494
PROSES PENERAPAN ASPEK IBADAH
DALAM KAUNSELING
Salasiah Hanin Hamjah,
Zainab Ismail, Adawiyah Ismail
Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
&
Noor Shakirah Mat Akhir
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia
ABSTRAK
Ibadah merupakan amalan-amalan agama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim bagi
membuktikan ketaatannya kepada Pencipta. Malah tujuan penciptaan manusia di muka
bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Menyedari hal ini, para pengamal
kaunseling melihat terdapat keperluan untuk menerapkan elemen ibadah dalam kaunseling
sebagai salah satu kaedah menyelesaikan masalah klien. Justeru itu, kajian ini dilakukan
bagi mengenal pasti latar belakang pengetahuan ibadah klien yang mengikuti sesi
kaunseling, mengenal pasti hubungan masalah klien dengan ibadah, mengenal pasti jenis
ibadah yang sesuai diterapkan dalam sesi kaunseling, mengenal pasti peringkat yang sesuai
diterapkan ibadah dan mengenal pasti kemahiran kaunseling yang sesuai diaplikasikan oleh
kaunselor dalam usaha menerapkan ibadah dalam kaunseling. Kajian ini juga bertujuan
membina model proses penerapan ibadah dalam kaunseling. Reka bentuk kajian ini ialah
kajian tinjauan. Kaedah pemilihan sampling dilakukan secara convenience (N=30). Data
dikumpul melalui instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil
kajian mendapati terdapat enam langkah yang perlu dilakukan oleh kaunselor dalam
menerapkan aspek ibadah dalam kaunseling.
Keywords : ibadah, kaunseling, peringkat kaunseling, kemahiran kaunseling, enam
langkah
PENGENALAN
Banyak kajian di Barat membuktikan bahawa agama adalah perkara penting dalam
kehidupan manusia. Manusia yang tidak menitikberatkan aspek agama dalam kehidupan
mempunyai lebih kecenderungan untuk mengalami kecelaruan emosi, tekanan,
kebimbangan dan pelbagai masalah kecelaruan mental (mental disorder) yang lain (Wang
et al. 2015; Stecz & Kocur 2015; McKenzie et al. 2015).
Menyedari perkara ini terdapat keperluan untuk menerapkan elemen agama dalam sesi
kaunseling kerana kaunseling dijalankan bagi mencapai kesejahteraan hidup manusia.
Dalam kaunseling, penerapan elemen agama juga bukanlah suatu perkara baharu. Telah
banyak usaha dilakukan bagi menerapkan elemen agama seperti spiritual dalam kaunseling
untuk mempertingkatkan keberkesanan sesi kaunseling yang dijalankan. Contohnya kajian
yang dilakukan oleh Corey (2003) mendapati bahawa masalah klien mempunyai perkaitan
dengan agama dan spiritualiti malah agama dan spiritualiti boleh berperanan sebagai
kaedah mengatasi masalah klien. Agama dan spiritualiti boleh memainkan peranan penting
495
dalam kehidupan manusia dan aspek ini tidak boleh diabaikan. Selain itu, kajian yang
dilakukan oleh Day (2010) menunjukkan bahawa agama dan spiritualiti menyumbang
kepada kepuasan hidup, efikasi personal, kejayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran
dan kepuasan kendiri. Richards & Bergin (1998) turut menjelaskan bahawa kaunselor pada
masa kini perlu menerapkan elemen agama dan spiritual dalam kaunseling. Kaunselor
dalam konteks ini perlu diberikan latihan bagi menambah kemahiran berurusan dengan hal
berkaitan jantina, bangsa, kepelbagaian, tanggungjawab dan seumpamanya bagi
meningkatkan sensitiviti kaunselor terhadap klien yang mempunyai orientasi agama dan
spiritual.
Salah satu komponen agama yang perlu diterapkan dalam sesi kaunseling selain aspek
kerohanian dan spiritual ialah aspek ibadah. Ini kerana ibadah adalah merupakan salah satu
komponen penting dalam ajaran Islam selain akidah dan akhlak (Salasiah & Noor Shakirah
2014; Zaydan 2000; al-Bagha 1997; Musa 1984; al-Ghazali 2000). Walau bagaimanapun
bagi menerapkan aspek ibadah dalam kaunseling, seorang kaunselor perlu meneliti terlebih
dahulu langkah-langkah yang perlu dilalui. Ini bagi membantu kaunselor mengenalpasti
keperluan menerapkan aspek ibadah dalam sesi kaunseling. Ia juga membantu kaunselor
untuk membuat pertimbangan adakah dengan menerapkan aspek ibadah dapat membantu
klien mengatasi masalahnya dengan lebih berkesan.
