7/29/2019 Skrab Soffbol 2
1/34
1.SEJARAH SOFBOL
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran
pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai
bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang
bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run)
dengan cara mengelilingi petak berbentuk diamond/potongan wajik (base). Mereka akan berlari
hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.Sofbol atau bola lisut ialah
sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Sejarah
permainan sofbol bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut
Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock.
Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan
pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah
skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya
melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek
mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan
sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk
membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang
dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan
seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock
menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.
Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock
menjerit kata-kata Play ball, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40.
Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor
baseball. disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan
bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang digunakan waktu itu
iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor, recreation ball, dan playground
ball.
1
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
2/34
Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur untuk
permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States)
merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923
Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk
menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun belum
dirasmikan.
Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur
Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan
asas di Amerika. Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan
juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di
pertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.
Sejak tahun 1933 softball telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934, pembentukan
peraturan bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi peraturan sofbal. Sudah banyak
perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan
jumlah pemain dalam pertama pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan
shortfielder pada saat itu bertugas sebagai penjaga daerah dangkal bahagian outfield yang
menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara pitchers plate dan home plate
ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter).
Dilihat dari segi penyertaan, sofbal telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar dan
digemari. padang yang lebih kecil tersedia. Baik wanita mahupun lelaki dapat memainkan. Pada
tahun 1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah terdaftar di Persatuan Sofbal Amatur
Amerika. Dan mengadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun. Ini tidak termasuk anggota
lelaki mahupun wanita yang bertanding dalam pertandingan tidak resmi. Di negara lain sofbal
juga menjadi sukan yang digemari baik lelaki wanita tua mahupun muda.
2
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
3/34
Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top Tailors, memenangi kejuaraan
antarabangsa yang dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbol Amatur dan merupakan
pertandingan pertama yang benar-benar merupakan kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki.
Diadakan pada tahun 1966 dibawah penajaan dari International Softball Federation. Australia
memenangi kejuaraan pertama untuk wanita pada tahun 1965.
2.JENIS PERMAINAN SOFBOL
Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Tiga jenis
tersebut ialah; fast pitch, modified pitch, dan juga slow pitch. Huraian mengenai jenis
permainan adalah seperti berikut;
2.1.Fast pitch softball
merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan
maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara
pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove.
2.2.Modified pitch softball
Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturan-
peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemain-pemain yang belum biasa dengan
permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti
strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam
modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan
melebihi bahu.
3
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
4/34
2.3.Slow pitch softball
Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus
menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan
melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada
umur dan jantina.
3.PADANG SOFBOL
Padang sofbol berbentuk diamond/potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair territory)
dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bahagian,
Infield, dan outfield.
Di dalam daerah infieldterdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan dengan arah jam.
Dimulai dari base perumah yang disebut home plate, diteruskan dengan base pertama, base
kedua dan base ketiga. Base berbentuk berlian ini mempunyai ukuran sisi 38 cm (15 inci) yang
dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan tanah. Di belakang home plate terdapat penghadang
yang disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak antara setiap
base ditentukan oleh kategori seperti dalam jadual dibawah ini.
JARAK FAST PITCH JARAK SLOW PITCH 60 kaki (18.29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19.81 m)
Manakala jarak bagi tempat melempar (pitching) fast pitch dengan home base ditentukan
beradasarkan jadual dibawah ini. Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Lelaki Wanita Wanita
Lelaki Wanita lelaki 43kaki (13.11 m) 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki
(14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) Jarak melempar (pitching) slow
pitch yang ditentukan berdasarkan kepada jadual berikut; Dewasa bawah 18 tahun bawah 15
tahun Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki 50 kaki (14.02 m) 50 kaki (15.24 m) 50 kaki
(14.02 m) 46 kaki (14.02 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m).Rajah padang Sofbol dirajah
3.1 dan rajah 3.2.
4
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
5/34
Rajah 3.1.Padang Sofbol
Rajah 3.2.Padang Sofbol
5
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
6/34
4.PERALATAN
4.1.PERALATAN PEMAIN.
4.1.1.Bola sofbol,Glove,Batting Glove.
Bola ; Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji
bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah,
yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.
Sarung tangan (glove) ; dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola,
sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt
tidak)
Ball Glove Batting Glove Glove mitt
6
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
7/34
4.1.2.Kayu pemukul,Helmet,Pakaian Pelindung.
