KESAN PENONTON KE ATAS PRESTASI ATLIT PASUKAN BOLA
JARING MASUM UPSI DI KAMPUS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK
HASNAH BINTI HAMID
FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007
KESAN PENONTON KE ATAS PRESTASI ATLIT PASUKAN BOLA JARING MASUM UPSI DI KAMPUS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK
HASNAH BINTI HAMID
DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH
IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007
KESAN PENONTON KE ATAS PRESTASI ATLIT PASUKAN BOLA
JARING MASUM UPSI DI KAMPUS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK
Oleh
HASNAH BINTI HAMID D20041017754
Pensyarah Pembimbing
DR ONG KUAN BOON
Penulisan Ilmiah yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Kursus Latihan Ilmiah QSS 4103 bagi memperoleh
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
iii
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan - nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap
satunya telah dijelaskan sumber rujukannya.
……………………………………………. (HASNAH BINTI HAMID )
D20041017754
...........................................
TARIKH
iv
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperoleh
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak
……………………………………………………. ( DR ONG KUAN BOON )
Penyelia Kursus Latihan Ilmiah ( QSS 4103 )
...........................................
TARIKH
v
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat
kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperoleh Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
……………………………………………. (PUAN NURHAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALID )
Penyelaras Kursus Latihan Ilmiah
...........................................
TARIKH
vi
DEDIKASI
Buat semua yang tersayang………… Bonda, Ayahanda,
Suamiku Naimuddin Bin Hassan, Puteriku Nur Dania Amani,
Semua keluarga yang tercinta, Pengorbanan kalian amat kuhargai,
Terima Kasih.......
vii
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya tugasan ini dapat disempurnakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr Ong Kuan Boon, selaku penyelia tugasan yang banyak meluangkan masa dan tenaga untuk memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan latihan ilmiah ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua tenaga pengajar yang telah memberikan ilmu dan mendidik saya sepanjang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Insyaallah segala ilmu yang diperoleh akan dijadikan panduan dan pedoman bagi berbakti kepada profesion perguruan ini.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga tercinta serta rakan-rakan NADI dan LEGACY yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga kepada atlit pasukan bola jaring MASUM UPSI yang telah menjadi subjek dalam menjayakan latihan ilmiah ini. Segala kerjasama yang diberikan akan sentiasa menjadi ingatan buat selama-lamanya. Sekian.
viii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai kesan penonton ke atas prestasi atlit bola
jaring yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak ke
Kejohanan Sukan Antara Universiti-universiti Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti adakah faktor-faktor seperti umur, berat, tinggi, kehadiran dan tanpa
penonton mempengaruhi tahap pencapaian atlit bola jaring. Responden kajian ini
terdiri daripada 30 orang pelajar. Instrumen kajian ini menggunakan kemahiran pra
dan pasca ujian bagi mengenalpasti kesan penonton ke atas prestasi atlit.
Pengumpulan data dilakukan dengan beberapa ujian yang dijalankan serentak iaitu
dalam bentuk stesen sebanyak tiga kali percubaan. Hasil ujian min iaitu One Sample
Test menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pemain bola
jaring semasa melakukan ujian kemahiran menjaring dan kemahiran bola loop di
hadapan penonton. Melalui prosedur Paired Sample Test pula menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa
melakukan kemahiran hantaran jauh di hadapan penonton dengan tanpa penonton.
ix
ABSTRACT
This study surveys the effects of audience on the performance athletes representing
UPSI at the Malaysian Inter-University Championship ( MASUM ). The purpose of
the study is to identify factors influencing performance and degree of achievement of
the athletes such as age, weight, height and presence of audience. Some 30 netball
athletes representing UPSI of MASUM were selected as respondents. Pre and post
test method were used as research instrument to assess and identify the effects of
audience on the athletes performance. Data were collected using a series of fasts done
simultaneously by subjects on designated station, where respondents were given three
trials at each station. Mean results using One Sample T-Test shows significant
differences on the athletes’ performance with the presence of audience during netball
scoring and loop ball skill testing. Meanwhile results obtained using Paired Sample T-
Test during long pass skill test shows no significant differences on athletes’
performance with and without the presence of audience.
x
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN iii PENGESAHAN PENYELIA KURSUS iv PENGESAHAN PENYELARAS KURSUS v DEDIKASI vi PENGHARGAAN vii ABSTRAK vii ABSTRACT ix ISI KANDUNGAN xi SENARAI JADUAL xii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 2 1.3 Objektif Kajian 3 1.4 Persoalan Kajian 3 1.5 Kepentingan Kajian 4 1.6 Hipotesis Kajian 4 1.7 Hipotesis Kecil 4 1.8 Batasan Penyelidikan 5
1.8.1 Pemilihan Sampel 5 1.8.2 Bateri Ujian 6
1.9 Definisi Operasi 6
BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Kajian Berkaitan 8
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian 13 3.2 Reka Bentuk Kajian 14
3.3 Pemboleh Ubah Kajian 14
xi
3.4 Subjek kajian 15 3.5 Prosedur ujian 16 3.6 Tatacara Pengumpulan Data 17 3.7 Analisis Data 18 3.8 Kerangka Konseptual 19
BAB 4 PENGANALISISAN DATA
4.1 Pengenalan 20 4.2 Data demografi responden mengikut umur, berat
dan tinggi 21 4.3 Perbezaan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa
melakukan kemahiran menjaring di hadapan penonton 32 4.3.1 Perbezaan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa
melakukan kemahiran bola loop di hadapan penonton 33 4.3.2 Perbezaan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa melakukan kemahiran hantaran jauh di hadapan penonton dengan tanpa penonton 33 4.3.3 Perbezaan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa melakukan kemahiran hantaran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa penonton 34
4.4 Kesimpulan 35 BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan 37 5.2 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan
ujian kemahiran menjaring di hadapan penonton 38 5.3 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian
kemahiran hantaran loop di hadapan penonton 39 5.4 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan
ujian kemahiran hantaran jarak jauh di hadapan penonton dengan tanpa penonton 40
5.5 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran hantaran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa penonton 41
5.6 Kesimpulan 42 5.7 Cadangan 43
RUJUKAN LAMPIRAN A Borang Maklumat/Persetujuan B Surat Pengesahan Pelajar C Borang Skor
xii
SENARAI JADUAL Jadual Muka surat 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Umur Responden 22 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Berat Responden 23 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Tinggi Responden 24 4.4 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Kemahiran Hantaran Jauh 24 4.5 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Kemahiran Menjaring 25 4.6 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Pra Ujian Kemahiran Hantaran Bola Loop 26 4.7 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Kemahiran Hantaran Sisi 27 4.8 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Kemahiran Hantaran Paras Dada 27 4.9 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pasca Ujian Kemahiran Hantaran Hauh 28 4.10 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pasca Ujian Kemahiran Menjaring 29 4.11 Taburan skor kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
Ujian Pasca kemahiran hantaran bola loop 30 4.12 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pasca Ujian Kemahiran Hantaran Sisi 31 4.13 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pasca Ujian Kemahiran Hantaran Paras Dada 32 4.14 Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Jauh di Hadapan Penonton 32 4.15 Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Jauh di Hadapan Penonton 33 4.16 Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Jauh di Hadapan Penonton Dengan Tanpa Penonton 34
xiii
4.17 Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Bola Loop di Hadapan Penonton Dengan Tanpa Penonton 35
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Prestasi pemain tanpa kehadiran penonton dalam sesuatu perlawanan atau
pertandingan biasanya menunjukkan kualiti yang sederhana atau rendah. Penonton
seperti yang dijangkakan oleh pemain, bersedia untuk menilai prestasi mereka sama
ada secara ikhlas, membina atau sebaliknya. Hal ini kerana penonton merupakan di
antara faktor yang boleh mencetuskan keagresifan di kalangan pemain semasa
pertandingan dan kadangkala menjadi pencetus wujudnya konfrentasi antara pemain
dan penyokong.