Adalah menjadi satu cabaran kepada kaunselor Muslim pada masa kini untuk menerapkan
aspek ibadah dalam kaunseling. Hal ini berlaku sedemikian kerana kaunselor perlu
mempunyai kompetensi dalam menerapkan aspek ibadah. Kaunselor perlu mempunyai
ilmu asas mengenai ibadah dalam Islam seperti mengetahui jenis-jenis ibadah, cara
melaksanakan ibadah, hukum melakukan ibadah, syarat sah dan syarat wajib sesuatu ibadah
dilakukan dan sebagainya . Tidak mungkin kaunselor boleh memotivasikan seorang klien
untuk melakukan sesuatu ibadah sedangkan kaunselor sendiri tidak melakukannya. Ini juga
mempunyai kaitan dengan ilmu dakwah dan keberkesanannya di mana seorang pendakwah
perlu menjadi contoh kepada orang yang didakwah dan mereka tidak boleh memperkatakan
sesuatu yang mereka sendiri tidak melakukannya sebagaimana firman Allah SWT (Surah
al-Saf (61) ayat 3) ;
أن تقولوا ما ل تفعلون كبر مقتا عند للاه
Maksudnya :
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak
melakukannya.
Menjadi contoh teladan yang baik kepada klien terutamanya dalam melakukan kebaikan
dan menuruti perintah Allah dan Rasul adalah merupakan antara perkara yang perlu
diberikan perhatian oleh kaunselor. Ini kerana dalam konteks ini kaunselor adalah
berperanan sebagai pendakwah. Pendakwah yang menunjukkan contoh teladan yang baik
akan memotivasikan sasaran dakwah (mad’u) untuk turut melakukan amal kebajikan
sepertinya (Mahmud 1994). Selain itu, kaunselor juga perlu mempunyai pengetahuan
berkaitan kesan baik amalan ibadah dan implikasinya terhadap kehidupan manusia.
Kaunselor perlu mengetahui hikmah pensyariatan sesuatu amalan ibadah supaya dapat
meyakinkan klien mengapakah mereka perlu taat kepada segala perintah Allah dan
menjauhi segala larangan-Nya (al-Zuhaily 2010).
496
METOD KAJIAN
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai
alat pengumpulan data. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada 30 orang
kaunselor yang mendapat pendidikan dalam bidang kaunseling sama ada di peringkat
ijazah, sarjana mahupun doktor falsafah. Responden juga merupakan pengamal kaunseling
di sekitar Lembah Klang. Pemilihan responden dilakukan secara kesenangan
(convenience). Kajian rintis telah dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan instrumen
kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS untuk mendapatkan nilai alpha
cronbach. Melalui kaedah ini, setiap pemboleh ubah kajian telah diuji nilai alpha cronbach.
Nilai alpha cronbach bagi keseluruhan pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian ini ialah
0.972. Oleh kerana nilai alpha cronbach bagi semua pemboleh ubah melebihi 0.6, maka
instrumen kajian ini mempunyai ketekalan dan kebolehpercayaan yang boleh diterima.
Data-data daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan SPSS dan dipersembahkan
dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif antaranya untuk mengenal pasti latar
belakang pengetahuan ibadah klien yang mengikuti sesi kaunseling, mengenal pasti
hubungan masalah klien dengan ibadah, mengenal pasti jenis ibadah yang sesuai diterapkan
dalam sesi kaunseling, mengenal pasti peringkat yang sesuai diterapkan ibadah dan
mengenal pasti kemahiran kaunseling yang sesuai diaplikasikan oleh kaunselor dalam
usaha menerapkan ibadah dalam kaunseling. Akhirnya kajian ini bertujuan membina model
proses penerapan ibadah dalam kaunseling berdasarkan dapatan kajian.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan oleh seorang
kaunselor bagi menerapkan aspek ibadah dalam kaunseling. Antara proses tersebut ialah
mengenal pasti latar belakang pengetahuan ibadah klien sama ada klien mempunyai
pengetahuan yang sedikit tentang ibadah ataupun klien tiada pengetahuan langsung
mengenai ibadah. Kajian ini mendapati nilai min paling tinggi pada item “saya menerapkan
ibadah apabila klien ada sedikit kefahaman mengenai ibadah’ (min=4.30), diikuti item
“saya menerapkan ibadah apabila klien langsung tidak faham mengenai ibadah”
(min=4.23) dan item “saya menerapkan ibadah apabila klien benar-benar memahami
ibadah cuma untuk memperingatkan sahaja” (min=4.20).
