Transcript
Page 1: Mampukah Malaysia Menjadi Negara Maju Pada Tahun 2020

Mampukah Malaysia Menjadi Negara Maju pada tahun 2020?

Pada 21 tahun dahulu (1991), Perdana Menteri Ke-4 Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, telah mengumumkan satu wawasan yang sangat penting untuk perjalanan ekonomi negara dalam tempoh masa 30 tahun mendatang iaitu wawasan 2020. Saya percaya semua sedia maklum mengenai misi dan visi wawasan 2020 iaitu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang mengikut acuan sendiri. Dalam usaha untuk mencapai negara Maju, Pertumbuhan ekonomi haruslah konsisten pada kadar purata 7% setahun sepanjang tempoh 30 tahun. Pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang 21 tahun selepas wawasan ini diumumkan.

Pada 8 tahun pertama, impian seolah-olah menjadi kenyataan apabila pertumbuhan ekonomi negara berkembang sangat pesat dimana mencatatkan pertumbuhan purata antara 8% setahun. Namun, cuaca tidaklah selalunya cerah apabila pada penghujung 1997, kebanyakan negara Asian, tidak terkecuali Malaysia, mengalami krisis kewangan yang sanagt dahsyat.Tempias krisis ini amat dirasai oleh Malaysia dan telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang negetif pada suku pertama 1998. Indek komposit negara jatuh menjunam, pengangguran meningkat. Tindakan pantas kerajaan telah berjaya memulihkan ekonomi negara. Namun, pertumbuhan ini bukanlah seperti yang diinginkan kerana pertumbuhan purata ekonomi selepas krisis ini adalah sekitar 5% setahun sahaja iaitu jauh dari pertumbuhan yang diperlukan dalam mencapai wawasan 2020.

Pada 2008, sekali lagi krisis ekonomi berlaku. Namun, krisis ini melibatkan peringkat global. satu persatu syarikat gergasi dunia seperti General Motor tumbang dalam krisis ini. Malaysia turut merasai kesan krisis ini. Walaubagaimanapun, kesannya tidaklah seteruk krisis kewangan asian 1997 kerana Malaysia telah matang dan belajar dari krisis yang lepas. Pertumbuhan ekonomi negara berkembanag dengan kadar yang perlahan yang mana sekali lagi mampu mengganggu gugat pencapaina wawasan 2020.

Dari hurain di atas, sangat jelas menunjukkan Malaysia menghadapi pelbagai rintangan yang tidak dapat dikawal dalam usaha mencapai wawasan 2020. Terdapat banyak lagi faktor-faktor penghalang yang tidak diterangkan secara terperinci dalam catatan ini yang telah dan akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara seperti krisis minyak 2005, kestabilan politik, tenaga buruh mahir di Malaysia dan sebagainya. Apa yang lebih malang lagi, kini Malaysia telah termasuk dalam perangkap pendapatan sederhana tinggi. Dengan berbaki tidak sampai 9 tahun, boleh kah kita mencapai wawasan 2020.

Saya percaya pelbagai usaha kerajaan seperti dasar ekonomi baru, program tranformasi kerajaan, program transformasi ekonomi dan RMK-10 mampu melonjakkan ekonomi negara untuk mencapai negara Maju walaupu bukan pada tahun 2020. Harus diingat, salah satu kriteria ciri negara maju adalah pendapatn perkapita rakyat sebanyak US$ 14,000 dan pada tahaun 2010 pendapatn perkapita rakyat Malaysia adalah US$7000. Teras dasar ekonomi baru iaitu, berpendatan tinggi,

Page 2: Mampukah Malaysia Menjadi Negara Maju Pada Tahun 2020

keterangkuman dan lestari haruslah dizahirkan agar semua usaha untuk mencapai negara maju dapat dirasai oleh semua lapisan mayarakat.

Mampukah Malaysia Mencapai Wawasan 2020

“Melayu lemah berpecah kepada 3 parti, sudah pasti tidak menguntungkan bangsa Melayu dan Negara ini”, Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammed.

Adakah Melayu akan Merempat Ditanah Air Sendiri

Jika Hilang Kuasa Politik & Ekonomi, akibat berkonflik atas idealogi masing2.

Selepas mengajar para Mahasiswa dan siswi terhadap Issues In Modern Malaysia fokus minggu ini The Relationship between Malaysia and Philippines-Lahad Datu, so far most of them mulai jelik dgn senario politik negara.Mereka faham dan amat bimbang terhadap masa hadapan Negara khususnya melihat perpecahan dari kalangan pemimpin Melayu. Harapan mereka adalah sepatutnya selepas PRU13, negara ini aman,damai,tenteram kesemua Wakil Rakyat(MPs) fokus untuk bekerja untuk negara dan rakyat, namun harapan anak-anak muda ini kian tergugat, bila mana senario kempen politik ketika PRU13 masih berterusan.

Sesudah saya memberikan penjelasan berkaitan aspek Keselamatan Negara Isu Lahad Datu adalah isu serius dan semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga keamanan negara merentasi idealogi politik, rakyat, bangsa dan agama.Mereka juga difahamkan dengan isu kedualatan negara tidak boleh dicerobohi atau ditawan oleh mana-mana individu,militan atau penganas kerana negara berkaitan telah berdaulat serta merdeka.