Terdapat di kalangan pemain berjaya mempamerkan tahap kemahiran yang
paling tinggi apabila melakukannya secara sendirian atau di dalam situasi yang selesa
tetapi pada situasi pertandingan sebenar di hadapan penonton prestasi mereka akan
menurun.
2
Sebahagian pemain pula dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila
beraksi di hadapan penonton.
1.2 Penyataan Masalah
Kehadiran penonton sering menjadi isu utama di kalangan pemain bola jaring sama ada
diperingkat kanak-kanak, remaja atau pun di peringkat yang lebih tinggi. Keagresifan
serta kebimbangan di kalangan pemain sebenarnya berkait rapat dengan keagresifan
penonton. Hal ini kerana penonton merupakan di antara faktor penyebab perlakuan atau
pun prestasi pemain menurun. Biasanya ejekan dari penonton merupakan faktor
penyebab yang utama dalam menentukan prestasi pemain. Tetapi sekiranya pujian
diberikan oleh penonton kepada pemain, prestasi pemain akan meningkat secara
mendadak. Kata-kata pujian dari penonton dijadikan sebagai pemangkin untuk
menaikkan semangat pemain. Memandangkan situasi ini penting, maka kajian ini perlu
dijalankan bagi membantu atau membataskan prestasi pemain bola jaring terutamanya
peringkat remaja.
3
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Mengenalpasti pengaruh penonton ke atas prestasi pemain bola jaring semasa
menjalani ujian kemahiran.
1.3.2 Menguji prestasi pemain dengan kehadiran penonton semasa pertandingan
dijalankan.
1.3.3 Mengenalpasti sama ada kehadiran penonton dapat meningkatkan stres.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Adakah pengaruh penonton memberi kesan ke atas prestasi pemain bola jaring
semasa menjalani ujian kemahiran?
1.4.2 Adakah prestasi pemain akan memberi kesan dengan kehadiran penonton semasa
pertandingan dijalankan?
1.4.3 Adakah kehadiran penonton dapat meningkatkan stres di kalangan pemain?
4
1.5 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada
perancangan program latihan jurulatih supaya memberi perhatian kepada stres yang
berbeza-beza dan dapat dipraktikkan di dalam situasi pertandingan sebenar.
1.6 Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini dihipotesiskan bahawa prestasi pemain-pemain bola jaring UPSI akan
meningkat dengan kehadiran penonton semasa menjalani ujian kemahiran dijalankan,
berbanding tanpa kehadiran penonton. Kehadiran penonton memberikan motivasi dan
rangsangan untuk pemain menunjukkan prestasi yang terbaik.
1.7 Hipotesis Kecil
Berdasarkan hipotesis kajian ini, dihipotesiskan bahawa:
1.7.1 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa
melakukan ujian kemahiran menjaring di hadapan penonton.
5
1.7.2 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa
melakukan kemahiran hantaran loop di hadapan penonton.
1.7.3 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa
melakukan kemahiran hantaran jarak jauh di hadapan penonton dengan tanpa
penonton.
1.7.4 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa
melakukan kemahiran menerima bola loop di hadapan penonton dengan tanpa
penonton.
1.8 Batasan Penyelidikan
Dalam melaksanakan penyelidikan ini, penyelidik menjangkakan menghadapi beberapa
batasan yang dinyatakan seperi berikut:
1.8.1 Pemilihan Sampel
Sampel kajian ini adalah terbatas kepada 30 orang pemain yang menyertai pemilihan
pasukan MASUM pada tahun 2006/2007. Berkemungkinan sampel kajian ini telah
6
mempunyai kemahiran asas dan menguasai kemahiran bola jaring dengan sepenuhnya,
hal ini menjadikan pemilihan semakin sukar.
Manakala sampel bagi penonton dalam menjalankan penyelidikan ini pula terdiri
daripada 100 orang pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai semester pelajar Sains
Sukan juga dipilih secara rawak, berkemungkinan mereka tidak dapat mewujudkan situasi
penonton di dalam konteks pertandingan sebenar.
1.8.2 Bateri Ujian
Semasa menjalani ujian ini, kemungkinan berlaku kesilapan dari segi menentukan dan
mencatatkan skor, memandangkan tidak terdapat kakitangan dan pembantu yang dapat
melicinkan perlaksanaan ujian. Subjek juga tidak dapat dikawal kerana mereka tidak ada
kepentingan dan tidak biasa melakukan situasi ujian yang dijalankan.
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Kesan
Hasil yang diperoleh ke atas prestasi semasa melakukan ujian kemahiran bola
jaring.
7
1.9.2 Penonton
Orang ramai yang hadir menyaksikan ujian kemahiran bola jaring. Penonton
terdiri daripada 100 orang pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai semester
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
1.9.3 Prestasi
Skor pencapaian subjek semasa ujian kemahiran bola jaring.
1.9.4 Pemain Bola Jaring
Pemain bola jaring yang menyertai pemilihan MASUM.
1.9.5 MASUM
Merujuk kepada Kejohanan Majlis Sukan Universiti-universiti di Malaysia yang
terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ).
8
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Kajian Berkaitan
Penyelidikan terhadap faktor sosial dan bagaimana penyelidikan ini mempengaruhi
prestasi sukan telah banyak diperbincangkan. Para penyelidik telah cuba
menerangkan kesan sosial dalam situasi dalam situasi yang berbeza ke atas prestasi.
Dipihak lain pula pengkaji telah menjalankan penyelidikan yang lebih berasas dalam
percubaan untuk mengenalpasti proses-proses yang tersirat di sebalik kesan penonton
ketika itu ke atas prestasi pemain.
Russel dan Drewry (1976), telah membuat penyelidikan berhubung dengan
saiz dan isipadu penonton di dalam hubungan keagresifan dan prestasi pemain.
Sebanyak 426
9
rekod perlawanan hoki pasukan negara Kanada telah digunakan. Dapatan kajian
menunjukkan saiz penonton menunjukkan hubungan yang negatif terhadap keagresifan
dan prestasi pasukan pelawat. Manakala isipadu penonton menunjukkan kesan yang
negatif terhadap keseluruhan kedua-dua pasukan.
Baumeister, et. Al. (1985), telah membuat kajian terhadap tekanan daripada
penonton boleh merosakkan prestasi dan kemahiran orang dewasa tetapi bukan terhadap
kanak-kanak. Beliau menguji prestasi pemain yang berkemampuan tinggi dalam
permainan video semasa kehadiran penonton dan semasa bersendirian menunjukkan ada
hubungan dengan umur.
