i
PENGUASAAN GURU TERHADAP STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KBSM DALAM MATA PELAJARAN PERDAGANGAN
TINGKATAN EMPAT
NOR AZMA BINTI HAJI MD. SALEH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2010
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala
pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Salawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.
Buat suami tercinta
Azean bin Hj Ibrahim
Terima kasih di atas pengorbananmu. Merelakan isterimu belajar demi masa
depan kita bersama. Sesungguhnya kau lah segalanya.
Buat bondaku dan Allahyarham ayahanda yang dikasihi
Hajjah Non Binti Harun
Haji Md. Saleh Bin Tan
Tiada apa yang mampuku bicarakan, hanya doamu mengiringi setiap detik
perjalanan hidup ini. Walaupun kesedihan mengelubungi ketika kau melangkah
pergi wahai ayahdaku, namun harapanmu untuk melihat ku mengecapi kejayaan kini
telah ku tunaikan jua.
Buat ayahanda dan Allahyarhamah bonda mertuaku
Haji Ibrahim Bin Haji Abdullah
Hajjah Norah Binti Johari
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu
diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu kini telah ku tunaikan
jua dan buat kekanda- kekanda ku terima kasih atas segalanya. Segala pengorbanan
dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan
dan kenangan kita sekeluarga. Semoga Allah memberi taufik serta hidayah dan
membuka pintu RahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah S.W.T dan salam atas Nabi Muhamad S.A.W serta keluarga dan para
sahabat. Dengan Taufik dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan
kajian ini.
Setinggi penghargaan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Yahya Bin
Buntat selaku penyelia projek ini atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat
yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang
yang professional terhadap tugas yang diamanatkan kepadanya.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Dr. Rohana Binti Hamzah kerana
sudi memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan soalan kaji selidik. Begitu juga ucapan
terima kasih ini ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan yang
turut memberi tunjuk ajar yang berguna dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada guru Mata Pelajaran Perdagangan
di sekolah menengah sekitar Johor Bahru kerana telah memberikan kerjasama dalam
menyelidik dan menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek ini.
Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar,
sumbangan, idea, dan pendapat bagi menjayakan projek ini.
Terima Kasih
Wassalam
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan guru dalam pengajaran
Mata Pelajaran Perdagangan Tingkatan Empat di daerah Johor Bahru. Seramai 43
orang guru terlibat sebagai responden kajian. Penguasaan guru yang dikaji adalah
dari segi elemen tahap pengetahuan terhadap isi pengajaran, pendekatan integratif
dan strategi pengajaran–pembelajaran KBSM, pendekatan integratif dan strategi
kesepaduan, pendekatan dan strategi kesinambungan dan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam pedagogi bestari. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik
adalah α=0.991. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
For Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan
dan nilai min. Hasil kajian menunjukkan semua elemen penguasaan guru yang dikaji
berada pada tahap yang tinggi. Ini bermakna guru-guru Perdagangan tingkatan empat
di daerah Johor Bahru menguasai pengajaran Mata Pelajaran Perdagangan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research to identify the level of teacher’s mastery in
teaching and learning commerce subject for form 4 students in Johor Bahru district.
