KARNIVAL
PERMAINAN
TRADISIONAL
2014
ANJURAN : S5 PISMP PJM 3112 ELEKTIF
TARIKH : 10 MAC 2014
TEMPAT : PADANG IPGKRM
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN
TRADISIONAL
Tugasan ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
ANJURAN BERSAMAPISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012
UNIT BAHASA CINA 1UNIT BAHASA TAMIL 1UNIT BAHASA SAINS
TARIKH:
10 Mac 2014
TEMPAT:
PADANG IPG KAMPUS RAJA MELEWAR,
SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.
KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
ANJURAN PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012
1.0 PENGENALAN
Projek Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah
subjek PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan. Kami telah memilih untuk melaksanakan Karnival Sukan Tradisional ini di
bawah anjuran PISMP Ambilan Januari 2012 dengan gabungan tiga unit iaitu unit
Bahasa Cina 1, Bahasa Tamil 1 dan Sains kerana kami sedar bahawa program ini
merupakan salah satu kesempatan bagi kami untuk membimbing kami dalam
pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik, tersusun dan sistematik pada masa
kelak.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis
kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan
menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai
adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing.
Selain itu, permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas
penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini
yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk
nenek kita sahaja.
Oleh sebab itu kami menganjurkan Karnival Sukan Tradisional ini untuk
mengenali dan menyemai semangat bermain permainanan tradisional dengan lebih
dekat lagi kepada ahli masyarakat. Pada masa yang sama, dapat mengeratkan lagi
hubungan antara semua kaum seperti mana yang terdapat dalam gagasan
1Malaysia.
Jadi, amat penting bagi kami menganjurkan Permainan Tradisional ini untuk
mengenali permainan tradisional kita dengan lebih dekat dan mungkin yang
hampir dilupakan oleh masyarakat. Kami berharap anjuran Permainan Tradisional
ini dapat membentuk keperibadian kami untuk menjadi bakal tenaga pengajar yang
lebih berkaliber, sistematik dan bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan.
2.0 RASIONAL
Karnival Permainan Tradisional ini dianjurkan adalah bertujuan
memperkenalkan kepada bakal guru tentang permainan tradisional yang semakin
dipinggirkan
3.0OBJEKTIF
3.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta
pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.
3.2 Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru
pelatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di
sekolah nanti.
3.3 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan
tradisional yang dilaksanakan.
3.4 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap
peserta.
3.5 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta
melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.
3.6 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta
mengenali permainan tradisional melalui keseronokan dalam
permainan tersebut.
3.7 Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam
program yang dilaksanakan.
3.8 Memartabatkan dan menghidupkan semula sukan tradisional warisan
negara.
3.9 Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan etnik dalam kalangan guru
pelatih.
3.10 Merapatkan hubungan baik serta perpaduan guru, mempuk
semangat kerjasama dan persaingan sihat dalam kalangan guru
pelatih.
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru
pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran
sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan
dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan di samping memberi pendedahan
dalam cara mengelola sesuatu pertandingan dan pada masa yang sama
memperoleh pengalaman baru dalam menguruskan sesuatu pertandingan agar
dapat diaplikasikan dan dijadikan panduan kepada bakal pendidik di sekolah kelak.
5.0 BUTIRAN PROGRAM
Nama Program : Karnival Permainan Tradisional
Tema Program : Permainan Tradisional Memupuk Perpaduan
Tarikh : 10 Mac 2014 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Padang IPG Kampus Raja Melewar
6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar unit PISMP Bahasa Cina 1, PISMP Bahasa Tamil 1 PISMP
Bahasa Sains (semester 5).
7.0 Ahli Jawatankuasa Induk Program Permainan Tradisional
JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
PENAUNG
TUAN HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI
PENGARAH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
PENASIHAT
PN SURAYA BIBI A.K BAPOTTI
KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PENYELARAS
ENCIK ZULKEFLY B. JAMIL
PENSYARAH PJM 3112
ENCIK BISSHUKRI BIN MATROP
PENSYARAH PJM 3112
Jawatankuasa Pertandingan Permainan Tradisional
Pengerusi : Chung Jia Ying
Naib Pengerusi : Jegatheswaran A/L Palaniandi
Setiausaha : Nur Hidayah Binti Mansor
Naib Setiausaha : Shirley Lee Zhi Ying
Bendahari : Ching Suit Li
AJK Teknikal : 1) Tan Zhi Wei
2) Dhivagar A/L P.R.Gunalan
3) Izzat Najmi Bin Ibrahim
4) Kamini A/P Gunasagaram
5) Ghirthana A/P Ramasamy
AJK Alatan : 1) Rajkumar A/L Subramaniam (K)
2) Yeo Chun Wai
3) Mohamad Azwan Bin Azahari
4) Wong Zhe Zhun
5) Jeffrey Yeoh Ze Hui
AJK Publisiti : 1) Siti Aisah Binti Ruzelan (K)
2) Thiviyenn A/L Raguraman
3) Loh Mei Mun
4) Gayathrie A/P Ganesan
5) Hew Ling Sing
AJK Permainan : 1) Syakir Maarif Bin Mastor (K)
2) Malaarvily A/P Shanmugam
3) Jivaneswary A/P Kuppusamy
4) Siow Hui Wen
AJK Keselamatan : 1) Chong Jin Kit (K)
2) Nithya A/P Sekar
3) Lim Shi Ying
4) Dato Liang Anak Seruji
AJK Siaraya : 1) Chua Siew Chia (K)
2) Rosalina Zafirah Binti Rozali
3) Lau Yan
4) Devarasoo A/L Moorthy
5) Jivendra A/L Pandian
AJK Buku Program : 1) Merry Lu Lee Ai (K)
2) Katherine Heng Man Lee
3) Gobinath A/L Arumugam
4) Tan Hui Er
5) Kalaivani A/P R Sandra
AJK Pendaftaran : 1) Syamala A/P Palanisamy (K)
2) Yew Pei Jia
3) Elaine Tan Jia Yi
4) Sharmila A/P P.Raman
AJK Makanan : 1) Tan Shee Ying (K)
2) Tan Kee Luan
3) Lydyana Anak Limbai
4) Yamunah A/P Subramaniam
5) Noor Fatinah Binti Mohd Rusli
AJK Jemputan : 1) Voronia Anak Daip (K)
2) Kavitha A/P Bahu Reddy
3) Jocelyn Lee Chia Sin
4) Komala A/P Paramasuwan
5) Lilian Chin Li Lian
AJK Dokumentasi : 1) Sharmila A/P Balasandran (K)
2) Chan Mee Ting
3) Cheng Swee Fong
4) Surintharan A/L Muthu Kumar
5) Santhy A/P Rengasamy
AJK Kebersihan : 1) Lee Zhia Chern (K)
2) Kaniyakumari A/P Terunavukarasu
3) Lee Wan Ting
4) Chan Tung Tung
AJK Hadiah : 1) Sivarooban A/L Karunakaran (K)
2) Visaladchi A/P Murusasan
3) Lo Siew Fang
4) Boon Shui Meei
5) Punitha A/P Nagappan
AJK Aktiviti : 1) Shutha A/P Avadiyan (K)
2) Hau Lee Shi
3) Koh Ting Zhi
4) Umageswari A/P M.Mohan
5) Khairul Amin Bin Mohamad Sham