Gill (1986), telah membuat kajian berhubung dengan teori Hubungan sosial dan
Prestasi Motor terhadap penuggang basikal. Di dalam kajian, beliau membuat
perbandingan di antara prestasi pemain tanpa saingan dengan ada saingan semasa
pertandingan. Didapati pencapaian samasa saingan dan masa pertandingan lebih cepat
dari kedua-dua situasi di atas. Sehubungan dengan ini beliau mendapati kehadiran
penonton atau orang lain dapat meningkatkan arousal semasa bertanding dan
menambahkan kelajuan di dalam satu-satu lakuan. Kajian ini juga boleh menerangkan
dua faktor psikologi yang boleh meningkatkan prestasi pemain semasa situasi bersaing
yang pertama; kehadiran pelaku lain dapat meningkatkan semangat untuk menang dan
kedua; lakuan motor asas semulajadi menyatakan penglibatan terhadap pergerakan lain
akan meningkatkan kadar kelajuan pelaku. Tahap kebimbangan pelaku boleh
mengganggu prestasi semasa melakukan tugasan.
10
Singer (1981), kajian yang dijalankan terhadap subjek yang mempunyai tahap
kebimbangan yang pelbagai untuk melakukan tugasan Marble-dropping dengan
kehadiran penonton yang terdiri dari penguji, ibu bapa, guru, rakan sebaya dan orang
asing kepada pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap
kebimbangan yang tinggi telah menunjukkan prestasi yang lemah. Manakala ujian
dilakukan dengan kehadiran penguji, penyelidik mendapati pelajar yang mempunyai
tahap kebimbangan yang rendah menunjukkan prestasi yang meningkat, sebaliknya
pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi, pencapaian turut mereka telah
menurun.
Murray (1983), mendapati pengaruh sesuatu pertandingan di dalam sukan adalah
lebih kompleks dari membaiki pencapaian dari segi kelajuan dan kepantasan. Menurut
kajian beliau, beberapa arahan yang pelbagai diberikan dalam tugasan membaling melalui
lima situasi. Bermula dengan penumpuan sepenuhnya terhadap kalajuan dan ketepatan,
beliau mendapati subjek tidak dapat membaiki prestasi ke atas kelajuan tanpa ada saingan
tetapi prestasi kelajuan meningkat apabila arahan diberi. Apabila arahan ditemukan
kepada ketepatan lakuan, masa pelaku amat perlahan dalam situasi pertandingan.
Walaubagaimanapun, pada situasi pertandingan tidak membawa kesan langsung ke atas
ketepatan walaupun tugasan diarahkan memberi penekanan terhadap ketepatan tugasan
motor yang mudah pada peringkat awal. Hasil dapatan kajian, beliau telah membuat
kesimpulan seperti berikut:
a. Tahap pencapaian bagi kanak-kanak pra sekolah lebih tinggi dalam situasi
bersendirian berbanding situasi kehadiran penonton. Walaubagaimanapun subjek
11
yang terdiri daripada sekolah rendah (7 tahun) menunjukkan keputusan yang sebaliknya.
b. Tahap pencapaian bagi subjek pra sekolah adalah rendah daripada subjek sekolah
rendah apabila kedua-dua kumpulan ini disaksikan oleh penonton.
Fakta ini telah dijelaskan lebih awal oleh Paivio (1965), yang menyatakan dalam
kajiannya bahawa kanak-kanak sangat sensitif (takut) dengan kehadiran penonton
termasuk ibu bapanya. Kehadiran penonton akan memberi tekanan kepada kanak-kanak,
lebih-lebih lagi jika kesalahan dalam pelakuan dilakukan oleh kanak-kanak telah
menjejaskan tumpuan dan pencapaian kanak-kanak tersebut.
Singer (1981), mendapati tahap arousal pelaku terganggu dengan kehadiran
penonton. Menurut beliau, pemain yang mempunyai tahap kebimbangan yang rendah
telah menunjukkan prestasi yang baik sebaliknya pemain yang menunjukkan prestasi
yang lemah dengan kehadiran penonton adalah terdiri daripada pemain yang mempunyai
tahap kebimbangan yang tinggi. Menurut kajian ini, subjek yang mempunyai tahap
kebimbangan yang rendah menunjukkan tindakbalas yang merosot manakala subjek yang
mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi telah menunjukkan tindakbalas yang
meningkat. Kehadiran penonton atau orang lain boleh mendatangkan stres kepada
individu. Stres boleh meningkatkan prestasi semasa individu melakukan sesuatu tugasan.
Cratty (1981), telah membuat kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh
beliau iaitu mengukur tahap keaktifan, daya tahan otot dan ketegangan otot kanak-kanak
semasa melakukan tugasan dengan kehadiran penonton. Beliau mendapati kanak-kanak
12
di bawah umur 10 tahun pada keseluruhannya akan menjadi lebih aktif apabila
didedahkan dengan kehadiran penonton. Hasil daripada penyelidikan yang telah
dilakukan, beliau membuat rumusan bahawa kanak-kanak perlu berada pada tahap yang
matang sebelum peningkatan arousal berguna untuk meningkatkan prestasi dengan
kehadiran penonton. Beliau juga menyatakan arousal meningkat bukan semestinya
mengakibatkan peningkatan prestasi walaupun melakukan tugasan yang mudah.
Martens (1969), telah membuat satu kajian ke atas 35 pemain pemain bola keranjang
peringkat kolej untuk mengetahui kesan penonton ke atas prestasi. Subjek tersebut telah
diuji dengan lima kemahiran dalam 3 situasi yang berlainan iaitu bersendirian, kehadiran
jurulatih dan kehadiran penonton. Kesimpulan hasil daripada kajian yang telah
dijalankan adalah seperti berikut:
a. Kehadiran penonton menghasilkan rangsangan yang positif ke arah peningkatan
kemahiran pemain bola keranjang pasukan kolej.
b. Kehadiran jurulatih merupakan faktor penting mewujudkan motivasi ke arah
mempertingkatkan kemahiran.
c. Kehadiran jurulatih merupakan faktor yang terbaik untuk mempertingkatkan
kemahiran pemain bola keranjang jika dibandingkan dengan kehadiran penonton.
Heaton dan Sigall (1991), dalam kajiannya menyatakan bahawa individu yang rendah
diri atau tinggi tahap kebimbangan selalunya mengambil kesempatan untuk menunjukkan
prestasi yang terbaik dan memenuhi kehendak penonton supaya tekanan dapat
dikurangkan.
13
BAB 3
METADOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Bahagian ini mempunyai perkara yang berkaitan dengan prosedur dan kaedah kajian
dalam menentukan prestasi pemain bola jaring semasa menjalankan ujian kemahiran
dengan kehadiran penonton. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini termasuklah
rekabentuk kajian, instrumen kajian, subjek kajian, prosedur kajian, kerangka
konseptual dan penganalisian data.
14
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu melibatkan perbandingan dan
perbezaan antara pra ujian dan pasca ujian satu kumpulan. Rekabentuk kajian ini adalah
untuk mengkaji kesan pembolehubah tak bersandar. Ujian kemahiran dilakukan dengan
menggunakan pra ujian bagi menentukan kedudukan subjek. Ujian kemahiran dilakukan
sekali lagi bagi menentukan subjek dengan mengunakan pasca ujian dengan kehadiran
penonton.
