Transcript
  • Teori TradisionalTeori SituasiTeori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang berbeza memerlukan cara kepemimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin dirasakan. Kepemimpinan yang berkesan bergantung pada beberapa faktor seperti faktor pengikut, faktor pemimpin dan faktor situasi yang saling mempengaruhi.

    KELUAR

  • Teori Kontinjensi Fiedler (1967)Teori Kontinjensi menyatakan bahawa tidak terdapat satu cara terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Sesuatu gaya kepemimpinan mungkin berkesan dalam satu situasi tetapi sebaliknya berlaku dalam situasi yang lain.Dengan erti kata lain, kepemimpinan optimal tertakluk kepada(contingent upon)orientasi psikologikal pemimipin dan tuntutan persekitaran.

    KELUAR

  • Teori Kontinjensi Fiedler (1967)Psikologikal pemimipin dan tuntutan persekitaran yang terdiri daripada:

    - Saiz organisasi, bagaimana pemimpin menyesuaikan diri dengan persekitaran.- Sumber dan cara pengoperasian yang berbeza.- Tanggapan pemimpin terhadap staf dan sebaliknya.- Penggunaan teknologi dan sebagainya.

    KELUAR

  • Teori Kontinjensi Fiedler (1967)Daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh Fiedler, beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variable, iaitu gaya kepemimpinan dan tahap sokongan persekitaran (situational favorableness) .Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara manusia diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal, iaitu:.

    KELUAR

  • Hubungan pemimpin-ahli(leader-member relation)iaitu sejauh manakah pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Jika ahli kumpulan menerima pemimpin, pemimpin berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan.

    KELUAR

  • Struktur tugasan(task structure)merujuk kepada kejelasan tugas dan kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut. Apabila tugas adalah rutin dan didefinisikan dengan jelas, ahli mengetahui bidangtugasannya, maka situasi menyokong proses kepemimpinan.

    KELUAR

  • Kedudukan kuasa(position power)sekiranya pemimpin mempunyai kuasa rasmi yang kuat (untuk melantik, mendisiplin, menukar, menentukan naik pangkat), maka situasi menyokong proses kepemimpinan.

    KELUAR

  • Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977) menggabungkan dan meluaskan idea Grid Pengurusan Blake and Mouton serta Model Kontinjensi Fiedler.

    Mengikut Mersey dan Blanchard, keberkesanan kepemimpinan berasaskan situasi. Terdapat empat gaya kepemimpinan yang diutarakan oleh mereka, iaitu gaya memberitahu, menjual, mengambil bahagian dan menurunkan tanggungjawab(telling, selling participating, delegating).

    Penggunaan gaya kepemimpinan yang berbeza-beza perlu disepadankan dengan tahap kematangan ahli dalam kumpulannya.

    KELUAR

  • Penggunaan gaya kepemimpinan yang berbeza-beza perlu disepadankan dengan tahap kematangan ahli dalam kumpulannya.Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua aspek yang khusus, iaitu:

    -Kematangan psikologikal, iaitu keyakinan, kebolehan dan kesediaan ahli untuk menerima tanggungjawab yang diberikan.-Kematangan pengendalian tugas, iaitu kemahiran dan pengetahuan teknikal yang dimiliki.

    KELUAR

  • Kumpulan Kematangan RendahMotivasi yang rendah, kurang kemahiran, kurang pasti matlamat organisasi, kurang kejelekitan kumpulan. Pemimpin perlu meluangkan masa untuk memperjelas peranan ahli dan matlamat organisasi, membuat penyeliaan yang lebih rapi serta menggalakkan ahli untuk 'menerima' tugas mereka melalui cara 'pujukan.' Gaya kepemimpinan yang sesuai bagi kumpulan ini ialah memberitahu dan menjual.

    KELUAR

  • Kumpulan Kematangan TinggiMotivasi yang tinggi, mempunyai kemahiran tinggi, komited kepada matlamat organisasi, ahli kumpulan dan pemimpin saling mempercayai. Peranan pemimpin ialah sebagai pemudah cara dan mengekalkan komunikasi yang baik. Gaya kepemimpinan mengambil bahagian sesuai diamalkan untuk kumpulan ahli yang berkemahiran tinggi tetapi kurang bersemangat.Gaya menurunkan tanggungjawab adalah sesuai diamalkan bagi kumpulan yang mempunyai tahap kematangan dan kemahiran yang tinggi.

    KELUAR

  • Pertamanya, faktor budaya sesuatu kelompok masyarakat akan mempengaruhi cara kerja dan gaya kepemimpinan. Contohnya, dalam budaya tertentu, tugas dantatakerja dihargai, manakala dalam budaya lain, perhubungan manusia dan unsur birokrasi dihargai.

    KELUAR

  • Perkara kedua berkaitan dengan pendapat bahawa pemimpin lelaki lebih berorientasikan tugas, manakala pemimpin wanita bersifat prihatin dan sensitif, iaitu lebih berorientasikan perhubungan manusia.Ketiganya, model situasi hanya membincangkan hubungan pemimpin dan ahli-ahli dibawah jagaannya, isu struktur, politik dan simbol tidak diperbincangkan.

    KELUAR

  • Kedua-duanya menyatakan bahawa tidak terdapat satu cara terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Perbezaan utama ialah Teori Situasi lebih berfokuskan pelbagai gaya kepemimpinan yang perlu diamalkan berdasarkan faktor persekitaran (lebih kepada kematangan ahli), manakala Teori Kontinjensi mengambil perspektif yang lebih luas, iaitu faktor-faktor penentu keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kebolehan pemimpin itu sendiri serta faktor- faktor sokongan persekitaran yang lain.

    KELUAR


Recommended