Jadual 1: Mengenal pasti Latar Belakang Pengetahuan Ibadah Klien
Pengetahuan ibadah klien Sanga
t
Tidak
Setuj
u
Tida
k
setuj
u
Tidak
pasti
Setuju Sangat
setuju
Min
Saya menerapkan ibadah
apabila klien ada sedikit
kefahaman mengenai
ibadah
0
0.0%
0
0.0%
1
3.3%
19
63.3%
10
33.3%
4.30
497
Saya menerapkan ibadah
apabila klien langsung tidak
faham mengenai ibadah
0
0.0%
1
3.3%
2
6.7%
16
53.3%
11
36.7%
4.23
Saya menerapkan ibadah
apabila klien benar-benar
memahami ibadah cuma
untuk memperingatkan
sahaja
0
0.0%
1
3.3%
2
6.7%
17
56.7%
10
33.3%
4.20
Sumber : Soal selidik 2010
Kaunselor perlu melalui proses seterusnya dalam menerapkan ibadah dalam kaunseling
iaitu kaunselor perlu mengenalpasti hubungan masalah klien dengan ibadah. Ini bagi
mengukuhkan pendirian kaunselor tentang kepentingan menerapkan aspek ibadah dalam
kaunseling. Sebagai contoh, kaunselor perlu mengenalpasti adakah punca masalah klien
adalah disebabkan mereka tidak mendirikan solat. Kajian ini mendapati kaunselor bersetuju
masalah klien mempunyai hubungan dengan ibadah klien (min=4.27). Kaunselor juga
bersetuju bahawa masalah klien seperti masalah keluarga dan rumahtangga (min=4.23),
masalah peribadi (min=4.20) dan masalah kewangan (min=4.00) mempunyai kaitan
dengan amalan ibadah klien.
Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila klien tidak mengamalkan ibadah dalam kehidupan
mereka, kecenderungan untuk menghadapi masalah dalam keadaan tidak tenang dan penuh
kegelisahan adalah lebih besar. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh
Carter & Rashidi (2003) yang menjelaskan bahawa solat boleh menjadi sumber ketenangan
dan kebahagiaan. Solat juga boleh dijadikan kaedah asas yang efektif dalam menangani
gangguan fikiran (mental illness).
Jadual 2 : Mengenal pasti Hubungan Masalah Klien dengan Ibadah
Hubungan masalah
klien dengan ibadah
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju Sangat
setuju
Min
- Saya
berpendapat,
masalah klien
mempunyai
hubungan
dengan amalan
ibadah
1
3.3%
0
0.0%
2
6.7%
14
46.7%
13
43.3%
4.27
- Masalah
keluarga selalu
dikaitkan
dengan ibadah
1
3.3%
0
0.0%
1
3.3%
17
56.7%
11
36.7%
4.23
- Masalah
rumahtangga
selalu dikaitkan
dengan ibadah
1
3.3%
0
0.0%
1
3.3%
17
56.7%
11
36.7%
4.23
- Masalah
peribadi selalu
1
3.3%
1
3.3%
0
0.0%
17
56.7%
11
36.7%
4.20
498
dikaitkan
dengan ibadah
- Masalah
kewangan selalu
dikaitkan
dengan ibadah
1
3.3%
1
3.3%
3
10.0%
17
56.7%
8
26.7%
4.00
Sumber : Soal selidik 2010
Kaedah seterusnya yang dilakukan oleh responden dalam kajian ini ialah mengenal pasti
jenis ibadah yang sesuai diterapkan dalam sesi kaunseling. Dapatan menunjukkan ramai
responden menerapkan ibadah berdoa terhadap klien (min=4.23) diikuti membaca al-Quran
(min=4.20), solat fardu (min=4.07), berselawat ke atas nabi (min=4.03), zikir (min=3.90),
solat hajat (min=3.40), solat taubat (min= 3.33 ), puasa (min= 3.30), solat tahajjud
(min=3.30), solat sunat awwabin (min=2.50) dan mengerjakan haji (min=2.47).
