JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANPismp ambilan januari 2011
PISMP AMBILAN JANUARI 2011
Nama SITI RAIHANA BINTI ZAINAL ( 910420-01-5122)
Kumpulan/Unit 3 PISMP PRASEKOLAH
Kod Kursus PJM 3106
Nama Kursus PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Nama Pensyarah PN. MALATHI BALAKRISHNAN
Tarikh Serahan 28 MAC 2012
PENGHARGAAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MALAYSIA,
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,
JALAN YAACOB LATIF,
CHERAS, KUALA LUMPUR
Syukur Alhamdulillah, atas nikmat dan kurnia-Nya, dapat saya
menyempurnakan tugasan ini pada tempoh yang telah ditetapkan dengan panduan
para pensyarah bidang ini iaitu Puan Malathi Balakrishnan. Ini kerana, tugasan ini amat
mencabar diri serta kemampuan saya dalam menerokai bidang pendidikan jasmani
secara meluas. Walaupun tugasan ini mencabar, namun tugasan ini merupakan
persediaan yang akan saya gunakan untuk diberikan kepada anak didik saya kelak.
saya akan pastikan anak didik saya kelak mendapat didikan sempurna.
Namun didikan sempurna saya kelak tidaklah sesempurna didikan pensyarah
bidang ini. Dengan tunjuk ajar beliau, tugasan saya berjaya disempurnakan pada tarikh
yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat Puan Malathi
Balakrishnan, yang tidak jemu memberi ilmu malahan segala ilmu yang dicurahkan
adalah ikhlas, demi melihat pelajarnya berjaya dengan cemerlang dan menjadi seorang
pendidik yang berjaya seperti beliau kelak.
Terima kasih juga saya tujukan buat teman-teman yang senantiasa memberi
sokongan dan dorongan dalam menyelesaikan tugasan ini walaupun mereka juga
mempunyai amanah dan tanggungjwab lain yang perlu diselesaikan. Tanpa mereka,
tugasan ini tidak begitu sempurna dengan jayanya.
Terima kasih kami juga ditujukan khas buat ibu dan ayah kami yang sentiasa
memahami kesibukan anaknya dalam menjalankan amanah sebagai seorang pelajar
yang merupakan bakal guru kelak. Jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung didahului dengan ucapan terima kasih.
Pendahuluan
Laporan pemerhatian berkenaan pengurusan Pendidikan Jasmani SK Kem
Terendak 2, Melaka.
Pada 19-23 mac 2012, saya telah menjalankan pengalaman berasaskan sekolah
(PBS) di Sek Keb Kem Terendak 2, Kem Terendak Melaka. PBS dijalankan bertujuan
untuk melaksanakan tugasan pendidikan jasmani berkenaan dengan pengurusan
panitia pendidikan jasmani, senaraikan nama ahli panitia dan senarai kemudahan yang
terdapat di sekolah kebangsaan Kem Terendak.
Tugasan dilaksanakan bertujuan untuk membina keyakinan diri kami sebagai guru
pelatih yang mampu berhadapan dengan situasi sebenar kelak. selain membina
keyakinan diri yang tinggi, tugasan yang dijalankan merupakan wadah dan
perantaraaan untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang mantap di sekolah yang
dipilih.
Melalui tugasan pendidikan jasmani yang dititipkan oleh pensyarah kami iaitu Puan
Malathi Balakrishnan, saya dapati bahawa ilmu pendidikan jasmani di sekolah amat
penting untuk dipelajari. Sebagai seorang guru pelatih, ilmu berkenaan dengan
pengendalian kelas pendidikan jasmani dan pengurusan pendidikan jasmani
merupakan ilmu yang berguna agar dapat diaplikasikan semasa mengajar kelak.
Segala maklumat yang diperolehi di rasakan sangat berguna dan bermakna
sekiranya digunakan semasa berkhidmat kelak. Pengumpulan maklumat di sekolah ini
menjadikan ilmu didada semakin terisi dengan ilmu yang berguna. Saya yakin, melalui
tugasan ini, saya akan menjadi guru pendidikan jasmani yang berjaya.
