JABATAN PELAJARAN PERAK
PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH
2007
PEMANTAPAN VOKAL DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH STESEN
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
OLEH EN.TARMIZI BIN CHE MAT
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SEPETANG 34010 TAIPING
KELOLAAN
UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
ISI KANDUNGAN. MUKA SURAT
Sekilas Bicara i Abstrak. 1
1. Refleksi Dan Pengajaran Lalu 2 -3
2. Isu Keprihatinan dan Fokus Kajian 4
3. Objektif Kajian 5 3.1. Objektif Am 3.2. Objektif Khusus
4. Kumpulan Sasaran 6 5. Pelaksanaan Kajian 6
5.1. Tinjauan Masalah 6 5.2. Analisis Tinjauan Masalah 7 5.3. Tindakan Yang Dijalankan. 9 5.4. Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian. 12
5.4.1. Pelaksanaan Aktiviti 1 13 -Pemerhatian
-Refleksi 5.4.2. Pelaksanaan Aktiviti 2 13 -Pemerhatian - Refleksi
5.4.3. Pelaksanaan Aktiviti 3 14 -Pemerhatian
-Refleksi 5.4.4. Pelaksanaan Aktiviti 4 14 -Pemerhatian - Refleksi
5.4.5. Pelaksanaan Aktiviti 5 15 -Pemerhatian
-Refleksi
5.5.Refleksi Kajian. 15-20 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 21 7.0. Kesimpulan 23 8.0. Bibliografi. 24
SEKILAS BICARA
Assalamualaikum w.b.t.Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyempurnakan Kajian Tindakan ini.
Sesungguhnya peluang yang diberikan ini,banyak mematangkan diri dan minda saya untuk membina keyakinan yang lebih tinggi dalam meningkatkan prestasi anak didik saya
terutamanya yang masih mentah dalam alam persekolahan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar SK.Ulu Sepetang,guru-guru dan staff sokongan yang memberikan sokongan moral dan idea secara langsung mahupun tidak
langsung.
Dengan garapan idea ,sokongan ,tenaga dan pengalaman mereka,maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini
Untuk keluargaku terima kasih kerana waktu yang diluangkan untuk kamu semua terpaksa aku korbankan bagi menyiapkan tugasan ini.
Tarmizi bin Che Mat. SK.Ulu Sepetang. JUN 2007
i
Abstrak. Kajian ini dijalankan untuk menanggani masalah kesukaran murid bagi memantapkan
penggunaan huruf vokal a,e,i,o,dan u di dalam pembelajaran murid seharian.Melalui
tinjauan masalah yang dijalankan ,didapati ramai murid tidak dapat menguasai kefungsian
penggunaan vokal berkenaan.Murid-murid yang dipilih ini merupakan murid-murid yang
mempunyai masalah di dalam menulis dan membaca iaitu Masalah 2M.
Pengkaji mendapati murid Tahap Satu seramai 17 orang yang berada di dalam kelas
Pendidikan Pemulihan Khas mengalami masalah di dalam menguasai kemahiran yang
mempunyai huruf vokal terutama dari segi pengetahuan konsonan vokal(KV).konsonan
vokal konsonan (KVK),Konsonan vokal Konsonan Vokal (KVKV) dan sebagainya.
Justeru ,setelah meneliti pelbagai faktor pengkaji berpendapat teknik yang berkesan
bagi memantapkan murid menguasai vokal ialah menggunakan satu Kaedah yang diberi
nama Kaedah Stesen Vokal.Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini merupakan satu
kaedah pembelajaran luar bilik darjah.Kaedah ini dapat mengelakkan murid daripada bosan
kerana terlalu lama berada di dalam bilik darjah dan mereka dapat beriadah dan dapat
memupuk semangat setiakawan,bantu-membantu ,perkongsian idea dan rakan sebagai
pembimbing serta guru sebagai pemudah cara.
Pengajaran berkonsepkan stesen ini dijalankan dengan pelbagai aktiviti yang
dirancang dengan teliti supaya setiap ahli kumpulan mempunyai peranannya.Melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sedikit sebanyak akan dapat membantu murid
memantapkan pengguasaan mereka di dalam menggunakan huruf vokal di dalam proses
membatang,membina ayat dan membaca ayat yang mudah.