3.3 Pembolehubah Kajian
3.3.1 Pembolehubah bersandar : Prestasi pemain
3.3.2 Pembolehubah tak bersandar : Penonton
3.3.3 Pembolehubah moderator : Jantina
3.3.4 Pembolehubah kawalan : Umur
3.3.5 Pembolehubah interving : Kemahiran
Kemahiran yang diuji adalah seperti berikut :
i. Kemahiran menjaring
ii. Kemahiran menghantar bola loop
iii. Kemahiran hantaran jauh
15
iv. Kemahiran hantaran paras dada
v. Kemahiran baling sisi
Kelima-lima kemahiran itu diuji dalam situasi yang berbeza iaitu :
i. Tanpa kehadiran penonton
ii. Kehadiran penonton
Sebelum ujian dijalankan, subjek diminta mengisi borang penilaian supaya semua
skor ujian dapat dicatatkan untuk dianalisis dan maklumat peribadi subjek dapat dirujuk
di bahagian lampiran.
3.4 Subjek Kajian
Subjek kajian penyelidikan terdiri daripada 30 orang pelajar yang menyertai pemilihan
MASUM bagi mewakili pasukan UPSI bagi menghadapi pertandingan kejohanan bola
jaring peringkat universiti pada tahun 2006/2007.
16
3.5 Prosedur Ujian
Kaedah yang digunakan adalah seperti berikut :
3.5.1 Kemahiran menjaring
Subjek dikehendaki menjaringkan gol dengan jarak 3 kaki, 5 kaki dan 6 kaki
dalam kawasan D (menjaring) sebanyak 3 kali percubaan.
3.5.2 Kemahiran menghantar bola loop
Subjek dikehendaki menghantar bola loop dengan jarak 15 kaki di bahagian
kawasan gol sebanyak 3 kali percubaan.
3.5.3 Kemahiran menghantar bola jarak jauh
Subjek dikehendaki menghantar bola jarak jauh dengan jarak 40 kaki terus ke
kawasan gol dan menghantar bola jarak jauh. Subjek dikehendaki menghantar
bola jarak jauh dengan jarak 40 kaki terus ke kawasan gol. Percubaan diberikan
sebanyak 3 kali.
3.5.4 Kemahiran membaling bola paras dada
Subjek dikehendaki membaling bola paras dada dengan jarak 25 kaki. Setiap
hantaran mestilah tepat pada bahagian dada penerima. Percubaan diberikan
sebanyak 3 kali.
17
3.5.5 Kemahiran baling sisi.
Subjek dikehendaki membaling bola sisi dengan jarak 15 kaki pada penerima
dengan 3 kali percubaan.
3.6 Tatacara Pengumpulan Data
Dalam proses pengumpulan data, penyelidik memerlukan kebenaran daripada Dekan
Fakulti Sains Sukan bagi membenarkan kajian dilakukan. Data dikumpul daripada
beberapa ujian yang dijalankan serentak iaitu dalam bentuk stesen. Ujian dijalankan
dalam masa sehari untuk mendapatkan tiga kali percubaan oleh subjek. Kajian dijalankan
di gelanggang bola jaring Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prosedur ujian telah
diberitahu kepada subjek sebelum melakukan ujian kemahiran supaya mereka dapat
gambaran yang jelas tentang ujian yang dilakukan. Semua ujian dilakukan oleh
penyelidik sendiri.
Semua skor dan data yang diperolehi oleh penyelidik dikumpulkan selepas selesai
ujian yang telah dijalankan. Penyelidik telah memastikan semua borang skor diisi dengan
lengkap. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical
Packages for The Social Sciences-personal computer (SPSS/11.5). Data dianalisis
menggunakan deskriptif dengan perihal min, kekerapan dan sisihan piawai. Selain itu,
statistik inferensi mencari ’ujian t sampel bebas’ juga turut digunakan. Kaedah statistik
18
ini dipilih untuk membandingkan skor yang diperoleh oleh kumpulan sampel. Data yang
telah siap dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.
3.7 Analisis Data
Data yang diperoleh dari borang penilaian telah dianalisis secara manual oleh penyelidik.
Bagi menguji hipotesis dan hipotesis kecil penyelidik iaitu adakah terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap prestasi pemain bola jaring di hadapan penonton dan tanpa
penonton, ’ujian t’ digunakan. Formula bagi ’ujian t’ bagi sampel yang tidak bersandar.
H = Ð________
Σ D²- (Σ D)²
N
N ( N-1)
Indeks :
Đ = Jumlah perbezaan min dua situasi
D² = Sum of square
N = Jumlah subjek
19
3.8 Rangka Konseptual
Kesan penonton ke atas prestasi atlit bola jarring UPSI, MASUM
Atlit
Kemahiran
Bola loop Hantaran paras dada
Hantaran sisi
Menjaring
Pra Pasca
Penonton Tanpa penonton
Analisis data
Ujian
Hantaran jauh
a. Peratusan d. ’Ujian t’ b. Sisihan piawai c. Min
20
BAB 4
PENGANALISISAN DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini menyatakan dapatan kajian berdasarkan hasil beberapa ujian kemahiran yang
di jalankan oleh responden. Laporan dapatan kajian ini dianalisis secara berperingkat.
Untuk melihat latar belakang (sosio-demografik) responden, kaedah deskriptif melalui
peratusan dan frekuensi digunakan. Melalui ujian min dan ’ujian t’ iaitu One Sample
Test dan Paired Sample Test digunakan untuk melihat perbezaan yang signifikan
terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran menjaring, hantaran
bola loop, hantaran jarak jauh, hantaran paras dada dan hantaran sisi di hadapan
penonton dengan
21
tanpa penonton. Semua data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for
Social Science 11.5” (SPSS).
4.2 Data Demografi Responden Mengikut Umur, Berat dan Tinggi.
Jadual 4.1 menunjukkan umur responden kajian iaitu seramai 30 orang (100%) atlit bola
jaring yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris ke Kejohanan Sukan Antara
Universiti-universiti Malaysia (MASUM). Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat
umur. Responden yang berumur 21 tahun berjumlah 2 orang (6.7%), berumur 22 tahun
seramai 16 orang responden (53.3%), berumur 23 tahun seramai 6 orang responden
(20%), berumur 24 tahun seramai 3 orang responden (10%), berumur 25 tahun seramai 2
orang responden (6.7%), manakala responden yang berumur 27 tahun seramai seorang
sahaja (3.3%). Didapati bahawa responden yang berumur 22 tahun merupakan subjek
yang paling ramai sekali disebabkan faktor umur yang masih muda, mempunyai
kemahiran yang baik dan mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi.
22
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Umur Responden
________________________________________________________________________ Umur Kekerapan Peratus (%) ________________________________________________________________________ 21 tahun 2 6.7 22 tahun 16 53.3 23 tahun 6 20.0 24 tahun 3 10.0 25 tahun 2 6.7 27 tahun 1 3.3 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 ________________________________________________________________________
Jadual 4.2 menunjukkan berat responden kajian. Terdapat tujuh kategori berat
iaitu dalam lingkungan berat 40 hingga 45kg berjumlah 7 orang responden (23.3%),
berat 46 hingga 50 kg berjumlah 8 orang responden ( 26.7%), lingkungan berat 51 hingga
55 kg berjumlah 4 orang responden (13.3%), berat 56 hingga 60 kg juga berjumlah 4
orang responden (13.3%), berat 61 hingga 65 kg berjumlah 1 orang responden (3.3%),
bagi berat antara 66 hingga 70 kg berjumlah 3 orang responden (10%) dan berat antara 71
hingga 75 kg juga berjumlah 3 orang responden (10%). Didapati bahawa kategori berat
antara 46 hingga 50kg menunjukkan responden yang paling yang ramai sekali berbanding
kategori berat responden yang lain.
