CONTOH INSTRUMEN SIRAH STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2
ITEM PERNYATAAN ITEM
Band 1
Pernyataan Standard Prestasi
Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan Hadis pilihan, , konsep dan asas akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tokoh-tokoh Islam, adab Islamiyah serta membaca dan menulis jawi
Deskriptor B1D12
Mengetahui kepimpinan Rasulullah SAW. Di Madinah:
Pembinaan masjid dan kepentingannya
Eviden B1D12E1Menyatakan tentang masjid pertama dibina pada zaman Rasulullah saw
Instrumen Ujian Bertulis
Soal Jawab
Aktiviti AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
Contoh Item Rujuk Lampiran
LAMPIRAN 1
B1D12E1
SOAL JAWAB
Paparkan masjid-masjid yang ada di Malaysia dan gambar masjid Quba’
( rujuk bahan dalam rekod mengajar)
Menyoal pelajar berkaitan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW
1.“ Apakah nama masjid pertama dalam Islam?”
(Sasaran individu @ kelas)
2.“ Tuliskan nama masjid Quba’ di papan putih”
3.“ Sila beritahu kawan anda nama masjid pertama dalam Islam”
SOALAN BERTULIS
1 . Masjid yang pertama dibina oleh Rasullullah saw. ialah
_____________
2 . Bahan-bahan asas yang digunakan dalam pembinaan masjid
antaranya batu, batang dan _____________
3 . Masjid Quba ialah masjid yang _____________ dibina oleh
Rasulullah SAW
ITEM PERNYATAAN ITEM
Band 2
Pernyataan Standard Prestasi
Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan Hadis pilihan, , konsep dan asas akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tokoh-tokoh Islam, adab Islamiyah serta membaca dan menulis jawi
Deskriptor B2D15
Memahami kepimpinan Rasulullah SAW. diMadinah:
Pembinaan masjid dan kepentingannya
EvidenB2D15E1Menyatakan peranan masjid pada zaman Rasulullah saw.
Instrumen Ujian Bertulis
Soal jawab
Aktiviti AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
Contoh Item Rujuk Lampiran
LAMPIRAN 1
B2D15E1
SOAL JAWAB
1 . Nyatakan dua peranan masjid pada zaman RasulullahSAW
2 . Nyatakan contoh aktiviti masjid sebagai pusat ibadat.
SOALAN BERTULIS
1 . Tuliskan dua peranan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan imej masjid.
2. Tandakan ( √ ) jawapan yang betul
PERANAN MASJID
PUSAT IBADAT
PUSAT KEMASYARAKATAN
PUSAT KEBAJIKAN
PUSAT PENDIDIKAN
PUSAT MUSAFIR
PUSAT SENI
3 .
Masjid berperanan sebagai ___________ bagi program gotong royong dan majlis
akad nikah.
Pusat senipusat ibadat pusat kemasyarakatan
ITEM PERNYATAAN ITEM
Band 3
Pernyataan Standard Prestasi
Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan Hadis pilihan, , konsep dan asas akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tokoh-tokoh Islam, adab Islamiyah serta membaca dan menulis jawi.
Deskriptor B3D15
Memahami kepimpinan Rasulullah SAW.diMadinah:
Pembinaan masjid dan kepentingannya
EvidenB3D15E1Mengambil iktibar daripada pembinaan masjid dan pengurusan masjid di zaman Rasulullah saw.
Instrumen Bercerita
Soalan bertulis
Gerak kerja
Pemerhatian
Aktiviti AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
Contoh Item Rujuk Lampiran
LAMPIRAN 1
B3D15E1
1 . BERCERITA
a . Pelajar diminta menceritakan bagaimana kisah Rasulullah SAW dan para sahabat
membina masjid Quba’
b . Menyoal pelajar tentang aktiviti masjid yang pernah dihadiri.... contoh majlis
sambutan Maal Hijrah, Sambutan Maulidurrasul dll
c. laporan, uat bbuku skrap
2. SOALAN BERTULIS
a . Apakah aktiviti yang boleh dilaksanakan di masjid?
b . Jelaskan dua cara untuk memakmurkan masjid.
3. GERAK KERJA
a . Pelajar diminta melakarkan gambar sebuah masjid.
4. PEMERHATIAN
a . Guru memerhatikan tingkah laku pelajar semasa di surau sekolah
b . Maklumbalas dari individu lain tentang penglibatan pelajar dengan aktiviti masjid.
Guru telah menerangkan adab ketika di masjidn