PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya FAEZAH BINTI SHAMSUDIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
Disahkan oleh
Alamat Tetap:
335, KG. PADANG LALANG, DR. MOHD ANUAR BIN ABD RAHMAN 14120 SIMPANG AMPAT, Nama Penyelia
S.P.S. PULAU PINANG.
Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PENULIS)
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)."
Tandatangan : ……………………….
Nama Penyelia : Dr. Mohd Anuar bin Abdul Rahman
Tarikh : APRIL 2008
PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAEZAH BINTI SHAMSUDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………….
Nama Penulis : Faezah binti Shamsudin
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Ditujukan istimewa buat :
Mak dan Ayah tersayang
Fatimah binti Abd. Hamid dan Shamsudin bin Mahmod
Yang sentiasa berdoa demi kejayaanku,
memahami dan memberi semangat di sepanjang tempoh pengajian ini
Adik-adik yang amat ku kasihi,
Ami, Adik, Aiman, Rauf dan Awi
Yang sentiasa menjadi pembakar semangatku
Tok dan Tok Wan,
Yang amat memahami dan sentiasa kuingati,
Teman-teman seperjuangan,
Meen, Nas, Shila, Alyn, Qistin, Reen, Ijad , Azra, Sulia,
Yang sama-sama mengharungi pahit manis perjuangan
Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian, akan ku kenang
buat selamanya Insya-Allah.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji
Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan
sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan
kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr. Mohd Anuar bin Abdul
Rahman selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan
nasihat yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah
seorang yang profesional terhadap tugasnya.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana telah
memberikan kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi
menjayakan projek ini. Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan
tunjuk ajar serta sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi memohon sepuluh jari memohon maaf
dan ucapan terima kasih tidak terkira. Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat
keberkatan dariNya.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap dan penguasaan
kemahiran, persepsi terhadap penglibatan pensyarah serta rekabentuk dan isi
kandungan e-pembelajaran di kalangan pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan UTM dalam e-pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga dijalankan
untuk mengenal pasti jenis masalah yang paling kerap dihadapi oleh pelajar dalam
menggunakan e-pembelajaran. Seramai 150 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraaan UTM dipilih secara rawak dilibatkan dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Data yang diperolehi
diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS
16.0 For Windows). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap responden
terhadap e-pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Namun begitu,
responden mempunyai penguasaan kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan e-
pembelajaran. Persepsi responden terhadap penglibatan pensyarah dalam e-
pembelajaran serta rekabentuk dan isi kandungan e-pembelajaran pula berada di
tahap sederhana. Selain itu, masalah yang paling kerap dihadapi dalam penggunaan
e-pembelajaran adalah masalah rangkaian internet yang perlahan, ”server down”,
virus dan kemudahan komputer/internet yang terhad. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa tahap sikap responden mempunyai perbezaan yang signifikan
dengan kekerapan penggunaan e-pembelajaran manakala tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara tahap sikap responden dengan jantina dan kursus. Selain itu,
hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
penguasaan kemahiran responden terhadap e-pembelajaran dengan kursus manakala
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran
responden dengan jantina dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran. Ujian korelasi
Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
kemahiran dengan sikap responden terhadap e-pembelajaran.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to identify the level of attitude and mastery skills,
perception towards lecturer’s involvement and also design and contents of e-learning
among students of Technical and Engineering Education Department, Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia in e-learning. Besides that, the research is
also aimed to identify problems faced by students in using e-learning. A total of 150
