INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Mata Pelajaran :Pendidikan Jasmani
Tunjang :Kemahiran
Tajuk :Olahraga (Balapan)
Sub-Tajuk :Lari Pecut
Tarikh :2hb Februari 2013
Masa :10.00 –11.00 pagi
Tahun :6 Tangkas
Bil. Murid :14 orang
Pengalaman Lepas/
Sedia ada :Murid pernah melakukan aktiviti berlari pada pembelajaran yang lepas dan aktiviti harian mereka.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Psikomotora. Murid dapat melakukan 3 kali lari pecut berlari secara individu, berpasangan dan
berkumpulan.
b. Murid dapat melakukan 3 kali lari pecut sejauh 30 meter dalam masa bawah 10 saat.
2. Kognitif
1
a. Murid dapat menyatakan tiga sukan yang terlibat dalam aktiviti pecut.
b. Murid dapat menyatakan tiga kepentingan berlari pantas dalam aktiviti harian.
3. Afektifa. Murid dapat memberi 3 contoh kerjasama semasa sesi pembelajaran.
b. Murid menghargai usaha guru dengan mengucapkan terima kasih.
Penerapan Nilai : Mematuhi arahan, bersyukur.
Kemahiran Berfikir : Dapat membuat analisis terhadap aktiviti lari pecut
Penggabungjalinan : Pendidikan Jasmani – pergerakan asas ; manipulasi alatan
Kesepaduan : Pendidikan Sivik
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran ( BSPP ):
Bil. Bahan Sumber P&P Jumlah
1. skitel 8unit
2. wisel 1unit
3 Pundi kacang 30 unit
4 bakul 2 unit
2
Bahagian /Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi BSPP/Catatan
Permulaan
( 10 minit )
1. Kehadiran
2. Kesihatan
3. Pakaian
1.0 Memanaskan badan
1.1 Regangan
1.2 Permainan kecil
-
-Guru bertanyakan tentang kehadiran dan kesihatan murid.
-Guru memeriksa pakaian murid.
Murid berlari mengelilingi skitel mengikut arahan guru :
-perlahan
-laju
-Murid berada dalam kedudukan ladam kuda dengan guru berada di hadapan.
-Seorang murid dipilih untuk mengetuai aktiviti regangan dengan bantuan dan pemerhatian daripada guru.
-Regangan
Dimulakan dari bahagian kepala ke kaki.
-Murid di bahagikan kepada 2 kumpulan .-Lari ulang- alik dan kutip pundi kacang.-Masukkan pundi kacang ke dalam bakul dalam masa yang ditetapkan.Kumpulan yang berjaya mengutip pundi kacang terbanyak dikira
pemenang.
x x x x x x
x x
x G x
x x
x x x x x x
G
x x
x x
x x
x x x x
x x
x x
x x
x- murid
-skitle
G-guru
TKP:
Kinestetik
BBM
Skitle
Wisel
Bakul
Pundi kacang
3
x
x
Perkembangan
(35 minit )
Langkah 1
( 9 minit)
Langkah 2
( 10 minit )
Kemahiran lari Pecut
FASA PERMULAAN
FASA PERSEDIAAN
-Murid berbaris mengikut kumpulan bertiga.
-Penerangan guru tentang kemahiran lari pecut dan fasa-fasa dalam lari pecut.
-Tunjuk cara secara ansur maju fasa permulaan lari pecut.
Teknik permulaan
(permulaan dekam)
i) Gaya peluru
-Berdiri di atas garisan kira 2 atau 11/2 tapak.
-Hujung tapak kaki belakang sebaris tumit tapak kaki depan.
ii) Gaya sederhana
-Berdiri di atas garisan kira 2 tapak.
-Lutut kaki belakang sebaris hujung tapak kaki hadapan.
iii) Gaya panjang
-Berdiri di atas garisan kira 2 tapak.
-Lutut kaki belakang sebaris tumit kaki hadapan.
Ke garisan
-Keadaan badan relaks.
-Tangan di belakang garisan permulaan.
10 m
G
x x x x
x x x x
x x x x
BCB:
Kerajinan
Berani mencuba
Nilai murni:
Berdikari
4
Aktiviti secara berkumpulan
-Tangan mendepa seluas bahu.
-Ibu jari dan jari telunjuk dibukadan jari lain dirapatkan.
Sedia
-Berat badan di pindahkan ke hadapan.
-Bahu lebih ke hadapan daripada tangan.
-Punggung diangkat sehingga lutut kaki hadapan 90 darjah.
Mula
-Tolak kaki hadapan sambil mengangkat tangan dan bawa kaki belakang ke hadapan.
-Badan di condongkan sedikit ke hadapan semasa awal larian.
-Badan diangkat sedikit demi sedikit semasa dalam larian
-Murid mengulangi aktiviti di atas sebanyak 2-3 ulangan.
-Guru membetulkan kesilapan murid.
TKP:
Koordinasi
telinga,kaki.
5
Langkah 3
( 10 minit)
FASA LARIAN -Murid berbaris mengikut kumpulan bertiga seperti langkah 1.
-Guru membuat tunjuk cara fasa larian secara ansur maju.
Hayunan tangan
-Dalam kedudukan statik guru meminta murid menghayun tangan.
-Kedua-dua tangan bengkok 90 darjah.
-Jari-jari dalam keadaan separuh genggam atau terbuka.
-Hayunkan tangan pantas.
-Kedudukan badan tegak.
Gerakan kaki
-Guru meminta murid lari setempat.
-Lutut diangkat tinggi.
-Tumit ditendang ke belakang dan ke atas
-Bebola kaki didaratkan dahulu.
-Lantunkan badan.
-Ulang aktivti dengan lakuan berjalan dan berlari dalam jarak 20m.
20 m
G
x x x x
x x x x
x x x x
6
Langkah 4
( 6 Minit )
Kemuncak
(10 minit )
FASA PENAMAT
Permainan kecil/
Kemahiran sebenar
-Murid berbaris dalam kumpulan bertiga.
-Guru meminta murid membuat lakuan penamat lari pecut.
-Tunjukcara lakuan penamat lari pecut..
-Larian terus ke garisan penamat dengan didahului bahagian ‘torso.’
-Tangan dihayun ke belakang semasa melakukan ‘dipping’.
- Bahagikan murid kepada kumpulan bertiga.
- Setiap murid diberi 3 peluang lari pecut 30 meter dengan teknik
larian yang betul.
- Setiap kumpulan hendaklah disertai oleh lelaki dan perempuan.
- Pelari pertama mestilah seorang perempuan.
- Sementara kedudukan yang lain,ditentukan oleh ahli pasukan
masing-masing.
- Kumpulan yang berjaya menamatkan larian tanpa batal,dikira
sebagai pemenang.
10m
30m
G
x x x x
x x x x
x x x x
7
Penutup
(5 minit )
a) Berjalan bebas
- Berjalan di
dalam kawasan
sambil menarik
nafas.
b) Refleksi
Guru
mengemukakan
soalan :
Nyatakan fasa-fasa
dalam lari pecut?
Siapa pemegang
rekod dunia dalam
acara 100m?
- Berjalan menggunakan tapak kaki.
- Tangan diangkat semasa menarik nafas.
- Murid cuba menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan.
Murid berasa gembira dan berkeyakinan melakukan aktiviti lari pecut
8