Jadual 3 : Mengenal pasti Jenis Ibadah yang Sesuai Diterapkan dalam Kaunseling
Jenis-jenis ibadah Tidak
pernah
Sekali
sekala
Kadang-
kadang
Biasany
a
selalu Min
- Saya
menerapkan
ibadah
berdoa
terhadap
klien
0
(0.0%)
0
(0.0%)
6
(20.0%)
11
(36.7%)
13
(43.3%)
4.23
- Saya
menerapkan
ibadah
membaca
Al-Quran
terhadap
klien
1
(3.3%)
1
(3.3%)
2
(6.7%)
13
(43.3%)
13
(43.3%)
4.20
- Saya
menerapkan
ibadah solat
fardu
terhadap
klien
0
(0.0%)
2
(6.7%)
5
(16.7%)
12
(40.0%)
11
(36.7%)
4.07
- Saya
menerapkan
ibadah
berselawat
ke atas Nabi
Muhammad
terhadap
klien
1
(3.3%)
1
(3.3%)
5
(16.7%)
12
(40.0%)
11
(36.7%)
4.03
- Saya
menerapkan
ibadah
berzikir
1
(3.3%)
1
(3.3%)
7
(23.3%)
12
(40.0%)
9
(30.0%)
3.90
499
terhadap
klien
- Saya
menerapkan
ibadah solat
sunat hajat
terhadap
klien
2
(6.7%)
4
(13.3%)
8
(26.7%)
12
(40.0%)
4
(13.3%)
3.40
- Saya
menerapkan
ibadah solat
sunat taubat
terhadap
klien
1
(3.3%)
6
(20.0%)
10
(33.3%)
8
(26.7%)
5
(16.7%)
3.33
- Saya
menerapkan
ibadah
puasa
terhadap
klien
3
(10.0%)
6
(20.0%)
5
(16.7%)
11
(36.7%)
5
(16.7%)
3.30
- Saya
menerapkan
ibadah solat
sunat
tahajjud
terhadap
klien
1
(3.3%)
6
(20.0%)
7
(23.3%)
15
(50.0%)
1
(3.3%)
3.30
- Saya
menerapkan
ibadah solat
sunat
awabin(sebe
lum dan
selepas solat
fardu )
terhadap
klien
8
(26.7%)
7
(23.3%)
9
(30.0%)
4
(13.3%)
2
(6.7%)
2.50
- Saya
menerapkan
ibadah haji
terhadap
klien
10
(33.3%)
6
(20.0%)
6
(20.0%)
6
(20.0%)
2
(6.7%)
2.47
Sumber : Soal selidik 2010
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh kaunselor dalam menerapkan aspek ibadah dalam
kaunseling ialah dengan mengenal pasti peringkat dalam proses kaunseling yang sesuai
diterapkan aspek ibadah. Kajian ini mendapati kebanyakan kaunselor menerapkan aspek
ibadah dalam kaunseling di peringkat penamatan dan susulan (min=3.70), diikuti peringkat
pemilihan strategi dan pelan tindakan (min=3.67), peringkat membina matlamat
(min=3.57) dan peringkat penerokaan masalah (min=3.17). Dapatan ini menunjukkan
500
peringkat yang sesuai untuk diterapkan aspek ibadah adalah pada peringkat pertengahan
sesi atau pada peringkat akhir. Peringkat ini difikirkan oleh kaunselor adalah peringkat
yang sesuai kerana pada peringkat ini hubungan mesra dan perasaan saling mempercayai
antara kaunselor dan klien telah terbina.
Dapatan ini menunjukkan bahawa penerapan ibadah lebih sesuai diterapkan di peringkat
pertengahan terutama di peringkat pemilihan strategi dan pelan tindakan kerana pada waktu
ini kaunselor membantu klien merancang strategi yang hendak diambil, tindakan yang
sesuai dilakukan di samping memperjelaskan matlamat yang ingin dicapai dan (Sapota et
al. 2002; Maznah & Zainal 2003). Dalam konteks ini, kaunselor boleh menjadikan ibadah
sebagai salah satu strategi bagi mengatasi masalah.