1
1.Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu. Berdasarkan pemerhatian pengkaji,didapati murid-murid yang menghadapi masalah ini
selalunya menghadapi pelbagai masalah yang agak kritikal.Mereka ini tidak disenangi dan
dipedulikan oleh pihak guru dan pentadbir sekolah,tidak disukai oleh rakan-rakan dan
kadang-kadang dianggap sebagai sampah sekolah kerana tidak memberikan sebarang
keuntungan kepada pihak sekolah.Mereka jarang diberikan perhatian oleh guru di dalam
bilik darjah .
Justeru,saya sebagai guru terpanggil untuk merealisasikan harapan mereka kerana
mereka juga ada hak untuk belajar dan ada hak untuk menikmati pembelajaran seperti
murid yang lain.Pengkaji juga mendapati terdapat lain-lain faktor yang menyebabkan
mereka ini tidak menguasai 2M.Antara faktor-faktornya ialah:
Masalah mentaliti yang rendah
Kurang sokongan di sekolah dan di rumah
Persepsi pihak sekolah tentang kebolehan mereka.
Masalah Keluarga
Masalah Fizikal
Tidak boleh membaca
Tidak tahu apa yang dibaca
Tertinggal pembelajaran sewaktu di PRA Sekolah,Tahun Satu.
Tidak tahu bunyi-bunyi huruf yang dibaca dan.dipamer .
2
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang saya berikan kepada mereka,saya
berpendapat murid-murid ini boleh dimajukan lagi sekiranya terdapat kaedah-kaedah lain
yang dapat meransang minda mereka.Satu alternatifnya ialah mencari satu pembelajaran
yang menyeronokkan kepada mereka dengan pelbagai pendekatan tetapi mempunyai satu
matlamat iaitu mereka dapat membaca dengan baik bagi membebaskan diri mereka
daripada cengkaman buta huruf atau buta menulis dan membaca.
Saya berharap sekiranya kajian saya berjaya,saya akan mengubah cara atau
strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping dapat
menyeronokkan murid-murid yang tidak mempunyai minat untuk belajar akan terus
belajar,tanpa segan silu bertanya kepada gurunya.Dengan demikian akan terbuktilah kata-
kata yang berbunyi �pecahkan ruyung dapatkan sagunya�.
3
2. Isu Keprihatinan/Fokus Kajian.
Kajian yang dilakukan ini berfokus kepada pemantapan pengunaan vokal di
dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah stesen.Setiap stesen diberikan
satu vokal iaitu stesen 1 untuk vokal a,stesen 2 untuk vokal e,stesen 3 untuk vokal i,stesen
4 untuk vokal o dan stesen 5 untuk vokal u.Di setiap stesen guru boleh meminta bantuan
seorang guru bagi membantu mengadakan aktiviti yang dirancangkan dan memantapkan
murid bagi setiap vokal berkenaan.Perancangan aktiviti disetiap stesen berdasarkan kepada
metadologi pengajaran yang telah dirancangkan .Perancangan aktiviti ini dijalankan di
dalam dan di luar bilik darjah.
Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya
ingatan murid terhadap penggunaan huruf vokal dan fonetiknya supaya mereka dapat
membatang,membaca dan membunyikan perkataan-perkataan dengan lancar dan betul.Pada
hakikatnya,ramai murid telah menguasai kemahiran membaca suku kata tetapi
memandangkan ada ketikanya mereka tidak berjaya memantapkannya apabila disambung
lagi dengan suku kata yang lain menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama
bagi membacakan sesuatu perkataan.
Permasalahan yang amat ketara ialah mereka tidak dapat membunyikan huruf
apabila digabungkan dengan huruf konsonan yang lain.Contohnya b + a ,murid �murid
tidak mengetahui dan tidak tahu menyebutnya dan membunyikannya tetapi mereka
mengenali huruf yang berkenaan.Begitulah seterusnya apabila digabungkan dengan vokal
vokal yang lain seperti vokal e,vokal i,vokal o dan vokal u.
