BINCANGKAN LATAR BELAKANG SAIDINA UMAR DAN
SUMBANGANYASEBAGAI KHALIFAH ISLAM
LATAR BELAKANG SAIDINA UMAR
• Khalifah Umar Al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 M.
• Beliau berasal daripada Bani Adi.
• Nama sebenar Saidina Umar ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin 'Adi bin Kaab.
• Gelaran Al- Faruk dan Abu Hafs.
• Beliau meninggal dunia pada 23 H @ 644 M
• Umur beliau ketika mnggal dunia ialah 63 tahun.
• Menjadi khalifah islam yang kedua pda tahun 634 M n memgang jawatan tersebut slama 10 tahun.
• Pelantikan saidina Umar berdasarkn wasiat drpd khalifah Abu Bakar.
PENGISLAMAN SAIDINA UMAR• Sebelum masuk islam. beliau merupakan duta bagi kaumnya
terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan.
• Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.
• Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani.
SUMBANGAN SAIDINA UMAR DALAM PEMARINTAHANNYA
PEMBAHARUAN DALAM
PENTADBIRAN
PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL
PEMBAHARUAN DALAM EKONOMI
PEMBAHARUAN DALAM
KEHAKIMAN
PEMBAHARUAN DALAM PENTADBIRAN
• Meluaskan Wilayah Pentadbiran.
• Khalifah Umar berjaya menakluki sbuah kwasan yg luas mliputi wilayah2 Iraq, Syiria, Mesir.
• Pada zaman beliau, Baitulmuqaddis dan Damsyik dpt dikuasai tentera islam.
• Pembentukan Majlis Syura.
• Khalifah Umar telah menubuhkan majlis syura yg mrupakan lembaga ngra yg tertinggi.
• Majlis Syura ini bertanggungawab menentukan polisi Negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
• Ahli – ahli majlis syura pada zaman Khalifah Umar :
1.Uthman bin Affan
2.Ali bin Abi Talib
3.Zaid bin Tsabit
4.Abdul Rahman bin Auf
5.Saad Bin Abi Waqas
6.Muaz bin Jabal
• Membahagikan wilayah- wilayah islam
• Khalifah Umar membahagikan wilayah islam kepada beberapa bhagian.
• Negara islam yang luas telah dibahagikan kepada beberapa wilayah utk melicinkan pentadbiran islam.
• Contoh bahagian – bahagian wilayah islam ialah
1.Wilayah Ahwaz dan Bahrain
2.Kufah
3.Basrah
4.Palestin
5.Dan lain- lain
• Melantik pegawai wilayah
• Setiap bahagian wilayah, khalifah umar telah melantik gabenor yang dinamakan Amil.
• Amil mengetuai setiap bahagian dan memperoleh kuasa eksekutif dan kehakiman.
• Contoh pegawai – pegawai yang telah di lantik oleh Khalifah Umar Muawiyah bin Abu Sufian, Zaid bin Sumaiyah n Amru bin Al – As
• Amil dibantu oleh :
• Pegawai jabatan percukaian
• Pegawai polis
• Seteiausaha tentera
• Kadhi
PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI
• Pertanian
• Khalifah Umar memajukan system pertanian dengan membuka tanah baharu dan mengadakan projek pengairan.
• Selain itu membuat terusan bagi memajukan system pertanian spti Terusan Amirul Mukminin.
• Tanah juga telah dikaji selidik utk menempatkan tanaman – tanaman yang bermutu .
• Mengalakkan rakyat utk membuka tanah baharu bagi memperbanyakkan hasil pertanian
• Baitulmal
• Saidina Umar adalah org yang pertama mengenalkan institusi Baitulmal atau Perbendaharaan Negara.
• Fungsi baitulmal ialah bertanggungjawab menyimpan, memelihara, dan mangawal penggunaan harta.
• Sumber Baitulmal pada zaman Saidina Umar.
1.Zakat
2.Ghanimah
3.Al- Fai’
4. Jizyah
5.Kharaj
6. ‘Usyur
PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL
• Polisi kepada Golonga Zimmi
• Khalifah Umar telah membuat polisi baharu untuk golongan kafir zimmi.
• Kafir zimmi telh dikenakan cukai tanah dan jizyah.
• Cukai ini berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak membebankan mereka.
• Taraf dan hak golongan zimmi turut diberikan sama rata seperti iang di nikmati orang islam.
• Jika mereka menentang orang islam, mereka akan di buang keluar Negara bersama dengan harta mereka.
• Kedudukan Hamba
• Taraf kedudukan hamba di perbaharui.
• Golongan hamba di berikan hak kepentingan social dan taraf yang baik.
• Hamba tidak lagi dihina dan ditindas.
• Hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual dangan sewenang- wenangnya.
PEMBAHARUAN DALAM KEHAKIMAN
• Pada zaman Rasullah, baginda adalah satu –satunya kadi dan hakim yang mengurus hal ehwal kehakiman.
• Pada zaman Saidina Abu Bakar,urusan kehakiman di pertanggungjawabkan kpd Saidina Umar.
• Pada zaman Saidina Umar, beliau mengadakan pembaharuan dalam system kehakiman.
• Beliau telah melantik kadi- kadi utk menguruskan kehakiman di wilayah – wilayah islam seperti Abu Darda’ di Madinah, Abu Musa Al – Asya’ri di basrah dan lain- lain lagi.
• Saidina Umar telah menetapkan garis panduan kepada kadi- kadi dalam melaksanakan tanggungjawab kehakiman dengan penuh keadila. Iaitu :
1. Ilmu yang mendalam
2.Bertakwa
3.Warak
4.Adil
KESIMPULAN
• Khhalifah Umar Bin Al-Khattab banyak melaksanakan pembaharuan terutama terhadap system pemerintahan Islam. Pemerintahannya juga telah menampakkanpeningkatan ekonomi yang menyumbang ke arah kestabilan politik Negara. Oleh sebab itu, kejayaan – kejayaan tersebut, zaman pemerintahannya dianggap zaman kegemilangan kerajaan islam.