Kayu pemukul (bat) ; Digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang
diperuntukkan untuk sofbol. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk dalam
peraturan Softball International Federation (SIF).Bet digunakan oleh pemukul(batter) untuk
memukul bola di dalam batter box.
Batter helmet ; dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa
berada di dalam padang permainan.Topi khas untuk pemukul dan pelari bes. Topi ini diperbuat
daripada gentian-gentian yang kuat dan dapat menyerap daya.
Protective Gear ; Sementara itu, bagi seorang penangkap bola (catcher) mesti mengenakan
pakaian pelindung (protective gear)dan kasut pool (cleats).
Bat Helmet Protective Gear
4.1.3.Pakaian seragam
Yang terakhir adalah uniform atau seragam. Tiap pemain menggunakan baju, seluar, dan topi
yang seragam atau berwarna dasar sama. Semakin tinggi tingkat pertandingannya, semakin ketat
dalam peraturan seragamnya. Semua peralatan dan kelengkapan itu adalah wajib bagi setiappasukan dalam melaksanakan pertandingan rasmi.
7
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
8/34
4.2.PERALATAN-PERALATAN GELANGGANG/PADANG.
4.2.1.Diamond(padang sofbol)
8
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
9/34
4.2.2.Plet Rumah (Home Plate)
Diperbu
at daripada campuran getah dan PVC.Plet rumah diperbuat daripada getah yang mempunyai
lima segi dngan ukuran 43.2 cm (17 ) lebar. Bahagian tepinya adalah selari dengan garisan
bahagian dalam Petak Pemukul adalah 21.6 cm (8 ) panjang. Bahagian yang meruncing ke
arah Kecer adalah 30.5 cm (12 ). Plet ini perlu ditanam dengan kemas dengan menggunakan
cerucuk besi yang disediakan.
4.2.3. Plet Pitcher(Pitcher)
Diperbuat daripada campuran getah dan PVC.Plet Picer diperbuat daripada getah yang
berbentuk segi empat tepat. Panjang 61 cm (24 ) dan 15.2 cm (6). Plet perlu ditanam separas
dengan ketinggian tanah.
9
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
10/34
4.2.4.Tapak Base.
Bahagian luar diperbuat daripada campuran kulit dan PVC.Komponen dalaman ialah span.Bes
berbentuk segi empat sama yang berukuran 38.1 cm (15) x 38.1 cm (15) dan tebalnya tidak
boleh melebihi 12.7 m (5) yang diperbuat daripada kain kanvas atau bahan-bahan lain yang
sesuai.
4.2.5.Penghalang Belakang.
Penghalang atau penahan juga digunakan di dalam permainan Sofbol. Alat ini berfungsi sebagai
menghalang bola daripada terkeluar jauh. Penahan belakang yang terletak di bahagian belakang
petak Kecer yang berukuran 10 m x 10 m untuk menghalang bola pic liar. Kebiasaan, alat initerdiri daripada dua komponen besar iaitu besi dan jarring nylon.Tiang dan palang diperbuat
daripada besi padat atau separa padat. Jaring ditarik dan diikat dengan kemas pada tiang dan
palang besi tersebut.
10
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
11/34
5.PENGADIL.
Dalam pertandingan sofbal terdapat minimal pertama orang hingga tujuh orang hakim
pertandingan yang disebut umpire. Terdapat seorang plate umpire dan tiga base umpire yang
menjaga pertandingan. Selebihnya umpire memantau daerah outfield. Dalam pertandingan fast
pitch, hakim adalah seramai empat umpires (seorang plate umpire, tiga base umpire). Istilah
untuk seorang umpire adalah blue, disebabkan seragam mereka selalu berwarna biru. Posisi
seorang umpire adalah berdiri di belakang catcher dan batter.
Berfungsi untuk melihat arah datangnya bola yang dilempar pitcher ke catcher apakah itu strike
atau ball. Umpire juga mengawasi jalannya permainan dengan cermat untuk menentukan
peristiwa yang sebenarnya terjadi dan menjaga agar pemain mematuhi peraturan. Sebagai
pemimpin pertandingan adalah Umpire plate.
Kerana sifatnya sebagai pemimpin pertandingan, kekuasaan umpire plate dalam sebuah
pertandingan sofbal adalah mutlak, Walaupun dapat diprotes (appealed) keputusannya tidak
dapat diganggu gugat apabila protes yang dilakukan pemain atau pelatih atau manager team
menyangkut ajustment, tapi protes dapat dilakukan dan dapat diterima apabila protes dilaukan
terhadap salah penerapan rules. Jadi ada permainan yang dapat dilanjutkan dengan protes (game
under protes, selengkapnya dapat dibaca pada Rules Permainan Softball yang dikeluarkan oleh
ISF. seorang Umpire dapat mengeluarkan siapa saja baik pemain atau bahkan seorang pelatih
(coach) keluar lapangan, jika menurut umpire mengganggu jalannya pertandingan.