Kemahiran ini amat penting kepada setiap individu yang ingin membaca
perkataan-perkataan seterusnya.Kesukaran mereka untuk memantapkan pengggunaan vokal
menyebabkan mereka akan terlalu lama dan mengambil masa yang lama untuk membaca
sesuatu perkataan.Di sinilah punca masalah membaca yang harus kita bersama-sama
membantu menangganinya.
4
Di samping itu juga ,sebagai guru kita perlu komited dan sentiasa
memotivasikan murid supaya sentiasa rajin membaca pelbagai bahan seperti buku
cerita,majalah kanak-kanak dan sebagainya.Guru juga perlu mengadakan pelbagai alatan
audiovisual seperti penggunaan ICT,gambar,kad imbasan,kad gambar dan pelbagai bahan
interaktif supaya murid lebih tertarik untuk terus belajar.
3.0. Objektif Kajian.
3.1 .Objektif Am.
Membantu meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran yang melibatkan penggunaan
vokal a,e,i,o dan u dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3.2. Objektif Khusus.
Meningkatkan moral murid-murid yang mempunyai masalah di dalam
menguasai kemahiran 2M
Menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
Membina keyakinan murid untuk menjawab soalan Bahasa Malaysia
Meningkatkan kesedaran guru bahawa murid-murid perlu dibimbing dan
diberikan kesedaran tentang pentingnya penguasaan kemahiran membaca dan
menulis.
Membolehkan murid melihat pencapaian kendirinya.
Dapat mengukur pencapaian objektif pengajaran guru.
Murid dapat muhasabah dirinya tentang kebolehan dan pencapaiannya.
Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.
5
4.0.Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 17 orang murid Tahap Satu yang mempunyai
masalah di dalam penguasaan membaca dan menulis iaitu 2M
5.0 .Pelaksanaan Kajian.
5.1. Tinjauan Masalah.
5.1.1. Pemerhatian.
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini.Pemerhatian dibuat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,melalui respon kepada
soalan-soalan yang diajukan ,semakan kerja rumah,latihan menulis dan ujian pra.
5.1.2. Temubual
Kaedah lain yang saya gunakan adalah temubual yang mana dilakukan secara tidak
formal.Temubual ini secara tidak langsung dapat mencari punca sebenar murid tidak
menguasai kemahiran berkenaan.
5.1.3.Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan kepada murid untuk mengetahui maklumat yang
berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan kemahiran yang hendak dikuasai
.Borang ini diisi oleh murid-murid secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat
yang tepat.Guru membimbing murid bagi mengisi borang berkenaan.
6
5.1.4.Ujian Pra.
Ujian Pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid didalam
kemahiran yang hendak diuji.
5.1.5. Ujian Pos
Ujian ini dijalankan selepas semua aktiviti dijalankan bagi mengetahui pencapaian
sebenar murid.
5.2. Analisa Tinjauan Masalah.
5.2.1. Pemerhatian.
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
konsonan vokal kv/kvk/kvkv sebilangan murid tidak dapat menguasai pengajaran
berkenaan.Pelbagai teknik dijalankan seperti latihtubi,bacaan individu dan berkumpulan
tetapi murid berkenaan tidak dapat memantapkan penguasaan kemahiran berkenaan.Pada
pendapat saya,saya perlu mencari satu kaedah lain yang bertujuan pengajaran
menyeronokkan kepada mereka supaya mereka dapat mencapai sasaran pencapaian objektif
pengajaran .Saya juga berpendapat setiap murid berbeza kebolehan mereka,ini berdasarkan
kepada Teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner(1983).
5.2.2. Temubual
Hasil daripada temubual,saya dapat merumuskan bahawa murid-murid berkenaan
memerlukan bantuan dan sokongan daripada guru dan rakan mereka.Di dalam bilik darjah
aliran perdana mereka tidak dipedulikan.Guru-guru hanya menumpukan kepada murid
yang dapat menguasai sahaja.Mereka juga tidak dapat menguasai kemahiran asas yang
diajarkan oleh guru mereka sewaktu mereka berada di Pra Sekolah dan di Tahun
Satu.Malah mereka tidak tahu langsung membunyikan suku kata yang mudah-mudah.
