ELEMEN 2
BANGUNAN CEMPAKA,
SEKOLAH MENENGAH
(PEREMPUAN)
TEMENGGONG
IBRAHIM
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Halaman
1 Tajuk Kajian 2
2 Senarai Kandungan 3
3 Penghargaan 5
4 Objektif Kajian 6
5 Kaedah Kajian 7
6 Hasil Kajian
~ Nama Bangunan
- Nama lain
~ Latar Belakang
- Asal-usul
- Pengasas
- Tarikh pembinaan
- Lokasi
- Tujuan penubuhan bangunan
- Kos pembinaan
- Perasmiaan
8
8
9
9
9
10
10
10
~ Keistimewaan Bangunan
- Reka bentuk pelan
- Bahan binaan
- Pengubahsuaian
- Hiasan dalaman
- Kegunaan dahulu dan sekarang
- Cara pembinaan
11
11
11
12
13
14
7 Rumusan 15
8 Lampiran 16
9 Rujukan 19
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada guru sejarah saya, Puan Norliza bt Ismail. Puan Norliza telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga
ditujukan kepada Pengetua Sekolah saya, Puan Hjh Remi bt Kardi kerana sering memberi
dorongan untuk memastikan kajian ini dijalankan dengan sempurna.
Saya jaga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu Puan Rohayu bt. Sulaiman dan Encik Asri. b. Aziz yang sering membimbing
dan memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada saya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kajian saya
iaitu Nurul Nabilah bt. Mohd Kamarudin, Nor Hidayah bt. Kadir, Noor Syafiqah bt.
Shahar, Nur Atiqah bt. Leham, dan Ng Yi Wen kerana membantu saya untuk mencari
bahan-bahan sumber sejarah bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Tanpa bantuan
kalian kajian ini tidak akan siap dengan sempurna pada masa yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini, saya berbangga kerana saya dapat menulis dan menghuraikan sejarah
perkembangan sekolah dengan lebih tepat dan mendalam lagi. Saya juga kini lebih
mengenali dan mengetahui tentang asal usul dan masyarakat dan negara. Selepas
melakukan kajian ini saya lebih berasa bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa
dan negara serta cinta akan negara.
Saya juga kini mempunyai dan mempertingkatkan semangat patriotik dan bersedia
melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan pembangunan dan kemajuan
negara. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara.
Melalui kajian ini juga, saya dapat mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan
berasaskan iktibar daripada peristiwa sejarah. Saya juga kini lebih menghargai usaha dan
sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan
pembangunan negara. Selepas melakukan kajian ini, saya lebih menguasai kemahiran
menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara
rasional.
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah semasa menjalankan kerja krusus sejarah ini.
Kaedah tersebut ialah lawatan dan pemerhatian, menganalisis dokumen, penyelidikan
perpustakaan dan melayari internet.
Melalui kaedah lawatan dan pemerhatian, saya telah melawat ke kawasan kajian
bersama-sama rakan saya untuk mengambil gambar dan mencari sedikit maklumat
tentang bangunan bersejarah itu.
Melalui kaedah menganalisis dokumen, saya telah membuat penyelidikan dan
analisis terhadap dokumen dan maklumat yang saya perolehi seperti majalah dan diari
sekolah.
Kaedah penyelidikan perpustakaan pula, saya telah berkunjung ke perpustakaan
sekolah untuk mencari sumber buku ilmiah dan majalah sekolah.
Saya juga menggunakan kaedah melayari internet untuk mendapatkan bahan rujukan.
Alamat laman web yang saya layari ialah http://www.tigsbestari.edu.my
HASIL KAJIAN
PENGENALAN
Saya telah ditugaskan menjalankan kajian tentang bangunan bersejarah. Saya telah
memilih bangunan bersejarah, Bangunan Cempaka, Sekolah Kebangsaan Menengah
(Perempuan) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat. Bangunan Cempaka merupakan salah
satu warisan peninggalan sejarah yang penting di negara kita. Bangunan ini mempunyai
keistimewaan tersendiri dari aspek senibina dan sejarahnya.
NAMA BANGUNAN
Nama lain
Bangunan yang masih kekal tersergam gagah hingga kini diberi nama Bangunan
Cempaka. Sesuai dengan nama yang diberikan (nama sejenis bunga yang amat harum)
bangunan ini menjadi ‘nadi’ dan kebanggaan kepada sekolah SMK(P)TI kerana kelainan
binaannya serta nilai sejarah berbanding bangunan-bangunan lain yang ada di kawasan
sekolah ini. Nama lain bagi bangunan ini ialah ‘Bangunan Warisan Temenggong’ kerana
mempunyai banyak warisan peninggalan sejarah.
LATAR BELAKANG
Asul-usul
Bangunan ini terletak di TIGS. Bangunan ini merupakan bangunan pertama yang dibina
di sekolah ini. TIGS merupakan sekolah perempuan aliran Inggeris yang pertama di Batu
Pahat dan sekolah ini diberi nama Temenggong Ibrahim selaku pemerintah Johor serta
persahabatan yang terjalin antara Inggeris dan Temenggong Ibrahim. Penubuhan TIGS
juga membuktikan minat kesungguhan pemerintahan Johor terhadap Bahasa Inggeris dan
Pendidikan.
Pengasas
Bangunan ini telah diasaskan oleh Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu (Inggeris). Idea
penubuhan persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikemukakan oleh Frank
Swetthenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat, Cecil Smith.
Tarikh Pembinaan
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1938 oleh Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu
( Inggeris). Pada masa itu Sekolah Menengah Kebangsaan ( Perempuan) Temenggong
Ibrahim telah diberi nama TIGS atau Temenggong Ibrahim Girl School. TIGS merupakan
perempuan aliran inggeris yang pertama di Batu Pahat. Kewujudan sekolah ini
membuktikan minat kesungguhan pemerintah Johor terhadap Bahasa Inggeris dan
Pendidikan.
Lokasi
Bangunan ini terletak di alamat 35, Jalan Tasek, 83000 Batu Pahat, Johor. Tapak asal
bangunan ini merupakan kawasan tasek yang terletak antara Jalan Tasek dan Simpang
Rantai serta dikelilngi oleh Bukit Soga, Gunung Banang, Bukit Jeragan dan Bukit
Bendera. Bangunan Cempaka ini terletak di hadapan Bangunan Teratai. Manakala di
sebelah kiri Bangunan Cempaka ini adalah Bangunan Mawar. Bangunan Cempaka ini
juga berhampiran dengan pintu belakang TIGS.
Tujuan penubuhan bangunan
Bangunan Cempaka yang dibina oleh Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu (Inggeris)
bertujuan memberikan pendidikan barat kepada pelajar perempuan di Batu Pahat dan
kawasan sekitarnya. Selain itu, ia juga bertujuan memberikan pendidikan formal kepada
penduduk tempatan agar mempunyai peluang untuk belajar supaya mudah mendapat
pekerjaan pada masa hadapan. Malahan, Bangunan Cempaka ini turut dibina bertujuan
meningkatkan taraf pendidikan penduduk tempatan dan kadar buta huruf dapat
dikurangkan.
Kos Pembinaan
Bagi membina bangunan ini, pihak British telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit.
Malahan, pihak kerajaan juga turut memberikan sumbangan wang ringgit bagi kos
pembinaan bangunan ini.
Perasmian
Bangunan Cempaka ini telah dirasmikan pada 19 September 1955 oleh Major General
Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Baginda merasmikan Cempaka di hadapan tangga utama
dengan membunyikan loceng yang terdapat di bahagian tengah tangga. ini dapat
dibuktikan menerusi tulisan yang terdapat pada loceng iaitu ‘Long Life The Sultan’
KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Reka Bentuk Pelan
Bangunan yang dibina dua tingkat ini keseluruhannya dipengaruhi oleh reka bentuk
inggeris. Bangunan ini merupakan bangunan tradisional Melayu. Pada Bangunan
Cempaka ini terdapat 13 bilik kesemuanya. 7 daripada 13 bilik ini digunakan sebagai
bilik darjah. Manakala 6 daripadanya pula digunakan untuk bilik khas iaitu galeri sejarah,
bilik bahasa, bilik pengawas, bilik peperiksaan, bilik kauseling, bilik VIP, dan bilik air.
Bangunan ini juga mempunyai tiga tangga yang terletak di bahagian kiri, kanan dan
tengahnya.
Bahan Binaan
Secara keseluruhannya, bangunan dua tingkat ini dibina menggunakan kayu. Kayu
cengal yang berkualiti merupakan antara bahan binaan utama yang digunakan untuk
membina bangunan ini kerana sehingga kini bangunan ini masih lagi kukuh dan tidak
mudah reput. Walaupun sudah 71 tahun lamanya bangunan ini masih lagi gagah berdiri.
Selain itu, papan kayu juga turut digunakan untuk membuat dinding bangunan. Bahan
binaan lain yang turut digunakan juga ialah paku, besi, atap genting dan simen.
Pengubahsuaian
Pada awal penubuhannya, bangunan ini hanya mempunyai pejabat sekolah, bilik guru
besar, dewan, bilik guru dan kelas-kelas. Tahun berganti tahun, terdapat banyak
pengubahsuaian telah dilakukan di bangunan ini. Antaranya seperti, bilik yang dahulunya
merupakan pejabat sekolah telah diubahsuai menjadi bilik kauseling.Selain itu, bilik
pengetua juga telah diubah menjadi bilik pendidikan khas. Selang beberapa tahun, bilik
tersebut diubahsuai lagi menjadi bilik peperiksaan.
Kini, bangunan ini mempunyai kelas-kelas, bilik kauseling, bilik pendidikan moral, bilik
peperiksaan, tandas, serta bilik pengawas. Selain itu, terdapat juga pengubahsuaian
sampingan yang dilakukan di bangunan ini seperti meletakkan ‘speaker’ pada koridor
bangunan untuk memberikan maklumat atau menyampaikan pesanan kepada murid-
murid. Selain itu, galeri sejarah yang mengadungi monumen sejarah juga turut
ditempatkan di bangunan ini.
Hiasan Dalaman
Terdapat banyak hiasan dalaman di bangunan ini, antaranya ialah piala kemenangan.
Selain itu, gambar-gambar bekas pengetua di TIGS seperti Puan S.A Monteiro (1938 –
1942), Puan E. Joseph (1945 – 1947), Puan E. Van Someran (1947 – 1954) merupakan
pengetua yang berusaha mengembalikan fungsi bangunan ini sebagai sebuah sekolah
selepas Perang Dunia ke-2, Puan Emily Poey (1955 – 1959), Puan Wong Foong Lan
(1959 – 1972), Puan Kalthom bt Wab Che Bakar (1972 – 1978), Puan Hjh Hamidah bt
Baba (1978 – 1989), Puan Hjh Juriah bt Jafri (1989 – 1998), Puan Hjh Zaharah bt Ismail
(1999 – 2000), Puan Hjh Salamah bt Baharum (2000 – 2003), dan Puan Hjh Hamdiah bt
Hussain (2004 – 2006).
Malahan, nama-nama pelajar cemerlang seperti Nurul Fadzila bt. Md. Don, Ong Hui
Lin, dan Nor Hayati bt. Mohd. Shah juga turut diletakkan di bangunan ini. Selain itu,
terdapat juga sebuah gambar Temenggong Ibrahim yang diletakkan di kawasan tangga
tengah. Di bawah gambar Temenggong Ibrahim ini terdapat sebuah cermin yang
disediakan untuk pelajarnya. Setiap kelas di bangunan ini dilengkapi dengan papan
kenyataan. Pada hari kemerdekaan, bangunan ini akan dihiasi dengan bendera-bendera
yang digantung sepanjang koridor di tingkat atas.
