Tujuan Penyediaan Penyata Aliran Tunai
- Penyata Aliran Tunai merupakan salah satu komponen yang
terdapat dalam penyata kewangan yang mana ia menerangkan
tentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan
tunai.
- Melalui penyata ini, aliran kendalian, pelaburan, dan pembiayaan
dapat dikenalpasti secara lebih jelas.
- Penyata ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan berlaku perubahan baki tunai yang dimiliki
syarikat bermula dari tempoh permulaan sehingga ke tempoh
akhir dalam sesuatu laporan yang dibuat
Faedah Penyata Aliran Tunai kepada Pengguna
- Dari segi kegunaan aliran tunai, ia berfungsi menentukan masa
dan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik
pinjaman.
- Dalam masa yang sama, pengguna dapat mengawal jumlah
pinjaman agar tidak terlalu banyak dan terlalu cepat.
- Selain itu, ia membantu perniagaan untuk membayar hutang
dengan cepat agar dapat mengurangkan kos kadar bunga
pinjaman.
- Kedudukan Aliran tunai yang baik, perniagaan dapat dimajukan
dengan berpeluang untuk mendapatkan bantuan khidmat
nasihat daripada pegawai dari institusi kewangan dengan
mudah.
- Ini adalah kerana penyata aliran tunai yang lengkap dan jelas
akan dapat memudahkan pegawai institusi kewangan untuk
mengenalpasti kaedah terbaik untuk membantu memajukan
perniagaan tersebut.
- Bagaimanapun, penyata aliran tunai tidak dapat dijadikan
rujukan bagi membuat anggaran keuntungan yang bakal
diperoleh kerana ia tidak menyatakan susut nilai dan nilai
inventori yang dimiliki syarikat.
Komponen Penyata Aliran Tunai
- Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai,
iaitu:
a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian /operasi
merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil
perusahaan dan aktiviti lain, selain dari aktiviti
pelaburan dan pembiayaan.
b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan
Aliran masuk dan keluar tunai daripada
pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang,
serta pelaburan lain.
a) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan –
Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti
yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi
modal ekuiti dan pinjaman perusahaan