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI
HARGA /
UNIT
(RM)
JUMLAH
(RM)
JUMLAH
(RM)
AJK Buku Program
Buku program untuk VIP 15 buah 1.00 15.00 15.00
AJK Makanan
Sarapan pagi (pensyarah)
o Nasi lemak & teh o
Sarapan pagi (peserta)
o Nasi lemak
15 pek
71 pek
3.50
2.50
52.50
177.50
375.00
Minuman
o Air sirap
o Air mineral
4 botol
3 kotak
25.00
15.00
100.00
45.00
AJK Publisiti
Kain rentang (banner)
Iklan A4
7X6 kaki2
15 helai
50.00
0.10
50.00
1.50
51.50
AJK Hadiah dan Cenderamata
Hamper pemenang
o Johan
o Naib Johan
Cenderamata untuk Pengarah
Cenderamata untuk Timbalan
Pengarah
Cenderamata untuk Pensyarah
4
4
1
1
9
30.00
25.00
40.00
40.00
10.00
120.00
100.00
40.00
40.00
90.00
390.00
AJK Dokumentasi
Fail dokumen 3 inci
Fotostat
1 unit
100 helai
5.00
0.10
5.00
10.00
15.00
AJK Kehakiman
Fotostat 50 helai 0.10 5.00 5.00
AJK Permainan
Kabadi
Sepak Manggis
Batak Lampung
Ketinting
71 orang
71 orang
71 orang
71 orang
0.50
0.50
0.50
0.50
35.50
35.50
35.50
35.50
142.00
Kegunaan kecemasan - - 107.50 107.50
Air Mineral
Sijil
3 kotak
71 orang
Stor IPGKRM
Stor IPGRM
-
-
Jumlah 1101.00
Pendapatan
Dana (Pelajar) - 71 orang x RM15.00 = RM 1065.00
Dana tambahan (Pelajar) - 71 orang x RM 5.00 = RM 355.00
Jumlah - RM 1420.00
2.3 Baki Selepas Perbelanjaan
Jumlah pendapatan - RM 1420.00
Jumlah perbelanjaan - RM 1101.00
Baki - RM 319.00
9.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
Acara yang dipertandingkan adalah
I. Permainan Kabadi
II. Permainan Ketingting
III. Permainan Sepak Manggis
IV. Permainan Batak Lampung
10.0 PERATURAN
1. Memakai baju sukan dan dilarang memakai pakaian yang tidak sesuai
seperti jeans atau seluar pendek semasa permainan karnival dijalankan.
2. Menepati masa.
3. Menjaga kebersihan di sekitar padang.
4. Semasa permainan dijalankan, setiap pemain perlu mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.
5. Setiap pemain hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ketua
kumpulan.
6. Pemain perlu bermain dengan adil dan menunjukkan semangat kesukanan
semasa permainan dijalankan.
7. Mementingkan keselamatan semasa permainan dijalankan.
11.0 TENTATIF PROGRAM
Jadual Karnival Sukan Tradisional.
7.45 pagi : Pendaftaran Peserta
8.00 pagi : Ketibaan Pengarah
Ketibaan Dif Jemputan VIP
8.15 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan, Lagu
IPGKRM
8.20 pagi : Bacaan doa
8.25 pagi : Ucapan perasmian oleh Pengarah
8.40 pagi : Gimik Perasmian
8. 50pagi : Senam aerobik
9.00pagi : Taklimat permainan tradisional
9.10 pagi : Permulaan acara permainan tradisional
10.30 pagi : Rehat/ Minum pagi
11.00 pagi : Acara permainan tradisional diteruskan
12.00 pagi : Upacara penyampaian hadiah
12.30 pagi : Ucapan penutupan
12.40 pagi : Bersurai
12.0 PENUTUP
Diharap agar penganjuran Karnival Sukan Tradisional tertutup peringkat IPG
Kampus Raja Melewar ini akan mendapat penyertaan yang menyeluruh daripada
para guru pelatih dalam mengangkat martabat khazanah warisan kesenian negara
disamping penerapan nilai-nilai murni dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan
peserta. Semoga penganjuran karnival sukan ini kali ini akan berjalan dengan
lancar dan menjadi acara tahunan yang termaktub dalam kalendar pengajian
peringkat institut.
Disediakan oleh :
………………………………………
Disemak oleh,
…………………………………..( NUR HIDAYAH BINTI MANSOR )Setiausaha Karnival Pertandingan Tradisional
( EN. ZULKEFLY B. JAMIL )Penyelaras Kursus PJM 3112,IPG Kampus Raja Melewar,Seremban, Negeri Sembilan
Disahkan oleh,
……………………………………………( PUAN SURAYA BIBI A.K BAPOTTI )Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ,IPG Kampus Raja Melewar,Seremban, Negeri Sembilan
Lampiran A
Unit Bahasa Cina 1
NO NAMA L / P NO.K/P
1 CHAN MEE TING P 920130-05-5440
2 CHING SUIT LI P 921018-08-5740
3 CHONG JIN KIT L 920224-04-5251
4 CHUA SIEW CHIA P 920912-04-5036
5 CHUNG JIA YING P 920820-04-5346
6 ELAINE TAN JIA YI P 920421-04-5234
7 HAU LEE SHI P 901108-04-5082
8 HEW LING SING P 920801-05-5178
9 JOCELYN LEE CHIA SIN P 910825-04-5282
10 KATHERINE HENG MAN LEE P 920123-04-5324
11 KOH TING ZHI L 920624-04-5437
12 LAU YAN P 910522-13-5918
13 LEE WAN TING P 920122-05-5678
14 LEE ZHIA CHERN L 921115-04-5257
15 LIM SHI YING P 921113-01-6532
16 LO SIEW FANG P 910516-13-5196
17 LOH MEI MUN P 921108-05-5334
18 SHIRLEY LEE ZHI YING P 921205-07-5230
19 SIOW HUI WEN P 920826-04-5224
20 TAN KEE LUAN P 920131-04-5252
21 TAN ZHI WEI L 910417-04-5179
22 WONG ZHE ZHUN L 901204-04-5445
23 YEO CHUN WAI L 920727-04-5237
24 YEW PEI JIA P 920216-05-5564
Unit Bahasa Tamil 1
NO NAMA L / P NO.K/P
1 DEVARASOO A/L MOORTHY L 920705-08-6505
2 DHIVAGAR A/L P.R.GUNALAN L 920806-04-5235
3 GAYATHRIE A/P GANESAN P 920426-14-5840
4 GHIRTHANA A/P RAMASAMY P 920524-01-5978
5 GOBINATH A/L ARUMUGAM L 920718-01-5255
6 JEGATHESWARAN A/L PALANIANDI L 921005-05-5067
7 JIVANESWARY A/P KUPPUSAMY P 921005-08-5610
8 JIVENDRA A/L PANDIAN L 921129-05-5149
9 KALAIVANI A/P R SANDRA P 920302-05-5528
10 KAMINI A/P GUNASAGARAM P 911019-08-5786
11KANIYAKUMARI A/P TERUNAVUKARASU
P 920513-14-5240
12 KAVITHA A/P BAHU REDDY P 901125-05-5530
13 KOMALA A/P PARAMASUWAN P 920206-08-5508
14 MALAARVILY A/P SHANMUGAM P 920220-08-5336
15 NITHYA A/P SEKAR P 920613-14-5010
16 RAJKUMAR A/L SUBRAMANIAM L 920708-01-5737
17 SANTHY A/P RENGASAMY P 920204-08-6136
18 SHARMILA A/P P.RAMAN P 920112-01-6632
19 SHARMILA A/P BALASANDRAN P 920416-14-6030
20 SIVAROOBAN A/L KARUNAKARAN L 920331-04-5257
21 SURINTHARAN A/L MUTHU KUMAR L 920524-01-5353
22 SYAMALA A/P PALANISAMY P 920113-08-6448
23 THIVIYENN A/L RAGURAMAN L 920224-04-5067
24 UMAGESWARI A/P M.MOHAN P 920407-14-5386
25 VISALADCHI A/P MURUSASAN P 920311-05-5546
26 YAMUNAH A/P SUBRAMANIAM P 920518-01-5074
Unit Bahasa Sains
NO NAMA L/P NO. KP
1 IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM L 920210-14-5753
2 BOON SHUI MEEI P 920724-07-5422
3 CHAN TUNG TUNG P 920121-05-5430
4 CHENG SWEE FONG P 921007-07-5184
5 DATO LIANG ANAK SERUJI L 900806-13-8089
6 JEFFREY YEOH ZE HUI L 920303-07-5475
7KHAIRUL AMIN BIN MOHAMAD
SHAM
L920604-03-5207
8 LILIAN CHIN LI LIAN P 920331-13-5594
9 LYDYANA ANAK LIMBAI P 911002-13-5468
10 MERRY LU LEE AI P 920906-13-6468
11 MOHAMAD AZWAN BIN AZAHARI L 920505-13-6213
12 NOOR FATINAH BINTI MOHD RUSLI P 910921-03-6386
13 NUR HIDAYAH BINTI MANSOR P 911006-02-6090
14 PUNITHA A/P NAGAPPAN P 920913-08-6454
15 ROSALINA ZAFIRAH BINTI ROZALI P 921204-06-5460
16 SHUTHA A/P AVADIYAN P 920205-08-5020
17 SITI AISAH BINTI RUZELAN P 920325-03-5052
18 SYAKIR MAARIF BIN MASTOR L 921205-10-5903
19 TAN HUI ER P 920714-04-5254
20 TAN SHEE YING P 921022-13-5018
21 VORONIA ANAK DAIP P 920225-13-5312
LAPORAN
JAWATANKUASA
PENGELOLA
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014
Objektif
1. Untuk mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan sepanjang karnival ini
dijalankan.