23
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Berat Responden
________________________________________________________________________
Berat Kekerapan Peratus ( %) ________________________________________________________________________ 40 hingga 45 kg 7 23.3 46 hingga 50 kg 8 26.7 51 hingga 55 kg 4 13.3 56 hingga 60 kg 4 13.3 61 hingga 65 kg 1 3.3 66 hingga 70 kg 3 10 71 hingga 75 kg 3 10 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 10 ________________________________________________________________________
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut tinggi boleh dilihat dalam
Jadual 4.3. Terdapat 6 kategori tinggi responden. Bagi tinggi antara 145 hingga 150sm
terdiri daripada 4 orang responden (13.3%), tinggi antara 151 hingga 155sm berjumlah 5
orang responden (16.7%), tinggi antara 156 hingga 160sm berjumlah 7 orang responden
(23.3%), bagi tinggi antara 161 hingga 165sm berjumlah 5 orang responden (16.7%),
tinggi antara 166 hingga 170sm berjumlah 7 orang responden (23.3%) dan tinggi antara
176 hingga 180sm pula berjumlah 2 orang responden (6.7%). Jelas di sini menunjukkan
bahawa bahawa kategori tinggi antara 156sm hingga 160sm dan 166sm hingga 170sm
mempunyai kekerapan (7) dan peratusan (23.3%) yang paling tinggi berbanding dengan
kategori tinggi responden yang lain.
24
Jadual 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Tinggi Responden
________________________________________________________________________ Tinggi Kekerapan Peratus (%) ________________________________________________________________________ 145 hingga 150 sm 4 13.3 151 hingga 155 sm 5 16.7 156 hingga 160 sm 7 23.3 161 hingga 165 sm 5 16.7 166 hingga 170 sm 7 23.3 171 hingga 175 sm - 0.0 176 hingga 180 sm 2 6.7 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 ________________________________________________________________________
Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai pra
ujian kemahiran hantaran jauh. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah
28 orang (93.3%). Manakala nilai min = 2.93, s.p = 0.378. Responden yang mempunyai
skor baik berjumlah 2 orang (6.7%). Nilai min = 2.00 dan s.p = 0.00. Didapati bahawa
min dan sisihan piawai responden yang mempunyai skor cemerlang lebih ramai daripada
responden yang mempunyai skor baik.
Jadual 4.4
Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Kemahiran Hantaran Jauh
________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 28 93.3 2.93 0.378 Baik 2 6.7 2.00 0.00 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.87 0.434 ________________________________________________________________________
25
Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai pra
ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah 15
orang (50.0%). Manakala nilai min = 2.87, s.p = 0.516. Responden yang mempunyai
skor baik berjumlah 10 orang (33.3%). Nilai min = 2.87 dan s.p = 0.516. bagi responden
yang mempunyai skor sederhana pula berjumlah 4 orang (13.3%), manakala nilai min =
1.000, s.p = 0.000. Bagi responden yang mempunyai skor lemah ialah 1 orang (3.3%).
Nilai min adalah 4.000, s.p = tidak mempunyai nilai (0). Berdasarkan taburan yang di
tunjukkan bahawa responden yang mendapat skor cemerlang mempunyai kekerapan,
peratusan, nilai min dan sisihan piawai yang lebih tinggi berbanding dengan skor
responden yang lain.
Jadual 4.5 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Pra Ujian Kemahiran Menjaring ________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 15 50.0 2.87 0.516 Baik 10 33.3 2.00 0.471 Sederhana 4 13.3 1.00 0.000 Lemah 1 3.3 4.00 0 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.87 0.850 ________________________________________________________________________
Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai pra
ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah 29
orang (96.7%). Manakala nilai min = 3.00, s.p = 0.000. Responden yang mempunyai
26
skor baik berjumlah 1 orang (3.3%). Nilai min = 2.00 dan s.p = tidak mempunyai nilai
(0). Didapati bahawa responden yang mempunyai skor cemerlang mempunyai nilai
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai yang lebih tinggi bebanding responden
yang mendapat skor baik.
Jadual 4.6
Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pra Ujian Kemahiran Hantaran Bola Loop
________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 29 96.7 3.00 0.000 Baik 1 3.3 2.00 0 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.97 0.183 ________________________________________________________________________
Jadual 4.7 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai pra
ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah 28
orang (93.3%). Manakala nilai min = 3.00, s.p = 0.000. Responden yang mempunyai
skor baik berjumlah 1 orang (3.3%). Nilai min = 2.00 dan s.p = tidak mempunyai nilai .
Bagi responden yang mempunyai skor sederhana pula berjumlah 1 orang (3.3%),
manakala nilai min = 1.00, s.p = tidak mempunyai nilai (0). Taburan dapatan
menunjukkan responden yang mendapat skor cemerlang adalah lebih tinggi nilai
berbanding dengan responden yang mendapat skor baik dan sederhana.
27
Jadual 4.7 Taburan skor kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
pra ujian kemahiran hantaran sisi ______________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 28 93.3 3.00 0.000 Baik 1 3.3 2.00 0 Sederhana 1 3.3 1.00 0 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.90 0.403 ________________________________________________________________________
Jadual 4.8 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai pra
ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah 30
orang (100.0%). Manakala nilai min = 3.00, s.p = 0.000. Dapatan ini menunjukkan
semua responden mampu melakukan ujian kemahiran menjaring dengan cemerlang dan
melepasi tiga percubaan yang telah di berikan.
Jadual 4.8 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Pra Ujian Kemahiran Hantaran Paras Dada ________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 30 100 3.00 0.000 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 3.00 0.000 ________________________________________________________________________
28
Jadual 4.9 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai pra
ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah 25
orang (83.3%). Manakala nilai min = 2.72, s.p = 0.678. Responden yang mempunyai
skor baik berjumlah 2 orang (6.7%). Nilai min = 2.00 dan s.p = 0.000. Bagi responden
yang mempunyai skor sederhana pula berjumlah 2 orang (6.7 %), manakala nilai min =
1.000, s.p = 0.000. Bagi responden yang mempunyai skor lemah ialah 1 orang (3.3%).
Nilai min adalah 4.000, s.p = tiada mempuyai nilai (.). Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa responden yang mendapat skor yang cemerlang adalah lebih tinggi berbanding
responden yang mendapat skor yang baik, sederhana dan lemah. Jelas menunjukkan
bahawa responden telah menguasai kemahiran menjaring sewaktu ujian kemahiran
dijalankan.
Jadual 4.9
Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Pasca Ujian Kemahiran Hantaran Jauh
________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 25 83.3 2.72 0.678 Baik 2 6.7 2.00 0.000 Sederhana 2 6.7 1.00 0.000 Lemah 1 3.3 4.00 0 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.60 0.814 ________________________________________________________________________
29
Jadual 4.10 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
pra ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah
11 orang (36.7%). Manakala nilai min = 2.82, s.p = 0.603. Responden yang mempunyai
skor baik berjumlah 8 orang (26.7%). Nilai min = 2.13 dan s.p= 0.835. Bagi responden
yang mempunyai skor sederhana pula berjumlah 9 orang (30.0 %), manakala nilai min =
1.11, s.p = 0.333. Bagi responden yang mempunyai skor lemah ialah 2 orang (6.7%).
Nilai min adalah 4.000, s.p = 0.000. Didapati bahawa responden yang mempunyai skor
cemerlang mempunyai peratusan, nilai min dan sisihan piawai yang lebih tinggi
berbanding dengan responden yang mempunyai skor baik, sederhana dan lemah. Ini
membuktikan bahawa responden telah menguasai kemahiran menjaring sewaktu ujian
kemahiran dijalankan di hadapan dengan tanpa penonton.
