KRISIS MAKANAN
DAN
KESIHATAN DUNIA KETIGANAJEH YUSRI
DUNIA KETIGA
Dunia Ketiga adalah istilah yang diciptakan oleh pakar
demografi Perancis iaitu Alfred Sauvy pada tahun1952.
Dunia terbahagi kepada tiga kelompok negara iaitu
dunia pertama yang disebut sebagai Dunia bebas atau
Blok Atlantik yang meliputi Eropah Non-Komunis dan
Amerika Utara. Dunia kedua meliputi negara-negara
Eropah Timur atau Blok Union Soviet dan dunia ketiga
meliputi Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Pada umumnya negara dunia ketiga adalah negara-
negara yang terletak di sekitar dan di selatan katulistiwa
manakala dunia pertama dan kedua di sebelah utara.
Negara Dunia Pertama, Kedua &
Ketiga
Mengikut pembahagian selepas perang
dingin
Pengertian Lama (1947-1991)
Dunia Pertama - Sekutu Amerika
Syarikat (Biru)
Dunia Kedua - Sekutu Soviet
Union (Merah)
Pengertian Baru (1995 - current)
Dunia Pertama - Negara Maju
(Developed Countries) (Biru)
Dunia Kedua - Negara
Perindustrian Baru (New Industial
Countries) (Merah)
Dunia Ketiga - Negara Membangun
(Developing Countries) (Hijau)
Dunia Keempat - Negara Mundur
(Least Developed
Countries) (Ungu)
KRISIS MAKANAN &
KESIHATAN
Masalah krisis makanan global telah semakin
mendapat perhatian para pemerhati ekonomi
dunia. Krisis ini sudah meningkatkan
kebimbangan global apabila pengeluaran
beberapa jenis tanaman kontan seperti
gandum, jagung dan beras susut secara
mendadak di negara pengeluar utama.
Beberapa negara Asia turut merasainya
meskipun kebanyakan mereka adalah negara
pengeluar beras utama dunia.
Keadaan ini memaksa Kerajaan Thailand dan Filipina mengeluarkan
stok simpanan beras negara untuk diagihkan kepada rakyatnya. Di
Indonesia, keadaan menjadi gawat apabila negara itu terpaksa
bergelut dengan kenaikan harga barang seperti gula, gandum dan
minyak masak sehingga memberi tekanan kepada kehidupan
rakyatnya.
Negara Arab juga tidak terlepas daripada krisis ini. Mereka berdepan
dengan kenaikan harga barang keperluan terutama harga gandum
yang naik dua kali ganda sejak enam bulan lalu. Yaman, negara Arab
yang dianggap paling miskin berdepan dengan kenaikan harga barang
sehingga 20 peratus.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) yang
bertanggungjawab memantau keperluan makanan dunia bimbang
krisis global ini memungkinkan berlakunya lebih banyak rusuhan
terutama di negara miskin. Protes keganasan sudah pun berlaku di
beberapa negara seperti
Haiti, Cameroon, Mesir, Argentina, Mexico, Senegal dan Burkina Faso.
Program Pemakanan Sedunia (WFP) sebuah organisasi yang
mengurus bantuan kepada pelarian turut bimbang kenaikan harga
barangan yang berterusan akan menjejaskan usaha mereka
membantu kira-kira empat juta pelarian rakyat Iraq, Yaman, Palestin
dan Mesir.
Keadaan menjadi semakin gawat apabila beberapa negara
pengeluar mengambil tindakan menghentikan eksport makanan
bijiran mereka ke negara lain. Mesir sudah mula menghentikan
eksport beras mereka bagi memastikan bekalan domestiknya kekal
pada harga murah, di samping memastikan rakyatnya tidak
berdepan krisis kekurangan makanan.
Kira-kira 854 juta penduduk dunia yang kelaparan dan bilangan itu
bertambah empat juta orang setiap tahun.
PUNCA KRISIS
Peningkatan harga barang. Punca peningkatan harga barang
makanan dunia adalah kesan daripada lemahnya ekonomi dunia
berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah. Kini minyak
mentah mencecah AS$110.87 (RM349.24) setong dan dijangka
mencecah harga tertinggi iaitu sehingga AS$118 (RM371.70)
setong.
Perubahan iklim dunia turut menjejaskan pengeluaran bahan
makanan di beberapa tempat sehingga menyebabkan kenaikan
harga makanan yang mendadak. Perubahan iklim disebabkan
pemanasan global mula dirasai sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Perubahan ini menyebabkan beberapa wilayah
tanaman gandum di Kanada menjadi kering-kontang.
Bencana alam yang berlaku saban hari di kebanyakan tempat di
dunia. Tahun lalu WFP melaporkan 57 negara termasuk 29 di
Afrika, 19 di Asia dan sembilan di Amerika Latin dilanda banjir buruk
yang menjejaskan sumber makanan.
Cuaca yang tidak menentu juga turut menjejaskan pengeluaran
gandum. Beberapa negara Asia sudah mula merasai masalah
kekurangan bekalan makanan ruji. Pemanasan global memberi
impak kepada perubahan geografi seperti
daratan, tumbuhan, haiwan dan sumber air serta habitatnya.
Semuanya dilihat semakin susut dan mengancam manusia.
DUNIA KETIGA : AFRIKA
TIMUR
Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut.
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang
kekurangan zat makanan hanya seberat
3.4 kg
Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air.
Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur
67 duduk berehat di kem pelarian
merenung jauh.
Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi
yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.
Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat
daripada kekurangan zat makanan.
Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran
untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.
Tin makanan yang telah di gunakan dari USA
Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat
seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011
Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima
makanan di Mogadishu 26 July 2011
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan
daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)
Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011.
Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011.
Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan
mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.
Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.
Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah
kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan.
Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di
Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011.
PRAY FOR THEMCOPYRIGHT | © 2013 Najeh Yusri