students from Department of Engineering and Technical Education in UTM were
randomly selected to be the respondents of this study. The research instrument used
in this study is questionnaire. Data obtained from this study was analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS 16.0 For Windows). The research
findings showed that the level of attitude in using e-learning among the respondents
were moderate. However, the respondents possess high level of mastery skills in
using e-learning. The respondents perceived lecturers’ involvement, contents and
design of the e-learning as moderate. Apart from that the most frequent problems
faced by the students in using e-learning are poor internet connection, internet server
down, computer virus and limited internet and computer service available. The
findings also indicated that the level of attitude have significance difference with the
frequency in using e-learning. However, there is no significance difference among
the level of attitude between gender and course in using e-learning. Besides that, the
findings also revealed that the level of mastery skills have significance difference
with course while there is no significance difference between the level of mastery
skills with gender and frequency in using e-learning. While Pearson correlation test
showed that there is significance relation between the levels of mastery skills with
attitude in using e-learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Skop dan Batasan Kajian 13
1.9 Kerangka Konsep Kajian 14
1.10 Definisi Kajian 15
viii
2 SOROTAN PENULISAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Pengenalan E-pembelajaran 19
2.2.1 Penggunaan Istilah dan Ciri-Ciri E-Pembelajaran 20
2.2.2 Mod E-Pembelajaran 21
2.2.3 Mod Pengajaran dan Pembelajaran 22
2.2.4 Penggunaan Web Sebagai Kaedah Pengajaran 22
2.3 E-pembelajaran di UTM 24
2.4 Pendekatan Teori dan Model 26
2.4.1 Teori Pembelajaran Melalui Laman Web 26
2.4.2 Teori e-pembelajaran 28
2.5 Sikap Terhadap E-pembelajaran 29
2.6 Kemahiran dalam E-pembelajaran 31
2.7 Penglibatan Pensyarah dalam E-pembelajaran 32
2.8 Rekabentuk dan Isi Kandungan E-Pembelajaran 33
2.9 Permasalahan dalam Penggunaan E-pembelajaran 35
2.10 Pembolehubah Latar Belakang Responden 37
2.11 Kajian Lepas 39
2.11.1 Kajian Lepas Tempatan 39
2.11.2 Kajian Lepas Luar Tempatan 41
3 METODOLOGI 43
3.1 Pengenalan 43
3.2 Reka Bentuk Kajian 43
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 44
3.4 Instrumen Kajian 44
3.4.1 Bahagian A 45
3.4.2 Bahagian B 45
3.4.3 Bahagian C 45
3.4.4 Bahagian D 46
ix
3.4.5 Bahagian E 46
3.5 Kajian Rintis 48
3.6 Prosedur Kajian 49
3.7 Penganalisisan Data 49 4 ANALISIS DATA 52
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 53
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 56
4.3.1 Tahap Sikap Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan 57
Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi
Malaysia Terhadap E-pembelajaran UTM
4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar 59
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan,
Universiti Teknologi Malaysia Terhadap
E-pembelajaran UTM
4.3.3 Persepsi Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan 61
Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi
Malaysia Terhadap Penglibatan Pensyarah
Dalam Penggunaan E-pembelajaran UTM
4.3.4 Persepsi Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan 63
Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi
Malaysia Terhadap Rekabentuk dan Isi
Kandungan E-pembelajaran UTM
4.3.5 Masalah-masalah yang Dihadapi Oleh Pelajar- 64
pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
di Dalam Menggunakan E-pembelajaran UTM
x
4.3.6 Pengujian Hipotesis 66
4.3.6.1 Hipotesis nol 1 66
4.3.6.2 Hipotesis nol 2 67
4.3.6.3 Hipotesis nol 3 68
4.3.6.4 Hipotesis nol 4 69
4.3.6.5 Hipotesis nol 5 70
4.3.6.6 Hipotesis nol 6 71
4.3.6.7 Hipotesis nol 7 72
4.4 Rumusan Dapatan 73 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 75
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan 75
5.2.1 Sikap Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan 76
Teknik dan Kejuruteraan UTM
Terhadap E-pembelajaran
5.2.2 Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar 76
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
UTM Terhadap E-pembelajaran
5.2.3 Persepsi Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan 78
Teknik dan Kejuruteraan UTM Terhadap
Penglibatan Pensyarah dalam E-pembelajaran
5.2.4 Persepsi Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan 79