The respondents for this study consisted of 43 teachers. The focus of this study is to
find out the level of teacher’s knowledge in teaching content, approach and learning
KBSM strategy, integrative approach and corporate strategy, approach and continuity
strategy and teaching and learning of the pedagogy intelligent. The reliability value
for the questionnaire item was α=0.991. The data of this study was analyzed using
the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 15.0 software to obtain the
frequency, percentage and mean. Outcome of this study showed that all the element
teacher’s mastery is at the high level. That mean, commerce form 4 teacher’s in
Johor Bahru district are mastery in teaching and leaning commerce subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRAC vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
viii
1.3 Penyataan masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Penguasaan 10
1.9.2 Pengetahuan 10
1.9.3 Guru Perdagangan 11
1.9.4 Pengajaran 11
1.9.5 Pengetahuan Isi Pelajaran 11
1.9.6 Kemahiran 12
1.9.7 Pendekatan 12
1.9.8 Strategi 13
1.10 Kesimpulan 13
BAHAGIAN DUA
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Ulasan-ulasan Kajian Lepas 14
2.3 Guru Berkuali Merangsang Minda 16
2.4 Kaedah dan Teknik Pengajaran 17
2.5 Pendekatan dan Strategi 18
2.6 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 19
2.6.1 Mengajar Dengan Cara Yang Berkesan 20
2.6.2 Kaedah Pengajaran 21
2.7 Teknik Pengajaran 23
2.7.1 Ciri-ciri Pendekatan 23
Pengajaran dan Pembelajaran
ix
2.8 Konsep Strategi 25
2.9 Kesimpulan 26
BAHAGIAN TIGA
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 28
3.5.1 Soal Selidik 28
3.5.2 Bahagian A:Latar
Belakang Responden 29
3.5.3 Bahagian B:Persoalan Kajian 29
3.6 Kesahan Soal Selidik 33
3.7 Kajian Rintis 34
3.8 Prosedur Kajian 35
3.9 Analisis Data 35
3.10 Kesimpulan 36
BAHAGIAN EMPAT
IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Bahagian A 37
4.2.1 Analisis Dapatan kajian 37
Dan Perbincangan
4.2.2 Analisis Taburan Bilangan Guru 38
x
Mengikut Jantina
4.2.3 Analisis Taburan Guru 38
Mengikut Bangsa
4.2.4 Analisis Taburan Guru 38
Berdasarkan Kelulusan Ikhtisas
4.2.4 Analisis Taburan Guru 39
Berdasarkan Pengkhususan
Sebelum Mendapat
LatihanPerguruan.
4.2.5 Analisis Taburan Guru Berdasarkan 39
Pengalaman Mengajar
4.3 Bahagian B 40
4.3.1 Analisis Penguasaan 40
Guru Dalam Pengajaran
Mata Pelajaran Perdagangan
Tingkatan Empat
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 1 41
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 2 44
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 3 46
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 4 49
4.3.6 Analisis Persoalan Kajian 5 52
4.4 Kesimpulan 54
BAHAGIAN LIMA
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 56
5.2.1 Rumusan Bahagian A: 57
Latar Belakang Responden
5.2.2 Rumusan Bahagian B: Persoalan Kajian 57
xi
5.3 Perbincangan 59
5.3.1 Persoalan Kajian 1 60
5.3.2 Persoalan Kajian 2 61
5.3.3 Persoalan Kajian 3 63
5.3.4 Persoalan Kajian 4 65
5.3.5 Persoalan Kajian 5 66
5.4 Cadangan 68
5.4.1 Pihak Pentadbiran Sekolah 68
5.5 Kesimpulan 69
BIBLIOGRAFI 71
BAHAGIAN ENAM LAMPIRAN
Lampiran A – G
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Menunjukkan Beberapa Ringkasan 19
Perbandingan Mengenai
Kaedah, Teknik, Pendekatan dan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
2.2 Perkara Yang Harus 25
Diberi Perhatian Semasa
Merancang Strategi Pengajaran
3.1 Taburan Item Soal Selidik 30
Mengikut Latar Belakang Guru
3.2 Pembolehubah-Pembolehubah Yang 31
Digunakan Dalam Kajian
3.3 Taburan Item Soal Selidik 32
Mengikut Persoalan Kajian
3.4 Set Skala Likert 33
3.5 Analisis Skor Min 36
3.6 Penentuan Tahap Peratusan 36
3.7 Skala Pemeringkatan 37
4.1 Analisis Taburan Bilangan Guru 39
Mengikut Jantina
4.2 Taburan Guru Mengikut Bangsa 39
4.3 Analisis Taburan Guru Berdasarkan 40
Kelulusan Ikhtisas
xiii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.4 Taburan Guru Mengikut Pengkhususaan 40
Sebelum Mendapat Latihan Perguruan
4.5 Taburan Guru Berdasarkan 41
Pengalaman Mengajar
4.6 Taburan Responden Mengenai Tahap
Penguasan Pengetahuan
Tentang Isi Pengajaran
Mata Pelajaran Tingkatan 4
4.7 Taburan Responden Terhadap Penguasaan 43
Pendekatan Integratif dan Strategi Pengajaran –
Pembelajaran KBSM Dalam Pengajaran
4.8 Taburan responden terhadap penguasaan 45
pendekatan dan strategi Kesepaduan
dalam pengajaran subjek perdagangan.