1.0 Penguru
san Panitia
Pendidikan
JasmaniSK Kem Terendak 2 merupakan sekolah yang seimbang dari segi kurikulum dan
kokurikulum. Bagi penaitia pendidikan jasmani, sekolah ini mempunyai objektif
tersendiri iaitu membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan
amalan kecergasan. Bukan sahaja dari aspek kurikulum, panitia pendidikan jasmani
sekolah ini mempunyai tujuan tersendiri untuk melibatkan murid-murid dalam aktiviti
fizikal supaya pencapaian yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum terhasil.
Matlamat sekolah ini berfokuskan untuk membantu murid meningkatka
pengetahuan terhadap kesihatan dan gaya hidup sihat. Amalam gaya hidup sihat dapat
diperhatikan semasa pendidikan kesihatan. Semasa saya berpeluang untuk mengganti
kelas guru PJK, saya telah melihat sukatan KBSR bagi pendidikan kesihatan yang
menekankan amalan gaya hidup sihat.
Misi SK Kem Terendak pula ialah amalan kesukanan yang berasaskan pendekatan
saintifik dan inovatif dan Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati
dan integrasi nasional. Manakala visi pendidikan jasmani sekolah ini pula ialah
menjadikan warga Sekolah Kebangsaan Kem Terendak komuniti ilmu yang cergas dan
cerdas. ( rujuk lampiran 1 )
Melalui pemerhatian saya, sekolah ini mula aktif untuk mendidik budaya hidup
cergas dalam kalangan murid-murid melalui pelbagai aktiviti sukan. Ini kerana, melalui
pemerhatian saya, semasa kelas pendidikan jasmani sahaja, guru yang mengajar pada
waktu itu mengajar dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan objektif yang mereka
ingin capaikan. Di tambah pula dengan aktiviti seperti satu murid satu sukan, setiap
murid dididik untuk mempunyai kelebihan dan kemahiran dalam bersukan tersendiri
untuk merealisasikan visi dan misi yang di rangka oleh panitia pendidikan jasamani
disekolah ini.
Pemerhatian diteruskan kepada carta organisasi panitia pendidikan jasmani Sk Kem
Terendak. Seperti biasa, pengerusi bagi panitia pendidikan jasmani diketuai oleh Puan
Fauziah bt Hashim, guru besar SK Kem Terendak 2. Naib pengerusi pula ialah, Pn
Aisah Bt Mohd Johar, Tuan Haji Izzamudin Bin Ismail, Pn Evelyn Goh dan Pn Hajah
Aziah Bt Said.
Seterusnya ialah ketua panitia pendidikan jasmani adalah En. Mutalib bin Yahya.
En. Mutalib merupakan ketua panitia pendidikan jasmani yang begitu aktif. Sebagai
ketua, beliau menunjukkan contoh yang terbaik dalam pengurusan panitia pendidikan
jasmani. Dibantu oleh setiausaha yang begitu komited, Pn Natasha Aida Ibrahim telah
banyak membantu pengurusan pendidikan jasmani sekolah ini berjalan dengan lancar.
Tidak kurang hebatnya dengan beberapa orang guru pendidikan jasmani yang
lain pula yang merangkap sebagai ahli jawatankuasa panitia pendidikan jasamani iaitu
Pn Stina Peter, Pn Norhidayu bt Johari, En. Abdullah Keling dan Norafika Farradilla bt
Shahron. Mengikut pemerhatian saya, dapatlah saya simpulkan bahawa tidak hairanlah
panitia pendidikan jasmani agak aktif di sekolah ini. ini kerana, pengurusan pendidikan
jasamani sekolah ini begitu mantap walaupun bilangan guru pendidikan jasmani di
sekolah ini tidak begitu ramai.
Beralih pula kepada rancangan tahunan aktiviti panitia pendidikan jasmani SK
Kem Terendak 2. Pada bulan januari, panitia telah menjalankan mesyuarat kali pertama
mereka. Mensyuarat kali ini telah membina satu jawatankuasa yang baharu. Pada
bulan febuari, muri-murid dan guru rumah sukan telah menjalankan latihan merentas
desa. Pada tarikh yang telah ditetapkan, satu aktiviti merentas desa telah berlangsung
dan melibatkan semua warga SK Kem Terendak 2.