6.PERMAINAN
Sofbal dimainkan oleh dua pasukan di lapangan sofbal. Setiap pasukan minima memiliki 9
pemain dan selebihnya merupakan simpanan. Permainan terdiri dari 9 babak yang disebut inning.
Di dalam satu inning, pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan
memukul (batting) untuk melakukan run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran
memukul, seorang pelempar bola(pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah
11
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
12/34
penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul. Pasukan yang mendapat
giliran memukul bergantian seorang demi seorang untuk memukul bola. Pasukan yang berjaga
berusaha mematikan anggota pasukanyang mendapat giliran memukul. Pasukan yang mendapatgiliran memukul mendapat kesempatan 3 kali mati (out) sebelum giliran memukul digantikan
pasukan yang bertahan.
Skor atau run dihasilkan dari seorang runner berlari memijak semua base secara berurutan dan
kembalimemijak home plate. Setiap pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home platemendapat satularian. Waktu permainan ditentukan oleh inning. Setiap pasukan mendapat giliranmemukul sampai 3 kali out dan mematikan pasukan lawan 3 kali out, disebut 1 inning. Dalam
tiap pertandingan sofbal masa permainan setidaknya 7 inning tergantung situasi, atau lama waktu
2 jam. Setelah menghabiskan inning, pasukan yang mendapat larian (run) terbanyak dikira
sebagai pemenang.
Jika masa inning yang ditentukan sudah habis namun kedua-dua belah pasukan dalam keadaan
seri, inning tambahan di lakukan sampai salah pertama pasukan keluar sebagai pemenang.
Kondisi itu disebut tie break atau seri. Pada permulaan permainan, pasukan yang menjadi tuan
rumah (home team) mendapat giliran melempar sedangkan pasukan tamu (visitor) mendapat
giliran memukul.
6.1.POSISI PEMAIN DAN FUNGSI.
6.1.1.Melempar bola (pitching)
Permainan dimulai pada saat umpire memulakan pertandingan dan menjerit kata Play Ball.
Setelah pemain bertahan (defense) memasuki kawasan jagaannya masing-masing, permainan
antara pitcher di pasukan bertahan dan batter di pasukan memukul dapat dimulakan.
Seorang pitcher berdiri di atas plate dan menghadap ke arah catcher. Pitcher akan berusaha
melempar bola sekuat tenaga ke mitt catcher. Posisi bola lempar mempunyai kawasan khusus
yang disebut zon strike (strike zone), di mana hasil akhir lemparan terdapat di atas home plate
12
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
13/34
dan tingginya tidak lebih dari dada dan tidak kurang dari lutut batter. Jika bola dalam zon strike
tidak terpukul oleh batter, maka umpire akan berteriak strike. Manakala bola keluar dari zon
strike, namun batter cuba memukul bola maka umpire akan berteriak ball. Zon strike adalah
zon dimana bola dalam kawasan pukulan batter. Pada saat melempar, pitcher akan berusaha
membuat bola strike dengan sekuat tenaga agar batter susah untuk memukul bola walaupun bola
berada di zon pukulnya. Kehebatan seorang pitcher adalah melemparkan bola dengan kecepatan
tinggi dan dengan sasaran yang tepat.
6.1.2.Penangkap bola (catcher)
Dalam pertama pasukan setidak-tidaknya memiliki seorang catcher. Catcher akan dilengkapi
dengan kelengkapan perlindungan dan bertugas menangkap lemparan pitcher. Catcher
menggunakan helmet (catcher mask) untuk melindungi kepala dan muka, body protector untuk
melindungi kawasan badan dan legguard untuk melindungi kawasab lutut ke bawah. Posisi
catcher adalah berada di belakang batter. Seorang pitcher dan catcher perlu memiliki komunikasi
yang baik dengan isyarat-isyarat untuk bekerjasama mematikan seorang batter. Seorang catcher
kadangkala adalah pengatur strategi yang baik, kerana dalam pertandingan catcher dapat melihat
seluruh situasi yang terjadi di depannya.
