ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Isi Kandungan 1
2 Pengenalan 2
3 Pendahuluan 3
4 Konsep Akidah dan Hubungannya Dengan Ad-Din 4
5 Dalil Aqli dan Naqli Berkaitan Aqidah 16
6 Ajaran-ajaran Sesat Yang Terdapat Di Malaysia 20
7 Kesimpulan 32
8 Bibliografi 33
1
PENGENALAN.
Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat. Selain itu
juga,agama islam merupakan agama yang tidak memaksa penganutnya. Aqidah islam
merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat
islam. Selain itu juga mereka seharusnya mempercayai akidah islam tapa sebarang
syak atau ragu-ragu.untuk mempelajari tentang akidah islam secara mendalam, kita
boleh merujuk sumber-sumber seperti Al-quran,Al-hadith dan kitab-kitab
agama.penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan terhadap ilmu
akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah mengalami
pemesongan akidah yang serius.
Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang
syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama islam. Tanpa akidah
yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri dari dua
iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh
Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Kepentingan
akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang
baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut terhadap balasan tuhan akan
dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan
diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka.
2
PENDAHULUAN
Sesungguhnya agama Islam mempunyai matlamat yang tinggi iaitu melahirkan Muslim
yang Mukmin dan bukannya Muslim yang Islam atas nama sahaja. Setiap Muslim
sudah maklum bahawa aqidah Islam itu wajib dipegang, dipupuk dan dikembang demi
memperoleh iman yang mantap lagi mapan. Namun begitu, ada segelintir masyarakat
kita yang menyalahertikan maksud aqidah. Pada mereka, apa jua aqidah yang
dipegang adalah betul dan boleh digunapakai sehingga akhir nyawa. Natijahnya, ramai
masyarakat kita pada hari ini hidup dalam keadaan yang jauh terpesong dari Allah
kerana menyangkakan mereka sudah berpegang pada aqidah yang betul.
3
KONSEP AQIDAH
1. Pengertian Aqidah:
Segi bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati.
Segi Istilah : Kepercayaan dan keyakinan yang mantap
Tentang kewujudan Allah serta sifat-sifat
kesempurnaannya berdasarkan dalil Naqli dan Aqli.
2. Ciri-ciri Aqidah yang betul dan Aqidah yang salah
Aqidah yang Betul Aqidah yang Salah
Apakah Aqidah yang betul ?
Aqidah yang betul ialah : Kepercayaan yang betul berlandaskan dalil al-Quran dan Sunnah
Apakah ciri-ciri Aqidah yg betul ?
1-Kepercayaan yang teguh terhadap
kewujudan, keesaan dan kekuasaan
Allah
2-Tidak menyekutukan Allah dgn sesuatu
Apakah Aqidah yang salah ?
Aqidah yang salah ialah : Kepercayaan yang bercanggah dengan dalil Al-Quran dan Sunnah.
Apakah ciri-ciri Aqidah yg salah ?
1-Menafikan kewujudan, keesaan dan
kekuasaan Allah
2-Melakukan perbuatan yang
mensyirikkan Allah
3. Mengamalkan kepercayaan yang
bertentangan dengan al-Quran dan
4
3-Kepercayaan dan keyakinan yang
berlandaskan al-Quran dan Sunnah
Sunnah
3. Apakah Tujuan mempelajari ilmu Aqidah :
1. Memantapkan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah
2. Dapat mengenal pasti aqidah yang betul & salah / sesat
3. Untuk mempertahan aqidah drpd diresapi ajaran yang menyeleweng
4. Menjaga iman supaya tetap & selamat di dunia dan di akhirat
5. Mendidik umai Islam mengenai akhlak & pekerti yang mulia
4. Aqidah berdasarkan 'Alam Syahadah'.
Alam Syahadah ialah : Setiap kejadian alam yang dapat dilihat,
diperhati dan dikaji oleh pancaindera, seperti :
pokok, matahari, bula yang menjadi
bukti kewujudan dan kekuasaan Allah
5.Apakah Hubungan Aqidah dengan Syariat ?