2. Untuk dijadikan titik tolak dalam melaksanakan apa-apa kejohanan mahupun
karnival selepas ini.
Tempat
- Padang IPG Kampus Raja Melewar
Hari & Tarikh
- 10 Mac 2014 (Isnin)
Laporan-laporan ;
1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. AJK Teknikal
6. AJK Peralatan
7. AJK Publisiti
8. AJK Permainan
9. AJK Keselamatan
10.AJK Siaraya
11.AJK Buku Program
12.AJK Pendaftaran
13.AJK Makanan
14.AJK Jemputan
15.AJK Dokumentasi
16.AJK Kebersihan
17.AJK Hadiah
18.AJK Aktiviti
1.0 PENGERUSI
LAPORAN JAWATANKUASA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR.
Tugas yang telah dilaksanakan:
1. Mengadakan mesyuarat dan mempengerusikan setiap mesyuarat yang
dijalankan.
2. Memberi taklimat serta membuat dan menyediakan pembahagian tugasan
kepada setiap AJK.
3. Memastikan semua AJK menjalankan tugas masing-masing.
4. Mengagihkan semua guru pelatih yang tidak mempunyai tugas kepada
setiap kumpulan AJK kecil.
5. Memberi tunjuk ajar dan pertolongan kepada setiap AJK yang memerlukan
bantuan.
6. Sentiasa merujuk kepada Pensyarah penasihat berkenaan masalah yang
dihadapi.
7. Memberi taklimat berkenaan Karnival Permainan Tradisional kepada semua
guru pelatih yang terlibat.
8. Memastikan hari Karnival Permainan Tradisional berlangsung dengan
lancar.
Kekuatan yang dapat dikenalpasti sepanjang melaksanakan Karnival
Permainan Tradisional:
1. Semua AJK bekerjasama sepenuhnya ketika Karnival berlangsung.
2. Perasmian pembukaan Karnival Permainan Tradisional berlangsung dengan
baik.
3. AJK Makanan menyediakan minuman kepada semua peserta ketika Karnival
berlangusng pada waktu pagi.
4. Karnival Permainan Tradisional dapat dijayakan dengan kerjasama semua
guru pelatih.
5. Semua peserta sama ada lelaki dan perempuan dapat bermain semua
permainan yang diadakan pada sebelah petang.
6. Semua peserta berasa seronok kerana terdapat guru pelatih yang pertama
kali bermain permainan tradisional yang diadakan.
7. Karnival Permainan Tradisional ini telah berjaya mencapai obejktif yang
hendak dicapai iaitu berjaya merapatkan hubungan silaturahim dan
perpaduan antara guru pelatih daripada pelbagai kaum. Selain itu berjaya
memperkenalkan warisan permainan tradisional kepada guru pelatih.
Kelemahan yang dapat dikenalpasti sepanjang melaksanakan Karnival
Permainan Tradisional:
1. Terdapat AJK yang kurang jelas berkenaan tugasan yang perlu mereka
lakukan.
2. Terdapat AJK yang bekerja sendiri tanpa meminta bantuan dan kerjasama
daripada ahli-ahli Jawatankuasa kecilnya.
3. Tedapat ahli-ahli AJK kecil yang tidak bekerjasama dengan ketua mereka.
4. Terdapat guru pelatih yang datang lambat ketika Karnival Permainan
Tradisional sedang berlangsung.
5. Pengurusan protokol ketika perasmian pembukaan Karnival Permainan
Tradisional tidak berlangsung dengan baik.
Cadangan penambahbaikkan:
1. Setiap AJK seharusnya merujuk kepada Pengerusi atau terus kepada
Pensyarah Penasihat jika terdapat sebarang masalah.
2. Setiap AJK seharusnya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
dan Pengerusi perlu memainkan peranan dengan memberi nasihat, teguran
dan galakkan kepada setiap AJK untuk menjalankan tugas masing-masing
dengan penuh dedikasi.
3. Setiap ahli-ahli dalam AJK kecil sepatutnya sedar tentang tanggungjawab
mereka sebagai individu yang membantu ketua mereka untuk menjalankan
tugas yang perlu mereka laksanakan.
4. Para guru pelatih sepatutnya menepati masa seperti yang dirancang dalam
tentatif program agar karnival dapat dimulakan tepat pada masanya dan
berjalan seperti yang dirancang agar tiada pembaziran masa.
5. AJK yang terlibat dalam pengurusan protokol sepatutnya meminta bantuan
dan tunjuk ajar daripada pensyarah penasihat agar majlis perasmian
pembukaan dapat berlangsung dengan baik.
6. Para guru pelatih seharusnya diberi kesedaran dan faham tentang
pentingnya Karnival Permainan Tradisional ini kepada kami kerana ia
merupakan sebahagian daripada tugasan bagi subjek PJM3112E.
Disediakan oleh,
____________________
(CHUNG JIA YING)
PENGERUSI,
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL.
2.0 TIMBALAN PENGERUSI
Saya Jegatheswaran A/L Palaniandi dari Unit Bahasa Tamil 1, Naib
Pengerusi bagi Karnival Permainan Tradisional Anjuran Semester 5 PJM3112 yang
telah berlangsung pada hari bulan 10 Mac 2014. Selaku naib pengerusi, tugasan
saya adalah sebagai pemangku Pengerusi iaitu membantunya semasa
menghadapi masalah ataupun mengendalikan sesuatu perkara semasa
ketiadaannya. Tugasan yang telah saya melakukan bersama-sama dengan saudari
Pengerusi ialah memantau dan membantu AJK-AJK Induk serta Jawatankuasa
untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna.
