Download docx - ssigment kesihatan 2013

Transcript

1.0Ulasan / Refleksi ArtikelTeaching Children Hygiene Using Problem Based Learning: The Story Telling Approach to Games Base Learning oleh David Farrell, Patty Koskotva, Donna Lecky, & Cliodna McNulty.

Artikel yang dinyatakan seperti di atas adalah salah satu contoh kertas kerja di mana satu kajian yang dijalankan bagi menunjukkan sejauh mana keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam membantu individu mancapai kefahaman berdasarkan e-bugs ataupun Pembelajaran Berasaskan Permainan. Dalam artikel ini, ianya menyatakan bahawa PBM membantu individu menyelesaikan beberapa masalah dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan bagi mencapai Hasil Pembelajaran yang khusus.Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) ini telah diwujudkan di Eropah membantu murid-murid untuk memahami konsep kebersihan. Ini adalah kerana kebanyakan negara di Eropah, pembelajaran dimulakan dengan permainan telebih dahulu. Ini adalah bertujuan bagi mewujudkan pembelajaran secara tidak langsung di kalangan murid-murid. Menurut Squire (2008), Svarosky dan Shaffer (2007) mennyatakan bahawa individu ataupun pemain boleh mendapat pemahaman dunia sebenar melalui permainan video komersial. Namun begitu, juga berpendapat bahawa tidak semua pendidik mampu menggunakan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi menggunakan faktor persekitaran sebagai medium pembelajaran.

Suruhanjaya Eropah telah membiayai projek e-Bug dimana matlamat ataupun tujuan penubuhan program itu adalah bagi meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dalam menjaga kebersihan tangan dan pernafasan melalui pendidikan. Program e-Bug ini disediakan kepada 2 kumpulan sasaran iaitu bagi golongan berusia yang 9-12 tahun dan 13-15 tahun. Untuk memastikan program ini berjaya, dua pek e-Bug dibekalkan bagi setiap golongan di mana satu pek digunakan dalam bilik darjah manakala satu pek lagi digunakan untuk murid itu sendiri yang boleh dimainkan secara dalam talian pada masa lapang. Program e-Bug ini juga bertujuan mengajar tanpa memerlukan guru membina pengajaran yang pasif di sekitar mereka. Permainan ini dibina berasaskan gabungan permainan berbentuk tradisional namun disesuaikan dengan pembelajaran berasaskan model. Namun begitu, masih ada kebimbangan sama ada e-Bug dapat mewujudkan keseronokan dalam pendidikan. Ini kerana pelajar dilihat perlu mempunyai motivasi dan disiplin diri yang tinggi bagi menjalankan pembelajaran ini secara berdikari. Ini adalah kerana permainan e-Bug ini memerlukan pelajar untuk belajar mengikut masa mereka sendiri dan boleh dimainkan pada bila-bila masa.

Dalam artikel ini, unsur-unsur keseronokan yang amat digemari oleh pelajar iaitu unsur seperti menembak tidak disertakan. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan permainan sebagai tidak bermanfaat dalam pendidikan. Oleh yang demikian, dalam artikel tersebut, dicadangkan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah sesuai kerana kaedah ini mendorong pembelajaran menyelesaikan masalah berdasarkan permainan yang dimainkan.

Melalui kaedah PBM, masalah ditimbulkan dan dikenalpasti sebelum sesuatu pembelajaran berlaku dan ianya dapat mewujudkan pengetahuan baru pelajar. Melalui PBM ini, ianya menggalakkan pembelajaran kendiri pelajar-pelajar secara optimum dan hanya melibatkan penglibatan murid secara minum. PBM digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang perubatan, maka PBM boleh disesuaikan untuk Program e-Bug.

Dalam artikel tersebut juga turut menyatakan bahawa terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi membincangkan keberkesanan PBM ini dalam pengajaran. Artikel ini ada menyebut melalui kajian yang dijalankan oleh Picard mendapati PBM dalam permainan perniagaan akan memberi kesan positif ke atas pelajar universiti dari segi kepuasan dan pencapaian pembelajaran mereka.