6.1.3.Penjaga (fielder)
Selain pitcher dan catcher , pasukan bertahan memiliki 7 orang fielder yang terbahagi dalam 4
penjaga kawasan dalam (infielder) dan 3 orang penjaga kawasan luar (outfielder). Bahagian
dalam iaitu penjaga base pertama (1st base), penjaga base kedua (2nd base), Penjaga antara base
kedua dan ketiga (shortstop), dan penjaga base ketiga (3rd base). Sedangkan penjaga luar
terdapat di sebalah kiri (left fielder), tengah (center), dan kanan (right fielder). Semua fielder
(termasuk pitcher dan catcher) berusaha mematikan 3 orang pasukan lawan agar mendapat
giliran memukul. Kerana run hanya dapat dilakukan dalam posisi menyerang.
13
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
14/34
6.1.4.Memukul (batting)
Tiap batter mempunyai kesempatan 3 kali strike dan 4 kali ball. 3 kali strike akan membuat
batter mati Strike Out. apabila 4 kali ball maka batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah
base pertama yang di namakan sebagai free walk.. Apabila batter berjaya memukul bola, batter
akan berlari sekuat hati mencapai base pertama sebelum bola di kembalikan atau di tangkap oleh
penjaga base pertama. Jika batter berjaya sampai di base pertama sebelum penjaga base pertama
menangkap bola maka batter safe. Namun bila penjaga base pertama lebih cepat menangkap
bola, maka batter out. Terdapat berbagai cara memukul bola sofbal. Hit, Bunt, hit and run,
Steal dan lain-lain. Tergantung situasi yang terjadi saat itu. Berbagai-bagai jenis hit yang di
gunakan sesuai dengan strategi yang akan ditempuhi oleh pasukan penyerang.
6.2.KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN SOFBOL.
6.2.1.Membaling Bola
1.Cara Menggenggam bola:
Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.Jari
manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola.Seboleh-bolehnya bola
hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.
2.Cara Melakukan Balingan:
Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian
diafram dan di bahagian muka penerima bola.Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki
yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan.Lentikkan
pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu
ke arah belakang.Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan
hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan.Pergerakan membaling
14
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
15/34
hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang
pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju
tepat ke sasaran).
6.2.2.Menangkap Bola
Menangkap bola adalah merupakan satu kemahiran penting dalam permainan ini. Pemadang
hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada berbagai keadaan dan
arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret, tinggi dan melantun.
Seorang pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam poket sarung tangan
(untuk mematikan pemukul). Seorang pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke
atas untuk menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan mencederakan muda
dan badannya.
1.Persediaan Menangkap Bola:
Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan menumpukan sepenuh
perhatian terhadap latihan atau pertandingan.Untuk menangkap bola yang melayang tinggi,
pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan
menangkap bola tersebut).Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat
dengan menggunakan tangan melempar.Lindungan tangan melempar tersebut akan
menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat.Pemadang
hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah
ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.
2.Cara menangkap bola:
Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa
menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan
di atas pinggang.Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah
15
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
16/34
berada di sisi pemain.Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari
sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah.Untuk menangkap bola leret, jari-jari
sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah.
6.2.3.Memukul Bola
Di antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul adalah salah satu
kemahiran yang paling sukar dilakukan. Pitcher akan cuba membaling bola sederas mungkin
agar bola yang dibaling gagal untuk dipukul oleh pemukul.
Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul haruslah
melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar
untuk dicapai oleh pemadang.
Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi memastikan setiap
pukulan yang dilakukan berkesan. Kelemahan yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah
memberi latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran
memukul.
Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan dibaling kerana balingan yangbaik akan mencapai kelajuan 80 kmj. Penglihatan yang baik serta kebolehan dan kepantasan
bila, mana dan cara bola dibaling adalah penting.
1.Persediaan Sebelum Memukul;
1.1. Memegang Bet
Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang
keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu
ketat tetapi kukuh.
16
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
17/34
1.2 Gaya Dirian
Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah. Jarak bukaan kaki adalah
mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
2. Langkah-langkah Memukul
2.1 Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan hendaklah ke arah
pembaling bola. Kedudukan bola hendaklah melebihi paras bahu.
2.2 Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan
ke arah pembaling bola.
2.3 Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi
hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.
6.2.4.Larian Bes
Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di antara kederasan
berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling. Oleh sebab itu, tindakan dan gerakan semasa
melakukan larian bes hendaklah pantas dan tepat.
1. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua,
ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia
tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau plet rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging).
2. Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke
hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia
dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari
boleh disentuh (tag) oleh pemadang.