Jadual 4.10 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Pasca Ujian Kemahiran Menjaring ________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 11 36.7 2.82 0.603 Baik 8 26.7 2.13 0.835 Sederhana 9 30.0 1.11 0.333 Lemah 2 6.7 4.00 0.000 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.20 1.031 ________________________________________________________________________
Jadual 4.11 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
pra ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah
30
27 orang (90.0%). Manakala nilai min = 3.00, s.p = 0.000. Responden yang mempunyai
skor baik berjumlah 1 orang (3.3%). Nilai min = 2.00 dan s.p= 0. Bagi responden yang
mempunyai skor sederhana pula berjumlah 1 orang (3.3 %), manakala nilai min = 1.00,
s.p = 0. Bagi responden yang mempunyai skor lemah ialah 1 orang (3.3 %). Nilai min
adalah 4.000, s.p = tiada nilai (0). Dapatan ini menunjukkan bahawa responden yang
mendapat skor cemerlang adalah lebih tinggi berdasarkan nilai peratusan, min dan
sisihan piawai berbanding responden lain yang mendapat skor baik, sederhana dan
lemah. Penguasaan kemahiran yang dimiliki oleh responden membuktikan bahawa
kehadiran dan tanpa kehadiran penonton mampu mengekalkan prestasi responden.
Jadual 4.11 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Pasca Ujian Kemahiran Hantaran Bola Loop ________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 27 90.0 3.00 0.000 Baik 1 3.3 2.00 0 Sederhana 1 3.3 1.00 0 Lemah 1 3.3 4.00 0 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.93 0.450 ________________________________________________________________________
Jadual 4.12 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
pra ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah
28 orang (93.3%). Manakala nilai min = 3.00, s.p = 0.3780. Responden yang
mempunyai skor baik berjumlah 1 orang (3.3%). Nilai min = 2.00 dan s.p = tidak
31
mempunyai nilai (.). Bagi responden yang mempunyai skor sederhana pula berjumlah 1
orang (3.3 %), manakala nilai min = 1.00, s.p = tidak mempunyai nilai (0). Didapati
bahawa responden yang mendapat skor cemerlang sewaktu melakukan pasca ujian
kemahiran hantaran sisi adalah lebih tinggi berbanding responden yang mendapat skor
baik dan sederhana.
Jadual 4.12 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Pasca Ujian Kemahiran Hantaran Sisi ________________________________________________________________________ Skor N Peratusan (%) Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 28 93.3 3.00 0.3780 Baik 1 3.3 2.00 0 Sederhana 1 3.3 1.00 0 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 2.90 0.4498 ________________________________________________________________________
Jadual 4.13 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
pra ujian kemahiran menjaring. Responden yang mempunyai skor cemerlang berjumlah
29 orang (96.7%). Manakala nilai min = 3.00, s.p = 0.000. Bagi responden yang
mempunyai skor lemah pula berjumlah 1 orang (3.3 %), manakala nilai min = 4.00, s.p =
tidak mempunyai nilai (0). Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa para
responden telah menguasai kemahiran paras dada. Hal ini kerana daripada 30 orang
responden, 29 responden mendapat skor cemerlang.
32
Jadual 4.13 Taburan Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Pasca Ujian Kemahiran Hantaran Paras Dada ________________________________________________________________________ Skor N Peratusan Min S.P ________________________________________________________________________ Cemerlang 29 96.7 3.00 0.000 Lemah 1 3.3 4.00 0 ________________________________________________________________________ Jumlah 30 100 3.03 0.18 ________________________________________________________________________
4.3 Perbezaan Terhadap Prestasi Pemain Bola Jaring Semasa Melakukan
Kemahiran Menjaring di Hadapan Penonton.
Dengan menggunakan One Sample Test, Jadual 4.14 menunjukkan dapatan perbezaan
terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran menjaring di hadapan
penonton. Bagi ujian pra, min= 2.37, s.p = 0.850. ’Nilai t’ = 15.245 di mana p < 0.05, p =
0.000 adalah signifikan. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran menjaring di hadapan penonton.
Oleh itu, hipotesis ditolak.
Jadual 4.14
Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Jauh di Hadapan Penonton ________________________________________________________________________ Ujian N Min S.P t Sig-(2 tailed) ________________________________________________________________________ Pra Ujian 30 2.37 0.850 15.425 0.000 ________________________________________________________________________ P<0.05
33
4.3.1 Perbezaan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa melakukan
kemahiran bola loop di hadapan penonton.
Dengan menggunakan One Sample Test, Jadual 15 menunjukkan dapatan perbezaan yang
signifikan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran hantaran bola
loop di hadapan penonton. Bagi ujian pra, min = 2.97, s.p = 0.183. ’Nilai t’ = 89.000 di
mana p > 0.05, p = 0.000 adalah signifikan. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran hantaran
bola loop di hadapan penonton. Oleh itu, hipotesis diterima.
Jadual 4.15 Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Jauh di Hadapan Penonton
________________________________________________________________________ Ujian N Min S.P t Sig-(2 tailed) ________________________________________________________________________ Pra Ujian 30 2.97 0.183 89.00 0.000 ________________________________________________________________________ P<0.05
4.3.2 Perbezaan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa melakukan
kemahiran hantaran jauh di hadapan penonton dengan tanpa penonton.
Prosedur Paired Sample Test digunakan untuk menguji perbezaan min bagi sepasang
pembolehubah bersandar untuk satu kumpulan sampel iaitu min ujian pra dan pasca ujian.
Jadual 4.16 menunjukkan dapatan perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa
34
melakukan ujian kemahiran hantaran jauh di hadapan penonton dengan tanpa penonton.
Bagi ujian pra, min = 2.87, s.p = 0.434. Sementara bagi markah pasca ujian, min = 2.60,
s.p = 0.814. ’Nilai t’ = 1.490 di mana p > 0.05, p = 0.147 adalah tidak signifikan. Ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring
semasa melakukan ujian kemahiran hantaran jauh di hadapan penonton dengan tanpa
penonton. Oleh itu, hipotesis diterima.
Jadual 4.16 Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Jauh di Hadapan Penonton
Dengan Tanpa Penonton ________________________________________________________________________ Ujian N Min S.P t Sig-(2 tailed) ________________________________________________________________________ Pra Ujian 30 2.87 0.434 1.490 0.147 Pos Ujian 30 2.60 0.814 ________________________________________________________________________P<0.05
4.3.3 Perbezaan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa melakukan
kemahiran hantaran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa penonton.
Jadual 4.17 menunjukkan dapatan perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa
melakukan ujian kemahiran hantaran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa
penonton dengan menggunakan prosedur Paired Sample Test. Bagi ujian pra, min = 2.97,
s.p = 0.183. Manakala markah pasca ujian, min = 2.93, s.p = 0.450. ’Nilai t’ = 0.372 di
35
mana p < 0.05, p = 0.712 adalah tidak signifikan. Ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian
kemahiran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa penonton. Oleh itu, hipotesis
diterima.