Artikel di atas ada menyebut bahawa sekiranya mahu e-Bug dilaksanakan dengan lebih berkesan, ianya telah menggariskan lima peringkat PBM yang bersesuaian. Artikel ini turut mengemukakan bagaimana permainan dapat menyampaikan Hasil Pembelajaran Khusus menggunakan kaedah PBM. Lima peringkat yang menjadi tunjang kepada kejayaan sesuatu HPK ialah:

1) Peringkat 1: Pengenalan Topik Dalam peringkat ini, pengenalan topik merupakan strategi awal bagi memberi gambaran awal kepada masalah yang perlu diatasi. Contoh, Seorang pelajar makan disebuah kedai tetapi merasa mual dan muntah-muntah setelah selesai makan. Ibu dan bapa kanak-kanak tersebut perlu mencari punca bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

iiPeringkat 2: Pernyataan MasalahPeringkat ini merupakan teori yang boleh dihubungkaitkan kepada masalah yang dihadapi. Teori yang dikemukakan merupakan sebab masalah yang dinyatakan boleh berlaku. Sebagai contoh, ibu kepada kanak-kanak yang keracunan makanan itu membuat teori bahawa makanan yang dihidangkan tidak bersih dan telah tercemar.iiiPeringkat 3: Hipotesis (Pendapat yang dipercayai benar tetapi belum dibuktikan lagi)Peringkat ini merupakan usaha untuk menyelesaikan masalah. Pada dasarnya terdapat teori yang mengaitkan permasalahan ini, hipotesis digunakan untuk mengenal pasti potensi bukti yang dikemukakan. Kebarangkalian ini dapat mencadangkan sama ada bukti tersebut relevan dan bertepatan dengan permasalahan yang dibincangkan. Contoh, hipotesis kebersihan makanan boleh dijadikan punca kepada penyakit yang dihadapi kanak-kanak itu berdasarkan makanan yang sudah melekit serta persekitaran dapur yang kotor dikedai itu.

ivPeringkat 4: PenyelidikanPeringkat penyelidikan merupakan kesinambungan setelah memutuskan untuk meneruskan hipotesis yang diperolehi. Penyelidikan dapat membantu mengesan sama ada hipotesis yang dipilih itu tepat berdasarkan bukti yang diperoleh. Contoh, setelah membuat keputusan untuk meneruskan bukti bahawa keracunan makan itu disebabkan oleh persekitaran kedai yang tidak bersih, tinjauan ke bahagian dapur kedai boleh dilakukan. Selain itu, proses mendapatkan maklumat dari saksi-saksi ataupun bahan-bahan bukti seperti lipas dan sisa makanan yang tercemar boleh diambil sebagai bukti . Ringkasnya, setiap maklumat yang diperoleh merupakan punca kepada masalah penyelesaian masalah yang dihadapi.

vPeringkat 5: Membentangkan KeputusanPada peringkat ini, keputusan dibentangkan setelah penyelidikan dilakukan dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Keputusan yang dilakukan boleh menyangkal semua teori yang berkaitan dengan masalah sebelumnya.

Menurut artikel diatas, menyatakkan bahawa pembelajaran secara permainan ini memberi impak yang positif dalam konteks keberkesanan pembelajarannya. Namun begitu, PBM merupakan nadi kepada murid-murid untuk lebih proaktif dalam mencari maklumat dan melakukan penyelidikan secara kendiri. Dengan ini, pelajar akan lebih berkeyakinan dalam menyelsaikan sesuatu tugasan. Pelajar lebih berminat untuk mengharapkan bantuan ataupun panduan sepenuhnya dalam permainan berbanding pemerhatian mereka melalui tontonan video. Oleh sebab itu, murid-murid tidak menikmati, menghayati, serta mempelajari kepentingan membaca dalam permainan video yang dimainkan. Perkara ini diakui sendiri oleh Pengarah Permainan World of Warcraft dimana ramai pemain kurang berminat untuk membaca teks yang diberi berbanding permainan yang dimainkan.Rumusan yang dinyatakan dalam artikel tersebut menggabungkan pendekatan yang ada dalam permainan e-Bug dengan pedagogi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang bertujuan untuk mengajar murid-murid tentang kebersihan mikrob dan penggunaan antibiotik yang sesuai. Kajian yang dilaksanakan oleh penulis jelas menunjukkan secara terperinci bahawa PBM boleh digunakan untuk mengajar pelbagai Hasil Pembelajaran dalam menggunakan permainan pengembaraan.