17
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
18/34
3. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan
(picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan
kemungkinan disentuh mati (tag).
4. Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki
melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang.
5. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia
melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan.
6. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan plet
rumah atau kembali ke bes asalnya.
7. Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk pasukannya .
Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga pemain Berjaya
dimatikan.
8. Satu inning dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul.
9. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa yang ditetapkan
(biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan kejohanan pihak penganjur.
6.2.5.Memadang (Pertahanan)
Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang yang terdiri
daripada 9 orang pemain.Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang penyerang
(pemukul) untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul.Oleh sebab itu, setiap
pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan
tepat.
18
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
19/34
1.Tugas pemadang:
Pitcher - pitching bola dengan baik dan membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola
melayang jauh.
Catcher - memberi panduan dan sokongan kepada pitcher serta menangkap dengan kemas
setiap pitching yang dibuat oleh pitcher.Menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan
pelari daripada mendapatkan mata.
Pemadang bes 1 - menerima semua balingan yang diarahkan ke bes dan mengambil tindakan
serta merta terhadap bola tampanan.Member sokongan kepada catcher kepada bola balingan
jauh.
Pemadang bes 2 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 2.Bersedia
menerima balingan bola daripada pemadang.Memberi sokongan kepada pemadang di bes 1 dan
bes 3.
Pemadang bes 3 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 3 dan
membantu catcher mematikan pelari daripada mendapatkan mata.
Pemadang dekat - mematikan pelari dengan lemparan ke bes-bes dan membantu catcher untuk
mematikan pelari ke bes 3.Membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha mematikan pelari.
Pemadang luar (7,8 dan9) - sentiasa bersedia untuk menangkap bola pukulan jauh dan
sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul.Bersedia menangkap bola melayang
bagi mematikan pemukul dan membantu pemadang bes untuk mematikan pelari.
6.2.6.Pitching(melontar)
Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan
sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya
sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal
19
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
20/34
dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih
untuk menang.
Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya
terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta
bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.
1.Gaya Pitching
Terdapat dua gaya pitching iaitu:
1.1.Gaya Ayunan (Slingshot).
Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang wujud hanyalah
dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara
gaya kipas angin (Windmill).
-Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.
-Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil
melentikkan pergelangan tangan.
- Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan
yang memegang bola.Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha.
1.2.Gaya Kipas angin (Windmill).
Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher.
Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.
-Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola
dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan.
-Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit
badannya.
20
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
21/34
-Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat
membuat satu bulatan besar.
-Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan
sedikit.
-Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah
melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.
6.3.ASPEK KESELAMATAN DALAM PERMAINAN
Aspek keselamatan dalam sofbol terbahagi kepada 4 iaitu :-
6.3.1. Keselamatan pemain / pegawai pengiring.
6.3.2. Keselamatan pengadil / umpire
6.3.3. Keselamatan peralatan.
6.3.4. Keselamatan penonton.
6.3.1.Aspek keselamatan pemain / pegawai pengiring.
Aspek keselamatan pemain / pegawai pengiring boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-
a). Pemain memadang dan
b). Pemain memukul
21
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
22/34
a ) Keselamatan pemain memadang
Pemain memadang boleh dibahagikan kepada dua iaitu :-
i.Keselamatan pemain memadang luar.
Perlu memastikan glove yang digunakan dalam keadaan baik, supaya bola tidak boleh
membolosi glove semasa menangkap bola ( mengelak bola dari terkena muka dan anggota
badan ).Mesti memakai topi atau cap bagi menghalang silauan cahaya matahari dalam proses
menangkap bola.
ii.Catcher
Perlu memakai chest pad, shin guard, helmet, face mask dan trough protect .Tambahan bagi
pemain lelaki mesti memakai ball guard. Peralatan ini adalah bertujuan untuk melindungi catcher
dari mendapat kecederaan semasa permainan.
b) Pemain memukul
Pemain memukul dikehendaki memakai helmet bagi mengelak bola terkena kepala terutama
semasa berada dalam petak memukul.
Catatan;
Pemain simpanan,pegawai dan pemain yang menunggu giliran memukul mesti berada tidak
kurang 50 kaki dari kawasan petak memukul ( kecuali jurulatih yang memberi arahan mesti
berada dalam petak jurulatih)
6.3.2.Keselamatan pengadil / umpire
Umpire mesti memakai helmet, mask, chest pad dan shin guard .(lelaki ball guard adalah
22
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
23/34
penting ). Ini adalah bertujuan mengelakkan umpire dari kecederaan semasa mengadili
perlawanan.