AQIDAH : Ialah kepercayaan dlm hati tentang kewujudan Allah,
Malaikat. Kitab, Rasul , Hari Akhirat serta Qada' dan Qadar
SYARIAT: Ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan
oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan
suruhan atau tegahan
5
HUBUNGAN ANTARA AQIDAH & SYARIAT :
Merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya tidak sempurna / pincang / rosak lah iman seseorang
Syariat adalah pelengkap kepada akidah - Akidah umat Islam dapat dinilai melalui ucapan, kelakuan & amalan tentang syariat
Elemen penting akidah & syariat :
AKIDAH SYARIAT
1. Kepercayaan kepada Allah
1. Taat laksanakan perintah Allah
2. Kepercayaan kepada Malaikat
2. Melakukan kebaikan & meninggalkan kejahatan
& kemungkaran
3. Kepercayaan kepada Rasul
3. Mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w.
4. Kepercayaan kepada Kitab
4. Melaksanakan hokum & menunaikan ibadat
khusus
5. Kepercayaan kepada
Qada' & Qadar
5. Berusaha untuk kebaikan di dunia & di akhirat
6
Konsep akidah
Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau
menyimpul. Menurut Hasan al-Banna, akidah ialah hal yang berhubung dengan
kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa
tenang, tidak bimbang dan bersih daripada prasangka. Akidah mampu melahirkan
keyakinan yang kuat dan teguh dalam menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal
ibadat kepada Zat Yang Maha Berkuasa.Akidah merupakan pokok dan di atasnya
berdiri syariah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah
membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti
pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya
(menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya
pada setiap musim dengan izin Tuhan-Nya. Allah
membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk
manusia supaya mereka selalu ingat.
(Surah Ibrahim: 24 – 25)
Asas akidah Islamiyyah ialah tauhid kepada Allah s.w.t. Tauhid ialah inti daripada Islam
itu sendiri. Malah, sebahagian isi al-Qur’an membicarakan tentang tauhid, baik dalam
ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang Allah serta sifat-sifat-Nya dan juga di
dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.
Bersumberkan daripada tauhid ini, lahirlah cabang-cabang lain yang berupa peraturan-
peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia, dan manusia dengan Tuhannya.
Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan
serta menanam ketauhidan terhadap Allah s.w.t. ke dalam hati setiap orang yang
7
beriman. Tauhid kepada Allah s.w.t. dapat dibahagikan kepada tiga:
Tauhid rububiyyah
Tauhid rububiyyah bermakna mengakui bahawa Allah s.w.t. adalah pencipta bagi
segala sesuatu dan tiada dua pencipta yang sebanding-Nya pada sifat dan perbuatan.
Seterusnya, anda harus tahu bahawa tauhid rububiyyah bererti beriktikad bahawa Allah
s.w.t. ialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memiliki-Nya, memberi rezeki
makhluk-makhluk, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan
kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga.
Maksud sebenar tauhid rububiyyah telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an
yang bermaksud:
Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang
membantah Ibrahim tentang Tuhannya (Rab) kerana
Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan
(kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku
yang menghidupkan dan mematikan. Orang itu berkata:
Aku dapat menghidupkan dan mematikan. Ibrahim
berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari
dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat, lalu
terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi
8
petunjuk kepada orang yang zalim.
(Surah al-Baqarah: 258)
Ayat di atas merupakan bukti jelas bahawa naluri manusia ialah untuk mengenali dan
mengakui rububiyyah Allah. Malah, manusia sendiri mengakui dan akur terhadap
rububiyyah Allah seperti yang terdapat di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada
mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?
Tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah:
Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.
(Surah Luqman: 25)
Oleh sebab fitrah inilah, walau sejauh mana sekalipun seseorang itu melafazkan
keingkarannya terhadap rububiyyah Allah, namun ketika dalam keadaan yang tersepit
dia tetap akan kembali merayu kepada Allah s.w.t. Lihatlah keadaan manusia yang
ditimpa masalah kerana pada ketika itu kita akan nampak kesan dalaman apabila
mereka mula mencari-cari Allah s.w.t. sebagai Penolong yang sebenar.