Mula-mula, saya berasa amat gementar setelah dipilih sebagai Naib
Pengerusi bagi Karnival Permainan Tradisional. Akan tetapi, perasaan saya ini
telah menghilang setelah saudari Chung Jia Ying, membantu saya semasa
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul sepanjang perjumpaan kami. Selain
itu, saya juga merasakan diri saya dihargai disebabkan tingkah laku saudari
Pengerusi yang menerima pandangan dan pendapat saya sebelum mengambil
keputusan serta sentiasa berbincang dengan saya tentang kelancaran tugasan.
Walaupun kami berdua kelas lain tetapi kami telah membahagikan masa lapang
kami untuk berbincang tentang beberapa tugasan.
Sebagai seorang Naib Pengerusi, saya bukan sahaja mengetahui tugas
seorang Pengerusi program tetapi saya dapat juga tahu setiap tugasan AJK serta
gerak-geri mereka kerana saya sentiasa memantau tugasan mereka dengan
berbincang tentang kelancaran tugasan mereka. Ini membantu saya untuk
mempelajari tugasan setiap AJK dan sekiranya pada masa akan datang, jikalau
saya diberi apa-apa tugasan AJK, saya dapat menyiapkannya dengan sempurna
tanpa adanya kekurangan. Pada masa ini, saya berterima kasih kepada semua
AJK Karnival ini yang telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajarinya.
Saya juga telah berasa seronok sepanjang Karnival ini dilangsungkan.
Setiap AJk berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan amat baik dan
memberikan kerjasama yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Mereka telah
melibatkan diri secara sepenuhnya dengan menyiapkan tugasan yang diberi
kepada mereka dengan sempurna dan mereka telah bertungkus-lumus untuk
menjayakan Karnival Permainan Tradisional secara teratur dan sistematik.
Dari segi kekurangan yang telah saya lihat ialah, ada sesetengah ahli
kumpulan di bawah Ketua AJK tidak memberikan kerjasama sebelumnya. Iaitu
disebabkan semuanya berlainan unit, mereka tidak menyapa ketua mereka
mahupun mengenalkan diri mereka kepadanya. Akan tetapi, sebelum sehari
semasa mengadakan raptai mereka telah menolong ketua mereka seberapa
mungkin. Selain itu, ada sesetengah guru pelatih telah mendaftar diri lambat 30
minit pada Karnival Permainan Tradisional di mana ia melambatkan lagi program
kami pada hari itu. Ini merupakan kekurangan yang saya lihat sepanjang Karnival
ini dijalankan.
Saya berharap pada masa akan datang, saya akan diberi peluang lagi untuk
menjadi salah seorang AJK Induk ataupun Ahli Jawatan Kuasa. Melalui
menyandang tugasan, saya dapat mempelajari banyak perkara yang selama ini
saya tidak tahu. Sebagai seorang guru, kita harus mengetahui cara mengelolakan
setiap program yang akan dijalankan di sekolah pada masa akan datang. Sekian,
Terima Kasih.
Disediakan Oleh,
___________________
(JEGATHESWARAN A/L PALANIANDI)
NAIB PENGERUSI,
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL.
3.0 SETIAUSAHA
LAPORAN SETIAUSAHA
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
Setiausaha : Nur Hidayah Binti Mansor
Naib Setiausaha : Shirley Lee Zhi Ying
Karnival Permainan Tradisional anjuran gabungan guru pelatih unit Bahasa
Cina 1, Bahasa Tamil 1, dan Sains PISMP Sem 5 telah berjaya dilangsungkan
pada 10 Mac 2014. Selaku setiuasaha, kami bertanggungjawab untuk menulis satu
kertas kerja karnival, mencatat perkara-perkara yang dibincang dalam mesyuarat
serta menulis minit mesyuarat untuk setiap mesyuarat yang diadakan.
Antara kekuatan kami ialah kami dapat menghantar dokumen-dokumen
seperti minit mesyuarat, kertas kerja dan borang pengecualian kuliah pada masa
yang ditentukan. Kami dapat menepati masa dan tidak melengan-lengankan masa
untuk menyiapkan dokumen-dokumen tersebut. Kami juga dapat mendengar
dengan teliti dan mencatat dengan jelas bagi setiap perkara yang dibincangkan
dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan. Selain itu, kami turut dapat menulis
minit mesyuarat sebaik saja mesyuarat diadakan tanpa menangguhkan tugas ke
hari yang lain. Kertas kerja dan pemohonan pengecualian kuliah juga berjaya
diluluskan.
Kelemahan kami ialah kecuaian semasa memohon pengecualian kuliah
untuk ketiga-tiga unit yang terlibat. Kami telah lupa untuk menampilkan kertas kerja
semasa menghantar borang pengecualian ke unit HEP. Oleh sebab itu, kami
terpaksa mengambil balik borang dan mencetakkan kertas kerja untuk dihantar
semula ke unit HEP untuk pelulusan.
Cadangan penambahbaikan kami ialah kami harus lebih teliti tanpa mengira
melakukan apa-apa tugas. Selain itu, kami juga harus sentiasa ingat aspek yang
penting semasa memohon pengecualian kuliah contohnya kertas kerja sebagai
bukti kepada sebab pemohonan pengeculian kuliah.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada naib setiausaha saya atas
bantuan dan kerjasama yang diberi. Segala usaha yang diberi amat saya hargai.
Disediakan oleh,
………………………..
(NUR HIDAYAH BINTI MANSOR)
SETIAUSAHA,
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL.
4.0 BENDAHARI
LAPORAN BENDAHARI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
Secara keseluruhannya, tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan
pengurusan kewangan, maka sebelum terlaksananya Karnival Permainan
Tradisional, tugasan saya adalah mendapatkan sumber kewangan supaya segala
aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Punca kepada sumber
kewangan ini diperolehi melalui kutipan duit daripada semua guru pelatih yang
terlibat iaitu seramai 71 orang sebanyak RM15.00 yang membawa jumlah
keseluruhan iaitu RM1065.00. Tiada sebarang dana tajaan yang diperoleh. Semua
sumber kewangan diperoleh daripada guru pelatih. Namun begitu, saya terpaksa
mengutip dana tambahan sebanyak RM5.00 seorang kerana wang sedia ada tidak
mencukupi bagi menampung perbelanjaan yang digunakan. Jumlah akhir dana
yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1380.00.
Tugas seterusnya adalah berurusan dengan ahli jawatankuasa karnival yang
memerlukan peruntukan wang untuk membeli apa-apa sahaja barang yang ingin
digunakan untuk pelaksanaan karnival. Sepanjang karnival berlangsung, tidak
banyak tugas yang melibatkan bendahari. Saya hanya bersedia sekiranya terdapat
mana-mana ahli jawatankuasa yang memerlukan wang untuk digunakan. Selepas
tamat karnival, tugasan pada peringkat ini adalah menguruskan sebarang tuntutan
yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa yang menggunakan duit mereka terlebih
dahulu untuk urusan persiapan dan pelaksanaan karnival. Semua tuntutan yang
dilakukan mesti disertai dengan resit perbelanjaan yang sah. Semua tuntutan
perbelanjaan ahli-ahli jawatankuasa karnival dapat dilunaskan dengan lancar.