Kaliper skor adalah penting untuk umpire untuk mengingatkan umpire dalam kiraan ball dan
straik ( mengelak dari bantahan pegawai dan penonton ).
6.3.3.Keselamatan peralatan.
Bet tidak boleh menggunakan bet yang telah diubah suai. Mesti ada pita grip / getah
pemegang.
Base menggunakan base comfortable / mudah alih untuk keselamatan pelari base ( tidak
menggunakan paku atau cerucuk ) mengelakkan terkena cucukan semasa sliding.
Back stop @ penghadangbelakang Untuk keselamatan penonton dan pegawai lain atau
penyimpan skor serta mengelak bola keluar jauh dari kawasan permainan.
Topi atau cap mengelak dari silauan matahari dalam proses menangkap bola pukulan atau
lontaran yang tinggi.
Kasut Kasut berstad digunakan bagi mendapat cengakam kepada semua pemain ( studaluminium dan stud 6 tidak dibenarkan ) semasa berlari dan berhenti.
6.3.4.Keselamatan penonton.
Penonton hendaklah berada sekurang-kurangnya 21 kaki atau 7 meter dari garisan bola mati. Ini
bertujuan untuk mengelakkan penonton terkena bola hasil dari pukulan sipi atau overthrow dari
pemain padang ke pemain base 1 dan 3.
Penonton yang berada dihadapan diamond juga mesti berada tidak kurang dari 300 kaki dari
kawasan petak pemukul atau 50 kaki melepasi garisan home run. Ini bertujuan mengelakkan
penonton dari kecederaan terhadap hasil bola pukulan jauh.
23
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
24/34
7.UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.
Bahagian 1. BET YANG DIPINDA (Aitered Bet)
Sebatang bet yang dianggap telah dipinda apabila rekabentuk fizikal bet sah dipinda. Contoh-
contoh pemindaan bet ialah:
Menggantikan handal sebatang bet logam dengan hendal kayu atau bahan lain.
Mengisi bahan ke dalam bet
Menggunakan pita yang berlebihan iaitu melebihi 2 lapisan.
Mengecat bet di bahagian atas atau bawah kecuali untuk tujuan pengenalan.
Memasang satu genggaman flare atau cone pada bet.
Bahagian 2. MAINAN RAYUAN (Appeal Play)
Suatu mainan rayuan bola hidup atau bola mati adalah sesuatu mainan yang mana seorang
pengadil tidak boleh membuat keputusan sehingga oleh pengurus, jurulatih atau pemain daripada
pasukan bertahan.
KEKECUALIAN : Pengurus, jurulatih atau pemain daripada pasukan menyerang dibenarkan
merayu ke atas kesalahan membuat penggantian tak sah oleh pasukan bertahan.
Jika rayuan dibuat oleh seorang pemadang, pemadang itu mesti berada di padang dalam (infield).
Rayuan tidak akan dilayan bila dibuat selepas salah satu situasi berikut berlaku:
Satu pic sama ada sah atau tak sah telah dilepaskan.
Picer dan semua pemain pasukan bertahan telah meninggalkan kawasan fair.
24
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
25/34
Semua pengadil telah meninggalkan padang selepas sesuatu mainan terakhir di dalam
permainan tersebut.
Rayuan ke atas menggunakan pengganti tak sah atau masuk kembali tak sah boleh dibuat pada
bila-bila masa selagi pemain tak sah itu masih di dalam permainan.
Berikut adalah jenis-jenis rayuan;
Tidak menyentuh bes.
Meninggalkan bes ke atas bola yang disambut sebelum bola mula-mula disentuh.
Memukul tidak mengikut giliran.
Mencuba mara ke bes ke dua selepas menyentuh bes pertama
Penggantian tak sah
Masuk kembali tak sah.
Bahagian 3. DIBERI BES KE ATAS BALL(Base on Ball)
Suatu kejadian Diberi Bes membenarkan seorang pemukul maju ke bes pertama dengan
selamat dan ini diberikan oleh seorang pengadil kepada pemukul bila 4 pic dianggapkan ball.
Kadang juga ia dianggap sebagai walk.
Bahagian 4. LORONG BES (Bes Path)
Lorong bes ialah satu garisan lurus diantara sesuatu bes dengan posisi pelari semasa seorang
pemain bertahan cuba atau sedang mencuba menceceh seorang pelari.