Sebenarnya, kemampuan memahami wujudnya Allah, Yang Maha Pencipta, sudah
secara fitrah dibekalkan ke dalam naluri manusia. Persoalannya, sama ada fitrah ini
dipupuk, diseleweng atau dibanteras. Sekiranya naluri atau fitrah ini dipupuk, dididik
dan dipertingkatkan, natijahnya akan terpancarlah satu keyakinan yang bulat bahawa
Allah s.w.t. sahajalah sumber yang mencipta dan yang berhak menerima pengabdian
yang sepenuhnya.
9
Tauhid uluhiyyah
Beriman kepada tauhid uluhiyyah Allah bererti beriktiqad bahawa hanya Allah s.w.t.
sahaja yang berhak dan patut disembah, dicintai dan dipatuhi. Ini bererti meletakkan
seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku atas petunjuk dan perintah Allah
semata-mata dan berkeyakinan bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak
membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang dicipta-Nya.
Beriman kepada tauhid uluhiyyah bermaksud menolak segala-galanya selain Allah dan
mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah La ilaha illallah. Maka atas sebab
Tauhid Uluhiyyah inilah, maka Allah s.w.t. telah mengutuskan para rasul-Nya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan tiada Kami mengutus seorang rasul sebelum kamu
melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya
tidah ada ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu
akan Aku.
(Surah al-Anbiya’: 25)
Dari sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada
tiap-tiap umat (untuk menyerukan):Sembahlah Allah
dan jauhilah taghut.
(Surah al-Nahl: 36)
Sepatutnya tauhid rububiyyah melahirkan keimanan kepada tauhid uluhiyyah. Kedua-
dua tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah adalah asas kepada keimanan. lni adalah
kerana keyakinan yang teguh terhadap tauhid Allah menjadi satu simpulan yang kukuh
dalam jiwa seseorang. Simpulan yang kukuh inilah yang dinamakan iman.
10
Tauhid asma’ dan sifat
Tauhid asma’ dan sifat ialah mempercayai nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang
agung mengikut apa yang disifatkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Dalil-dalil
Tauhid Asma’ dan Sifat dapat dikesan di dalam al-Qur’an dan Sunnah.
Antara lain, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah
atau nama ‘Ar-Rahman yang mana sahaja kamu
serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik
belaka), kerana Allah mempunyai banyak nama serta
mulia.
(Surah al-Israa: 110)
Tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid asma’ dan sifat menjadi asas keimanan
kerana ketiga-tiganya menetapkan beberapa asas utama dalam menentukan kehidupan
manusia di atas dunia ini iaitu hidup untuk tujuan beribadat hanya kepada Allah,
menurut segala kepatuhan dan ketaatan yang datang daripada Allah, membina
kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan Allah dan menegakkan masyarakat
manusia berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t. Pendek kata, tauhid rububiyyah,
tauhid uluhiyyah dan tauhid asma’ dan sifat perlu diimani dan diamalkan serentak demi
memastikan keimanan yang jati terhadap Allah s.w.t.
11
Ciri-ciri Akidah
1. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya,
hari akhirat, qadha’ dan qadar yang menjadi rukun iman.
2. Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang
menjadi asas agama Islam.
3. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit
dan datang dari aqidah yang sahih.
4. Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia sahaja, iaitu
tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.
5. Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan
dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang
berhak disembah selain daripada Allah.
6. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang
dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu,
rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas.
7. Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah
yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan
Islam tetap di atas dasar tauhid.
8. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan
suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu.
9. Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani
menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak
Baginda menyembah berhala mereka.
10. Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah”
uang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah” iaitu iktikad yang mengikut iktikad
Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.
Aqidah Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas. Ciri-ciri tersebut
dapat disimpulkan kepada tiga:
12
1. Ma ‘rifahtullah (Mengenali Allah)
Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-nama Nya yang
mulia serta sifat-sifat Nya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita
meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang
adadi alam ini.
2. Ma‘rifatur Rasul ( Mengenali Kerasulan)
Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menenima wahyu
dan menyampaikan syariat Nya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh
makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama
Islam.
3. Ma‘rifahtul Ba‘thi ( Mengenali Hari Kebangkitan)
Mengetahui dan mempercayai tetang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia
dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan
dihisab segala amalan adanya sirat al-mustaqim, syurga dan neraka.