Teknik dan Kejuruteraan UTM Terhadap
Rekabentuk dan Isi Kandungan E-pembelajaran
5.2.5 Masalah-masalah Penggunaan E-pembelajaran 80
di Kalangan Pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan UTM
5.3 Rumusan 81
5.4 Cadangan 82
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 84
xi
BIBLIOGRAFI 85
LAMPIRAN 93
Lampiran A – Contoh Set Soal Selidik 93
Lampiran B – Pengesahan Item Soal Selidik 99
Lampiran C – Analisis Kajian Rintis 100
Lampiran D – Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi 103
Krejcie dan Morgan
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perkaitan Antara Ingatan dan Cara Maklumat 27
Disampaikan
3.1 Bilangan Item Mengikut Bahagian, Aspek 46
Penggunaan E-pembelajaran dan Nombor Soalan
3.2 Item-item Masalah Penggunaan E-pembelajaran 47
3.3 Skala Lima Mata Untuk Bahagian C 47
3.4 Skala Likert Untuk Bahagian B dan D 48
3.5 Pengkelasan Tahap Taburan Responden Bagi 50
Tahap Sikap, Penguasaan Kemahiran dan
Persepsi Pelajar Terhadap Penglibatan Pensyarah
Serta Rekabentuk dan Isi Kandungan
E-pembelajaran Berdasarkan Analisis Markat Min
3.6 Penentuan Hipotesis nol Berdasarkan 51
Nilai Signifikan
3.7 Garis Panduan Guilford 51
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep Kajian 14
SENARAI SINGKATAN
CBEST Carlifonia Basic Education Skills Test
CICT Centre of Information and Communication Technology
GNU General Public License
ICT Information and Communication Technology
IDEAL Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh
IRC Internet Relay Chat
IT Information Technology
JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
LMS Learning Management System
MEASAT Malaysia East Satellite
Moodle Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
MSC Multimedia Super Corridor
NRC National Research Council
PJJ Pendidikan Jarak Jauh
S Setuju
SP Sisihan Piawai
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
xiv
TP Tidak Pasti
UiTM Universiti Teknologi Mara
UNITAR Universiti Tun Abdul Razak
UNITEM Universiti Terbuka Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
UPM Universiti Putra Malaysia
WWW World Wide Web
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Contoh Set Soal Selidik 93
B Pengesahan Item Soal Selidik 99
C Analisis Kajian Rintis 100
D Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi 103
Krejcie dan Morgan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelancaran Malaysia East Satellite (MEASAT) dan pelaksanaan Koridor
Raya Multimedia (MSC) pada 1997 telah memperkenalkan masyarakat dari
penggunaan komputer kepada internet, e-perdagangan, kemudian k-ekonomi dan kini
e-pembelajaran atau pembelajaran elektronik. E-pembelajaran merupakan satu
kaedah pembelajaran merujuk kepada sebarang pengajaran untuk penyampaian isi
kandungan, interaksi ataupun pemudahcara dalam pendidikan. Penggunaan internet,
intranet, satelit, tape audio / video, TV interaktif atau CD-ROM merupakan di antara
kaedah pembelajaran e-pembelajaran. Perkhidmatan teknologi hiperteks ini juga
memperkenalkan penggunaan World Wide Web (WWW) menerusi talian internet,
iaitu aplikasi terkini dalam kecanggihan sistem pendidikan di negara kita masa kini.
Berikutan perkembangan teknologi ini, e-pembelajaran menjadi penjana kepada
kaedah pembelajaran terkini termasukkan pendidikan jarak jauh yang diaplikasi
dengan baiknya terutama di pusat-pusat pengajian tinggi.
Di Malaysia, e-pembelajaran masih lagi 'baru' jika dibandingkan dengan
negara-negara barat khasnya di Amerika dimana sesetengah sekolah telah
menjadikan ianya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-
teknik pembelajaran tradisional. E-pembelajaran di negara kita lebih terarah kepada
pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan
diperingkat universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama
2
universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang
menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia (UPM)
melalui Program IDEAL (Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi
usahasama dengan syarikat tempatan Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung
kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya. Walaupun
yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa
namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi,
dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari
internet serta perkuliahan secara on-line. Dengan tidak disedari, ianya dapat
menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa
serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti.