Dalam artikel yang dinyatakan, penulis ada menyatakan bahawa pengajaran berasaskan PBM ini mempunyai kesan positifnya yang tersendiri.. Ini dibuktikan melalui keberkesanan PBM dalam latihan-latihan berasaskan perubatan. Oleh sebab itu, penulis berasakan bahawa kaedah PBM boleh dipraktikkan dan sesuai dengan permainan e-Bug yang dihasilkan.

Melalui pemerhatian saya, kaedah PBM ini amat sesuai dipraktikkan disekolah. Ini dapat dilihat melalui kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati pembelajaran dan juga isi pelajaran yang disampaikan lebih berkesan berbanding pembelajaran secara formal. Menurut artikel tersebut, PBM seharusnya di terapkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah melalui program e-Bugs yang telah disarankan. PBM ini bukan sahaja sesuai untuk diajar untuk mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, malahan sesuai untuk semua matra pelajaran. Melalui kajian yang telah dijalankan, PBM boleh digunakan dalam pelbagai Hasil Pembelajaran Khusus sesuatu mata pelajaran.

Menurut artikel di atas, pelbagai kajian telah dijalankan bagi menguji keberkesanan PBM ini. Walaupun tiada bukti yang dapat menggambarkan kejayaan PBM dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan ini, PBM dilihat sebagai satu medium pengajaran yang seharusnya dipraktikkan oleh semua pelajar. Ini dapat dilihat melalui pembelajaran Program e-Bugs yang berasaskan PBM kerana e-Bug menggunakan konsep permainan pengembaraan dalam perlaksanaannya.

Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) pelajar digalakkan menggalakkan untuk mengamalkan kemahiran berfikir secara kreaktif dan kreatif (KBKK) berfikir, mengkaji, bertindak, dan membuat keputusan dalam setiap permasalahan yang dikemukakan dengan mendapat bimbingan guru yang minima. PBM ini juga menggalakkan murid agar berdikari dan berkeyakinan terhadap setiap keputusan yang dilakukan. Ini secara tidak langsung menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengumpul maklumat dan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

Untuk pelajar memahami sesuatu pelajaran yang disampaikan dengan berkesan, lima peringkat PBM perlu diamalkan. Lima peringkat ini adalah bertujuan untuk membantu murid memahami setiap situasi yang diberi. Setiap langkah yang perlu dituruti merupakan langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Di akhirnya, pelajar harus bijak memilih sesuatu keputusan bedasarkan peringkat penyelesaian masalah yang telah dijalankan menggunakan kaedah PBM yang telah dijalankan.

Kesimpulannya, PBM ini dilihat amat berkait rapat dengan strategi berpusatkan murid. Ini dapat dlihat melalui penglibatan murid yang maksimum dan penglibatan guru yang minimum. Murid terlibat sepenuhnya dengan setiap aktiviti yang telah dirancang manakala guru pula bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing. Guru hendaklah memantau prestasi pelajar agar dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam suasana yang terkawal dan menyeronokkan.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (FORMAT KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH)

Subjek: Pendidikan KesihatanKelas: 2 DelimaBil. Murid: 40 murid ( 25 lelaki & 15 perempuan )Kehadiran: 38 / 40 orangTarikh: 15 Januari 2013Masa: 11.30 12.00 pagi (30 minit)Modul: Kesihatan FizikalTajuk: PemakananAlatan: LCD

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : TMK, Kreativiti dan InovasiPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): B3 D3 E1

Fokus Pembelajaran: Mengenalpasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti..