Terdapat beberapa kekuatan yang saya kenal pasti sebagai bendahari
karnival iaitu antaranya saya memperoleh kerjasama yang baik dan
memberangsangkan daripada semua unit kerana dapat menyerahkan wang tepat
pada masanya. Dengan kata lain, saya tidak perlu untuk memaklumkan kepada
bendahari setiap unit berulang kali dan ini memudahkan saya mengumpulkan wang
kutipan daripada semua unit. Selain itu, wang yang diserahkan juga mencukup
berdasarkan bilangan ahli unit dan disertakan dengan senarai nama yang
membantu saya membuat penyelarasan ahli-ahli unit yang telah membayar duit
yang dikutip.
Antara kelemahan yang boleh saya timbulkan daripada tugas saya sebagai
bendahari adalah saya tidak meminta setiap ahli jawatankuasa untuk merangka
terlebih dahulu anggaran perbelanjaan yang ingin digunakan bagi tujuan karnival.
Hal ini sebenarnya jika dilaksanakan, akan memudahkan saya untuk mendapatkan
jumlah anggaran perbelanjaan bagi keseluruhan program dan saya dapat
menentukan jumlah wang yang patut dikutip dengan lebih tepat. Selain itu, wang
kutipan RM15.00 yang mula-mula dikutip juga tidak mencukupi untuk menampung
bajet keseluruhan karnival. Ini juga merupakan satu kelemahan yang saya kenal
pasti dan mengakibatkan saya terpaksa mengutip dana tambahan sebanyak
RM5.00 seorang selepas tamatnya karnival bagi menampung tuntutan-tuntutan
perbelanjaan yang dilakukan oleh ahli-ahli jawatankuasa. Seterusnya, kelemahan
yang saya dapati adalah perbelanjaan melebihi dana yang dikumpul. Hal ini
seterusnya mengakibatkan dana yang sedia ada tidak dapat menampung
perbelanjaan keseluruhan yang perlu digunakan. Selain itu, kelemahan yang ada
juga adalah saya tidak menyediakan apa-apa wang kecemasan atau wang
persediaan untuk sebarang perbelanjaan yang perlu
Oleh yang demikian, saya telah memikirkan beberapa cadangan
penambahbaikan bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku. Antaranya
adalah merancang dan merangka dahulu anggaran perbelanjaan yang ingin
digunakan melalui setiap ahli jawatankuasa. Seterusnya, saya merasakan perlu
ada perbincangan terlebih dahulu sebelum mahu menempah atau membeli sesuatu
barang atau peralatan yang ingin digunakan untuk pelaksanaan karnival. Selain itu,
Antara cadangan yang boleh dilakukan adalah setiap ahli jawatankuasa yang
menggunakan perbelanjaan mestilah mencari atau mendapatkan harga yang paling
murah sebelum membeli sesuatu. Lebih elok sekiranya dilakukan tinjauan terlebih
dahulu bagi mendapatkan harga yang paling murah.
Disediakan oleh,
…………………………..
(CHING SUIT LI)
BENDAHARI,
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL.
5.0 AJK TEKNIKAL
Laporan Jawatankuasa Teknikal Karnival Permainan Tradisional
Ketua : Ching Suit Li
Ahli : 1. Dhivagar A/L P.R.Gunalan
2. Izzat Najmi Bin Ibrahim
3. Kamini A/P Gunasagaram
4. Ghirthana A/P Ramasamy
Pelaksanaan Tugas:
(i) Kekuatan:
Setelah melaksanakan tugas serta tanggungjawab selaku jawatankuasa
teknikal Karnival Permainan Tradisional pada kali ini, saya telah dapat mengenal
pasti beberapa aspek yang mana merupakan kelebihan yang terserlah dalam
bidang tugas yang berkaitan dengan teknikal. Pertamanya, saya mendapati
bahawa susunan kawasan karnival pada hari kejadian adalah sangat kemas dan
teratur. Bagi mendapatkan susunan kemas dan teratur tersebut, saya bersama
dengan ahli jawatankuasa teknikal yang lain telah merangka pelan lantai kawasan
karnival terlebih dahulu semasa bermesyuarat agar tidak berlaku kecacatan yang
ketara sewaktu karnival berlangsung di samping meningkatkan kelancaran
berlangsungnya karnival pada hari tersebut. Berikut merupakan pelan lantai
kawasan karnival yang telah dirangka oleh ahli jawatankuasa teknikal :
Rajah 1: Pelan Lantai Kawasan Karnival Permainan Tradisional
Selain itu, kerjasama serta komitmen yang sangat baik dari ahli-ahli
jawatankuasa teknikal yang lain juga adalah merupakan salah satu kekuatan yang
ada pada jawatankuasa teknikal pada kali ini. Tanpa kehadiran mereka membantu
saya menjalankan dalam menjalankan bidang tugas jawatankuasa teknikal ini,
sudah pasti bidang tugas yang diamanahkan kepada jawatankuasa teknikal tidak
dapat berjalan dengan lancar malah boleh menyebabkan timbulnya masalah-
masalah yang mana boleh menyebabkan karnival tidak berlangsung dengan lancar
serta jayanya.
Antara tugas-tugas yang telah kami lakukan adalah melakukan proses
peminjaman beberapa barangan daripada jawatankuasa peralatan. Antara
barangan yang dipinjam ialah pembesar suara, mikrofon, meja panjang, kerusi VIP
serta First Aid Kit bagi tujuan keselamatan. Selain itu, kami juga telah memastikan
segala keperluan-keperluan teknikal ini boleh diguna pakai serta berada dalam
keadaan yang baik sebelum dan selepas karnival berlangsung. Malah, kami juga
turut memastikan bahawa segala keperluan-keperluan teknikal ini digunakan
dengan sebaik mungkin semasa kelangsungan karnival bagi mengelakkan
sebarang kerosakan barangan yang boleh mendatangkan masalah kepada
pelbagai pihak.
K. URUSETIA K. VIP K. MAKANANASTAKA
KAWASAN PERMAINAN
(ii) Kelemahan:
Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah sistem bunyi yang
diguna pakai semasa kelangsungan karnival adalah kurang memuaskan dari segi
kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suara. Akibatnya, terdapat
beberapa pengumuman ataupun makluman yang disampaikan oleh pengacara
majlis berkenaan dengan karnival menjadi sedikit kurang jelas serta menimbulkan
masalah dari segi penyampaian maklumat kepada para peserta dan juga kepada
jawatankuasa pengelola. Sistem bunyi yang baik dan berkualiti tinggi adalah
memainkan peranan yang sangat penting dalam kelangsungan sesebuah karnival
ataupun temasya bagi tujuan kelancaran penyampaian maklumat agar maklumat
yang disampaikan menjadi lebih jelas di samping lebih menghidupkan lagi suasana
sesebuah karnival yang mana seperti yang kita tahu suasana di sesebuah karnival
ataupun temasya adalah sudah pastinya mempunyai suasana yang meriah, ceria,
menyeronokkan serta dapat membangkitkan semangat kesukanan.
Di samping itu juga, terdapat kelemahan pada skor pemarkahan yang saya
dapat kenal pasti di mana tiada papan skor utama yang menyatakan mengenai info
skor terkini yang diperoleh bagi setiap kumpulan peserta yang bertanding. Keadaan
ini telah menimbulkan beberapa permasalahan seperti pengumuman keputusan
skor terkini tidak dapat dilakukan oleh pengacara majlis serta telah menimbulkan
persoalan dan tanda tanya kepada para peserta mengenai jumlah skor terkini yang
telah mereka kumpul ataupun kemenangan yang telah mereka peroleh. Hal ini
kerana info skor terkini memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
mahupun meningkatkan semangat kompetitif dan kesukanan antara peserta
permainan.