Contohnya dalam kes yang berkaitan dengan membuat pilihan jodoh, klien boleh
disarankan supaya mendirikan solat istikharah. Dalam kes yang berkaitan dengan klien
yang sering mengalami kegelisahan dan kurang ketenteraman jiwa walaupun banyak harta
dan pengaruh, klien boleh disarankan supaya mengerjakan solat hajat atau menjaga solat
lima waktu. Kesan positif akan berlaku kepada klien yang diterapkan ibadah sebagai
tugasan yang perlu dilakukan di luar sesi kaunseling. Sebagai contohnya Encik Norazman
Amat (2007), Ketua Kaunselor di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
mengakui bahawa berlaku perubahan positif kepada kliennya di mana jiwa klien tersebut
telah menemui bahagia yang dicari-cari selama ini setelah melakukan ibadah dalam
kehidupannya;
Memang ada kesannya. Contoh macam kes cari bahagia. Daripada dia seorang yang sukar
nak sembahyang, akhirnya dia tahu untuk melakukannya dengan senang dan mudah, dia
mahu melakukannya, syarat pertama ialah hatinya terbuka untuk melakukannya dan yang
paling menggembirakan saya, dia bukan setakat mampu melakukan ibadah-ibadah wajib
tetapi dah mula melakukan ibadah-ibadah sunat, solat tahajjud, solat taubah, solat
apa..hajat..kemudian dengan dia dah boleh sembahyang tasbih, sudah berjinak dengan
membaca al-Quran dan akhirnya datang ke Pusat Kaunseling semula dan dia maklumkan
kepada kita “ Ustaz, saya dah dapat dah bahagia yang sebenarnya. Inilah bahagia yang
saya cari-cari”(Salasiah 2008; Salasiah 2016).
Peringkat yang paling kurang diterapkan elemen ibadah dalam kaunseling ialah peringkat
penstrukturan. Peringkat ini memang kurang sesuai diterapkan mengenai ibadah kerana
kaunselor mempunyai beberapa tugasan penting di peringkat ini seperti menjelaskan
mengenai masa yang diambil bagi setiap sesi kaunseling, mengenai etika kerahsiaan,
membina kepercayaan dan sebagainya (Noraini Ahmad 2003; Corey et al. 2003; Neukrug
2003; Ibrahim 2002).
Menerapkan aspek ibadah di peringkat penstrukturan juga didapati kurang sesuai kerana
pada peringkat awal ini kaunselor dan klien sedang membina rapport dan kepercayaan
antara satu sama lain. Jika dilakukan juga boleh menunjukkan kaunselor kurang bijaksana
dalam menyampaikan dakwah. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh al-Bayanuni
(1990) bahawa berdakwah perlu dengan hikmah. Hikmah itu bermakna, berdakwah perlu
menggunakan uslub yang sesuai dengan keadaan sasaran dan meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Uslub hikmah itu terdapat pada aspek pendekatan isi, bentuk persembahan isi
dan pemilihan saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan dakwah.
501
Jadual 4 : Peringkat Penerapan ibadah dalam Kaunseling
Peringkat dalam proses
kaunseling
Tidak
pernah
Sekali
sekala
Kadang
-kadang
Biasany
a
selalu Min
- Saya menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling pada
peringkat penamatan
dan susulan
2
6.7%
3
10.0%
4
13.3%
14
46.7%
7
23.3
%
3.70
- Saya menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling pada
peringkat pemilihan
strategi dan pelan
tindakan
1
3.3%
4
13.3%
4
13.3%
16
53.3%
5
16.7
%
3.67
- Saya menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling pada
peringkat membina
matlamat
3
10.0%
5
16.7%
1
3.3%
14
46.7%
7
23.3
%
3.57
- Saya menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling pada
peringkat penerokaan
masalah
5
16.7%
7
23.3%
2
6.7%
10
33.3%
6
20.0
%
3.17
Sumber : Soal Selidik 2010
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh kaunselor dalam menerapkan aspek ibadah
dalam kaunseling ialah dengan mengenal pasti kemahiran kaunseling yang sesuai
diaplikasikan supaya perbincangan mengenai ibadah dapat dilakukan tanpa menyinggung
sensitiviti kedua-dua pihak. Hasil kajian mendapati kemahiran yang paling banyak
digunakan oleh responden ialah kemahiran refleksi pengalaman (min=3.57), diikuti
kemahiran membuat rumusan besar (min=3.43), kemahiran membuat rumusan kecil
(min=3.37), kemahiran menyoal (min=3.33), kemahiran melakukan refleksi isi (min=3.30),
kemahiran refleksi emosi (min=3.30), kemahiran para frasa (min=3.30), kemahiran
melakukan dorongan minima (min=3.30) dan kemahiran konfrantasi (min=3.00).
