7/29/2019 PJM 3106 Sistem Sendi
1/7
3.0 OBJEKTIF
Dapat mengenalpasti jenis-jenis otot, tulang rangka, fungsi sendi dan jenis
pergerakan yang telah dipilih dalam permainan bola baling.
Dapat menghasilkan ilustrasi yang releven dengan kemahiran yang dipilihdalam bola baling.
Dapat memahami, mengolah, dan mengaplikasikan apa yang telah diperlajari.
Dapat memahami peranan tulang dan otot yang terlibat dalam permainan bola
baring.
Dapat melakukan kemahiran asas dalam permahiran bola baling dengan cara
dan teknik yang betul.
Dapat menjelaskan tentang perkaitan antara otot-otot utama yang terlibat dalammelakukan pergerakan kemahiran asas bola baling.
Dapat menghubungkaitkan perkaitan antara interaksi otot rangka dengan
sistem sendi yang terlibat.
Mengelakkan kecerdaran tulang atau otot melalui pemahaman dalam bidang
anatomi dan fisiologi.
7/29/2019 PJM 3106 Sistem Sendi
2/7
6.0 SISTEM SENDI
6.1 Struktur Sendi
Sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dan tulang.
Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan perubahan
kedudukan tubuh. Fungsi sendi adalah bergantung kepada strukturnya.
Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan, semakin kuat sendi tersebut.
Namun pergerakannya agak terbatas. Sebaliknya pula, jika longgar hubungan
pada titik pertemuan, maka semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan.
Terdapat 3 jenis sendi iaitu :
Sendi fibrous ( Synarthroses ) Sendi kartilagenous ( Ampiarthroses )
Sendi Sinovial ( Diarthroses )
I. Sendi fibrous (Synarthroses )
Sendi fibrous tidak mempunyai kaviri sendi. Tulang dicantumkan
oleh membran fibrous. Sendi synarthroses berlaku apabila dua
tulang dicantum dengan kuat oleh tisu pengikat kolagenous.Contohnya antara tulang radius dengan ulna. Jenis cantuman ini
kerap kali dikenali sebagai cantuman ligamentous.
II. Sendi kartilagenous ( Ampiarthroses )
Sendi ini tidak mempunyai kaviti sendi dan rawan fibrous atau
rawan hialine mencantumkan kedua-dua tulang. Sendi
sinkondrosis mencantumkan batang tulang panjang dengan
epifisis serta 10 pasang tulang rusuk yang pertama kepada
sternum. Ia melibatkan rawan hailine sebagai bahan percantuman.
7/29/2019 PJM 3106 Sistem Sendi
3/7
III. Sendi Sinovial ( Diarthroses )
Sendi ini membenarkan pergerakan yang bebas dan mempunyai
kaviti cantuman, membran sinovial, bendalir sinovail dan ligamen-
ligamen sokongan. Permukaan cantuman licin dan diselaputi oleh
kartilage untuk pergerakan yang mudah. Terdapat 6 jenis sendi
sinovial, iaitu :
Sendi lesung
Sendi engsel
Sendi kondil
Sendi pangsi / paksi
Sendi gelungsur
Sendi pelana
SENDI PERNYATAAN
Sendi lesung
- Sendi ini membolehkan tulang
bergerak ke semua arah serta
membuat putaran.
Sendi engsel
- Sendi ini membolehkan tulang
bergerak ke satu arah sahaja.
7/29/2019 PJM 3106 Sistem Sendi
4/7
Sendi kondil
- Sendi ini membolehkan tulang
bergerak ke semua arah.
Sendi pangsi / paksi
- Sendi ini adalah persambungan
dua tulang. Tulang pertama alan
berputar manakala tulang yang
kedua akan berada di kedudukan
statik.
Sendi gelungsur
- Sendi ini membolehkan
pergerakan kecil pada tulang.
Sendi pelana
- Sendi ini membolehkan tulang
bergerak pada dua arah.