Bahagian 5. BOLA YANG DIPUKUL (Batted ball)
Bola yang dipukul adalah sebarang bola yang kena pada bet atau dikenakan pada bet dan jatuh di
dalam kawasan fair atau foul. Tidak diambilkira samaada dibuat secara sengaja atau tak sengaja.
25
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
26/34
Bahagian 6. PETAK PEMUKUL (Batters Box)
Petak pemukul adalah satu kawasan yang mana seorang pemukul mesti berada dengan tujuan
membantu pasukannya mendapatkan larian. Semua garisan dianggap berada di dalam petak
pemukul.
Bahagian 7. PEMUKUL-PELARI (Batter-Runner)
Pemukul pelari ialah seorang pemain yang telah memukul tetapi belum dimatikan atau tiba di bes
pertama lagi.
Bahagian 8. GILIRAN MEMUKUL (Batting Order)
Giliran memukul adalah senarai rasmi pemain-pemain pasukan menyerang mengikut giliran
yang mereka akan memukul. Apabila kad giliran memukul diserahkan, posisi pemain-pemain
hendaklah disebutkan.
Bahagian 9. BOLA TERHALANG (Blocked Ball)
Bola terhalang adalah bola yang dipukul atau yang dibaling yang telah disentuh,dihentikan atau
diambil oleh seorang yang tidak terlibat di dalam permainan tersebur, atau bole terkena sebarang
objek yang bukan sebahagian daripada alatan rasmi atau kawasan rasmi padang.
Bahagian 10. BOLA TAMPAN (Bunt)
Bola tampan adalah bola yang dipukul dengan tidak mengayunkan bet, tetapi dengan sengaja
ditemu dengan bet dan diketukkan perlahan-lahan ke dalam kawasan padang-dalam.
Bahagian 11. SAMBUTAN (Catch)
Suatu sambutan adalah bila bola yang dipukul atau yang dibaling telah disambut secara sah
dengan tangan atau glof oleh seorang pemadang. Jika bola itu cuma dipegang oleh lengan
pemadang atau ditahan daripada menjatuh ke tanah dengan mana-mana bahagian badan atau
pakaian pemadang, sambutan itu tidak sempurna lagi sehingga bola itu betul-betul di dalam
26
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
27/34
genggaman tangan atau glof pemadang.
Ia tidak dianggap sambutan sah jika sebaik saja mendapatkan bola, pemadang itu terlanggar
dengan seorang pemain yang lain atau dengan dinding atau terjatuh ke tanah menyebabkan bola
terlucut dari gengamannya.
Untuk menentukan sama ada sesuatu sambutan adalah sah atau tidak, pemadang itu hendaklah
memegang bola itu cukup lama untuk menentukan ia dapat mengawal bola sepenuhnya dan bila
bola dikeluarkan, tindakan itu hendaklah secara kemahuannya dan disengajakan. Jika bola
terlucut dari genggamannya semasa ia bertinak untuk membaling, sambutan itu masih dianggap
sah.Sesuatu bola yang terkena sebarang objek selain daripada seorang pemain pasukan bertahan
semasa bola itu masih dalam penerbangannya, kejadian ini dianggap sama dengan terkena tanah.
Bahagian 12. PETAK KECER (Catchers Box)
Petak kecer adalah kawasan di mana Kecer hendaklah berada sehingga:-
Sesuatu pic dilepaskan
Bahagian 13. PERSIDANGAN RASMI (Charged Conference)
Sesuatu persidangan rasmi berlaku apabila:-
a).Persidangan pasukan menyerang
Meminta permainan ditangguhkan untuk membolehkan Pengurus atau mana-mana wakil
pasukannya berunding dengan mana-mana pemain pasukannya.
b).Persidangan pasukan bertahan
Pasukan bertahan meminta permainan ditangguhkan atas apa sebab saja dan seorang
wakil (bukan yang berada dalam padang0 dari pasukan itu masuk ke dalam padang permainan
dan bercakap dengan mana-mana pemain pasukan bertahan.