Cadangan penambahbaikan:
Cadangan penambahbaikan yang pertama bagi mengatasi masalah sistem
bunyi yang diguna pakai semasa kelangsungan karnival adalah memohon
kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Jasmani agar memudahkan proses
peminjaman sistem bunyi yang dimiliki oleh Jabatan Pendidikan Jasmani. Seperti
yang telah dimaklumkan oleh pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani, Jabatan
Pendidikan Jasmani sememangnya mempunyai sebuah sistem bunyi yang baik
dan berkualiti tinggi namun proses peminjaman yang perlu dilakukan terhadap
sistem bunyi tersebut mempunyai prosedur peminjaman yang agak rumit dan
hanya pada acara-acara tertentu sahaja sistem bunyi tersebut dibenarkan untuk
diguna pakai. Dengan adanya cadangan penambahbaikan ini, diharapkan agar
proses peminjaman sistem bunyi dari Jabatan Pendidikan Jasmani dapat
dipermudahkan serta dapat digunakan dalam lebih banyak acara-acara yang
berlangsung di dalam kampus di bawah anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani.
Seterusnya, penyediaan papan skor berpusat untuk kesemua jenis
permainan mampu mengatasi kelemahan yang wujud pada skor pemarkahan.
Dengan adanya papan skor berpusat ini, para peserta mahupun jawatankuasa
pengelola dapat mengetahui info mengenai skor terkini yang diperoleh bagi setiap
kumpulan. Malah, penyediaan papan skor berpusat ini juga akan dapat
memudahkan tugas jawatankuasa pengelola seperti tujuan penentuan pemenang
sesuatu permainan dan pengumpulan mata dalam setiap permainan bagi
menentukan pemenang keseluruhan dalam sesebuah pertandingan. Di samping
itu, dengan adanya penyediaan papan skor berpusat ini, skor-skor terkini dapat
diumumkan secara langsung oleh pengacara majlis yang mengacarakan karnival.
Disediakan oleh,
_______________________________
(TAN ZHI WEI)
KETUA JAWATANKUASA TEKNIKAL,
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL.
6.0 AJK PERALATAN
Laporan Ajk Peralatan Permainan Tradisional
Ketua : Rajkumar A/L Subramaniam
Ahli : 1. Yeo Chun Wai
2. Mohamad Azwan Bin Azahari
3. Wong Zhe Zhun
4. Jeffrey Yeoh Ze Hui
Ahli Jawatankuasa Peralatan telah menjalankan tugas dan kerja dengan
amanah dan tanggungjawab untuk menjayakan karnival ini. Tugas saya ialah
menyediakan segala keperluan alatan yang diperlukan sepanjang aktiviti. Barang-
barang yang disediakan sebelum, semasa dan juga yang selepas karnival.
Sebelum karnival ini dijalankan, saya perlu memastikan alatan yang perlu
digunakan semasa karnival. Saya telah menghadiri mesyuarat dan membawa
maklumat yang disampaikan dalam mesyuarat kepada ahli-ahli yang lain. Saya dan
ahli telah berbincang dan mencatatkan semua alatan yang perlu dipinjam. Saya
telah pergi meminjam alatan-alatan di Unit Penyelenggaraan. Selepas mengisi
borang peminjaman, saya perlu mendapatkan tandatangan daripada guru
pembimbing. Saya telah bekerjasama dengan ketua ahli jawatankuasa alatan
daripada kumpulan yang lain kerana karnival ini dijalankan sepanjang hari dan
kumpulan tersebut akan menggunakan alatan pada sesi pagi dan kami gunakannya
semasa sesi petang. Saya perlu menyenaraikan bilangan alatan yang perlu
dipinjam dengan jelas. Selepas itu, saya perlulah memulangkan borang
peminjaman dan mendapatkan persetujuan daripada Unit penyelenggaraan.
Berikut adalah alatan yang dipinjam daripada unit penyelenggaraan :
Bil Alatan Kuantiti Catatan
1 Khemah 2
2 Meja Panjang 4
3 Kerusi Plastik 60
4 Meja Biasa 10
5 Pasu Bunga 5
Semasa karnival permainan tradisional, saya perlulah meminjam alatan
daripada stor sukan. Saya telah bekerjasama dengan ketua ahli jawatankuasa
permainan kerana ingin memastikan alatan yang perlu dipinjam bagi setiap
permainan. Berikut adalah alatan yang dipinjam daripada stor sukan:
Bil Alatan yang pinjam daripada stor
sukan
Kuantiti Catatan
1 Kon Besar 16
2 Marker 20
3 Skittel 33
Saya juga membahagikan tugas kepada ahli untuk membeli bahan dan alat
yang perlu digunakan semasa karnival permainan tradisional. Tepung adalah untuk
kegunaan melukis gelanggang bagi kesemua permainan manakala reben adalah
untuk kegunaan menghiaskan gelanggang. Antara bahan yang dibeli adalah :
Bil Alatan yang dibeli Kuantiti Catatan
1 Tepung 15 bungkus
2 Reben 5 gulung
Selepas tamat karnival, saya perlulah memulangkan alatan yang dipinjam
daripada Unit penyelenggaraan dan stor sukan. Saya telah kumpulkan setiap
alatan di depan astaka dan mengira semula bilangan alatan yang dipinjam. Ini
adalah untuk memastikan kerja pemulangan berlaku dengan lancar. Setiap alat
perlulah disusun dan diletakkan ke tempat asal selepas digunakan.
Bil Alatan Kuantiti
1 Kon Besar 30
2 Marker 20
3 Skittel 33
4 Gelung Rotan 5
5 Payung 5
6 Kayu 1
7 Pita pengukur 1
Kekuatan bagi kami adalah setiap ahli telah memberikan kerjasama yang
sepenuhnya dan melakukan kerja dengan penuh bertanggungjawab. Semua ahli
berbincang untuk membuat keputusan dan menjalankan tugas masing-masing.
Perancangan awal telah dibuat dan alatan yang dipinjam mencukupi serta tidak
berlaku sebarang masalah semasa karnival permainan tradisional. Alatan yang
dipinjam dijaga bersama dan dapat dipulangkan dalam masa yang ditentu dalam
keadaan yang baik.
Antara kelemahan bagi kami adalah terdapat sedikit masalah yang berlaku
semasa pemulangan peralatan kerana alat yang dipinjam bagi sesi petang perlulah
dipulangkan bersama. Alatan bagi sesi petang telah bercampur dengan alatan yang
digunakan pada sesi pagi dan kami terpaksa asingkan alatan tersebut sebelum
dipulangkan. Tetapi semuanya dapat diatasi dengan bantuan semua ahli
jawatankuasa peralatan karnival ini. Saya juga mendapati bahawa alatan seperti
kerusi yang berlebihan berselerak di tepi astaka.
Cadangan bagi karnival permainan tradisional ini adalah sekiranya terdapat
dua sesi bagi karnival, kedua-dua ketua haruslah berkomunikasi dengan baik agar
tidak berlaku masalah. Barangan yang dipinjam perlulah dipulangkan mengikut sesi
supaya tidak berlaku kekeliruan semasa permulangan alatan. Alatan yang
berlebihan perlulah disusun dengan rapi di satu tempat yang sesuai supaya
kelihatan kemas dan teratur.
Sekian.
Disediakan oleh :
………………………………..