Standard Pembelajaran: 1.1.3 mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.

Objektif: Murid dapat menyatakan jenis-jenis makanan seimbang dan menyatakan jenis-jenis makanan yang menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti.

Masa / waktuGerak KerjaButiran MengajarAktivitCatatan

Set induksi( 3 minit )- Soal jawab- PBM 1 ( Pengenalan Topik )- Guru bersoal jawab mengenai kegemukkan dan obesiti - Murid membezakan antara kedua-dua jenis makanan.- Murid menerangkan secara rawak tentang trend pemakanan mereka bedasarkan gambar yang ditayangkan.

- Gambar 1Apakah yang boleh kamu nyatakan berdasarkan gambar ini?

- Gambar 2Apakah yang boleh kamu nyatakan berdasarkan gambar ini?

- gambar dan kad imbasan

Langkah 1- Tayangan slaid- Kisah Hidup Wawan- PBM 2 ( Penyataan Masalah yang dihadapi )- Guru mempertontonkan cerita Kisah Hidup Wawan- Guru mengedar teks bertajuk Kisah Hidup Wawan.- Membuat sedikit simulasi berdasarkan teks.- Murid-murid mencatat maklumat penting yang terdapat dalam teks.

- Tayangan slaid tentang kisah Hidup Wawan.- Bacaan teks secara akaliah(Rujuk lampiran 1)- Lakonan- LCD- Teks cerita- Simulasi

Langkah 2

- Pembahagian kumpulan- Menyatakan corak dan jenis makanan yang sihat- PBM 3 (Membuat Hipotesis) - PBM 4(Penyelidikan )- Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan- Murid menyatakan masalah yang dihadapi oleh Wawan.- Murid di minta menyenarai punca-punca yang difikirkan sesuai mengapakah Wawan mengalami obesiti.- Murid diminta menyatakan rasional yang dapat menyokong pendapat mereka berkenaan punca-punca Wawan mengalami obesiti. - Perbincangan dalam kumpulan- Menyatakan masalah yang dihadapi

Langkah 3- Mengenal jenis makanan yang sesuai- PBM 5 (Membuat keputusan dan membentangkan hasil kerja )

- Murid memilih satu sahaja punca Wawan di masukkan ke dalam hospital. Jawapan tersebut mestilah yang paling tepat.- Murid membentangkan rasional pemilihan jawapan tersebut bedasarkan maklumat yang diperolehi dan difikirkan sesuai.- Murid membuat perbentangan hasil kerja di hadapan kelas. - Contoh ;

Kumpulan 1Punca Wawan mengalami obesiti?;Wawan tidak mengamalkan corak pemakanan yang seimbang

Sebab?Wawan banyak mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan kegemukkan

Langkah 4

- Kenal makanan yang menyebabkan kegemukkan

- Guru mengedar lembaran kerja.- Murid mengenalpast dan menanda (/) pada jenis makanan yang boleh menyebabkan obesiti dan kegemukkan.- Murid membentangkan jawapan yang telah dipilih.

- Rujuk lampiran 2Lembaran kerja- Sila rujuk lampiran 2

BBMLembaran kerja

Langkah 5Pentaksiran, penilaian dan refleksi-Murid menyatakan kepentingan kita mengamalkan pemakanan yang sihat. - Mengedar lembaran kerja sebagai pentaksiran terhadap PNP yang telah dijalankan.- Rumusan pelajaran.Lembaran kerja- Sila rujuk lampiranBBM- Lembaran kerja