Kedudukan Akidah dalam Islam
13
- Islam adalah merangkumi akidah dan syariah. Akidah adalah sebahagian
daripada islam, bahkan tanpa salah satu daripada keduanya akan pincanglah
status seseorang itu dan tidak layak bergelar muslim yang sempurna
- Akidah merangkumi segala amalan yang berbentuk kepercayaan yang
bersemi di dalam hati dengan yakin dan benar tentang wujudnya Allah, para
Rasul, Kitab, Malaikat, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar.
- Ciri yang paling penting dalam akidah ialah Iman. Iman mempunyai
hubungan yang rapat dengan Islam dan kedua-duanya sering digandingkan
bersama untuk memenuhi Islam seseorang.
- Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting.
Ibarat suatu bangunan, aqidah adalah pasaknya, sedangkan ajaran Islam
yang lain, seperti ibadah dan akhlak, adalah sesuatu yang dibangun di
atasnya. Rumah yang dibangun tanpa pasak adalah suatu bangunan yang
sangat rapuh.
- aqidah yang benar merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din)
dan diterimanya suatu amal. Allah swt berfirman,
�ح�د�ا أ ه� ب ر� �اد�ة� �ع�ب ب ر�ك� �ش� �ي و�ال ا �ح� ص�ال � ع�م�ال �ع�م�ل� �ي ف�ل ه� ب ر� �ق�آء� ل ج�وا �ر� ي �ان� ك .ف�م�ن�
Artinya: “Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya (di
akhirat), maka hendaklah ia beramal shalih dan tidak menyekutukan seorang
pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Q.S. al-Kahfi: 110)
Allah swt juga berfirman,
14
ر�ين� �خ�اس� ال من� �ن. �ون �ك �ت و�ل ع�م�ل�ك� �ط�ن. ب �ح� �ي ل �ت� ك ر� �ش� أ �ن� �ئ ل �ل�ك� ق�ب م�ن .ذ�ين� ال �ل�ى و�إ �ك� �ي �ل إ �وح�ى� أ �ق�د� .و�ل
Artinya: “Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi
sebelummu, bahwa jika engkau betul-betul melakukan kesyirikan, maka sungguh
amalmu akan hancur, dan kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang
merugi.” (Q.S. az-Zumar: 65)
- Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi dan
Rasul mendahulukan dakwah dan pengajaran Islam dari aspek aqidah,
sebelum aspek yang lainnya. Rasulullah saw berdakwah dan mengajarkan
Islam pertama kali di kota Makkah dengan menanamkan nilai-nilai aqidah
atau keimanan,
2. Dalil Naqli Dan Aqli Berkaitan Dengan Aqidah
15
Penentuan dalil sama ada dalil naqli atau sesuatu itu dalil aqli ialah fakta dari
permasalahan yang ditunjukkan untuk diimani. Apabila permasalahan tersebut adalah
fakta yang boleh dilihat oleh pancaindera maka ianya adalah dalil aqli bukan naqli.
Namun jika permasalahannya tidak dapat dilihat atau ianya melibatkan pancaindera
maka ianya adalah dalil naqli. Dalil naqlidigolongkan sebagai dalil yang layak untuk
diimani tergantung pada dalil aqli dalam menetapkannya sebagai dalil. Antara
contohnya ialah:
1. Allah s.w.t: Orang yang mendalami perkara yang dituntut akidah Islam untuk
diimani akan menjumpai bahawa iman kepada Allah itu wujud dan dalilnya
adalah aqli.Alasannya, perkara tersebut iaitu adanya Al-khaliq (maha pencipta) bagi
segala yang ada yang mana ianya dapat dilihat dengan pancaindera.
2. Malaikat : Iman terhadap adanya malaikat-malaikat dalilnya adalah naqli.
Alasannya kewujudan para malaikat itu tidak dapat dijangkau atau dilihat dengan
pancaindera. Malaikat tidak boleh dilihat zatnya dan tidak boleh dijangkau dengan apa
pun yang menunjukkan kewujudannya.
3. Kitab-kitab : Iman terhadap kitab-kitab Allah dapat dihuraikan seperti berikut. Jika
maksudnya adalah iman terhadap Al-Quran maka dalilnya adalah aqli, kerana Al-Quran
dapat dilihat oleh pancaindera. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran yang dapat dilihat
oleh pancaindera sepanjang zaman. Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap
kitab-kitab selain Al-Quran, seperti Taurat, Injil,Zabur, maka dalilnya adalah naqli.
