sK (lktp) jengka 2
26400 bandar tun abdul razak jengka
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAANTahun 2014
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
SK (LKTP) JENGKA 2
PENDAHULUAN
Panitia Pendidikan Seni Visual bersama Kelab dan Persatuan Unit Ko-kurikulum akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SK (LKTP) Jengka 2 bagi tahun 2014. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SK (LKTP) Jengka 2.
MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid SK (LKTP) Jengka 2 secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK (LKTP) Jengka 2 di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
OBJEKTIF
1. Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.
2. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.
3. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepada mereka.
4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.
TARIKH
Perasmian Bulan Kemerdekaan pada 25 Ogos 2014.
KUMPULAN SASARAN
Semua guru, kakitangan, ahli Kelab dan Persatuan Unit Ko-kurikulum, murid tahap 1, Prasekolah dan Pendidikan Khas SK (LKTP) Jengka 2
STRATEGI
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
KETERANGAN PROGRAM
Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:
Pelaksanaan : Sepanjang bulan kemerdekaan
Tempat : SK (LKTP) Jengka 2
Acara kemuncak : 25 Ogos 2014
KEWANGAN
Bil Perkara/ Aktiviti Kuantiti Anggaran Kos1 Hadiah Pertandingan Melukis Poster
Ahli Kelab dan Persatuan Mengikut Tahun
Tahun 4 (RM10)Tahun 5 (RM10)Tahun 6 (RM10)
RM30
2. Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra sekolah dan Pendidikan khas
Tahun 3 (RM10)Tahun 2 (RM10)Tahun 1 (RM10)Prasekolah (RM10)Pend. Khas (RM10)
RM50
Jumlah RM80
SUMBER KEWANGAN
Bil Sumber RM
1. Panitia Pendidikan Seni Visual 60.002. Prasekolah 10.003. Pendidikan Khas 10.00
JUMLAH KESELURUHAN 80.00
JADUAL PELAKSANAAN
Cadangan Aktiviti
Bil Aktiviti Cadangan Tarikh1 Program Bacaan Yasin untuk Malaysia 22 Ogos 20142. Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 25 Ogos 2014
3. Persembahan Sajak Kemerdekaan 25 Ogos 20144. Nyanyian Lagu Kemerdekaan 25 Ogos 20143 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 27 Ogos 20142 Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan
Pendidikan Khas27 Ogos 2014
5 Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup 12 September 2014
JAWATANKUASA ACARA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
SENARAI JAWATANKUASA
PenasihatEn Muzamil B. Omar
PengerusiTn. Hj. Ahmad Sabri B. Amre
Naib Pengerusi IPn. Zarifah Bt Abd Karim
Naib Pengerusi IiPn. Asrena Bt Hassan
SetiausahaEn. Wan Mohd Muhaidi B Wan Ishak
AJKPengerusi Majlis
Guru Bertugas
Persembahan MuridEn. Md Radzi B. Md Yusoff
PA Sistem/FotografiEn. Ab Aziz B. Midin
En. Zamri B. Shamsudin
HadiahPn. Surina Bt. Uyub
Pn. Haslinda Bt. AnisPn. Nurul Iman Bt Abd Aziz
Hakim Pertandingan Mewarna Dan Melukis Poster
Pn. Salmiah Bt. Mat LazimPn. Umi Kalsom Bt. Mat SallehPn. Pn. Zuraidah Bt Abd Manap
Pn. Normah Bt Che BakarPn. Faridah Bt Jaafar
Kawalan MuridGuru Mata Pelajaran
Bacaan Doa Dan Bacaan Yasin Untuk MalaysiaEn. Ahmad Kamal B Abdul Mubi
En. Harman B. Abdul GhaniEn. Norhamizan B. Abd Manaf
ATUR CARA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
22 OGOS
(JUMAAT)
7.45 am Bacaan Yasin untuk Malaysia Murid Tahun 6
25 OGOS
(ISNIN)
7.30 am Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Bacaan doa (Ust. Ahmad Kamal)
Nyanyian lagu Asma al-Husna
Nyanyian lagu Kebangsaan
Nyayian lagu Negeri Pahang
Nyayian lagu sekolah
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Ucapan Guru Bertugas
Ucapan Perasmian Guru Besar
Simbolik Pelancaran
Nyanyian Lagu Tema Sambutan
Kemerdekaan ke-57
Deklamasi Sajak
Nyanyian lagu-lagu Patriotik
Bersurai
Semua Warga
SKJ2
27 OGOS
(RABU)
7.45pg -
8.45pg
1.15 ptg –
2.15 ptg
Pertandingan Mewarna Tahap 1,
Prasekolah dan Kelas Pendidikan Khas
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
Guru Mata
Pelajaran
Guru
Pembimbing
Kelab dan
Persatuan
12
SEPTEMBER
(JUMAAT)
7.30pg Majlis Penyampian Hadiah dan Penutup Semua warga
SKJ2
PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK (LKTP) Jengka 2 ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif.
Disediakan oleh, Tarikh:
............................................................
(WAN MOHD MUHAIDI BIN WAN ISHAK)Penyelaras Sambutan Bulan KemerdekaanPeringkat Sekolah,SK (LKTP) Jengka 2.
Disemak oleh, Tarikh:
…………………………………........
(TN. HJ AHMAD SABRI B. AMRE)Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK (LKTP) JENGKA 2
Disahkan oleh, Tarikh:
………………………………………...
(EN. MUZAMIL B. OMAR)Guru BesarSK (LKTP) JENGKA 2
Recommended