(RAJKUMAR A/L SUBRAMANIAM)
AJK PERALATAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
7.0 AJK PUBLISITI
Laporan Ahli Jawatankuasa Publisiti Karnival Permainan Tradisional
1. Siti Aisah Binti Ruzelan (Ketua)
2. Thiviyenn A/L Raguraman
3. Loh Mei Mun
4. Gayathrie A/P Ganesan
5. Hew Ling Sing
Kami ahli jawatankuasa membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan
antara satu sama lain. Kami telah membuat keputusan untuk menempah 2 banner,
3 banting dan banting bunga raya. Sebelum itu, kami telah menunjukkan dua jenis
mereka banner kepada pengerusi dan naib pengerusi telah memilih salah satu
daripadanya. Seterusnya, kami telah berjumpa dengan Pensyarah Penyelaras iaitu
Encik Zulkefly Bin Jamil untuk membincang tentang harga banner dan banting dan
juga perkembangan kerja kami. Setelah mendapatkan persetujuan beliau kami
telah menempah banner dan banting iaitu seminggu sebelum karnival tersebut
berlangsung.
Antara kekuatan tugasan publisiti ialah, kami berjaya mempamerkan banner
dan banting di tempat yang sesuai serta dapat menceriakan kawasan tersebut
dengan banting bunga raya. Seterusnya, warna dan gambar banner dan banting
pula sangat sesuai dengan tema permainan tradisional. Kami juga membuat
perbincangan dengan teliti mengenai harga banner dan banting sebelum
menempah di kedai. Tambahan pula, ahli kumpulan AJK publisiti ini sentiasa
memberikan kerjasama yang padu kepada saya selaku Ketua AJK publisiti.
Setelah mengambil banner dan banting, kami telah mempamerkan banner
besar di hadapan pintu masuk IPGKRM. Seterusnya, 1 banner, 2 banting telah
dipamerkan di padang dan juga 1 banting untuk AJK Protokol supaya gimik
perasmian. Kami juga mempamerkan banting bunga raya di astaka supaya
kelihatan ceria. Kami telah mempamerkan banner dan banting ini semasa waktu
persiapan tempat. Kami juga menampalkan pamplet di tempat-tempat penting
seperti blok akademik, Kafeteria dan sebagainya.
Selepas karnival permainan, kami telah memastikan banner dan banting
ditanggalkan dengan baik. Selepas itu, kami mengambil semula banner bunga raya
dan melipat dengan kemas. Kami telah menyimpan banner dan banting di dalam
beg plastik kecuali banner besar yang dipamerkan di hadapan pintu masuk
IPGKRM. Seterusnya, kami telah membuat laporan tentang tugasan yang
diberikan kepada kami.
Selain kekuatan, kelemahan yang terdapat dalam tugasan ini ialah kami
hanya mempamerkan pamplet di tempat-tempat tertentu sahaja. Selain itu, kami
tidak menampalkan pamplet di blok pentadbiran untuk mempromosi karnival
permainan tradisional dalam kalangan pensyarah dan staf IPGKRM.
Antara cadangan penambahbaikan ialah kami perlu mengatur strategi
dengan lebih baik lagi untuk mengelakkan pembaziran masa semasa membuat
tugasan dan meningkatkan penampalkan pamplet supaya lebih promosi mengenai
Karnival Permainan Tradisional khususnya di blok pentadbiran supaya
mendapatkan sambutan baik dari pensyarah dan staf.
Sekian.Terima kasih.
Disediakan Oleh,
………………………………………...
(SITI AISAH BINTI RUZELAN)
KETUA AJK PUBLISITI,
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
8.0 AJK PERTANDINGAN
Laporan Ahli Jawatankuasa Permainan Karnival Permainan Tradisional
Ketua : Syakir Maarif Bin Mastor
Ahli : 1. Malaarvily A/P Shanmugam
2. Jivaneswary A/P Kuppusamy
3. Siow Hui Wen
Bagi ahli jawatankuasa permainan, tugas yang perlu dilakukan adalah untuk
melakar pelan gelanggang permainan, menyusun jadual pertandingan dan
menyediakan peralatan bagi setiap permainan yang dijalankan. Antara permainan
yang dilaksanakan semasa karnival ini ialah permainan kabadi, ketingting, sepak
manggis dan batak lampung. Bagi memudahkan tugas, ahli jawatankuasa
permainan terdiri daripada 3 orang dan setiap orang termasuk saya mengendalikan
satu orang satu permainan. Bagi melicinkan lagi pergerakan peserta semasa
karnival berlangsung, kami telah membahagikan peserta-peserta kepada kumpulan
tertentu.
Antara kekuatan bagi tugas yang telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa
permainan, kami telah menjalankan permainan yang dapat memberikan
penglibatan secara maksimum oleh semua guru pelatih. Pada mulanya terdapat
beberapa masalah yang dihadapi kerana permainan yang akan dijalankan mungkin
tidak memberi penglibatan secara aktif oleh semua peserta. Tetapi setelah
beberapa kali perbincangan dibuat semasa mesyuarat kami telah memutuskan
untuk menjalankan permainan yang dapat melibatkan peserta secara aktif iaitu
kabadi, ketinting, sepak manggis dan batak lampung.
Sebelum bermulanya pertandingan kami telah mengumpulkan peserta
mengikut kumpulan masing-masing. Pendaftaran awal bagi mengelakkan ada
peserta yang ponteng dan lewat hadir. Bagi kami, penghargaan kepada setiap
peserta adalah sangat penting. Oleh yang demikian kami telah menyediakan
hadiah daripada tempat pertama sehingga tempat ketiga. Perkara ini juga
membuatkan setiap peserta berasa seronok kerana segala usaha mereka semasa
bermain dan bertanding dibalas dengan hadiah yang menarik. Bagi persiapan
tempat permainan kami menggunakan kaedah stesen bagi memudahkan
pergerakan peserta. Bagi satu masa terdapat dua permainan dilangsungkan secara
serentak. Hal ini juga dapat menjimatkan masa.
Semasa pertandingan berlangsung, terdapat juga beberapa kelemahan yang
dapat kami perhatikan. Antara kelemahannya ialah papan markah yang disediakan
oleh kami tida cukup besar untuk dilihat. Hal ini membuatkan setiap perserta tidak
mengetahui kedudukan semasa kumpulan mereka. Walaupun peralatan yang
berbeza tetapi konsep permainan tetap sama dan peserta berasa sangat seronok
bagi permainan ini.
Antara cadangan penambahbaikan bagi keseluruhan pertandingan, kami
mencadangkan supaya pembesar suara disediakan bagi setiap stesen permainan
kami. Perkara ini bagi memudahkan petugas dan pegawai pertandingan untuk
mengawal peserta dan proses taklimat dapat dijalanan dengan berkesan. Justeru,
dengan tugas yang telah kami laksanakan kami berharap setiap peserta berasa
seronok dan sedikit sebanyak dapat mengetahui tentang permainan tradisional
yang telah dijalankan.
Disediakan oleh,
…………………………………….
(SYAKIR MAARIF BIN MASTOR)
KETUA AHLI JAWATANKUASA PERMAINAN
KARNIVAL PERMAIAN TRADISIONAL.
