7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin
http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 1/5
KERTAS KERJA CADANGAN
PROJEK JEJAK PRIHATIN
&
ZIARAH MAHABBAH PONDOK
ANJURAN :
GABUNGAN MUSLIM PRIHATINDENGAN KERJASAMA
PERSATUAN WANITA & ARMALAH KIJANG EMAS
&KELAB BIMBINGAN LATIHAN DAN KEBAJIKAN ISLAM
(BALKIS )
7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin
http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 2/5
Pendahuluan
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya
Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah
sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan
mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat
akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Mengambil ibrah daripada hadis di atas,pihak kami yang berhimpun di dalam satu
gabungan sukarelawan iaitu Gabungan Muslim Prihatin dengan kerjasama Persatuan Wanita Dan
Armalah Kijang Emas dan Kelab Bimbingan,Latihan & Kebajikan Islam BALKIS telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ziarah ke kampung-kampung demi untuk
menjejaki saudara-saudara seagama yang kehidupannya mungkin kurang bernasib baik
berbanding kita semua.
Di dalam kita menikmati indahnya kehidupan di bumi Malaysia bertuah ini,betapa
sebenarnya , nun jauh dari pandangan kebiasaan kita,masih wujud segolongan manusia yang
kurang bernasib baik dari segi menikmati indahnya kehidupan sepertimana kita rasai. Atas rasa
tanggungjawab dan dasar keprihatinan sebagai seorang muslim,pihak kami telah merangka siri-
siri Jejak Muslim Prihatin yang mana bertindak sebagai penghubung antara warga yang prihatin
dengan warga yang memerlukan bantuan.
Pihak kami juga bertindak sebagai medium untuk mengabungkan para muslim yang
mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama-sama turun ke medan masyarakat sebagai
sukarelawan yang mampu , menghulurkan sedikit tenaga,buah fikiran dan sebagainya dalammenjayakan usaha kita untuk meringankan beban saudara muslim kita yang lain. Pihak kami
ingin menerapkan satu kesedaran kepada saudara di luar bahawa,gerak kerja kesukarelawan juga
adalah merupakan suatu sedekah yang diiktiraf dalam islam.Mengambil pengajaran dari hadis
Rasululllah S.A.W,
Abu Musa RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin
http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 3/5
“ Sedekah adalah wajib ke atas semua orang Islam”. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, “Ya
Rasulullah, kalau kami tidak ada apa-apa untuk disedekahkan?” Baginda menjawab, “Dia
perlu bekerja dengan tangannya dan beroleh hasil untuk dirinya dan bersedekah”. Merekabertanya lagi, “Kalau tidak dapat juga?” Baginda menjawab, “Dia perlu menolong orang yang
berhajat untuk menyelesaikan hajatnya” Mereka bertanya lagi, “Kalau itupun dia tak dapat
buat?” Baginda menjawab, ”Dia patut membuat perkara yang baik dan jauhi dari maksiat. Itulah sedekahnya.”
Oleh kerana itu,selain dari menjadi penghubung kepada pihak yang berhajat untuk menyumbang
dari segi material,pihak Kami juga menjadi satu medium untuk saudara muslim sekalian untuk
sama-sama turun bersama-sama kami dalam menjalankan segala gerak kerja menyalurkan
bantuan kepada warga yang memerlukan.
Semoga segala daya usaha kita,sedikit sebanyak akan mampu memberikan sedikit sinar
dan kemanisan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Diharapkan juga,dengan
penglibatan kita sebagai sukarelawan dalm membantu saudara muslim yang daif ,akan
memberikan keinsafan kepada kita agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah
dikurniakan kepada kita.Ketahuilah,betapa disebalik kesenangan dan kemanisan kehidupan yang
sedang kita kecapi kini,terselit dicelah celah masyarakat,golongan yang bibirnya hanya mampu
menelan air liur semata lantaran kekurangan yang sedang mereka hadapi. Semoga ,rasa prihatin
kita boleh menjadi satu asbab kepada kesempurnaan keimanan kita sebagai muslim,sejajar
dengan sabda Rasul :
Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga
iakasih kepada saudaranya sepertimana ia kasih kepada dirinya sendiri. (Bukhari dan Muslim)
Objektif
1- Menyalurkan bantuan barangan asasi kepada warga fakir miskin.