Kegunaan Dahulu dan Sekarang
Apabila Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942 iaitu sewaktu Perang
Dunia kedua, bangunan ini telah ditutup / dikosongkan. Jepun telah menjadikan
bangunan ini sebagai Markas Pentadbiran Tentera Jepun kerana kedudukan TIGS di
tengah Bandar Batu Pahat.
Murid-murid TIGS terpaksa berhenti sekolah dan belajar sendiri di rumah. Dalam hal
ini nasib TIGS lebih baik kerana bangunan sekolah tidak dimusnahkan oleh Jepun kerana
banyak sekolah telah dimusnahkan / dirosakkan oleh Jepun sama ada bangunan atau
dokumen-dokumen penting contohnya sekolah Convent. TIGS terus d'ditawan' Jepun
sehinggahlah tahun 1945 apabila Jepun kalah kepada Tentera Bersekutu dan Inggeris
kembali memerintah Tanah Melayu.
Tamat Perang Dunia Kedua, TIGS bagaikan dilahirkan semula. Walaupun banyak
dokumen sekolah hilang / musnah semasa di bawah pemerintah Jepun, namun ia tidak
mematahkan semangat Guru Besar baru TIGS iaitu Puan E. Joseph untuk mengembalikan
peranan dan fungsi TIGS sebagai sebuah sekolah. Atas usaha dan inisiatif Puan E.
Joseph, beliau telah menulis surat kepada murid-murid TIGS supaya datang semula
bersekolah. Usaha beliau telah berhasil. Puan E. Joseph telah mentadbir TIGS selama tiga
tahun sebelum digantikan oleh Puan E. Van Someran pada tahun 1947. Sehingga kini,
bangunan ini masih kekal digunakan sebagai tempat memberikan pendidikan kepada
pelajar-pelajar perempuan di Batu Pahat dan sekitarnya.
Cara Pembinaan
Bangunan Cempaka ini dibina oleh kontraktor yang berpengalaman serta menggunakan
bahan yang bermutu tinggi kerana sehingga kini bangunan ini masih kekal tersegam
megah walaupun sudah 71 tahun lamanya bangunan ini dibina.
RUMUSAN
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa yang
telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru saya yang
banyak membantu iaitu Puan Norliza, ibu bapa saya, serta rakan-rakan yang telah banyak
membantu saya membuat kajian ini.Saya berasa berbangga kerana dapat mengenali
bangunan bersejarah dengan lebih mendalam serta dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang sejarah negara. Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh agar
apabila besar nanti saya dapat mempertahankan negara dari ancaman musuh.
Masyarakat masa ini haruslah menghargai serta memelihara kemerdekaan dan
kedaulatan negara. Hal ini dapat memupuk semangat patriotisme serta bangga akan
negara dalam diri generasi kini. Bangunan bersejarah hendaklah sentiasa dipelihara
supaya boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa
hadapan. Generasi kini juga haruslah menghargai jasa dan sumbangan tokoh yang telah
mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan negara serta memberikan kehidupan
yang selesa kepada kita pada masa kini.
Di samping itu, kita mestilah mengambil iktibar dengan segala kejadian yang berlaku
supaya peristiwa itu tidak akan berulang lagi. Peranan para pemimpin yang berkaliber
juga adalah penting untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. “Negara kita
tanggungjawab kita”.