4.9 Taburan responden terhadap penguasaan 48
pendekatan dan strategi Kesinambungan
dalam pengajaran subjek perdagangan
4.10 Taburan responden terhadap penguasaan 50
Strategi Pengajaran – Pembelajaran
Dalam Pedagogi Bestari
4.11 Perbandingan Min Dari Aspek 53
Persoalan Kajian Yang Telah Dianalisis
xiv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kaedah Mengajar Memusat
Kepada Guru
1.2 Kaedah Mengaajaran Memusatkan
Kepada Murid
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
BBM Bahan Bantu Mengajar
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 74
B Surat Pengesahan Soalan Selidik 81
C Nilai Alpha Cronbach Kajian rintis 83
D Nilai Alpha Cronbach Setiap 84
Item Bahagian B
E Surat Pengesahan EPRD 86
F Surat Pengesahan Jabatan 87
Pendidikan Johor (JPN)
G Surat Kebenaran UTM 88
1
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Strategi Pengajaran-Pembelajaran di Peringkat sekolah menengah
mengemukakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran berlandaskan kepada rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang telah digubal berdasarkan kepada Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Negara. Pengubalan KBSM yang berhasrat untuk melahirkan pelajar-
pelajar berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani adalah berdasarkan perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) dan merupakan kesinambungan
daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Matapelajaran Perdagangan merupakan matapelajaran elektif bagi peringkat
menengah rendah dalam rancangan KBSM selaras dengan falsafah untuk
mewujudkan insan harmoni dan seimbang. Matapelajaran Perdagangan digubal
dengan mengambil kira hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. (Sukatan
Pelajaran Perdagangan, 1990)
.
2
Matapelajaran ini bertujuan untuk memberi pendidikan Perdagangan dan
Keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menerapkan prinsip-
prinsip dan amalan-amalan positif bagi membantunya menjadi insan yang
bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang
keputusan, yakin diri, sangup berdikari dan berani menghadapi persaingaan dalam apa
juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah yang jujur untuk kesejahteraan diri,
masyarakat dan negara. Dengan mempelajari matapelajaran ini, pelajar akan
memperolehi persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran mereka ke
peringkat yang lebih tinggi ataupun menceburi diri dalam pelbagai bidang kerjaya,
khasnya yang berkaitan dengan perindustrian dan perniagaan ( Sukatan Pelajaran
Perdagangan, 1990).
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan sempurna sebelum memasuki kelas. Ini
termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak
dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian
yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingat ialah tentang pendidikan islam atau
penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar. Ini kerana melalui proses pengajaran
dan pembelajaran guru boleh memberi kata-kata motivasi seperti nasihat, pesanan dan
apakah nilai yang perlu diserap supaya pelajar dapat ikut dan mencontohi di dalam
kehidupan mereka. Menurut An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih
kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman
pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan
pelajar.
Penyampaian pengajaran guru di dalam bilik darjah di sekolah mempunyai impak
yang mendalam terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Bagi seseorang yang
baru menjejakkan kakinya dalam arena pengajaran konsep pendekatan, strategi, kaedah
serta teknik pendidikan pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Keberkesanan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak
3
(1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah –kaedah yang paling sesuai bagi
membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang
dirancangkan.
Terdapat dua perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan
kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan
ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran
serta mempunyai unsur aksiomatik. Aksiomatik ialah penyataan yang dianggap benar
tanpa memerlukan sebarang bukti dan alasan.