7
\
5.2.3.Soalselidik.
Berikut adalah dapatan daripada soal selidik yang telah saya jalankan.
BILANGAN KUMPULAN
SASARAN
PERKARA
Setuju Tidak Setuju
1.Minat Mata pelajaran Bahasa Malaysia 17 0
2.Minat Kemahiran yang diajar sukukata kv/kvk/kvkv 17 0
3.Tidak membuat kerja rumah 9 7
4. Boleh membatang sukukata 12 5
5 Boleh membunyikan sukukata 13 4
6.Boleh membaca ayat ringkas 10 7
7.Mudah lupa ajaran guru 8 9
8.Selalu dimarahi guru 10 7
9.Tidak faham pengajaran guru 9 8
10.Selalu kena denda dengan guru 17 0
11.Tidak dihargai 17 0
8
5.2.4. Ujian Pra.
Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual beriku:
GRED BILANGAN
A 0
B 2
C 6
D 4
E 5
JUMLAH MURID 17
Berdasarkan ujian pra di atas di dapati seramai 9 orang yang tidak dapat menguasai
kemahiran kv,kvk dan kvkv yang mudah.Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi boleh
dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera memandangkan ketidakbolehan mereka
menguasai kemahiran berkenaan.
5.3.Tindakan yang dijalankan.
5.3.1. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Sebanyak 5 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran dengan
menggunakan Kaedah Stesen Vokal ini.Pada setiap minggu murid akan didedahkan kepada
kaedah stesen ini sehinggalah aktiviti ini selesai. .Masa yang diperuntukkan bagi
menjayakan program ini ialah setiap aktiviti selama 90 minit.Aktiviti ini akan dijalankan
di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian perancangan aktiviti.
9
AKTIVITI 1.
1. Aktiviti �PULIH JAYA� - Vokal �a�
2. Aktiviti dijalankan bagi stesen 1
3. Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
AKTIVITI 2
1. Aktiviti�TEROKA� � Vokal �e�
2. Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 2
3. Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
AKTIVITI 3
1.Aktiviti �IDENTITI� - Vokal � i.�
2. Aktiviti ini dijalanlan bagi stesen 3
3. Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
AKTIVITI 4.
1.Aktiviti�JELAJAH� �Vokal � o�
2.Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 4
3.Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
AKTIVITI 5.
1.Aktiviti�JELAJAH� �Vokal � u�
2.Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 5
3.Rujuk kepada lampiran yang disediakan
10
Bahan �bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah
Bil Nama Aktiviti Bahan
1. Pulih Jaya-Vokal a Kad perkataan
Kad gambar
Lembaran kerja
2. Teroka- Vokal e Pensel
Manila Kad
Kad gambar
Lembaran Kerja
3. Identiti � Vokal i Kad gambar
Lembaran Kerja
Benda konkrit
Kertas majung
Kad manila
Pita Pelekat
Lembaran Kerja
4. Jelajah � Vokal o Kad gambar
Kad perkataan
Benda Mauju
5 Kunci Khazanah Kad suku kata
Benda-benda Maujud.
Lembaran Kerja
11
5.3.3. Instrument dan langkah-langkah pemerhatian.
a. Kajian ini dijalankan selama 7 Minggu mulai April 2007 hingga Jun 2007
b. Saya memperuntukkan masa selama 90 Minit setiap pengajaran.
c. Pengkaji sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan bersama-sama
dengan bantuan guru-guru pembantu.
d. Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan
oleh guru pada waktu aktiviti dijalankan.
e. Soalselidik dijalankan terhadap kumpulan sasaran.Borang soalselidik diedarkan
kepada murid-muriddan mereka menjawab secara jujur dan tertutup.Tujuan
dijalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab
berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.
f.Proses temubual dijalankan secara spontan.
g.Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dijalankan
selepas akhir tempoh kajian.Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa bagi
mengetahui perubahan prestasi murid.