Di Amerika pula, terdapat beribu-ribu laman web pendidikan yang
mengatakan bahawa mereka menyediakan program e- pembelajaran. Namun
menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, konsep
e- pembelajaran tidak hanya sekadar penghantaran nota-nota kuliah kepada pelajar
ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail semata-mata tetapi
yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan forum atau
perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala, pengorganisasian maklumat
dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan juga
peperiksaan. Dengan menemui kriteria yang dinyatakan di atas, pembelajaran yang
lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan. Di antara contoh-contoh kelas maya
yang terdapat di Amerika ialah seperti California State University yang menawarkan
program sijil perguaman kepada pemohon-pemohon yang berkelulusan ijazah dan
lulus dalam Carlifonia Basic Education Skills Test (CBEST). Program ini amat
berguna bagi mereka yang ingin belajar dalam kadar yang segera. Program yang
dipersajikan secara maya ini direkabentuk betul-betul seperti di dalam bilik kuliah
dimana pelajar-pelajar boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain serta
pensyarah mereka melalui laman web. Pada setiap hari Sabtu pula, pelajar-pelajar
akan menghadiri seminar secara maya. Bagi Universiti Of Nebraska pula, e-
pembelajaran melalui web lebih bersifat komersial dimana pelajar boleh memilih
mana-mana kursus yang disukai untuk melengkapkan pengajiannya diperingkat
sekolah tinggi ataupun diploma.
3
Dalam penggunaan medium e-pembelajaran, pelajar bebas memilih kaedah
bekerja yang sesuai dengan tahap kefahaman dalam bidang yang dipelajari. E-
pembelajaran menyediakan bahan pembelajaran dan latihan atau ulangkaji dalam
bentuk cekera padat (CD-ROM), laman web dan bahan-bahan bercetak selain
pertemuan bersemuka. Brandon Hall di dalam Susan Codone (2001) menyatakan
pengkaji e-pembelajaran mentakrifkan e-pembelajaran sebagai pengantaran arahan
melalui media elektronik yang mana salah satunya melalui laman web atau melalui
CD-ROM dan DVD (Susan Codone, 2001). E-pembelajaran kadangkala
diklasifikasikan sebagai penyelarasan serentak yang mana melibatkan satu atau lebih
perkara boleh dilakukan dalam satu masa dan tidak pada satu masa (Susan Codone,
2001). Laman web e-pembelajaran merupakan gerbang pendidikan masa kini yang
berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan dan rujukan kapada masyarakat. Ia
menyediakan maklumat yang berkualiti dan interaktif. Penggunaan laman web e-
pembelajaran dapat membantu pelajar membuat rujukan bagi mata pelajaran terus
secara komprehensif berdasarkan huraian sukatan pembelajaran. Ia berfungsi
sebagai sumber maklumat elektronik yang mengandungi kursus, objektif kursus,
maklumat tentang mata pelajaran, pensyarah, peraturan akademik, web fakulti serta
tesis pelajar. Melalui laman web e-pembelajaran ini juga pelajar dapat bertukar-
tukar pendapat dan maklumat tentang tajuk-tajuk tertentu melalui sesi perbincangan
maya (Samat, 2002). Di samping terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan e-
pembelajaran, terdapat juga beberapa kekurangan yang berkaitan dengan bahasa
pengantar, pertembungan budaya yang pelbagai, pemupukkan pemikiran kritikal dan
analitikal dan pendekatan pembelajaran (Haslinda, 2002). Terdapat juga masalah
lain yang melibatkan masalah teknikal yang boleh dianggap sebagai risiko dalam
penggunaan medium pembelajaran berasaskan e pembelajaran.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai sebuah universiti yang bervisi
untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia
melalui kreativiti sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini dapat dibuktikan
melalui pelancaran UTM sebagai sebuah Kampus Siber pada 16 Jun 1997. Salah
satu aplikasi pembangunan projek kampus siber UTM ialah pelaksanaan program e-
pembelajaran. Program e-pembelajaran telah dikembangkan dan dilaksanakan
dengan menggunakan perisian WebCT pada semester II sesi 2001/2002 dan
kemudian bertukar menggunakan perisian sumber terbuka (open source) Moodle
4
sebagai platform platform e-pembelajaran yang baru. Dengan itu, dalam lembaran
seterusnya, satu kajian akan dijalankan mengenai penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan
UTM yang akan dibincangkan dengan terperinci. Adalah diharapkan kajian ini akan
memberikan sumbangan kepada penggunaan e-pembelajaran di UTM dan seterusnya
membantu merealisasikan Wawasan 2020 dan mencapai taraf negara maju.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di zaman yang lebih dikenali sebagai zaman teknologi maklumat (IT), kita
telah diperkenalkan dengan satu teknologi yang canggih dan mampu untuk membuat
perubahan besar di dalam urusan kerja seharian kita. Pelbagai bidang profesyen kini
telah melalui perubahan besar dalam aktiviti kerja harian apabila teknologi komputer
digunakan. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali di dalam hal ini. Penggunaan
komputer membawa perubahan yang juga sangat besar di dalam sistem pengajaran
dan pembelajaran masa kini dan di masa akan datang. Dengan adanya internet,
pengajaran dan pembelajaran telah boleh dilaksanakan secara maya. Pembelajaran
maya berlaku apabila ada sekumpulan pelajar dan guru yang berjauhan tempat tetapi
berhubung dan berkomunikasi bersama-sama dengan menggunakan teknologi
internet seperti IRC dan persidangan video.
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan juga kemudahan
komunikasi secara elektronik dan digital, tidak dapat tidak dunia pendidikan pada
masa kini perlu berubah ke arah yang lebih interaktif dalam membina dan
menggalakkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Sungguh menyedihkan
sekiranya teknologi yang sedia ada tidak dimanfaatkan secara optimum oleh para
guru dan pelajar untuk memperolehi pelbagai maklumat dan informasi sebagai alat
bantuan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran secara interaktif perlu digalakkan
dan diterapkan aktivitinya di dalam proses pendidikan pada hari ini. Proses
pengajaran yang berjalan secara interaktif menggalakkan hubungan dua hala di
antara guru dan pelajar, seterusnya mengelakkan rasa bosan dan tidak seronok untuk
belajar di kalangan pelajar. Penggunaan pelbagai jenis teknologi, bahan multimedia,
5
internet dan juga pelbagai perisian komersil atau terbuka dapat membantu
merealisasikan pendekatan ini.
Penggunaan teknologi pendidikan dipengaruhi oleh kemunculan media baru
menurut Heinich dalam Ng Wai Kong (1998), perkembangan media pendidikan telah
disusuli dengan perkembangan teori komunikasi untuk menyokong pengalaman
teknologi media. Laporan yang telah dibentangkan telah berkembang maju sehingga
pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah untuk
memperkenalkan internet kepada masyarakat melalui projek Jaring Pendidikan
demgan kerjasama pihak MIMOS. Matlamatnya untuk mewujudkan masyarakat
sekolah yang kaya maklumat serta menggunakannya kearah meningkatkan mutu
pendidikan negara ke tahap dunia (Sulaiman, 1996).