Pada bulan mac, mensyuarat panitia kali kedua berlangsung. Mesyuarat tidak
lain dan tidak bukan berkaitan dengan pengurusaan terkini sekolah berkenaan.
Mesyuarat jyga membincangkan berkenaan Pengendalian kejohanan bola baling
peringkat negeri Melaka. SK kem terendak merupakan tuan rumah bagi
melangsungkan kejohanan ini. kejohanan telah berjaya dilaksanakan pada 22-23 mac
2012. Kejohanan berlangsung pada hari khamis dan jumaat yang mana kejohanan
telah dijalankan pada hari terakhir kami menjalankan PBS di sekolah tersebut.
Pada bulan jun, mesyuarat penitia kali ke-3 akan diadakan. Disusuli dengan
mesyuarat kali ke-4 pada bulan ogos. Pada bulan september, satu pertandingan
permainan antara rumah-rumah sukan akan dijalankan. Rancangan tahunan SK Kem
Terendak 2 2012 berakhir dengan mensyurat panitia yang terakhir pada bulan oktober
2012.
2.0 Senarai
Nama Ahli
Panitia
Sesi temu bual telah dijalankan pada hari isnin iaitu pada hari pertama PBS
dijalankan. Pada hari seterusnya, kami hanya menjalankan pemerhatian, mengganti
kelas PJ, mengumpul maklumat dan sebagainya. Temu bual hanya dapat dijalankan
pada ahri isnin adalah kerana SK Kem Terendak akan mengadakan kejohanan bola
baling pada hari khamis dan jumaat pada minggu tersebut. Oleh itu, kami hanya dapat
menemu ramah empat orang guru sahaja. Selebihnya, mereka sibuk dengan
pengelolaan kejohanan. Ini kerana, sekolah tersebut merupakan tuan rumah bagi
kejohanan bola baling tersebut.
Temu ramah yang berjaya dijalankan bersama empat orang guru pendidikan
jasmani SK Kem terendak termasuklah En. Abdul Mutalib Bin Yahya iaitu penyelaras
panitia PJ, Pn Natasha Aida Ibrahim iaitu setiausaha panitia pendidikan jasmani, guru
pendidikan jasmani iaitu En. Abdullah Keling dan Pn Stina Peter.
Pada pemerhatian saya melalui maklumat yang terkumpul, kelayakan akademik
sehingga STPM ialah En. Abdullah Keling sahaja. Tiga orang guru lagi hanya memiliki
kelayakan akademik sehingga peringkat SPM. Namun, melihat kepada kelayakan
ikhtisas, En. Abdul Mutalib, Pn Natasha dan Pn Stina mempunyai kelayakan sehingga
ke peringkat ijazah dan En. Abdullah hanya memiliki kelayakan ikhtisas sehingga
peringkat diploma sahaja.
Mereka semua merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari
dua tahun. En Abd Mutalib telah mengajar selama 4 tahun, Pn. Natasya telah mengajar
selama 3 tahun, Pn.Stina telah mengajar selama 2 tahan dan En. Abdullah telah
mengajar selama 20 tahun. Banyak pengalaman yang diperolehi sehingga
menyebabkan mereka boleh memahami kerenah murid-murid terutama sekali bagi En.
Abdullah yang telah mengajar selama lebih 20 tahun.
Mereka juga sangat berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran pendidikan
jasmani dan kesihatan (PJK). Bagi En.Abd Mutalib, selama beliau mula mengajar pada
4 tahun lepas, beliau telah pun mula mengajar PJK. Subjek PJK merupakan subjek
utama yang diajarkan bermula beliau dihantar oleh KPM. Sejak tahun 2008-2012.
Pendidikan jasmani merupakan subjek utama yang diajar semenjak tamat belajar di
Maktab Perlis. Beliau mengajar subjek PJ di SK Kem Terendak ini 2 tahun lalu sejak
bermulanya Kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Berbeza pula dengan En. Abdullah yang mana walaupun beliau telah mengajar
selama 20 tahun, namun, pengalaman mengajar hanyalah selama 5 tahun. Sebagai
guru yang telah lama berada dalam dunia pendidikan, masalah murid semasa
pendidikan jasmani merupakan perkara biasa bagi beliau. Masalah yang biasa
ditangani oleh beliau adalah seperti kecederaan semasa menjalankan aktiviti
pendidikan jasmani, masalah murid tidak memakai pakaian sukan semasa kelas PJ dan
sebagainya. Namun, perubahan kurikulum dari KBSR kepada KSSR telah memberi
sedikit kesulitan kepada beliau terutama semasa pengendalian kelas PJ bagi tahun 1
dan 2. Ini membuktikan bahawa beliau mengajar berlandaskan kurikulum yang
disediakan oleh kementerian. Beliau mengajar mata pelajaran PJ 6 waktu seminggu.