Kemahiran refleksi pengalaman didapati merupakan kemahiran yang paling banyak
digunakan oleh kaunselor bagi menerapkan aspek ibadah dalam sesi kaunseling.
Kemahiran refleksi pengalaman ialah satu kemahiran bagaimana kaunselor membuat
refleksi terhadap pengalaman yang berupa tingkah laku atau perasaan klien semasa sesi
berjalan, yang mengiringi kenyataan atau apa yang diperkatakan oleh klien. Refleksi ini
biasanya dilakukan oleh kaunselor setelah memerhati gerak geri tubuh badan klien semasa
sesuatu pengalaman diceritakan (Ibrahim 2002). Dalam hal ini kaunselor perlu
memerhatikan gerak geri tubuh badan klien, cara duduk yang berubah-ubah, nada suara,
pernafasan, titisan air mata, keluhan, air muka dan lain-lain semasa klien memperkatakan
sesuatu.
Setelah melakukan refleksi pengalaman kaunselor dalam situasi ini boleh menyarankan
kepada klien untuk melakukan ibadah bagi mengatasi keresahan atau apa jua perasaan yang
502
dihadapinya seperti memintanya memperbanyakkan membaca al-Quran, mengerjakan solat
malam seperti tahajjud, hajat dan taubat. Kaunselor boleh juga memberikan tips dalam
membaca al-Quran dengan menghuraikan pandangan al-Ghazali (2000) yang
mencadangkan umat Islam agar membaca al-Quran dengan penghayatan. Orang yang
membaca al-Quran dengan penghayatan terutamanya apabila meneliti makna ayat-ayat al-
Quran akan terasa di hatinya seolah-olah yang dibacanya itu ditujukan kepada dirinya
sendiri tidak kiralah sama ada ianya berupa suruhan atau larangan Allah SWT. Malah jika
dia membaca tentang kisah-kisah nabi dan umat terdahulu, dia segera mengambil
pengajaran.
Selain itu, kemahiran membuat rumusan juga sesuai dilakukan dalam proses menerapkan
aspek ibadah dalam kaunseling. Hal ini disebabkan sewaktu kaunselor membuat rumusan,
kaunselor akan menonjolkan perkara-perkara penting atau tema-tema utama. Selain itu,
kaunselor juga akan mengingatkan klien tentang perkara yang perlu dilakukan selepas sesi,
merumuskan kembali keseluruhan perkara atau hal yang dibincangkan dan yang telah
dipersetujui bersama (Ibrahim 2002; Zuria & Salleh 2015). Sewaktu membuat rumusan,
kaunselor boleh mengingatkan klien berkaitan tugasan yang perlu dilakukan di luar sesi
kaunseling seperti mengerjakan solat malam (qiyamullail), membaca al-quran, berzikir,
puasa dan sebagainya.