Menurut Rose et. al. (2000), kaedah perlaksanaan projek e-pembelajaran
pada tahun 1997 hingga 2000, dibahagikan kepada empat tahap. Pada tahap pertama
disediakan maklumat am mengenai sesuatu matapelajaran untuk dicapai pada bila-
bila masa melalui internet. Maklumat yang boleh dicapai adalah mengenai
pensyarah, objektif pelajaran, sinopsis matapelajaran, perancangan mingguan
lengkap dan sebagainya. Tahap kedua pula maklumat am yang diberikan pada tahap
pertama diperluaskan lagi mengikut topik-topik yang ingin dibincangkan di dalam
kelas. Bagi setiap topik disertakan objektif yang ingin dicapai, isi kandungannya
secara terperinci serta senarai tugas. Pada tahap ketiga, nota kuliah yang lengkap
berserta soalan-soalan latihan dan tugasan bercirikan multimedia seperti unsur grafik,
bunyi, animasi dan video disediakan dalam laman web bagi matapelajaran tersebut.
Pada tahap keempat semua bahan pengajaran boleh diperolehi secara on-line. Tiada
lagi kuliah formal dan pelajar menggunakan komputer sepenuhnya untuk mengikuti
bahan yang hendak disampaikan, mengikuti latihan, mengambil kuiz, ujian dan
sebagainya (peringkat Pendidikan Jarak Jauh). Pada masa itu tahap perlaksanaan
projek pembelajaran elektronik ini belum lagi mencapai matlamat yang diharapkan.
Walaupun maklumat am bagi hampir 90% matapelajaran sudah pun boleh dicapai
melalui laman web projek ini , namun bahan-bahan pengajaran untuk tahap dua dan
tahap tiga masih terlalu kurang jumlahnya iaitu kurang daripada 20%.
6
Rose et. al (2000), membahagikan tahap perlaksanaan ini kepada tiga
masalah utama iaitu kurangnya kemahiran di kalangan pensyarah untuk
menghasilkan bahan pengajaran elektronik yang interaktif disamping masa yang
agak lama diperlukan untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu tinggi.
Keadaan ini menghambat kepada hasrat mereka untuk turut serta menjayakannya.
Masalah seterusnya adalah walaupun semua bilik-bilik pensyarah dan bilik kuliah
telah dilengkapi dengan capaian internet, tidak semua pensyarah memiliki komputer
yang boleh digunakan untuk menyediakan bahan pengajaran dan masalah ketiga
kekurangan kemudahan internet bagi pelajar di bilik kediaman, pelajar hanya boleh
mencapai internet dari perpustakaan, makmal komputer di fakulti dan lain-lain.
Berkaitan dengan keperluan menyediakan kemudahan teknologi maklumat,
Kementerian Pelajaran Malaysia terutama IPTA dan sektor swasta perlu prihatin
dalam menyediakan kemudahan teknologi maklumat yang komprehensif.
Penggunaan e-pembelajaran seharusnya dapat meningkatkan prestasi akademik
pelajar, kemahiran mengekses, menilai, memilih dan menggunakan maklumat yang
betul. Menurut Asarudin (1998), perkembangan teknologi maklumat di IPT
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran disamping berupaya
mendedahkan keterbukaan perolehan maklumat kepada pelajar dan tenaga pengajar.
Hassan (2002), telah menjelaskan Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk melaksanakan e-pembelajaran di institusi pengajian tinggi
sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pendidikan negara. Proses pengajaran dan pembelajaran
yang berbentuk linear telah digantikan dengan bentuk putaran dimana pelajar boleh
bermula dengan belajar, bekerja dan kemudian balik untuk belajar lagi. Buat masa
ini, Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) dan Universiti Tun Abdul Razak
(UNITAR) merupakan dua buah universiti pembekal utama dalam pendidikan maya.
Yahya (2000) juga telah mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia telah
berubah daripada pendidikan konventional kepada pembelajaran elektronik atau e-
pembelajaran yang merupakan fokus konsep Sekolah Bestari negara kita.
Selain itu, Leitch (2000) telah mengatakan bahawa peratus keberkesanan
penyampaian pengetahuan daripada guru kepada pelajar hanyalah 30 peratus sahaja.