Kaedah pengajaran pula menurut Mok Song Sang (1992), cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Pendapat ini disokong
oleh Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam
mengelolakan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Mengikut Azman Wan Chik (1987), teknik ialah apa yang dilihat dalam bilik
darjah. Sebagai contoh guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi
canggih dalam makmal bahasa. Walau bagaimanapun, mengikut pandangan daripada
Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada muslihat, atau strategi,
atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif
pelajaran secara optimum.
Kaedah pengajaran yang baik ialah mempunyai langkah-langkah dan strategi
yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang
hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Keberkesanaan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995),
guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi
4
membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang
dirancangkan.
Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan
berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru
dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran
untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Ramai pelajar berpendapat Perdagangan adalah matapelajaran yang sukar di
kuasai (Mohd Saim Bin Selamat,1992). Ini bergantung kepada pelajarnya. Terdapat
banyak sekolah suka menawarkan matapelajaran ini kepada pelajar yang kurang pintar
terutamanya pelajar aliran sastera. Biasanya pelajar yang baik di sesebuah sekolah akan
dimasukkan ke dalam sains atau dipindahkan ke sekolah lain. Bakinya akan tinggal di
sekolah itu akan ditawarkan mata pelajaran ini. (Mohd Saim Bin Selamat, 1992).
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1999), Melalui Matapelajaran
Perdagangan Tingkatan 4 dan 5 (Jabatan Pendidikan Teknikal, 1999) kandungan isi
pelajaran Perdagangan telah digabungkan bersama isi pelajaran Pengajian
Keusahawanan. Ini telah menyebabkan pihak guru berpendapat kandungan matapelajaran
ini terlalu banyak yang hendak disampaikan. Kesannya guru terpaksa mengajar dengan
cara yang tersendiri untuk menghabiskan sukatan Matapelajaran Perdagangan Tingakatan
Empat dalam masa yang ditetapkan. Cara yang paling mudah ialah cara syarahan atau
pun mengarahkan pelajar membacanya sendiri sahaja. (Mohd Saim Bin Selamat, 1992).
5
Guru mengambil mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa alat
bantu mengajar sebagai sumber pengajaran dan pembelajarannya. Ini akan menyebabkan
pelajar terus hilang untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabila tiba masa
kelas Perdagangan. Menurut Lee Ming (2001), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara tetapi terdapat
sebilangan guru masih gagal mengaplikasikan dengan berkesan sehingga menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan.
Menurut Mohd Saim Bin Selamat (1992), dalam kajiannya guru mengarahkan
pelajar menjawab latihan yang terdapat di buku teks sahaja. Fakta dalam buku teks juga
terlalu banyak dan terlalu terperinci. Sebagai contoh kandungan dokumen perniagaan
dalam negeri, segala syarat bayaran dan angkutan. Menurut Abdul Rahim bin Abdul
Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar dalam Matapelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri
seperti berikut iaitu guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya
pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap,
penghayatan dan apresiasi sesuatu mata ppelajaran dalam kehidupan pelajar.
Guru –guru Matapelajaran Perdagangan yang terlibat perlu mendalami dan
menerokai pengetahuan-pengetahuan baru yang berkaitan dengan pembelajaran
Perdagangan serta mempunyai minat terhadap pembelajaran dan pengajaran bagi
mendapat kesan yang baik pada pelajar. Pengetahuan yang cetek tentang perkara yang
hendak disampaikan akan melahirkan perasaan gugup apabila dipersembahkan kepada
pelajar. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Daid
dalam Berita Harian 3hb September 1998, menyatakan guru bukanlah semata-mata perlu
memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripada itu guru-guru perlu memahami
dan menyelami kehendak pelajar termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar.
6
Pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan khususnya Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dalam sesuatu peperiksaan merupakan satu perkara yang
dijadikan sebagai rujukan atau kayu ukur kepada seluruh masyarakat sama ada berjaya
atau tidaknya sesuatu proses pengajaran pembelajaran yang telah dilaksanakan di
sekolah. Namun menurut Mohd Saim Bin Selamat (1992), sepanjang pengalaman
menjadi pemeriksa kertas perdagangan, kekeliruan calon menjawab kertas ini adalah
disebabkan oleh a) calon tidak tahu langsung jawapannya b) calon keliru dengan
kehendak soalan. Sebab utama yang dikenalpasti disebabkan faktor pengajaran guru dan
cara pembelajaran calon.