Jadual 4.17 Skor Perbezaan Kemahiran Hantaran Bola Loop di Hadapan Penonton
Dengan Tanpa Penonton ________________________________________________________________________ Ujian N Min S.P t Sig-(2 tailed) ________________________________________________________________________ Pra Ujian 30 2.97 0.183 0.372 0.712 Pos Ujian 30 2.93 0.450 ________________________________________________________________________ p<0.05
4.4 Kesimpulan
Dengan menggunakan statistik deskriptif dan perbandingan min iaitu ’ujian t’, penyelidik
telah mengenalpasti perbezaan bagi beberapa kemahiran hantaran di hadapan penonton
dengan tanpa penonton. Berdasarkan analisis data keseluruhannya, kajian mendapati
terdapat perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran
menjaring dan hantaran loop di hadapan penonton . Manakala tidak terdapat perbezaan
terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran hantaran jauh dan
hantaran loop di hadapan penonton dengan tanpa penonton. Perbincangan lanjut hasil
36
dapatan kajian ini dibuat secara lebih mendalam dalam bab 5 supaya dapat dimanfaatkan
bersama.
37
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan
Kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan kesan penonton ke atas prestasi atlit
bola jaring yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris ke Kejohanan Sukan
Antara Universiti – universiti Malaysia (MASUM). Perbincangan dibuat berdasarkan
empat hipotesis kajian iaitu untuk mengenalpasti perbezaan yang signifikan terhadap
pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran menjaring dan hantaran loop di
hadapan penonton juga ujian kemahiran hantaran jarak jauh dan bola loop di hadapan
penonton dengan tanpa penonton.
38
Kehadiran penonton semasa subjek menjalani ujian kemahiran mengalami
peningkatan prestasi berbanding tanpa kehadiran penonton. Secara tidak langsung
kehadiran penonton juga dapat memberikan motivasi ektrinsik dan rangsangan untuk
pemain menunjukkan prestasi yang terbaik.
Kajian untuk mengenalpasti kesan penonton ke atas prestasi atlit bola jaring yang
mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris ke Kejohanan Sukan Antara Universiti –
universiti Malaysia (MASUM) dijalankan berbentuk inferensi iaitu melibatkan perbezaan
pra dan pasca ujian dengan menggunakan ’ujian t’. Bab 5 ini membincangkan hasil
dapatan kajian dengan lebih menyeluruh yang telah diperolehi oleh penyelidik.
5.2 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran
menjaring di hadapan penonton.
Merujuk kepada Ho1 kajian, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran menjaring di
hadapan penonton. Tahap prestasi semasa melakukan ujian kemahiran adalah baik
dengan kehadiran penonton iaitu min = 2.37, s.p = 0.850 dan p < 0.005, p = 0.000.
Ternyata kehadiran penonton mempengaruhi pretasi pemain bola jaring.
39
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Martens
(1969), yang kehadiran penonton menghasilkan rangsangan yang positif ke arah
peningkatan kemahiran 35 pemain bola keranjang pasukan kolej. Gill (1986), telah
membuat kajian berhubung dengan Teori Hubungan Sosial dan Prestasi Motor terhadap
penunggang basikal mendapati bahawa kehadiran penonton atau orang lain akan
meningkatkan arousal semasa bertanding dan menambahkan kelajuan di dalam pelbagai
lakuan.
5.3 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran
hantaran bola loop di hadapan penonton.
Merujuk kepada Ho2 kajian, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran hantaran
bola loop di hadapan penonton. Tahap prestasi semasa melakukan ujian kemahiran
adalah baik dengan kehadiran penonton iaitu min = 2.97, s.p = 0.183 dan p < 0.005 , p =
0.000. Ternyata kehadiran penonton mempengaruhi pretasi pemain bola jaring. Setelah
pengujian hipotesis dijalankan terdapat kesahihan dan kebolehpercayaan untuk
menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pemain bola jaring semasa
melakukan ujian kemahiran hantaran bola loop di hadapan penonton.
40
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Marten (1969).
Menurut kajian ini sebaik sahaja subjek telah menguasai kemahiran asas, mereka akan
dapat mempamerkan pencapaian yang lebih baik di hadapan penonton. Situasi tekanan
juga dapat meningkatkan pretasi atlit. Sokongan kajian lain menurut Cratty (1973),
faktor-faktor yang dapat meningkatkan prestasi pemain ialah tahap kesukaran tugasan,
tahap keupayaan pemain, kehadiran dan sikap penonton, hubungan penonton dengan
pemain, perasaan pemain terhadap penonton dan jumlah penonton yang hadir.
5.4 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran
hantaran jarak jauh di hadapan penonton dengan tanpa penonton.
Hasil daripada keputusan Ho3 kajian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran
hantaran jarak jauh di hadapan penonton dengan tanpa penonton. Walaupun terdapat
perbezaan pencapaian sewaktu di hadapan penonton dan dengan tanpa penonton
dilaksanakan, iaitu nilai min pra ujian = 2.87 lebih tinggi dari nilai min pasca ujian =
2.60. Setelah ’ujian t’ dijalankan, ’skor t’ = 1.490 di mana p>0.05 , p = 0.147. Dapatan
ini jelas membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi
pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran hantaran jarak jauh di hadapan
penonton dengan tanpa penonton. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah prestasi pemain
tidak dapat menunjukkan perbezaan yang signifikan di hadapan penonton dengan tanpa
41
penonton walaupun skor pra ujian lebih tinggi daripada skor pasca ujian. Tanpa
kehadiran penonton membuktikan responden tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik
berbanding dengan kehadiran penonton.
Persepsi ini disokong kajian yang dijalankan oleh Heaton dan Sigall (1991)
bahawa individu yang rendah diri mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi selalunya
mengambil kesempatan untuk menunjukkan prestasi terbaik dan dapat memenuhi
kehendak penonton supaya tekanan dapat dikurangkan. Menurut Singer (1981 ), subjek
yang mempunyai tahap kebimbangan yang rendah menunjukkan tindakbalas yang
merosot manakala subjek yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi telah
menunjukkan tindakbalas yang meningkat. Kehadiran penonton atau orang lain boleh
mendatangkan stres kepada individu. Stres boleh meningkatkan prestasi semasa individu
melakukan sesuatu tugasan.
5.5 Perbezaan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran
hantaran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa penonton.
Berdasarkan hasil dapatan kajian bagi Ho4, didapati tidak terdapat kesahihan dan
kebolehpercayaan untuk membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran hantaran bola loop di hadapan
penonton dengan tanpa penonton. Ini bermakna hipotesis nol (Ho) ditolak dan hipotesis
42
alternatif (Ha) di terima kerana setelah ’ujian t’ dijalankan, ’skor t’ = 0.372 di mana
p>0.05 , p = 0.712 . Dapatan ini jelas membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap prestasi pemain bola jaring semasa melakukan ujian kemahiran
hantaran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa penonton. Peningkatan prestasi
pemain lebih tinggi semasa melakukan ujian kemahiran hantaran bola loop di hadapan
penonton jika dibandingkan dengan tanpa penonton.
Menurut Singer (1981), kajian yang dijalankan terhadap subjek yang mempunyai
tahap kebimbangan yang pelbagai untuk melakukan tugasan Marble-dropping dengan
kehadiran penonton yang terdiri dari penguji, ibu bapa, guru, rakan sebaya dan orang
asing kepada pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap
kebimbangan yang tinggi telah menunjukkan prestasi yang lemah. Manakala ujian ke
atas kehadiran penguji sahaja, penyelidik mendapati pelajar yang mempunyai tahap
kebimbangan yang rendah menunjukkan prestasi yang menurun sebaliknya pelajar yang
mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi pencapaian turut meningkat.