Alasannya bahawa kitab-kitab ini adalah dari sisi Allah tidak dapat dilihat kewujudannya
sepanjang zaman. Kitab-kitab tersebut adalah dari sisi allah dan dapat dilihat
kewujudannya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat.
Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak dapat
dilihat oleh orang-orang kini mahupun selepasnya. Namun apabila sampai kepada kita,
ada yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari Allah dan diturunkan kepada
Rasul. Oleh kerana itu, dalilnya adalah naqli bukan aqli kerana akal di setiap zaman
tidak dapat menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah dan akal tidak mampu
melihat kemukjizatannya.
16
4. Rasul-rasul: Begitu pula haknya iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul
Nabi Muhammad s.a.w dalilnya adalah aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran
sebagaikalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul iaitu Rasulullulah adalah sesuatu yang
dapat dilihat. Dengan melihat Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu adalah
Rasululllah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi. Sedangkan
iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil iaitu bukti kenabian para
Nabi iaitu mukjizat-mukjizat mereka tidak dapat dilihat kecuali oleh orang-orang
sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang selepas mereka sehingga kini
bahkan sampai kiamat pun mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Namun
seseorang pum tidak ada bukti yang dapat dilihat atas kenabiannya. Oleh kerana itu,
bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli tetapi dengan dalil naqli kecuali atas
kenabian Nabi Muhammad s.a.w merupakan mukjizat beliau yang dapat dilihat iaitu Al-
Quran. Maka dalilnya adalah aqli.
5. Hari kiamat: Dalil hari kiamat adalah naqli, kerana hari kiamat tidak dapat dilihat,
malahan pula tiada satu pun perkara yang dapat dilihat yang menunjukkan tentang hari
kiamat. Dengan demikian tidak terdapat satu pun dalil aqli, untuk hari kiamat. Maka
dalilnya adalah dalil naqli.
6. Qada’ dan Qadar: Dalilnya ialah dalil aqli, kerana qada’ adalah perbuatan
manusia yang dilakukannya atau yang menimpanya. Ia adalah sesuatu yang dapat
dilihat, maka dalilnya adalah aqli. Manakala qadar pula ialah khasiat sesuatu yang
dimunculkan oleh manusia seperti kemampuan membakar yang ada pada api,
kemampuan memotong yang ada pada pisau, dan sebagainya. Khasiat ini adalah
sesuatu yang daapat dilihat, maka dalil untuk perkara qadar adalah aqli.
Contoh-contoh penggunaan Naqli dan Aqli.
17
1. Contoh penggunaan naqli dan aqli dalam bidang Ilmu Tauhid yang ada kaitannya
dengan iman kepada kitab-kitab Allah.
a. Dalil naqli: “Dan mereka yang beriman kepada kitab(Al-Quran) yang telah
diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka
yakin akan adanya (kehidupan) akhirat”
b. Hadis Nabi: “Beritahukan aku tentang iman. Lalu baginda bersabda: “engkau
beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitaNya, rasul-rasulNya dan hari
akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun buruk”
2. Contoh penggunaan naqli dan aqli dalam bidang fiqih, yang ada kaitannya dengan
larangan nikah mut’ah.
a. Dalil naqli: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadapisteri-
isteri mereka atau budak yang mereka miliki”.
b. Hadis Nabi: “Diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawasanya Rasulullah s.a.w telah
mengharamkan mut’ah, maka ia bersabda . “Wahai manusia sesungghnya dahulu aku
mengizinkan kalian bermut’ah,(tetapi mulai sekarang)tidaklah begitu sesungguhnya
Allah tlah mengharamkannya sampai kiamat”. Ertinya: “Diriwayatkan oleh Malik dari Az-
Zahri dengansanadnya dari Ali Karamallahuwajhah bahawasanya Rasulullah s.a.w
telah melarang menikahi wanita secara mut’ah.
