10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BHARU CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO GERKO SUKAN : OLAHRAGA INTERAKSI : 2 (SEMESTER 5) TARIKH : 10 OGOS 2015 (ISNIN) MASA : 7 : 45 a.m 9:45 a.m TEMPAT : PADANG IPG KTI PENSYARAH : ENCIK AZMAN BIN MANAS TAJUK / KEMAHIRAN : LARIAN PECUT 100 METER AKTIVITI PENERANGAN DAN BUTIRAN 1.0 Memanaskan badan (5 minit) 1.1 Rangsang Kardiovaskular (Lari dan Pergerakan Regangan Otot Dengan Pelbagai Teknik) Berjalan biasa sambil menghanyu n tangan Berjalan Lari dan Jarak Jauh Lari Pecut Memanaskan badan otot am dan spesifik dengan pelbagai teknik. Guru pelatih secara berpasangan lari bebas di dalam kawasan yang dihadkan dan dikawal. Syarat lari bebas dalam kawasan ialah guru pelatih A perlu mengejar guru pelatih B. Guru pelatih berlari dengan cara yang betul. Seterusnya, guru pelatih menjalankan pergerakan 2 1 4 3 A B A B B A B A

Lari Pecut 100 Meter

  • Upload
    joyee

  • View
    61

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

olahraga

Citation preview

Page 1: Lari Pecut 100 Meter

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BHARU

CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO

GERKO SUKAN : OLAHRAGA

INTERAKSI : 2 (SEMESTER 5)

TARIKH : 10 OGOS 2015 (ISNIN)

MASA : 7 : 45 a.m – 9:45 a.m

TEMPAT : PADANG IPG KTI

PENSYARAH : ENCIK AZMAN BIN MANAS

TAJUK / KEMAHIRAN : LARIAN PECUT 100 METER

AKTIVITI PENERANGAN DAN BUTIRAN

1.0 Memanaskan badan (5 minit)

1.1 Rangsang Kardiovaskular

(Lari dan Pergerakan

Regangan Otot Dengan

Pelbagai Teknik)

Berjalan

biasa sambil

menghanyun

tangan

Berjalan

Lari dan

Jarak Jauh

Lari Pecut

Memanaskan badan otot am dan spesifik dengan pelbagai

teknik.

Guru pelatih secara berpasangan lari bebas di dalam

kawasan yang dihadkan dan dikawal. Syarat lari bebas

dalam kawasan ialah guru pelatih A perlu mengejar guru

pelatih B.

Guru pelatih berlari dengan cara yang betul.

2

1 4

3

A

B

A

B

B

A

B

A

Page 2: Lari Pecut 100 Meter

Seterusnya, guru pelatih menjalankan pergerakan

memanaskan badan yang spesifik.

Guru pelatih diminta menjalankan pergerakan mengikuti

stesen yang ditetapkan. Setiap stesen telah menetapkan

jarak (m).

Pergerakan – pergerakan regangan otot ialah :

a. Stesen pertama : Berjalan seperti biasa sambil

membuat hayunan tangan dengan

kelajuan sederhana.

b. Stesen kedua : Berjalan dengan kelajuan sederhana

laju sambil pergerakan kaki, lutut

diangkat tinggi semasa berjalan.

c. Stesen ketiga : Gabungan pergerakan tangan dan

kaki serta kedudukan badan yang

betul. Pergerakan adalah laju seperti

pecutan dalam larian.

d. Stesen keempat : Lari dalam jarak 30 m dengan

membuka langkah sejauh mungkin.

Contoh gambarajah stesen – stesen di padang :

1111

2.0 Fasa Permulaan Gaya Dekam

11111111111

2 3

4

20m

20m

20m

20m

3

1

2

4

Page 3: Lari Pecut 100 Meter

(10 minit)

(Memulakan larian tanpa blok permulaan)

- Terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

(i) Gaya Peluru

- Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.

- Hujung tapak kaki selari dengan tumit tapak kaki hadapan.

- Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

(ii) Gaya Sederhana

- Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.

- Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan.

- Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

(iii) Gaya Panjang

- Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.

- Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan.

- Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

(Memulakan larian dengan blok permulaan)

(i) Gaya Peluru

- Blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan.

- Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Page 4: Lari Pecut 100 Meter

(ii) Gaya Sederhana

- Letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan.

- Blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

(iv) Gaya Panjang

- Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan.

- Blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3.0 Fasa Larian

(5 minit)(i) Fasa Pecutan

‘Ke Garisan’

- Selepas arahan pelepas ‘ke garisan’ diberi, guru pelatih mengambil tempat di blok permukaan.

- Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan.

- Tangan lurus dan depa seluas bahu.

- Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari-jari lain rapatkan.

‘Sedia’

Page 5: Lari Pecut 100 Meter

- Berat badan dipindahkan ke hadapan supaya terletak di atas kedua-dua belah tangan.

- Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.

- Selepas arahan ‘sedia’ diberikan, punggung diangkat sehingga lutut kaki hadapan adalah 90 darjah.

‘Mula Berlari’

- Selepas bunyi wisel, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.

- Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan.

- Kedua-dua tangan bengkok pada sudut lebih kurang 90 darjah.

- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.

- Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.

4.0 Latihan Ansur Maju

(10 minit)

Kemahiran – kemahiran asas yang perlu dilaksanakan

oleh guru pelatih sebelum larian pecut.

Guru pelatih dibahagikan kepada 5 kumpulan , 4

Page 6: Lari Pecut 100 Meter

kumpulan terdiri daripada 5 orang manakala satu

kumpulan terdiri daripada 4 orang. (6 kumpulan , setiap

kumpulan 5 orang, salah satu kumpulan 4 orang)

Latihan ansur maju bagi lari pecut termasuk :

a. Bergerak (marching) dengan lutut ditinggikan dan

menurunkan kaki dalam keadaan ekstensi dalam

jarak 20 meter.

b. Bergerak secara skipping dengan meninggikan lutut

dan menurunkan kaki dalam keadaan ekstensi sejauh

20 meter.

c. Bergerak perlahan ke hadapan dan kaki diangkat ke

belakang dengan menyentuh pinggul (back kick).

Pandang ke hadapan dan tangan dihayunkan.

Jarak 20 meter.

d. Berlari dengan membuat langkah yang sejauh

mungkin. Badan masih tegak dan pandang ke

hadapan. Jarak 20 meter.

Page 7: Lari Pecut 100 Meter

e. Larian dalam jarak 20 meter. Keadaan badan masih

tegak dengan hayunan tangan serta mata pandang ke

hadapan.

- Bagi sesi gabungan latihan ansur maju, guru pelatih

akan dibahagikan kumpulan dan mereka perlu

melaksanakan setiap latihan secara serentak iaitu dari

aktiviti 1 hingga 5 dengan jarak yang sama 20 meter.

Gambarajah melaksanakan aktiviti atau latihan ansur

maju secara gabungan.

20m 20m 20m20m 20m

5 org

4 org

5 org

5 org

5 org

-------------------------------------------

-------------------------------------------

-----------------------------------------

-----------------------------------------

------------------------------------------

Page 8: Lari Pecut 100 Meter

5.0 Fasa Penamat

(5 minit)

- Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya untuk melepasi garisan penamat.

- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah ‘mendada’ garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak.

6.0 Penilaian /

Permainan kecil

(5 minit)

- Guru pelatih dibahagikan kepada 3 kumpulan. (setiap kumpulan lebih kurang 8 orang.)

- Penilaian larian pecut dalam 100 meter akan dijalankan secara kumpulan.

- Penilaian dari segi teknik pecut dan boleh melepasi garisan penamat dalam masa yang singkat.

---------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

(Lari pecut 100 meter)

7.0 Penutup - Refleksi daripada Encik Azman Bin Manas

Disediakan oleh

___________________________________

Page 9: Lari Pecut 100 Meter

( OO SWEE BENG , LOW KAH YEE )