Jadual 5 : Kemahiran kaunseling dan Penerapan ibadah
Penerapan ibadah dan
masalah yang dihadapi
Tidak
pernah
Sekali
sekala
Kadang-
kadang
Biasany
a
Selal
u
Min
- Saya menggunakan
kemahiran refleksi
pengalaman untuk
menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling
2
6.7%
4
13.3%
5
16.7%
13
43.3%
6
20.0
%
3.57
- Saya menggunakan
kemahiran membuat
rumusan besar untuk
menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling
4
13.3%
3
10.0%
5
16.7%
12
40.0%
6
20.0
%
3.43
- Saya menggunakan
kemahiran membuat
rumusan kecil untuk
menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling
4
13.3%
3
10.0%
7
23.3%
10
33.3%
6
20.0
%
3.37
- Saya menggunakan
kemahiran menyoal
untuk menerapkan
aspek ibadah dalam
sesi kaunseling
3
10.0%
5
16.7%
6
20.0%
11
36.7%
5
16.7
%
3.33
- Saya menggunakan
kemahiran refleksi
isi untuk menerapkan
4
13.3%
6
20.0%
3
10.0%
11
36.7%
6
20.0
%
3.30
503
aspek ibadah dalam
sesi kaunseling
- Saya menggunakan
kemahiran refleksi
emosi untuk
menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling
4
13.3%
6
20.0%
3
10.0%
12
40.0%
5
16.7
%
3.27
- Saya menggunakan
kemahiran membuat
parafrasa untuk
menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling
3
10.0%
7
23.3%
7
23.3%
8
26.7%
5
16.7
%
3.17
- Saya menggunakan
kemahiran membuat
dorongan minima
untuk menerapkan
aspek ibadah dalam
sesi kaunseling
6
20.0%
5
16.7%
5
16.7%
8
26.7%
6
20.0
%
3.10
- Saya menggunakan
kemahiran membuat
konfrantasi untuk
menerapkan aspek
ibadah dalam sesi
kaunseling
6
20.0%
4
13.3%
8
26.7%
8
26.7%
4
13.3
%
3.00
Sumber : Soal Selidik 2010
Selepas melalui proses tersebut, kaunselor perlu meneliti kembali kesemua proses yang
dilalui (muhasabah). Muhasabah dilakukan supaya kaunselor dapat meneliti kembali tahap
ilmu pengetahuan agama klien, jenis ibadah, peringkat dan kemahiran kaunseling yang
sesuai digunakan serta dipadankan pula dengan jenis kes klien. Muhasabah ini penting bagi
menambah pengetahuan aplikasi ibadah dalam kalangan kaunselor serta membantu
kaunselor mengenalpasti aspek-aspek yang perlu dilakukan penambahbaikan pada masa
hadapan bagi meningkatkan keberkesanan kaunseling dalam membantu klien mengatasi
masalahnya.
PROSES PENERAPAN IBADAH DALAM KAUNSELING
Hasil kajian ini mendapati bahawa kaunselor perlu melalui beberapa langkah dalam proses
menerapkan aspek ibadah dalam kaunseling. Sebagai rumusan, proses tersebut dapat
digambarkan sebagai berikut;
504
Rajah : Model Proses Penerapan Ibadah dalam kaunseling
PENUTUP
Kajian ini mendapati beberapa kaedah perlu dikenalpasti terlebih dahulu oleh kaunselor
sebelum menerapkan aspek ibadah dalam kaunseling. Langkah-langkah ini adalah seperti
mengenal pasti latar belakang pengetahuan ibadah klien, mengenal pasti hubungan masalah
klien dengan ibadah, mengenal pasti jenis ibadah yang sesuai diterapkan dalam sesi
kaunseling, mengenal pasti peringkat yang sesuai diterapkan ibadah dan mengenal pasti
kemahiran kaunseling yang sesuai bagi menerapkan ibadah dalam kaunseling. Hasil kajian
juga mendapati aspek ibadah penting untuk diterapkan dalam kaunseling kerana masalah
klien didapati mempunyai kaitan dengan amalan ibadah mereka. Kajian juga mendapati
kemahiran kaunseling penting untuk diaplikasikan sewaktu menerapkan aspek ibadah
dalam kaunseling. Mengenal pasti peringkat dalam proses kaunseling juga penting bagi
meneliti kesesuaian penerapan ibadah dalam kaunseling kerana jika salah tempat dan masa
penerapannya kemungkinan boleh menjejaskan hubungan rapport dengan klien dan
menghilangkan komitmen klien untuk bersikap aktif dalam mengendalikan masalahnya.
Hasil kajian ini berpotensi memberi implikasi yang besar dalam dunia kaunseling kerana
ia boleh menjadi panduan asas kepada kaunselor muslim tentang kaedah penerapan aspek
ibadah dalam kaunseling. Ia juga memberi impak yang besar kepada pemikiran kaunselor
bahawa aspek ibadah adalah aspek yang perlu diberikan perhatian dalam kaunseling, bukan
aspek yang perlu dikesampingkan daripada amalan kaunseling. Justeru itu, anjakan
paradigma dalam amalan kaunseling perlu segera dilakukan. Kaunselor-kaunselor muslim
wajar menerapkan aspek agama dalam kaunseling bagi memantapkan lagi perkhidmatan
yang diberikan tanpa mengenepikan teori dan amalan kaunseling Barat yang tidak
bercanggah dengan ajaran Islam.