5.4.PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN. Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut. Minggu Hari TARIKH
PELAKSANAAN MASA AKTIVITI
1 Isnin 16 April 2007 90 minit Ujian Pra 2 Isnin 23 April 2007 90 minit Pulih Jaya(Vokal a) 3 Isnin 30 April 2007 90 minit Teroka (Vokal e) 4 Isnin 7 April 2007 90 minit Identiti (Vokal i) 5 Isnin 14 April 2007 90 minit Jelajah (Vokal o) 6 Isnin 21 April 2007 90 minit Kunci Khazanah(Vokal u) 7 Isnin 11 Jun 2007 90 Minit Ujian Pos
12
Perincian aktiviti. Bil Aktiviti Masa 1 Penerangan guru 10 Minit 2 Aktiviti guru 30 Minit 3 Aktiviti kumpulan 20 Minit 4 Aktiviti individu 30 Minit JUMLAH 90 minit
5.4.1.Aktiviti 1.
Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
i. Pemerhatian.
Berdasarkan kepada pemerhatian guru ,murid amat berminat mempelajari aktiviti
�Pulih Jaya � Vokal a ini kerana mereka boleh belajar sambil bermain.Guru menggunakan
metodologi seperti sumbangsaran,tunjuk ajar,pelajaran koperatif,latihtubi dan permainan
kecil.Murid dapat menjawab dengan bimbingan guru dan rakan mereka.Mereka
menunjukkan komitmen dari segi kerjasama,keyakinan dalam menguasai vokal a.
ii. Refleksi.
Saya merasakan pendekatan belajar kaedah stesen ini amat digemari oleh mereka.Di
samping itu guru berjaya mewujud suasana, keceriaan,harmonis,keseronokan
Kepada murid untuk terus menguasai kemahiran seterusnya.Setelah penerangan diberikan
guru mereka dapat melaksanakan dengan jayanya.Perubahan ini begitu menggembirakan
saya.
5.4.2.Aktiviti 2
Rujuk kepada lampiran yang disediakan
i. Pemerhatian.
Aktiviti Stesen Kedua iaitu Aktiviti Teroka Vokal e ini menggalakkan murid
berbincang sesama mereka bagi menyelesaikan arahan yang diberikan oleh guru.Semangat
bantu-membantu dapat dilihat dan mereka sentiasa riang dan rasa tidak sabar melakukan
aktiviti yag diteruskan.Di dalam aktiviti individu murid-murid dapat membulatkan
perkataan berdasarkan perkataan dan gambar berdasarkan vokal e.
13
ii.Refleksi.
Sebagai seorang pendidik saya merasakan setiap murid memerlukan bimbingan dan
sokongan daripada guru,rakan dan keluarga.Aktiviti berkumpulan akan membolehkan
mereka lebih faham tentang pencapaian kendiri mereka.
5.4.3. Aktiviti 3
Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
Aktiviti 3 iaitu Aktiviti �Identiti-Vokal i
i. Pemerhatian.
Guru memberikan penerangan kepada murid-murid mengenai tugasan yang mereka akan
lakukan.Penggunaaan kad perkataan,kad gambar dan lembaran kerja yang dilakukan secara
individu dan kumpulan banyak mencabar kebolehan mereka.
Murid dapat menyesuaikan gambar dengan memadankan perkataan berdasarkan gambar
yang diberikan.
ii. Refleksi.
Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan
di jalankan.Terdapat perubahan yang ketara di mana mereka mampu menjawab soalan
dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
5.4.4.Aktiviti 4
Aktiviti �Jelajah� � Vokal o.
Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
i. Pemerhatian.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,murid-murid kumpulan sasaran dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan dan mereka memberikan respon yang baik sewaktu guru
memberikan penerangan mengenai aktiviti Jelajah � Vokal o .Murid dapat mencapai
objektif pembelajaran mereka . Guru juga dapat menilai objektif pengajaran mereka
tercapai melalui jawapan yang diberikan oleh murid.
14
ii.Refleksi.
Pencapaian murid bertambah baik.Mereka dapat mengenal dan menguasai vokal o
berdasarkan suku kata yang diberikan dan cantuman sukukata kv,kvk dan kvkv.
Contohnya o + bor
o + tak
o + ren
Aktiviti Permainan Jelajah mencari harta karun amat disukai oleh murid.