7/29/2019 PJM 3106 Sistem Sendi
5/7
6.2 Fungsi Sendi
Fungsi Contoh Sendi Contoh Pergerakan
Tidak bargerak( Synarthroses )
1. Sutur antara tulang-tulang
tengkorak.2. Sendi antara gigi dengan
maksila dan mandibel.
3. Kartilej epifiseal dan garisan
episeal.
4. Sendi antara tulang radius
dengan ulna.
Tiada pergerakan
Gerakan terhad
( Ampiarthroses )
1. Artikulasi distal antara tibia
dengan fibula.
2. Sisfisis pubis.
3. Artikulasi antara turus vertebra
( cakera intervetebra).
Pergerakan yang terhad
Gerakan bebas
( Diarthroses )
1. Sendi lesung
sendi bahu
sendi pinggul
Rotasi
Sirkumduksi
2. Sendi engsel
Sendi siku dan lutut.
Fleksi
Ekstensi
Hiperekstensi
Abduksi
Adduksi
3. Sendi kondil
Persendian di pergelangan
tangan dan pergelangan
kaki.
Sendi antara metakarpal dan
meratarsal.
Semua pergerakan
bersudut fleksi
Ekstensi
sirkumduksi Abduksi
Adduksi
7/29/2019 PJM 3106 Sistem Sendi
6/7
4. Sendi pangsi / paksi
Sendi antara ulna dan
radius.
Sendi antara atlas dantengkorak.
Pronasi dan supinasi
rotasi
5. Sendi gelungsur
Sendi antara tulang tarsal.
Antara tulang karpal.
Sendi antara klavikel dan
sternum
Antara kartilej tulang rusuk
kedua hingga ketujuh dan
sternum.
Pergerakan adalah
secara mendatar ke
hadapan atau ke
belakang dan ke kiri
atau ke kanan.
6. Sendi pelana
Sendi pada bahagian
bawah ibu jari tangan.
Fleksi
Ekstensi
sirkumduksi Abduksi
Adduksi
7/29/2019 PJM 3106 Sistem Sendi
7/7
RUJUKAN
Buku sumber sain sukan .(n.d). Sendi Berdasarkan Strktur.
http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/bs_ssukan/bs_ssukan_t4_5d.pdf
dilayari pada 25.2.2013.
Jonathan Rutland. (1976). Tubuh Manusia. London : Grisewood & Dempsey Ltd.
Kenneth S. Saladin. (2008). Human Anatomi second edition. Amerika, New York :
The McGraw-Hill Companies, Inc.
Lee Ching , Jeya Arunasalam. (2007). SPM Boilogy. Shah Alam Selangor : Arah
Pendidikan Sdn Bhd.
Lum How Kee. (1982). KursusAmali Biologi Pra-Universiti buku 2. Selangor Darul
Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mazlan.(2012) .Sistem sendi.http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-
sistem-sendi.htmldilayari pada 25.2.2013.
W D Phillips , T J Chilton. (1989).A-level Biology revised edition. New York : Oxford
University Press, Great Clarendon Street, Oxford OX2 6DP.
Zaireey Khairuddin. (2011). Sendi. http://www.zairedin.com/2011/03/sendi.html
dilayari pada 25.2.2013.
http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/bs_ssukan/bs_ssukan_t4_5d.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/bs_ssukan/bs_ssukan_t4_5d.pdfhttp://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-%09sistem-sendi.htmlhttp://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-%09sistem-sendi.htmlhttp://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-%09sistem-sendi.htmlhttp://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-%09sistem-sendi.htmlhttp://www.zairedin.com/2011/03/sendi.htmlhttp://www.zairedin.com/2011/03/sendi.htmlhttp://www.zairedin.com/2011/03/sendi.htmlhttp://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-%09sistem-sendi.htmlhttp://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-%09sistem-sendi.htmlhttp://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/bs_ssukan/bs_ssukan_t4_5d.pdfRecommended