7/31/2019 Kata Tugas Dan Respon
1/2
Untuk Kegunaan Guru dan Pelajar RC
Kata Tugas dan Respon Yang Diharapkan
1 Kata tugas:
(a) Nyatakan - Jawapan spesifik sahaja 1 markah
Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut.
(b) Senaraikan - Jawapan spesifik, susun langkah 1 markah Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori dan sebagainya secara
spesifik tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi
setiap satunya
(c) Lakarkan - contoh jumlah pemarkahan - 4 markah (lakar,label,kemas)
Memberikan persembahan berbentuk grafik secara kasar tanpa memerlukan
perincian atau mengikut skala
(d)Lukiskan
Memberikan persembahan berbentuk grafik bagi memperincikan suatu benda
atau perkara
(e) Terangkan - contoh jumlah pemarkahan - 2 markah
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu sebab
(f) Jelaskan - contoh jumlah pemarkahan - 3 markah
Jelaskan memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah difahami.
(g) Huraikan - contoh jumlah pemarkahan - 4 markah
Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar, terperinci
secara teratur.
(h) Hitungkan
Memberikan suatu kuantiti yang diperolehi melalui prosedur hitungan tertentu
seperti menggunakan rumus
(i) Bandingkan
Menyatakan persamaan dan perbezaan antara kedua atau lebih perkara
(j) Cadangkan
Memberi pandangan /idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara
positif atau negatif.
(k) Hitungkan
Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.
1
7/31/2019 Kata Tugas Dan Respon
2/2
2