5.4.5.Aktiviti 5
Aktiviti �Kunci Khazanah�- Vokal u.
Rujuk kepada lampiran yang disediakan.
i.Pemerhatian.
Murid dapat mengenal dan menguasai vokal u.Metodologi yang digunakan guru
ialah kaedah sumbangsaran,tunjukcara,pengajaran koperatif dan permainan amat mudah
difahami murid.Aktiviti mewarna gambar,mewarnakan huruf dan membina perkataan
bersesuaian dengan pengajaran guru.
ii. Refleksi.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dapat menambahkan minat murid untuk
belajar.Seterusnya murid akan dapat memahami penggunaan vokal di dalam proses
membina ayat.
5.5.Refleksi Kajian.
5.5.1. Penilaian Pencapaian Murid.
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos,didapati kajian tindakan yang dijalankan
ini telah memberikan impak yang cukup baik di dalam membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran pencapaian murid.Kaedah stesen merupakan satu kaedah yang
berkesan dan harmonis.Kaedah ini juga membolehkan murid berinteraksi dalam suasana
yang berkesan.Di samping itu juga membolehkan murid berasa gembira dan
berminat untuk belajar di stesen yang telah ditetapkan.Aktiviti ini dapat memupuk
keyakinan dan minat murid di dalam pengajaran Bahasa Melayu.
15
Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid �
murid dalam penilaian individu sewaktu aktiviti dijalankan.
a) Aktiviti Pulih Jaya - Vokal "a"
Gred Bil %
A 4 23.50 B 6 35.30
C 2 11.70
D 2 11.70
E 3 17.60
JUMLAH 17 100%
Peratus lulus ABC = 70.5 %
16
b) Aktiviti Teroka - Vokal "e"
Gred Bil %
A 5 29.40
B 5 29.40
C 3 17.60
D 1 0.06
E 3 17.60
JUMLAH 17 100%
Peratus lulus ABC = 76.5 %
17
c) Aktiviti Identiti Vokal i
Gred Bil %
A 5 29.40
B 4 23.50
C 3 17.60
D 3 17.60
E 2 11.70
JUMLAH 17 100%
Peratus lulus ABC = 70.5 %
18
d) Aktiviti Jelajah Vokal " o "
Gred Bil %
A 5 29.40
B 5 29.40
C 3 17.60
D 2 11.70
E 2 11.70
JUMLAH 17 100%
Peratus lulus ABC = 76.5 %
19
e) Aktiviti Kunci Khazanah - Vokal "u"
Gred Bil %
A 8 47.00
B 2 11.70
C 2 11.70
D 2 11.70
E 3 17.60
JUMLAH 17 100%
Peratus lulus ABC = 76.5 %
20
Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos
Bilangan Murid Kumpulan Sasaran GRED
Ujian Pra Ujian Pos
A 0 8
B 2 3
C 6 1
D 4 2
E 5 3
JUMLAH 17 17
UJIAN GRED
A B C D E POS 8 3 1 2 3 PRA 0 2 6 4 5
BIL GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E
21
Peratus lulus ABC di dalam ujian Pra ialah 47 %
Peratus lulus ABC di dalam ujian Pos ialah 70.5 %
Kesimpulan yang didapati daripada kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan pemahaman
murid memantapkan penggunaan vokal di dalam pembelajaran mereka.
6.0.Cadangan untuk kajian seterusnya.
Hasil daripada kajian dan refleksi kajian ,saya cadangkan aktiviti di dalam kajian ini
perlu dilaksanakan diperingkat awal topik kemahiran kerana sebelum murid berkenaan
menghadapi pembelajaran yang lebih tinggi lagi.Kebolehan murid memahamkan sesuatu
tajuk kemahiran dapat ditingkatkan sekiranya murid itu membina pembelajarannya hasil
daripada pengalaman pembelajarannya di masa lampau. Sewaktu di peringkat asasnya,guru
perlu memahirkan pengajaran yang asas sebelum murid meneroka pembelajaran yang
seterusnya.Cadangan kajian seterusnya aktiviti penerokaan dengan penggunaan bahan
interaktif dan ICT dapat digabungjalinkan di dalam kaedah stesen ini.