9.0 AJK KESELAMATAN
Laporan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Karnival Permainan Tradisional
1. Chong Jin Kit (Ketua)
2. Nithya A/P Sekar
3. Lim Shi Ying
4. Dato Liang Anak Seruji
Bagi ahli jawatankuasa keselamatan, tugas yang perlu dilakukan adalah
untuk memastikan keselamatan dan memberi bantuan kepada guru pelatih yang
mengalami kecederaan. Bagi memudahkan tugas, saya dan ahli kumpulan telah
berbincang untuk membahagikan tugas semasa permainan tradisional berlangsung
bagi memastikan permainan dapat dijalankan dengan lancar dan tidak mempunyai
sebarang kecederaan atau kemalangan. Dengan itu, kami telah membahagikan
dua orang dalam satu kumpulan dan menjalankan tugas semasa permainan
berlangsung. Selain itu, kami juga telah meminjam peti pertolongan cemas untuk
kegunaan sewaktu merawat. Sehari sebelum program tersebut, kami telah
membuat satu mesyuarat antara ahli kumpulan bagi memastikan masing-masing
telah memahami tugas dan tanggungjawab semasa program berlangsung.
Semasa permainan tradisional dijalankan, tiada khemah ataupun tempat
khas disediakan untuk AJK Keselamatan kerana setiap ahli yang bertugas
ditempatkan untuk bersedia di stesen-stesen permainan tradisional tertentu
sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Kami juga
bertanggungjawab dalam memastikan tiada peralatan permainan tradisional yang
mengganggu kelancaran aktiviti permainan lain. Kami menasihatkan setiap ahli
kumpulan yang telah selesai membuat amali supaya mengemas kawasan atau
sudut yang telah mereka gunakan tadi.
Keselamatan yang diambil kira ialah dari segi penyediaan tempat yang
sesuai, penggunaan bahan atau peralatan yang selamat, dan rawatan sekiranya
berlaku kemalangan. Bagi memudahkan tugas, ahli jawatankuasa bertugas
ditempatkan di pelbagai stesen permainan dan bertanggungjawab sekiranya
berlaku perkara yang tidak diingini.
Selepas tamatnya permainan tradisional, saya mendapati terdapat beberapa
kekuatan semasa saya dan ahli kumpulan saya menjalankan tugas. Antaranya
ialah ahli kumpulan saya telah menjalankan tugas dengan sempurna. Mereka
memberi komitmen dan kerjasama yang cukup baik kepada saya ketika saya
mengarahkan mereka untuk bertugas. Selain itu, saya juga mendapati tidak ramai
yang cedera semasa pertandingan dijalankan. Ini bermakna, masing-masing
mengutamakan keselamatan diri semasa bermain.
Antara kelemahan yang dapat dikesan ialah peti pertolongan yang
dibekalkan adalah tidak mencukupi kerana ahli AJK Keselamatan terpaksa berada
di stesen yang berbeza. Jika berlakunya kecederaan, kami terpaksa berlari ke
stesen yang lain untuk mengambil peti pertolongan cemas. Ini telah menyebabkan
kami tidak dapat memberi rawatan yang segera kepada pesakit.
Bukan itu sahaja, saya juga mendapati berlakunya pembaziran terhadap
ubat-ubatan dan pembalut luka. Sebagai contoh, seorang guru pelatih telah
mengalami kecederaan yang sikit semasa permainan dijalankan, kawan-kawannya
mengambil peti pertolongan cemas tanpa kebenaran daripada ahli AJK
Keselamatan dan menolong kawannya untuk membalut luka. Walaupun AJK
keselamatan berada di tempat kejadian tetapi mereka tidak menghiraukan kami
sedangkan kami ingin menolong kawannya untuk membalut luka. Ini telah
menyebabkan banyak pembalut luka telah dihabiskan akibat daripada kawan
pesakit yang tidak mempunyai kemahiran dalam membalut luka.
Cadangan yang boleh diberi untuk memperbaiki kelemahan di atas ialah
boleh menyediakan 2 atau 3 peti pertolongan cemas kepada AJK Keselamatan
agar kami dapat memberi rawatan yang segera kepada pesakit.
Selain itu, pihak pengurusan tapak permainan juga boleh menyediakan 1
khemah ataupun tempat khas untuk AJK Keselamatan agar kami dapat membawa
pesakit berehat di tempat berkenaan. Cadangan yang akhir sekali ialah guru pelatih
haruslah memberi kepercayaan kepada kami dan biar kami yang membantu anda
untuk membalut luka bagi mengelakkan pembaziran.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu saya secara
langsung dan tidak langsung. Saya juga bersyukur kerana tiada sebarang
kecederaan teruk yang berlaku sepanjang permainan tradisional ini dijalankan.
Disediakan oleh,
…………………………………….
(CHONG JIN KIT)
KETUA AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN,
KARNIVAL PERMAIAN TRADISIONAL.
10.0 AJK SIARAYA
Laporan Ahli Jawatan Kuasa Siaraya Permainan Tradisional
Ketua : Chua Siew Chia BT 2)
Ahli : 1. Rosalina Zafirah Binti Rozali
2. Lau Yan
3. Devarasoo A/L Moorthy
4. Jivendra A/L Pandian Alence bin Asin (MT)
Sebelum
Sebelum permainan tradisional dijalankan, perjumpaan bagi pelaksanaan
permainan tradisional dijalankan beberapa kali oleh pengerusi kami. Saya telah
diarahkan untuk menyediakan speaker dan mikrofon serta seorang pengacara
majlis bagi program tersebut. Setelah diarahkan kami telah cuba untuk
menyediakan keperluan tersebut secepat mungkin. Hal ini adalah untuk
mengelakan sebarang masalah berlaku pada saat saat akhir. Walaupun kami cuba
untuk menyediakan keperluan tersebut secepat mungkin, namun kami tidak dapat
meminjam speaker sebelum program tersebut berlangsung kerana kami tidak
dibenarkan untuk meminjam speaker tersebut oleh penjaga stor sebelum program
tersebut berlangsung. Kami hanya dibenarkan untuk meminjam speaker pada
waktu pagi program tersebut berlangsung.
Semasa
. Semasa permainan tradisional dijalankan kami telah menjalankan tugas
kami seperti yang diarahkan. Kami tidak menghadapi sebarang masalah semasa
permainan tradisional dijalankan. Pengacara majlis hanya diarahkan untuk
mengendalikan pada upacara perasmian sahaja.
Selepas
Selepas permainan tradisional tamat kami telah mengembalikan semula
peralatan-peralatan yang dipinjam daripada stor. Kami telah menyelesaikan tugas
yang diberikan kepada kami dengan sempurna.
Kekuatan
Semasa kami menjalankan tugas, kami telah dihulurkan bantuan oleh AJK
Teknikal. Kami rasa senang hati dengan bantuan yang dihulurkan oleh AJK
Teknikal tersebut kerana kerja kami dipermudahkan oleh AJK tersebut. Selain itu,
saya dan rakan sekumpulan telah bekerjasama dengan baik untuk menyiapkan
tugas yang diarahkan kepada kami.
Kelemahan
Semasa kami menjalankan tugas kami, kami rasa beberapa perkara telah
kurang menyenangkan hati kami. Iaitu, semasa kami ingin meminjam speaker
daripada unit stor pendidikan jasmani, kami tidak mendapat kebenaran untuk
meminjam speaker sebelum daripada tarikh permainan tradisional dijalankan.
Penambahbaikan
Kami rasakan unit stor pendidikan jasmani perlu memberikan kebenaran
untuk meminjam speaker sebelum permainan dijalankan ataupun memberi
kebenaran untuk mengisi borang peminjaman sebelum tarikh permainan
dijalankan. Hal ini adalah kerana perkara ini boleh membantu untuk memudahkan
tugas kami.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
_______________________
(CHUA SIEW CHIA)
KETUA AJK SIARAYA,
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL.