UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
PERANCANGAN PENGAJARAN
SEMESTER ISIDANG AKADEMIK 2013/2014A.MAKLUMAT KURSUS
Kod Kursus: KRB 3013
Tajuk Kursus:PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
(Principles of Teaching Reading)
Hari Kuliah: Sabtu
Masa: (Tertakluk pada Jadual Kursus)
Tempat:Pusat pembelajaran Pulau Pinang.Pusat Pembelajaran Sarawak.Pusat pembelajaran Kelantan.
Pusat pembelajaran Sabah
Penyelaras/Pensyarah:
Dr. Jamalsafri Saibon JSS ([email protected]) PM Dr. Rohizani Yaakub - RY Dr. Ahmad Zamri Khairani - AZK([email protected])
PM . Yahya B. Che Lah - YCL
Bilangan Pelajar:
Nilai Unit: 3
B.SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincang teori, prinsip dan pendekatan pengajaran
membaca untuk murid sekolah rendah. Pelajar-pelajar akan didedahkan dan dibimbing tentang kaedah mengajar membaca pelbagai jenis penulisan prosa dan puisi; teknik mengajar membaca secara meluas (extensive) dan intensif dan berfokus; merancang program bacaan murid untuk memperkembangkan kemahiran dan
minat membaca.
(This course discusses some of the major theories and principles of teaching reading for primary school pupils based on research findings. Student teachers will be exposed to a number of approaches in teaching reading of various genre (prose and poetry) for various purposes; teaching techniques for extensive and intensive reading.
Students will be able to plan a reading program for their pupils).HASIL PEMBELAJARAN:
1. Menjelaskan teori, kemahiran, pendekatan, kaedah dan teknik membaca. (C1)
2. Menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dan berkesan dalam pengajaran pembacaan di sekolah rendah. (C2, A1)
3. Mengimplikasi amalan pengajaran pembacaan untuk perluasan membaca, termasuk jenis puisi, bagi mendapatkan maklumat dan memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis, dan menghayati apa yang dibaca. (A3, P1, CT2)
4. Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.
(P2, A3, TS3)
C.MAKLUMAT KULIAHMinggu/TarikhTajukPensyarahCatatan
1
16/03/2013i. Penerangan tentang kerja kursus.
ii. Teori dan prinsip pembelajaran membaca berdasarkan dapatan kajian.
JSS, RY, AZK
dan YCL
mengikut pusat pembelajaran.
Rujuk Rancangan Pengajaran
Unit 1
2
06/04/2013
i. Beberapa pendekatan mengajar awal membaca Bahasa Malaysia:
Kaedah Abjad & fonik
Seluruh perkataan (whole language; look-and-say)
Kaedah cerakin
ii. Pendekatan mengajar awal membaca Kaedah Gabungan
Bunyi-Kata (KGBK).
JSS, RY, AZK
dan YCL
mengikut pusat pembelajaran.
Unit2 dan 3
3
20/04/2013 i. Ujian Diagnostik Kebolehan Membaca.
ii. Kaedah mengajar murid membaca secara meluas
(extensive reading).
Pemilihan buku untuk bacaan am murid
Buku beraras (graded books
JSS, RY, AZK
dan YCL
mengikut pusat pembelajaran.
Unit4 dan 5
4
04/05/2013
i. Membaca secara intensif dan berfokus untuk mencari
maklumat, memahaminya dan berfikir.
Membaca merentas kurikulum: petikan bahan daripada
subjek lain.
ii. Mengajar membaca untuk berfikir dan menghayati
sastera kanak-kanak (prosa dan puisi), termasuk pantun
dan sajak mudah; mengguna lirik lagu dan nyanyian.
JSS, RY, AZK
dan YCL
mengikut pusat pembelajaran.
Unit6 dan 7
5
18/05/2013
i. Menggalakkan murid membaca bahan bacaan dalam internet untuk mereka menulis cerita atau laporan berdasar satu projek berpasukan.
ii. Perancangan program pembacaan.
JSS, RY, AZK
dan YCL
mengikut pusat pembelajaran.
Unit
8 dan 9
Peperiksaan Akhir(Serentak di keempat-empat pusat).
D.RUJUKAN
Rujukan i. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Bahasa Malaysia
Tahun 1 4. Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur.
ii. Isahak Haron. (2009). Ceria 2M, Literasi 2M Bahasa Melayu Buku 1
& 2 dengan Panduan Guru. Selangor USJ: Penerbit Ilmu Bakti.
iii. Extensive reading.
http//www.extensivereading.net/er/materials.html
iv. Yahya Othman (2004), Mengajar Membaca; Teori dan Aplikasi
Laman webPelajar-pelajar juga digalakkan menggunakan laman sesawang yang bersesuaian dengan kursus ini untuk menambah pengetahuan terutamanya untuk membuat kerja kursus.
F.Penilaian Kursus
Penilaian Kerja Kursus ( 70 % )
ModPemberatanTarikh Serahan
Kuiz (individu) 20%Setiap minggu
(10 minggu)
Forum (individu)
10%Setiap minggu
(10 minggu)
Tugasan kumpulan 40%Perjumpaan ke 4(04/05/2013)
Catatan: Penerangan kerja kursus1. Kuiz (individu) (20 %)Dikendalikan secara atas talian (online) dalam sistem MOODLE selama sepuluh minggu berdasarkan tajuk bagi setiap unit. Setiap kuiz mengandungi lima soalan dan perlu diselesaikan dalam jangka masa 15 minit.2. Forum (individu) (10%)Kerja kursus ini juga dikendalikan secara atas talian (online) dalam sistem MOODLE selama sepuluh minggu berdasarkan isu yang dikemukakan bagi setiap minggu. Setiap pelajar dikehendaki memberi input terhadap isu tersebut. Pemarkahan adalah berdasarkan kualiti input yang diberi.3. Tugasan Kumpulan (40 %)
Satu kumpulan terdiri daripada 5 atau 6 orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan modul yang mengandungi 3 aktiviti menangani masalah membaca dalam kalangan murid. Berdasarkan modul tersebut setiap kumpulan perlu melaksanakan satu program Bijak Membaca di sekolah yang dipilih. Hasil tugasan adalah dalam bentuk laporan yang mengandungi 5 bab (hardcopy) dan bukti pelaksanaan program dalam bentuk video dan gambar. Tugasan hendaklah dihantar pada tarikh 4 Mei 2013 (Perjumpaan ke 4).
Peperiksaan Akhir ( 30 % )
22/02/2013JSS/KRB3013rancanganpengajaranFORMAT LAPORAN PROGRAM KRB 3013 KERJA KUMPULAN
Bab 1.Pengenalan
1.Latar belakang projek
2.Tujuan dan objektif program
3.Signifikan program
4.Jawatankuasa program
Bab 2. - Literatur 1. Masalah mambaca dalam kalangan muridBab 3.Metodologi program
1.Kumpulan sasaran
2.Lokasi
3.Prosedur pelaksanaan
4.Penilaian program
Bab 4.Modul-modul program.
1.Modul 1.
2.Modul 2
3.Modul 3
Bab 5.Perbincangan dan Rumusan Program.
1.Kekuatan dan kelemahan program.
2.Cadangan penambahbaikan program.
3.Implikasi program.
4.Penutup.
Lampiran
PAGE 4