Beliau juga pernah menjadi setiausaha sukan dan telah mengelola olahraga kawasan
masjid tanah selama 2 kali. Beliau telah berpengalaman dalam pengendalian kejohanan
pimpong dan badminton selama 2 tahun.
Bagi Pn. Natasya, beliau telah mempunyai pengalaman mengajar subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama 9 tahun iaitu semasa menjadi guru
sandaran tidak terlatih di SKG. Guru ini juga telah mempunyai banyak pengalaman
dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan
Jasmani ini. Guru ini juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam
mengendalikan murid-murid jika berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Rata-
rata pelajar seronok ketika guru ini mengendalikan subjek ini kerana murid-murid dapat
bermain dengan seronok dan melakukan aktiviti yang bukan sahaja dapat
meningkatkan kesihatan fizikal mereka malahan merupakan aktiviti yang
menyeronokkan. Guru ini juga mempunyai pengetahuan dalam cara-cara meningkatkan
tahap kecergasan dan kesihatan murid.
Bagi Pn. Stina pula, beliau telah mengajar subjek Pendidikan Jasmani selama 2
tahun. Beliau mengajar murid-murid tahun 2 dan 3. Saya dan rakan-rakan yang lain
juga telah melihat cara pengajaran dan pembelajaran beliau ketika mengelola subjek
Pendidikan Jasmani. beliau dapat mengawal murid-murid ketika mereka melakukan
aktiviti. Beliau juga sangat mementingkan aspek keselamatan ketika murid-murid
sedang melakukan aktiviti. Di dalam temu bual tersebut, beliau memberikan pendapat
berdasarkan pengalaman mengajar selama dua tahun beliau berpuas hati dan
bersetuju bahawa kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan (KBSR)
dapat memberi kesan positif dan dapat meningkatkan pengetahuan murid dalam cara
meningkatkan tahap kesihatan mereka.
Latihan dalam perkhidmatan (LDP) merupakan bengkel dan seminar yang
dijalankan pada setiap hari sabtu berjalan selama 7 kali setahun. pemerhatian yang
dapat dilihat daripada maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa hanya En. Ab.
Mutalib sahaja yang pernah menjalani LDP. Senarai krusus atau bengkel yang telah
dihadiri pula, bagi En. Abd Mutalib, beliau telah menghadiri Seminar dan bengkel
pendidikan jasmani dan kesihatan serta bengkel pengendalian olahraga. Manakala bagi
En. Abdullah pula bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri adalah
seperti Program Kenal Pasti Bakat (TID), SEGAK dan PROSIDA.
Bagi puan
Senarai krusus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri :
Sijil kejurulatihan :
sijil bola sepak
Pn Natasha Aida Ibrahim (setiausaha)
Senarai kursus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri :
Kursus KSSR TAHUN 2 – SMK KG GELAM
Kursus PJK – Bukit Freser
Sijil kejurulatihan :
Pengadil Perahu Layar Peringkat Kebangsaan
Pn Stina Peter
Senarai krusus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri :
Kursus KSSR PJ TAHUN 1
En. Abdullah Keling
Senarai krusus / bengkel berkaitan pengajaran PJK yang pernah dihadiri :
Program Kenal Pasti Bakat (TID)
SEGAK
PROSIDA
Setiausaha sukan. Beliau telah mengelola olahraga kawasan masjid tanah
selama 2 kali
Mengendalikan kejohanan pimpong selama 2 tahun.
Mengendalikan kejohanan badminton daerah selama 2 tahun.
