17
1.0 PENDAHULUAN Kesihatan ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika seseorang itu tidak mengalami apa- apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh. Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. 1

Kesihatan Diri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengurusan Kesihatan

Citation preview

1.0 PENDAHULUAN

Kesihatan ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh.

Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya.Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap.

2.0SOALAN 1: ASPEK PENGURUSAN KESIHATAN DIRI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA2.0 PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

Pengurusan Kesihatan Diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi asset yang penting untuk hidup sihat sepanjang hayat.

Pengurusan kesihatan diri terdiri daripada:

A. Pengurusan Kebersihan TubuhKebersihan tubuh badan adalah penting untuk menjaga kesihatan diri kita. Kita harus menjaga kebersihan tangan, kaki, gigi, kulit dan rambut. Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda. Oleh itu, kita harus mendapat tidur yang cukup dan berkualiti Aspek kebersihan fizikal yang perlu diuruskan adalah:

i. Menjaga kebersihan tangan

1. Amalan ini perlu dalam situasi berikut

a) sebelum dan selepas makan

b) selepas menggunakan tandas Membersihkan tangan menggunakan sabun adalah mencukupi untuk membersihkan kotoran.ii. Menjaga kebersihan kaki

Sentiasa menjaga alas kaki seperti kasut atau selipar

Kaki perlu dibasuh atau dikeringkan

.iii. Menjaga kebersihan gigi

Berus gigi selepas makan,sebelum tidur dan selepas tidur supaya sisa makanan tidak terlekat dicelah-celah gigi dan menjaga gigi supaya tidak rosak. Dapatkan rawatan berkala sekurang-kurangnya enam bulan sekali.iv. Menjaga kesihatan kulit

Penjagaan kesihatan kulit meliputi pemeliharaan kulit luar dan kulit dalam.

Memakan makanan yang seimbang. Amalan ini mengwujudkan kesihatan yang baik yang merupakan pra syarat bagi kulit yang baik.

Sentiasa bersenam kerana kulit yang sihat memerlukan senaman. v. Menjaga kesihatan rambut

Rambut perlu dibasuh dengan syampu yang sesuai mengikut keadaan rambut semasa kering atau berminyak.

Rambut seharusnya diikat setiap hari untuk memastikan minyak rambut dialir sama rata dan untuk memberi stimulasi kepada kulit kepala dengan menggalakan pengedaran darah.

B. Pengurusan Tahap KesihatanPemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sama ada di hospital atau klinik untuk mengetahui tahap kesihatan diri sendiri. Sesetengah penyakit merupakan pembunuh senyap seperti penyakit jantung dan strok. Melalui pemeriksaan kesihatan, seharusnya kita tahu tanda-tanda awal sesuatu penyakit melalui pemeriksaan tahap glukos di dalam darah untuk penyakit kencing manis(diabetis), pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan paras kolestrol, pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh, pemeriksaan kanser dan ujian kadar lemak.

Pengurusan kesihatan diri yang baik dapat menghindarkan banyak perkara yang berkaitan dengan penyakit. Antara faedah-faedah yang diperolehi ialah seperti dapat mengurangkan kematian berkait gaya hidup yang tidak sihat, meningkatkan jangka hayat dan tahap kesihatan, bebas dari penyakit kronik dan mengurangkan belanjawan rawatan. C. Pengurusan Pemakanan yang Sihat

Pemakanan sihat adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian anda, dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Nikmatilah pelbagai jenis makanan dengan memakan pelbagai jenis makanan yang membekalkan pelbagai tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian. Dengan kombinasi makanan tersebut, barulah badan kita akan memperolehi tenaga dengan baik. Piramid makanan amat penting dalam penyediaan makanan seharian. Dengan mengikuti piramid makanan yang betul, badan kita akan sihat dan cergas dan tidak mengalami sebarang jenis penyakit akibat daripada permakanan yang salah.Piramid Makanan

D. Pengurusan Berat Badan

Masalah berat badan berlebihan atau obesiti akan meningkatkan risiko terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser (terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara). Ia juga memburukkan masalah artritis dan pernafasan.

Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.

Indeks Jisim Tubuh (IJT) dikira sebagaimana berikut;

IJT = berat (kg)

Tinggi (m) X Tinggi (m) E. Pengurusan Stres

Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang kepada perubahan / cabaran. Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama. Tindakbalas yang tidak sihat terhadap stres boleh berlaku apabila individu mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kitaPUNCA STRES

Punca-punca atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan stres ialah:

i) Dalam Diri Sendiri

ii) Psikologi

iii) Biologi

iv) SosialWalau bagaimanapun, stres perlu ditangani secara berterusan bagi memastikan

individu itu sihat secara fizikal, emosi dan minda. Ini boleh dilakukan melalui

beberapa tindakan susulan seperti berikut:-

Tahu Tanda-Tanda Stres

Kenalpasti Punca-Punca Stres

Berfikir Secara Positif

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

Mengamalkan Komunikasi Interpersonal Berkesan

Tegas Diri (Asertif)

3.0 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Pendidikan kesihatan keluarga adalah bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya. Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai satu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi kesejahteraan mereka.

Berikut adalah elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga:

Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu asset untuk kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial.

3.1 MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju atau mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimum dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan Malaysia,2001). Ini mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang sihat dan cergas pada masa akan datang.

3.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGAvi. Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat.

vii. Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro, iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat.

viii. Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs).

ix. Meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut kea rah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki (Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).

3.3 KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA3.3.1 TUBUH BADAN MANUSIATubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri.

Sebagai sebuah sistem, setiap organ dan jaringan saling bergantungan di antara satu sama lain tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu mengekalkan keseimbangan.

3.3.2 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup sihat. Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan buah pinggang.

Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada:

Kebersihan Tubuh Badan

Penjagaan kebersihan tubuh badan ialah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi serta membasuh tangan. Penjagaan kebersihan tubuh badan dapat menghindar seseorang dari jangkitan kuman.

Amalan Pemakanan Sihat

Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya makanan yang mahal.

Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal

Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-kurangnya selama 30 minit.

Amalan Kesihatan Mental yang Baik

Amalkan pemikiran dan sikap yang positif sebagai salah satu langkah ke arah kesihatan mental yang baik.

Tidak Merokok

Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Seseorang yang ingin berhenti merokok boleh mendapatkan khidmat nasihat atau panduan berhenti merokok daripada klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran

Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

Komponen-komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak ialah: i. Perancangan Keluarga

ii. Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin

iii. Kesihatan Bayi Peranan Keluarga

Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Keluarga adalah sumber utama sokongan sosial dan pendidikan serta penjagaan kesihatan. Ahli keluarga yang mempunyai emosi yang stabil beruapaya menikmati kebahagiaan, cekal, boleh diharap, mampu menangani masalah dan mempunyai keyakinan diri. Institusi Perkahwinan

Matlamat perkahwinan itu sendiri harus jelas, tanggungjawab, peranan mahupun hak yang dimainkan oleh pihak yang terlibat dalam sistem perkahwinan mahupun rumahtangga harus difahami, dihayati dan dizahirkan melalui perbuatan secara adil dan bijaksana. 3.3.3 NILAI MORAL DAN AGAMA

Terdapat isu-isu seksualiti dan gender yang berkaitan dengan nilai moral dan agama yang dibincangkan seperti berikut:

Seksualiti

Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual dan sumbang mahran sering menjadi topik hangat perbincangan.

Gender

Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.

12