LAMPIRAN
Bangunan bersejarah
BANGUNAN CEMPAKA
Peta
Peta daerah Batu PahatPlan Bangunan
RUJUKAN
☺ Buku Ilmiah
~ Masariah Mispari, Johara bin Abdul Wahab, Ridzuan bin Hassan, 2003, Sejarah
Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
☺ Majalah
~ Dewan Siswa, April 2007
~ Neraca Tinta, 2007, edisi 34
~ Elite, 2003, edisi 30
~ Gemilang, 2004, edisi 31
~ Neraca Tinta, 2008, edisi 35
☺ Internet
~ Bangunan Cempaka, Sejarah Sekolah, http://www.tigsbestari.edu.my
~ Temenggong Tun Daeng Ibrahim, http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja Temenggong_
Tun_Daeng_Ibrahim
☺ Diari
~ Diari Sekolah Tahun 2009
ELEMEN 3
Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat
memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia ?
Pada zaman era modenisasi ini, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
amat penting untuk memupuk semangat cinta akan warisan bangsa. Justeru itu, peranan
semua pihak amatlah diperlukan untuk menyemarakkan semangat patriotisma di dalam
diri setiap warganegara Malaysia.
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk
melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah di negara ini seperti Kota A’ Famosa, Tugu
Negara, dan Dataran Merdeka. Melalui lawatan ini kita dapat mengenali sejarah dengan
lebih lanjut sekaligus kita akan menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara.
Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi masa depan,
bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik dalam diri mereka. Secara tidak
langsung, ini menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya bangsa. Dalam erti kata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat
menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Selain itu, media massa juga memainkan peranan yang penting untuk memupuk
bersemangat setia negara dalam diri generasi masa kini. Media massa seperti televisyen
dan radio boleh menerangkan dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri, lokasi, dan sejarah
penubuhan sesuatu bangunan dengan lebih meluas. Secara tidak langsung ini akan
menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara dalam diri mereka sekaligus mereka
akan bersyukur sebagai warganegara Malaysia. Perasaan taat dan setia kepada raja
dan pemimpin negara juga akan semakin bercambah.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat
melahirkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat majmuk. Oleh itu, apabila kita
melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia, kita
juga dapat bekerjasama dan tolong-menolong antara anggota masyarakat untuk
menjaga bangunan bersejarah ini. Semangat muhibah atau semangat muafakat antara
semua kaum dapat dibentuk dan seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara
anggota masyarakat.
Sikap berakhlak mulia juga dapat dipupuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah. Pengisytiharkan sesuatu tempat atau bangunan itu sebagai
bangunan bersejarah perlu dilakukan agar bangunan bersejarah akan dilindungi dan
dijaga sebagai warisan negara atau dunia. Kita juga akan bersifat amanah dan jujur
dengan menjaga bangunan bersejarah yang merupakan khazanah negara yang amat
bernilai kerana mempunyai nilai-nilai dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Sikap
ini dapat diterapkan dalam diri kita apabila kita mempertahankan dan menjunjung
Perlembangaan Negara. Pemupukan sikap ini memberikan kesan yang besar kepada
diri, bangsa, dan negara.
Di samping itu, melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga kita
akan sentiasa berusaha dan produktif. Sikap rajin dan gigih akan terbentuk dalam diri
kita juga merupakan salah satu kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah. Hal ini penting untuk pembangunan negara. Sebagai contohnya, rakyat
Malaysia masih rajin dan gigih dalam menjaga bangunan bersejarah Bangunan Sultan
Abdul Samad yang masih kukuh dan masih dipelihara ini menjadi bukti rakyat Malaysia
rajin dan gigih dalam menjaga bangunan bersejarah. Oleh itu, sikap rajin dan gigih dapat
ditanam dalam diri kita dengan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
Natijahnya, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah banyak memberikan
kesan-kesan positif kepada individu mahupun negara. Pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah amat penting untuk menjaga warisan bangsa dan negara daripada
hilang di telan zaman. Oleh itu, jelaslah melalui pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah, kita mendapat banyak pengetahuan malah mendatangkan perkara-
perkara positif kepada masyarakat.
Recommended