Kisah Hidup Wawan

Wawan merupakan kanak-kanak berusia 10 tahun. Dia dilahirkan dari keluarga yang kaya. Oleh yang demikian, apa sahaja yang diingininya pasti akan ditunaikan oleh ibu dan bapanya. Mereka sering membawa Wawan makan di kedai makanan segera. Walaupun usia Wawan masih muda, namun fizikal badannya tidak sesuai dengan umurnya. Ini adalah kerana Wawan tidak mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Wawan mempunyai berat badan 45 kilogram. Setelah pergi ke klinik, Wawan telah disahkan obesiti ataupun mempunyai berat badan yang berlebihan. Namun begitu, Wawan tetap tidak menghiraukannya. Dia sering makan makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi dan berminyak. Wawan suka makan makanan ringan dan minum air yang berkabonat. Oleh kerana itu, Wawan sering keletihan dan tidak mampu untuk berjalan dengan normal sepertimana kanak-kanak lain yang seusianya.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

Refleksi Pembelajaran:38 daripada 40 orang murid boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang dan dapat membezakan makanan yang seimbang dengan makanan yang boleh menyebabkan kegemukkan dan obesiti.

Catatan Guru:Dalam penulisan rancangan mengajar ini, saya telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai kaedah pembelajaran. Tajuk dan topik yang dipilih sangat sesuai menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini dapat menggalakkan murid-murid untuk berfikir disamping mengetahui kesannya.

Dalam menyediakan Rancangan Pelajaran ini, kaedah PBM perlu dilaksanakan dalam lima peringkat, di mana saya aturkan kelima-lima peringkat ini mengikut langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang telah saya rancangkan. Penyusunan kaedah PBM ini perlu mengikut urutan agar hasil pelajaran khusus dapat dicapai. Kaedah yang saya laksanakan ini menunjukkan impak yang positif terhadap mud murid-murid untuk mengikuti pelajaran yang dipelajari dan memudahkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Peringkat 1 iaitu pada aktiviti set induksi, saya menerapkan kaedah PBM peringkat pertama iaitu pengenalan topik. Pada peringkat ini, saya menggunakan kaedah bersoal jawab dan meminta respons murid terhadap bahan ransangan yang dipamerkan. Aktiviti ini penting bagi pengenalan kepada murid tentang tajuk pelajaran yang hendak dipelajari. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik minat murid untuk bersama-sama berkongsikan maklumat yang mereka tahu berkenaan dengan diet makanan yang sihat.

Peringkat ke-2, saya menerapkan PBM peringkat kedua iaitu penyataan masalah yang dihadapi. Mengikut aktiviti yang saya sediakan, murid akan dipertontonkan dengan tayangan slaid gambar bersiri tentang `Kisah Hidup Wawan. Tayangan ini adalah untuk mencungkil permasalahan yang dihadapi oleh Wawan di dalam hidupnya. Menurut aktiviti yang saya rancangkan, pendedahan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Wawan saya realitikannya melalui bacaan teks secara akaliah dan juga sedikit simulasi. Dengan aktiviti yang telah saya rancangkan, murid akan lebih jelas memahami tajuk pelajaran yang akan dipelajari dan juga dapat merasai watak Wawan di dalam certa tersebut. Semasa aktiviti bacaan teks secara akaliah dan mekanis, pelajar akan membuat catatan berkenaan isi-isi penting yang terkandung di dalam teks.

Dalam langkah ke-2 pengajaran dan pembelajaran saya, saya telah menggunakan kaedah PBM peringkat yang ketiga iaitu membuat hipotesis. Dalam langkah ini, hipotesis merupakan cara untuk menentukan apakah faktor-faktor yang menyebabkan Wawan mengalami obesiti ataupun kegemukkan. Aktiviti ini dijalankan dalam berkumpulan dan setiap kumpulan membuat sebarang andaian tentang faktor-faktor yang menyebabkan Wawan mengalami obesiti. Ada diantara kumpulan yang dapat menyatakan bahawa Wawan mengalami obesiti melalui faktor keturunan dan ada diantaranya yang mengaitkan faktor pemakanan yang menyumbang kepada permasalahan yang dihadapi oleh Wawan.