Sijil kejurulatihan : Tiada
Dua orang guru pendidikan jasmani yang selebihnya tidak dapat di temu bual
kerana terdapat kekangan masa. Guru yang tidak berjaya di temu bual adalah Pn
Norhidayu bt Johari dan cik Norafika Farradilla bt Shahron. Ini kerana, pada hari khamis
dan jumaat pada minggu tersebut, SK Kem Terendak 2 telah menjadi tuan rumah bagi
kejohanan bola baling bagi peringkat daerah Alor Gajah. oleh itu, dua orang guru
tersebut agak sibuk untuk menguruskan kejohanan tersebut. Maka, temu bual tidak
dapat dijalankan seperti biasa.
3.0Senarai
Kemudaha
n yang
Terdapat
di sekolah.3.1 Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan infrstruktur yang terdapat di sekolah merupakan kemudahan
bagi memudahkan aktiviti pendidikan jasmani guru-guru dan murid-murid.
kemudahan yang terdapat di SK Kem Terendak 2 ialah seperti padang,
gelanggang dan stor sukan.
Sekolah ini mempunyai padang yang kecil di mana ianya sesuai untuk aktiviti
gelanggang pada satu-satu masa sahaja. Terdapat satu gelanggang badminton lama
dan padang sekolah dijadikan sebagai padang bola jaring. Padang yang kecil di
sekolah ini tidak menjadikan masalah kepada warga Sk Kem terendak 2 kerana warga
sekolah boleh menggunakan padang yang terdapat di kawasan kem. Bagi aktiviti
balapan, sekolah ini juga menggunakan padang kem.
Padang sekolah
padang kem terendak.
3.2 Stor Sukan
Bagi stor sukan, stor sukan sekolah ini hanya 1 bar. Ini bermakna, stor ini kecil.
Walau bagaimanapun, stor ini dalam keadaan bersih dan kemas. Segala peralatan
sukan dilabelkan dan kedudukan peralatan memudahkan murid untuk
mendapatkannya.
3.2 Peralatan sukan yang terdapat di dalam stor ini adalah seperti :
Gelung rotan, skitel, bola sepak, bola jaring, bola takraw, bola baling, bola
keranjang, alatan softball, kayu dan bola hoki, tali skipping, pundi kacang, alatan
badminton seperti raket dan bulu tangkis
Berikut merupakan gambar-gambar peralatan yang terdapat di SK Kem Terendak :
Gelung Rotan Kayu Hoki
Bola Sepak Bola Baling
Bola keranjang Bola tampar
3.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahan bantu mengajar merupakan alat untuk digunakan oleh para guru untuk
mengajar mata pelajaran PJ di dalam kelas. Biasanya guru akan menggunakan BBM
semasa bermulanya penggal persekolahan, semasa hari hujan, dan sebagainya. ini
kerana, penggunaan BBM biasanya digunakan di dalam kelas sahaja. Ada juga BBM
digunakan semasa di luar bilik darjah. BBM membantu murid untuk lebih memahami
P&P pada hari tersebut.
Di sekolah ini, BBM bagi mata pelajaran pendidikan jasmani tidak banyak namun
ianya cukup membantu untuk memberi kefahaman kepada murid. Murid-murid juga
lebih menjalani kelas pendidikan jasmani di luar kelas berbanding di dalam kelas.
Antara bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran pendidikan jasmani :
3.5 Kepakaran dalam bidang kejurulatihan
Menurut penyelaras pendidikan jasmani En. Ad. Mutalib B. Yahya, beliau berkata
bahawa Sk Kem Terendak 2 merupakan sekolah yang aktif dalam sukan bola sepak,
balapan dan olahraga. Ini kerana, setiap guru di sekolah tersebut mempunyai
kepakaran dalam bidang kejurulatihan semasa melatih murid-murid. Buktinya, sekolah
ini telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola baling peringkat Alor Gajah, Melaka.
Walaupun sekolah ini mendapat tempat keempat dalam pertandingan ini, namun,
pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik kerana mereka mampu mara ke
peringkat separuh akhir. Ini membuktikan kepakaran guru-guru dalam bidang olahraga
mampu menjadi jurulatih yang hebat bagi murid-murid khususnya dalam bidang
kesukanan.
Semasa kejohanan bola baling peringkat daerha Alor Gajah