7
Walau bagaimanapun, beliau mempercayai bahawa pengajaran yang berkesan dapat
dipertingkatkan dengan penggunaan media elektronik. Dengan yang demikian,
penggunan e-pembelajaran sebagai suatu penambahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik kuliah harus dipertingkatkan di institusi-institusi
pendidikan tinggi di Malaysia. Pelaksanaan e-pembelajaran harus dikaji dengan teliti
sama ada ia sesuai dilaksanakan di sesebuah institusi. Selain itu, faktor-faktor
penggunaan e-pembelajaran dan masalah-masalah yang dihadapi juga harus
dikenalpasti supaya keberkesanan pelaksaaan e-pembelajaran dapat dipertingkatkan
dengan mengatasi masalah tersebut.
1.3 Penyataan Masalah
Melalui sistem e-pembelajaran, setiap pelajar Fakulti Pendidikan yang
berdaftar berpeluang untuk mengakses maklumat mata palajaran masing-masing
pada bila-bila masa dan di mana juga. Pelaksanaan e-pembelajaran telah
menyediakan banyak manfaat kepada pelajar. Antaranya ialah menyediakan
kemudahan untuk menyokong proses pembelajaran yang lebih fleksibel,
meningkatkan kefahaman dan minat pelajar, menyediakan kemudahan untuk belajar
mengikut kemampuan, mendedahkan kepada pelajar konsep pendidikan tanpa batas,
dan menggalakkan pelajar menjadi lebih kreatif.
Penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar semakin meningkat pada
ketika ini berikutan daripada sumbangannya ke arah memperkayakan pengalaman
pembelajaran dan menjadikan pelajar sentiasa peka kepada perkembangan terkini.
Bagaimanapun, timbul persoalan tentang sejauhmana ia digunakan oleh pelajar
dalam pembelajaran mereka. Kebanyakan kajian yang dijalankan terhadap e-
pembelajaran di Malaysia atau luar negara adalah berkaitan dengan penerimaan e-
pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap sikap dan
kemahiran dalam penggunaan e-pembelajaran serta persepsi terhadap e-pembelajaran
dari aspek penglibatan pensyarah dan rekabentuk dan isi kandungan e-pembelajaran.
Selain itu, masalah-masalah penggunaan e-pembelajaran juga dikenalpasti supaya
kelemahan yang wujud dapat dibaiki.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk meninjau dan mengenalpasti perkara-
perkara berikut :
i) Mengenalpasti tahap sikap pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap e-
pembelajaran.
ii) Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
dalam penggunaan e-pembelajaran.
iii) Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap penglibatan
pensyarah dalam penggunaan e-pembelajaran.
iv) Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap rekabentuk
dan isi kandungan e-pembelajaran UTM.
v) Mengenal pasti jenis masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi
Malaysia di dalam menggunakan e-pembelajaran mengikut
kekerapan.
vi) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
sikap dan penguasaan kemahiran pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap e-
pembelajaran berdasarkan jantina, kursus dan kekerapan
menggunakan e-pembelajaran.
9
vii) Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
sikap dengan penguasaan kemahiran pelajar-pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
terhadap e-pembelajaran UTM
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-
persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini.
i) Apakah tahap sikap pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap e-
pembelajaran?
ii) Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
dalam penggunaan e-pembelajaran?
iii) Apakah persepsi pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap penglibatan
pensyarah dalam penggunaan e-pembelajaran UTM?
iv) Apakah persepsi pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap rekabentuk
dan isi kandungan e-pembelajaran UTM?
v) Apakah jenis masalah yang kerap dihadapi oleh pelajar-pelajar
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi
Malaysia di dalam menggunakan e-pembelajaran?
10
vi) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar-
pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Universiti
Teknologi Malaysia terhadap e-pembelajaran UTM berdasarkan
jantina, kursus dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran?
vii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan
kemahiran pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap e-pembelajaran
UTM berdasarkan jantina, kursus dan kekerapan menggunakan e-
pembelajaran?
viii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap sikap dengan
penguasaan kemahiran pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap e-
pembelajaran?