1.3 Penyataan Masalah
Terdapat persepsi pelajar bahawa subjek Perdagangan adalah matapelajaran yang
susah dan hanya pelajar yang pandai boleh mengusainya. Ini kerana isi pelajaran yang
diajar oleh guru Perdagangan mengandungi banyak fakta yang perlu diingati. Tambahan
juga ada segolongan murid-murid berpendapat fakta-fakta tersebut seakan-akan sama dan
ini telah mengelirukan pelajar untuk mengingat semua faktar-faktar tersebut.
Malah guru sendiri berpendapat kandungan matapelajaran ini juga terlalu banyak
yang hendak disampaikan. Akibatnya dari awal lagi pelajar merasa takut untuk
mengambilnya. Guru pula terpaksa mengajar dengan cara yang tersendiri untuk
menghabiskan sukatannya dalam tempoh yang ditetapkan. Cara yang mudah ialah cara
syarahan atau pun mengarahkan pelajar membaca sendiri sahaja. Ini akan menyebabkan
pelajar terus hilang minat untuk berlajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabila tiba
masa kelas Perdagangan.
Penguasaan guru dalam bidang Mata Pelajaran Perdagangan ini amat penting bagi
menarik minat pelajar. Oleh hal yang demikian kajian ini akan melihat aspek penguasaan
7
guru dari sudut tahap penguasaan pengetahuan guru terhadap isi pelajaran, tahap
penguasaan guru terhadap pendekatan Integratif dan Strategi Pengajaran – Pembelajaran
KBSM, tahap penguasaan guru terhadap Pendekatan Integratif dan Strategi Kesepaduan,
tahap penguasaan guru terhadap Pendekatan dan Strategi Kesinambungan dan tahap
penguasaan guru terhadap Strategi Pengajaran – Pembelajaran Dalam Pedagogi Bestari
dalam pengajaran Mata Pelajaran Perdagangan.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti tahap penguasaan pengetahuan guru terhadap isi pelajaran
Matapelajaran Perdagangan tingkatan empat.
2. Mengenalpasti tahap penguasaan guru terhadap pendekatan Integratif dan Strategi
Pengajaran – Pembelajaran KBSM dalam pengajaran Matapelajaran Perdagangan
tingkatan empat.
3. Mengenalpasti tahap penguasaan guru terhadap Pendekatan Integratif dan Strategi
Kesepaduan dalam pengajaran Matapelajaran Perdagangan tingkatan empat.
4. Mengenalpasti tahap penguasaan guru terhadap Pendekatan dan Strategi
Kesinambungan dalam pengajaran Matapelajaran Perdagangan tingkatan empat .
5. Mengenalpasti tahap penguasaan guru terhadap Strategi Pengajaran – Pembelajaran
Dalam Pedagogi Bestari dalam pengajaran Matapelajaran Perdagangan tingkatan
empat.
8
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah Tahap Penguasaan Pengetahuan guru terhadap Isi Pelajaran
Matapelajaran Perdagangan Tingkatan Empat?
2. Apakah tahap penguasaan guru terhadap Pendekatan Integratif dan Strategi
Pengajaran –Pembelajaran KBSM dalam pengajaran Matapelajaran Perdagangan
tingkatan empat?
3. Apakah tahap penguasaan guru terhadap Pendekatan Integratif dan Strategi
Kesepaduan dalam pengajaran Matapelajaran Perdagangan tingkatan empat?
4. Apakah tahap penguasaan guru terhadap Pendekatan dan Strategi Kesinambungan
dalam pengajaran Matapelajaran Perdagangan tingkatan empat?
5. Apakah tahap penguasaan guru terhadap Strategi Pengajaran – Pembelajaran
Dalam Pedagogi Bestari bagi Matapelajaran Perdagangan tingkatan empat?