Dalil aqli: Sesungguhnya nikah mut’ah itu tidak dimaksudkan untuk apa-apa kecuali
hanya unutk memenuhi syahwat, tidak pula dimaksudkan untuk beranak cucu,
memelihara anak-anak yang semua itu merupakan maksud dari pernikahan,
makamut’ah itu mirip dengan zina dari segi maksud untuk memenuhi syahwat saja dan
mengeluarkan air mani.
18
3. Contoh penggunaan naqli dan aqli dalam bidang tafsir, yang ada kaitannya
denagn penafsiran ayat pertama dari surah Al-insyiqaq iaitu yang berbunyi “Apabila
langit terbelah”
a. Tafsir bi al-manqul (bi-al-mat’sur ) al-alusi menafsirkan ayat ini dengan
menyandarkan kepada periwayatan-periyawatan, sebagaimana ia disebutkan di dalam
tafsirnya iaitu: “apabila langit terbelah” yakni berawan(berkabus putih) seperti yang
diriwayatkan Ibnu Abbas yang diikuti oleh Al-Farrada az Zujaj di dalam Al-bahr dan itu
menguatkannya dengan firman Allah “ Dan (ingatlah)hari(ketika) langit pecah belah
mengeluarkan kabut putih” maka Al-Quran sebahagiannya menafsirkan sebahagian
yang lain, dan dikatakan bahawa langit itu terbelah kerana dahsyatnya hari kiamat.
b. Tafsir bi al-ma’qul(bi ar-ra”yi): Muhammad Abduh menafsirkan ayat ini dengan
akal yang didasarkan pada pengetahuan dan penelitian ilmiah. Maka ia memandang
bahawa insyiqaq as-samaa maknanya berupa satu kejadian besar dari pelbagai
kejadian-kejadian yang berhubungan dengan alam seperti kejadian singgahnya sebuah
bintang dekat dengan bintang yang lain yang mana ianya menimbulkan gaya tarik
menarik atau graviti yang menyebabkan terjadinya benturan antara keduanya. Oleh
kerana benturan tersebut, maka alam mengalami goncangan yang kuat sehingga
muncullah di langit awan dan kabut yang datang dari pelbagai arah. Maka langitnya
terbelah oleh awan dan kabut tersebut. Hal ini kemudiannya menyebabkan rosaknya
peredaran alam.
19
3. Ajaran Sesat
Takrif ajaran sesat
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau
orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran
Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ia bertentangan
dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunah serta juga bertentangan
dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.
Menurut tafsir pimpinan Ar-Rahman, halaman empat, orang yang sesat ialah orang
yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau
orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak
menurut peraturan dan jalan sebenarnya.
Sejarah
Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di
Malaysia bukanlah suatu perkara baru. Ia mulai bergerak secara senyap semasa Islam
mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep animisme,
dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha.
Menurut sejarah, ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim
yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok,
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri
Sembilan. Sementara di Kelantan, wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran
Subud disebarkan dalam tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh.
Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup bukan
sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah
bertambah dan akhir tahun 1999 jumlahnya dilaporkan menjangkau lebih daripada 100
ajaran.
20
Sehingga kini setiap negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan
secara senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama
tempatan.
Faktor-faktor ajaran sesat
Hasil daripada penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang
berkembang hasil daripada faktor-faktor berikut:-
i) Tasawuf Falsafah @ Teosofi
ii) Ajaran Batiniah
iii) Ajaran Syiah
iv) Khurafat, amalan bomoh dan tradisi
v) Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan sunah
Ciri-ciri ajaran sesat
Ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut:-
1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima
wahyu.
2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahadi atau mempercayai bahawa
orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa
seperti Imam Al-Mahadi dan sebagainya (Qadyani, Bahai, 4 Sahabat, Nasir,
Mufarridiah).
3. Mempercayai bahawa roh yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang
masih hidup.
4. Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarekat sahaja yang dijamin masuk syurga.
5. Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
6. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
7. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
8. Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila
diseru namanya.
21
9. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk
sampai kepada Tuhan.
10. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan
tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
11. Mengaku Allah menjelma di dalam diri.
12. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil nabi yang boleh memberi syafaat
kepada muridnya.
13. Mendakwa ajaran atau tarekat yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah
secara jaga (Yaqazah).
14. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dngan Allah
melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa
pasti masuk syurga.
15. Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti solat, puasa, haji dan membuat syariat
baru atau menganggap bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
16. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
17. Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh
ditunaikan di tempat-tempat yang lain.
18. Mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.
19. Mengaku dan mempercayai bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan.
22
Ajaran Syiah Di Negeri Kedah
Puak Syiah ni kalau dibiarkan semakin melampau !!! Sekarang ini puak Syiah sudah
semakin berani menonjolkan diri setelah diberi muka oleh PAS didalam politik Malaysia
serta dibela oleh beberapa NGO Pakatan Haram yang bergerak kononnya atas hak
asasi manusia.
Dalam perkembangan terbaru fahaman Syiah di Malaysia.. Mereka sudah berani
menonjolkan diri menghentam Mufti yang di amanahkan oleh Sultan/Raja-Raja Melayu
menjaga Agama Islam dan pegangan fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah.
ALOR SETAR: Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan hari ini membuat laporan polis
terhadap Mufti kerajaan negeri Kedah Datuk Syeikh Baderudin Ahmad yang didakwa
membuat kenyataan berunsur fitnah, hasutan dan spekulasi berkaitan ajaran yang
mereka anuti.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 3 petang tadi
dengan mensabitkan Baderudin telah secara sengaja mempersembahkan kepada Yang
di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di
Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini seolah-olah tidak
tenteram.
"Kenyataan Baderudin pada 13 September lepas tidak benar kerana selama ini kami
tidak pernah membuat sebarang provokasi terhadap masyarakat dan sama sekali tidak
berhasrat menyebar fahaman Syiah di Kedah," katanya kepada media selepas
membuat laporan itu.
Abdullah juga berkata pihaknya tidak akan berhenti mengamalkan ajarah Syiah dan
sekiranya perlu bahan bacaan berkenaan ajaran Syiah akan diterbitkan bagi menjawab
segala fitnah yang dilontarkan kepada mereka.
23
Terdapat kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah
dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu dari Jitra,
Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan berhampiran.
Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur
antara 20-an hingga 50-an.
“Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada
golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.
“Di Pusat Hussainiah Az-Zahra merupakan tempat berkumpul untuk aktiviti pengajian
dan ibadat yang masih aktif sejak 1991 sehingga sekarang,” katanya kepada Sinar
Harian ketika ditemui di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang semalam.
Abdullah berkata, lebih 200 pengikut akan berkumpul setiap kali mengadakan majlis
secara besar-besaran di situ.
“Kira-kira 80 ahli Syiah akan hadir mengikuti pengajian diadakan waktu siang bagi
mengikuti pengajian kitab-kitab Syiah seperti Tafsir, Tauhid, Akhlak, Sirah dan
sebagainya mengikut fahaman Syiah.
“Tempat ini dibina khusus sebagai tempat pembelajaran dan ibadat khusus untuk ahli-
ahli Syiah sahaja,” katanya.
Katanya, ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu lagi aktif dalam
parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut fahaman itu tidak
mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa apabila banyak pihak
menentang fahaman Syiah.
24
Apakah kita sanggup membiarkan satu ajaran yang menghina sahabat Rasulullah
S.A.W serta menghina isteri Rasulullah S.A.W berkembang di Malaysia ?
Bagi yang hendak mengenali apa itu fahaman Syiah dan mengapa ianya merbahaya
boleh baca dibawah ini..
Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan
mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan
lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq
dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta
penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan
kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi
s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba
menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu
Nabi s.a.w. (Ahlul bait)
Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat
mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan
fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit
bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku
menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka
diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat
Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku
menjadi anak tuhan).”
25
WAJAH-WAJAH Ketua SYIAH Kedah dan Pengikutnya
Abdullah (tengah) bersama pengikut Syiah Kedah menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Pendang jam 10.30 pagi semalam
26
27
SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-
sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang
sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-
golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada
dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan
sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna
‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat
sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah
yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah
ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam
yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah
28
dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta
dan
mengharamkan Syi‘ah;
Selangor:
19 Januari 1998
W.Persekutuan:
3 April 1997
Terengganu:
25 September 1997
P. Pinang:
16 Januari 1997
N.Sembilan:
12 Mac 1998
Kelantan:
September 1987
Rujukan Lanjut:
www.islam.gov.my/e-rujukan/
syiah.html
29
Lakaran Imam 12 Syi`ah.
Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa
mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam
keadaan berdiri.
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan
jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah
atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan)
Syiah.
30
“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah
Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran,” katanya.
Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk
diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.
Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk
diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis
kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika
sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala
Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu
31
KESIMPULAN
Akidah adalah untuk memastikan kesahihan iktikad seseorang mengenai ketuhanan,
kerasulan, dan sam’iyat dengan berasaskan dalil-dalil naqli dan aqli. Selain itu
menetapkan keimanan di dalam hati seseorang serta menyakinkan kewujudan Allah
dan keesaan-Nya dan mengiktikadkan Allah bersifat Kamalat (sifat kesempurnaan) dan
Maha Suci dari sifat kekurangan. Kepentingan akidah dalam Islam adalah amalan-
amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang
beriman berasaskan akidah. Akidah menjadi asas utama membentuk diri manusia
menjadi seorang mukmim dan muslim, dan Allah menyuruh manusia hidup beriman dan
beragama Islam. Menanamkan keimanan dan akidah yang benar dalam diri anak-anak.
Di antara kewajipan orang tua adalah berusaha untuk menanamkan keimanan dan
akidah yang benar dalam jiwa anak. Di samping, ia juga berkewajipan memberikan
perhatian yang serius kepada mereka, seperti ayah mengajar anak-anaknya semenjak
masih kecil untuk mengucapkan dua kalimah syahadat dan menghafalnya di kepala.
Selain itu, ayah hendaklah dapat menumbuhkan pada hati mereka rasa cinta kepada
Allah s.w.t. dan bahawa semua kenikmatan yang kita perolehi datang dari Allah semata.
Juga mengajar mereka bahawa Allah berada di langit, sesungguhnya Dia Maha
Mendengar lagi Maha Melihat, tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya, serta
persoalan-persoalan akidah lainnya. Begitu pula, mengarahkan mereka apabila telah
besar atau dewasa untuk membaca buku-buku akidah yang sesuai dengan tingkat ilmu
pengetahuan mereka. Oleh itu sebagai umat Islam, seharusnya mengamalkan cara
hidup yang berakidah. Agar kehidupan lebih terjamin di dunia dan di akhirat.
32
BIBLIOGRAFI
- Mohamad Dhiyauddin bin Abdul Kadir, 8 Mei 2011 (Pengenalan Akidah Islam- Mengenal Akidah Islamiyyah) diambil dari http://addienblog.blogspot.com/2011/05/pengenalan-akidah-islam-mengenal-akidah.html
- Suprapto, 2009 (Akidah Islam Menurut Hassan Al-Banna) diambil dari http://digilib.uin-suka.ac.id/3639/1/BAB%20I,V.pdf
- Mizan Osman, 26 September 2012 (Aqidah dan Hubungannya dengan Al-Din) diambil dari http://abuelwaiz.blogspot.com/2012/09/1-aqidah-dan-hubungannya-dengan-al-din.html
- Buku Mengenal Hizbut Tahrir, 06 Oktober 2011 (Dalil tentang akidah islam) diambil dari http://creative-dfebrian.blogspot.com/2011/10/dalil-tentang-akidah-islam.html
- Muhammad Abduh, Risalah Tauhid, Bulan Bintang, 1979 hlm. 37-41
- Dalil Aqli Tentang Agama Islam, 5 Disember 2008 diambil dari http://smkn1geger.blogspot.com/2008/12/dalil-naqli-tentang-aqidah-islam.html
- Abu Anas Madani, 13 November 2013. (Kenali & Jauhi Ajaran Sesat Di Malaysia) diambil dari http://www.abuanasmadani.com/?p=2176
- Is Levis, 13 Julai 2013 (Mengenali ajaran sesat di Malaysia) diambil dari http://khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia/
- Pengertian Aqidah, Iman dan Dalil-dalilnya, 8 Julai 2009 diambil dari http://compaq40.wordpress.com/2009/07/08/pengertian-aqidah-iman-dan-dalil-dalilnya/
- http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Bahan%20Ngajar/ISLF103/A1.AKIDAH %20ISLAM.pdf
33