Saya juga fahamkan mereka berkaitan peranan CEO dalam organisasi seperti MENDEF dan PDRM yang tangani isu Lahad Datu dengan bijak serta berani, membuat kenyataan media,sidang media termasuk Menteri Pertahanan,Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara.Pelajar didedahkan sebagai CEO kita perlu bertindak cepat dan bertanggungjawab terhadap pengurusan krisis, hubungan dengan media perlu dijaga, stakeholders perlu diberikan penjelasan segera dan berterusan.

Saya juga menjelaskan apa kesan dan pengistiharaan Darurat dalam situasi cemas, sebenarnya pada ketika tentera dan PDRM atau pihak keselamatan akan ambil alih negara atas nasihat Yang Dipertuan Agong atas nasihat YAB Perdana Menteri.Namun saya menyedarkan Mahasiswa dan siswi dalam keadaan jenayah perang, seperti di Bosnia, Iraq amat tragis dan menakutkan, kes bunuh tawanan, rogol bergilir2 dan kedudukan negara,ekonomi,politik dan sosial tidak akan stabil malahan untuk membina semula tamadun serta pembangunan fizikal seperti sedia kala amat sukar.

Akhirnya kami menyedari bahasa kuasa Melayu telah hilang diMalaysia Politik tergugat,kuasa ekonomi juga terlepas tangan, yang ada hanyalah istilah “Melayu Merempat Ditanah Air Sendiri”.Kami semua menyedari isu kehilangan kuasa Melayu bukan salah kaum lain, tapi salah kaum sendiri, memandangkan perpecahan dari kalangan pemimpin, CEO dan rakyat Melayu terlalu kritikal.Sebagai tindakan kami amat mengharapkan YAB Perdana Menteri Malaysia, sebagai seorang pemimpin yang bersifat penyayang,sabar,berjiwa negarawaan mampu memujuk kesemua pemimpin

Page 3: Mampukah Malaysia Menjadi Negara Maju Pada Tahun 2020

Melayu termasuk Ketua Pembangkang, agar menyelesaikan kemelut dan masa hadapan Melayu yang sedang tergugat, jangan kerana idealogi politik kita orang Melayu hilang segalanya, yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

Tahniah Mahasiswa anda mampu berfikir diluar kotak pemikiran biasa you are the best...amin Semoga YAB PM mendengar dan memberikan ruang untuk kita berhadapan dgn beliau pada masa yang sesuai untuk menghuraikan hasrat hati kita WE LOVE YOU PM....kami cintai kedamaian Malaysia.Bersatulah wahai pemimpin Melayu, jadilah contoh kepada ummat lain

Wawasan 2020, mampukah Malaysia mencapai negara maju dengan perubahan sistem pendidikan 2013-2025?

Guru kamulah penyinar dalam hidupku,

Setiap ilmu yang kau berikan kepadaku,

Akan aku kenang buat selama-lamanya,

Tanpa guru gelaplah hidupku,

11 anjakan ubah sistem pendidikan? Itulah yang dibentangkan dan dilancarkan oleh Perdana Menteri kita bagi menaik taraf dan memperbaiki sistem pendidikan di negara kita dalam Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Persoalanya mampukah sistem pendidikan yang baharu ini mengubah anak bangsa lebih berdedikasi dan berdikari dan bagaimana penerimaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan baharu yang diperkenalkan.

11 anjakan yang bakal dilaksanakan di dalam PPPM 2013-2025

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Page 4: Mampukah Malaysia Menjadi Negara Maju Pada Tahun 2020

Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

Mengupa JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Tranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

Berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Melalui pelan yang baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ini terdapat 3 golongan yang menunjukkan reaksi terhadap Pelan Pendidikan yang baharu ini. Pertama ialah golongan yang menerima pelan ini. Mereka menerima Pelan Pendidikan yang baharu ini kerana menganggap pelan ini dapat mendidik anak mereka menjadi lebih cermelang dari sebelum ini tidak kira fizikal dan rohani. Kedua ialah golongan yang menentang atau tidak menerima pelan baharu ini. Mereka menganggap pelan ini tidak mampu dicapai dan takut kerana tidak percaya anak mereka dapat mengadaptasi pelan yang baharu ini. Terdapat juga golongon Cina dan India yang tidak menerima kerana takut akan kedudukan sekolah jenis Cina dan India akan dihapuskan. Ketiga ialah golongan yang dianggap seperti lalang. Mereka hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan tanpa menyuarakan apa-apa pendapat. Jika Pelan Pendidikan Baharu dilaksanakn atau tidak mereka tidak ambil kisah.

Bagi menjayakan hasrat kerajaan kita sebagai ibu bapa dan guru harus berkerjasama menjayakan impian kerajaan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bertaraf dunia seimbang dengan dunia yang semakin mencabar. Janganlah kita hanya pandai mengkritik sahaja sebelum mendapat penjelasan dan kesahihan terlebih dahulu. Semoga Pelan Pendidikan yang baharu ini dapatlah melahirkan anak bangsa yang dapatberbakti kepada negara dan juga ibu bapa.


Recommended