5.6 Kesimpulan
Berdasarkan dapatan penyelidikan dan penganalisian data kajian yang telah dijalankan,
penyelidik telah membuat beberapa kesimpulan. Antara kesimpulan yang telah dibuat
adalah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan
43
ujian kemahiran menjaring dan hantaran loop di hadapan penonton. Selain itu, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemain bola jaring semasa melakukan ujian
kemahiran hantaran jauh dan hantaran bola loop di hadapan penonton dengan tanpa
penonton.
Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan peningkatan prestasi pemain bola
jaring semasa melakukan ujian kemahiran dengan kehadiran penonton. Penonton dalam
konteks penyelidikan ini merupakan orang yang dikenali oleh subjek dan subjek
mempunyai tanggapan yang positif terhadap kehadiran penonton. Kehadiran penonton
juga dapat memberikan motivasi ektrinsik ke arah peningkatan prestasi subjek. Menurut
Cratty (1973), faktor-faktor yang dapat meningkatkan prestasi pemain ialah tahap
kesukaran tugasan, tahap keupayaan pemain, kehadiran dan sikap penonton, hubungan
penonton dengan pemain, perasaan pemain terhadap penonton dan jumlah penonton yang
hadir.
5.7 Cadangan
Dalam kajian ini, penyelidik telah mencadangkan beberapa cadangan untuk para
penyelidik lain yang berminat untuk menjalankan kajian ini pada masa akan datang.
Berikut adalah cadangan yang telah dikemukakan oleh penyelidik dalam usaha untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan lagi dalam kajian ini.
44
Rekabentuk dan bateri ujian yang digunakan dalam kajian ini perlulah dikaji
semula. Setiap rekabentuk dan bateri ujian perlulah mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi dalam melakukan apa jua kajian. Dalam kajian ini, ujian
ini tidak mempunyai norma yang ditetapkan dan selaras untuk mewakili tahap sebenar
pemain-pemain bola jaring di Malaysia dalam melakukan ujian kemahiran.
Disamping itu juga, jumlah bilangan sampel pemain bola jaring dan universiti
perlu ditambah supaya dapatan kajian ini nanti mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Secara tidak langsung dapat mewakili kesahan
kepada pemain bola jaring di Malaysia.
Sampel penonton dalam konteks kajian ini perlu ditambah lebih ramai lagi.
Pemilihan yang dibuat haruslah diambil daripada kumpulan yang berbeza dan jumlahnya
ditambah supaya dapat mewujudkan situasi penonton yang sebenar. Peranan penonton
juga memainkan peranan penting dalam kajian ini agar dapat menimbulkan situasi
tekanan terhadap subjek yang diuji. Hubungan antara kehadiran penonton dengan
peningkatan prestasi atlit juga dapat dikaji dalam melakukan ujian kemahiran bola jaring.
Kesimpulannya, prestasi pemain tanpa kehadiran penonton menunjukkan kualiti
yang sederhana atau rendah. Namun peningkatan ke atas prestasi pemain bola jaring
telah diakui kesahan dan kebolehpercayaannya semasa melakukan ujian kemahiran
dengan kehadiran penonton. Selain itu, fungsi kehadiran penonton juga telah
45
memberikan motivasi ektrinsik dan rangsangan kepada pemain menunjukkan prestasi
yang terbaik.
46
RUJUKAN Baumeister , R.F., Hamilton, J.C, & Tice, D.M. (1985). Public versus private
expectancy of success : Confidence booster of performance pressure. Journal of Personality and Social Psychology, 48,447-1457
Cratty , B.J.(1973). Psychology in Contemporary Sports. Englewood : Human
Kinetics Publishers, Inc.
Cratty , B.J. (1981). Social Psychology in Contemporary Sports. Englewood Cliffs, New ersey : Prentice –hall, Inc.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992). Kamus Inggeris Melayu Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Gill, G.L. (1986). Psychology Dynamics of Sports. Illinois human Kinetics Publishers,
Inc.
Heaton, A.W., Sigall, H. (1991). Self-consciousness, self-presentation, and performance under pressure : Who choke, and When. Journal of Applied Sosial Psychology, 21,175-188.
Jung, J. (1995). Ethnic Group and Gender Differences in the relationship between
Personality and Coping. Anxiety, Stress and Coping, 8,113-126. Martens, R. (1969). Effects of and audience on learning and performance of a
complex motor skill. Journal of Personality and Social Psychology. 12:252-260.
Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Murry, J.F. (1983). Effects of alone and audience on motor performance for males and
females. International Journal of Sports Psychology. 14:92-97 Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.
KualaLumpur: Bahasa dan Pustaka. Paivio, A. (1965). Personality and audience influence. In B. Macher (Ed), Progress in
experimental personality research, vol.2 (pp.127-173). New York: Academic Press.
47
Russel, G., & Drewry, B.(1976). Crowd size and competitive aspects of aggression in
ice-hockey: An archival study. Human Relations. 29, 723,-735. Schafer, W. (1992). Stress Management For Wellness (2nd Ed.). Orlando: Harcourt Brace.
LAMPIRAN A
Borang Maklumat / Persetujuan
BORANG MAKLUMAT / PERSETUJUAN
Kesan Penonton Ke Atas Prestasi Atlit Pasukan Bola Jaring MASUM UPSI Di Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
Hasnah Binti Hamid Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan TUJUAN DAN PROSEDUR KAJIAN Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai kesan penonton ke atas prestasi atlit bola jaring yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak ke Kejohanan Sukan Antara Universiti-universiti Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah faktor-faktor seperti umur, berat, tinggi, kehadiran dan tanpa penonton mempengaruhi tahap pencapaian atlit bola jaring. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar. Instrumen kajian ini menggunakan kemahiran pra dan pasca ujian bagi mengenalpasti kesan penonton keatas prestasi atlit
Pengumpulan data dilakukan dengan beberapa ujian yang dijalankan serentak iaitu dalam bentuk stesen sebanyak tiga kali percubaan. Ujian kemahiran yang dibuat tidak akan mendatangkan sebarang kecederaan atau kesakitan kepada subjek. Segala data yang diperolehi akan dirahsiakan. PERSETUJUAN SEBAGAI SUBJEK Saya dengan ini bersetuju untuk menjadi subjek/ sampel bagi kajian di atas:
1. Kajian ini tidak melibatkan sebarang sumber kewangan ke atas diri saya. 2. Untuk makluman, penyertaan saya sebagai sampel kajian ini adalah atas kerelaan
diri sendiri. 3. Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada dapatan kajian adalah sulit dan
akan dirahsiakan oleh penyelidik kecuali undang-undang berhak ke atasnya. 4. Dapatan kajian yang diperolehi boleh dipamerkan kecuali nama dan maklumat-
maklumat identiti subjek tidak boleh digunakan. ________________________ ______________ __________________ Sampel/ Subjek Tarikh Penyelidik
LAMPIRAN B
Surat Pengesahan Pelajar
LAMPIRAN C
Borang Skor
BORANG SKOR
Nama : Umur :
Berat : Tinggi :
Skor Pra Ujian
Ujian Kemahiran Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3
Hantaran Jauh
Menjaring
Bola loop
Hantaran Paras Dada
Hantaran sisi
Nama : Umur :
Berat : Tinggi :
Skor Pasca Ujian
Ujian Kemahiran Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3
Hantaran Jauh
Menjaring
Bola loop
Hantaran Paras Dada
Hantaran Sisi