Peringkat 4 PBM iaitu membuat penyelidikan saya telah jalankan pada Langkah ke-2. Dalam aktiviti ini, murid membuat penyelidikan melalui maklumat-maklumat yang diperolehi. Kebanyakkan murid-murid menyatakan faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan yang dihadapi oleh Wawan ialah faktor pemakanan. Mengikut teks yang telah dibaca, ada menyelitkan beberapa maklumat berkenaan trend pemakanan yang diamalkan oleh Wawan. Melaui maklumat yang diperolehi, Wawan mengamalkan diet pemakanan yang tidak seimbang. Wawan banyak mengambil makanan yang boleh menyebabkannya mengalami kegemukkan dan obesiti. Oleh kerana yang demikian, majoriti setiap kumpulan di dalam kelas tersebut menyatakan bahawa faktor pemakanan merupakan faktor utama yang menyebabkan Wawan mengalami obesiti. Peringkat 5 PBM iaitu membuat keputusan dan membentangkan hasil dapatan, saya telah selitkan di dalam aktiviti ataupun langkah ke 3. Dalam aktiviti ini, murid akan memilih satu sahaja punca yang menyebabkan Wawan mengalami obesiti. Murid juga diminta membentangkan rasional terhadap pemilihan punca obesiti tersebut. Aktiviti ini menggalakkan murid untuk memberanikan diri untuk berhadapan dengan orang ramai disamping murid dapat bersama-sama berkongsi maklumat yang diperolehi menerusi perbincangan dari kumpulan yang berlainan.Pada langkah ke-4 aktiviti yang saya jalankan ialah aktiviti pemahaman terhadap isi pelajaran yang perlu dicapai oleh murid-murid. Aktivit yang dijalankan ialah murid perlu mengenalpasti dan menanda (/) pada makanan yang boleh menyebabkan kegemukkan dan obesiti. Langkah ke 5 merupakan langkah penutup. Dalam aktiviti ini, saya menjalankan pentaksiran, penilaian dan refleksi. Pentyaksiran yang telah dijalankan berupa aktiviti dengan menggunakan lembaran kerja yang memerlukan murid untuk memadankan maklumat yang telah mereka dapat daripada aktiviti ke-4 pada gambar yang telah disediakan. Setelah selesai membuat aktiviti pentaksiran ini, saya dapati 38/40 ataupun 95% orang murid dapat menguasai pelajaran dengan cemerlang. 2 orang murid ataupun 5% murid tidak dapat menjalankan aktiviti pentaksiran ini kerana mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Secara keseluruhannya, murid dapat mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

Kesimpulan:Secara keseluruhannya, setelah menggunakan kaedah PBM ini sebagai kaedah pengajaran, saya dapati PBM merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dipraktikkan oleh semua guru-guru. Ini adalah kerana melalui PBM ini, murid akan dapat melatih diri untuk berdikari, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan juga mampu untuk berhadapan dengan orang ramai...

Selain itu, melalui PBM juga, saya dapat menarik perhatian murid-murid untuk terus mengikuti pembelajaran yang diajar. Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menarik perhatian murid.Secara tidak langsung, murid dapat bersama-sama berbincang tentang permasalahan yang dihadapi dan bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Aktiviti ini juga dapat melatih murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dan secara tidak langsung, modal insan yang hendak dihasilkan akan lebih berdaya saing dan mampu untuk berfikir selangkah ke hadapan. Kesimpulannya, PBM sememangnya dapat membantu menggerakkan minda murid-murid dan membantu guru membina aktviti pembelajaran dengan baik. Namun begitu, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memantapkan ilmu pengetahuan tentang perlaksanaan PBM ini disekolah Setiap peringkat yang PBM yang dijalankann merupakan cara untuk membantu guru menyediakan aktiviti serta bahan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tajuk atau topik pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Diakhirnya, modal insan yang akan dihasilkan akan lebih berketerampilan, berdaya saing dan seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek selaras dengan apa yang dikehendaki menerusi Falsafah Pendidikan Negara.

Rujukkan1. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah: panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kuala Lumpur2.


Recommended