7. Kesimpulan
Hasil daripada kajian ini dapatlah saya rumuskan bahawa kaedah pengajaran ini dapat
membantu guru:
Menilai prestasi murid dengan jelas dan tepat.
Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yan berkesan.
Kaedah ini membolehkan murid berinteraksi di dalam suasana yang lebih aktif
Pembelajaran murid lebih bermakna dengan penggunaan pelbagai bahan untuk
belajar.
Murid berpeluang menggunakan masa belajar yang lebih maksima.
22
Selain itu,guru dapat membina satu pengajaran yang berterusan dan menggalakkan mobiliti
murid berdasarkan peranan dan tugas murid sendiri.Guru dapat melihat penglibatan murid
secara pemerhatian dan guru juga sebagai pemudah cara bagi murid yang dahagakan ilmu
pengetahuan.
Tanpa kerjasama,bantuan dan sokongan daripada pihak guru dan pihak pentadbiran
sekolah sesuatu aktiviti atau perancangan tidak akan berjaya.Pengkaji akan tersekat
kajiannya tanpa sokongan idea,kewangan dan bahan material.Yang pasti,kejayaan anak
didik kita bergantung kepada keikhlasan kita mengajarnya.
23
Bibliografi.
1. Jabatan Pendidikan Khas (2003).Stesen Pengajaran Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Rendah dan Menengah.
2. Philip.S.C.,Kamaliah Muhammad dan Rahim Razak (2003),Pelaksanaan Kaedah
Stesen Pembelajaran Dalam Pembelajaran Sekolah Rendah . Implikasi dan
Keberkesanannya.
3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Kementerian Pendidikan ,Buku Manual Kajian Tindakan ,Unit
Penyelidikan (2003)
4. Haji Kamaruddin Bin Hussin,Haji Hazil B. Abdul Hamid (1991) Kurikulum Dan
Pengajaran ,Skudai Johor: Unit Penerbitan Akademik UTM.
5. Morrison,K.R.B. (1993).Planning an Accomplishing School-Centered Evaluation
Norfolk: Peter Francis Publishers.
6. Ary Donald.Lucy Cheser Jacobs and Asghar Razaveih (2002).Introduction to
Research in Education,Sixth ed. Belmont CA: Wadsworth.
24
LAMPIRAN 1
1. Nama Program : Pulih Jaya Vokal a
2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikan
memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik
darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan
pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat
sebahagian murid-murid belum dapat menguasai
kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal
ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi
memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid
murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan
bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan
dapat :
3.1. menguasai vokal a
3.2. memantapkan penggunaan vokal a
3.3. bekerjasama di antara satu sama lain.
3.4. menanamkan keyakinan serta minat untuk terus
belajar.
3.5. berinteraksi antata satu sama lain secara harmonis.
4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.
5.Bilangan Peserta : 17 orang.
6.Stesen : 1
7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran
7.2.Tunjuksebab
7.3.Pengajaran koperatif
7.4.Latihtubi
7.5. Permaianan.
8. Aktiviti : 8.1. Set induksi
8.2. Latih tubi
8.3. Permainan
8.4. Menjawab soalan.
9.Bahan Bantu Mengajar : 8.1.Kad Perkataan.
8.2.Kad Gambar
8.3.Lembaran Kerja.
10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu
10.2. Pemerhatian.
LAMPIRAN 2
1. Nama Program : Teroka Vokal e
2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikan
memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik
darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan
bengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat
sebahagian murid-murid belum dapat menguasai
kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal
ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi
memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid
murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan
bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan
bembelajaran mereka.
3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan
dapat :
3.1 menguasai vokal e
3.2.memantapkan penggunaan vokal e
3.3.bekerjasama di antara satu sama lain.
3.4.menanamkan keyakinan serta minat untuk terus belajar.
3.5.berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.
4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.
5.Bilangan Peserta : 17 orang.
6.Stesen : 2
7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran
7.2.Tunjuksebab
7.3.Pengajaran koperatif
7.4.Latihtubi
7.5. Permaianan.
8. Aktiviti : 8.1. Set induksi
8.2. Latih tubi
8.3. Permainan
8.4. Menjawab soalan.
9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Manila kad
9.2.Kad Gambar
9.3.Lembaran Kerja.