2- Menjadi satu medium kepada para muslim untuk menjadi sukarelawan dalam membantu
muslim yang daif.3- Menyediakan pengisian motivasi dan rohani kepada warga fakir miskin.
4- Mendekati para alim ulama di pondok pengajian sebagai mengambil ilmu dan keberkatan
darinya.
7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin
http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 4/5
MODUS OPERANDI
1. Majlis pemberian bantuan di masjid - Warga fakir miskin akan dikumpulkan di suatutempat dan majlis pemberian pek bantuan dijalankan secara beramai-ramai.
2. Majlis pengisian Rohani – Sedikit pengisian rohani akan disampaikan oleh ustaz yang
dipilih sebagai suatu medium dakwah kepada warga fakir miskin.
3. Ziarah ke rumah warga fakir miskin - Konsep Ziarah ini diatur untuk memberikan
mereka sokongan dan tanda keprihatinan kita sebagai saudara seagama. Selain itu,ianya
juga bertujuan untuk memberikan rasa keinsafan kepada anggota rombongan atas segala
nikmat yang sedang dinikmati dan juga bermatlamat memupuk rasa cinta dan prihatin
kepada golongan fakir.Beberapa rumah yang paling daif akan dipilih untuk tujuan ziarah
rumah ke rumah ini.
4. Ziarah ke pondok-pondok pengajian Islam – Ziarah ini dirancang sebagai satumedium penghubung antara para sukarelawan dengan institusi pondok.Ianya bertujuan
memupuk rasa cinta untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.
5. Pek Bantuan Makanan dan Ziarah – 1 Pek Anggaran RM 100.
Pek Bantuan mengandungi makanan asasi yang terdiri daripada beras,minyak
masak,gula,susu ,biskut dan sebagainya bagi meringankan sedikit beban mereka yang
kurang berkemampuan. Sumbangan Wang – Sedikit sumbangan wang juga akan
diberikan – Anggaran RM 100.
7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin
http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 5/5
TENTATIF PROGRAM
19 .12.2013 Khamis
9.00 p.m - Bertolak jam 10 malam dari Kuala Lumpur
20.12.2013 Jumaat
6.00 a.m - Tiba di Kota Bharu6.15 a.m - Solat Subuh berjemaah
7.30 a.m - Sarapan pagi
8.00 a.m - Kuliah Tok Guru di medan ilmu
12.30 p.m - Solat Jumaat di Masjid Pulau Melaka2.00 p.m - Ziarah Tok Guru Nik Aziz
4.00 p.m - Ziarah Pondok Pasir Tumbuh7.00 p.m - Kembali ke tempat Penginapan.
7.30 p.m - Solat Berjemaah dan Pengisian Rohani
9.00 p.m - Lawatan ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh
21.12.2013 Sabtu
5.30 a.m - Bangun pagi6.00 a.m - Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh
8.00 a.m - Sarapan pagi
9.00 a.m – Program bersama 100 fakir miskin di Daerah Badang.12.00 a.m - Makan Tengahari
1.00 a.m - Solat Zuhur Berjemaah
3.00 p.m – Program bersama 100 fakir miskin di Bachok 7.00 p.m - Solat Berjemaah dan Pengisian Rohani
22.12.2013 Ahad
5.30 a.m - Bangun pagi
6.00 a.m - Solat Subuh berjemaah
8.00 a.m - Sarapan pagi9.00 a.m - Ziarah Pondok Pasir Tumbuh
11.00 a.m - Melawat Bandar Kota Bharu
2.00 p.m - Bertolak balik ke Kuala Lumpur 10.00 p.m - Tiba di Kuala Lumpur