, dengan membakar jerami, ia mengurangkan sampah yang berada dalam petak sawah.

“Sekiranya dibiarkan, jerami padi akan menyebabkan tanah masam yang boleh menggalakkan kehadiran serangga perosak tanaman,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambah Md Nor, bagaimana petani perlu mengambil langkah mengikut peraturan ditetapkan dalam menjalankan aktiviti tersebut dan mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

“Kami terpaksa membakar jerami kerana khuatir kawasan sawah akan terjejas dan padi yang akan ditanam selepas ini dibimbangi berpenyakit. Kita akan ambil langkah keselamatan dan selalunya dilakukan pada waktu angin kuat supaya asap yang dihasilkan boleh hilang dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Manakala bagi Jaafar Mahmud, 48, aktiviti membakar jerami padi biasanya dilakukan pada waktu tengah hari.

“Biasa saya akan mula bakar pada tengah hari kerana waktu itu jerami sudah kering. Ini kerana kita tidak akan bakar dengan keadaan jerami basah atau waktu hujan.

“Sebelum bakar saya akan kumpulkan dahulu jerami yang ada di petak sawah untuk pastikan api tidak melarat dan boleh dikawal. Manakala aktiviti ini akan dihentikan dengan

7

Page 8: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

memastikan api padam sebelum menjelang waktu malam,” katanya.

Dibolehkan dengan bersyarat

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) Negeri Kedah mengenai perkara itu sama ada dibenarkan atau sebaliknya.

Menurut Timbalan Pengarah Jas negeri Kedah, Mohd Sani Mat Daud berkata, aktiviti pembakaran jerami oleh pesawah itu merupakan aktiviti yang dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, setiap aktiviti pembakaran jerami di petak sawah perlu mengikut waktu yang ditetapkan iaitu antara jam 1 hingga 5 petang.

“Selain itu, mereka (pesawah) juga tidak boleh menggunakan bahan bakar bantuan seperti getah untuk memulakan pembakaran dan perlu mengawal aktiviti itu.

“Pembakaran itu juga perlu dilakukan dengan keluasan yang kecil dalam satu masa, tidak boleh melibatkan kawasan yang luas untuk sekali bakar,” katanya.

Tambahnya, pesawah juga diwajibkan memaklumkan kepada pihak polis mengenai kebakaran yang ingin dilakukan selain perlu memastikan jerami yang dibakar dalam keadaan kering.

“Pemilik tanah juga perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku kebakaran yang tidak mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan.

"Manakala tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuai mengikut Seksyen 29a Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Denda maksimun RM500,000 atau lima tahun penjara boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz berkata, daerah Kubang Pasu sebagai kawasan terbesar dalam sektor penanaman padi negeri Kedah dinasihatkan menjalankan aktiviti pembakaran jerami secara bergilir-gilir.

“Mereka perlu memastikan kawasan petak sawah yang mahu dibakar tidak berdekatan dengan kawasan padi yang belum dituai untuk mengelak kes hasil padi terbakar.

“Di samping itu, kita berharap pesawah terbabit dapat merujuk kepada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk mendapatkan penjelasan mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi,” katanya.

8

Page 9: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Berdasarkan petikan di atas, sebagai seorang petani apakah tindakan membakar jerami adalah wajar. Berikan justifikasi

Jawapan.

wajar:

1. Pembakaran mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam sekitar.

2. Pembakaran dilakukan dengan keluasan yang kecil dalam satu masa, tidak boleh melibatkan kawasan yang luas untuk sekali bakar bagi mengekalkan nutrien dalam tanah.

9

Page 10: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewpengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Tahappenguasaan

Tafsiran

6 Merekacipta menggunakan pengetahuan jirim/jadual berkala/ udara dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan aktivii/ tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif

Sekiranya Jabatan Alam Sekitar mengharamkan pembakaran jerami secara terbuka Jalankan satu penyelidikan yang inovatif secara berkumpulan untuk menyelesaikan isu pelupusan jerami padi.

Jawapan

Jerami yang dikumpul untuk dilupuskan boleh digunakan untuk menghasilkan produk sampingan.

-kertas

-produk kraftangan

-penanaman cendawan jerami padi

Dan lain-lain

10