Mengenal pasti
latar belakang
pengetahuan ibadah
Klien
Muhasabah
(meneliti
keseluruhan
proses)
Mengenalpasti
Kemahiran
kaunseling yang
sesuai digunakan
Mengenalpasti
peringkat
penerapan
ibadah
Mengenal pasti
jenis ibadah
yang sesuai
diterapkan
Mengenal
pasti
hubungan
masalah Klien
dengan ibadah
PROSES
PENERAPAN
IBADAH DALAM
KAUNSELING
505
Acknowledgement
This research received a grant from the National University of Malaysia (Universiti
Kebangsaan Malaysia). Project Code UKM-GGPM-CMNB-027-2010 and AP-2014-020.
RUJUKAN
Al-Bagha, Mustafa Dib. 1997. Nizam al-Islam fi al-Aqidah wa al-Akhlaq wa al-Tasyri’.
Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu’asir.
Al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. 1990. al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Da‘wah, Beirut :
Muassasah al-Risalah.
Carter, David. J & Rashidi Anahita. 2003. Teoretical Model of psychotherapy : Eastern
Asian-Islamic Women with mental illness. Journal of Health care for Women
International. 24: 399-413
Corey, G. 2003. Issues & Ethics in the counselling profession (6th ed) Pasific Grove,
CA:Books/Cole.
Corey, G.; Corey MS. & Callanan P. 2003. Issues & Ethics in the Helping Profession.
United States : Brooks/Cole Thomson Learning.
Day, J.M. 2010. Religion, spirituality, and positive psychology in adulthood: A
developmental view. J. Adult Dev., 17, 215–229.
Al-Ghazali. 2000. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Kaherah : Dar al-Taqwa li al-Turath.
Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mahmud, ‘Ali ‘Abd al-Halim. 1994. Fiqh al-Da‘wah al-Fardiyyah. Cet. Ketiga. Al-
Mansurah: Dar al-Wafa’ Li al-Tiba’ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi‘.
Maznah Baba dan Zainal Madon. 2003. Kaunseling Individu, Panduan Membimbing
Individu secara Praktikal dan Berkesan, Bentong Pahang : PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd
McKenzie, MM ; Modeste, NN ; Marshak, HH & Wilson, C . 2015.
Religious Involvement and Health-Related Behaviors Among Black Seventh-Day
Adventists in Canada. Health Promotion Practice. 16(2): 264-270.
Musa, Muhammad Ali. 1984. Al-Islam Din al-Insaniyyah. Beirut: Alam al-Kutub.
Neukrug, Ed. 2003. The World of The Counselor An Introduction to the Counseling
Profesion. USA : Brooks / Cole-Thomson Learning.
Noraini Ahmad. 2003. Konsep dan Amalan Kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Norazman Amat. 2007. Pelaksanaan Kaunseling di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan, Seremban. Temu bual, 2 Februari.
Richards, P.S. & Bergin, A.E. 1998. A Spiritual Strategy for Counseling and
Psychotherapy. Washington : American Psychological Association.
Salasiah Hanin Hamjah. 2008. Pendekatan Da’wah al-Irsyad al-Nafsiyy menurut al-
Ghazali : Satu Kajian di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(PKMAINS). Tesis Doktor Falsafah. Pulau Pinang : Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Salasiah Hanin Hamjah & Noor Shakirah Mat Akhir. 2014. Islamic Approach in
Counseling. Journal of Religion and Health. Vol 53. No 1 : 279-289
506
Salasiah Hanin Hamjah. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut al-Ghazali.
Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa & Pustaka.
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh dan Hapsah Md Yusof. 2002. Kaunseling Individu.
Petaling Jaya : Prentice Hall.
Stecz, P & Kocur, J. 2015. Religiousness, Religious Coping with Illness, and Psychological
Function Among Polish Elderly Patients with Osteoarthritis Undergoing
Arthroplasty. Journal of Religion & Health. 54 (2):554-570
Wang, ZZ ; Koenig, HG ; Zhang, YH ; Ma, WR & Huang, YQ. 2015.
Religious Involvement and Mental Disorders in Mainland China. PLOS ONE,
Volume: 10, Issue: 6 ; e0128800.
Zaydan, ‘Abd al-Karim. 2000. Usul al-Da‘wah, Cet. ke-vii. Beirut: Muassasah al-Risalah.
al-Zuhaily, Wahbah. 2010. Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie. Damsyiq : Dar al-Qalam.
Zuria Mahmud & Salleh Amat. 2015. Kemahiran Kaunseling sebagai Strategi Membantu.
Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.