27
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
28/34
Bahagian 14.DIAMOND SOFBOL
SKALA : 1 : 1000
POSISI UKURAN [CM, KAKI () IINCI()]
PLET RUMAH Lebar:43.2 cm(17 )
Panjang: 30.5 cm(12 )
PETAK PEMU KUL Lebar: 91 cm (3 )
Panjang: 213 cm(7 )
BULAT-AN PE
NUNGGU
Diameter : 152 cm (5)
Radius : 76 cm (2 )
PETAK JURU
LATIHPanjang: 457 cm(15)
PETAK KECER Lebar: 257cm (55 )
Panjang: 305 cm(10 )
PLET PICER Lebar:43.2 cm(17 )
Panjang: 30.5 cm(12)
BULAT-AN PICER
LELAKI
Diameter : 874 cm (16)
Radius : 244 cm (8)
28
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
29/34
BULATAN PICER
PEREM PUAN
Diameter : 874 cm (16)
Radius : 244cm (8)
BES PERTAMA Lebar: 38.1cm (15)
Tebal: 12.7cm(5)
BES KEDUA Lebar: 38.1cm (15)
Tebal: 12.7cm(5)
BES KETIGA Lebar: 38.1cm (15)
Tebal: 12.7cm(5)
JARAK (KAKI)
(METER)
JANTINA (DEWASA)
LELAKI WANITA
GELANG-
GANG
18.29m(60) 18.29m(60)
JARAK PICING 14.02m (46) 12.19m (40)
PAGAR PADANG
LUAR
76.20m
(250)
67.06m (220)
PLET RUMAH KE
BES KEDUA25.86m
(8410 )
25.86m
(8410 )
29
8.SOALAN LATIHAN DAN SKEMA JAWAPAN
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
30/34
Tajuk: SOALAN PJPK TINGKATAN 3
Tunjang: PERMAINAN - SOFBOL
1.Dalam permainan sofbol. Berapakah jarak base pertama dari home plate
A.27.40 m
B.27.41 m
C.27.42 m
D.27.43 m
Soalan 2 dan 3 adalah berdasarkan kenyataan dibawah
home plate
pitcher plate
2.Dua alat di atas adalah antara peralatan penting dalam permainan sofbol. Apakahkegunaan
pitcher plate
A.Tempat melakukan pukulan
B.Tempat melakukan lemparan
C.Tempat melakukan lontaran
D.Tempat melakukan tampanan
3.Apakah fungsihome platedalam permainan sofbol
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
31/34
A.Tapak memulakan run
B.Tapak mendapat strike
C.Tapak melakukan pitching
D.Tapak memperolehi run
4.Siapakah yang wajib memakai topi keselamatan dalam permainan sotbol
A.Pemukul
B.Pemukul dan pemukul on deck
C.Pemukul,pemukul on deck, base runner
D.Pemukul,pemukul on deck, base runnerdan catcher
5.Glove catcher juga dikenali sebagai
A.Glove Kitt
B.Glove Litt
C.Glove Mitt
D.Glove Nitt
Soalan 6 berdasarkan penyataan dibawah
Posisi Fungsi/Peranan
P Melempar bola kepada pemukul
memandang bola yang ditampan
Q Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond
Mematikan pemain yang yang berlari ke base pertama
Mengawal bola yang ditampan
R Membantu pemain base kedua dan ketiga
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
32/34
Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond
S Membantu pemain base kedua dan base ketiga
Menangkap bola di bahagian kiri kawasan
6.Merujuk kepada penyataan di atas, pemain di posisi manakah yang digolongkandalam
kumpulan pemadang luar
A.P
B.Q
C.R
D.S
7. Jumlah pemain bagi permainan sofbol adalah
A.6 orang
B.7 orang
C.8 orang
D.9 orang
8.Apakah dua kemahiran asas semasa memadang dalam permainan sofbol.
A.Memukul dan menampan
B.Menyambut dan membaling
C.Melempar dan membaling
D.Memukuldan larian base
9 Windmill
sling shot X
Rajah di atas merujuk kepada kemahiran X dalam pemainan softball iaitu ;
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
33/34
A.Kemahiran memukul
B.Kemahiran menampan
C.Kemahiran melempar
D.Kemahiran membaling
10 Dalam permainan sofbol giliran pasukan memukul dan memadang akan bertukar setelah tiga
orang pemain pasukan pemukul dimatikan. Kenyataan itu merujuk kepada
A Run
B Tag
C Strike
D Inning
11 Pemukul akan terkeluar atau dikira mati jika13
A Mendapat tiga larian bes
B Mendapat tiga strike
C Mendapat empat ball
D Mencecah base sebelum di tag
Soalan 12 sila rujuk gambar di bawah.
7/29/2019 Skrab Soffbol 2
34/34
12 Apakah jenis gaya meluncur yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
A Luncur pop-up
B Luncur mencangkuk
C Luncur kepala dulu
D Luncur kaki bengkok Tajuk
LAMPIRAN JAWAPAN.
SOFBOL
1.D 7. D
2. B 8. B
3. D 9. C
4. D 10. D
5. D 11. B
6. D 12. D