9.4.Kad Perkataan.
10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu
10.2. Pemerhatian.
11. Masa : 90 Minit.
LAMPIRAN 3
.
1. Nama Program : Aktiviti Program Identiti Vokal i.
2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikan
memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik
darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan
pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat
sebahagian murid-murid belum dapat menguasai
kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal
ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi
memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid
murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan
bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan
dapat :
3.6. menguasai vokal i
3.7. memantapkan penggunaan vokal i
3.8. bekerjasama di antara satu sama lain.
3.9. menanamkan keyakinan serta minat untuk terus
belajar.
3.10. berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.
4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.
5.Bilangan Peserta : 17 orang.
6.Stesen : 3
7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran
7.2.Tunjuk cara
7.3.Pengajaran koperatif
7.4.Latihtubi
7.5. Permaianan kecil
8. Aktiviti : 8.1. Set induksi
8.2. Latih tubi
8.3. Permainan
8.4. Menjawab soalan.
9.Bahan Bantu Mengajar : 8.1.Kad Perkataan.
8.2.Kad Gambar
8.3.Lembaran Kerja.
10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu
10.2. Pemerhatian.
11. Masa : 90 Minit
LAMPIRAN 4
1. Nama Program : Kunci Khazanah Vokal o
2. Matlamat : Pada dasarnya guru Pemulihan Khas telah memberikan
memberikan pengajaran yang terbaik didalam bilik
darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan
pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat
sebahagian murid-murid belum dapat menguasai
kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal
ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi
memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid
murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan
bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan
dapat :
3.1.menguasai dan mengenal vokal o
3.2.memantapkan penggunaan vokal o
3.3.bekerjasama di antara satu sama lain.
3.4.membina perkataan yang mempunyai vokal o
3.5.berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.
4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.
5.Bilangan Peserta : 17 orang.
6.Stesen : 4
7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran
7.2.Tunjuksebab
7.3.Pengajaran koperatif
7.4.Latihtubi
7.5. Permaianan.
8. Aktiviti : 8.1. Set induksi
8.2. Latih tubi
8.3. Permainan
8.4. Menjawab soalan.
8.5. Mewarna gambar
8.5. Membina perkataan
9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Kad Perkataan.
9.2.Kad Gambar
9.3.Lembaran Kerja.
9.4.Benda-benda maujud/konkrit.
10.Penialaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu
10.2. Pemerhatian.
11. Masa : 90 Minit
LAMPIRAN 5
1. Nama Program : Jelajah Vokal u
2. Matlamat : Pada dasarnya guru Pemulihan Khas telah memberikan
memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik
darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan
pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat
sebahagian murid-murid belum dapat menguasai
kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal
ni satu program Kaedah Stesen diadakan bagi
kemantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid
murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan
bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan
dapat :
3.1. menguasai dan membina perkataan yang
mempunyai vokal u
3.2. memantapkan penggunaan vokal u
3.3. bekerjasama di antara satu sama lain.
3.4. membunyikan vokal u.
3.5. berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.
4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.
5.Bilangan Peserta : 17 orang.
6.Stesen : 5
7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran
7.2.Tunjuksebab
7.3.Pengajaran koperatif
7.4.Latihtubi
7.5. Permaianan.
8. Aktiviti : 8.1. Set induksi
8.2. Latih tubi
8.3. Permainan
8.4. Menjawab soalan.
8.5. Mewarna
9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Kad Perkataan.
9.2.Kad Gambar
9.3.Lembaran Kerja.
9.4.Benda maujud.
10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu
10.2. Pemerhatian.
11. Masa : 90 Minit.
NAMA : ����������������.�������������..
TAHUN : �����������������������������..
NAMA : �����������������������������...
TAHUN : �����������������������������
NAMA : ������������������������
TAHUN : ������������������������
NAMA : �������������������������.
TAHUN : �������������������������.
NAMA : �����������������������������..
TAHUN : �����������������������������.
LAMPIRAN